Oleh |
Kenali Hantu2 Dari Sudut Fizik |
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 22-10-08 08:53
Kajian sains kuantum dapati makhluk ghaib terbentuk daripada ion positif, alah kepada cahaya* FILEM Ghostbuster yang dihasilkan Hollywood, Amerika Syarikat pada 1984 memberi idea baru mengenai suatu perkara yang tidak pernah terlintas pada minda kebanyakan kita - hantu atau makhluk ghaib mampu dicederakan dan diperangkap dengan peralatan sains dan teknologi. Ketika kebanyakan pihak diganggu perasaan takut dan seram hanya sekadar membicarakan perihal makhluk ghaib itu, ramai antara kita tidak menyedari bahawa kajian sains dan teknologi menemui beberapa sifat dan ciri kelemahan jin dan hantu. Berbeza dengan ahli agama, penyelidik cuba memecahkan teka-teki makhluk paranormal itu dengan mencari penjelasan saintifik dengan mengkaji unsur kewujudan hantu dan jin daripada sudut sains. Hasil kajian selama puluhan tahun itu memang tidak diduga kebanyakan kita! Siapa menyangka fiksyen sains dan dongeng seperti drakula terbakar apabila terkena sinaran matahari, hantu tidak muncul pada siang selain boleh ditangkap dan dicederakan menggunakan peralatan teknologi seperti filem Ghostbuster; semuanya berasas. Malah, beberapa kepercayaan yang dianggap kurafat dalam masyarakat kita seperti meletakkan gunting besi berhampiran mayat atau menggantung cermin di hadapan pintu sebenarnya terbukti benar mengikut sains untuk menghindari gangguan hantu atau jin! Penyelidik yang juga Dekan Fakulti Sains Warna Universal, Universiti Perubatan Antarabangsa Sri Langka; Prof Dr Sir Norhisham Wahab, berkata hantu dan jin tidak memiliki unsur jasad menyebabkan mereka tidak dapat dilihat sebaliknya kewujudan mereka terbukti menerusi sains fizik kuantum dan mampu dikesan menggunakan teknologi gelombang. Hantu dan jin wujud secara tidak nyata kerana tidak terikat kepada jisim, graviti bumi serta bebas daripada ikatan karbon, molekul dan zarah. Berbeza dengan manusia yang terbentuk daripada partikel halus atom atau unsur yang menyusun semua benda. "Hantu dan jin bagaimanapun termasuk dalam ghaib nisbi dan boleh diukur menggunakan gelombang bunyi dan gema," katanya yang menjalankan kajian dalam bidang itu selama sembilan tahun. Katanya, apabila kajian sudah memahami bagaimana unsur hantu dan jin daripada sudut fizik, usaha terpenting iaitu membantu manusia menghindari gangguan jin dan makhluk ghaib dapat dilakukan menerusi penciptaan penawar dan kaedah pemulihan menggunakan teknologi. Dr Norhisham berkata, berikutan jin dan hantu terdiri daripada unsur gelombang, mereka dapat menguasai ruang dan masa di dalam tubuh manusia yang mampu memberi impak negatif terhadap kesihatan sehingga ke tahap kerohanian. Malah, badan manusia yang memerangkap gelombang 'tidak sihat' mampu memberikan kesan terhadap 'animasi kehidupan' seseorang iaitu kesan negatif terhadap jiwa seperti mengalami kelesuan kronik, hilang interaksi pada deria kehidupan, malah cenderung mencederakan diri sehingga membunuh diri. Kesan pada sistem tubuh secara fizikal pula boleh merosakkan organ dalaman tetapi punca keracunan dalam darah atau sebarang bentuk aktiviti kuman tidak dapat dikesan kerana ia terselindung di sebalik gas beracun. "Apabila keadaan ini berlaku, pesakit pergi membuat pemeriksaan doktor tetapi doktor mengesahkan tiada kuman atau bakteria yang menyebabkan kecederaan dan pesakit adalah normal. Tetapi pesakit berasa sakit, ini adalah antara tanda gangguan jin," katanya yang mengusahakan kaedah rawatan menerusi syarikat Colour Vibration Therapy (CVT). Beliau berkata, bagi merawat gangguan jin dan hantu, kaedah pemulihannya adalah dengan mengambil kembali ruang dan masa pada tubuh atau organ manusia yang diresap jin atau hantu. Suatu gelombang infrasonik berfrekuensi amat rendah namun lebih kuat dirakam secara tetap dan berterusan, dipancarkan sehingga mengganggu gelombang hantu yang sudah meresap ke suatu bahagian; apabila hantu itu berasa tidak selesa, mereka akan keluar dengan sendirinya dan pesakit kembali pulih. "Bagi saya gangguan hantu tidak berbahaya jika dapat dirawat pada peringkat awal. Amalan bacaan surah Yasin pula akan