Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-10-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Kuyi
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43139

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 47
Ahli: 0
Jumlah: 47




  Yang Masuk Ke Sini
umy_1510: 19 jam, 5 minit yang lalu


Suara Hatiku
Topik: hidup terlalu singkat untuk membenci


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» hidup terlalu singkat untuk membenci

Please Mendaftar To Post


Oleh hidup terlalu singkat untuk membenci

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 16:10


Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

norli
Warga Rasmi
Menyertai: 07.01.2006
Ahli No: 21753
Posting: 10
Dari: kemaman

Terengganu  


posticon Posting pada: 23-10-08 16:41


berilah kemaafan kepada sesiapa yang dirasakan patut menerimanya..

bersihkan hati agar kita sentiasa dirahmatiNYA...amin.. :-)

p/s hidup ni hanya sekali..lakukan yang terbaik!

Bookmark and Share

    


  Member Information For norliProfil   Hantar PM kepada norli   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 23-10-08 16:42


Assalamualaikum
hidup terlalu singkat untuk membenci...
luahan hati ke ni???
lebih berupa ingatan sebenarnya...
insyaAllah, dijadikan pedoman dalam meniti arus kehidupan...

P/S : tak mudah menjadi orang yang pemaaf...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 17:59


Memang benar apa yang dikata diatas. Hidup ini memang terlalu singkat untuk semua itu. kalau boleh, tak nak bergaduh, bermasam muka dan membenci dengan sesiapa pun. Dunia akan tersa sempit bila ada perasaan macam tu. Ingat hidup tenang dan bahagia. Nak sangat baik dengan semua org.
Sebelum tidur, sentiasa lah memaafkan semua org. Semoga org lain pun akan memaafkan kita jika ada kesalahan. Ya Allah, berilah ketenangan pada hamba Mu ini. Semoga ku diampunkan dosa jika ada kesalahan pada sesiapa, dan sesungguhnya aku mengampun kan segala dosa2 mereka pada ku... Amin...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 20:30


Pada 23-10-08 16:42 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
hidup terlalu singkat untuk membenci...
luahan hati ke ni???
lebih berupa ingatan sebenarnya...
insyaAllah, dijadikan pedoman dalam meniti arus kehidupan...

P/S : tak mudah menjadi orang yang pemaaf...



:-o memang bukan mudah untuk jadi seorang yang pemaaf...saya ada mengalami satu perkara yang sukar untuk saya maafkan insan tersebut...perbuatannya cukup membuatkan saya membencinya.. MasyaAllah..takdpt saya nak elak dari membencinya... :roll:

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

eira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2341
Posting: 182
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 21:53


Mulut berkata dah memaafkan.. tapi dalam hati masih tersimpan amarahnya. susah nya mainan perasaan ni...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eiraProfil   Hantar PM kepada eira   Quote dan BalasQuote

cik_zinnirah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.09.2008
Ahli No: 34991
Posting: 35

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 22:16


tapi hati ini masih terasa sukar untuk memaafkan...

Ya Allah ampunkanlah hambaMU...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cik_zinnirahProfil   Hantar PM kepada cik_zinnirah   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 08:57


Pada 23-10-08 21:53 , eira posting:

!!! QUOTE !!!

Mulut berkata dah memaafkan.. tapi dalam hati masih tersimpan amarahnya. susah nya mainan perasaan ni...


ya allah bukakanlah hatiku untuk memaafkan insan ituu..

p/s: saya pernah melaluinya..


-----------------
::teruskan kejayaan menuju keunggulan::



Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 09:02


Pada 23-10-08 16:10 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.

Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:
"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:
"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"

Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.

Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..



kadangkala kita memaafkan , kita tak benci, tapi kita menghidari orang itu...sebab kita tak mahu masuk lubang yang sama kali kedua...

otak ni banyak RAM..jangan sempitkan "RAM" otak kita dengan perkara negatif......memaafkan tapi takkan melupakan "pengalaman pahit" itu...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

irashahirah
WARGA SETIA
Menyertai: 08.10.2005
Ahli No: 19675
Posting: 407
Dari: jay bee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 24-10-08 10:05


