Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 19-04-2025 |
|
Isu dan Ehwal Semasa
|
Moderator: Administrator, hafeezzul |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Ya Allah, Melayu DISEMBELIH! |
---|---|
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]() ![]() Straight to the point, buat pertama kalinya hamba mengumumkan bahawa hamba menyokong penuh idea Perkauman & Ketuanan Melayu yang selama ini hamba kurang selesa dengannya. Terkejut? Apa yang hendak hamba katakan, hamba telah pun sedar dan disedarkan... Ya, kita umat Melayu wajib bangkit dari lena, bersatu, dan celik dengan ancaman yang kini didepan mata kita. Ayuh bangsaku, kita bersatu kerana berita terbaru & paling mencemaskan umat Melayu telah tersebar dimana bangsa kita yang menetap di Kg Baru Plentong Tengah di Johor Bahru sedang "DISEMBELIH" beramai-ramai oleh bangsa(t) Melayu!!! Sakit hati kan bila kita dengar Cina kafir nak perbesar kandang khinzir, "pertikai" azan, hapus tulisan Jawi, dan pertikai hak kita bangsa Melayu? Tapi bernanah ke tidak jiwa Melayu kita bila segelintir Bangsa(t) Melayu sendiri halau tegak-tegak sedara kita dari tanah tumpah darah sendiri??? Cakap banyak tak guna, mula-mula tengok dengan mata kepala antum video-video dibawah then baca laporannya. Thread ini hamba istimewakan buat kita orang Melayu bakar semula Ketuanan Melayu kita, Ketuanan kita sebagai Melayu Marhaen terhadap Pemimpin Melayu yang kita naikkan untuk jadi 'hamba' kita! Ya Allah, selamatkan saudara Islam Melayu kami...! --->Demo Penduduk Kg Baru Plentong Tengah (Pre-Clash) --->Demo Penduduk Kg Baru Plentong Tengah 1 --->Demo Penduduk Kg Baru Plentong Tengah 2 --->Demo Penduduk Kg Baru Plentong Tengah 3 --->Demo Penduduk Kg Baru Plentong Tengah 4 --->Demo Penduduk Kg Baru Plentong Tengah 5 --->Demo Penduduk Kg Baru Plentong Tengah 6 --->MELAYU USIR MELAYU --->Tangisan Anak Kecil ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Berita Bertulis:
27 ditahan, halang Kg Plentong Tengah diroboh Abdul Rahim Sabri | Oct 16, 08 11:51am malaysiakini.com kemaskini 8.00pm Kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan Kampung Baru Plentong Tengah di Johor Bahru dibebaskan awal malam ini. Mereka, termasuk seorang pemimpin PAS Johor dan aktivis hak asasi, dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang. Mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Johor Jaya - tempat mereka ditahan sejak pagi tadi - pada 30 Oktober depan jam 8 pagi. Ketika mengesahkan perkara itu, setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk terbabit, Taslim Nani berkata, beliau fahamkan lima orang peguam telah dilantik untuk membela mereka. Beliau juga merupakan salah seorang mereka yang ditahan pagi tadi kerana cuba menghalang tindakan merobohkan kawasan setinggan tersebut. Mereka - termasuk tiga wanita - ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain. Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu. ![]() Ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS negeri Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan. Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan, dipercayai akibat pergelutan dengan pihak berkuasa. Sebelum ini, Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Karim memberitahu, Jameon dikatakan dirempuh oleh anggota polis, sebelum rebah dan pengsan. Katanya, beliau difahamkan Jameon yang juga imam masjid di kampung tersebut, telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Menurutnya lagi, kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang tadi setelah dimulakan kira-kira jam 10 pagi. Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah. Hassan yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan. Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni. Menurut seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan. Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
20 rumah di Kampung Baru Plentong Tengah diroboh
Abdul Rahim Sabri | Oct 17, 08 3:03pm malaysiakini.com Kira-kira 20 rumah di Kampung Baru Plentong Tengah yang tidak berpenghuni di kampung tersebut, telah dirobohkan dalam operasi yang dilancarkan pihak pemaju semalam. Tindakan itu diambil selepas penduduk enggan berpindah ke penempatan sementara sementara. Kampung tersebut akan dimajukan sebagai kawasan komersil. Dalam operasi semalam, 27 penduduk serta aktivis ditahan kerana cuba menghalang kerja perobohan rumah di situ. Mereka bagaimana telah dibebaskan pada hari yang sama dengan ikatjamin. Setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk kampung tersebut, Taslim Nani, berkata sejumlah 310 keluarga terbabit tidak bersetuju berpindah ke penempatan sementara itu. Katanya, ia kerana mereka tidak mahu dipisah-pisahkan memandangkan lokasi penempatan sementara terletak di tempat yang berasingan. Bagaimanapun, Taslim menegaskan sekali lagi bahawa penduduk terbabit bersedia berpindah ke kawasan baru di Bukit Dagang, kira-kira 50 km dari situ. ![]() "Kami sepakat untuk berpindah, tetapi rumah di tapak ganti di Bukit Dagang belum siap, dan belum ada kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik serta jalan. "Kami tetap akan berpindah ke sana bila semuanya siap," katanya Ditanya mengapa mereka enggan berpindah ke penempatan sementara itu, Taslim berkata, ia merupakan rumah sewa yang perlu dibayar sendiri oleh penduduk terbabit. Penduduk juga, tambahnya, akan berdepan dengan masalah jika berpindah ke kawasan rumah sementara itu Menurutnya, ini kerana ramai penduduk bekerja sendiri termasuk berniaga, dan tentulah sukar bagi mereka memulakan perniagaan baru di tempat sementara itu. Ditanya mengenai keadaan di kampung itu hari ini, Taslim berkata, beliau tidak pasti, tetapi sehingga ini tiada kerja perobohan rumah dilakukan. Katanya, pihaknya sedang menunggu keputusan rayuan mereka di mahkamah berhubung isu tersebut. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Wahai Melayu, mana nak letak maruah kita? Ini kali ketiga seorang Cina menyelamatkan Melayu! Cukuplah kita dimalukan Guan Eng yang dipasung ISA demi maruah gadis melayu yang dirogol pembesar kita, Tian Chua dipelangkung dek mempertahankan Kg Berembang dari kerakusan Wak Toyo(l), ada lagi ke MUKA kita nak angkat pada mereka???:
![]() Aktivis Suaram ditahan bawah ISA Oct 18, 08 1:16am Seorang aktivis hak asasi bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam ini. Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi di balai polis Seri Alam. Menurut penyelaras Suaram Johor, Nyam Kee Han, aktivis badan hak asasi itu kemudian dibawa ke balai polis Pasir Gudang tidak lama selepas itu. Cheng dipercayai disiasat berhubung aduannya berkaitan perobohan rumah di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru semalam. Pada mulanya, Cheng hadir di Seri Alam untuk memberikan keterangan berhubung laporan polisnya di balai polis Permas Jaya semalam mengenai penangkapan terhadap 27 penduduk dan pemimpin PAS di Plentong Jaya. Nyam berkatamemberitahu Malaysiakini, beliau bersama Cheng hadir kira-kira jam 8.30 malam selepas dihubungi seorang inspektor untuk mengambil keterangan wanita berkenaan. Kira-kira dua jam kemudian, tambah Nyam, beliau dimaklumkan bahawa Cheng ditahan polis malam ini bawah akta kontroversi tersebut. Dihubungi Malaysiakini ketika berkumpul bersama beberapa pemimpin pembangkang dan aktivis di Pasir Gudang awal pagi ini, Nyam berkata beliau dimaklumkan Cheng akan dibawa ke Johor Bahru pagi esok. Tambahnya, beliau bersama sekumpulan aktivis akan ke sana mulai 9 pagi untuk mengetahui perkembangan selanjutnya penahanan Cheng. Semalam, kesemua 27 yang ditahan kerana menghalang kerja-kerja perobohan di kawasan setinggan itu dibebaskan setelah berada di balai polis kira-kira lapan jam. Mereka - termasuk ahli jawatankuasa perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah - dibebaskan dengan jaminan RM1,000 setiap seorang. Mereka diarahkan melaporkan diri di balai polis Johor Jaya, tempat mereka ditahan, pada 30 Oktober depan jam 8 pagi. Mereka, termasuk tiga wanita, ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain. Beberapa ratus penduduk membantah usaha perobohan itu. Dalam kejadian tersebut, pengerusi jawatankuasa bertindak penduduk kawasan itu Jameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan, dipercayai akibat pergelutan dengan pihak berkuasa. Kerja-kerja merobohkan rumah-rumah di situ dihentikan oleh pihak pemaju pada kira-kira jam 2.50 petang semama selepas perundingan dengan wakil penduduk setelah ia dimulakan kira-kira jam 10 pagi. MANA PERGI PARTI "PEMBELA MELAYU"???! p/s: Rasanya akan ada yang berpikir pakai lutut kata: "alah, tu semua nak pancing orang Melayu..." ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Wahh..wanita kedua pecah rekod tahanan I.S.A paling sekejap!
