Oleh |
Bakteria merasa punca kematian 123 pesakit di hospital |
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 16-10-08 04:56
Canberra (Australia)- Sejenis bakteria didapati menjadi penyebab kematian 123 pesakit di beberapa hospital di Victoria dan kini telah menjangkiti lebih 1,600 orang. Bakteria methicillin resistant staphylococcus (merasa) sejenis golden staphylococcus biasanya ditemui di hospital dan kini ia mampu melawan ubat-ubatan yang sedia ada. Bakteria itu tersebar melalui sentuhan antara penghidap dengan pekerja hospital yang tidak membasuh tangan mereka dengan bersih. merasa akan melemahkan sistem ketahanan badan pesakit yang menghidapi kanser, buah pinggang atau penyakit lain cara mendadak. so pada sesiapa yang pernah menjadi pesakit di hospital, menjadi pelawat hospital selalulah basuh tangan....dalam pada itu merasa (Methicillin Resistant Staph aureus) dan VRE (Vancomycin Resistant Enterococci juga merupakan sejenia bakteria yang merbahaya yang telah pun rintang kepada antibiotik yang kuat....  -----------------  MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 16-10-08 05:04
dah penat nak edit perkataan (merasa) tu mewakili  ye kawan-kawan -----------------  MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
imni_1612
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 16-10-08 09:59
terima kasih for the information.. syukran awan_biru85
|
sitishairah
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak
|
Posting pada: 16-10-08 11:27
 wr wbt padanlah lain macam saja nama dia tu..bahaya ye baktreria tu..sangat kuat sampai mampu melawan segala jenis ubat.. Berjaga-jagala kawan-kawan semua ye..rajin-rajinlah membasuh tangan walau di mana saja anda berada..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-10-08 11:27
wah, bakteria ini dah imun dengan segala ubat, mesti kuat
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 16-10-08 11:30
sememangnya kawasan hospital adalah antara tempat yang mempunyai banyak bakteria..sebab tu pengurusan hospital bukanlah dijalankan secara sembarangan..bakteria yang berpuca daripada badan manusia (pesakit) yang mempunyai pelbagai jenis penyakit...maka memang dinasihatkan kepada pelawat atau pekerja atau sesiapa jeq lah yang sewaktu dengannya yang ada berkaitan dengan hospital ni, kebersihan adalah isu utama yang perlu dijaga dan diambilkira... apapun terima kasih kepada awan.. P/S : hmm, teringat semula tentang thread tempat yang banyak bakteria tu, yang dalam kereta tu..mungkinkah hospital merupakan salah satu lagi tempat yang mempunyai kadar bakteria yang tinggi..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-10-08 11:30
Bakteria dan virus boleh disebarkan ibu kepada bayi ketika melahirkannya dan pada minggu pertama kehidupannya. Walaupun banyak daripadanya tidak mengancam kesihatan bayi, ada sesetengahnya boleh menyebabkan masalah serius termasuk membabitkan kematian. Ketika di dalam kandungan, bayi membesar dalam persekitaran yang ‘distenil’, tetapi sebaik saja membran ketuban merekah, mikrob masuk ke dalam persekitaran itu. Ia kemudian mendedahkan bayi kepada bakteria dan virus buat pertama kalinya. Sebaik saja bayi meluncur keluar daripada rahim menerusi pangkal lahir dan masuk ke saluran peranakan, bayi bersalut dengan organisma yang berada di vagina atau kulit ibu. Ini termasuk bakteria yang menyebabkan penyakit kelamin. Cecair tubuh termasuk darah yang melindungi bayi mendedahkan mereka kepada jangkitan seperti HIV atau hepatitis B dan C. Laluan usus bayi akan ‘dijajah’ sebaik saja kelahiran. Dalam beberapa hari, bakteria seperti E-coli, enterococcus dan bifidobacterium muncul pada najisnya. Keadaan ini penting kerana ia membantu menstimulasi perkembangan sistem imun bayi. Bakteria ini datang daripada ibu atau tempat lain dalam persekitaran seperti wad bersalin. Bayi yang lahir menerusi pembedahan tidak melalui saluran peranakan justeru dia lambat terdedah kepada bakteria sebegini. Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi, ketika menyusu atau sewaktu ibu memegang bayi juga menyebabkan banyak bakteria dipindahkan kepada bayi. Sekitar 30 peratus bayi yang baru lahir terdedah kepada bakteria staphylococcus pada minggu pertama kelahirannya, tetapi bakteria pada kulit tidak mengancam kesihatan. Bagaimanapun, kadang kala bayi terdedah kepada bakteria yang bahaya seperti merasa (methicillin resistant staphylococcus aureus) atau streptococcus kumpulan B (GBS). Seorang daripada empat wanita membawa bakteria ini dalam vaginanya walaupun tiada simptom. Kadangkala dia tidak tahu kewujudan bakteria itu. Bayi terdedah kepada bakteria berkenaan ketika sakit hendak bersalin atau ketika dilahirkan. Di United Kingdom, GBS adalah jangkitan mengancam nyawa yang paling biasa di kalangan bayi yang baru lahir. Dipetik dari: Laman Kesihatan-----------------
|
sss_89
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.12.2006 Ahli No: 27711
Posting: 82
Dari: mana-mana saja
|
Posting pada: 16-10-08 12:09
syukran kak awan_biru85.... hmmm... nsib beik kita bsuh tangan tiap-tiap hari ek.... (berwuduk)... =)
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 16-10-08 12:30
hmmm.. kiranya awan.. bakteria ni telah bermutasi menjadi immune terhadap antibiotik..?  bakteria ini terdapat pada pesakit di hospital atau pada pekerja hospital sebelum ia merebak...? apakah simptom2 bakteria ini telah merebak dengan jayanya terhadap mangsanya selain dari rasa lemah2 badan..?
|
hid_uniten
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.09.2005 Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::
|
Posting pada: 16-10-08 15:22
uish..bahaya juga bakteria ni ya..selalu juga pergi klinik kesihatan sebab mama kerja situ..kena bhati2 ni..
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 18-10-08 10:46
Pada 16-10-08 11:30 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Laluan usus bayi akan ‘dijajah’ sebaik saja kelahiran. Dalam beberapa hari, bakteria seperti E-coli, enterococcus dan bifidobacterium muncul pada najisnya. Keadaan ini penting kerana ia membantu menstimulasi perkembangan sistem imun bayi.
Bakteria ini datang daripada ibu atau tempat lain dalam persekitaran seperti wad bersalin. Bayi yang lahir menerusi pembedahan tidak melalui saluran peranakan justeru dia lambat terdedah kepada bakteria sebegini.
kepada awan_biru ataupun P.D ataupun sesiapa sahaja yang boleh menjawab persoalan ni... 1. "bakteria seperti e-coli......" -- maknanya sebelum ia keluar dalam bentuk najis tu, mestilah dia akan masuk dalam sistem badan bayi terlebih dahulu kan?jadi bukankah bakteria seperti ini membahayakan kesihatan?bagaimana pula ia boleh dikatakan menstimulasi sistem imun bayi? 2. adakah bermakna bayi yang lahir menerusi pembedahan lebih baik daripada bayi yang lahir secara peranakan kerana lambatnya terdedah kepada bakteria sebegini?  hid_uniten : bakteria ada yang bahaya, ada yang bermanfaat..
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 21-10-08 10:23
banyak nya soalan...mana team paramedik ukhwah.com ni.....saya tak larat nak jawab semua...  -----------------  MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
kakraihan
Warga Rasmi Menyertai: 20.10.2008 Ahli No: 35485
Posting: 11
Dari: kota bharu
|
Posting pada: 29-10-08 12:50
kak dah pun alami macamana kena bakteria tu pada pembedahan di kaki..ngeri..tempat jangkitan dan alas selimut menjadi hijau macam ada lumut dan kak diasingkan dari pesakit lain selama 2 minggu. 5 hari pertama dok dalam bilik merasa tu, dilapkan seluruh badan 3x sehari walaupun waktu tu jam dah pukul 1 pagi..dahlah bilik tu suhu accondnya..ya Allah...sejuk sangat..semua pelawat, doktor, jururawat , medicare yang nak masuk..diwajibkan pakai sarungtangan, penutup hidung dan baju alas...ish...tak mungkin kak lupakan...
|
sss_89
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.12.2006 Ahli No: 27711
Posting: 82
Dari: mana-mana saja
|
Posting pada: 30-10-08 04:48
a'a mana team medical ukhwah nh.... dah lama tak dengor cerita...
