Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 105
Ahli: 0
Jumlah: 105




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Cerpen
Topik: ~Si Kupu Kupu dan Si Semut~


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» ~Si Kupu Kupu dan Si Semut~

Please Mendaftar To Post


Oleh ~Si Kupu Kupu dan Si Semut~

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 01:42


Suatu malam,ketika semut ingin ke kamar,terlihat mata semut si kupu kupu.indah sekali,cantik menari nari didepan mata semut.setiap helaian sayapnya memikat hati si semut.menari nari melebarkan sayapnya,memikat sesiapa yang melihatnya.si semut sedar dirinya hanya semut~semut menyeru si kupu kupu hijau,tapi dia si kupu kupu yang indah,berbeda dengan si semut..tapi sayang..tika dia menari nari dia jatuh.semut lihat sayapnya patah..


semut memandang sayu,lahir dari hatinya perasaan cinta pada si kupu kupu.laksana hebatnya kuasa cinta,si semut lupa dirinya hanya semut.manakan mungkin bersama si kupu kupu,terbang bersama melayang ke tepi langit,menerajau indah pelangi,merasai kesejukan awan dan bersama menikmati embun malam..


dengan perasaan sayu si semut berjalan pulang,kembali ke tempat asalnya,jauh dari keindahan alam,jauh dari langit dan bintang yang hanya sesuai untuk si kupu kupu.tetapi tika kaki semut ingin melangkah meninggalkan si kupu kupu yang terdampar,si kupu kupu memangil si semut.si semut terus melangkah kerna sedar dirinya berbeda dengan si kupu kupu.setiap langkah cukup berat,si kupu kupu terus mengikut si semut dengan susah payah.dengan sayapnya yang patah,dia mengikuti si semut.setiap heretan sayapnya di tanah,cukup membuatkan hati si semut pilu.pilunya hati si semut lantas diangkatnya si kupu kupu.semut memang di lahirkan dengan kekuatan.si kupu kupu dilahirkan dengan kecantikannya.


bersusah payah si semut mengangkat si kupu kupu kembali ke tempat semut.dalam perjalan pulang si semut di ejek,di tertawa oleh sekalian penghuni rimba.sekalian rimba pelik melihat si semut sedang memapah si ratu.tidak layak sekali.si semut kuatkan hati dan semangat membawa si kupu kupu kembali ketempat asalnya.
akhirnya selamat tiba.si semut baringkan si kupu kupu lalu di rawat.di carinya ubat ubatan bagi merawat sayapnya yang patah.

ingin sekali si semut melihat si kupu kupu sembuh,kembali menari nari di bawah cahaya bulan.di carinya ke seluruh rimba ubat ubatan yang terbaik.jauh sekali..setiap peluh di biar mengalir.kerana jauhnya si semut berjalan mencari ubat hingga luka kaki si semut.kerana hebatnya cinta si semut pada si kupu kupu,darah yang terbit di biar mengalir.akhirnya si semut jumpa jua bunga yang mampu merawat sayap si kupu kupu dan juga helaian daun dari pokok yang sama untuk merawat kaki semut yang luka.


tetapi semut tiada daya dan masa.si semut hanya mengambil bunga untuk di bawa pulang.helaian daun terpaksa ditinggalkan kerna si kupu kupu semakin tenat.perjalan pulang semakin dekat,dengan kaki yang mengalirkan darah,dengan peluh yang memercik.si semut sampai jua..


si semut dengan penuh perhatian merawat si kupu kupu~usaha si semut merawat si kupu kupu,menyebabkan si kupu kupu turut jatuh hati pada si semut.si kupu kupu berkata jika sayapnya sembuh akan di bawa semut melihat keindahan langit.si semut berasa gembira,lalu dirawatnya si kupu kupu penuh usaha dan perhatian..dengan kuasa Tuhan si kupu kupu sembuh akhirnya..


si semut menangis tanda gembira hingga semut terlupa dirinya turut sakit akibat mencari bunga bagi menyembuhkan si kupu kupu.
si kupu kupu terbang dan terus menari nari di hadapan si semut.dengan darah yang masih mengalir dari kaki si semut,si semut menyeru hiba,meminta si kupu kupu mengotakan kata katanya.


