Oleh |
ISTIKHARAH |
raudhah84
WARGA SETIA Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 31-10-08 15:06
.. bolah bantu saya?saya ada kemusykilan..betul ke syaitan boleh mengganggu jawapan istikharah kita? ie jawapan istikharah datang dari gangguan syaitan yang nak bagi kita buat keputusan yang salah..apa yang pengaruhi jawapan istikharah kita..? bantuan sahabat2 amat saya perlukan.. ----------------- sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..
|
anmahar
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14615
Posting: 703
Dari: Kedah Darul Aman
|
Posting pada: 31-10-08 15:34
... dulu ada satu ustaz cakap macam tu... dia kata kena jaga semua2 semasa buat solat tu... walhal masa nak tidor sekalipun... kena dalam wuduk... adap2 tidor... dikhuatiri syaitan akan mudah nak menghasut... dia juga beri ingatan... istiqarah ni direct kepada Allah... jadi kenalah jaga semua sekali... zahir dan batin... wallahuaklam... sekadar berkongsi... insyaAllah...
|
raudhah84
WARGA SETIA Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10521
Posting: 483
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 31-10-08 16:08
Pada 31-10-08 15:34 , anmahar posting:em ada apa-apa dalil tak yang saya boleh guna? sebab ada kawan yang tanya pada saya dan bagi dalil ni; Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari; Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa: “Ya Allah. Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.” Kata kawan saya tu, dari dalil ni, syaitan memang tak akan ganggu istikharah kita.. saya pernah dengar ustz cakap macam yang anmahar cakap, tapi saya tak ada dalil yang kukuh untuk bagi pada kawan saya... ----------------- sekali kaki melangkah di jalan ALLAH..jangan undur..biar masa berganti..aqidah jangan mati..biar zaman berubah..keyakinan pada ALLAH jangan goyah..
|
adh_ham
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.01.2005 Ahli No: 13658
Posting: 37
Dari: Tsik Pmysuree, Cheras
|
Posting pada: 04-12-08 07:25
yang pentingnya...berdoa penuh dengan keyakinan!insya Allah anda akan dapat petunjuk. sesungguhnya kuasa Allah xterbatas. kalau kita masih fikirkan gangguan, maknanya, kita masih was-was.. Letakkan keyakinan yang tinggi pada kuasa Allah..pasti berjaya!
|
Maslynda
Warga Rasmi Menyertai: 20.11.2008 Ahli No: 35969
Posting: 4
Dari: Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah, Melaka
|
Posting pada: 04-12-08 08:49
Letaklah sepenuh hati kita kepada Allah.Hati akan tenang.Insyallah
|
Norhaslina
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.11.2005 Ahli No: 20221
Posting: 382
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 25-12-08 09:31
.. sekadar perkongsian. Solat istikharah adalah solat memohon petunjuk dari Allah. Dengan kata lain memohon tentang perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat suatu penentuan atau pilihan. Untuk merasai kemanisan dalam ibadah kita perlu menjaga adab2nya agar mengalir keberkatan dariNya.. Ya, amalkan berwudhuk dan mengikut sunnah yang diajarkan Nabi saw sebelum tidur agar tidur tidak terganggu, fikiran harus tenang dari memikirkan sesuatu hal agar tidak terbawa ke alam separa sedar (tidur) kita...mudh2an hadir petunjuknNYA.. Kita ini hanya manusia biasa, pasti akan digannggu, seringkali tergugat dan digugat, janji ia dihadapan Allah akan menyesatkan kita dengan apa cara sekalipun.. ..yA aLLAH pimpinlah diri kami, jangan biarkan kami memimpin diri kami sendiri, tunjukkan kami jalan yang Engkau redhai..ameenn..
|
arrantaui
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.12.2008 Ahli No: 36246
Posting: 99
|
Posting pada: 30-12-08 12:55
Ada dua kaedah; 1. istikharah (solat) 2. istisyarah (mesyuarat). Kalau berkaitan dan beri impact dengan orang lain, perlukan nasihat, umpamanya kena bermesyuarat dengan mereka yang patut atau yang pakarnya. Misalnya kalau harta sepencarian dan nak beli rumah misalnya kena bermesyuarat dengan isteri. Anak nak pilih jurusan di Univ bermesyuarat dengan ibu bapa. Nak pilih bakal suami/isteri kena bincang dengan ibubapa.
