Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 180
Ahli: 0
Jumlah: 180




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: RM1,000 nikah ibu tunggal


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» RM1,000 nikah ibu tunggal

Please Mendaftar To Post


Oleh RM1,000 nikah ibu tunggal

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-10-08 16:17


RM1,000 nikah ibu tunggal
Oleh Amir Mamat
[email protected]


MELAKA: Lelaki di negeri ini yang sudah berkahwin bakal dihadiahkan wang tunai RM1,000 oleh kerajaan negeri jika memilih ibu tunggal miskin sebagai isteri kedua.

Langkah itu diharap dapat membantu golongan itu memulihkan kehidupan mereka yang selama ini tidak diberi perhatian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang mencadangkan pemberian imbuhan itu, bagaimanapun menegaskan hadiah wang tunai itu mempunyai syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama.

Katanya, langkah terbabit bukan menggalakkan lelaki berpoligami tetapi mengurangkan beban ibu tunggal yang selama ini hanya bergantung harap dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak.


Selain mendapat hadiah berkenaan, beliau berkata, mereka boleh memperoleh pahala daripada Allah swt kerana berkahwin dan membantu ibu tunggal miskin yang memerlukan belaian dan penjagaan seorang lelaki.

“Lelaki yang berhasrat berbuat demikian perlu mematuhi syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama kerana dianggap terkeluar daripada tujuan program dilaksanakan.

“Perkara itu masih pada peringkat pertimbangan. Kerajaan negeri akan memutuskan mengenainya selepas perbincangan dibuat dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya di sini, kelmarin.

Mohd Ali berkata, dalam usaha menangani gejala sosial seperti kegiatan seks luar nikah dan Mat Rempit, kerajaan negeri mempertimbangkan memberi hadiah serupa kepada belia yang mendirikan rumah tangga sebelum berusia 30 tahun.

Katanya, galakan seperti itu mampu membasmi gejala tidak sihat terbabit daripada berleluasa dan menggalakkan belia berkahwin pada usia muda.

“Ketika ini, ramai remaja perempuan dikesan melahirkan anak luar nikah yang mencemarkan kesucian Islam dan maruah diri serta keluarga.

“Ramai tenaga profesional di negeri ini mencadangkan kepada saya mengenai hal terbabit. Saya fikir ia baik untuk belia di negeri ini.

“Sebab itu kita sedia mempertimbangkan memberi insentif kepada belia yang berkahwin awal iaitu pada usia bawah 30 tahun supaya mereka mempunyai rasa tanggungjawab kepada keluarga,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20081031095100/Article/index_html


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 31-10-08 16:29


Hm .. sebagai Ibu Tunggal, Wawa memang tak setuju .. sebabnya, nilai RM 1K tu seolah-olah taruhan kepada sesiapa yang sgp menikahi Ibu Tunggal tu... Bila dah bernikah dan dapat RM1K, entah-entah tak brtgjwb ..

2 B friendly, kalau Wawa pun, Wawa tak hendak jadi Isteri kedua .. Lelaki tu pun, terang-terang dah nampak ketidak ikhlasan dia menikahi kita (sebab dapat offer RM1K) ..

Semoga orang-orang Melaka berfikir sdalam2nya ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 31-10-08 16:44


Assalamualaikum
jangan sesekali buat generalization terhadap lelaki...saya memang tak suka...kasihan kepada yang benar² ikhlas dan memang nak bertanggungjawab membantu ibu tunggal..

nak buat baik, memang susah...

P/S : bila kita mula tidak mempercayai orang lain, kita sebenarnya mula tidak mempercayai diri sendiri..kita adalah apa yang kita percayai, begitu juga Allah...Allah mengikuti apa yang kamu persangkakan...dan begitu jugalah kehidupan, yang kamu yakini itulah yang akan menjadi suatu ke'benar'an pada diri, walaupun benda itu kadangkala salah/tidak benar/palsu dan sewaktu dengannya...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 31-10-08 16:51


Oh .. ok, ok .. Ampun Cikgu .. (Muda 1 tahun boleh ke Wawa panggil awak "Cikgu"..??) :-D