Wanita Boleh! ![]() Aktivis Suaram dibebaskan Rahmah Ghazali | Oct 18, 08 10:26pm Aktivis Suaram Cheng Lee Whee yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi, telah dibebaskan selepas ditahan selama 19 jam dalam lokap polis. Dia dibebaskan pada jam 6.04 petang tadi dari balai polis Johor Jaya. Cheng diarahkan melaporkan diri di mahkamah pada 1 November depan. Penyelaras Suaram Johor, Nyam Kee Han, ketika dihubungi hari ini berkata, polis pergi ke rumah Cheng pada jam 2 petang dan mengambil komputernya dan 'thumb-drive' sebagai bukti. Sepasukan lapan anggota polis berada di rumah Cheng selama kira-kira setengah jam. Sekumpulan lapan orang penyokong Suaram turut berada polis ke sana, sebagai tanda sokongan pada Cheng. Nyam berkata, beliau dimaklumkan oleh peguam Cheng bahawa seorang majistret menolak permohonan polis untuk menahan reman Cheng selama empat hari lagi. Peguam tersebut, kata Nyam, berhujah bahawa Cheng telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis selama dia ditahan. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Cheng berkata, beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, sambil menambah bahawa dia akan terus berjuang untuk menegakkan keadilan. Cheng percaya, dia ditahan ekoran aduan yang dibuatkan di lamanweb polis. Ketika dihubungi, Ketua Polis Johor Baru, Mokhtar Shariff menegaskan bahawa perintah reman dikeluarkan terhadap Cheng awal pagi ini dan dia mempunyai hak untuk mendapat khidmat peguam untuk membelanya. Cheng ditahan mengikut Seksyen 28 ISA kerana "menyebarkan laporan palsu" ekoran satu laporan polisnya yang menuduh polis telah menyalah gunakan kuasa dalam operasi perobohan sebuah kampung setinggan di Johor. Menurut para peguam, Seksyen 28 tidak memberi kuasa kepada pihak polis untuk menahan seseorang suspek tanpa bicara. Suspek mesti dibawa ke mahkamah dalam tempoh 24 jam, sama ada untuk diakwa atau ditahan remah bagi membantu siasatan polis. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
25 arrested for defending housing right
I originally posted the appeal I received from SUARAM: Urgent appeal: 16th October 2008 Release 25 arrested for defending housing right in Kg. Baru Plentong Tengah (KBPT)! 25 including villagers and human rights activist were arrested by the police this morning around 10.30am when they tried to save homes of the poor in Kampung Baru Plentong Tengah from being demolished by developers Bukit Lenang Development Sdn. Bhd. They have been sent to the Johor Jaya Police Station respectively. The 25 arrested are: 1. Mohd Yusof Bin Harun 2. Mohd Daud Mohd Isa 3. Abu Baicar Bin Metan 4. Mohd Rizail Bin Jasni 5. Mohd Salleh Bin Hamid 6. Kammurul Zaman Bin Ismail 7. Mohd Faizal Bin Ridzuan 8. Mohd Zuhaidi Bin Bidi 9. Mohd Zulkurnain Mohd Nor 10. Mohd Aliff Bin Hussin 11. Kassim Mahamed 12. Norizan Mohd Aziz 13. Rohanoden Soyono 14. Mariah Abu 15. Khairudin Mohd Nor 16. Hasnor Hadi Hasan 17. Abdul Karim Bin Abdul Hamid 18. Mohamed Zahamanshan Bin Mohamed Zahir 19. Taslib Nani 20. Ardan Syah 21. Mohajmad Suied 22. Said Othman 23. Nyam Kee Han 24. Choo Shinn Chei 25. See Siew Min SUARAM condemns the unnecessary arrest by the police. The developers and the police should not take sides because their duty is not to serve the developer in a house demolition. This is clearly an abuse of power. We call on the police to release them immediately. Background Kampung Baru Plentong Tengah is located in Plentong, Johor. More than 300 families who stayed in the village for more than 20 years are facing threat of forced eviction because of development. They were given eviction notice even before their alternative houses were completed. The villagers will follow the court order and are ready to move out from KBPT with the condition that they all will be resettled to alternative houses on Bukit Dagang. This is the minimun requirement so that they will not lose their house of living. The villagers do not object to the resettlement but the issue of alternative houses is not solved. The villagers are ready but have never been given a chance to discuss with the developer and State Government to settle the issue. UPDATE: I received another email from SUARAM Johor. Looks like they are going to file a police report that reads as follows: Pada 16/10/2008 jam lebih kurang 1000 pagi di Kampung Baru Plentong Tengah yang terletak di Plentong, Johor diduduki oleh lebih daripada 300 keluarga lebih daripada 20 tahun, telah mengalami pengusiran paksa oleh pemaju, BUKIT LENANG DEVELOPMENT SDN BHD. Penduduk kampung KBPT telah diusir keluar oleh pemaju sebelum rumah alternatif mereka di Bukit Dagang siap dibina. Penduduk telah memohon injunksi (injunction) di mahkamah dalam bulan Ogos dan perintah Mahkamah telah menangguhkan kes ini ke 29hb Oct 2008, maka pemaju tidak patut melakukan pengusiran paksa pada hari sebelum 29hb Oct 2008. Tetapi,pihak polis dari balai polis Johor Jaya telah menyalahgunakan kuasa mereka dengan menggunakan kereta FRU dan water canon dan menjalankan pengusiran paksa terhadap penduduk kampung ini pada hari ini pukul 10.30 pagi. Kira-kira 30 orang penduduk Kampung Baru Plentong Tengah dan beberapa kawan telah ditangkap secara haram dan ganas oleh polis di Balai Polis Johor Jaya (tel:07-3534861). Tugas polis sepatutnya ialah menjaga keselamatan orang ramai dan bukan berpakat dan berkhidmat kepada pemaju. Ini adalah suatu penyalahgunaan kuasa dan membazirkan wang pembayar cukai! Kami meminta polis di Taman Johor Jaya melepaskan mereka dengan kadar segera. Kira-kira 20 buah rumah telah dirobohkan pada hari ini secara paksa. FROM : http://malaysianpolitics.wordpress.com/2008/10/16/25-arrested-for-defending-housing-right/ ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Tak sangka, parti proksi Yahudi PKR & parti pengkhianat Melayu Islam PAS juga yang turun padang..
CATITAN AKTIVIS DI KG baru PLENTONG TENGAH 17/10/2008 http://johorpkr.wordpress.com/ Apa sudah jadi…. ketuanan melayu menjadi saksi. Aku adalah salah seorang aktivis yang berada dicelah-celah ratusan penduduk kampung yang dihina oleh pihak berkuasa sewaktu mempertahankan kampung halaman mereka semalam. Biarpun sejarah kehadiran aku untuk sampai ke perkarangan Kg Baru Plentong Tengah amat memeritkan, namun semangat setiakawan dan perikemanusiaaan akhirnya dapat juga aku bersama penduduk kg berhimpun secara aman damai pagi semalam. Kalau anda nak tau. Aku, Man dan Nazree terpaksa menyeludup masuk ke kg baru plentong tengah dengan berjalan kaki dicelah-celah belukar awal pagi setelah dihalau oleh pasukan polis yang membuat sekatan jalan raya dipintu masuk kg semanjak 13 Okt lagi. Aku sendiri tak famah Kenapa “Orang Luar” tidak dibenarkan masuk ke kaw kg baru plentong tengah waktu itu. Kononnya kg trsebut sedang dalam perhatian dan BAHAYA waktu ini. Apa boleh buat, orang dah halau… kena juagak lah aku berpatah balik. Tapi Polis ingat dia bijak… padahal aku, Man dan Nazree lagi bijak. kah! kah! kah! Rumusan awak aku sepanjang perhimpunan aman pagi semalam terlalu mudah. Amat menjijikkan sikap rakus pasukan polis dan FRU yang langsung tidak berhati perut apabila tergamak merempoh benteng manusia dengan menggunakan kekerasan tanpa menghiraukan rayuan penduduk kampung. Tangisan si ibu tua dan anak-anak langsung tidak dihiraukan oleh pasukan penceroboh ini. Kemeriahan Berhari Raya dikampung halaman bagaikan mimpi ngeri bagi mereka khususnya anak-anak kecil yang belum faham tentang perjuangan dan erti hidup. Aku rasa bersalah kerana gagal menyelamatkan Imam masjid yang dipukul oleh FRU hingga rebah menyembah bumi sewaktu rempuhan berlaku. Bayangkan, anak-anak kecil yang seronok memegang kain rentang di bahagian hadapan benteng sambil melaungkan slogan “Selamatkan kampung kami” ibarat lalang yang tidak bernyawa bagi pasukan FRU berhati binatang itu. Kononnya tempoh masa 10 minit akan diberikan untuk aku dan penduduk beredar sebelum sebarang tindakan diambil, namun yang nyata jam & bom jangka yang mereka pikul sepanjang hari bagaikan tidak sabar untuk memusnahkan manusia kerdil didepan mata. Aduh! belum pun habis tempoh masa yang