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 30-12-08 14:38
baru-baru ni ana pun ada buat solat isthikarah....sebenarnya jawapan Allah ada dalam pelbagai bentuk.tak semestinya melalui mimpi saja.macam ana, lepas isthikarah, ana rasa tenang dan secara langsung ana dah boleh buat keputusan yang ana rasa terbaik bagi diri ana.Alhamdullilah.So, paling penting kita kena yakin...
|
sasuke-kun
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun
|
Posting pada: 30-12-08 16:02
teringgin juga nak buat solat istiqarah...tapi maybe masa nak cari jodoh agaknya
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 30-12-08 16:10
solat istiqarah adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan kekeliruan kita.yakin dengan apa yang kita lakukan...
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 30-12-08 16:54
cik sasuke-kun, kalau teringin apa lagi,cepat-cepat lah cari calon..lepas itu boleh lah buat solat istiqarah..He!he!
|
shafiqah88
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2008 Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan
|
Posting pada: 30-12-08 17:12
Pada 04-12-08 07:25 , adh_ham posting:!!! QUOTE !!! yang pentingnya...berdoa penuh dengan keyakinan!insya Allah anda akan dapat petunjuk. sesungguhnya kuasa Allah xterbatas. kalau kita masih fikirkan gangguan, maknanya, kita masih was-was..
Letakkan keyakinan yang tinggi pada kuasa Allah..pasti berjaya! setuju... ustazah saya, buat istikharah 40kali.. pasal ada ustaz minang dia.. lepas 3bln, baru bagi jawapan... erwina, sasuke tu, memang dah tibe masa agaknya... jom2, kita doa... cepat-cepat,tadah tangan.. aminnn.. amin.. hik3... ----------------- chayo!
|
marsyalaila
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.10.2004 Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu
|
Posting pada: 30-12-08 17:45
jangan istikharah untuk kahwin saja..nak mengundi pun kena istikharah jugak..
|
shafiqah88
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2008 Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan
|
Posting pada: 30-12-08 17:53
Pada 30-12-08 17:45 , marsyalaila posting:!!! QUOTE !!! jangan istikharah untuk kahwin saja..nak mengundi pun kena istikharah jugak.. ye betul... kita rujuk makna lughah dia.. isti - meminta (kaedah sorof) kharah - dari perkataan khair.. iaitu yang baik... mksdnye.. meminta yang terbaik... apa-apa yang kita keliru, hndaaklah beristikharah.. minta yang terbaik, dan rujuk pada Allah.. ----------------- chayo!
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 30-12-08 20:23
wah2x che shafiqah ni...menyakat orang kemain ye!!! betul tu shafiqah, marsya...islam itu indah..
|
marsyalaila
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.10.2004 Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu
|
Posting pada: 02-01-09 20:53
so, bagi pengundi parlimen kuala terengganu, sebelum pangkah mana-mana mana 17 januari nanti, istikharah dulu..baru berkat tangan yang memangkah..
|
wedelia
Warga 3 Bintang Menyertai: 05.09.2005 Ahli No: 18715
Posting: 84
|
Posting pada: 02-01-09 21:55
Pada 25-12-08 09:31 , Norhaslina posting:!!! QUOTE !!! ..
sekadar perkongsian.
Solat istikharah adalah solat memohon petunjuk dari Allah. Dengan kata lain memohon tentang perkara yang menimbulkan keraguan dalam membuat suatu penentuan atau pilihan.