P/S : ye lah .. At least, jangan lah war2 kan siapa kawin Ibu Tunggal dapat RM1K, diam-diam saja ar... Then sesiapa yang m dah kawin dengan Ibu Tunggal tu, Ha... bagi $ 2 senyap2.. Kan ke elok sikit ?? Hm ..??? Erm .. Wawa minta dijauhkan dari 'pertaruhan' pelik ni ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

qilone
Warga Rasmi
Menyertai: 18.10.2008
Ahli No: 35461
Posting: 8

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-10-08 17:18


Salam ..bagus juga idea tu..tetapi ganjarannya biarlah ikhlas dan bukannya berbentuk sogokan..sebenarnya ganjarannya kepada ibu tunggal tersebut..bukannya kepada sang lelaki.sebagai contoh ibu tunggal yang sah telah berkahwin kembali diberi ganjaran peluang menjalankan perniagaan sambil dibantu oleh suami yang baru tersebut.Rasionalnya lelaki yang hendak berpoligami mestilah MAMPU dari segi kewangan.Lagi satu boleh juga diberi isentif kebajikan kepada lelaki yang berpoligami ini dari segi bantuan pinjaman perniagaan dll.Rasanya kalau ganjaran secara umum ini elok insentif kepada remaja 21-25 tahun yang baru nak berkahwin sebagai sumbangan ikhlas kerajaan.lagi lah elok untuk mengelakkan sumbang-moral yang berkutu dalam kehidupan masyarakat skunk ini!

Allah Yubarik Fikum!

Bookmark and Share

    


  Member Information For qiloneProfil   Hantar PM kepada qilone   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 31-10-08 18:45


wawa: rasanya kalau senyap2 pun sama saja....agaknya


Pada pendapat saya ok saja, janji niat nak kawin itu kena betul...rm 1K itu mungkin boleh dianggap sebagai bonus......maklumlah duit banyak habis digunakan semasa perkahwinan...rasanya belanja kawin lebih besar dr rm1K. tak nampak pula saya dimana keuntungan nya...sekurang2 nya dapat menggalakan org kawin...that all...from..me..kalau salah harap tegur...hanya sekadar pendapat...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 31-10-08 18:52


ala,,,,kalau kawin pun rezeki lah tu,,da org nak bagi 1k...ambil saja lah...sebelum kawin semua da taukan pasangan masing-masing.....1k tu seumpama mendorong juga,...tapi lebih baik..bagi ibu tunggal modal untuk berniaga ke,,,tapi sekarang ni ibu tunggal tak kisah da,,,,ramai yang berkerjaya....

Bookmark and Share

    


  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-10-08 20:11


hehe ..baca betul-betul... ibu tunggal MISKIN.. bukan main rembat saja mana-mana yang bertitle ibu tunggal yang hebat bekerjaya anak @ tanggungan pun entah-entah seorang saja itu pun dah besar panjang ke..dah kerja ke.....

1k tu tak ada apa-apa untuk sebuah menangggun keluarga.. lepas lah agaknya makan minum sebulan dua... hangus macam tu saja.. belanja untuk menanggung makan minum ibu tunggal dan anak2nya untuk sepanjang hayat bukan sedikit.... itu cuma sebagai tanda penghargaan kerana sanggup membantu ibu tunggal yang MISKIN tadi...
dan tanda penghargaan kerana mereka kawin dua.. atas dasar membantu.. bukan cari yang nmbor dua tu aweks cun... hihihihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 01-11-08 01:48


Pada 31-10-08 16:29 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Hm .. sebagai Ibu Tunggal, Wawa memang tak setuju .. sebabnya, nilai RM 1K tu seolah-olah taruhan kepada sesiapa yang sgp menikahi Ibu Tunggal tu... Bila dah bernikah dan dapat RM1K, entah-entah tak brtgjwb ..

2 B friendly, kalau Wawa pun, Wawa tak hendak jadi Isteri kedua .. Lelaki tu pun, terang-terang dah nampak ketidak ikhlasan dia menikahi kita (sebab dapat offer RM1K) ..