mengaktifkan reaksi kimia di dalam darah dan ini didapati memberi tekanan kepada hantu yang tidak dapat bertahan apabila peningkatan oksigen di dalam aliran darah sebagai tenaga murni dan suci, berlaku. "Walaupun pada peringkat awal rasukan, tubuh pesakit seperti menjadi medan pertempuran untuk mengusir hantu yang menyelinap ke dalam ruang tubuh tersembunyi, namun akhirnya keadaan akan kembali seperti asal. "Sebaiknya untuk merawat rasukan, hanya sapukan air sejuk atau ais yang akan memberi keseimbangan semula melalui rakaman gelombang infrasonik yang bersamaan dengan frekuensi doa yang ikhlas. Ia sudah cukup untuk mengeluarkan gelombang hantu serta mengembalikan ruang dan masa pada tubuh mangsa," katanya. Katanya, berbanding rasukan atau gangguan hantu, perkara lebih bahaya adalah sihir yang mampu menyebabkan kematian dengan izin Allah, isteri membenci suami secara tiba-tiba, gangguan terhadap kesihatan fizikal dan menyebabkan pasangan tidak mendapat anak. Dalam kes pasangan tidak mendapat anak akibat sihir, beliau berkata, ruang dan masa pada rahim isteri sudah dikuasai jin yang akan memakan benih suami atau isteri. Pihaknya akan memasukkan gelombang berfrekuensi rendah yang bersamaan frekuensi ovum dan sperma, secara berterusan untuk menghalau gelombang jin daripada rahim isteri. "Banyak kes rawatan yang saya jalankan menemui pelbagai benda asing pelik seperti habuk kayu, kala jengking dan permata terkeluar secara ghaib apabila gelombang dimasukkan ke dalam badan mangsa malah ketumbuhan yang terjadi pada organ juga ghaib apabila gelombang berfrekuensi rendah dirakamkan ke dalam air mandiannya," katanya. Usaha memancarkan gelombang bagi merawat gangguan makhluk halus juga sebenarnya tidaklah sesukar seperti kita bayangkan, tidak perlu peralatan menyerupai senjata, mesin yang besar sebaliknya gelombang boleh diperangkap dalam medium seperti air dan unsur sesuai. "Kami menciptakan alat radionik iaitu teknologi merakamkan 99 frekuensi gelombang berdasarkan 99 getaran tenaga atom di dalam sukros dan pesakit hanya perlu memakan pil itu secara berterusan untuk memancarkan gelombang ke dalam badan," katanya. Sesuatu yang menarik adalah teori drakula akan terbakar jika didedahkan kepada matahari adalah benar. Hantu adalah gelombang tidak seimbang manakala cahaya matahari berfungsi menyeimbangkan gelombang alam. Apabila gelombang tidak seimbang terdedah kepada matahari, ia akan musnah menjadi seimbang dan hantu itu akan terbakar. "Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar. "Begitu juga amalan meletakkan gunting besi berhampiran mayat kerana besi mampu memerangkap atau menarik muatan elektrik bercas positif yang terhasil apabila seseorang itu meninggal dunia. "Cermin pula mampu menyerap cahaya termasuk gelombang elektromagnetik yang mempunyai kesan radiasi yang mencemarkan. Keadaan ini akan menghindarkan hantu dan jin yang gemar menimbulkan perkara yang tidak diingini. Perkara seperti ini bukan kurafat tetapi kita perlu memahami konsepnya," katanya. Suatu fakta ironi adalah kebanyakan manusia takutkan hantu walaupun hakikatnya, hantu juga takut berhadapan dengan manusia kerana penglihatan manusia memiliki foton cahaya yang cenderung mengeluarkan atau menderma elektron untuk membentuk ion positif. "Hantu juga terbentuk daripada ion positif dan apabila ion positif bertemu dengan ion positif dalam kesatuan tenaga elektrik, ia mampu mencederakan atau menghindarkan mereka," katanya. *FAKTA: Hantu dan jin*Daripada sudut sains, hantu atau jin alah kepada cecair gas nitrogen, ais, garam mentah, oksigen, cahaya, karbon dioksida, frekuensi kurang satu Hertz dan wangian. Daripada sudut sains juga, hantu gemar kepada cuka, cendawan, bahan yang cepat busuk, bahan yang tinggi kandungan serat, gas beracun, bahan yang cepat teroksida (bertindak balas dengan oksigen), tinggi kandungan natrium, busuk dan najis. Zikir memiliki gelombang tetap dan apabila diamalkan secara berterusan, gelombang zikir akan menguasai ruang kosong pada tubuh manusia dan menjadikannya 'pejal' menyebabkan tiada lagi ruang untuk dimasuki gelombang asing seperti hantu atau jin. http://www.melayunet.com/forum/f25/kenali-hantu2-dari-sudut-fizik-2582.htmldi ambil dari tokeikedai.net.my/forum ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 22-10-08 09:27
