Oleh |
hidup terlalu singkat untuk membenci |
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 23-10-08 16:10
Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan. Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu. Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman: "Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara" Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa. Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali! Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali" Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'. Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..
|
norli
Warga Rasmi Menyertai: 07.01.2006 Ahli No: 21753
Posting: 10
Dari: kemaman
|
Posting pada: 23-10-08 16:41
berilah kemaafan kepada sesiapa yang dirasakan patut menerimanya.. bersihkan hati agar kita sentiasa dirahmatiNYA...amin.. p/s hidup ni hanya sekali..lakukan yang terbaik!
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 23-10-08 16:42
hidup terlalu singkat untuk membenci... luahan hati ke ni??? lebih berupa ingatan sebenarnya... insyaAllah, dijadikan pedoman dalam meniti arus kehidupan... P/S : tak mudah menjadi orang yang pemaaf...
|
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 23-10-08 17:59
Memang benar apa yang dikata diatas. Hidup ini memang terlalu singkat untuk semua itu. kalau boleh, tak nak bergaduh, bermasam muka dan membenci dengan sesiapa pun. Dunia akan tersa sempit bila ada perasaan macam tu. Ingat hidup tenang dan bahagia. Nak sangat baik dengan semua org. Sebelum tidur, sentiasa lah memaafkan semua org. Semoga org lain pun akan memaafkan kita jika ada kesalahan. Ya Allah, berilah ketenangan pada hamba Mu ini. Semoga ku diampunkan dosa jika ada kesalahan pada sesiapa, dan sesungguhnya aku mengampun kan segala dosa2 mereka pada ku... Amin... -----------------
|
shimaku
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~
|
Posting pada: 23-10-08 20:30
Pada 23-10-08 16:42 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! hidup terlalu singkat untuk membenci... luahan hati ke ni??? lebih berupa ingatan sebenarnya... insyaAllah, dijadikan pedoman dalam meniti arus kehidupan...
P/S : tak mudah menjadi orang yang pemaaf...
memang bukan mudah untuk jadi seorang yang pemaaf...saya ada mengalami satu perkara yang sukar untuk saya maafkan insan tersebut...perbuatannya cukup membuatkan saya membencinya.. MasyaAllah..takdpt saya nak elak dari membencinya...
|
eira
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2341
Posting: 182
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 23-10-08 21:53
Mulut berkata dah memaafkan.. tapi dalam hati masih tersimpan amarahnya. susah nya mainan perasaan ni...
|
cik_zinnirah
Warga 1 Bintang Menyertai: 15.09.2008 Ahli No: 34991
Posting: 35
|
Posting pada: 23-10-08 22:16
tapi hati ini masih terasa sukar untuk memaafkan... Ya Allah ampunkanlah hambaMU...
|
imni_1612
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 24-10-08 08:57
Pada 23-10-08 21:53 , eira posting:!!! QUOTE !!! Mulut berkata dah memaafkan.. tapi dalam hati masih tersimpan amarahnya. susah nya mainan perasaan ni... ya allah bukakanlah hatiku untuk memaafkan insan ituu.. p/s: saya pernah melaluinya.. ----------------- ::teruskan kejayaan menuju keunggulan::
|
zulman
Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 24-10-08 09:02
Pada 23-10-08 16:10 , halesolurun_84 posting:!!! QUOTE !!! Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.
Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.
Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman: "Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"
Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.
Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!
Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai: "Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"
Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.
Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU.. kadangkala kita memaafkan , kita tak benci, tapi kita menghidari orang itu...sebab kita tak mahu masuk lubang yang sama kali kedua... otak ni banyak RAM..jangan sempitkan "RAM" otak kita dengan perkara negatif......memaafkan tapi takkan melupakan "pengalaman pahit" itu... ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
irashahirah
WARGA SETIA Menyertai: 08.10.2005 Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee
|
Posting pada: 24-10-08 10:05
Assalamaualaikum.. selamat pagi.. harap zinnirah dalam keadaan yang baik sekali.. manusia tak lari dari kesilapan.. tak lari dari dilukai, melukai.. mula-mula memang rasa susah sangat nak maafkan.. tapi cuba zinnirah fikir.. perasaan tu tak mendatangkan apa-apa kebaikan untuk zinnirah.. nanti fikiran makin kusut, hati tak tenang.. hidup pula tak ceria... rugi nya kalau kita tak menikmati banyak kebahagiaan yang Allah dah berikan di depan mata... maafkan lah... halalkan apa yang orang tu dah buat.. jangan fikir, jangan menyesal atas apa yang berlaku sebab apa saja yang berlaku tak lepas dari sebab dan seribu hikmah.. kita manusia biasa tak dapat melihat apa yang tersirat.. sabar.. tenangkan hati.. saya cakap macam ni atas pengalaman hidup.. cuba lah ye.. maafkan kerana Allah.. awak kan jumpa jalan yang terang.. saya doakan..
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 24-10-08 16:39
pesanan penaja yang tak habis... tak mudah menjadi pemaaf..........tapi, suatu hari kita akan duduk di tempat orang yang tak dimaafkan tersebut...baru kita mengharapkan agar mudahnya kita dimaafkan... makanya, cuba bersangka baik dalam setiap perkara yang hadir dalam kehidupan..itulah sebenarnya denai kehidupan yang laluan hakikinya dicoret oleh Allah, maka harus kita mengingati bahawa ia datang daripada Allah.perbuatan sukar memaafkan bererti kita sebenarnya seperti marah, tidak bersetuju dengan perkara yang telah Allah canangkan dalam kitab taqdir, qada' dan qadarNya.. kesimpulan : maafkan jeq, tak susah pun sebenarnya...sementelah bila kita mengetahui bahawa hakikat kita ni adalah manusia yang banyak cela..tak layak pun nak meminjam hak Allah...sepertimana diperihalkan dalam artikel di atas
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 17-01-09 11:15
Saja nak mengorek posting lama. Terima kasih atas nasihat sahabat semua. Dihargai sangat. Senangnya untuk membenci.. Bila sudah membenci,memakan masa pula untuk memulihkan kembali.. Betulkan? Bagaimana pula dengan orang yang kita benci? pastinya dia mahukan kemaafkan andai itu kesilapan dia. Dalam sedar atau tidak sedar.. Kita juga pernah membuat orang benci terhadap kita. Apa yang kita harapkan? Hanya kemaafan darinya bukan? Balik pada diri sendiri.. Andai kita pernah membenci orang,maafkanlah kerana kita juga pernah dibenci dan mengharapkan kemaafkan daripada orang lain.
|
nur_awatif174
Warga 2 Bintang Menyertai: 10.03.2008 Ahli No: 32840
Posting: 62
Dari: bangi,selangor
|
Posting pada: 17-01-09 11:36
memang sukar untuk memaafkan orang yang kita benci... apabila kita juga membuat orang rasa benci dengan kita,maka kita juga memerlukan kemaafan dr orang tersebut....hanya mengulas kata-kata halesolurun_84. bagi saya,memaafkan seseorang itu adalah lebih baik dari membencinya...sekurang2nya kita tidak menambah dosa...maka berbaik lah sesama insan..hidup akan lebih aman dan bahagia...
|
ctmariani
Warga 2 Bintang Menyertai: 02.02.2009 Ahli No: 37008
Posting: 51
Dari: bentong
|
Posting pada: 11-02-09 16:36
terima kasih atas nasihat sahabat-sahabat.. mulut saja kata maaf, tapi hati ni susah nak terima. mungkin ambil masa yang agak lama nak terima.luka luaran pun meninggalkan kesan parut...nikan hati yang luka lepas itu ditambah4 lagi sakitnyer.bukan setakat luka saja tapi macam nak terbelah saja hati ni. tapi saperlah ana nak terus beri hukuman kan2? ana cuba.insyaallah.