Untuk merasai kemanisan dalam ibadah kita perlu menjaga adab2nya agar mengalir keberkatan dariNya..
Ya, amalkan berwudhuk dan mengikut sunnah yang diajarkan Nabi saw sebelum tidur agar tidur tidak terganggu, fikiran harus tenang dari memikirkan sesuatu hal agar tidak terbawa ke alam separa sedar (tidur) kita...mudh2an hadir petunjuknNYA..
Kita ini hanya manusia biasa, pasti akan digannggu, seringkali tergugat dan digugat, janji ia dihadapan Allah akan menyesatkan kita dengan apa cara sekalipun..
..yA aLLAH pimpinlah diri kami, jangan biarkan kami memimpin diri kami sendiri, tunjukkan kami jalan yang Engkau redhai..ameenn.. salam.. ana setuju dengan norhaslina.. tambahan:tidur menghadap kiblat.itu pun sunnah juga.. apa-apa pun,lakukan istikharah dengan penuh yakin.insya'Allah akan dapat jwpnnye..Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar... ----------------- ~hidup ini indah jika segalanya kerana Allah~
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 03-01-09 00:33
KESIMPULAN1. rasa bimbang, ragu, dan ketidak-tahuan terhadap baik dan buruknya sesuatu perkara adalah hal yang biasa terjadi yang mana semua itu adalah termasuk di dalam tabiat dan keterbatasan manusia. 2. Solat Istikhoroh adalah solat yang dilakukan untuk meminta petunjuk kepada Allah untuk kebaikan perkara yang sedang dihadapi. 3. Para ulama bersepakat (ijma’) bahawa solat Istikhoroh hukumnya sunnah. 4. Solat Istikhoroh disunnahkan bagi segenap perkara sama ada besar atau kecil, selagi mana seseorang bimbang atau ragu ataupun tidak mengetahui maslahatnya di masa akan datang/terkemudian. 5. Apabila sudah terdapat kecondongan hati atau mengetahui tentang baiknya perkara (dari awal lagi), maka tidak disunnahkan beristikhoroh, ini kerana solat istikhoroh itu dilakukan adalah bagi tujuan meminta petunjuk, dan Allah memerintahkan hambanya yang telah melaksanakannya supaya bertawakal kepada Allah. 6. Istikhoroh disunnahkan dalam perkara-perkara yang asalnya mubah, ada pun perkara wajib dan sunnah, maka tidak disunnahkan ber-istikhoroh, ini kerana kebaikannya sudah jelas baginya, sebagaimana perkara haram dan makruh tidak disunnahkan ber-istikhoroh kerana keburukannya sudah jelas baginya. 7. Tidak terdapat dalil yang sah berkenaan pengkhususan bacaan surah-surah al-Qur’an dalam solat Istikhoroh. Maka, adalah bebas untuk memilih apa jua surah untuk dibaca di dalam solat. 8. Doa Istikhoroh boleh dibaca dalam solat (sebelum salam) atau di luar solat (sesudah salam) 9. Dibolehkan mengulangi solat Istikhoroh bagi satu-satu perkara apabila diperlukan. 10. Ketenangan hati dan kelapangan dada kepada suatu perkara setelah melakukan solat istikhoroh adalah tanda petunjuk dari Allah, dan tidak terdapat dalil yang sah tentang keharusan melihat mimpi setelah beristikhoroh. Demikianlah yang dapat dibentangkan dari beberapa penjelasan/keterangan para ulama berkenaan solat Istikhoroh, mudah-mudahan kita mendapat petunjuk dari Allah sehingga kita dapat melangkah bertepatan dengan apa yang digariskan oleh Allah dan Rasul-Nya dan mendapatkan yang terbaik dari sisi-Nya dengan jalan taat dan istiqomah di atas landasan-Nya, amiin. http://fiqh-sunnah.blogspot.com Sumber: Disunting/diambil dari Tulisan (Bahasa Indonesia) Abu Ibrohim Muhammad Ali & Majmu’ah Tholabah Ma’had as-Sunnah Pasuruan, Majalah al-Furqon 72, Edisi 1 Tahun ke-7, 1428 (2007), m/s. 34-39 Oleh Nawawi Bin Subandi, http://fiqhsunnah.blogspot.com.
