Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-07-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 59
Ahli: 0
Jumlah: 59




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 18 hari yang lalu
Daeng_Jati: 39 hari yang lalu
Kang: 43 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Dr MAZA Letak Jawatan Mufti Perlis


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Dr MAZA Letak Jawatan Mufti Perlis

Please Mendaftar To Post


Oleh Dr MAZA Letak Jawatan Mufti Perlis

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 07-10-08 19:59


Selasa Oktober 7, 2008
Asri akui letak jawatan Mufti Perlis "tanda protes kerajaan negeri"

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN | mstar.com.my

PETALING JAYA: Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan sebagai Mufti Perlis sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri.

"Saya berhenti sebagai tanda protes kepada kerajaan negeri," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.

Ditanya sama ada pengunduran tersebut disebabkan kekecewaan beliau terhadap kerajaan negeri, Asri berkata, beliau telah menegur dan menyampaikan apa yang perlu diperkatakannya.

"Terpulang kepada mereka untuk menerimanya atau tidak. Yang penting saya telah suarakan pandangan saya," katanya.

Dengan keputusan itu, menurut anak kelahiran Bukit Mertajam Pulau Pinang ini perkhidmatan beliau sebagai mufti akan tamat penghujung bulan ini dan akan kembali bertugas sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Sepatutnya kontrak beliau hanya tamat tahun depan.

"Saya telah menghantar surat kepada USM dan akan kembali bertugas pada 1 November depan," katanya.

Sebelum ini, Asri pernah menjadi pensyarah Pengajian Islam di universiti tersebut.

Beliau pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1427 peringkat negeri Perlis ketika menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut.

Asri dikenali sebagai tokoh agama yang berani dengan sikap lantangnya menegur beberapa isu termasuk penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi kontroversi Faizal Tahir.

Ketika ditanya mengenai perancangan masa depannya selepas tidak lagi menjadi mufti, Asri berkata:

"Saya akan ke luar negara, Insya-Allah Disember depan. Mungkin Allah memberikan saya peluang yang lebih baik selepas ini, siapa tahu," katanya.

Menurut Asri, beliau secara lantang menegur sesuatu perkara membuktikan bahawa mufti perlu menyatakan kebenaran tanpa rasa takut dan bimbang kedudukannya terancam.

"Saya telah buktikan apa yang saya cakap bukan untuk meraih populariti dan punya kepentingan tertentu.

"Kenapa perlu takut dan bimbang kita akan kehilangan jawatan hanya kerana kita mengatakan sesuatu yang benar,"
katanya.

Tambahnya, beliau telah membuktikannya apabila telah menjadi mufti selama dua tahun tanpa dipecat kerana menegur sesuatu perkara.

Asri dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 November 2006 menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.

Ditanya adakah beliau tahu siapa calon yang akan menggantikannya, Asri berkata:

"Maaf saya tidak boleh beritahu siapa orangnya. Calonnya sudah ada.

"Saya akan bawa dia menemui Raja Perlis untuk mencadangkan. Terpulang kepada budi bicara baginda untuk membuat keputusan,"
katanya.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 10:43


Mufti akui mangsa 'permainan politik'
Jimadie Shah Othman | Oct 7, 08 7:53pm
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” katanya hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut bentuk permainan politik itu dan pihak yang terlibat.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, surat makluman tamat kontrak perkhidmatannya selama dua tahun bermula 2006 dihantar kepadanya baru-baru ini walaupun kontrak baru sehingga Oktober 2009 telah ditandatangani Jun lalu.

Tindakan itu, menurut sumber-sumber, "ada (niat) sesuatu".

Dr Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan tidak akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menyelesaikan permainan politik seperti didakwanya melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya tidak akan berjumpa beliau (Md Isa) untuk meminta jawatan," katanya.

Mufti termuda di Malaysia itu memecah rekod institusi agama itu apabila bersuara lantang dalam beberapa isu penting dan kontroversi, termasuk penangkapan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lepas, peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi Faizal Tahir.