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 06-11-08 01:01
Pada 29-10-08 12:50 , kakraihan posting:!!! QUOTE !!! kak dah pun alami macamana kena bakteria tu pada pembedahan di kaki..ngeri..tempat jangkitan dan alas selimut menjadi hijau macam ada lumut dan kak diasingkan dari pesakit lain selama 2 minggu. 5 hari pertama dok dalam bilik merasa tu, dilapkan seluruh badan 3x sehari walaupun waktu tu jam dah pukul 1 pagi..dahlah bilik tu suhu accondnya..ya Allah...sejuk sangat..semua pelawat, doktor, jururawat , medicare yang nak masuk..diwajibkan pakai sarungtangan, penutup hidung dan baju alas...ish...tak mungkin kak lupakan... harap keadaan kak raihan bertambah baik ye sekarang .... biasanya semua pesakit yang berisiko....seperti 1) diabetes food ulcer, 2)pneumonia(jangkitan pada peparu) 3) patients who have admiitted for >5 day inthe ward 4)patients admitted from other hospital kena ambil ujian darah.......... blood C&S (culture and sensitivity)salah satunya nak kesan Bakteria methicillin resistant staphylococcus aurius ni lah.......hmmm siapa ada info tambahan boleh lah kongsi2....  -----------------  MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
sinnun85
Warga Rasmi Menyertai: 06.12.2007 Ahli No: 31930
Posting: 6
Dari: batu pahat,johor
|
Posting pada: 07-11-08 17:41
bakteria ni memang berbahaya..abang saya mengidap penyakit buah pinggang dan disahkan dijangkiti merasa setelah 2-3 minggu duduk hospital dan menjalani peritoneal dialysis..macam-macam antibiotik dr cuba tapi memang tak berjaya..2 minggu duduk dalam ICU..waktu tu keadaan dia memang teruk sangat..seluruh kulit badan dia menggelupas..seminggu selepas discharge dr icu dia pun pulang ke rahmatullah..
|
smile_roses
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2003 Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 08-11-08 12:08
kiranya ni "nosocomial infection" lah ye? terjadinye macam ni sebab all that microorganism dah resistant pada banyak antibiotik.. rasanya kalau tak silap benda begini jadi sebab immune system patient dah rendah so macam-macam infection boleh berlaku di hospital sebab ramai org sakit then mungkin sebab patient ambik antibiotik so lagi prone.. boleh jugak disebabkn uniform, tangan @ equipments kat hospital tak bersih.. sila betulkan jjika salah ----------------- engkau selalu lupa sedang hatimu tetap lalai padahal umur kian tiada namun dosamu makin bertambah
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 12-12-08 23:47
mawar_tersenyum taknak bantu blue_sky tolong jawab soalan saya ke..?  soalan saya tak berjawab lagi ni...
|
broshahir
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 16.02.2006 Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal
|
Posting pada: 13-12-08 00:42
akhir zaman ni, banyak betul virus/penyakit yang baru ya.. insyaAllah...ada ubatnya... "Setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati" Hukamak
|
azzak
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2007 Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor
|
Posting pada: 13-12-08 00:46
ingatkan bakteria tu yang merasa punca kematian..  terkejut mula-mula..so ingatlah kembali bahagian2 najis yang kita belajar & cara menyucikannya.. & jangan lupa selalu berwudhuk, 5 kali sehari semalam, or lepas/sebelum mandi sentiasa berwudhuk.. or tiap kali buang air, jangan lupa berwudhuk.. yang penting juga kesucian..
|
lie_na
Warga 2 Bintang Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 777
Posting: 55
Dari: DARI PERAK-KUALA LUMPUR
|
Posting pada: 06-02-09 04:19
Pada 18-10-08 10:46 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! Pada 16-10-08 11:30 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Laluan usus bayi akan ‘dijajah’ sebaik saja kelahiran. Dalam beberapa hari, bakteria seperti E-coli, enterococcus dan bifidobacterium muncul pada najisnya. Keadaan ini penting kerana ia membantu menstimulasi perkembangan sistem imun bayi.