memang menarik topik hantu ni, teman pun terpikio pasai ni.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 22-10-08 09:28
Ni teman pun nak kongsi juga, pasai hantu ni. cuma artikel dari Internet saja... Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat. Asal Kejadian Jin Keterangan "Al-Maarij " Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan. Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu. Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing. Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia. Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin. Manakala mahkluk-makluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya, binatang yang dijadikan daripada campuran Jisim Ksayif dan Jisim Syafaf sahaja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula dijadikan daripada Jisim Kasyif semata-mata. Manakala Malaikat pula dijadikan daripada Nurani semata-mata. Cara pembiakan Jin Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh. Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat. Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat. Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin. Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah. Agama puak-puak Jin Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak. Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin. Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas. Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran. Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik. Golongan Jin Islam yang awam dan Jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas tidak dapat di rasuk oleh Jin, bahkan Jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat. Rupa Bentuk Jin Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok. Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia. Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin. Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya. Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka. Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis. Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud : " Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) " Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, sama ada yang dewasa atau kanak-kanak. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 22-10-08 09:32
!!! QUOTE !!! ion positif, alah kepada cahaya* Ion positif alah kepade cahaye? erm...
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 22-10-08 09:35
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 22-10-08 09:36
Pada 22-10-08 09:32 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! ion positif, alah kepada cahaya*
Ion positif alah kepade cahaye? erm...
apa komen incik jati..... saya kurang arif bab˛ sains ni.. ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 22-10-08 09:43
Pada 22-10-08 09:36 , rdwira posting:!!! QUOTE !!! Pada 22-10-08 09:32 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! !!! QUOTE !!! ion positif, alah kepada cahaya*
Ion positif alah kepade cahaye? erm...
apa komen incik jati..... saya kurang arif bab˛ sains ni.. Bukan apa, bila tengok Ion Positif fikiran teman mengelamun dan cabang2 fikiran teman bercantum antara isu Bulan Mengambang, Signifikan Hantu dan Bulan Mengambang dan Fenomena Bulan Mengambang yang telah teman war2kan dalam topik Sekiranya bulan musnah. Sekiranya Bulan MusnahAntaranya: Ion Positif memberi kesan kepada Sistem Badan Manusia. Dan Ion Positif kaya pada waktu Bulan Mengambang... p/s cuma pendapat teman saja... -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 22-10-08 09:47
Dan bila mana bulan tengah mengambang, emosi, spritual manusia akan terganggu... ibarat terpasangnya air di laut. Dan ada pengibaratan Urang wanite yang emosi tu ibarat bulan tengah mengambang, Datang Bulan heheheheh p/s Maaf off topik kejap
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 22-10-08 09:48
oo..sebab tu bila org kata bulan mengambang hantu banyak berkeliaran ....erm.. perkara yang berhubung kait...