Semoga orang-orang Melaka berfikir sdalam2nya ..




wawa ibu tunggal erk?....
wawa kena paham tak mungkin ada orang nak kahwin sebba nak dapat seribu tu..bukan belas atau puluh ribu.... dah tentu kos nak kahwin lebih dari tu kan?

bagi saya cadangan tu ada jugak yang tak kena...Kenapa hanya yang dah kahwin Kenapa tak offer pada yang bujang yang kahwin dengan ibu tunggal diberi rm 5k ke..baru ok rasanya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 01-11-08 03:03


Pada 31-10-08 16:17 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

RM1,000 nikah ibu tunggal
Oleh Amir Mamat
[email protected]


MELAKA: Lelaki di negeri ini yang sudah berkahwin bakal dihadiahkan wang tunai RM1,000 oleh kerajaan negeri jika memilih ibu tunggal miskin sebagai isteri kedua.

Langkah itu diharap dapat membantu golongan itu memulihkan kehidupan mereka yang selama ini tidak diberi perhatian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang mencadangkan pemberian imbuhan itu, bagaimanapun menegaskan hadiah wang tunai itu mempunyai syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama.

Katanya, langkah terbabit bukan menggalakkan lelaki berpoligami tetapi mengurangkan beban ibu tunggal yang selama ini hanya bergantung harap dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak.


Selain mendapat hadiah berkenaan, beliau berkata, mereka boleh memperoleh pahala daripada Allah swt kerana berkahwin dan membantu ibu tunggal miskin yang memerlukan belaian dan penjagaan seorang lelaki.

“Lelaki yang berhasrat berbuat demikian perlu mematuhi syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama kerana dianggap terkeluar daripada tujuan program dilaksanakan.

“Perkara itu masih pada peringkat pertimbangan. Kerajaan negeri akan memutuskan mengenainya selepas perbincangan dibuat dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya di sini, kelmarin.

Mohd Ali berkata, dalam usaha menangani gejala sosial seperti kegiatan seks luar nikah dan Mat Rempit, kerajaan negeri mempertimbangkan memberi hadiah serupa kepada belia yang mendirikan rumah tangga sebelum berusia 30 tahun.

Katanya, galakan seperti itu mampu membasmi gejala tidak sihat terbabit daripada berleluasa dan menggalakkan belia berkahwin pada usia muda.

“Ketika ini, ramai remaja perempuan dikesan melahirkan anak luar nikah yang mencemarkan kesucian Islam dan maruah diri serta keluarga.

“Ramai tenaga profesional di negeri ini mencadangkan kepada saya mengenai hal terbabit. Saya fikir ia baik untuk belia di negeri ini.

“Sebab itu kita sedia mempertimbangkan memberi insentif kepada belia yang berkahwin awal iaitu pada usia bawah 30 tahun supaya mereka mempunyai rasa tanggungjawab kepada keluarga,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20081031095100/Article/index_html



Mulia itu, saya rasa wang hanya sebagai motivasi, niat tujuan tetap mulia. Baguslah, hal seperti ini tak ada di Indonesia. Yang ada suami-suami takut istri :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 01-11-08 10:57


Pada 01-11-08 01:48 , tasbih_30 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 31-10-08 16:29 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Hm .. sebagai Ibu Tunggal, Wawa memang tak setuju .. sebabnya, nilai RM 1K tu seolah-olah taruhan kepada sesiapa yang sgp menikahi Ibu Tunggal tu... Bila dah bernikah dan dapat RM1K, entah-entah tak brtgjwb ..

2 B friendly, kalau Wawa pun, Wawa tak hendak jadi Isteri kedua .. Lelaki tu pun, terang-terang dah nampak ketidak ikhlasan dia menikahi kita (sebab dapat offer RM1K) ..

Semoga orang-orang Melaka berfikir sdalam2nya ..




wawa ibu tunggal erk?....
wawa kena paham tak mungkin ada orang nak kahwin sebba nak dapat seribu tu..bukan belas atau puluh ribu.... dah tentu kos nak kahwin lebih dari tu kan?

bagi saya cadangan tu ada jugak yang tak kena...Kenapa hanya yang dah kahwin Kenapa tak offer pada yang bujang yang kahwin dengan ibu tunggal diberi rm 5k ke..baru ok rasanya..


ye, Wawa Ibu Tunggal :-D ..

