Oleh |
mudahnya sayang... |
muslimah89
Warga 2 Bintang Menyertai: 16.12.2005 Ahli No: 21194
Posting: 42
Dari: a.keroh, melaka
|
Posting pada: 14-10-08 21:08
assalamualaikum... mudahnya sayang untuk dilafazkan tapi bagaimana kita nak tahu bahawa apa saudara/i; dilafazkan itu benar-benar dari hati sanubarinya? ----------------- Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui
|
unanjaga
Warga 4 Bintang Menyertai: 18.08.2008 Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor
|
Posting pada: 14-10-08 21:12
Sayang yang diucap secara jujur itu ada pengertian nya sendiri,ia lahir dari lubuk hati yang cukup mengerti terhadap makna sayang itu sendiri,dari segi dasar nya kebenaran sayang itu hanya dapat kita lihat dan persaksikan bilamana orang yang membuat ucapan itu punya tanggung jawab dalam apa jua tingkah laku nya. sedikit info tentang minyak kelapa dara(baik untuk kesihatan) http://www.bio-asli.com/bioasli/bioasli.asp?id=sunan
|
wafa_mawaddah
WARGA SETIA Menyertai: 10.10.2003 Ahli No: 4175
Posting: 845
Dari: mardhatillah
|
Posting pada: 14-10-08 23:03
sayang yang dilafaz mungkin tak sehebat sayang yang ditunjukkan... tak semua orang mudah melafazkan sayang.. ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORDS!! so,berhati-hati juga dengan kata-kata manis yang dilafaz...kerana kadang-kadang manis itu akan menjadi pahit...ia akan selamanya manis jika ikhlas keranaNYA...
|
sitishairah
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak
|
Posting pada: 14-10-08 23:29
Pada 14-10-08 23:03 , wafa_mawaddah posting:!!! QUOTE !!! sayang yang dilafaz mungkin tak sehebat sayang yang ditunjukkan... tak semua orang mudah melafazkan sayang..
ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORDS!!
so,berhati-hati juga dengan kata-kata manis yang dilafaz...kerana kadang-kadang manis itu akan menjadi pahit...ia akan selamanya manis jika ikhlas keranaNYA... betul-betul..memang mudah sangat lafazkan sayang tu..kadang-kadang baru kenal dah pandai nak bersayang2.. jangan mudah percaya..tapi ada org kata..sayang as a friend..apa salah kan..memang kita kena berkasih sayang sesama insan pun kan? selalunya org mudah salah tafsir dengan word sayang tu..apa-apa pun masing-masing boleh menilai... -----------------
|
swordofdeen
WARGA SETIA Menyertai: 11.06.2003 Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth
|
Posting pada: 14-10-08 23:58
Pada 14-10-08 21:08 , muslimah89 posting:!!! QUOTE !!! tapi bagaimana kita nak tahu bahawa apa saudara/i; dilafazkan itu benar-benar dari hati sanubarinya?
Payah tu..kena ada kasyaf ke? Kalau nak tengok contoh sayang yang tak perlu dilafazkan..senang saja.. Cuba tengok macam mana ibu yang mengandung jaga kandungannya Cuba tengok macam mana ayah yang sibuk bekerja buruh nak cari duit untuk bagi anak-anaknya makan dan banyak lagi Yang kita duduk asyik tengok pulak, macam mana boypren duduk berdating dengan aweknya, macam mana aweknya duduk bagi hadiah kat boprennya Kalau macam tu susahlah nak faham Allahu'alam
|
nurzakiah
Warga Rasmi Menyertai: 06.10.2008 Ahli No: 35252
Posting: 13
Dari: terengganu
|
Posting pada: 16-10-08 10:50
perkataan sayang memang mudah diucapkan tapi kita perlu membezakan antara yang palsu @pun yang betul..sesungguhnya cinta yang paling mulia ialah cinta kepada ALLAH, RASUL serta IBU BAPA.,..
|
bintanghati2008
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan
|
Posting pada: 16-10-08 11:40
 perkataan sayang memang mudah di lafazkan terutama kepada orang yang kita sayang.... setakat melafazkannya sahaja tidak cukup.. perlu disetakan dengan tindakkan seperti mengambil berat diri si dia, menjaga hati dan perasaan...macam-macam lagi lah... cuma bergantung pada diri sendiri
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 16-10-08 11:47
By: bintanghati2008!!! QUOTE !!! setakat melafazkannya sahaja tidak cukup.. perlu disetakan dengan tindakkan seperti mengambil berat diri si dia, menjaga hati dan perasaan...macam-macam lagi lah...