|
are_dik
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.11.2004 Ahli No: 12567
Posting: 93
Dari: student
|
Posting pada: 03-01-09 00:41
istikharh...bukan hanya untuk menentukan jodoh saja.. membuat pilihan apa-apa saja yang kita rasa sangsi untuk pleh mana yang terbaik..tapi, tidaklah kepada jalan maksiat..ingat tu...
|
Meow
Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 03-01-09 00:47
Pada 31-10-08 16:08 , raudhah84 posting:!!! QUOTE !!! Pada 31-10-08 15:34 , anmahar posting:
em ada apa-apa dalil tak yang saya boleh guna? sebab ada kawan yang tanya pada saya dan bagi dalil ni;
Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah. Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
Kata kawan saya tu, dari dalil ni, syaitan memang tak akan ganggu istikharah kita..
saya pernah dengar ustz cakap macam yang anmahar cakap, tapi saya tak ada dalil yang kukuh untuk bagi pada kawan saya...
Hadith ni umum menerangkan kaifiat solat Istikharah.. serta doa yang diwariskan oleh Nabi untuk kita amalkan.. tetapi jawapan istikharah tu masih boleh dipengaruhi syaitan kerana ia melibatkan gerak rasa hati.. sedang syaitan itu mampu berlari di dalam badan melalui pembuluh darah lagi.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
srikandi_khaulah
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.07.2007 Ahli No: 30520
Posting: 139
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 04-01-09 02:20
ada orang pernah pertikai...Kenapa bila kita pilih jalan yang kita yakin sewaktu istikharah...masalah tetap muncul? hidup tetap terganggu apabila kita menempuh jalan yang menjadi jawapan istikharah kita?
|
srikandi_khaulah
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.07.2007 Ahli No: 30520
Posting: 139
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 04-01-09 02:20
ada orang pernah pertikai...Kenapa bila kita pilih jalan yang kita yakin sewaktu istikharah...masalah tetap muncul? hidup tetap terganggu apabila kita menempuh jalan yang menjadi jawapan istikharah kita?
|
srikandi_khaulah
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.07.2007 Ahli No: 30520
Posting: 139
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 04-01-09 02:20
ada orang pernah pertikai...Kenapa bila kita pilih jalan yang kita yakin sewaktu istikharah...masalah tetap muncul? hidup tetap terganggu apabila kita menempuh jalan yang menjadi jawapan istikharah kita?