Ok .. Setuju, Apa sangat RM1K tu kan?? But .. Why mereka nak gunakan 'RM1K' sebagai 'Hadiah'..?? kalau ikhlas, rasanya perkara 'RM1K' tu tak perlu nak dihebohkan (Evn dalam peringkat prbincangan). dalam ikatan prkhwinan, sebenarnya .. Wang hantaran bukan wajib kan?.. Nak cerita, cara paling ekonomi untuk kahwin .. Hm, Mas kawin (Paling mahal pun tak sampai RM150) tengok, btapa beruntungnya kalau lelaki tu bernikah dengan Si Ibu Tunggal tadi?? (Wawa cerita kalau lelaki tu tak ikhlas lah ...) tapi tak apa lah.., :-) yang penting, Wawa do'akan semoga Ibu2 tunggal yang dinikahi (Mllalui gnjrn RM1K) tu mndapat seorang Lelaki baik, jujur dan beriman ... Amin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

saidatul_aisyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.07.2008
Ahli No: 33897
Posting: 34
Dari: Bidor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-11-08 11:09


erm,at first setuju juga dengan wawa bukan sebab nak sokong side perempuan juga,lelaki nanti "mungkin" lah akan kawin dengan perempuan tueh sebab duit rm1k tueh,tapi mungkin sajalah ye..and riso kalau dapat lelaki yang tak bertanggugjawab..erm jawapnye kes naya sajalah ye...hehehehe...tapi,tak semua lelaki fikir kahwin nak dapat duit bonus tueh,mungkin ikhlas nak membantu....pendapat saya lah,program ini mesti ada procedure + framework yang mesti ditepati sebelum lelaki tueh menikahi ibu tunggal tueh...contoh nya,background dia ke,pendapat jiran tetangga,isteri atau keluarga terdekat,dari segi kewangan...erm,mesti banyak lah benda yang lelaki tueh nak kena "comply" dengan framework program tueh...erm,kita pun tak boleh lah nak simply2 bagi kahwin free juga..takot nanti tambah beban kat semua pihak pula...lagi naya...huhuhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For saidatul_aisyahProfil   Hantar PM kepada saidatul_aisyah   Pergi ke saidatul_aisyah's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-11-08 12:18


matlamat elok, tapi tidak diteliti mekanismanya secara halus, perlaksanaan yang tak praktikal dan banyak flaw.....bakal mengundang lebih banyak masalah daripada penyelesaian........
lagipun Rm1k tu dapat one-time saja kan (bukan nak jadi materialistik) tapi dalam situasi ekonomi sekarang dan taraf hidup terkini...mampu kah seribu tu mengubah segala apersepsi tentang poligami.......

nanti daripada nak betul kan keadaan, nanti jadi lagi teruk....silap-silap; mentaliti masyarakat pun akan berubah....poligami hanya untuk kepentingan materialistik................
paling takut, ada ibu tunggal sanggup jual diri mereka untuk dapatkan rm1k tu.....tak ke ni akan menjatuhkan maruah wanita......

p/s: ikut yang dah digariskan dalam Islam, segalanya akan elok.....
tak percaya tanya lah wawa......hihihi

Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 01-11-08 12:27


p/s: ikut yang dah digariskan dalam Islam, segalanya akan elok.....
tak percaya tanya lah wawa......hihihi

Brtuah betul lah hang ni alwalid, cubit hidung tu kang, baru tahu... Wawa bukan Ustazah lah .. Dah lah tak sealim wrga2 u.c yang lain ... Hik Hik ..!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

nique_hanna
Warga 3 Bintang
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5934
Posting: 141
Dari: darul takzim.

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-11-08 12:57


Pada 01-11-08 12:18 , alwalid posting:

!!! QUOTE !!!



nanti daripada nak betul kan keadaan, nanti jadi lagi teruk....silap-silap; mentaliti masyarakat pun akan berubah....poligami hanya untuk kepentingan materialistik................
paling takut, ada ibu tunggal sanggup jual diri mereka untuk dapatkan rm1k tu.....tak ke ni akan menjatuhkan maruah wanita......


erm..setuju2 dengan alwalid...nikah,lepas itu dapat rm1k.tapi untuk jangka masa panjang terbela ke kehidupan ibu tunggal itu? kot2 laki yang ada itu just nak kejar duit. bukan nak kata semua laki begitu..baguslah kalau yang niatnyer betul-betul nak tolong ibu tunggal...