Ye ke? Ambil berat? Buat macam mana? p/s: Got the license from MT to fulfill the jiwang topic. So, why hesitate to so called "meriahkan"? Daeng, TT... Come here... Reason: Fikrah lain-lain... Okay. I try it.
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 16-10-08 12:57
Erm .. setuju dengan topik muslimah89, kadang-kadang confused .. 2 me, kalau nak tengok org tu ikhlas pada kita @ tak, dia send proposal lah 2 our lovely family..  tapi banyak lagi aspek lain kita nak tengok .. dalam berkasih sayang ni, banyak perkara perlu diambil kira. memang mudah org cakap yang dia suka @ sayang pada kita but the truth is .....??? Hm, i don't know yang but to me, kalau seseorang tu bagitahu 'Saya sayang awak' pada Wawa .. Wawa susah sangat nak prcaya.. Terlampau susah.. selagi dia tak brbaik dengan family Wawa, selagi tu lah hubungan yang dibina tu atas dasar kawan biasa saja, Setakat sayang pada kita tapi tak sedia nak pikul tanggungjawab, susah senang ETC buat apa kan??  Terimalah seseorang itu seadanya..bukan kerana apa yang dia ada ... P/S : kadang-kadang, dengan renungan seseorang kita dah boleh rasa yang ...ada chemistry btween each other..
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 16-10-08 13:08
yelah...kena ubah fikrah..bagi memuaskan hati semua pihak...tapi, saya sangat berharap agar kita dapat melihatnya dari sudut positif... wahai muslimah89 yang disayangi...jika saya berkata macam tu, agaknya apa perasaan awak eh..  yang jenih˛ ayat keluar macam ni ke yang awak tanyakan..yang aawak concernkan?yang awak libang-libukan?yang jenih bukan datang dari seorang mahram?dari seorang yang jenis lawan kita?tu ke yang awak nak tahu...? saya suka dengan pendapat sword..(memang best dia ni  ) memang sukar kita nak memahamkan fitrah sayang dan kasih ni andainya kita hanya melihat dari konsep yang tu jeq..orang kata pandangan satu sudut jeq, pulak tu konsepnya salah dari segi syariat...sedang dalam matematik pun ada banyak jenis sudut, sudut tirus, sudut cakah, sudut refleks...hmm... sambung kendian..
|
NurArisha
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.03.2005 Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL
|
Posting pada: 16-10-08 13:39
pada pendapat saya, amat penting kita berhati-hati dengan kata-kata manis..sebab berkata-kata ni mudah sahaja bagi orang yang pandai.. ada banyak jenis manusia dalam dunia ni..ada yang berselindung dan ada yang berterus terang.. dunia zaman ini terlalu menakutkan sebab ramai manusia ambil kesempatan dengan kata-kata manis sama ada tujuan suka-suka atau sebaliknya tak tahula.. nak tahu ikhlas ke tak tu, bagi saya perlukan masa..pertimbangan kita masa kita kenal sebulan dua dengan dah setahun lebih tu berbeza. kita kena pandai atasi keadaan.., nilaikan dengan baik setiap kata-katanya, jika dia orangnya jujur dan tidak mungkir, jadi ikhlas lah..tapi kalau jenis banyak bagi alasan tu, tak ikhlaslah.. nak tahu jujur tu sebenarnya pada hati kita juga..kalau kita seorang selalu berdoa minta petunjukNya, insyaAllah petunjuk akan datang juga.. kalau org tu tak jujur, tak lama kita boleh detect, manusia ni banyak kelemahan..sampai bila nak menipu.. pendapat sahaja..