diberi, lebih kurang 2 minit berlalu. Aku dan pejuang-pejuang kampung dirempoh dengan ganas, rakus dan dilayan bagaikan “Binatang” tanpa ada sedikit pun perasaan belas kasihan. Ada yang ditarik, disepak terajang, dipukul, ditampar dan yang paling menyedihkan ada yang dipijak rakus tanpa belas kasihan. Berdasarkan beberapa photo yang sempat aku ambil sepanjang berhimpun di situ sejak awal pagi, anda pasti dapat bayangkan siapakah golongan terawal yang menjadi mangsa keganasan puaka-puaka darat ini. Tak puas dengan kekerasan, ratusan penduduk kg yang berhimpun secara damai ini di momok-momokkan dengan “Anjing Bengis” yang memang dibawa khas oleh pasukan Polis yang bertugas. Ini satu lagi bukti “Penyalah gunaan kuasa” oleh pihak Polis. Apa perlunya mengupah Anjing Pengesan untuk menghalang kebangkitan penduduk kampung. Aku belum pernah dengar dalam dunia ni, Anjing Pengesan digunakan untuk melumpuhkan kebangkitan rakyat yang berhimpun secara aman. Apa kejadahnya mereka menggunakan Anjing pengesan tanpa memikirkan sensetiviti umat islam yang sedia tahu betapa NAJISnya binatang ini. Malang sungguh Polis kita hari ini…. kerja siang dan malam tapi hasilnya amat menjijikkan. Namun ada jugak “Lawak tak berpenghujung” yang pasukan cuba ditonjolkan pihak polis dalam menangani isu kebangkitan penduduk kampung pagi itu. Dah lah bawa Anjing Pengesan untuk menghalau aku dan penduduk kampung….. dibawaknya pulak pasukan UPB kat dalam kampung. Apa punya turrrrrr…… lah depa ini. Memangla dari mata kasarnya Anjing Pengesan boleh digunakan untuk mengesan Bom-bom lama yang mungkin tertanam kat kawasan kampung tu, tapi persoalannya Kenapa sekarang baru nak kesan? baik lah anda bawa Anjing-anjing tu pergi kesan duit Komesyen yang pihak pemaju taburkan kepada dalang-dalang disebalik projek bangsat ini. Lepas tu bawa sekali UPB untuk tindakan susulan. Baru betul “Adil dan Saksama” Mana perginya integriti dan kredebeliti pasukan Polis yang dianggap “MESRA” selama ini. Kenapa aku dan penduduk Kg Baru Plentong Tengah yang hanya berhimpun secara aman untuk mempertahankan rumah, harta benda dan tanah yang hanya “sekangkang kera” dihina, dicabul dan diperlakukan sedemikian rupa? Air mata ibu-ibu tua dan tangisan teresak-esak anak kecil gagal menghalang “Kebodohan dan Kejahilan” orang suruhan kerajaan UMNO/BN waktu itu. Beberapa “Aktivis Kemanusiaan” yang melaungkan slogan “Damai” pun jadi mangsa keganasan puaka-puaka ini. Sekarang terpulanglah kepada masyarakat dunia untuk menilai setiap inci peristiwa yang berlaku di kg baru Plentong tengah ini. Kalau anda nak tau aku pernah difahamkan oleh beberapa penduduk tempatan bahawa KAMPUNG BARU PLENTONG TENGAH ini adalah kampung yang menjadi kubu kuat UMNO yang paling TOTOK didunia untuk memenangkan Khalid Noordin dalam PRU lepas, hasilnya sebagai tanda terima kasih, inilah hadiah istimewa pemimpin dan wakil rakyat BN sempena Hari Raya Aidilfitri kepada penduduk kampung. Banyak lagi peristiwa suka duka berlaku sepanjang aku berkampung disana, tapi biarlah ia menjadi sejarah paling berharga buat aku, teman-teman reformasi, aktivis-aktivis dan khususnya penduduk kg Baru Plentong Tengah. Apa pun aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang turut sama memberi sokongan kepada Warga Penduduk kg Baru Plentong Tengah dalam memperjuangkan hak-hak mereka. Dan buat penduduk kg baru plentong Tengah, terima kasih atas layanan istimewa selama aku dan kawan-kawan aktivis berkampung di sana. Walaupun aku dilayan bagaikan Wakil Rakyat, namun aku yakin perjuangannya dan matlamatnya tetap sama. Salam Reformasi Buat Semua…….. zul Gambar - gambar yang sempat di ambil oleh penulis ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
RM 100 JUTA & KG.PLENTONG TENGAH (KPT)
Pengakuan oleh :- Mathew Thomas Philip Tel : 03 6201 5678 H/P : 017 888 7772 e-mail : [email protected] Alamat : 5-1, Jalan 22A/70A, Wisma CKL, Desa Sri Hartamas 50480 Kuala Lumpur 1. 291 orang (KPT) telah dikemukakan Saman sebanyak RM100 Juta atau RM 343,642.10 setiap orang bagi mengantikan kerugian “Bukit Lenang” ( Pemaju ) 2. Beliau menyatakan lagi, tahun hadapan mereka semua akan Bankrupsi. 3. Dengan senyum di mengatakan perobohan adalah gimik. 4. Beliau mengakui jika dibuat perumah untung bersih selepas cukai dan lain tidak melebihi RM 8 Juta. 5. Walaupun 29hb Oktober 2008 rumah dirobohkan, Pemaju tetap meneruskan saman RM100 Juta. 6. Beliau menyatakan Bukit Lenang tiada duit untuk membayar kos Guaman dan Mahkamah. Bukit lenang mesti ambil duit orang Kampung. 7. Beliau dengan bangga menyatakan dengan bangga ” Tunggu mereka akan rasa bagaimana jadi muflis nanti… “ dalam bahasa mat saleh ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Dah terhantuk baru nak terngadah. Eloklah, dari terus terngadah! Parti Pengkhianat Melayu Islam ni juga tempat mengadu nasib:
Roboh rumah, 200 ahli Umno sertai PAS di Masai Salman Hussin Sun | Oct 19, 08 | 12:06:44 pm MYT JOHOR BAHRU, 19 Okt (Hrkh) -Tidak puashati dengan layanan dan sikap diskriminasi Umno yang berkuasa lebih 50 tahun, pagi tadi beratus ahli Umno telah istihar keluar daripada parti itu dan sertai PAS. Kira-kira 200 daripada 500 ahli Umno termasuk lapan ahli jawatankuasa cawangan Umno Kampung Baru Plentong Tengah ,Masaitelah mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai PAS pagi tadi. Mantan Ketua Pemuda Cawangan Umno kampung tersebut, Mohd Daud Mohd Isa telah menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu pertemuan yang diadakan di kampung tersebut pagi tadi. Tindakan tersebut tercetus, ekoran insiden perobohan rumah penduduk pada 16 Oktober lalu yang tidak mendapat simpati daripada Umno. Sementara itu, Ketua Cawangan Umno yang sama, Sahari Mohd Sham telah serah memorandum kepada Presiden PAS untuk membawa isu perobohan rumah tersebut ke parlimen. p/s: Khaled Nordin sibuk sangat pemilihan agaknya.. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
lelaki_5585 ![]() ![]() |
![]()
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualakum, Subhanallah.... Pedihnya terasa..Tergurisnya hati...tersiksanya terasa... bagaimanakah kehidupan/nasib mereka selepas ini... Dirinya ini amat memahami kerana hambanya ini juga tinggal di rumah usang dipinggir bandar, yang bocor disana sini, dan rumah ini bakal diruntuhkan sebaik sahaja saya berjumpa tempat tinggal/pondok baharu, sudah sebulan mencari, hampir setiap hari. Amat sukar untuk mencari kerna sudah banyak pembangunan. Dalam keadaan keuzuran yang amat, kemiskinan yang tak tergambar ini tidak mungkin dapat hambanya ini menyewa bilik apatah lagi untuk memiliki/membeli rumah. Hambanya ini bukannya tidak bekerja atau berusaha, malah sentiasa bekerja siang dan malam, namun hambanya ini tetap bersyukur, walaupun sedikit, tetapi itulah rezeki yang telah termaktub untuk diri Kerdil ini. Ingatlah duhai sedara2ku yang dikasihi Allah s.w.t. kehendakNya, dunia ini tidak boleh kaya semuanya, kalau tidak siapa pula yang hendak menjadi tukang sapu sampah, tukang kebun, pembantu rumah, pengasuh, pemandu, kerani, budak suruhan, buruh kasar, nelayan kecil2an, petani kampung, dan sebagainya. Ingatlah.. kita harus saling memberi sumbangan mengikut kemampuan atau profesion masing-masing, tukang sapu dengan kerja membersihkan pejabat2 dan dijalan2 raya, pengasuh.. mengasuh anak majikanya..., arkitek dengan kerja merekaciptanya, engineer dengan kerja membinanya, nelayan dengan kerjanya yang menangkap ikan yang membekalkan protein kepada semua, petani dengan kerja taninya yang memberi khasiat pemakanan, buruh kasar dengan kerja kasarnya, dan macam-macam lagi. apa yang penting, sekiranya kita tidak dapat membantu mereka, cukuplah dengan tidak kita menyusahkan mereka. Ya.. benar!!! tanah tersebut milik si ini dan itu, namun mereka telah menetap disitu begitu lama, malah telah beranak pinak pula. Adakah mereka begitu suka tinggal dirumah yang usang begitu, malah penuh dengan risiko, sama ada berlaku kebakaran atau sebagainya. Ada yang mempertikai ada setinggan yang kaya, ya mungkin ada, tetapi berapa peratus 1-2 % sahaja. kita lihat kerna ada kereta, ya.. mereka mampu untuk membeli kereta