Assalamaualaikum.. selamat pagi.. harap zinnirah dalam keadaan yang baik sekali.. manusia tak lari dari kesilapan.. tak lari dari dilukai, melukai.. mula-mula memang rasa susah sangat nak maafkan.. tapi cuba zinnirah fikir.. perasaan tu tak mendatangkan apa-apa kebaikan untuk zinnirah.. nanti fikiran makin kusut, hati tak tenang.. hidup pula tak ceria... rugi nya kalau kita tak menikmati banyak kebahagiaan yang Allah dah berikan di depan mata... maafkan lah... halalkan apa yang orang tu dah buat.. jangan fikir, jangan menyesal atas apa yang berlaku sebab apa saja yang berlaku tak lepas dari sebab dan seribu hikmah.. kita manusia biasa tak dapat melihat apa yang tersirat.. sabar.. tenangkan hati.. saya cakap macam ni atas pengalaman hidup.. cuba lah ye.. maafkan kerana Allah.. awak kan jumpa jalan yang terang.. saya doakan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For irashahirahProfil   Hantar PM kepada irashahirah   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 24-10-08 16:39


Assalamualaikum
pesanan penaja yang tak habis...
tak mudah menjadi pemaaf..........tapi, suatu hari kita akan duduk di tempat orang yang tak dimaafkan tersebut...baru kita mengharapkan agar mudahnya kita dimaafkan...

makanya, cuba bersangka baik dalam setiap perkara yang hadir dalam kehidupan..itulah sebenarnya denai kehidupan yang laluan hakikinya dicoret oleh Allah, maka harus kita mengingati bahawa ia datang daripada Allah.perbuatan sukar memaafkan bererti kita sebenarnya seperti marah, tidak bersetuju dengan perkara yang telah Allah canangkan dalam kitab taqdir, qada' dan qadarNya..

kesimpulan : maafkan jeq, tak susah pun sebenarnya...sementelah bila kita mengetahui bahawa hakikat kita ni adalah manusia yang banyak cela..tak layak pun nak meminjam hak Allah...sepertimana diperihalkan dalam artikel di atas ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-01-09 11:15


Saja nak mengorek posting lama.
Terima kasih atas nasihat sahabat semua. Dihargai sangat. :bunga:

Senangnya untuk membenci.. Bila sudah membenci,memakan masa pula untuk memulihkan kembali.. Betulkan? Bagaimana pula dengan orang yang kita benci? pastinya dia mahukan kemaafkan andai itu kesilapan dia.

Dalam sedar atau tidak sedar.. Kita juga pernah membuat orang benci terhadap kita. Apa yang kita harapkan? Hanya kemaafan darinya bukan?

Balik pada diri sendiri.. Andai kita pernah membenci orang,maafkanlah kerana kita juga pernah dibenci dan mengharapkan kemaafkan daripada orang lain.



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

nur_awatif174
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.03.2008
Ahli No: 32840
Posting: 62
Dari: bangi,selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-01-09 11:36


memang sukar untuk memaafkan orang yang kita benci...
apabila kita juga membuat orang rasa benci dengan kita,maka kita juga memerlukan kemaafan dr orang tersebut....hanya mengulas kata-kata halesolurun_84.
bagi saya,memaafkan seseorang itu adalah lebih baik dari membencinya...sekurang2nya kita tidak menambah dosa...maka berbaik lah sesama insan..hidup akan lebih aman dan bahagia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_awatif174Profil   Hantar PM kepada nur_awatif174   Quote dan BalasQuote

ctmariani
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.02.2009
Ahli No: 37008
Posting: 51
Dari: bentong

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-02-09 16:36


terima kasih atas nasihat sahabat-sahabat..
mulut saja kata maaf, tapi hati ni susah nak terima. mungkin ambil masa yang agak lama nak terima.luka luaran pun meninggalkan kesan parut...nikan hati yang luka lepas itu ditambah4 lagi sakitnyer.bukan setakat luka saja tapi macam nak terbelah saja hati ni. tapi saperlah ana nak terus beri hukuman kan2? ana cuba.insyaallah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmarianiProfil   Hantar PM kepada ctmariani   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 11-02-09 18:38


Teringat ceramah Dr.Fadzilah Kamsah(tak ingat di tv atau radio) mengatakan yang untuk menjadikan hidup kita ini bahagia dan lapang hendaklah kita memaafkan perbuatan setiap org yang menyakiti kita(didalam hati) setiap kali sebelum tidur..(ingat-ingat lupa..tapi menyarankan kita memaafkan tiap org yang pernah menyakiti kita setiap kali sebelum tidur)