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 16-10-08 13:43
By: NurArisha!!! QUOTE !!! nak tahu ikhlas ke tak tu, bagi saya perlukan masa..pertimbangan kita masa kita kenal sebulan dua dengan dah setahun lebih tu berbeza. kita kena pandai atasi keadaan.., nilaikan dengan baik setiap kata-katanya
Kenal... Sebulan? Dua bulan... Dan saudari nyatakan... setahun lebih dan nilai setiap kata-katanya dengan baik? HURRMM... Kira datinglah yeer? Daeng, TT... Come here - Reason : Fikrah berbeza... Try it? HHUURRMM...
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 16-10-08 13:56
sayang, love ni konsep universal.. as a muslim dan dalam skop antara gender ni kalau sayang ..takkan beri makna kalau 1 Tak realistik...asyik fantasy saja.. 3 tak ada usaha-usaha yang bersungguh-sungguh meralisasikan sayang tu kearah jalan perkahwinan dan sebagainya. 3. Kalau sayang sila bawa orang yang disayang kejalan yang lurus dan benar..bukan jalan yang sesat dan mungkar(ni banyak yang berlaku). 4. Kurang kan kata-kata mmanis lebihkan perbuatan yang manis dimata keluarga dan agama. inilah interpritasi makna sayang yang betul pada pandangan saya, bukan sekadar outing bersama ,tengok wayang , sms dan bergayut dengan telefon yang sahaja. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
NurArisha
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.03.2005 Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL
|
Posting pada: 16-10-08 14:07
Pada 16-10-08 13:43 , owl_UM posting:!!! QUOTE !!! By: NurArisha
!!! QUOTE !!! nak tahu ikhlas ke tak tu, bagi saya perlukan masa..pertimbangan kita masa kita kenal sebulan dua dengan dah setahun lebih tu berbeza. kita kena pandai atasi keadaan.., nilaikan dengan baik setiap kata-katanya
Kenal... Sebulan? Dua bulan... Dan saudari nyatakan... setahun lebih dan nilai setiap kata-katanya dengan baik? HURRMM... Kira datinglah yeer? Saya tak maksudkan dating..nak nilai org bukan kena dating..kan srkg ni topik pasal kata-kata manis..jangan salah tafsir pula.. tempoh masa kenal tu penting untuk menilai seseorang..sebab kalau tempoh pendek org pandai berlakon, kalau dah lama kenal..larat ke nak berlakon lama-lama.. kata-kata ni wujud tak semesti jumpa, dalam tulisan mesej, forum ke pun, dan dalam telefon pun ada kata-kata juga..(just nak buat pembetulan ----------------- Assalalualaikum.. Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 16-10-08 15:18
sambung... bagi saya, nak tengok ikhlas ke tak bukanlah pada jarak masa yang diambil...setahun ke lapan puluh tahun ke tak melambangkan pun sifat sayang yang sebenar (seperti yang kita bincangkan tadi, ni kasih sayang antara yang bukan mahram)...for me, kali ni nak syadid sikit...berapa ramai yang couple bertahun tahun akhirnya berpisah tanpa berkahwin, atau berapa ramai yang dah berkasihhhh sayanggggg bertahun tahun, dalam perkahwinannya menghadapi pelbagai masalah sampai ada ke tahap bercerai.... bagi saya, saya masih mengekalkan persetujuan terhadap kata˛ swordofdeen...nak tengok bagaimana kasih sayang itu, kesimpulan yang mampu saya buat, ia tetaplah di bawah naungan syariat..bila saya kata syariat, jangan cuba cuba nak kata nak kenal lah itu ini lah persefahaman lah...when you comes to your basic..your foundation, iaitu agama...anda akan mendapati bahawa segala perkara yang bertentangan dengannya bukanlah kasih mahupun sayang, tapi ia adalah nafsu!jadi tak timbul soal lama atau sekejap.. seorang yang betul˛ berkasih sayang meletakkan agama sebagai asas tertingginya... apa yang dilarang oleh Allah tidak pernah dicubanya, malah dijauhinya, dan tidak pula dipersoalkan Kenapa dan