-----------------
'gantikanlah yang telah hilang..tumbuhkanlah yang telah patah..ku inginkan bahagia..di dunia dan akhirat..pada Mu tuhan ku mohon segala.......'


Bookmark and Share

    


  Member Information For nique_hannaProfil   Hantar PM kepada nique_hanna   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 01-11-08 13:09


Pada 01-11-08 12:27 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

p/s: ikut yang dah digariskan dalam Islam, segalanya akan elok.....
tak percaya tanya lah wawa......hihihi

Brtuah betul lah hang ni alwalid, cubit hidung tu kang, baru tahu... Wawa bukan Ustazah lah .. Dah lah tak sealim wrga2 u.c yang lain ... Hik Hik ..!!


cubit hidung......mana boleh mahram2......lagipun teman takkan dapat rm1k tu

hhhhhhuuhuhuhuhuhuh jangan marah ye mak cik wawa.....


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 01-11-08 16:41


semua itu bergantung pada niat, sama ada lelaki ikhlas nak bantu atau nak ambil rm1k..hihihi :berfikir:


-----------------
http://www.dapatwang.com/?id=laila82


Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-11-08 11:12


Pada 01-11-08 03:03 , pulu posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 31-10-08 16:17 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

RM1,000 nikah ibu tunggal
Oleh Amir Mamat
[email protected]


MELAKA: Lelaki di negeri ini yang sudah berkahwin bakal dihadiahkan wang tunai RM1,000 oleh kerajaan negeri jika memilih ibu tunggal miskin sebagai isteri kedua.

Langkah itu diharap dapat membantu golongan itu memulihkan kehidupan mereka yang selama ini tidak diberi perhatian.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang mencadangkan pemberian imbuhan itu, bagaimanapun menegaskan hadiah wang tunai itu mempunyai syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama.

Katanya, langkah terbabit bukan menggalakkan lelaki berpoligami tetapi mengurangkan beban ibu tunggal yang selama ini hanya bergantung harap dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak.


Selain mendapat hadiah berkenaan, beliau berkata, mereka boleh memperoleh pahala daripada Allah swt kerana berkahwin dan membantu ibu tunggal miskin yang memerlukan belaian dan penjagaan seorang lelaki.

“Lelaki yang berhasrat berbuat demikian perlu mematuhi syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama kerana dianggap terkeluar daripada tujuan program dilaksanakan.

“Perkara itu masih pada peringkat pertimbangan. Kerajaan negeri akan memutuskan mengenainya selepas perbincangan dibuat dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya di sini, kelmarin.

Mohd Ali berkata, dalam usaha menangani gejala sosial seperti kegiatan seks luar nikah dan Mat Rempit, kerajaan negeri mempertimbangkan memberi hadiah serupa kepada belia yang mendirikan rumah tangga sebelum berusia 30 tahun.

Katanya, galakan seperti itu mampu membasmi gejala tidak sihat terbabit daripada berleluasa dan menggalakkan belia berkahwin pada usia muda.

“Ketika ini, ramai remaja perempuan dikesan melahirkan anak luar nikah yang mencemarkan kesucian Islam dan maruah diri serta keluarga.

“Ramai tenaga profesional di negeri ini mencadangkan kepada saya mengenai hal terbabit. Saya fikir ia baik untuk belia di negeri ini.

“Sebab itu kita sedia mempertimbangkan memberi insentif kepada belia yang berkahwin awal iaitu pada usia bawah 30 tahun supaya mereka mempunyai rasa tanggungjawab kepada keluarga,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Setempat/20081031095100/Article/index_html



Mulia itu, saya rasa wang hanya sebagai motivasi, niat tujuan tetap mulia. Baguslah, hal seperti ini tak ada di Indonesia. Yang ada suami-suami takut istri :D




saya sependapat dengan pulu. just motivasi saja...

