Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-09-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
" Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: abengoh
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43138

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
qudwah: 6 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 16 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 17 hari yang lalu
eme86: 17 hari yang lalu
sunan-faqih: 22 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: hatiku sudah tertutup untuk cinta ....


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» hatiku sudah tertutup untuk cinta ....

Please Mendaftar To Post


Oleh hatiku sudah tertutup untuk cinta ....

mia_amora
Warga Rasmi
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33783
Posting: 18
Dari: perak

PulauPinang  


posticon Posting pada: 02-10-08 15:47


Assalamualaikum

saya ingin meluahkan perasaan yang selama ini saya pendam tetapi hari ini saya tidak dapat menanggung perasaan ini seorang diri...kepada pasangan yang sedang menuju gerbang perkahwinan saya mengucapkan tahniah dan semoga masjid yang dibina sentiasa dibawah lindunganNya..insyaAllah ..

tetapi masjid yang ingin saya bina telah musnah dan hanya tinggal persiapan yang telah dilakukan ...alhamdulillah saya telah dipertemuakan dengan seorang lelaki yang baik tingkahlakunya ...dan keluarga kami telah bersetuju dan menetapkan tarikh perkahwinan kami pada november ini dan diteruskan dengan perkahwinan bersama-sama abgnya pada disember...

tetapi tinggal sebulan lagi keluarganya ingin membatalkan perkahwinan ini...betapa musnah dan hancur harapan kami membina perkahwinan ini...sedangkan perkahwinan abangnya diteruskan ..dengan alasan yang diberikan oleh emaknya keluarga tidak setaraf...apakah harta benda menjadi ukuran?...

betapa hancurnya perasaan kedua orang tua saya apabila keluarganya membatalkan perkahwinan ini. saya hanya mampu berdoa sesungguhnya Allah SWT itu maha memngetahui segala-galanya.

apakah perasaan keluarga dia sekiranya berada ditempat keluarga saya....? saya dan pasangan tidak mampu untuk berbuat apa lagi kerana emaknya tetap berkeras untuk batalkan...hanya Allah SWT mampu mengubahnya. ...kami hanya tawakal ...


-----------------

Dapatkan ecard NasyidFM Disini



Bookmark and Share

    


  Member Information For mia_amoraProfil   Hantar PM kepada mia_amora   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 02-10-08 16:02


let me the 1st one respon it..

huh..susah nak bayangkan..dan hope ia tak terjadi pada saya kelak..
saya ucapkan takziah atas musibah yang anda alami..dan saya harap anda bawa2 lah bersabo..memang ini ujian untuk anda yang tuhan tentukan..dan memang tak salah jika anda melepaskan sedkit beban meluahkannya disini..

saya tak tau nak komen apa..kerna saya percaya bahu anda yang memikul lebih berat dari 'mata' saya yang melihatnya..cumenye..saya harap anda jangan mudah berputus asa..tafakur dan tenangkan diri..kumpul kekuatan dan idea bagi menegakkan hak anda.. jika anda tanya kami mengapa ia berlaku..sama ada kerana darjat atau harat, tidakla kami ketahui..melainkan anda harus mengajukan persoalan ini kepada keluarga baka suami anda..

cuba jn beremosi jia mendepani keluarga itu..tengangkan diri..Kalau boleh cari org tengah bagi membincangkan isu ini.. jika masih tak berganjak keputusan itu sekurang2nya anda selayaknya mengetahui apakah punca kepada isu itu..saya pasti jawapan yang pasti boleh menghilangkan keraguan dalam diri anda walaupun belu tentu ianya dapat mengubat lula d hati anda 100peratus..

anyway..maaf andai salah bahasa..saya ni tahu bercakap saja..respon berdasar pada logik akal..bukanlah pada pengalaman ketana saya tiada pengalaman itu dan harap tak terjadi pada saya...jika kata-kata saya tak memebri kesan pad masalah anda saya minta maaf lah..apapun..maaf again.

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-10-08 16:31


Assalamualaikum wr wbt

walaupun saya tak rasa apa yang mia rasa..tapi sebagai seorang perempuan saya faham macam mana penderitaan batin yang mia rasa bila perkara macam ni berlaku pada mia..
memang betullah kata-kata hikmah..kita hanya merancang..tapi Allah yang menentukan..kkdg2 kita rasa itu yang baik untuk kita..tapi Allah jua yang tahu segalanya..Dia yang lebih mengerti..sebab itu apa-apa jua pun..Allah lah tempat mengadu yang paling baik..

"Kita minta kepada Allah setangkai bunga segar, Dia beri kita kaktus yang berduri, kita minta rama2,diberinya ulat..kita kecewa dan sedih..tapi tetap bersabar..namun tidak lama kemudian..kaktus itu berbunga indah sekali, dan ulat itu menjadi rama2 yang cantik..begitulah cara Allah mengasihi kita selalu indah pada waktunya..."

