Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-01-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Seekor ikan di tangan lebih berharga dari dua ekor ikan di kolam
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: Mohr
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43145

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 91
Ahli: 0
Jumlah: 91




  Yang Masuk Ke Sini
Mohr: 7 hari yang lalu
BobbyLaforge: 17 hari yang lalu
sadiqah: 17 hari yang lalu
muslimin23: 30 hari yang lalu
PhoebeGordon: 31 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Bakteria merasa punca kematian 123 pesakit di hospital


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Bakteria merasa punca kematian 123 pesakit di hospital

Please Mendaftar To Post


Oleh Bakteria merasa punca kematian 123 pesakit di hospital

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 04:56


Canberra (Australia)- Sejenis bakteria didapati menjadi penyebab kematian 123 pesakit di beberapa hospital di Victoria dan kini telah menjangkiti lebih 1,600 orang. Bakteria methicillin resistant staphylococcus (merasa) sejenis golden staphylococcus biasanya ditemui di hospital dan kini ia mampu melawan ubat-ubatan yang sedia ada. Bakteria itu tersebar melalui sentuhan antara penghidap dengan pekerja hospital yang tidak membasuh tangan mereka dengan bersih. merasa akan melemahkan sistem ketahanan badan pesakit yang menghidapi kanser, buah pinggang atau penyakit lain cara mendadak.

so pada sesiapa yang pernah menjadi pesakit di hospital, menjadi pelawat hospital selalulah basuh tangan....dalam pada itu
merasa (Methicillin Resistant Staph aureus) dan VRE (Vancomycin Resistant Enterococci juga merupakan sejenia bakteria yang
merbahaya yang telah pun rintang kepada antibiotik yang kuat.... :roll:


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 05:04


dah penat nak edit    perkataan (merasa) tu mewakili
ye kawan-kawan


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 09:59


terima kasih for the information..
syukran awan_biru85:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 11:27


Assalamualaikum wr wbt

padanlah lain macam saja nama dia tu..bahaya ye baktreria tu..sangat kuat sampai mampu melawan segala jenis ubat..

Berjaga-jagala kawan-kawan semua ye..rajin-rajinlah membasuh tangan walau di mana saja anda berada..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 11:27


wah, bakteria ini dah imun dengan segala ubat, mesti kuat

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 16-10-08 11:30


Assalamualaikum
sememangnya kawasan hospital adalah antara tempat yang mempunyai banyak bakteria..sebab tu pengurusan hospital bukanlah dijalankan secara sembarangan..bakteria yang berpuca daripada badan manusia (pesakit) yang mempunyai pelbagai jenis penyakit...maka memang dinasihatkan kepada pelawat atau pekerja atau sesiapa jeq lah yang sewaktu dengannya yang ada berkaitan dengan hospital ni, kebersihan adalah isu utama yang perlu dijaga dan diambilkira...

apapun terima kasih kepada awan..

P/S : hmm, teringat semula tentang thread tempat yang banyak bakteria tu, yang dalam kereta tu..mungkinkah hospital merupakan salah satu lagi tempat yang mempunyai kadar bakteria yang tinggi.. :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 11:30


Bakteria dan virus boleh disebarkan ibu kepada bayi ketika melahirkannya dan pada minggu pertama kehidupannya. Walaupun banyak daripadanya tidak mengancam kesihatan bayi, ada sesetengahnya boleh menyebabkan masalah serius termasuk membabitkan kematian.

Ketika di dalam kandungan, bayi membesar dalam persekitaran yang ‘distenil’, tetapi sebaik saja membran ketuban merekah, mikrob masuk ke dalam persekitaran itu. Ia kemudian mendedahkan bayi kepada bakteria dan virus buat pertama kalinya.

Sebaik saja bayi meluncur keluar daripada rahim menerusi pangkal lahir dan masuk ke saluran peranakan, bayi bersalut dengan organisma yang berada di vagina atau kulit ibu. Ini termasuk bakteria yang menyebabkan penyakit kelamin.

Cecair tubuh termasuk darah yang melindungi bayi mendedahkan mereka kepada jangkitan seperti HIV atau hepatitis B dan C.

Laluan usus bayi akan ‘dijajah’ sebaik saja kelahiran. Dalam beberapa hari, bakteria seperti E-coli, enterococcus dan bifidobacterium muncul pada najisnya. Keadaan ini penting kerana ia membantu menstimulasi perkembangan sistem imun bayi.