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

ibusoleha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.10.2008
Ahli No: 35512
Posting: 69
Dari: KL-JB-B.Mertajam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-02-09 23:26


salam,

jangan sesekali menyimpan sifat benci terhadap orang lain di dalam hati...berilah kemaafan dengan hati yang ikhlas, sesungguhnya kita pun bukanlah manusia yang sempurna...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibusolehaProfil   Hantar PM kepada ibusoleha   Quote dan BalasQuote

shah_hidayah86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.03.2008
Ahli No: 32774
Posting: 84
Dari: SHAH ALAM

Perak   avatar


posticon Posting pada: 12-02-09 01:11


salam
memberi kemaafan itu suatu pengertian yang amat mendalam..........
sukar di beri, senang di minta..........
tepuk dada, tanya iman......

Bookmark and Share

    


  Member Information For shah_hidayah86Profil   Hantar PM kepada shah_hidayah86   Quote dan BalasQuote

mohd
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 401
Posting: 283
Dari: kl

ireland  


posticon Posting pada: 12-02-09 07:37


bismillah....
assalaualaium.alamdllah,segala jig ALAH yang memimli hambaya yang hina ini untuk meratap karya tulus ini..lantaran tersentk dan terus tersedar..hakikat hidup d dunia yang fana ini..cintalahALAH sayanglah samamakluk..

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdProfil   Hantar PM kepada mohd   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 248
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 12-02-09 08:20


Assalamualaikum,

Pemaaf- mudah meminta maaf dan mudah memaafkan

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

miss_pedusi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.02.2009
Ahli No: 37102
Posting: 74
Dari: putrajaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-02-09 08:26


betul.. hidup ini terlalu singkat untuk membenci...
jangan buang masa..
maafkan, redha dan doakan dia..
insyaAllah.....

*sayang Allah, sayang diri anda*

Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_pedusiProfil   Hantar PM kepada miss_pedusi   Quote dan BalasQuote

PuteraAlamMaya
Warga 2 Bintang
Menyertai: 23.01.2009
Ahli No: 36871
Posting: 51
Dari: KL

Johor  


posticon Posting pada: 12-02-09 10:52


Untuk ketenangan jiwa lupakanlah dua perkara....

1st - lupakanlah segala perkara-perkara baik yang pernah kita beri/ buat pada org.....

2nd - lupakanlah segala perkara-perkara jahat yang pernah orang beri/ buat pada kita....

Insya-Allah tenanglah hati & jiwa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For PuteraAlamMayaProfil   Hantar PM kepada PuteraAlamMaya   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 12-02-09 11:03


PuteraAlamMaya .. Wawa setuju dengan pendapat awak tu :-)

tak elok nak benci2 orang ni.. wawa suka marah tapi tak sampai hari nak benci orang .. kalau bencipun, mesti wawa akan fikir tu punca saudara d palestin d injak2 nyawa mereka.. punca perpisahan/perpecahan org islam..

ya ALLAH .. Selamatkanlah aku dari penyakit jiwa .. dengan nma-MU yang Maha suci ya ALLAH .. Aku ikhlaskan segala pengorbanan/kebaikan yang telah aku beri padanya .. Selamatkan dia .. Berilah petunjuk padanya.. Tabahkan hatinya ... Amin ya Rabbal A'lamin..


-----------------
EVoLuSi .. BaNGKiT DaRi KeJaHiLaN...!!!


Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

insyirah_hr
WARGA SETIA
Menyertai: 08.08.2006
Ahli No: 25700
Posting: 1249
Dari: Kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-02-09 11:03


tapi kalau kita dah maafkan, orang tu tetap membuatkan kita rasa benci dan sentiasa mencari kesalahan kita?
yang buat perkara ni bukan calang2 orang tapi orang yang educated dan merupakan bapa orang....
bukan saya seorang yang kena hadapi perkara ni tapi member2 kelas saya...
kami dah buat sehabis baik tapi tetap nak cari kesalahan kami....
hal ni yang buat kami kadang naik angin...
sakit hati sangat...tapi kena profesional....kalau terlalu marah nanti apa pun tak jadi....

Bookmark and Share

    


  Member Information For insyirah_hrProfil   Hantar PM kepada insyirah_hr   Pergi ke insyirah_hr's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.109561 saat. Lajunya....