Mia..byk2kan bersabar ye..Allah menguji hambaNya sesuai dengan kesanggupan hambaNya..dan Allah jua telah berfirman “Apakah kamu menyangka kamu akan masuk syurga sedangkan belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di kalangan kamu dan belum nyata orang yang sabar.” (Ali Imran: 142)

Mia cuba selesaikan kekusutan dengan cara yang paling baik dan berhemah..dapatkan khidmat nasihat dr org yang lebih berpengalaman dan lebih memahami pasal ni ye..InsyaAllah..Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar..

Wassalam
yang baik dr Allah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-10-08 17:29


pada kak...
alhamdulillah di putuskan awal-awal meski hanya tinggal sebulan....
sekurang2nya adik TAKKAN DIHINA SELEPAS BERKAHWIN nanti selama lamanya

sekurang2nya kita tahu siapa mereka yang hanya berselindung disebaliknya

** mudah-mudahan dipermudahkan urusan masa hadapan.. & di kurniakan suami yang bertaqwa. aminnn

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

csakura
Warga Rasmi
Menyertai: 29.09.2003
Ahli No: 3843
Posting: 9
Dari: malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-10-08 21:14


banyakkan bersabar.....pasti ada hikmahnya....

memang berat mata memandang, lebih berat bahu yang memikul....
insyaAllah jika mia terus yakin keada Allah, mia akan mula berlapang dada dan terima dengan hati redha....

Bookmark and Share

    


  Member Information For csakuraProfil   Hantar PM kepada csakura   Quote dan BalasQuote

scenario
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31016
Posting: 181
Dari: Inti nilai..

Perak  


posticon Posting pada: 03-10-08 00:59


Batul kata csakura...banyakkan2 bersabar..sentiasa ingat selalu allah itu maha adil....:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For scenarioProfil   Hantar PM kepada scenario   Pergi ke scenario's Website   Quote dan BalasQuote

mia_amora
Warga Rasmi
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33783
Posting: 18
Dari: perak

PulauPinang  


posticon Posting pada: 03-10-08 11:09


Assalamualaikum

terima kasih saya ucapkan atas nasihat daripada teman-teman...insyaAllah saya akan cuba kuatkan hati dan berdoa padaNya...


-----------------

Dapatkan ecard NasyidFM Disini



Bookmark and Share

    


  Member Information For mia_amoraProfil   Hantar PM kepada mia_amora   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-10-08 11:27


MasyaAllah sedihnya mia....akak juga cuma mampu berdoa.....semoga mia sentiasa dirahmati.

Dalam kehidupan ini, kalaulah sesuatu yang dihajati itu mudah dan senang diperolehi, sudah pasti insan tidak mengerti erti kesabaran dan ketabahan....tentu ada hikmah disebaliknya. Beruntung kalau mia dapat mengiringi beban kesakitan itu dengan sabar dan tawakal yang tinggi pada Allah...akak yaqin balasan baik pasti menanti. sebijak mana manusia dan sehebat mana pun usaha yang dilakukan untuk memahami sesuatu perkara, mereka tetap tidak dapat menyingkap kesemua rahsia yang berada dalam ilmu Allah...maka bersabarlahdan berdoalah, Allah lebih tahu kebaikan untuk mia....

Cuma tajuk kat atas tu kurang sesuai akak rasa.....jangan tutup hati untuk menyuburkan rasa cinta, kerana manusia membina iman dan taqwa....adalah di atas rasa CINTA ..... Allah membina fitrah cinta untuk manusia supaya dapat merasai keagunganNya...jadi jangan bunuh fitrah itu hanya kerana kecewa terhadap sesama manusia.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

cik_zinnirah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.09.2008
Ahli No: 34991
Posting: 35

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-10-08 18:36


saya tumpang simpati dengan apa yang terjadi pada saudari. cuba baca kisah saya, saya dan pasangan pun dipisahkan dengan alasan yang sama. tapi ada alasan tambahan lagi.

tapi apa yang saudari lalui ini memang lebih berat. sungguh berat. cuma apa yang mampu saya katakan, bersabarlah. Allah Maha Mengetahu segalanya...

Memang sakit hati dan sedih sangat sebab masih wujud parents yang berfikiran kolot begitu. tapi apakan daya kita? kita berdoalah agar Allah mengubah orang2 begini.

Cuba gunakan orang tengah untuk berbincang...mungkin akan ada penyelesaiannya.

Kalau memang dah tak ada jalannya, terimalah bahawa dia memang bukan untuk awak, walaupun hakikat ini memang sangat sukar ditelan, tapi kena telan jugak kan...sabar dan teruskan sabar...