Bakteria ini datang daripada ibu atau tempat lain dalam persekitaran seperti wad bersalin. Bayi yang lahir menerusi pembedahan tidak melalui saluran peranakan justeru dia lambat terdedah kepada bakteria sebegini.

Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi, ketika menyusu atau sewaktu ibu memegang bayi juga menyebabkan banyak bakteria dipindahkan kepada bayi. Sekitar 30 peratus bayi yang baru lahir terdedah kepada bakteria staphylococcus pada minggu pertama kelahirannya, tetapi bakteria pada kulit tidak mengancam kesihatan.

Bagaimanapun, kadang kala bayi terdedah kepada bakteria yang bahaya seperti merasa (methicillin resistant staphylococcus aureus) atau streptococcus kumpulan B (GBS).

Seorang daripada empat wanita membawa bakteria ini dalam vaginanya walaupun tiada simptom. Kadangkala dia tidak tahu kewujudan bakteria itu. Bayi terdedah kepada bakteria berkenaan ketika sakit hendak bersalin atau ketika dilahirkan. Di United Kingdom, GBS adalah jangkitan mengancam nyawa yang paling biasa di kalangan bayi yang baru lahir.

Dipetik dari: Laman Kesihatan


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

sss_89
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.12.2006
Ahli No: 27711
Posting: 82
Dari: mana-mana saja

Kelantan  


posticon Posting pada: 16-10-08 12:09


syukran kak awan_biru85.... hmmm...
nsib beik kita bsuh tangan tiap-tiap hari ek.... (berwuduk)...
=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For sss_89Profil   Hantar PM kepada sss_89   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 12:30


hmmm.. kiranya awan..
bakteria ni telah bermutasi menjadi immune terhadap antibiotik..?:berfikir:

bakteria ini terdapat pada pesakit di hospital atau pada pekerja hospital sebelum ia merebak...?
apakah simptom2 bakteria ini telah merebak dengan jayanya terhadap mangsanya selain dari rasa lemah2 badan..?:berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

hid_uniten
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.09.2005
Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-10-08 15:22


uish..bahaya juga bakteria ni ya..selalu juga pergi klinik kesihatan sebab mama kerja situ..kena bhati2 ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hid_unitenProfil   Hantar PM kepada hid_uniten   Pergi ke hid_uniten's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 18-10-08 10:46


Pada 16-10-08 11:30 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!


Laluan usus bayi akan ‘dijajah’ sebaik saja kelahiran. Dalam beberapa hari, bakteria seperti E-coli, enterococcus dan bifidobacterium muncul pada najisnya. Keadaan ini penting kerana ia membantu menstimulasi perkembangan sistem imun bayi.

Bakteria ini datang daripada ibu atau tempat lain dalam persekitaran seperti wad bersalin. Bayi yang lahir menerusi pembedahan tidak melalui saluran peranakan justeru dia lambat terdedah kepada bakteria sebegini.


Assalamualaikum
kepada awan_biru ataupun P.D ataupun sesiapa sahaja yang boleh menjawab persoalan ni...
1. "bakteria seperti e-coli......" -- maknanya sebelum ia keluar dalam bentuk najis tu, mestilah dia akan masuk dalam sistem badan bayi terlebih dahulu kan?jadi bukankah bakteria seperti ini membahayakan kesihatan?bagaimana pula ia boleh dikatakan menstimulasi sistem imun bayi?

2. adakah bermakna bayi yang lahir menerusi pembedahan lebih baik daripada bayi yang lahir secara peranakan kerana lambatnya terdedah kepada bakteria sebegini?

:berfikir:

hid_uniten : bakteria ada yang bahaya, ada yang bermanfaat.. ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-10-08 10:23


banyak nya soalan...mana team paramedik ukhwah.com ni.....saya tak larat nak jawab semua... :-o


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

kakraihan
Warga Rasmi
Menyertai: 20.10.2008
Ahli No: 35485
Posting: 11
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-10-08 12:50


kak dah pun alami macamana kena bakteria tu pada pembedahan di kaki..ngeri..tempat jangkitan dan alas selimut menjadi hijau macam ada lumut dan kak diasingkan dari pesakit lain selama 2 minggu. 5 hari pertama dok dalam bilik merasa tu, dilapkan seluruh badan 3x sehari walaupun waktu tu jam dah pukul 1 pagi..dahlah bilik tu suhu accondnya..ya Allah...sejuk sangat..semua pelawat, doktor, jururawat , medicare yang nak masuk..diwajibkan pakai sarungtangan, penutup hidung dan baju alas...ish...tak mungkin kak lupakan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kakraihanProfil   Hantar PM kepada kakraihan   Pergi ke kakraihan's Website   Quote dan BalasQuote

sss_89
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.12.2006
Ahli No: 27711
Posting: 82
Dari: mana-mana saja

Kelantan  


posticon Posting pada: 30-10-08 04:48


a'a mana team medical ukhwah nh.... dah lama tak dengor cerita...