mengapa ia termaktub sebegitu..tidak pula dia cuba untuk meng'harmoni'kannya dengan sesuatu yang bukan syarak dan syariat... apa yang disuruh oleh Allah sentiasa cuba untuk diaplikasikannya..sunnah Rasul diikuti..ibubapa tidak dibelakangi..adab ditelusuri.. seorang yang betul˛ berkasih sayang, andai ia datang dari dua orang yang bukan mahram..ia dipercepatkan menjadi hubungan yang halal dan Islami, dia tidak membiarkan pasangannya tenggelam lemas dalam arus perkasihsayangan yang tidak pasti, dia menjauhi hubungan yang merosakkan hati, tindakannya lebih daripada sekadar kata-kata semata..kerana kata-kata tidak menggambarkan sebenarnya isi hati, dalam keadaan kita mengetahui bahawa hati mempunyai salah satu daripada dua raja yang berkuasa iaitu aqal yang dipandu wahyu atau nafsu yang dipandu syaitan... dan yang paling mudah, ikutlah fatwa hati..kerana hati (jiwa) dicipta dari kejernihan..ia pasti gelisah dengan dosa dan pasti tenang dengan pahala... hmm...apa yang saya karang ni..harap˛ memberi gambaran bagaimana kita nak tahu itulah kasih sayang yang sebenar...
|
KIKO
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.02.2005 Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...
|
Posting pada: 16-10-08 16:45
KAWIN FIRST BARU lah BERKASIH2 SAYA SOKONG!!!
|
Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.06.2006 Ahli No: 24825
Posting: 335
|
Posting pada: 16-10-08 17:23
if dia mudah melafazkan sayang pada kita.. tak mustahil, mudah juga dia melafazkan sayang pada orang lain.. dan tak mustahil mudah juga dia meninggalkan kita.. hmm..
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 16-10-08 17:26
Pada 16-10-08 17:23 , Putri_Cahaya posting:!!! QUOTE !!! if dia mudah melafazkan sayang pada kita.. tak mustahil, mudah juga dia melafazkan sayang pada orang lain.. dan tak mustahil mudah juga dia meninggalkan kita.. hmm.. Yee kee? Pernah mengalaminya ke? Awak pernah lafazkan sayang pada siapa? Daeng, TT... Come here join this topic- Reason : Fikrah berbeza... Already got the licence laahh to Jiwang Topic... Try it? HHUURRMM...
|
NurArisha
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.03.2005 Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL
|
Posting pada: 17-10-08 09:44
memang betul tempoh masa sahaja bukanlah peranan penting untuk kenali hati budi..tetapi pengisian yang ada dalam tempoh itu..itulah yang sebenarnya.. dalam tempoh itu baru kita kenal org itu dr segi agamanya, peribadinya, sosialnya, dan macam-macam lagi penilaian..
|
KIKO
Warga 4 Bintang Menyertai: 03.02.2005 Ahli No: 14072
Posting: 251
Dari: Kota Kinabalu Sabah...
|
Posting pada: 17-12-08 15:34
if dia mudah melafazkan sayang pada kita.. tak mustahil, mudah juga dia melafazkan sayang pada orang lain.. dan tak mustahil mudah juga dia meninggalkan kita.. hmm.. Cinta monyet saja lr yang macam tu,)tapi Kalau yang sudah kawin aku rasa tak dia cuma ada seorang saja permaisuri hati.
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 17-12-08 15:49
kat dunia ni ..semua perkara harus dibuktikan ..termasuk perkara sayang ni....kalau cik muslimah 99 nak tau dia sayang kat cik atau tak please minta proof... itu saja... ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
adieq85
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.08.2008 Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi
|
Posting pada: 17-12-08 16:46
sayang yang lahir dari hati sanubarinya bila dia tak kerap melafazkan..nak dengar dia cakap sayang pun kadang kala susah..tu baru betul sayang..kalau dah setiap hari sebut sayang saja,,kadang hanya mainan saja..bila dia ikhlas, memang jarang dia sebut..