Bookmark and Share

    


  Member Information For cik_zinnirahProfil   Hantar PM kepada cik_zinnirah   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 03-10-08 21:03


terlebih dahulu saya tumpang berduka dengan apa yang saudari mia alami...tapi janganlah berputus asa kerana masih ada jalan luas terbentang di hadapan..sentiasalah berfikiran positif kerana ia akan membawa saudari berfikir secara rasional.jangan sekali-kali berfikiran negatif dan menganggap diri saudari malang..ini hanya akan menyebabkan saudari kecewa dan bertindak kurang bijak dalam menangani masalah ini. Renungkanlah saudari Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan org yang salah sebelum menemui insan yang betul,kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut...Jika alasan taraf dibanding-bandingkan Kenapa dari awal-awal lagi ibu si dia tidak menolak??Kenapa setelah tarikh ditetapkan baru terjadi perkara itu..saudari sesungguhnya apa yang terjadi ada hikmah disebalinya..saudari perlu bersyukur kerana awal-awal lagi telah diputuskan bukan setelah kalian mengecapi nikmat rumahtangga itu baru diporak perandakan...Itu lagi maha dahsyat keperitannya saudari...
Apapun sebagai sesama muslim saya berharap saudari akan terus tabah dan melalui hidup ini dengan kesabaran dan tawakal pada takdir tuhan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

saidatul_aisyah
Warga 1 Bintang
Menyertai: 02.07.2008
Ahli No: 33897
Posting: 34
Dari: Bidor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-10-08 22:09


lah tahzan....saya tak tahu nak cakap apa....saya simpati...tapi sekurang2nya perpisahan terjadi sebelum berkawen....cuba saudari fikirkan kalau ia berlaku lepas kahwin dan dah beranak pinak...mesti lagi sedihkan...sesungguhnya yakin lah dengan Allah swt..Allah tak menjadikan sesuatu itu melainkan dengan pelbagai sebab dan alasan...jadi yakinlah...pasti akan ada kebaikan selepas ini...insyaAllah....senyum selalu ye....jangan sedih2....

Bookmark and Share

    


  Member Information For saidatul_aisyahProfil   Hantar PM kepada saidatul_aisyah   Pergi ke saidatul_aisyah's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 03-10-08 22:37


Assalamualaikum
nak compilekan jawapan sesume lah :welcome:
jangan kecewa, jangan bersedih, tabahlah...semuanya ada hikmah...
dan paling baik, ia tak berlaku selepas anda berkahwin...jadi, peluang masih terbuka luas..insyaAllah, jodoh yang lebih baik akan tiba...lebih baik bukan bermakna dia mesti seorang ustaz, cerdik pandai, kaya maya, handsome mensem..tapi, hanyalah yang lebih baik itu bermakna ia adalah seorang yang terbaik..yang sesuai..yang sekufu buat diri kita..insyaAllah...
no need to close up your door...
the world is amazing, and open your heart..something nice will breezing through.. ;-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 03-10-08 22:52


Mia .. Don't be sad my Dear .. ALLAH SWT tau apa yang trbaik untuk awak .. Trust me ok ..?? :-) Chayyo..!

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

mia_amora
Warga Rasmi
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33783
Posting: 18
Dari: perak

PulauPinang  


posticon Posting pada: 04-10-08 15:16


Assalamualaikum

terima kasih wawa dan semua.....

alhamdulillah saya dapat semangat dari kawan-kawan...dan juga saya diberi sokongan oleh adik beradik dia juga...

Diharapkan kita semua sama-sama berdoa agar jodoh kami kuat dan semoga dipermudahkan jalan oleh Allah SWT bagi membina kebahagiaan ini.........


-----------------

Dapatkan ecard NasyidFM Disini



Bookmark and Share

    


  Member Information For mia_amoraProfil   Hantar PM kepada mia_amora   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-10-08 10:42


mia amora, sama-sama kita amalkan doa ini ya....

"Ya Allah, jadikanlah aku redha terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan dan jadikanlah keberkahan pada apa-apa yang telah Engkau takdirkan, sehingga tidak ingin aku menyegerakan apa-apa yang Engkau tunda dan menunda apa-apa yang Engkau segerakan.. YA ALLAH BERILAH PAHALA DALAM MUSIBAHKU KALI INI DAN GANTIKANLAH UNTUKKU YANG LEBIH BAIK DARIPADANYA.. Amiin"

(atau mia nak ubah doa supaya tetap ada jodoh antara mia dengannya, maka tu terpulang)

tabahkan hati, bersabar banyak-banyak dan perteguhkan iman. Insya Allah, yang terbaik dan mendamaikan itu pasti akan tiba suatu hari nanti... :)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-10-08 15:42


Pada 05-10-08 10:42 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

mia amora, sama-sama kita amalkan doa ini ya....