Bookmark and Share

    


  Member Information For sss_89Profil   Hantar PM kepada sss_89   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-11-08 01:01


Pada 29-10-08 12:50 , kakraihan posting:

!!! QUOTE !!!

kak dah pun alami macamana kena bakteria tu pada pembedahan di kaki..ngeri..tempat jangkitan dan alas selimut menjadi hijau macam ada lumut dan kak diasingkan dari pesakit lain selama 2 minggu. 5 hari pertama dok dalam bilik merasa tu, dilapkan seluruh badan 3x sehari walaupun waktu tu jam dah pukul 1 pagi..dahlah bilik tu suhu accondnya..ya Allah...sejuk sangat..semua pelawat, doktor, jururawat , medicare yang nak masuk..diwajibkan pakai sarungtangan, penutup hidung dan baju alas...ish...tak mungkin kak lupakan...


harap keadaan kak raihan bertambah baik ye sekarang .... biasanya semua pesakit yang berisiko....seperti
1) diabetes food ulcer,
2)pneumonia(jangkitan pada peparu)
3) patients who have admiitted for >5 day inthe ward
4)patients admitted from other hospital

kena ambil ujian darah.......... blood C&S (culture and sensitivity)salah satunya nak kesan Bakteria methicillin resistant staphylococcus aurius ni lah.......hmmm siapa ada info tambahan boleh lah kongsi2.... :-)


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

sinnun85
Warga Rasmi
Menyertai: 06.12.2007
Ahli No: 31930
Posting: 6
Dari: batu pahat,johor

Johor  


posticon Posting pada: 07-11-08 17:41


bakteria ni memang berbahaya..abang saya mengidap penyakit buah pinggang dan disahkan dijangkiti merasa setelah 2-3 minggu duduk hospital dan menjalani peritoneal dialysis..macam-macam antibiotik dr cuba tapi memang tak berjaya..2 minggu duduk dalam ICU..waktu tu keadaan dia memang teruk sangat..seluruh kulit badan dia menggelupas..seminggu selepas discharge dr icu dia pun pulang ke rahmatullah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sinnun85Profil   Hantar PM kepada sinnun85   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 08-11-08 12:08


kiranya ni "nosocomial infection" lah ye?
terjadinye macam ni sebab all that microorganism dah resistant pada banyak antibiotik..
rasanya kalau tak silap benda begini jadi sebab immune system patient dah rendah so macam-macam infection boleh berlaku di hospital sebab ramai org sakit
then mungkin sebab patient ambik antibiotik so lagi prone..
boleh jugak disebabkn uniform, tangan @ equipments kat hospital tak bersih..


sila betulkan jjika salah


-----------------
engkau selalu lupa
sedang hatimu tetap lalai
padahal umur kian tiada
namun dosamu makin bertambah


Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 12-12-08 23:47


Assalamualaikum
mawar_tersenyum taknak bantu blue_sky tolong jawab soalan saya ke..? :-D soalan saya tak berjawab lagi ni... :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 13-12-08 00:42


akhir zaman ni, banyak betul virus/penyakit yang baru ya..
insyaAllah...ada ubatnya...
"Setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati" Hukamak

Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 13-12-08 00:46


ingatkan bakteria tu yang merasa punca kematian.. :-D

terkejut mula-mula..so ingatlah kembali bahagian2 najis yang kita belajar & cara menyucikannya..

& jangan lupa selalu berwudhuk, 5 kali sehari semalam, or lepas/sebelum mandi sentiasa berwudhuk.. or tiap kali buang air, jangan lupa berwudhuk..

yang penting juga kesucian..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

lie_na
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 777
Posting: 55
Dari: DARI PERAK-KUALA LUMPUR

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-02-09 04:19


Pada 18-10-08 10:46 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 16-10-08 11:30 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!


Laluan usus bayi akan ‘dijajah’ sebaik saja kelahiran. Dalam beberapa hari, bakteria seperti E-coli, enterococcus dan bifidobacterium muncul pada najisnya. Keadaan ini penting kerana ia membantu menstimulasi perkembangan sistem imun bayi.