tapi..si kupu kupu lupa..dia terus menari nari..semakin jauh.jauh dari si semut,dan semakin jauh dari pandangan si semut..si semut ingin mengejar,ingin sekali hati semut mengejar..tapi kaki semut luka berdarah..semakin teruk..tiada daya untuk mengejar..
si semut hiba..si semut baring di atas tempat baringnya si kupu kupu dahulu..meratap sayu,dengan linangan air mata si semut memanggil manggil si kupu kupu..suara si semut cukup sayu..hingga seluruh alam rimba dan angkasa turut menangis lantaran sayunya suara si semut,kerna alam rimba dan angkasa lah yang menyaksikan daya usaha si semut menyelamatkan si kupu kupu..


hari berganti hari..si kupu kupu terus menari nari di bawah cahaya bulan..si semut semakin tenat..darah membasahi pembaringan si semut,tempat bermula si kupu kupu dirawat oleh si semut..


di dalam hati semut tidak meminta si kupu kupu membawanya kelangit,tapi cukuplah si kupu kupu menyapu darah dan peluh yang mengalir tika menyelamatkan si kupu kupu dahulu..cukupla seketika si semut merasa kehangatan sayap indah si kupu kupu memeluk si semut tika semut di ragut nyawanya..si semut memandang bulan..mengharap dapat melihat si kupu kupu menari nari di depan matanya buat kali terakhir...si kupu kupu tiada..hanya cahaya bulan menyirami tubuh si semut tika diragut nyawanya.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 08:18


sedih pula pula teman baca cerita sang semut ni, kasihan semut tu. tetiba teman terpikio 'Pipit dan Enggang mana nak samakan? Enggang terbang tinggi' erm... 'Enggang sama enggang, pipit sama pipit'

dan teman terpikio satu benda lagi, tapi yang melibatkan Kejiwangan pula, teman nak berJIWANG lagi! ni ke yang dinamekan SEPIKRAH dan SEKUFU bagi Warga Ukhwah.com ni.... 'Enggang sama enggang, pipit sama pipit!' 'Enggang dan pipit mana nak samakan? Enggang terbang tinggi!'

p/s

Cabaran teman nak ambil gambar serangge antarenye adalah gambar Kupu2 dan Rama2.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 10:20


amboi shahdunya..:cry::cry:

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 11:16


sedih membaca kisah semut ini.. walaupun tiada akal untuk berfikir tapi masih mempunyai perasaan sayang dan simpati.. hakikatnya hidup di rimba,si kecil dan si lemah selalu menjadi mangsa sang raja yang angkuh..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 12:01


assalamualaikum..
terima kasih kerana sudi membaca hasil nukilan saya yang tak seberapa ini.
nukilan hasil pengalaman hidup dan terdetik menulis apabila satu malam saya melihat se ekor kupu kupu terbang di dalam bilik saya.kupu kupu ini sungguh cantik,warna sayapnya hijau,kuning,hitam.kupu kupu ini jatuh didepan saya.saya masuk ke bilik,tapi kupu kupu ini ikut saya.saya angkat bawa ke tempat yang selamat.tapi masih lagi terkial kial mengikut saya.akhirnya saya letak di sebelah katil saya.saya biarkan saja di situ.bangun pagi sudah tiada.sudah terbang agaknya ^^

Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 12:12


hasil nukilan awak sendiri ke? tahniah,kreatif awak ye.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 17-10-08 12:15


ye saya..
ada cerita di sebalik cerita.

Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 17-10-08 12:40


bayak cerita di sebalik cerita kan...ape22 pun teruskan berkarya...ada bakat tu

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

farfenna
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.10.2008
Ahli No: 35349
Posting: 153
Dari: melaka

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 18-10-08 00:21


malu pulak rasanya org lain baca~^^
terima kasih kerna sudi membaca.

Bookmark and Share

    


  Member Information For farfennaProfil   Hantar PM kepada farfenna   Pergi ke farfenna's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092476 saat. Lajunya....