|
nithtah_hujannah
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.08.2008 Ahli No: 34427
Posting: 89
Dari: perak
|
Posting pada: 18-12-08 17:02
Pada 17-12-08 16:46 , adieq85 posting:!!! QUOTE !!! sayang yang lahir dari hati sanubarinya bila dia tak kerap melafazkan..nak dengar dia cakap sayang pun kadang kala susah..tu baru betul sayang..kalau dah setiap hari sebut sayang saja,,kadang hanya mainan saja..bila dia ikhlas, memang jarang dia sebut.. betul-betul... nak tahu dia syang kan kita kan.. apabila dia sanggup lakukan pengorbanan bukan untuk kita.. tapi kerana Allah.. dan cepat-cepat mengikat kita dengan ikatan yang sah... bercinta selepas nikah lagi indah dari yang belum nikah segalanya diredhai.. aminn...  p/s= teringat sewaktu majlis akad nikah kakak di masjid bulan lepas.. apabila abang ipar melafaskan saja akadnya.. terasa sesuatu pula masa tu.. rasa nak menitis air mata.. mana taknya.. ikatan yang suci dan pastinya Allah memberkati terasa indah sangat waktu tu walaupun bukan kita yang menikah...huhu org yang dinikahi tu apakan lagi... huuhu semoga Allah merahmati pernikahan kakakku (Nurmahani) semoga dilimpahi kebahagiaan dan kemakmuran buat semua..Aminnn
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 20-12-08 10:39
aslmkm.. rasa sayang yang diucapkan...hhmm.. kalau lelaki sayang terhadap wanita...mesti ada buktinya..jaga ia dari berbuat dosa...kalau kita dekati dia, sedangkan dia bukan muhrim kita..,maka tu tak sayang...kalau sentuh ia..,maka itu xsayang... apa pun yang kita lafazkan..,kalau ia bersumber dari hati..maka ia akan masuk kehati juga..tapi jika hanya lafaz dimulut saja..,maka hanya akan masuk k telinga saja...
|
simi
Warga 3 Bintang Menyertai: 16.08.2008 Ahli No: 34474
Posting: 119
Dari: bumi ciptaan Ilahi
|
Posting pada: 23-12-08 16:15
Pada 16-10-08 15:18 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! sambung...
bagi saya, nak tengok ikhlas ke tak bukanlah pada jarak masa yang diambil...setahun ke lapan puluh tahun ke tak melambangkan pun sifat sayang yang sebenar (seperti yang kita bincangkan tadi, ni kasih sayang antara yang bukan mahram)...for me, kali ni nak syadid sikit...berapa ramai yang couple bertahun tahun akhirnya berpisah tanpa berkahwin, atau berapa ramai yang dah berkasihhhh sayanggggg bertahun tahun, dalam perkahwinannya menghadapi pelbagai masalah sampai ada ke tahap bercerai....
bagi saya, saya masih mengekalkan persetujuan terhadap kata˛ swordofdeen...nak tengok bagaimana kasih sayang itu, kesimpulan yang mampu saya buat, ia tetaplah di bawah naungan syariat..bila saya kata syariat, jangan cuba cuba nak kata nak kenal lah itu ini lah persefahaman lah...when you comes to your basic..your foundation, iaitu agama...anda akan mendapati bahawa segala perkara yang bertentangan dengannya bukanlah kasih mahupun sayang, tapi ia adalah nafsu!jadi tak timbul soal lama atau sekejap..
seorang yang betul˛ berkasih sayang meletakkan agama sebagai asas tertingginya... apa yang dilarang oleh Allah tidak pernah dicubanya, malah dijauhinya, dan tidak pula dipersoalkan Kenapa dan mengapa ia termaktub sebegitu..tidak pula dia cuba untuk meng'harmoni'kannya dengan sesuatu yang bukan syarak dan syariat... apa yang disuruh oleh Allah sentiasa cuba untuk diaplikasikannya..sunnah Rasul diikuti..ibubapa tidak dibelakangi..adab ditelusuri..