Bakteria ini datang daripada ibu atau tempat lain dalam persekitaran seperti wad bersalin. Bayi yang lahir menerusi pembedahan tidak melalui saluran peranakan justeru dia lambat terdedah kepada bakteria sebegini.


Assalamualaikum
kepada awan_biru ataupun P.D ataupun sesiapa sahaja yang boleh menjawab persoalan ni...
1. "bakteria seperti e-coli......" -- maknanya sebelum ia keluar dalam bentuk najis tu, mestilah dia akan masuk dalam sistem badan bayi terlebih dahulu kan?jadi bukankah bakteria seperti ini membahayakan kesihatan?bagaimana pula ia boleh dikatakan menstimulasi sistem imun bayi?

2. adakah bermakna bayi yang lahir menerusi pembedahan lebih baik daripada bayi yang lahir secara peranakan kerana lambatnya terdedah kepada bakteria sebegini?

:berfikir:

hid_uniten : bakteria ada yang bahaya, ada yang bermanfaat.. ;-)



Assalamualaikum ....

sebenarnya e-coli adalah sejenis bakteria yang memang dah ada dalam sistem usus kita.najis yang keluar kali pertama pun dah ada e-coli.ia tiada kaitan dengan bayi yang lahir biasa atau pembedahan....semua bayi yang baru lahir terdedah dengan jangkitan kerana mereka tiada antibodi jadi susu ibu lah antibodi terbaik di dunia untuk bayi.
merasa pula disebabkan daripada 'direct contact' seperti tangan dan barangan,ia juga boleh terbang di udara dan sel-sel kulit mati.....sebab itu cara rawatan selain antibiotik cuci tangan dan pengasingan.biasanya ia cepat menjangkiti luka-luka...kerana kawasan luka adalah lembab.
jadi diingatkan kepada semua jika melawat pesakit di hospital jangan duduk di atas katil pesakit atau lantai,makan seperti berkelah cukup saja org sakit yang makan.dan bawa kanak-kanak bawah umur dan bayi.
bukan saja merasa,encephalitis,meningeo,macam-macam jenis wabak ada......tapi setiap jenis penyakit ada ubatnya kecuali mati itu janji ALLH SWT......insyaallah..... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For lie_naProfil   Hantar PM kepada lie_na   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 15-02-09 23:55


!!! QUOTE !!!

jadi diingatkan kepada semua jika melawat pesakit di hospital jangan duduk di atas katil pesakit atau lantai,makan seperti berkelah cukup saja org sakit yang makan.dan bawa kanak-kanak bawah umur dan bayi.


betul-betul ada sesetengah GH (general hospital) melarang sama sekali kanak-kanak bawah umur 5 tahun masuk wad. Bayi dan kanak-kanak bawah umur pertahanan badan mereka rendah..........mudah sangat dapat jangkitan TOLONG lah jangan bawa masuk wad,,,ada tu saya tengak siap dibaringkan bayi yang 3 bulan di atas katil pesakit......berbuih dah nak cakap......tapi :jangan: ........sabar saja lah.....


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

alifmimyanun
WARGA SETIA
Menyertai: 19.06.2003
Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak

Johor  


posticon Posting pada: 17-02-09 02:41


macam baru-baru ni lah kan. kantin hospital kena tutup sebab banyak sangat bakteria jahat. salmonella, a cappella..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

houri
WARGA SETIA
Menyertai: 18.09.2004
Ahli No: 11224
Posting: 594
Dari: bumi Allah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-02-09 22:38


jangan terkejut.
di hospital pun boleh berlaku pencemaran.
bukan setakat berpunca daripada pelawat ataupun pekerja di hospital yang tidak menitikberatkan kebersihan tetapi juga boleh berlaku apabila doktor-doktor/pegawai perubatan sendiri yang tidak pandang endah terhadap benda yang dipanggil 'benda kecil' contohnya pakai kasut yang tidak bersih apabila masuk ke ICU, tidak membersihkan tangan dengan sebetulnya sebelum merawat pesakit, menjalankan pembedahan ke atas pesakit, dan sebagainya.
tubuh pesakit terutama pesakit selepas menjalani pembedahan terlalu lemah dan tidak berupaya untuk melawan bakteria daripada pencemaran ini.
kesimpulan, semua pihak yang berada/ akan ke hospital mestilah menitikberatkan kebersihan.
prevention is better than cure.
dan kebersihan itu separuh daripada Iman.

Bookmark and Share

    


  Member Information For houriProfil   Hantar PM kepada houri   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.302652 saat. Lajunya....