"Ya Allah, jadikanlah aku redha terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan dan jadikanlah keberkahan pada apa-apa yang telah Engkau takdirkan, sehingga tidak ingin aku menyegerakan apa-apa yang Engkau tunda dan menunda apa-apa yang Engkau segerakan.. YA ALLAH BERILAH PAHALA DALAM MUSIBAHKU KALI INI DAN GANTIKANLAH UNTUKKU YANG LEBIH BAIK DARIPADANYA.. Amiin"

(atau mia nak ubah doa supaya tetap ada jodoh antara mia dengannya, maka tu terpulang)

tabahkan hati, bersabar banyak-banyak dan perteguhkan iman. Insya Allah, yang terbaik dan mendamaikan itu pasti akan tiba suatu hari nanti... :)



memang CS ni jiwangineer betul lah.....
kasi saja tajuk, musti boleh dilibas.....huhuhu
:lol:
:hammer:

salam alaik mia_amora dari perok...
teman pun sedih dengo cerita mike ni....
yong jangan riso, jangan sedih.......kat ukhwah.com ni ramai lagi calon2 yang lagi sesuai hehehehehe..........pilih saja (jage2 ada yang deh berpunye tau)
huhuhuhuuhu

jangan lah dok fikir pasal perkara tu lagi, semakin hebat dugaan Yang Maha Karya Cinta......lagi besarlah ganjarannyer......kira jihad terhadap diri sendiri tu........

dan jika benarlah sudah tertutup pintu hati mia_amora untuk manusia bergelar suami, tumpulah cinta yang ada kepada Allah dan Rasul-Nya dan family......dan teruslah bertawakal dan berharap.....
sesungguhnya perancangan Allah itu melebihi perancangan manusia........

p/s: Selamat Hari raya, Maap Zahir batin


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-10-08 18:43


by: alwalid

!!! CODE !!!


dan jika benarlah sudah tertutup pintu hati mia_amora untuk manusia
bergelar suami, tumpulah cinta yang ada kepada Allah dan Rasul-Nya dan
family......dan teruslah bertawakal dan berharap.....
sesungguhnya perancangan Allah itu melebihi perancangan manusia........

(In Perak slang) HAAH... Teman setuju bebenoorr dengan alwalid niiee.
Tambahan pulookk alwalid niiee udooh lamee bebebenoor berkecimpung dalam
bidang kaunseling doktor hati serta peghasaan niihh. Teman ghase beliau
memang adee pengalaman yang besoorr sesangat dan mengetahui selok-
belok perasaan kitee sesama manusiee yeeer... mia_amora, mike
niie pandeeii waatt ayoor teh tarik tak? Teman niie sukee sesungguh dengan
ayoor teh tarik niiee. Mike niie duukk Penang ke? Okaylah. Teman beghansoor
dulu... Banyookk lagi keghoje teman... Beghayoor matee yoopp!!!



p/s: Teman minat betuii dengan iklan raya Petronas tuue... Syahdu teman
nengoknyeer... Ghase macam mengalir ayoorr masin kaaatt pipi teman...
HUURRMM....

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

pak_ali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18734
Posting: 256
Dari: Hollywood Records, 500 S. Buena Vista Saints Burbank, Los Angeles, California 91521.....

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 05-10-08 18:55


ada lagi golongan yang pandang hartaa....???
...
kolot benar pemikiran mereka tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For pak_aliProfil   Hantar PM kepada pak_ali   Quote dan BalasQuote

mia_amora
Warga Rasmi
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33783
Posting: 18
Dari: perak

PulauPinang  


posticon Posting pada: 11-10-08 17:30


saya pun tak tahu mengapa emaknya begitu ..sedangkan kalau dilihat dan dinilai dari fizikal tidak mengkin emaknya berfikiran macam tu ...

hati manusia tidak sama walaupun tudung yang dipakai sama labuh.. (saya minta maaf tidak berniat berkata pada sesiapa..) tetapi saya terkejut dengan sikapnya emaknya itu...subhanallah..


-----------------

Dapatkan ecard NasyidFM Disini



Bookmark and Share

    


  Member Information For mia_amoraProfil   Hantar PM kepada mia_amora   Quote dan BalasQuote

panglima_azam
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.09.2008
Ahli No: 35073
Posting: 139
Dari: pertemuan antara 3 benua lautan

Kedah  


posticon Posting pada: 11-10-08 18:07


salam...

ana doakan semoga keluarga mia & mia sendiri banyak-banyak bersabar k..

setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnyer....

insya-Allah, Allah akan kurniakan seorang suami yang penyayang & juga baik hati serta mengormati kedua org tua mia...

Amin,,,...

Bookmark and Share

    


  Member Information For panglima_azamProfil   Hantar PM kepada panglima_azam   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113247 saat. Lajunya....