|
setanggi_syurga83
WARGA SETIA Menyertai: 10.03.2006 Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah
|
Posting pada: 11-02-09 18:38
Teringat ceramah Dr.Fadzilah Kamsah(tak ingat di tv atau radio) mengatakan yang untuk menjadikan hidup kita ini bahagia dan lapang hendaklah kita memaafkan perbuatan setiap org yang menyakiti kita(didalam hati) setiap kali sebelum tidur..(ingat-ingat lupa..tapi menyarankan kita memaafkan tiap org yang pernah menyakiti kita setiap kali sebelum tidur) ----------------- -StaIrWays To HeaVen- http://nurfazilah.hadithuna.com/
|
ibusoleha
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.10.2008 Ahli No: 35512
Posting: 69
Dari: KL-JB-B.Mertajam
|
Posting pada: 11-02-09 23:26
salam, jangan sesekali menyimpan sifat benci terhadap orang lain di dalam hati...berilah kemaafan dengan hati yang ikhlas, sesungguhnya kita pun bukanlah manusia yang sempurna...
|
shah_hidayah86
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.03.2008 Ahli No: 32774
Posting: 84
Dari: SHAH ALAM
|
Posting pada: 12-02-09 01:11
salam memberi kemaafan itu suatu pengertian yang amat mendalam.......... sukar di beri, senang di minta.......... tepuk dada, tanya iman......
|
mohd
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2003 Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl
|
Posting pada: 12-02-09 07:37
bismillah.... assalaualaium.alamdllah,segala jig ALAH yang memimli hambaya yang hina ini untuk meratap karya tulus ini..lantaran tersentk dan terus tersedar..hakikat hidup d dunia yang fana ini..cintalahALAH sayanglah samamakluk..
|
Abdullah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 12-02-09 08:20
, Pemaaf- mudah meminta maaf dan mudah memaafkan
|
miss_pedusi
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.02.2009 Ahli No: 37102
Posting: 74
Dari: putrajaya
|
Posting pada: 12-02-09 08:26
betul.. hidup ini terlalu singkat untuk membenci... jangan buang masa.. maafkan, redha dan doakan dia.. insyaAllah..... *sayang Allah, sayang diri anda*
|
PuteraAlamMaya
Warga 2 Bintang Menyertai: 23.01.2009 Ahli No: 36871
Posting: 51
Dari: KL
|
Posting pada: 12-02-09 10:52
Untuk ketenangan jiwa lupakanlah dua perkara.... 1st - lupakanlah segala perkara-perkara baik yang pernah kita beri/ buat pada org..... 2nd - lupakanlah segala perkara-perkara jahat yang pernah orang beri/ buat pada kita.... Insya-Allah tenanglah hati & jiwa...
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 12-02-09 11:03
PuteraAlamMaya .. Wawa setuju dengan pendapat awak tu tak elok nak benci2 orang ni.. wawa suka marah tapi tak sampai hari nak benci orang .. kalau bencipun, mesti wawa akan fikir tu punca saudara d palestin d injak2 nyawa mereka.. punca perpisahan/perpecahan org islam.. ya ALLAH .. Selamatkanlah aku dari penyakit jiwa .. dengan nma-MU yang Maha suci ya ALLAH .. Aku ikhlaskan segala pengorbanan/kebaikan yang telah aku beri padanya .. Selamatkan dia .. Berilah petunjuk padanya.. Tabahkan hatinya ... Amin ya Rabbal A'lamin.. ----------------- EVoLuSi .. BaNGKiT DaRi KeJaHiLaN...!!!
|
insyirah_hr
WARGA SETIA Menyertai: 08.08.2006 Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah
|
Posting pada: 12-02-09 11:03
tapi kalau kita dah maafkan, orang tu tetap membuatkan kita rasa benci dan sentiasa mencari kesalahan kita? yang buat perkara ni bukan calang2 orang tapi orang yang educated dan merupakan bapa orang.... bukan saya seorang yang kena hadapi perkara ni tapi member2 kelas saya... kami dah buat sehabis baik tapi tetap nak cari kesalahan kami.... hal ni yang buat kami kadang naik angin... sakit hati sangat...tapi kena profesional....kalau terlalu marah nanti apa pun tak jadi....
|