hasil jimat cermat dalam kewangan yang terbatas, namun tak mampu membeli rumah, kereta itu bukannya beli cash. kekadang kereta yang ada itu abang mereka punya yang bagi, anak mereka punya yang baru beberapa tahun dapat kerja. Dan banyak sebab lagi, lain org lain cerita, keadaan atau situasinya. Bagi Pendapat diri hamba yang kerdil lagi dhaif ini, alangkah baiknya pihak kerajaan membina begitu banyak rumah kos rendah dipinggir2 bandar bagi membantu golongan melayu miskin/sederhana yang begitu ramai dikala ini. Secara tak langsung, dapat menangani pelbagai permasalahan gejala sosial yang semakin meruncing sekarang ini. Kenapa??? kekurangan rumah kos rendah menyebabkan golongan ini terpaksa membeli rumah kos sederhana yang mana harganya agak tinggi bagi mereka, ini menyebabkan ibubapa terpaksa bekerja lebih masa hingga kemalam/ pagi setiap hari. hari cutipun mereka bekerja( ini termasuk saya). kalau tidak!! tak mampulah nak bayar itu dan ini yang mana kesemua itu adalah semata-mata nak memenuhi keperluan, bukannya kehendak. Lantaran inilah menyebabkan anak2 mereka membesar dalam keadaan terabai, terbiar, kurang perhatian, kurang pendidikan agama dan adab. Perbelanjaan sekolah anak2 mereka begitu terhad, menyebabkan mereka kekadang termakan ajakan kekawan untuk mencari duit lebih dengan pelbagai cara, yang mana pada mulanya hanya kecil2an sahaja. Kemudian......mengundang kepada pelbagai permasalahan yang lain.. Tiada siapa yang tahu/ambil tahu perbuatan mereka, malah tiada siapa yang hendak memarahi mereka apabila membuat salah, begitu jugalah yang hal lain-lain. Bagi anak2 yang sedang membesar yang sedang mengalami pelbagai masalah dalam usia tersebut, malah sangat begitu ingin bermanja atau sebagainya, mereka tiada tempat untuk mengadu, kekadang ada waktu sedikit selepas ibu bapa yang baru pulang dengan penuh kepenatan untuk cuba mengadu, mereka pula dimarahi kerana dianggap mengacau ibubapa yang sedang kepenatan. Kemiskinan, kepenatan, kelesuan, keperitan dan kesibukan hidup ibubapa ini menyebabkan daya tumpuan pada permasalahan anak2 sama ada masalah pelajaran....., sakit demam..... semakin berkurang. Fikiran ibubapa yang sentiasa berfikir hari2 tentang bagaimana nak bayar bil air/ elektrik, cukup ke tak..bulan ni... sewa / ansuran rumah cukup ke tak..bulan ni,,, perbelanjaan dapur, duit tambang sekolah anak2, duit poket anak2. Hambanya ini amat memahami golongan ini, hambanya ini juga banyak membuat kajian sendiri, salah satunya adalah betapa dengan membina rumah kos rendah yang mencukupi bagi golongan ini ( tanpa ketirisan), dengan kadar sewa beli yang berpatutan (bagi golongan berpendapatan rendah) akan akan dapat menangani pelbagai masalah sosial yang begitu banyak pada masa ini. ( Rumah kos rendah memanglah ada dibina sebelum ini, itupun pada akhir tahun 70-an dan awal 80-an, manakala yang dibina zaman kemudian ini pulak, kebanyakannya adalah dimiliki oleh org kaya, bukan sebiji, ada yang sampai 4-6 biji rumah. kemudian mereka sewakan pula pada yang miskin, malah lebih tinggi bayaran sewa tersebut berbanding dengan kos sewa beli rumah tersebut. Tentang bab ini, hambanya ini kurang faham tentang kaedah pemilihan kelayakan rumah kos rendah. dahlah sedikit dibina, diberi pulak pada yang kaya. ( kalau tak percaya cuba kaji sendiri ) Maaf diatas penulisan hamba yang tidak seberapa ini, hambanya ini juga berada dikalangan kelompok itu, yang mana hamba ini benar-benar amat memahami, mengerti tentang arti sebuah kehidupan setinggan yang miskin yang bagai menumpang di tanah air sendiri, ramai pemimpin menjanjikan kepada kami dengan pelbagai janji yang sangat menakjubkan lagi menggiurkan kami, namun hingga saat detik ini hanya janji2 sahaja yang sering berulang dan berulang. ( Kami seperti insan lain yang punyai hati dan perasaan) Kekadang kami terfikir, Nasib Penagih dadah ( dipusat serenti) lebih beruntung kerna dapat tidur dikediaman yang jauh lebih selesa berbanding dengan kami, begitu juga dengan para penjenayah ( dipenjara) , mereka tidak perlu bimbang tentang apa-apa pun sama ada makan minum, bil air atau lektrik. Maaf!!! sekali lagi kerna meluahkan rasa sedih, pilu, kecewa, sebak, ngilu, rasa diperbodohkan bagi pihak diri ini dan juga bagi pihak si miskin, si fakir, si setinggan yang miskin, si miskin dipendalaman. Sebelum dirinya ini mengakhiri bicara, izinkan sekali kami meluah rasa hati, tentang apakah arti sebuah kemajuan kemewahan kondo2 @ apartment yang dibanggakan oleh semua untuk kami, adakah ianya akan berjangkit kepada kami, ya.. sememangnya berjangkit..... dimana tapak2 rumah kami yang dirobohkan dulu telah bertukar menjadi kondo2 @ apartment mewah, tetapi ianya bukan lagi milik kami dan juga bukan untuk bangsa kami, yang ada mungkin hanya 1-2%. Yang bangganya orang kita, sedangkan bukan sekadar kami, malah golongan bumiputra yang lain pun walau tidak miskin tetapi tidak jua mampu memiliki akannya..?, begitu juga teman-teman kami yang diambil tanah rizab melayu atas dasar pembangunan dengan pampasan yang tidak setimpal, sama ada untuk dibina bangunan kedai / aparment. tetapi hasilnya bukan juga org kita. Dijual kepada kepada bangsa lain, ( sepatutnya, didulukan kepada org kita, sebab itu tanah rezab melayu) Kita masih berbangga dengan kemajuan2 yang ada dibandar2 yang 80-90% daripadanya bukanlah daripada golongan bangsa kita. bahasa kasarnya ( kita ni bangga tak tentu pasal ). Tahukan anda? bukankah itu namanya tipu secara profesinal dalam mengambil tanah rezab melayu. ( Maaf!! hambanya ini hanyalah insan fakir lagi kerdil dipinggiran bandar ) Walaupun diri ini hanyalah insan kerdil, ketahuilah bahawa perhijrahan melayu kebandar2 itu dulu ( oleh beberapa pemimpin ketika itu)adalah untuk mengelakkan daripada berulangnya tragedi 13 mei, supaya keseimbang antara masyarakat melayu dengan bangsa cina dibandar2. mereka telah dijanjikan dengan pelbagai janji, terutama untuk mendapatkan geran pemilikan tanah. Maaf.. andainya tersalah ayat, tersalah maksud, atau apapun... Wassalam Selamat Hari Raya Maaf, Zahir Dan Batin |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Biiznillah... bersabarlah... InsyaAllah pabila telah tiba masa Qada' Qadar Ar-Rahman, pemuka-pemuka Agama & Bangsa akan sama ada tunduk didepan mata pedang kami atau jatuh terjelepuk memohon ampun dihujung kaki umat marhaen..!
Melayu, musuhmu bukan si hitam legap, bukan si sepet kuning langsat, TAPI SI MUNAFIK BERTOPENG BANGSA(T). ALLAHUAKBAR! ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
rdwira ![]() ![]() |
![]()
Pada 19-10-08 14:28 , Laskar_Allah posting:
!!! QUOTE !!! Dah terhantuk baru nak terngadah. Eloklah, dari terus terngadah! Parti Pengkhianat Melayu Islam ni juga tempat mengadu nasib: adakah yang dimaksudkan ialah PAS ?? ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/ |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Pada 19-10-08 18:54 , rdwira posting:
!!! QUOTE !!! Pada 19-10-08 14:28 , Laskar_Allah posting: Ya tuan rdwira. Parti yang dilabel sebegitu hina oleh 'segelintir' Melayu kita yang gentar hukum Allah tertegak secara berhikmah. 'Segelintir' Melayu itulah tak sedar diuntung yang tiada tahu mulianya Melayu itu kerana Islam & mereka yang berlagak selaku 'Tuan' kepada Melayu marhaen dengan ideologi Ketuanan Melayu Songsang! Melayu kelompok 'itulah' tidak sedar lagi bahawa 'Ketuanan Melayu' itu menjadi luhur apabila Melayu itu sendiri menjadi 'Tuan' kepada kemajuan bangsa tanpa angkuh menongkat langit seperti lagaknya Yahudi Laknatullah! ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
ha kepada semua,inilah projek kerajaan BN yang anda semua sudah pilih.terimalah akibatnya kerana mengundi orang yang tak layak untuk mentadbir negeri/negara.
|
saha11 ![]() |
![]()
Pada 19-10-08 18:54 , rdwira posting:
!!! QUOTE !!! Pada 19-10-08 14:28 , Laskar_Allah posting: apa yang dikhianatkan?? siapa khianat siapa? Melayu islam?? Adakah melayu itu bertanggungjwb keatas islam.. adakah cukup hanya sekadar solat dan puasa..ia dikatakan pejuang islam? |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Pada 20-10-08 14:37 , saha11 posting:
!!! QUOTE !!!
