Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila kita terlalu sibuk memikirkan kedudukan diri; kita lupa tanggung jawab kita yang sebenar
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 146
Ahli: 0
Jumlah: 146




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 18 jam, 26 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: UM merudum kerana Naib Canselor tiada PhD??


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» UM merudum kerana Naib Canselor tiada PhD??

Please Mendaftar To Post


Oleh UM merudum kerana Naib Canselor tiada PhD??

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 09:21


UM merudum kerana Naib Canselor tiada PhD?
Intan Abdullah | [email protected]
Wed | Nov 05, 08 | 8:01:29 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Kedudukan Universiti Malaya (UM) yang merupakan universiti tertua yang kian merosot dalam sistem ranking universiti dunia THE QS -WUR dikaitkan dengan faktor peribadi Naib Canselornya Dato' Dr Rafiah salim yang tidak mempunyai ijazah kedoktoran atau PhD. Iklan

    

Isu tersebut ditimbulkan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohd Khaled Nordin ketika beliau menyampaikan ucapan penggulunggan Bajet 2009 di Dewan Rakyat 3 November lalu.

"Universiti Malaya merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai Naib Canselor yang tidak bergelar Profesor iaitu tiada PhD," katanya kepada Khaled.

"Mungkin ini yang menyebabkan kedudukan ranking UM jatuh sejak akhir-akhir ini," katanya lagi.

Sejurus selepas itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) pula bangkit mempertikaikan kedudukan Malaysia yang ternyata lebih teruk berbanding beberapa negara lain di Asia Tenggara.

"Universiti di Indonesia lebih baik daripada Malaysia, ianya sangat memalukan dan pihak KPT perlu serius menangani masalah ini.

"Kemungkinan UM tidak layak dinobatkan antara 100 universiti terbaik adalah disebabkan oleh NC nya yang tiada PhD,"katanya.

Sementara itu, Nasir Zakaria (PAS-Padang Terap) turut meminta KPT memeriksa dakwaan yang diterimanya mengenai pengiktirafan kursus Syariah Pengurusan di Akademi Pengajian Islam UM tidak sah oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

"Harap Menteri dapat menyemak semula status kursus syariah pengurusan yang tidak diiktiraf JPA yang menyukarkan graduan kursus itu gagal mendapat pekerjaan," katanya. - mks._


apa komen antum??

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17733&Itemid=1


-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"




Bookmark and Share

    


  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 09:36


mungkin dia hanya penerima doktor kehormat tetapi sekurang-kurangnya latrbelakang pendidikan dan pengalaman tugasan beliau jauh lebih baik berbanding orang yang mempersoalkan tentang kewibaannya.

ini antara kelulusan akademiknya:
1. ijazah sarjana muda (l.l.b.) daripada queen’s university of belfast, united kingdom
2. ijazah sarjana (l.l.m.) daripada queen’s university of belfast, united kingdom
3. sijil amalan guaman (c.l.p.).

kerjaya:
1974 - 1986 - pensyarah di fakulti undang-undang universiti malaya
1987 - 1988 - dekan fakulti undang-undang di universiti universiti malaya
1988 - 1995 pengurus besar sumber tenaga manusia di malayan banking berhad
1995 - 1997 - penolong gabenor (assistant governor - ag) - lagi awal pegang jawatan ag berbanding tan sri dato' dr. zeti akhtar aziz
15 Januari 1997 - 13 Disember 2002 - setiausaha agung pertubuhan bangsa-bangsa bersatu dan merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang pernah menjawat jawatan tersebut.
16 Januari 2003 - kembali berkhidmat sebagai penolong gabenor bank negara malaysia


-----------------
I have my own id now.... :)


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 10:52


assalammualaikum

nak jadi naib canselor pun nak kena ada phd ke? bukannya orang tak pandai... sekurang-kurangnya dia belajo kat UK... banyak pengalaman... so apa masalahnya kalau nak jadi Naib Canselor...

pencapaian UM bukan hanya terletak pada pangkat Naib Canselor... lagipun sakarang dah banyak university di bangunkan... biasa lah...adat persainganan.. ada yang naik...pasti ada yang turun..