Cumanya kena barang di ingat..nak kawin ibu tunggal financially kena kukuh. sebab sekarang lelaki ni akan menanggung 2 keluarga..makan pakai , persekolahan anak-anak..
selain dari itu bebanan kehidupan juga bertambah.kena mengurus dua keluarga
dan kalaulah lelaki itu benar-benar ikhlas , maka akan ada ganjaran dari Allah..tapi kalau sekadar nak seronok dan financially tak berapa kukuh..tak perlulah..jangan cari masalah dan memberi masalah...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

norman26
Warga Rasmi
Menyertai: 31.10.2008
Ahli No: 35672
Posting: 10
Dari: Shah Alam

malaysia  


posticon Posting pada: 04-11-08 12:15


:berfikir:
Salam.. pendapat saya, dari segi Islam.. sesiapa yang berkawen (mendirikan masjid) Allah swt da janjikn ganjaran yang special gila di dunia mhupong akhirat kelak.. lebih lebih lagi kalau dengan janda tambahan lagi kalau yang dah ada anok.. cabarannyer besar ya amat..saya da rasa..
Antara masalah yang obvious adalah
1. nak balance istri p'1 dan ke2
2. anak p'1 dan ke'2 belum tentu boleh ngam, mereka belum bersdia dan tak faham bruk baiknyer parent ini kahwin lagi.
Sekiranyer ada program begini Alhamdulillah..
Cuma perspektif kita org melayu yang mungkin skeptikal dengan poligami..
padahal penghulu kita juga beristri 7 just nak support dan pelihara istri2 yang dah kematian suami.. nak kata dia mampu? apa yang dia ada waktu itu?rumah pong berlantai tanah.. yang penting nawaitu kita sendiri..
Ok dari segi Ekonomi..janganlah nak berangan sangat.. Malaysia bukan negara yang kaya sangat sampai boleh support 1000 untuk perkahwinan ke2 dengan janda ini..tambahan lagi recession is coming.. belum tentu program ini diluluskan..
kita juga kena pandang dari perspektif ke 3..
Dulu kerajaan kita beri insentif pada SAUDARA BARU, Mereka dijanjikan dengan peluang loan yang mudah, kursus2 bagus yang percuma dan tempat tinggal yang selesa serta WANG TUNAI.
But instead of that, they pretend to be islam just to get the money..lepas itu lenyap dan jadi diri mereka semula..
Jadi wlupong RM1000 tu tak lah besar mana tapi kerana Wang apa-apa boleh jadi..
Saya tak maksod semua tapi kerana stitik nila rosak susu sebelanga..
Jadi conclusionnyer.. Biarlah yang nak berkahwin janda itu ikhlas tanpa sbrang campaign @ mungkin bukan Wang yang ditawarkan..
mungkin insentif lain eg: permudah anak masuk U @ lain-lain yang lebih bernas.. InsyaAllah bukan saja dunia malah Akhirat kelak akan terjamin juga..semoga amlan saya dan kalian semua diterima Allah swt,Wasalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For norman26Profil   Hantar PM kepada norman26   Pergi ke norman26's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 04-11-08 13:08


rm 1000 saja ibu tunggal
ibu tunggal saja rm 1000...

huhuhu :berfikir:

tak patut..orang lelaki tu bukan membantu tapi nak di bantu..apa lah kerajaan negeri melaka ni..dulu bagi 'datuk' kat shah rukh khan sekarang bagi duit pada lelaki rm1000 untuk kahwin ibu tunggal..entah..kalau saya salah..tegur2 lah :welcome:


-----------------
don't forget to say THANK YOU ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

ladylolida_aina
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.08.2008
Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor

malaysia  


posticon Posting pada: 04-11-08 13:29


Pada pendapat analah RM1000 tu bagilah pada ibu tunggal yang susah. itu lebih baik. kalau nak kahwin tu biarlah ikhlas dan ikut cara yang betul. jangan nak kahwinb semata-kerna nakkan duit RM1000 tu saja. bila dah kahwin anak isteri diabaikan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ladylolida_ainaProfil   Hantar PM kepada ladylolida_aina   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 04-11-08 13:43


Ha ... betul tu Ladyolida_aina, bagi pada Wawa .. Wawa Ibu Tunggal ...anak 1, Heheh :-D Dapat phala tau ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

kasih_kekasih

Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 415
Posting: 1813
Dari: ....PeRMaTaNg PaUH.......

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 04-11-08 15:06


Pada 04-11-08 13:43 , Wawa_83 posting:

!!! QUOTE !!!