Selain itu, beliau pernah hadir dalam forum yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Kelantan selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Anak kelahiran Bukit Mertajam itu, kelulusan doktor falsafah dalam pengajian hadis di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dilantik sebagai mufti menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

unanjaga
Warga 4 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34507
Posting: 190
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 10:51


Tidak kekal dalam jawatan bukan lah satu hal yang perlu difikirkan sangat,yang menjadi persoalan utama apakah kita ini tetap dalam kelompok hamba Nya yang tetap dalam keampunan dan rahmat dari Nya(Allah).Alim ulama itu mempunyai tanggung jawab yang cukup besar dalam menegur apa jua kepincangan dan salah guna kuasa yang menyimpang jauh dari landasan ugama

Bookmark and Share

    


  Member Information For unanjagaProfil   Hantar PM kepada unanjaga   Pergi ke unanjaga's Website   Quote dan BalasQuote

hid_uniten
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.09.2005
Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 10:56


macam itu lah ulama' yang berani..tidak takut untuk bkata yang benar dan sanggup mlepaskn jawatan apabila dirasakan tidak kena dengan syariat islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For hid_unitenProfil   Hantar PM kepada hid_uniten   Pergi ke hid_uniten's Website   Quote dan BalasQuote

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 11:02


hmm, tak ada lagi lah orang yang berani menegur secara lantang seperti DR.MAZA..

lepas ni semua benda kena ikut hukum atau fatwa yang dah di 'jakim' kan dan ditapis... sebab banyak ulama sekarang tak berani bersuara sebab takut kehilangan jawatan atau kena gam...

harap akan ada pengganti seperti DR.MAZA....

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 11:04


tapi kan ada juga sesetengah orang yang tak berapa suka dr maza ni.yang saya dengar dr maza tak belajar hadis 40 tapi sudah boleh pertikai hukum

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 11:06


kepada yang selalu mencemuh DR.MAZA, fikir kan kembali hinaan dan cemuhan anda...

fikirkan tentang keikhlasan seorang mufti yang sanggup melepaskan jawatan kerana ingin menjaga agama islam itu sendiri....

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 08-10-08 11:08


dato seri mat isa sabu tu tak ngam dengan shahidan kasim.

fikir2 lah sendiri ye...

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 11:10


Pada 08-10-08 11:06 , darkside posting:

!!! QUOTE !!!

kepada yang selalu mencemuh DR.MAZA, fikir kan kembali hinaan dan cemuhan anda...

fikirkan tentang keikhlasan seorang mufti yang sanggup melepaskan jawatan kerana ingin menjaga agama islam itu sendiri....



buka mencemuh,tapi nak tahu saja.teringat masa isu sumpah dulu,masa tu dr maza suruh DSAI bersumpah tapi dihalang oleh mufti perak,harussani zakaria dan juga mufti dunia dr yusuf qardhawi yang menegaskan supaya DSAI jangan bersumpah.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 11:23


org yang tak suka tu mostly sebab apa yang dr.maza kata tak sama dengan apa yang mereka tahu.. dan biasanya org yang tak suka ni bila dengar sumthing yang lain saja sikit, terus marah2 dan mengutuk.. tak nak fikir dengan rasional dulu.. buat perbandingan.... sebab dalam kepala tu dah melekat dengan ajaran ustaz dengan ustazah masa sekolah ataupun ustaz atau ustazah yang belajar pondok saja...

bukan nak pertikai... tapi mereka ni selalunya hanya menyampaikan semua ilmu yang mereka belajar.tak banyak buat researc dan cari dalil2 secara detail.. lain bagi golongan PROTAZ (profesional ustaz), mereka ni lebih cenderung buat banyak research sebelum mengutarakan sesuatu.. supaya apa yang dikatakan mempunyai bukti.. kalau mereka ni menerima sesuatu yang baru, mereka pula perlukan bukti untuk mengiyakan hujah yang didengar. ada juga sesetengah ustaz atau ustazah yang belajar tinggi tapi malas buat research.. sampaikan saja apa ilmu yang dia tau.. bila terdengar sumthing yang lain sikit, terus melatah...


hmm...... susah.... sekarang ni makin banyak ustaz dan ustazah yang hanya ada tittle ustaz dan ustazah.. tapi tanggungjawbnya???