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 11:17


ada phd tak semestinya pandai dan kalau tak ada pendidikan tinggi tak semestinya bodoh.

saya ambil senarai bilionairre dunia. Kesemua daripada mereka tak punya ijazah sarjana muda/ijazah pertama pun, tapi mampu menguasai organisai besar denga jayanya. Imho, kelulusan akademik bukan segalanya.
nama                             keciciran sewaktu    penguasaan
Yoshitaka Fukuda         High School     Credit Banking
Ray Kroc                     High School     McDonalds
Yasumitsu Shigeta     College     Telecom
Steven Ballmer            College     Microsoft
Bill Gates                    College     Microsoft
Ralph Lauren             College     Polo
J.. Simplot                High School     Potato's
Bill Bartman                 High School     Wall Street/Filed Bankruptcy Twice
David Geffen                College     DreamWorks sekarang
Joe Lewis High             School     Investor
Daniel Snyder             College     Sports Team Owner
Richard Branson         High School     Virgin Enterprises
Alan Gerry                 High School     Cablevision
Richard Li                    College     Telecom
Sheldon Solow             College     Real Estate
James Cayne             College     Bear Stearns
Lim Goh Tong             High School     Gaming
Carl Lindner Jr.         High School     American Financial Group
Steven Spielberg         College     War of the Worlds, E.T., Indiana Jones Oscar Winner
Jim Clark                    High School     Netscape
Huang Guangyu         High School     Retail-Electronics Entrepreneur China's Richest
Robert Maxwell     High School     Publisher
A. Alfred Taubman     College     Real Estate
Jack Cooke     High School     Broadcasting
Thomas Haffa     High School     Media
William Morean     College     Jabil Circuit
Jack Taylor     College     Rent-a-Car
Constantino ada Oliveira Jr.    College     Airline Entrepreneur
Kenneth Hendricks     High School     Building Supplies
David H. Murdock     High School     CEO Dole Foods
Ted Turner     College     Media Mogul
Michael Dell     College     Dell Computers
Stanley Ho     College     Gaming
Donald Newhouse     College     Publisher
Donald John Tyson     College     Tyson Foods
Richard Desmond     High School     British Newspaper Publisher
H Wayne Huizenga     College     Blockbuster Video, Sports Team Owner
Amancio Ortega     High School     Apperal
Albert Ueltschi     College     Flight Saftey Training School
Barry Diller    College     Television Executive
H.L. Hunt     Elementry     School Oil Industrialist
Gregorio Perez     High School     Oil and Gas
Theodore Waitt     College     Gateway
Roman Abramovich     College     Oil
Charles Dolan     College     Cablevision Systems
Carl Icahn     College     Corporate Raider
John D. Rockefeller     High School     Co-Founder Standard Oil
Ty Warner     College     Ty Beanie Babies
Sheldon Adelson     College     Casinos, Hotels
Lawrence Ellison     College     Oracle Computers
James Jannard     College     Oakley Sunglasses
Winthrop Rockefeller     College     Banking
Hiroshi Yamauchi     College     Nintendo Corporation
Paul Allen     College     Microsoft
David Filo     College     Yahoo
Steve Jobs     College     Co-Founder Apple Computers
Kjell Inge Rokke     High School      Industrialist
Jerry Yang     College     Yahoo
Herbert Allen Jr.     High School     Investment Banker
Thomas Flatley     College     Real Estate
Li Ka-shing High     School     Investor
Phillip Ruffin     College     Casino, Real Estate
Ahmet Zorlu     High School     Electronics
Dhirubhai Ambani     High School     Reliance Group-Textiles
Sidney Frank     College Grey     Goose Vodka
Kirk Kerkorian     High School     Real Estate/Casinos
Edmond Safra     High School     Banking

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 11:22


erm, UM jatuh tu sebelum Rafiah naik jadi NC lagi, apa yang diharapkan semoga dia boleh naikkan balik martabat UM...

harap-harap dia tak macam NC2 yang lain, walau ada PhD tapi pelajar2 asyik dengan hiburan saja, sikit-sikit hiburan, kalau yang elok macam nasyid tak apa juga, ni yang lagha2, bawa artis entah apa-apa masuk U...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 11:29


pengetahuan dan pengalaman serta kewibawaan tak semestinya diukur dengan sijil kelayakan.