Ha ... betul tu Ladyolida_aina, bagi pada Wawa .. Wawa Ibu Tunggal ...anak 1, Heheh :-D Dapat phala tau ...


wawa ni mana-mana posting mesti bgitau dia single mother..
wa simpan2 sikit ye jangan lah nak bagitau semua tu..
tak semua rahsia kita boleh bagitau org :kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For kasih_kekasihProfil   Hantar PM kepada kasih_kekasih   Pergi ke kasih_kekasih's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-11-08 15:29


Pada 04-11-08 15:06 , kasih_kekasih posting:

!!! QUOTE !!!


wawa ni mana-mana posting mesti bgitau dia single mother..
wa simpan2 sikit ye jangan lah nak bagitau semua tu.. :kelip:

rasanya wawa ni masih single, tapi bela anak kucing agaknya, ngeh3x


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

mie05
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.11.2005
Ahli No: 20348
Posting: 318
Dari: melaka

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 09:34


Pada 04-11-08 15:29 , ibnu_musa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 04-11-08 15:06 , kasih_kekasih posting:

!!! QUOTE !!!


wawa ni mana-mana posting mesti bgitau dia single mother..
wa simpan2 sikit ye jangan lah nak bagitau semua tu.. :kelip:

rasanya wawa ni masih single, tapi bela anak kucing agaknya, ngeh3x



ini tentu nak seribu.. sebab tu mengaku ibu tunggal...
kasihan pada mereka yang benar-benar ibu tunggal..(yang miskin lah..tak termasuk ibu tunggal yang berada harta)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mie05Profil   Hantar PM kepada mie05   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 11:55


Hmm, idea ini ada baik ada buruk..

Tapi rasanya paling baik.. beri bantuan dan nasihat untuk ibu-ibu tunggal untuk membangunkan ekonomi mereka.. biar jangka panjang..

Sebab ibu tunggal berhak memilih untuk berkahwin atau tidak berkahwin.. (hmm. Aku terpikir ibu tunggal yang dah berusia.. yang muda rasanya tidak bermasaalah nak kawenn).

Sekurang-kurangnya bila ekonomi ibu tunggal dibangunkan, dapat mengikis tanggapan masyarakat.. dan menaikkan martabat ibu tunggal sendiri..




Huhuhhhhhh.. Clear ke penjelasan aku nieehhh..??
:-P


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

mie05
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.11.2005
Ahli No: 20348
Posting: 318
Dari: melaka

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 12:04


Pada 26-11-08 11:55 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

Hmm, idea ini ada baik ada buruk..

Tapi rasanya paling baik.. beri bantuan dan nasihat untuk ibu-ibu tunggal untuk membangunkan ekonomi mereka.. biar jangka panjang..

Sebab ibu tunggal berhak memilih untuk berkahwin atau tidak berkahwin.. (hmm. Aku terpikir ibu tunggal yang dah berusia.. yang muda rasanya tidak bermasaalah nak kawenn).

Sekurang-kurangnya bila ekonomi ibu tunggal dibangunkan, dapat mengikis tanggapan masyarakat.. dan menaikkan martabat ibu tunggal sendiri..




Huhuhhhhhh.. Clear ke penjelasan aku nieehhh..??
:-P

:cry: :cry: macam mana pula gan bapa-bapa tunggul..
cuma inu tunggul saja dapat perhatian...kasihan bapa-bapa tunggal yang hidup merana..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mie05Profil   Hantar PM kepada mie05   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 12:18


!!! QUOTE !!!

macam mana pula gan bapa-bapa tunggul..



Huhuhh, bapa-bapa tunggul ke bapa-bapa tunggal..?
Jangan sesaje silap taip bro..
Nanti 'Persatuan Bapa-Bapa Tunggal Semalaysia' buat bantahan dalam ukhwah.com niehh..

huhuhhuu.. takkootttt..!!!! :-o



eerrr.. kena buat peruntukan lain lah..
errr,, saudara Rashdin Boleh buka topik baru agaknya.. berkenaan 'RM1000 nikah bapa tunggal'..

sila-sila..     :welcome:









just joking.. jangan ambil hati.. hehheh..
tensen2 saja posting apa-apa yang patut..