seorang yang betul˛ berkasih sayang, andai ia datang dari dua orang yang bukan mahram..ia dipercepatkan menjadi hubungan yang halal dan Islami, dia tidak membiarkan pasangannya tenggelam lemas dalam arus perkasihsayangan yang tidak pasti, dia menjauhi hubungan yang merosakkan hati, tindakannya lebih daripada sekadar kata-kata semata..kerana kata-kata tidak menggambarkan sebenarnya isi hati, dalam keadaan kita mengetahui bahawa hati mempunyai salah satu daripada dua raja yang berkuasa iaitu aqal yang dipandu wahyu atau nafsu yang dipandu syaitan...
dan yang paling mudah, ikutlah fatwa hati..kerana hati (jiwa) dicipta dari kejernihan..ia pasti gelisah dengan dosa dan pasti tenang dengan pahala...
hmm...apa yang saya karang ni..harap˛ memberi gambaran bagaimana kita nak tahu itulah kasih sayang yang sebenar...
Salam.. Ana faham sikit-sikit ap yang anta tulis But Kalau brcnta tak menggmbrkn sikap sebenar, bagaimna pula dengan brkawan? Adakah dengan berkawan juga tak mggmbrkan sikap yang sebenar?
|
miss_pedusi
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.02.2009 Ahli No: 37102
Posting: 74
Dari: putrajaya
|
Posting pada: 18-02-09 13:41
Pada 16-10-08 16:45 , KIKO posting:!!! QUOTE !!! KAWIN FIRST BARU lah BERKASIH2 SAYA SOKONG!!! saya juga sokong! 200%!!! ----------------- kita mahukan hari yang cerah. hakikatnya Tuhan tahu hujan perlu diturunkan. ...Tuhan lebih mengetahui bahawa kesusahan itulah yang mengajar erti
|
mulukhiyyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.08.2008 Ahli No: 34681
Posting: 82
|
Posting pada: 18-02-09 13:53
...jangan mudah melafazkan sayang andai kita tak dapat menzahirkannya dalam tingkah laku....chewahhhhh,..
|
ANSHU
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.01.2009 Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak
|
Posting pada: 18-02-09 14:34
Pada 20-12-08 10:39 , Mulya posting:!!! QUOTE !!!
apa pun yang kita lafazkan..,kalau ia bersumber dari hati..maka ia akan masuk kehati juga..tapi jika hanya lafaz dimulut saja..,maka hanya akan masuk k telinga saja...
ye..setuju-setuju....kalau hati kita dekat dengan Allah...maka sayang itu akan masuk ke hati jue tanpe perlu dilafazkan...something that u could feel..but u couldn't touch....  ----------------- Pinky: what are we going to do tonite Brain?? Brain: same thing that we do everynite Pinky, trying to take over the world!!!
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 18-02-09 18:13
contoh sayang ... si suami tiba-tiba lumpuh dah tak boleh bekerja, lalu si isteri keluar bekerja dan menanggung perbelanjaan keluarga muka si isteri rosak teruk akibat kemalangan dan si suami tetap teguh dan utuh dengan memberi perhatian tak berbelah bahagi sehingga akhir hayat. bakal suami tetapi berkahwin dengan tunangnya walaupun tunangnya telah kehilangan dara akibat dirogol. bakal isteri tetap berkahwin dengan tunangnya walaupun semakan di hospital bakal suami tidak subur. suami sanggup ikat perut dan mengabaikan keperluannya demi keperluan makan pakai anak dan isteri. inilah contoh sayang yang sebenarnya dalanm kontek perhubungan lelaki dan wanita.. suami isteri... sayang adalah pengorbanan.sayang adalah perlindungan. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
imannoraina
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.08.2004 Ahli No: 10752
Posting: 226
Dari: Bumi ALLAH
|
Posting pada: 18-02-09 21:37
Pada 14-10-08 21:08 , muslimah89 posting:!!! QUOTE !!! assalamualaikum... mudahnya sayang untuk dilafazkan
tau kenapa jadi begitu? sebabnya cakap tak kena bayar..air liur free..kalau lah kena bayar rasanya susah org nak melafaz apa-apa perkataan pun untuk sesuka hati.  ----------------- Tiada yang lebih bahagia dan bernilai selain mendapat keberkatan dan keredhaan ALLAH S.W.T
|