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 22-10-08 22:47
|
Muddathsir787
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2007 Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor
|
Posting pada: 23-10-08 23:49
Hmm, nampaknya peminat kajian hantu ini cuma rdWira dengan bro Daeng saja rupanya.. Hmm, apa kata kita buat kelab 'THE UKHWAH SEEKERS' Yang akan diketuai Bro Daeng.. Dan pemangkunya rdWira.. Oraitt kaa..?? Err, saya cuma nak offer diri jadi kipas susah mati saja.. hehhehehe..  ----------------- .: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"
|
Muddathsir787
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2007 Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor
|
Posting pada: 23-10-08 23:56
!!! QUOTE !!! "Besi pula mampu memerangkap gelombang buruk dan hantu tidak menyukai medan elektrik, jadi konsep hantu ditembak dengan elektrik untuk dicederakan dan disimpan dalam kotak besi seperti filem Ghostbuster adalah benar. Hmm, teman terpikio pula.. Kalau kilat yang selalu sambar hantu ini bagaimana pula ek?? Pernah dengar ke cerita orang tua-tua dulu..???  ----------------- .: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-10-08 15:29
Kilatkan pancaran elektron... Jadi dalam teori 'Keseimbangan Sejagat' Elektron yang tak stabil akan terpancar untuk kestabilan. Terpancar ke bumi untuk di bumi kan. Yang Hantu pula dari pandangan di atas, dari ion2 bercas positif, jadi electron amatlah suka kat hantu ni. hehehehe Konsep macam 'Lightning Arrestor' -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-10-08 15:55
Mari kita tengok gambar hantu....  Pandai pula hantu itu ingin bergambar. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-10-08 16:02
Di bawah adalah satu lagi gambar yang dikatakan hantu. Bila kita teliti dari gambar berkenaan, seakan-akan gelombang? aura? gombolan awan bercas?  -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-10-08 16:14
 gambar yang seakan-akan sama seperti gambar yang sebelum ini. Adakah hantu mempunyai perasaan? -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 24-10-08 17:15
tiada sesiapa berminat nak berkongsi pendapat ke? mari lah sini berkongsi same..... Nak tanya juga lah, siapa pernah jumpa hantu? -----------------
|
Muddathsir787
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2007 Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor
|
Posting pada: 24-10-08 19:32
Huhuhhuhhu.. yang ada gambar payung itu macam umar_khalil saja kat belakang.. Ke teman yang tersalah tengok..??
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 29-10-08 15:26
Pada 24-10-08 17:15 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! tiada sesiapa berminat nak berkongsi pendapat ke? mari lah sini berkongsi same.....
Nak tanya juga lah, siapa pernah jumpa hantu? saya minat juga pasal hantu2 ni.setahu saya,hantu ni bukan ke jelmaan syaitan kerana syaitan tak mahu tunjukkan wajah yang sebenar. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 24-01-09 10:21
Masa dulu pernah lah nampak orang yang menyerupai nenek tengah solat.. bila masuk dapur,nenek ada kat sana.. dan balik ke bilik solat semula.. dah tak ada lagi orang tu.. hmmm kenapa hantu ni banyak orang perempuan ek?
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 24-01-09 10:51
Pada 24-10-08 17:15 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! tiada sesiapa berminat nak berkongsi pendapat ke? mari lah sini berkongsi same.....
Nak tanya juga lah, siapa pernah jumpa hantu?
Banyak kali saja
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 24-01-09 12:42
setakat ini belum pernah nampak secara berdepan,tetapi dari segi gangguan bunyi pergerakan objek pernah juga alami,mungkin mahu mengusik agaknya,lagi satu pernah juga seringkali kena tindih...sesiapa boleh bagitahu mengapa seluruh anggota tak boleh bergerak jika kena tindih oleh makhluk yang di katakan jin walaupun tak dapat melihatnya... -----------------
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 24-01-09 16:22
Pada 24-01-09 12:42 , wafie posting:!!! QUOTE !!! setakat ini belum pernah nampak secara berdepan,tetapi dari segi gangguan bunyi pergerakan objek pernah juga alami,mungkin mahu mengusik agaknya,lagi satu pernah juga seringkali kena tindih...sesiapa boleh bagitahu mengapa seluruh anggota tak boleh bergerak jika kena tindih oleh makhluk yang di katakan jin walaupun tak dapat melihatnya...
ye wafie. betul itu, kalau kita ditindih memang susah nak gerak kan.. saya pun pernah kena macam itu... sebenarnya, kita tindih jin itu dulu sebab itu dia balas balik.. dia tindih kita balik.. sebab itu lah, kalau nak tidur.. kita kibas tempat tidur dulu. bagi isyrat sebelum kita nak tidur... kemudian baca ayat kursi dan 3 qul.. yang penting berwudu sebelum tidur.. insya Allah..kita tak ditindih mahupun di ganggu...ok wafie... tapi kalau di tindih jugak.. kita perlu sebut Allahu Akbar.. sebab kalau kita nak baca ayat kursi pun susah kan.. terkunci bibir.. susah nak berkata2.. nak gerak.. tapi, kalau da gerak sikit.. terungkai lah semua.. Wa Allahu A'lam..
|
jumjumatonne
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.02.2008 Ahli No: 32561
Posting: 119
Dari: Johor Darul Takzim
|
Posting pada: 24-01-09 17:43
salam... adik ana pun selalu kena tindih... adakah tindih-menindih ni ada kaitan dengan orang yang lemah semangatnye? ada siapa-siapa ahli ukhwah tahu apa kaitanye?