Salam ukhwah fillah saha11. Label tersebut telah dipalit oleh 'mereka' yang telah hamba maksudkan dalam jawapan kepada tuan rdwira. Kerana juang yang condong kepada Islam, saudara seMelayu yang didakwa 'khianat' itu telah dihina sedemikian rupa...Nauzubillah... Walhal 'mereka' yang merodok sesama saudara... Semua bangsa didunia yang syahadahnya Lailahaillallah Muhammadurrasulullah bertanggungjawab keatas Islam. Rukun Islam nan 5 itu adalah tiang untuk diperjuangkan diri sendiri sebagai melunas Haq Allah s.w.t, seterusnya barulah kental menjadi pejuang Islam... ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
muslimin23 ![]() ![]() |
![]()
kejam dan biadap.dimana pemimpin-pemimpin kerajaan di johor berada? sungguh tidak berperikemanusiaan kerajaan sekarang ini...semoga Allah akan membalasnya kelak...
|
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 20-10-08 23:16 , Laskar_Allah posting:
!!! QUOTE !!! Foto hari penyembelihan: mana keadilan untuk mereka? BERAT MATA MEMANDANG BERAT LAGU BAHU YANG MEMIKUL ************************************************* Sekuat kuat iman akan menegah kejahilan dengan mengunakan apa jua keadaah yang boleh diguna pakai. Selemah lemah iman hanya menyampaikan ketidak puasan hati hanya diblog. ADAKAH INI SIFAT PEMIMPIN YANG AKAN MENYELAMATKAN KITA SEMUA FIKIR FIKIRKAN. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
zulman ![]() ![]() |
![]()
mana lah Tok gani ni....biorkan saja...
mana lah utusan melayu...ngape tak buat laporan front page.. mana lah mat taib menteri luar bandor..ngape tak arahkan jkkkp buat demo..bagi lah elaun sikit.. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah. |
izdham ![]() |
![]() |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Syed Hamid: Cheng bukan tahanan ISA
Oct 21, 08 5:07pm Menteri dalam negeri berkata aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Johor, Cheng Lee Whee hanya ditahan untuk soal siasat bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan bukannya seorang tahanan akta itu. Jumaat lepas, Cheng yang membuat aduan berhubung penangkapan 27 orang di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru didakwa menyebarkan maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan di kalangan orang ramai. Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata Lee bukan seorang tahanan ISA tetapi dituduh bawah Seksyen 28 akta itu dan dia boleh membela diri di mahkamah kerana membuat laporan palsu. "Tolong baca akta itu... Akta itu bukan hanya penahanan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian tersebut. Cheng, 26, ditangkap bagi siasatan berhubung tulisannya di laman web polis Johor yang boleh menyebabkan kebimbangan di kalangan orang ramai, demikian menurut Bernama. Bagaimanapun beliau dibebaskan dengan jaminan polis, Sabtu lepas. Menurut seksyen itu, mereka yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda RM5,000 atau kedua-duanya. Seksyen 73 akta itu pula memperuntukkan seseorang itu boleh ditahan selama 60 hari, sementara Seksyen 8 membenarkan menteri dalam negeri menahan seseorang sehingga dua tahun tanpa perbicaraan. Menteri Kepala Lutut. Cina ni dituduh menyebar maklumat 'palsu', apa hal tahan bawah ISA? Mana pergi Akta Hasutan? Kebodohan tahap menyedihkan bagi seorang Menteri! !!! QUOTE !!! Jumaat lepas, Cheng yang membuat aduan berhubung penangkapan 27 orang di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru didakwa menyebarkan maklumat yang boleh menyebabkan kebimbangan di kalangan orang ramai. Ini sudah tahap parah, buat report dalam web Polis pun satu 'kesalahan'! Katanya menimbulkan kebimbangan orang ramai. Siapa yang 'bimbang', orang ramai atau Tuan Melayu diatas? !!! QUOTE !!! Cheng, 26, ditangkap bagi siasatan berhubung tulisannya di laman web polis Johor yang boleh menyebabkan kebimbangan di kalangan orang ramai, demikian menurut Bernama. Hancor Menteri seorang ni, patutnya 'pengkhianat Melayu' yang kena pasung, ini tidak! ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Allah bagi WARNING:
"Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain Allah." Surah Hud ayat 113 ----------------------------------------------------------------------------- "Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berlaku adil." "Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu daripada menjadikan orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) sebagai teman rapat dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. (Ingatlah) sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim." Surah Al-Mumtahanah ayat 8-9 ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Daeng_Jati ![]() ![]() |
![]()
erm, apa ada pada UMNO? apa ada pada BN? mana urang Kerajaan Malaysia yang ada di Ukhwah.com ni nak cerita? teman nak dengor juga dari kedua belah pihak
|
lebai_y2k ![]() ![]() |
![]()
orang UMNO dan BN tak ada penjelasan tentang ni,mana dia nak komen..yang dia boleh buat,putar belit fakta,sembunyikan kebenaran..tu saja...
|
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Akhi daeng, besar harapan hamba Selempang Merah Sg. Manik dapat review semula senarai seteru kita. Kita dah kena lebih berhati-hati dengan 'musuh bertopeng'...
Orang Munafik sama bahaya bahkan mungkin lebih bahaya dari kapir harbi. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
rdwira ![]() ![]() |
![]()
saya ada tanya pendapat beberapa org...
mereka memaklumkan begini - tanah tersebut memang milik kerajaan. mereka hanya diberi permit untuk menumpang secara sementara. walaupun dah berpuluh tahun. - kerajaan mempunyai hak ke atas tanah tersebut..di mana kerajaan boleh ambil tanah tu bila2 masa dengan notis. - penduduk disitu dah duduk lama..dan sepatutnya ada inisiatif untuk mencari tempat tinggal yang tetap dengan cara mencari rumah dengan tanah sendiri. atau dengan kata lain mereka mengharap mereka dapat tanah yang mereka duduki tersebut. - sebelum berlakunya robohan tersebut.. mereka telah diberi notis untuk berpindah..tapi mereka tetap berdegil... - Kenapa dah diberi notis..mereka tidak mengambil tindakan seperti memanggil TV3..RTM.. jumpa menteri besar... tetapi setelah diroboh baru nak kecoh... - dan kesimpulan yang boleh dinyatakan disini..mereka disitu tidak berusaha untuk mencari kehidupan yang lebih baik. entah lah itu pendapat yang diberikan. wallahua'alam.... |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 22-10-08 23:12 , rdwira posting:
!!! QUOTE !!! saya ada tanya pendapat beberapa org... yang saya dengar pula memang ia tanah kerajaan tapi penduduk di situ berhak memohon geran tapi permohonan tak pernah dilayan. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
rdwira ![]() ![]() |
![]()
berhak memohon.... kalau dah mohon tak dapat..tak tau ke nak cari tempat lain ? menunggu buah yang tak akan gugur ??
macam rashdin... kan apply MIT... masih belum terima jawapan..takkan nak tunggu yang tu juga...takkan tak apply tempat lain ?? ini sebagai contoh saja.. |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 23-10-08 09:16 , rdwira posting:
!!! QUOTE !!! berhak memohon.... kalau dah mohon tak dapat..tak tau ke nak cari tempat lain ? menunggu buah yang tak akan gugur ?? macam ni,ni ada kronologi kampung plentong ni KRONOLOGI KG. BARU PLENTONG TENGAH 1984 - 1986 - KAMI telah meneroka dan menduduki tanah lot tersebut dalam keadaan hutan rimba dan telah mendapat sokongan kuat daripada pelbagai pihak terutamanya Wakil Rakyat mereka ketika itu lalu KAMI memohon serta mengisi borang permohonan tanah dengan bayaran RM 10.00 di pejabat Tanah Daerah Johor Bahru dan kemudian tanah tersebut telah diberi nama KG BARU PLENTONG TENGAH. (KBPT). 1987 - petang telah dikurniakan KBPT kepada Mosbert Berhad (MB). KBPT telah bertukar pemilik sebanyak 2 kali dalam masa dan waktu yang sama. Mosbert Berhad (MB) —> Jet Ace Const (JAC) —> Oakfield Ent. 1989 - 1993 - Atas niat untuk memiliki KBPT secara sah dan di atas sokongan serta galakan Wakil Rakyat dan pelbagai pihak, persetujuan telah dibuat dengan OE tersebut setelah tawaran menjual tanah lot kepada KAMI dengan kadar nilai RM 5.00 bagi setiap kaki persegi dan sejumlah RM 417, 307.93 telah dikumpulkan sebagai bayaran 10 % daripada harga jualan telah di songlap oleh peguam yang dilantik. 1994-1995 - KAMI sekali lagi ditawarkan untuk membeli KBPT secara individu dengan bayaran wang pendahuluan sebanyak RM 3K iaitu 10 % dari jumlah keseluruhan. Seramai 236 orang telah membuat bayaran berjumlah RM 820,000.00 kepada firma guaman milik OE. 1996 - OE telah menjual KBPT kepada Bukit Lenang Devp. ( BLD ). 1999 - PENEMPATAN SEMULA - Dari lebih 345 penduduk, hanya 179 yang ditawarkan dan hanya 123 yang terima kurnia. 2000 - RUMAH IBU - BLD menawarkan untuk membina rumah ibu di penempatan semula, tapi TIPU. 2006 - TAWARAN MUHIBAH #1 - Melalui YB Datuk Seri Khaled (DSK), BLD menawarkan pampasan RM 10K RM 2K, KAMI ajak runding BLD buat derk. 2007 - RUMAH MESRA RAKYAT - seramai 134 penduduk yang dikurniakan penempatan semula menghadiri temuduga syarikat Perumah Negara Berhad, tapi tak ada respond. 2007 - TAWARAN MUHIBAH #2 - BDL tawarkan RM 2K dan bina jalan di penempatan semula, KAMI ajak runding, BDL buat derk jugak. Lastly tak jadi bina jalan & tukar nak ratakan tapak pula, tapi tipu juga. 2007 - RUMAH kos RENDAH - 67 Generasi ke2 KAMI memohon rumah kos rendah melalui TN HJ BAHA ( Pegawai Khas DSK ) tapi di pendam sehingga OGOS 2008. 15 OGOS 2008 - KALAH DI MAHKAMAH - Hampir 3K penduduk KBPT hendak dihalau dari Kampung Halaman Kami. 15 OKTOBER 2008 - DIMINTA HADIR KE PLENTONG, BERDEKATAN DENGAN LAMAN TASEK PANDAN, TAMAN MOLEK, JOHOR BAHRU, JOHOR. Untuk menghentikan pencerobohan ini. DISEDIAKAN OLEH : JENTERA KOMUNITI BELIA JAWATANKUASA BERTINDAK (JKB) KBPT. dipetik ; http://johorpkr.wordpress.com ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
adil_adilah ![]() ![]() |
![]()
aik lain macam saja kronologi ni...