|
srikandi_khaulah
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.07.2007 Ahli No: 30520
Posting: 139
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 04-01-09 02:21
Ya ampun tuan admin, kesilapan teknikal...jangan marah ye~~
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 04-01-09 11:10
Pada 04-01-09 02:20 , srikandi_khaulah posting:!!! QUOTE !!! ada orang pernah pertikai...Kenapa bila kita pilih jalan yang kita yakin sewaktu istikharah...masalah tetap muncul? hidup tetap terganggu apabila kita menempuh jalan yang menjadi jawapan istikharah kita? Alahai sayang...laut mana yang tak bergelora, takkan dalam yang terbaik tu tak ada langsung keburukannya...nobody perfect. Kalau masalah tak timbul, bukan kehidupan namanya tu. Cuma kebijaksanaan kita dalam menyelesaikan masalah itu penting
|
immad
Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11221
Posting: 968
Dari: minal mahdi ila lahdi(UIAM)
|
Posting pada: 04-01-09 13:34
Pada 04-01-09 02:20 , srikandi_khaulah posting:!!! QUOTE !!! ada orang pernah pertikai...Kenapa bila kita pilih jalan yang kita yakin sewaktu istikharah...masalah tetap muncul? hidup tetap terganggu apabila kita menempuh jalan yang menjadi jawapan istikharah kita? apakah tidak layak untuk Allah memberi kita ujian seterusnya untuk uji keimanan kita selepas Dia memberi kita ni'mat(petunjuk dalam istikoroh)?Allah punya rencana yang baik untuk hambaNya. bagi sajalah kat dia analogi ini..kata kat dia..cuba awak beli handphone ka apa-apa saja lah yang mahal...adakah benda tu tak akan rosak sampai bila-bila?mesti dia buat perangai juga kan Kalau kita tak hati-hati guna atau apa-apa sajalah yang akhirnya memberi kesan kepada barang kita itu.. sebegitu jugalah dengan hidup kita...apabila kita telah mendapat petunjuk dari Allah,kadang-kadang kita terlanggar hukum Dia,lupa untuk bersyukur dan sebagainya,sudah tentu ujian untuk kita tiba sebagai tanda kasih sayang Allah kepada kita sekadar itu sahaja.Wassalam. -----------------
|
abadikan_03
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.02.2006 Ahli No: 22544
Posting: 177
Dari: Negeri Sembila (N9)
|
Posting pada: 04-01-09 13:56
selalu juga buat solat Istikharah dalam sesuatu perkara....supaya sesuatu tu berakhir dengan baik...Alhamdulillah, dapat ptunjuk dengan baik. tapi satu saja prmohonan saya tak dapat ptunjuk stlah bbrapa kali buat istikharah..... apa ye...?? Siapakah dia Bakal suri hidup saya....!!!!!!
|
srikandi_khaulah
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.07.2007 Ahli No: 30520
Posting: 139
Dari: Bandar Baru Bangi
|
Posting pada: 06-01-09 22:44
terima kasih erwina dan immad. hehe...mana nak tau, kot2 jumpa lagi orang begitu... kalau saya, insyaallah sentiasa yakin, yang dibentangkan Allah di hadapan kita mestilah yang terbaik untuk kita. Allah kan tak zalim terhadap hamba2Nya....(kita saja selalu zalim kat diri sendiri)
|
arrantaui
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.12.2008 Ahli No: 36246
Posting: 99
|
Posting pada: 07-01-09 04:17
Pada 04-01-09 02:20 , srikandi_khaulah posting:!!! QUOTE !!! ada orang pernah pertikai...Kenapa bila kita pilih jalan yang kita yakin sewaktu istikharah...masalah tetap muncul? hidup tetap terganggu apabila kita menempuh jalan yang menjadi jawapan istikharah kita? Nabi-nabi paling manusia paling baik. Nabi-nabi paling banyak menempuh kesusahan. nabi-nabi paling banyak diberi jalan keluar oleh Allah daripda kesusahan.
|
shafiqah88
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.09.2008 Ahli No: 34910
Posting: 308
Dari: irbid, jordan
|
Posting pada: 07-01-09 06:02
Pada 04-01-09 02:20 , srikandi_khaulah posting:!!! QUOTE !!! ada orang pernah pertikai...Kenapa bila kita pilih jalan yang kita yakin sewaktu istikharah...masalah tetap muncul? hidup tetap terganggu apabila kita menempuh jalan yang menjadi jawapan istikharah kita? kita ni hamba.. Allah tu tuan kita.. memang layak lah kita ni sebagai hamba, ditimpa ujian... kita yang kena bersedia dengan ujian2 tu... kita yang kena persiapkan diri dengan ujian dari tuhan kita.. macam tuan dengan kuli... kadang-kadang bila dia nak, dia suruh buat air ke, brsihkan bilik ke, pergi kedai ke.. kuli tu sebagai kuli yang kena bersedia setiap arahan... jangan berputus asa.. teruskan berdoa.. setiap ujian tu ada hikmah... ----------------- chayo!