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 24-01-09 17:56
Pada 24-01-09 17:43 , jumjumatonne posting:!!! QUOTE !!! salam... adik ana pun selalu kena tindih... adakah tindih-menindih ni ada kaitan dengan orang yang lemah semangatnye? ada siapa-siapa ahli ukhwah tahu apa kaitanye? erm... sebenarnya, tak ada kaitan lemah semangat mahu pun kuat semangat... jin itu kalau nak kacau.. kacau saja.. kena ada amalan nya... baru jin takut... saya da bagitahu da apa sebab nya... menurut saya belajar lah... sebelum kita tidur, kita kibas kat tempat kita tidur sambil baca lah haula wala quwata illa billah... takut2 ada yang menumpang tempat tidur kita ini.. jadi kena lah beri isyarat... kemudian baca ayat2 kursi dan 3 qul... insya Allah.. kita tidur dalam aman dan tenang.. kita kena Yakin dengan ayat2 al-quran.. Ayat2 Quran adalah Syifa segala masalah kita.. Bi iznillah...
|
sutera_kasih85
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 232
Posting: 2020
Dari:
|
Posting pada: 27-01-09 12:12
kekadang seronok juga mengenali makhluk Allah di alam ghaib ini..(teringat kawan-kawan buat tajuk Syaitan dan jin untuk thesis mereka) sekarang kita lebih 'takut' atau berwaspada lagi dengan makhluk Allah yang bernama manusia ini.. manusia yang diberikan akal akan bertukar menjadi 'hantu' yang tidak terkawal ...itu yang lebih menakutkan  ----------------- SeErat SimpulaN SeinteAm ukHwaH
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 27-01-09 12:30
Pada 27-01-09 12:12 , sutera_kasih85 posting:!!! QUOTE !!! kekadang seronok juga mengenali makhluk Allah di alam ghaib ini..(teringat kawan-kawan buat tajuk Syaitan dan jin untuk thesis mereka) sekarang kita lebih 'takut' atau berwaspada lagi dengan makhluk Allah yang bernama manusia ini.. manusia yang diberikan akal akan bertukar menjadi 'hantu' yang tidak terkawal ...itu yang lebih menakutkan 
betul itu.. hasad dengki manusia lagi bahaya.. manusia sanggup lakukan apa saja.. nak fikir-fikir kan... manusia pun bahaya... asik nak salahkan jin.. jin ada yang islam... bebanan mereka sama dengan kita.. firman Allah : Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan beribadat kepada ku.. wallhua'lam...
|
miss_zai
Warga 2 Bintang Menyertai: 08.01.2009 Ahli No: 36672
Posting: 62
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 27-01-09 13:14
Sebab tu bila berdoa mohon perlindungan jugak dr Allah dari pandangan mata jahat manusia dan di elakkan dr fitnah dunia ...wallahualam
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 27-01-09 13:18
Pada 27-01-09 13:14 , miss_zai posting:!!! QUOTE !!! Sebab tu bila berdoa mohon perlindungan jugak dr Allah dari pandangan mata jahat manusia dan di elakkan dr fitnah dunia ...wallahualam betul.. betul.. betul tu kak zai.. mudah-mudahan ye..
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 03-02-09 12:04
yes, betul-betul, hantu itu fitnah dunia.
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 03-02-09 12:33
Pada 24-10-08 15:55 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Mari kita tengok gambar hantu....

Pandai pula hantu itu ingin bergambar.
yang ni pula macam mana?  ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 03-02-09 13:58
Pada 24-10-08 15:55 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Mari kita tengok gambar hantu....

Pandai pula hantu itu ingin bergambar.
lama dulu, pernah heboh gambar ni kat tempat jue, kononnya tempat gambar ni diambil adalah dikawasan rekreasi air terjun kionsom, dekat rumah jue....2 tahun tak pergi tempat tu sebab takut...biasalah time tu masih budak-budak lagi.... syukran dengan info dr Daeng & rdwira... ----------------- bila waktu telah terhenti.... teman sejati hanyalah amal....
|
paku
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.04.2004 Ahli No: 8497
Posting: 179
Dari: Bumi, Bima Sakti
|
Posting pada: 03-02-09 15:48
manfaat dan mudarat datang dari ALLAH S.W.T. ps: saya manusia bukan hantu.
|