Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 241
Ahli: 0
Jumlah: 241




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 41 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Abang Nak Merajuk...


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Abang Nak Merajuk...

Please Mendaftar To Post


Oleh Abang Nak Merajuk...

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 07:39


Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?

Kenapa merajuk?

Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.

1. Cemburu

Ya, ini merupakan faktor utama Kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan

Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (Kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia

Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza — merajuk.

Bagaimana nak pujuk?

Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab Kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk, cuma sebagai panduan atau tips sahaja.

1. Terangkan perkara sebenar

Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia Kenapa dia merajuk. Berterus teranglah dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia. Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan

Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata “manis”

Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manja” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi. Adalah amat kelakar bagi saya sehinggakan saya pun sedang tersengih pada ketika ini.

4. Nyanyikan lagu buatnya

Ha…tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk si Dia? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk si dia?

Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.

Semoga si Dia tersenyum kembali!


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 23-10-08 09:41


Posting saudara kita pagi ni seolah-olah ruangan "Klinik cintun bersama Dr Daeng Jati " pulak ye...heehehe jangan marah...:sopan: :-D


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 09:42


Waalaikumusalam wbt dan salam ukhwahfillah....

Tak marah pun...

p/s

kadang-kadang urang perempuan nak hatinya saja dijaga! selembut sutera konon....


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

eira
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.07.2003
Ahli No: 2341
Posting: 182
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 09:49


Saudara daeng masih memberontak nampaknya. hmmmm...

Bookmark and Share

    


  Member Information For eiraProfil   Hantar PM kepada eira   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 09:52


cukup tak suka memujuk rajuk tu.. nampak ngada2 sangat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

adil_adilah
Warga Rasmi
Menyertai: 23.10.2008
Ahli No: 35529
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 12:50


aku jarang merajuk.. tapi aku terbekenan ayat hati wanita selembut sutera dari post bro daeng....

kalau wanita tu...suci murni... bersih hati dia... sampai mati aku sanggup jaga..

kalau hati selembut sutera...tapi dalam busuk macam bangkai..dengki mendengki... tak boleh terima nasihat....kepala batu... bodoh sombong...gila kuasa....aku terajang saja...hahahaha

Bookmark and Share

    


  Member Information For adil_adilahProfil   Hantar PM kepada adil_adilah   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 12:52


halesolurun... Kalau tak suka jangan dibuat...
lelama, sejuk lah dianya nanti...
kalau asik2 nak kena pujuk... makan dalam jugak tu...

hmm.. daeng, melepaskan rasa ke..?
apa pun.. ada info disebalik maklumat..
good luck eh daeng.. :sopan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 12:54


Pada 23-10-08 09:52 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

cukup tak suka memujuk rajuk tu.. nampak ngada2 sangat..

tak romantik langsung halesolurun ni...

tengok?? ismi juga yang paham isi hati ni....


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

adekuwan83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2007
Ahli No: 31792
Posting: 189
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 23-10-08 12:56


Pada 23-10-08 12:50 , adil_adilah posting:

!!! QUOTE !!!

aku jarang merajuk.. tapi aku terbekenan ayat hati wanita selembut sutera dari post bro daeng....

kalau wanita tu...suci murni... bersih hati dia... sampai mati aku sanggup jaga..

kalau hati selembut sutera...tapi dalam busuk macam bangkai..dengki mendengki... tak boleh terima nasihat....kepala batu... bodoh sombong...gila kuasa....aku terajang saja...hahahaha


ish tak molek lah begitu saudara/ri.... kan kita ada kaedah yang diajarkan dalam islam bagi kaum hawa yang engkar akan perintahNya... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For adekuwan83Profil   Hantar PM kepada adekuwan83   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 12:57


tapi dari gerak gaya ketawe ismi tu macam ada 'sesuatu'. Ismi meke jangan memain...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 23-10-08 13:04


Pada 23-10-08 12:56 , adekuwan83 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 23-10-08 12:50 , adil_adilah posting:

!!! QUOTE !!!

aku jarang merajuk.. tapi aku terbekenan ayat hati wanita selembut sutera dari post bro daeng....

kalau wanita tu...suci murni... bersih hati dia... sampai mati aku sanggup jaga..

kalau hati selembut sutera...tapi dalam busuk macam bangkai..dengki mendengki... tak boleh terima nasihat....kepala batu... bodoh sombong...gila kuasa....aku terajang saja...hahahaha


ish tak molek lah begitu saudara/ri.... kan kita ada kaedah yang diajarkan dalam islam bagi kaum hawa yang engkar akan perintahNya... :-)



heheh jangan takut... kaedah terajang tu hanya digunapakai bagi yang degil tahap gaban... yang dah guna semua kaedah tapi tak jalan...bak kata adil tadi... yang kepala batu.. tak makan nasihat...bodoh sombong.. dua tiga jam tarbiyah pun tak insap2... :lucu:


-----------------
http://sukatolong.wordpress.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.112471 saat. Lajunya....