Bakteria ini datang daripada ibu atau tempat lain dalam persekitaran seperti wad bersalin. Bayi yang lahir menerusi pembedahan tidak melalui saluran peranakan justeru dia lambat terdedah kepada bakteria sebegini.
kepada awan_biru ataupun P.D ataupun sesiapa sahaja yang boleh menjawab persoalan ni... 1. "bakteria seperti e-coli......" -- maknanya sebelum ia keluar dalam bentuk najis tu, mestilah dia akan masuk dalam sistem badan bayi terlebih dahulu kan?jadi bukankah bakteria seperti ini membahayakan kesihatan?bagaimana pula ia boleh dikatakan menstimulasi sistem imun bayi?
2. adakah bermakna bayi yang lahir menerusi pembedahan lebih baik daripada bayi yang lahir secara peranakan kerana lambatnya terdedah kepada bakteria sebegini?

hid_uniten : bakteria ada yang bahaya, ada yang bermanfaat.. 
Assalamualaikum .... sebenarnya e-coli adalah sejenis bakteria yang memang dah ada dalam sistem usus kita.najis yang keluar kali pertama pun dah ada e-coli.ia tiada kaitan dengan bayi yang lahir biasa atau pembedahan....semua bayi yang baru lahir terdedah dengan jangkitan kerana mereka tiada antibodi jadi susu ibu lah antibodi terbaik di dunia untuk bayi. merasa pula disebabkan daripada 'direct contact' seperti tangan dan barangan,ia juga boleh terbang di udara dan sel-sel kulit mati.....sebab itu cara rawatan selain antibiotik cuci tangan dan pengasingan.biasanya ia cepat menjangkiti luka-luka...kerana kawasan luka adalah lembab. jadi diingatkan kepada semua jika melawat pesakit di hospital jangan duduk di atas katil pesakit atau lantai,makan seperti berkelah cukup saja org sakit yang makan.dan bawa kanak-kanak bawah umur dan bayi. bukan saja merasa,encephalitis,meningeo,macam-macam jenis wabak ada......tapi setiap jenis penyakit ada ubatnya kecuali mati itu janji ALLH SWT......insyaallah..... :-)
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 15-02-09 23:55
!!! QUOTE !!! jadi diingatkan kepada semua jika melawat pesakit di hospital jangan duduk di atas katil pesakit atau lantai,makan seperti berkelah cukup saja org sakit yang makan.dan bawa kanak-kanak bawah umur dan bayi. betul-betul ada sesetengah GH (general hospital) melarang sama sekali kanak-kanak bawah umur 5 tahun masuk wad. Bayi dan kanak-kanak bawah umur pertahanan badan mereka rendah..........mudah sangat dapat jangkitan TOLONG lah jangan bawa masuk wad,,,ada tu saya tengak siap dibaringkan bayi yang 3 bulan di atas katil pesakit......berbuih dah nak cakap......tapi  ........sabar saja lah..... -----------------  MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 17-02-09 02:41
macam baru-baru ni lah kan. kantin hospital kena tutup sebab banyak sangat bakteria jahat. salmonella, a cappella..
|
houri
WARGA SETIA Menyertai: 18.09.2004 Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah
|
Posting pada: 18-02-09 22:38
jangan terkejut. di hospital pun boleh berlaku pencemaran. bukan setakat berpunca daripada pelawat ataupun pekerja di hospital yang tidak menitikberatkan kebersihan tetapi juga boleh berlaku apabila doktor-doktor/pegawai perubatan sendiri yang tidak pandang endah terhadap benda yang dipanggil 'benda kecil' contohnya pakai kasut yang tidak bersih apabila masuk ke ICU, tidak membersihkan tangan dengan sebetulnya sebelum merawat pesakit, menjalankan pembedahan ke atas pesakit, dan sebagainya. tubuh pesakit terutama pesakit selepas menjalani pembedahan terlalu lemah dan tidak berupaya untuk melawan bakteria daripada pencemaran ini. kesimpulan, semua pihak yang berada/ akan ke hospital mestilah menitikberatkan kebersihan. prevention is better than cure. dan kebersihan itu separuh daripada Iman.
|