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 11:26


tapi jika dibandingkan dengan dr maza dengan ustaz harussani,banyak yang cenderung kepada ustaz harussani kerana ia lebih lantang dalam banyak isu.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 11:40


!!! QUOTE !!!

buka mencemuh,tapi nak tahu saja.teringat masa isu sumpah dulu,masa tu dr maza suruh DSAI bersumpah tapi dihalang oleh mufti perak,harussani zakaria dan juga mufti dunia dr yusuf qardhawi yang menegaskan supaya DSAI jangan bersumpah.


actually saya tak tujukan pada rashdin pun. kebetulan pulak masa saya tengah taip, rashdin post dulu.. nampak lah macam saya tujukan pada rashdin... saya cakap pada orang-orang lain yang suka cemuh DR.MAZA...

bab sumpah DSAI, saya tak nak campur... memang betul kata ulama lain jangan bersumpah. sebab sumpah laknat bukan benda main-main.. tapi kalau situasi dah berat dan kita berada di pihak yang benar, bersumpah tu dapat menghilangkan syak wasangka dan persepsi buruk terhadap DSAI... sehingga sekarang kita pun tak tahu sapa betul sapa salah... DSAI tak nak bersumpah, dan sumpah saiful dipertikai..

hmm... politik corrupt...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 11:44


tentang sumpah saifu tu pun majlis fatwa pun dah kata ia tak sah tapi oleh kerana campur tangan politik yang melampau sangat dalam negara yang menyebabkan ia nampak seperti sah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 11:53


thats why i said politics in malysia dah corrupt teruk... DR.MAZA ditawarkan masuk politik disebabkan nak gunakan dia untuk kepentingan parti lah... sebab tu DR.MAZA tak nak.... tengok saja lah apa yang dengan 'ustaz' dan 'ustazah' yang dah join politik???

apa pun..... saya sangat-sangat sedih DR.MAZA dah lepaskan jawatan....

susah nak cari org macam dia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 11:56


Pada 08-10-08 11:53 , darkside posting:

!!! QUOTE !!!

thats why i said politics in malysia dah corrupt teruk... DR.MAZA ditawarkan masuk politik disebabkan nak gunakan dia untuk kepentingan parti lah... sebab tu DR.MAZA tak nak.... tengok saja lah apa yang dengan 'ustaz' dan 'ustazah' yang dah join politik???

apa pun..... saya sangat-sangat sedih DR.MAZA dah lepaskan jawatan....

susah nak cari org macam dia...



tapi jangan risau kita ada ustaz harussani zakaria tu.dia pun memang lantang juga.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 08-10-08 12:22


Pada 08-10-08 11:23 , darkside posting:

!!! QUOTE !!!


bukan nak pertikai... tapi mereka ni selalunya hanya menyampaikan semua ilmu yang mereka belajar.tak banyak buat researc dan cari dalil2 secara detail.. lain bagi golongan PROTAZ (profesional ustaz), mereka ni lebih cenderung buat banyak research sebelum mengutarakan sesuatu.. supaya apa yang dikatakan mempunyai bukti.. kalau mereka ni menerima sesuatu yang baru, mereka pula perlukan bukti untuk mengiyakan hujah yang didengar. ada juga sesetengah ustaz atau ustazah yang belajar tinggi tapi malas buat research.. sampaikan saja apa ilmu yang dia tau.. bila terdengar sumthing yang lain sikit, terus melatah...


hmm...... susah.... sekarang ni makin banyak ustaz dan ustazah yang hanya ada tittle ustaz dan ustazah.. tapi tanggungjawbnya???


sebenarnya golongan ustaz dan ustazah ni banyak kelebihan. Mereka belajar bidang agama, bekerja pun bidang agama. Lagi pulak yang jadi cikgu J-Qaf, banyak masa boeh diluangkan untuk membuat pengkajian. Sepatutnya mereka benar-benar mendalami ilmu agama secara rinci.

Jika dibandingkan golongan profesional, mereka belajar engineering, medic, ekonomi dsbnya dan biasanya kerja mereka sangat sibuk dengan kepakaran masing-masing. Maka mereka perlu mencari masa untuk mendalami ilmu agama. Mungkin kesibukan dan tahap kesukaran kerja menyebabkan mereka dinamik dalam mendalami ilmu agama.