kalau peneroka... sepatutnya dah lama mereka dapat tanah tu... peneroka dengan setinggan adalah berbeza.. mereka sebenarnya...penghuni setinggan atau peneroka? |
rdwira ![]() ![]() |
![]()
Peneroka - mereka diberikan hak untuk mengusahakan tanah... kebiasaanya untuk tujuan pertanian. mereka diiktiraf
setinggan - mereka meneroka tanah kerajaan.. dan membuat seperti tanah mereka sendiri. tapi tidak mengusahakan tanah tersebut. pengiktirafan hanya sementara. |
Abahh ![]() ![]() |
![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 23-10-08 12:53 , adil_adilah posting:
!!! QUOTE !!! aik lain macam saja kronologi ni... memang pun.mereka sudah lama memohon untuk geran tanah tapi tak pernah dijawab.senang-senang saja ada orang datang ambil tanah mereka. PERANGAI ISRAEL BETULL!!!! ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
lelaki_5585 ![]() ![]() |
![]()
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,
Hambanya ini begitu merasa sedih dengan melihat tahap kefahaman serta pemikiran sesetengah ahli disini yang hanya menyalahkan mereka (setingan)ini. Janganlah anggap mereka ini bodoh, degil, tak tahu berfikir, hanya tahu nak duduk tanah kerajaan saja, bodoh! Kenapa tak beli rumah sendiri kat taman yang berlambak2 tu, dan macam lagi. Duhai sedara2ku yang dikasihi Allah s.w.t. kehendaknya. Ingatlah!!! bersyukurlah dengan kurniaan nikmat2 yang telah Allah anugerahikan keatasmu dengan memperbanyakkan sujud syukur dan menyalurkan sedikit hartamu pada jalanNya. Bersyukurlah andainya anda dilahirkan serta dibesarkan dalam keadaan cukup makan 2 - 3 kali sehari. tidak kira samadad anda kaya atau sederhana atau miskin, tetapi andainya cukup makan 2-3 kali sehari, itu adalah sudah terlalu mewah. Bersyukurlah kerna anda dapat membesar dan berteduh di dalam rumah yang tidak ditirisi hujan lebat apatah lagi dimusim tengkujuh. Bersyukurlah andainya anda dapat membesar dan bersekolah dengan sempurna serta punyai baju sekolah setiap tahun. dan tidak perlu memakai baju dan kasut sekolah yang buruk lagi lusuh malah tidak pernah juga anda diejek sebagai org gila kerna berpakaian yang demikian. Bersyukurlah kerna punyai org tua yang mampu memiliki rumah sendiri dan tak perlu menumpang ditanah orang. Bersyukurlah andainya keluarga anda punyai walau sebiji motorsikal yang buruk apatah lagi lebih dr itu. Bersyukurlah andainya org tua anda punyai tanah untuk diusahakan berbanding kami yang tiada apa-apa. Bersyukurlah kerna anda hanya berusaha sedikit tetapi punyai wang yang banyak, tetapi kami bekerja bagaikan separuh mati hanya cukup untuk makan, itupun kekadang tidak cukup kerna kenaikan pelbagai harga barang. Bersyukurlah duhai pengemis2 dijalanan kerna kalian punyai pendapatan yang jauh lebih tinggi berbanding dengan kami. kami tidak sanggup untuk berbuat demikian selagi kami punyai tenaga untuk bekerja. Terlalu banyak untuk diri ini kongsikan permasalahan kami, namun kami telah redha dan tidak lagi berharap kepada sesiapapun ( dalam konteks hablum minannas) kecuali hanya pasrah kehadrat illahi setelah letih kami berusaha dan berdoa. Sungguh sayang ramai mereka yang berpendidikan tinggi, namun tak ramai yang mampu untuk memahami keadaan org seperti kami. Ingatlah duhai sedara2ku yang dikasihi Allah s.w.t. kehendaknya, bahawasanya tanggungjawab utama kita ini diciptakan adalah untuk menjadi HambaNya yang sebenar2 hamba serta Kita semua ini sesungguhnya telah dilantik menjadi khalifah diatas muka bumi ini. Adakah kita sudah atau sedang melaksanakan tanggungjawab kita ini?? Usahlah berfikir dari sudut kita merasai kita lebih pandai..... Usahlah berfikir dari sudut kita ini berjaya hanya kerana kita rajin sahaja sedangakan yang lain gagal kerna mereka malas tanpa kita mengambil kira faktor2 genetik kita, jenis/kelas sekolah kita sejak kecil, tahap pemikiran kawan disekeling kita, tahap profesional guru/guru tambahan yang mengajar kita, keseimbangan pemakanan kita yang diberikan oleh ibubapa yang berkemapuan lagi berpengetahuan, faktor diri kita yang dipenuhi dengan pendorong2 atau contoh tauladan kecermelangan, taqdir serta lain-lain lagi. Setakat itu sahaja, Diri ini memohon seribu kemaafan andainya punyai kesilapan didalam coretan ini sama ada ianya disegajakan atau tidak. Semuga Allah Merahmati dan memberkati hidup kita semua, InsyaAllah..Amin.. |
rdwira ![]() ![]() |
![]()
Pada 23-10-08 15:31 , Rashdin posting:
!!! QUOTE !!! Pada 23-10-08 12:53 , adil_adilah posting: kekeke..macam israel ek rashdin ?? israel ni tak ada tanah.... tanah orang dibuat tanah sendiri....... tapi tak baik kita kata begitu... encik lelaki : bukan tidak mahu bersyukur.... saya tak pasti tahap kehidupan mereka disana bagaimana? ... rumah mereka bagaimana?... kenderaan yang mereka miliki bagaimana? ... diandaikan..kalau mereka tidak mendirikan rumah disitu..dan wang yang ada digunakan untuk membeli rumah kan ada bagusnya dari mereka duduk buat rumah ditanah orang.. cuba letakkan diri anda tuan tanah sebagai kerajaan.. orang buat rumah ditanah anda.. berpuluh tahun duduk kat tanah tu tanpa membayar apa-apa... lepas itu dia datang kata nak beli tanah tu..dan anda tak mahu jual..mahupun memberi secara percuma... sampai suatu masa..anda nak semula tanah tu..anda suruh dia keluar..dia taknak... kalau nak keluar...anda kena sediakan rumah untuk dia...ada ke patut ?? apa tindakan anda?.... sama-sama renungkan... ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/ |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Pada 23-10-08 17:00 , rdwira posting:
!!! QUOTE !!!
betul juga tu, entah-entah ada BMW 7 Series seorang sebiji, banglo 2 tingkat setiap keluarga kan?!! Memang tak ada maruah punya manusia penduduk kampung tu, dah lah parasit merempat banyak songel pula, bab1 kat Melaka dulu lagi berakhlak tu sebab FRU tak pelangkung mereka, ini tak, melawan! Kerajaan dah suruh berambus tu berambus sajalah ye tak rdwira??! !!! QUOTE !!! cuba letakkan diri anda tuan tanah sebagai kerajaan.. orang buat rumah ditanah anda.. berpuluh tahun duduk kat tanah tu tanpa membayar apa-apa... lepas itu dia datang kata nak beli tanah tu..dan anda tak mahu jual..mahupun memberi secara percuma... Tu lah pasal, tau nak duduk free, apa ingat tanah waqaf ke?? ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Astaghfirullahal'azim... tak tau nak kata apa dah dengan makhluk Tuhan 2 ekor kat atas!