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

Maricella

Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 198
Posting: 275
Dari: gemas

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 13:26


Pada 31-10-08 18:52 , umar_khalil posting:

!!! QUOTE !!!

ala,,,,kalau kawin pun rezeki lah tu,,da org nak bagi 1k...ambil saja lah...sebelum kawin semua da taukan pasangan masing-masing.....1k tu seumpama mendorong juga,...tapi lebih baik..bagi ibu tunggal modal untuk berniaga ke,,,tapi sekarang ni ibu tunggal tak kisah da,,,,ramai yang berkerjaya....


sokong kata-kata en umar ini.. :-)


-----------------
Cinta dunia ibarat madu yang beracun,
cinta akhirat bagai hempedu yang mujarab.





Bookmark and Share

    


  Member Information For MaricellaProfil   Hantar PM kepada Maricella   Quote dan BalasQuote

MatBoo
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.11.2008
Ahli No: 36066
Posting: 98

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 26-11-08 14:12


Pada 26-11-08 13:26 , Maricella posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 31-10-08 18:52 , umar_khalil posting:

!!! QUOTE !!!

ala,,,,kalau kawin pun rezeki lah tu,,da org nak bagi 1k...ambil saja lah...sebelum kawin semua da taukan pasangan masing-masing.....1k tu seumpama mendorong juga,...tapi lebih baik..bagi ibu tunggal modal untuk berniaga ke,,,tapi sekarang ni ibu tunggal tak kisah da,,,,ramai yang berkerjaya....


sokong kata-kata en umar ini.. :-)


tak kan sokong saja.. tak ada apa-apa pendapat ke Maricella oi?

Bookmark and Share

    


  Member Information For MatBooProfil   Hantar PM kepada MatBoo   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 14:22


Pada 04-11-08 13:29 , ladylolida_aina posting:

!!! QUOTE !!!

Pada pendapat analah RM1000 tu bagilah pada ibu tunggal yang susah. itu lebih baik. kalau nak kahwin tu biarlah ikhlas dan ikut cara yang betul. jangan nak kahwinb semata-kerna nakkan duit RM1000 tu saja. bila dah kahwin anak isteri diabaikan.


sokong pendapat ladylolida_aina ini....
RM1000 tu kan baik kalau bagi saja kat ibu-ibu tunggal yang miskin tak payah nak bersyarat-syarat macam dah kawin baru boleh lelaki yang mengahwininya tu dapat....
bagi saja lah sebagai sumbangan...... :-D


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

lat-terang
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.03.2008
Ahli No: 32894
Posting: 156
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-11-08 14:32


Mungkin kenekaji lagi agaknya..yelah org sekarang mungkin risau nak kawin dengan ibu tunggal ada anak lagi..lepas itu miskin pula..takut beban kat dia..so ada baiknyha kalau begitu..tapi pastikan laki tu pun ada syarat2 nya...dr ekonomi memang mampu cuma 1k sebagai hadiah sanggup nak tolong ibu tunggal..

dr sebelah positif punn ada yang negetif pun ada juga..jangan main hentam semua tak elok..ada juga elok..lagi pun siapa yang nak bela ibu tunggal ni..takkan nak harap Ali Rustam saja agaknya...

p/s: Wawa jangan cepat sangat tak setuju....cuba fikir dr org laki nya bagaimana..mungkin juga ada lagi cara yang perlu diperhalusi ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lat-terangProfil   Hantar PM kepada lat-terang   Quote dan BalasQuote

mie05
Warga 4 Bintang
Menyertai: 14.11.2005
Ahli No: 20348
Posting: 318
Dari: melaka

Johor   avatar


posticon Posting pada: 26-11-08 15:03


Pada 26-11-08 12:18 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

macam mana pula gan bapa-bapa tunggul..



Huhuhh, bapa-bapa tunggul ke bapa-bapa tunggal..?
Jangan sesaje silap taip bro..
Nanti 'Persatuan Bapa-Bapa Tunggal Semalaysia' buat bantahan dalam ukhwah.com niehh..

huhuhhuu.. takkootttt..!!!! :-o



eerrr.. kena buat peruntukan lain lah..
errr,, saudara Rashdin Boleh buka topik baru agaknya.. berkenaan 'RM1000 nikah bapa tunggal'..

sila-sila..     :welcome:









just joking.. jangan ambil hati.. hehheh..
tensen2 saja posting apa-apa yang patut..



kesilapan teknikal lah tu.. maaf ek...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mie05Profil   Hantar PM kepada mie05   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.142387 saat. Lajunya....