|
simpLe_sHida
Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 31-01-09 15:41
salam alaik.. wah. bguih info.. jazakillah ustazah syafiqah hehehe jangan kecikkan skop minda. istikharah saja.. bila nak pilih jodoh. isshh. susah lah begitu. jom.. kita try amalkn tiap mlm. try dalam sebulan... tak kira had lah.. antum akan rasa kelainan. rasa keajaiban... bilamana nak buat keputusan. sama ada nak beli ke barang tu.. nak pilih baju..kasut.. nak pergi yang mana satu program.. dan banyak lagi contoh lah. once antum bisa lakukan solat ni. Allah mudhkn hati kita... guna pintasan + lintasan hati saja. macam ada lmpu ar dalam hati. ijo vs merah. ehehe. tak percaya? try test ye... wallahu'alam. ----------------- ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum..
|
fairouz84
Warga Rasmi Menyertai: 31.12.2008 Ahli No: 36578
Posting: 7
Dari: shah alam
|
Posting pada: 31-01-09 17:47
Pada 04-01-09 02:20 , srikandi_khaulah posting:!!! QUOTE !!! ada orang pernah pertikai...Kenapa bila kita pilih jalan yang kita yakin sewaktu istikharah...masalah tetap muncul? hidup tetap terganggu apabila kita menempuh jalan yang menjadi jawapan istikharah kita? pernah seorang kawan ni katakan, kemungkinan masalah yang timbul dalam jalan bagi pilihan yang telah kita buat ni adalah dugaan untuk pastikan betapa sungguhnya kita dalam pilihan yang telah kita buat.
|
arrantaui
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.12.2008 Ahli No: 36246
Posting: 99
|
Posting pada: 01-02-09 02:06
Selain istikharah, ada juga istisyarah (bermesyuarat) sebagai kaedah yang diajar Islam. Ada perkara kita disuruh bermesyuarat. Ini biasanya bila berkaitan dengan orang lain atau yang memerlukan kemahiran/ilmu yang mendalam. Misalnya seorang anak bujang yang sudah ingin berkahwin, dia kena bermesyuarat dengan ibubapanya, tidaklah memadai kalau, "wahai ayah, inilah bakal isteri/suami yang terbaik buat saya, saya sudah buat istikharah". Nabi Muhammad pun Allah suruh bermesyuarat dengan sahabat-sahabatnya. Ada perkara denga istikharah, ada perkara dengan mesyuarah.
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 04-02-09 11:34
salam.. sekedar pandangan dari apa yang saya perhatikan tentang istikarah dan orang2 yang telah melakukannya.. ada yang istikarah sebab caolnnya ada dua,seorang perempuan couple 2 lelaki..dan dia nak pilih salah satunya...dia lakukan istikarah.. (dia dah istikarah..dia kata lelaki yang satu ni selalu bermain2 diingatannya..lalu dia pilih lelaki tu..setlah beberapa masa bersama lelaki tu,mereka putus dan pisah..dimana salahnya??kesalahannya..dia melakukan istikarah..tapi tidak membiarkan ALLAH memilihnya...dia memilih sendiri atas dasar kelebihan yang ada pada pilihannya..setelah dapat,kurang bersyukur dan menjaga satu sama lain..) setelah istikarah tetap ada masalah..(istikarah tu tujuannya bukan untuk hilangkan masalah..tapi agar mendapat rahmat dan redho ALLAH..hidup pasti ada masalah..) kalau nak istikarah sebab memilih sesuatu, serahkanlah segala sesuatunya pada ALLAH..jangan ikat hati anda pada sesuatu apa pun melainkan ALLAH...kosongkan hati dari berharap pada apa yang kita inginkan..setelah memilih..mohonlah agar ALLAH memberi petunjuk dan mengampuni serta membimbing seandainya pilihan itu salah.. serahkan semuanya pada ALLAH..
|