Laskar, rdwira, antum berdua ada lebih baik buka MATA BESAR-BESAR BACA FIRMAN ALLAH YANG TERPACAK TU. Antum kata letak diri kita sebagai kerajaan? Pernah kerajaan letak diri sebagai PEMEGANG AMANAH ALLAH?? Kuasa siapa bagi? Kemuliaan siapa bagi? Yang duduk situ pangkah siapa agak-agaknya pilihanraya lepas??? Kenapa dah berpuluh tahun 'parasit-parasit' tu menumpang kat situ baru sekarang nak sembelih? Satu KEBODOHAN bagi seorang Tuan Tanah Kedaun! Kalau dah tak nak bagi JANGAN BAGI LANGSUNG SEJAK HARI PERTAMA! Kalau dah biasa duduk KL macam tulah jadinya. Ingat, antum berdua tu asal ORANG KAMPUNG JUGA!! ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Allahu ya Allah... lepas solat baru waras semula otak hamba ni..
rdwira, hamba mohon maaf atas kata-kata kasar diatas, tetapi terus terang hamba kata, YA hamba maksudkan apa yang hamba cakap.. Saudara orang Islam & Melayu, hamba jua begitu serta Ukhwahian yang lain. Tapi alangkah hibanya hati kecil hamba saudara menukilkan komentar begitu kepada saudara kita disana? Ada rasionalnya beberapa komentar saudara, dan jika ada kebenarannya, salahkah kita bersimpati lantaran dengan kaedah mereka dihalau? Apa mereka bukan manusia seperti kita saudaraku? Mungkin kita nampak usaha mereka buat kecoh nampak janggal di mata antara kita, tetapi adakah kita tahu apa kesusahan & rintangan yang terpaksa mereka hadapi? Kita kata mereka tidak membuat liputan media, saudara sendiri tahu bagaimana korup media perdana kita? Nasib orang kampung seperti mereka jarang mendapat liputan, yang ada tempat di media sejak tamat pilihanraya lalu hanya MASALAH DALAMAN UMNO yang semakin membusuk! Ukhwahian, tolonglah, hadirkanlah walau sekuman rasa simpati pada saudara sesama Islam kita... Walau di medan mana antum berpijak.. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
29 Oktober ini kes mereka akan didengar, tolonglah berdoa untuk mereka.... Tolonglah...
----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
trouver_99 ![]() ![]() |
![]()
jom sama-sama berdoa supaya orang yang teraniaya terselamat.diharap dapat membuka mata semua pihak tak kira pembangkang ataupun penyokong supaya berani menegur sekiranya ada kesalahan,bukannya seperti mana titah patik dijunjung.kat mana boleh dapat link untuk penjelasan yang Kenapa MB Perak kasi geran 999 tahun tanah kat kg cina dan 99 tahun saja kat kg melayu?sampai sekarang tak dapat penjelasan yang betul tapi didivertkan ke isu lain
----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Benar trouver, itu yang semolek-moleknya. InsyaAllah hamba usahakan linknya. Besar harapan Malaysia ini akan kembali luhur & bangkit dengan kemuliaan Islam.
----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
adil_adilah ![]() ![]() |
![]()
bro laskar... aku tengah baca2 topik ni...tiba-tiba aku nampak anda mengamuk kat rdwira dengan.. kat diri anda sendiri? kalau betul apa yang aku baca lah kan....
bukan ke..... apa yang ditaip tu.. adalah pandangan dari beberapa pihak...kenapa.. rdwira pulak yang baik punya kena sound?....hahahaha Pada 22-10-08 23:12 , rdwira posting: !!! QUOTE !!!
rasanya bro... mereka tu bukan rdwira.. tu taktau lah mangkuk mana yang kata... yang mamat tu tukang taip pulak yang kena belasah tak pasal saja... hahaha.. nasib anda lah bro rdwira... |
wafa_mawaddah ![]() ![]() |
![]()
oh negeriku Johor...
disitulah BN bertakha... disitulah juga, ia akan berakhir tidak lama lagi.... insyaAllah.... wahai muslimin dan muslimat...bukan sahaja di Johor.. sedarlah... bangkitlah... jangan berdiam diri... lakukan sesuatu... yang paling mudah ialah..... DOA sebagai senjata mukmin...... mengharapkan kebangkitan Islam... dan keadilan hak asasi manusia... Innallaha ma'ana... |
songkok_aji02 ![]() |
![]()
dari sudut perundangan memang sah, tapi kenala fikir social impact juga. macam kes kuil yang diroboh di ampang. tu tanah kerajaan, Kenapa kes tu jadi isu politik sedangkan kat plentong ni pun lagi besar. melibatkan orang-orang kampung... kasihan...tak apalah dunia tumpangan sementara.....
|
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
sabar2 yang penting kita tunggu hari perbicaraan mahkamah.tapi rasanya dah tahu keputusan dia lah hmm
|
rdwira ![]() ![]() |
![]()
encik Laskar.... saya pun tak suka perkara sebegitu berlaku.. sapa yang suka saudara sesama Islam diperlaku sebegitu.... seperti yang saya nyatakan itu adalah pendapat dari orang...
saya juga berdoa keputusan positif yang boleh memberikan satu ruang kepada mereka untuk mendapat sesuatu yang lebih bermakna... |
zam_rizal ![]() ![]() |
![]()
Cakap nak membela nasib rakyat? Nak bela apa begini kalau rumah rakyat pun mereka roboh...Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang dianaiya. Tak kena balasan kat dunia, kat akhirat sana menanti.
sama-sama kita doakan agar nasib saudara kita di sana akan terbela...Ameem Ya Rabbal Alamin... |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 25-10-08 18:06 , zam_rizal posting:
!!! QUOTE !!! Cakap nak membela nasib rakyat? Nak bela apa begini kalau rumah rakyat pun mereka roboh...Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang dianaiya. Tak kena balasan kat dunia, kat akhirat sana menanti. sebab ni saya keluar dari umno ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]() ![]() Maaf hamba lewat update keputusan perbicaraan (mungkin ada yang dah maklum) kerana kekangan masa semenjak dua menjak ini. Penduduk Plentong Tengah diberi peluang hingga 31 Dis Abdul Rahim Sabri | Oct 29, 08 3:19pm | malaysiakini.com kemaskini 6:37pm Penduduk Kampung Baru Plentong Tengah akhirnya terpaksa berpindah selepas Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini menolak rayuan mereka untuk kekal di kawasan tersebut sehingga rumah mereka siap. Bagaimanapun pesuruhjaya kehakiman Datuk Hue Siew Kheng membenarkan lebih 2,000 orang tinggal di situ, sebuah perkampungan Melayu yang dibuka sejak lebih 20 tahun lalu, sehingga 31 Disember ini. Dua minggu lalu, syarikat pemaju Bukit Lenang Sdn Bhd mula menjalankan operasi merobohkan rumah-rumah di situ tetapi mendapat bantahan penduduk, aktivis dan ahli politik pembangkang. Seramai 27 orang termasuk pemimpin PAS dan aktivis Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan polis lebih lapan jam kerana cuba menghalang peruntuhan rumah-rumah penduduk. "Saya telah membuat permohonan lisan dan merayu atas budi bicara hakim, jangan robohkan dahulu kerana ada tawaran daripada agensi kerajaan negeri Johor untuk menyediakan rumah transit di Taman Desa Mutiara," kata Hassan Karim kepada Malaysiakini selepas keputusan itu. Beliau, yang bertindak sebagai peguam penduduk Plentong Tengah berkata, pihaknya memohon melanjutkan hingga tarikh berkenaan bagi membolehkan pemaju rumah sementara itu - yang terletak kira-kira 20 minit dari kampung tersebut - menyediakan prasarana termasuk elektrik dan air. Penduduk kampung, jelas Hassan yang juga presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), bersetuju berpindah ke rumah pangsa tersebut setinggi lima tingkat. Terdapat 600 unit rumah di kawasan perumahan pangsa itu. Menurutnya, sekumpulan kecil penduduk membuat aku janji dengan peguam Bukit Lenang Sdn Bhd untuk keluar dari perkampungan itu menjelang 31 Disember ini. "Nampaknya mereka bersetuju dan ia direkodkan oleh mahkamah. Seramai 20 penduduk telah menandatangani aku janji tersebut," tambah Hassan. Aku janji itu direkodkan oleh penolong pendaftar mahkamah Johor Bahru bertujuan mengelakkan berulang ketegangan baru antara penduduk dan pemaju, tambahnya. Sementara itu, ketua Umno cawangan Kampung Baru Plentong Tengah, Mohd Shaari Mohd Sham akan mengadakan mesyuarat dengan penduduk bagi membincangkan langkah seterusnya setelah mahkamah menolak rayuan mereka. "Saya akan berbincang dengan penduduk kampung berhubung dua perkara. Pertama, pengurusan rumah transit dan kedua, pembangunan dan perkembangan penempatan baru di Bukit Dagang," katanya kepada Malaysiakini. Menurutnya, mereka akan bermesyuarat pada malam ini atau pagi esok. Beliau juga merancang bertemu pegawai daerah Johor Bahru jam 11 pagi esok untuk mengetahui kemajuan pembinaan penempatan mereka di Bukit Dagang. Ditanya bagaimana perasaan penduduk setelah mendengar keputusan rayuan mereka itu, beliau berkata: "Mereka menerima keputusan mahkamah dan mereka tidak kecewa jika hendak dibandingkan dengan tindakan perobohan yang begitu drastik (16 September)." Mengulas sama ada mencukupi jumlah rumah transit yang diberikan kepada lebih 300 keluarga, beliau berkata: "Mencukupi dan tak ada masalah." ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
ibnu_musa ![]() ![]() |
![]()
Ya Allah, Melayu DISEMBELIH!???