senarai presiden amerika dan tahap keciciran pendidikan mereka. ada yang sekolah rendah pun tak lepas.
Millard Fillmore Elementry School U.S. President 13th
William Henry Harrison High School U.S. President 9th
Andrew Jackson High School U.S. President 7th Face is on the $20
Andrew Johnson High School U.S. President 17th
Abraham Lincoln Elementry School U.S. President 16th Face is on the $5 and the Penny
William McKinley College U.S. President 25th
James Monroe College U.S. President 5th
Zachary Taylor High School U.S. President 12th
Harry Truman College U.S. President 33rd
Martin Van Buren High School U.S. President 8th
George Washington High School U.S. President 1st Face is on the $1 Bill and the Quarter
Grover Cleveland High School U.S. President 22nd/24th Face is on the $1000 Bill

pihak pentadbiran/management boleh sediakan halatuju. yang menggerakkannya adalah tenaga pengajar dan para pelajar. kalau ada masterplan baguspun, tapi pelajar pemalas atau pengajar yang pemalas, adakah akan wujud pelajar yang cemerlang. prof. -prof. semua, takkan agaknya ramai sekadar berpuashati dengan bagi lecture saja. takkan agaknya tokleh inovatif dengan and d?

Bookmark and Share

    


  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 11:32


pada saya,,untuk menaikan martabat um bukan terletak pada tanggungjawab NC saja,,tapi students nya juga memainkan peranan penting,,sebab da nama pun UNIVERSITY...so,,semua pencapaian student ada kesannya kepada UM..,,banyak lagi faktor untuk isu ni kalau nak ditekankan......

Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

hid_uniten
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.09.2005
Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 11:39


apa-apa pun, bukan NC saja kan main pranan..student pun kena juga tingktkn balik prestasi UM..then, baru UM boleh naik kan ranking dia..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hid_unitenProfil   Hantar PM kepada hid_uniten   Pergi ke hid_uniten's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 11:51


saya yakin pihak university board mesti pening kepala nak naik kan ranking...macam mana oxford dan cambridge developw university mereka...macam mana singapore punya U boleh develope university mereka....yang baik kita tiru....

jangan sombong...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

carbuqem
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.11.2006
Ahli No: 27181
Posting: 59
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 13:39


malaysia ni senang saja........takperlu phd kalau nak jadi NC.....pakai politik saja....nenek kebayan pun boleh jadi nc um....buat malu student um.....yang ada phd pun menjahanamkan universiti.....macam nordin kardi nc uum......boleh ke dia tak tahu ipp ada kaitan dengan minyak.......memalukan uum...

Bookmark and Share

    


  Member Information For carbuqemProfil   Hantar PM kepada carbuqem   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 10:13


Dr. Gauth Naib Canselor UM baru

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mengesahkan kontrak perkhidmatannya yang tamat esok, tidak disambung.

Rafiah ketika dihubungi memberitahu telah menerima satu panggilan telefon daripada pihak universiti yang memaklumkan perkara tersebut.

''Namun, saya tidak diberitahu sebab (kontrak) tidak disambungkan.

''Saya hanya dimaklumkan bahawa saya tidak akan disambung kontrak sahaja,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rafiah dilantik sebagai Naib Canselor UM pada 1 Mei 2006.

Pemilihan Rafiah ketika itu dianggap sebagai bersejarah memandangkan beliau merupakan wanita pertama dilantik ke jawatan tersebut, apatah lagi berkhidmat sebagai Naib Canselor di universiti paling berprestij di negara ini.

Sementara itu, Rafiah memberitahu, beliau akan diganti oleh Presiden Universiti Multimedia (MMU), Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 11:05


Pada 05-11-08 13:39 , carbuqem posting:

!!! QUOTE !!!

malaysia ni senang saja........takperlu phd kalau nak jadi NC.....pakai politik saja....nenek kebayan pun boleh jadi nc um....buat malu student um.....yang ada phd pun menjahanamkan universiti.....macam nordin kardi nc uum......boleh ke dia tak tahu ipp ada kaitan dengan minyak.......memalukan uum...


Betul 3x...memang itu lah sebenarnya hakikatnya...sebab dia penyokong kuat UMNO dan mungkin ada jawatan dalam UMNO..Kalau tak,bertuah lah nak naik jadi NC.Kalau berpolitik tapi jaga kualiti pendidikan tak pa lah jugak,tapi tak,aku nak berpolitik saja,kualiti pendidikan aku tak peduli,macam NC UTM yang lana..Harap² NC UTM yang baru, Zaini Ujang mampu menaikkan semula nama UTM..


-----------------
Sesungguhnya solatku,amalku,hidup dan matiku adalah kerana ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

muslimin23
WARGA SETIA
Menyertai: 21.05.2003
Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~

iran   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 21:19


sinfay_de..orang yang anda list kan tu memang tercicir sewaktu persekolahan dan college mereka..tetapi fikiran mereka tajan dan ada keinginan untuk berjaya...

tapi NC UM ni lain ceritenyer....

Bookmark and Share

    


  Member Information For muslimin23Profil   Hantar PM kepada muslimin23   Pergi ke muslimin23's Website   Quote dan BalasQuote

carbuqem
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.11.2006
Ahli No: 27181
Posting: 59
Dari: melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 22:27


Pada 07-11-08 10:13 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Dr. Gauth Naib Canselor UM baru



Mana perginya yang selalu memekak pasal KETUANAN MELAYU dalam forum ini dan di luar sana? Mana???

Bookmark and Share

    


  Member Information For carbuqemProfil   Hantar PM kepada carbuqem   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 08-11-08 05:28


lah,ingatkan kalau dah jadi minat politik,tau lah serba sikit apa semua.tapi rupanya dok tahap tempurung jugak.Dr Gauth Jasmon tu memang dalam kategori 'melayu' pun.seluruh warga MMU tak kira bangsa suka bila dia jadi presiden MMU lepas.Islam pun tak diganggu gugat bila lecturer tak boleh buat kuliah time solat jumaat.interfaith talk berjalan lancar.ada masalah apa ke,boleh terus pergi jumpa dia kat ofis tanpa kerenah birokrasi.christian fellowship pun tak jadi official club.tapi sekarang dah tunggang terbalik.

kalau tak percaya,nanti bila dia dah kat UM,try pergi jumpa dia discuss apa yang patut.macam-macam perkara boleh dibincangkan.InsyaAllah dia tak bias kat memana.kadang kalau kena timing,boleh lah nampak dia solat sekali kat masjid.pandai-pandai lah buat hubungan baik sesama manusia.honestly,kalau nak buat program bertemakan Islam,insyaAllah dia akan support seperti seminar humanhood creation ataupun tajuk yang mungkin bercorak pengetahuan am.PMI sana harap boleh ambil peluang ni dengan sebaiknya.dia lebih mesra dengan student sampaikan ada staff yang tak berapa suka.tapi tatau lah kalau dia pergi IPTA mungkin kena ikut protokol dan sebagainya.pernah tersegan dengan dia pasal dia yang mula bagi salam bila terserempak.banyak kenangan dan jasa dia selama menjadi presiden di MMU ni..

beruntung warga UM.....:bunga:


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

NazRie
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.03.2005
Ahli No: 15491
Posting: 53

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-11-08 07:41


salam..
kejap eh..word merudum itu berdasarkan QS World University Ranking ke?
sebab kalao nak ikutkan ranking ini..kalao tak silaplah kan..ranking UM naik.tahun 2007-246.tapi 2008-230. :berfikir:

Tapikan..kalao nak compare dengan University dekat S'pore..kita jauh ketinggalan..so, cerdik pandai sekalian...lets start our counter action. :-D

Cop, tak perasan pula nama University Al-Azhar...standard mereka ini boleh dipercayai ke? :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For NazRieProfil   Hantar PM kepada NazRie   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 09-11-08 00:46


Kadan-kadang,tak boleh pakai jugak sangat..Macam mana mereka menilai,siapa tau,angkat tangan...orang kafir ni,memang nak orang Islam jatuh,dan at least nak bagi nampak kita ni rendah di mata dunia..


-----------------
Sesungguhnya solatku,amalku,hidup dan matiku adalah kerana ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

shinfay_de
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2007
Ahli No: 31653
Posting: 616
Dari: Wilayah Persekutuan

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-11-08 02:01


Pada 07-11-08 21:19 , muslimin23 posting:

!!! QUOTE !!!

....


sekurang-kurangnya saya pernah bekerja dan berurusan secara langsung dengan datuk dr. rafiah salim dan prof datuk dr. ghauth jasmon... kenal jugak lah hati budi dan perwatakan mereka... awak pernah jumpa mereka in person saja? jangan jadi judgemental sangat.

bila nak buktikan pertuduhan awak yang katakan saya menipu dulu? dah berapa lama?


-----------------
I have my own id now.... :)


Bookmark and Share

    


  Member Information For shinfay_deProfil   Hantar PM kepada shinfay_de   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.138067 saat. Lajunya....