Inilah impak sekularisme. Sepatutnya di dalam Islam tidak wujud jurang sebegini. Golongan ulama' turut memahami realiti sains dan politik manakala teknokrat memahami islam dengan mendalam.

wuzara

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 08-10-08 12:41


Pada 08-10-08 11:04 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

tapi kan ada juga sesetengah orang yang tak berapa suka dr maza ni.yang saya dengar dr maza tak belajar hadis 40 tapi sudah boleh pertikai hukum


Sapa yang cakap dia tak belajar hadith..? Bagi tau aku... Apa pun,ilmu beliau lebih tinggi berbanding aku yang serba dhoif ini...


-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

Laskar_Allah
WARGA SETIA
Menyertai: 15.05.2008
Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 20:36


Raja Perlis nasihat Dr Asri terus berkhidmat
Jimadie Shah Othman | Oct 8, 08 3:16pm | malaysiakini.com

Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah dinasihatkan oleh Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail supaya terus berkhidmat sebagai mufti Perlis.

Baginda bertitah demikian sewaktu menerima Dr Mohd Asri mengadap di istana negeri di Arau pagi tadi. Dr Mohd Asri mengadap baginda berhubung keputusannya untuk bersara lebih awal, walaupun kontraknya hanya tamat Oktober tahun depan.

Kontrak pertama beliau selama dua tahun berakhir bulan depan. Bagaimanapun, ia disambung selama setahun lagi, sehingga Oktober tahun depan.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, Dr Mohd Asri berkata, baginda mahu beliau terus bertugas sebagai mufti Perlis kerana berpuashati dengan prestasi perkhidmatannya. "Baginda juga berkata, saya telah meletakkan satu 'level' yang tinggi kepada institusi ini (mufti)," katanya.

Dr Mohd Asri juga berkata, selama ini baginda telah mendapatkan gambaran yang silap bahawa kontraknya tamat bulan ini.

'Permainan politik'

Oleh itu, katanya, sekiranya beliau mahu terus berkhidmat, bagi baginda bersedia menitahkan supaya kontraknya diteruskan. Bagaimanapun, katanya, baginda menyerahkan kepada beliau untuk keputusan beliau sendiri.

"Sekiranya saya berhenti, maka baginda akan mengeluarkan watikah penghargaan terhadap perkhidmatan saya (di Perlis)," katanya.

Diminta sama ada beliau akan menimbang nasihat baginda itu, Dr Mohd Asri berkata keputusannya untuk berhenti adalah muktamad. Bagaimanapun, katanya, beliau akan menimbang permintaan baginda supaya beliau melanjutkan sedikit lagi tempoh perkhidmatannya.

Semalam, Dr Mohd Asri mengumumkan akan bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.

“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” kata kepada Malaysiakini semalam. Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut bentuk permainan politik itu dan pihak yang terlibat.

Dr Mohd Asri yang juga bekas ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) juga berkata, beliau akan kembali mengajar di kampus itu di Pulau Pinang mulai 1 November ini.

Selepas itu, katanya, beliau akan berlepas ke United Kingdom selama tujuh bulan mulai 1 Disember untuk menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik.

Sebelum meninggalkan jawatan itu, tambahnya, beliau akan mencadangkan penggantinya seperti yang pernah diamalkan oleh khalifah Islam yang pertama, Abu Bakar as-Siddiq.


-----------------
WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Laskar_AllahProfil   Hantar PM kepada Laskar_Allah   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-10-08 20:43


Mufti yang paling muda di Malaysia dan yang paling lantang bersuara...Itulah Dr. Mohd Asri...TAHNIAH kepada beliau atas kebenarannya menegakkan kebenaran :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

aquazia1702
Warga Rasmi
Menyertai: 07.10.2008
Ahli No: 35288
Posting: 16
Dari: shah alam

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-10-08 10:56


suka pendekatan yang ditunjukkan oleh Dr Asri..suka juga kuliah2 beliau yang banyak memberi pengetahuan dan pengajaran

Bookmark and Share

    


  Member Information For aquazia1702Profil   Hantar PM kepada aquazia1702   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 15-10-08 11:05


Assalamu'alaikum wbth,

mana yang baik darinya diambil, dan mana yang tidak betul dan membawa kesan buruk maka dibuang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117766 saat. Lajunya....