p/s: berapa orang dah mati ye...? ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================| |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Pada 31-10-08 15:11 , ibnu_musa posting:
!!! QUOTE !!! Ya Allah, Melayu DISEMBELIH!??? Satu kampung 'mati' IM... ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 31-10-08 15:19 , Laskar_Allah posting:
!!! QUOTE !!! Pada 31-10-08 15:11 , ibnu_musa posting: sekarang ni apa sudah jadi dengan mereka ya?. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
lailasuhaila ![]() ![]() |
![]()
semoga mereka sentiasa dirahmati Allah s.w.t.bersabarlah di atas ujian yang Allah berikan.mungkin ada hikmah disebaliknya kita tidak ketahui..
|
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
Sebelum klik link dibawah, turunkan suhu amarah pendekar Melayu kita & baca dengan ketenangan:
--->http://perisik-rakyat.com ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 04-11-08 21:04 , Laskar_Allah posting:
!!! QUOTE !!! Sebelum klik link dibawah, turunkan suhu amarah pendekar Melayu kita & baca dengan ketenangan: ada juga betul dari artikel ini.memang menarik ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
rindufisabilillah ![]() ![]() |
![]()
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. |
panahpena ![]() ![]() |
![]()
Sedih memang sedih dan bersimpati dengan nasib mereka ini. Tetapi, kita kena lihat lebih jauh, bagaimana mudahnya dihimpit dan ditindas akibat kekurangan dari sektor ekonomi. Mungkin mereka tak mampu untuk memiliki hartanah yang diduduki. Maka mereka diusir pergi.
Disinilah kita kena lihat betapa pentingnya ekonomi untuk umat sejagat. ----------------- Sumbanglah kepada GERAKAN JIHAD MALAYSIA (MALAYSIAN MARTYR MOVEMENT). Hubungi 016 7156771 |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
BERIKAN KEADILAN UNTUK MEREKA.MEREKA MEMERLUKANNYA heheehehehe
![]() ![]() ![]() ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
Laskar_Allah ![]() ![]() |
![]()
'Wakil rakyat, peguam, pemaju tipu kami'
Abdul Rahim Sabri | Dec 5, 08 8:01pm | malaysiakini.com dikemaskini Penduduk Kg Baru Plentong Tengah, yang dipaksa berpindah oleh sebuah syarikat pemaju hujung bulan ini, mendakwa mereka semua menjadi mangsa penipuan oleh beberapa pihak sehingga hilang hak memiliki tanah tersebut. Dalam satu laporan polisnya kelmarin, jawatankuasa bertindak penduduk kampung itu mendakwa, pembelian tanah mereka pada 1968 telah diseleweng oleh wakil-wakil rakyat, dua peguam dan dua syarikat. Setiausaha jawatankuasa itu Hassan Wan Ismail membuat aduan di balai polis daerah Johor Bahru pagi Rabu lalu, dengan ditemani oleh pengerusinya Kamarul Ariffin. Selain mereka, ahli jawatankuasa PAS negeri Syed Othman Syed Abdullah bersama kira-kira 50 orang penduduk kampung turut hadir di balai berkenaan. Menurut aduan itu, tanah di Lot 83 mukim Plentong dalam daerah Johor Bahru didakwa telah diserahkan oleh kerajaan negeri kepada sebuah syarikat swasta pada 11 September 40 tahun lalu walaupun penduduk memohonnya terlebih awal. Seorang bekas wakil rakyat Tiram pula didakwa membawa seorang peguam untuk menipu wang pendahuluan untuk membeli tanah tersebut berjumlah RM417,307 milik 115 penduduk, laporan polis itu dipetik. Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Kamarul mendakwa hingga kini penduduk tidak mendapat balik duit mereka itu. Nasib penduduk Plentong Tengah hangat dibicarakan apabila mereka bertembung dengan polis sewaktu mempertahankan kira-kira 20 rumah cuba dirobohkan pemaju Bukit Lenang Sdn Bhd. Seramai 27 penduduk dan aktivis NGO ditahan polis selama kira-kira 10 jam kerana cuba menghalang kerja perobohan rumah itu. Kampung tersebut, seluas 113 ekar, mula dibangunkan pada 1960-an dan didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah. Akhir Oktober lalu, pesuruhjaya kehakiman Datuk Hue Siew Kheng memberi tempoh sehingga 31 Disember ini untuk berpindah dan mereka diberikan penempatan sementara di Taman Desa Mutiara, yang terletak kira-kira 20 minit dari kampung tersebut. Dalam laporan polisnya, Hassan turut mendakwa pemimpin Umno cawangan kampung tersebut mengkhianati penduduk dengan menarik balik afidavit mereka daripada mahkamah tanpa persetujuan pada 28 Oktober lalu, sehari sebelum kes tersebut dibawa di depan Hue. Menurut laporan itu, bekas wakil rakyat Tiram itu juga didakwa bersubahat mengarahkan 236 penduduk menyerahkan RM820,000 kepada sebuah lagi syarikat swasta sebagai transaksi awal pemilikan tanah. Seorang peguam didakwa turut terbabit dalam penyelewengan wang ini, kata Hassan lagi. Syarikat swasta itu, walaupun telah menerima wang penduduk berjumlah RM820,000, bagaimanapun didakwa menjual tanah Lot 83 mukim Plentong kepada syarikat pemaju sekarang. Hassan menggesa polis menyiasat seorang lagi mantan wakil rakyat dan juga bekas exco kerajaan Johor yang didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat pemaju itu. Aduan yang sama dibawa oleh Hassan dan Kamarul kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada hari yang sama. ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN! ![]() |
trouver_99 ![]() ![]() |
![]()
suasana di selangor
Persamaan dan Perbezaan Kes 1 dan Kes 2 Kes 1: Struktur haram di Ampang Jaya (sebuah tempat suci, bukan kuil). Kes 2: Struktur haram di Bantang Berjuntai (2 buah rumah kediaman, 22 buah pondok, 2 buah reban ayam, dan tanaman kontan bagi 300 orang peneroka). Persamaan Kes 1 & Kes 2: 1. Kedua-dua kes merupakan kes pencerobohan ke atas tanah Kerajaan (Hutan Simpan) dan merupakan satu kesalahan dari segi undang-undang. 2. Kes 1 mendapat tentangan hebat.Kes 2 pun tak kurang juga ditentang hebat oleh masyarakat yang terlibat. 3. Kes 1 struktur diroboh oleh MPAJ. Kes 2 struktur diroboh oleh MDKS. Perbezaan Kes 1 & Kes 2: 1. Kes 1: S Manikavasagam (PKR - Kapar) ugut nak letak jawatan, kecewa disebabkan MPAJ roboh struktur haram tersebut. Kes 2: (SINIS) Tiada seorang pun pemimpin PR yang ugut nak letak jawatan (kecewa). 2. Kes 1: Zuraida Kamaruddin (PKR - Ampang) cakap bukan roboh, tapi nak renovate, nak buat dokumentasi. Gabra punya pasal! Kes 2: (SINIS)Apa pula pemimpin PR nak beri alasan untuk kes 2 ini? Nak renovate rumah, pondok dan reban ayam tu ke? Tanaman kontan tu nak renovate juga ke? Yang pastinya pemimpin PR tak gabra pun jika melibatkan masalah Melayu Selangor. Waima berbogel sekali pun MB tak hairan! 3. Kes 1: Kerajaan Selangor marah, dia cakap kalau nak roboh struktur haram kena bagitahu Kerajaan Selangor terlebih dulu. (Sejak bila pula Pihak Berkuasa Tempatan nak roboh struktur haram kena melalui campur tangan orang politik?). Kes 2: (SINIS) Kerajaan Selangor bagi green light terus, tak marah pun! tak ada pun pemimpin PR marah-marah dalam paper, dalam blog (SEAL mulut kemas-kemas). Sit down! Good boy! 4. Kes 1: Pegawai MPAJ kena gantung tugas walau pun telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab selaras Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 6/1979 berkenaan Kesalahan Hutan dan Penerokaan Haram Tanah Kerajaan. The 3 Stooges (Teresa Kok, Ronnie Liu & Dr. Xavier Jayakumar) yang memutuskan penggantungan timbalan. YDP MPAJ, Abdul Hamid Husain. Kes 2: (SINIS) Entah lah…tak tahu lah apa nasib pegawai MDKS tu…maybe kena pecat terus agaknya. Roboh sebuah struktur di Ampang pun dah kena gantung tugas…ini bukan sikit struktur yang dia roboh….2 buah rumah sementara, 22 buah pondok dan tak ketinggalan 2 buah reban ayam. Tu belum masuk tebang pokok kontan 300 orang peneroka tu. http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/12/persamaan-dan-perbezaan-kes-1-dan-kes-2.html wallahu'alam ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality = |
nurkamar ![]() ![]() |
![]() |
Rashdin ![]() ![]() |
![]()
Pada 07-12-08 09:58 , nurkamar posting:
!!! QUOTE !!! Buai laju-laju baik tujukan ini kepada PM dan TPM sekarang. ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln |
wafie ![]() ![]() |
![]()
ya allah makbulkan lah doa-doa saudaraku yang dianiaya ini.moga-moga golongan yang menganiaya akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka...pebuatan baik dan jahat walau sekecil zarah akan di balas oleh allah..
----------------- ![]() |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |