Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Matinya anak muda itu bukan kerana tergelincir kakinya, tetapi kerana tergelincir lidahnya.
-- Ilham Pujangga

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 114
Ahli: 0
Jumlah: 114




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 58 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: abang nak beli kuih ???


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» abang nak beli kuih ???

Please Mendaftar To Post


Oleh abang nak beli kuih ???

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 13:41


Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat

Setiap yang lalu ditanya...
" Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik."
Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kasihan di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang.....!

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 13:53


alhamdulillah,bagusnya tindakan awak itu.. rasa kagum dengan budak lelaki tu.. baru 12tahun tapi dah pandai berdikari.. entah tinggal berapa saja kanak-kanak macam tu yang sanggup hidup bersusah payah. bukan budak saja lah,even kita yang dah besar panjang ni pun belum tentu jujur dan tak putus asa.. apa yang penting dia jujur dengan amanah yang di pesan ibunya.. kita tak perlu mengemis. cukuplah tuhan berikan tulang 4kerat untuk kita bekerja.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 14:44


ni bahagian teka teki..mana soalan teka tekinya ?

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 14:56


saya tak tahu kat mana salah..
ruangan 2 bukan saya yang letakk
maaff

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 15:10


uhuk.. ismi juga tertanya-tanya seperti rdwira tadik.. rasanya dah 2 topik.. uhuk...
hmm.. ruangan tu bukan ardani yang letak..
tapi masa awal nak buka forum.. kita kena pilih ruangannya dulu ardani...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

arfah_razali
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.09.2008
Ahli No: 34855
Posting: 31
Dari: selangor

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-09-08 15:40


ha'ahla...ingatkan teka teki tadi....tapi apa-apa hal pun, saya puji sikap awak....kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat kesihatan yang dikurniakan oleh Tuhan ini...masih mampu lagi kita nak mencari rezeki...
smuga budak itu akan hidup senang nanti..

Bookmark and Share

    


  Member Information For arfah_razaliProfil   Hantar PM kepada arfah_razali   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 15:40


hehehe
eksited sangat-sangat..
terlupa lah
maaf ye sahabat2 sekalian...
hehehehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 15:56


jalan cerita ni pernah di tayangkan kat tv3 slot cerekarama..
mungkin kita perlu ambil pengajaran dari cerita macam ni..sebab saya pernah jumpa keluarga yang hidup mereka susah..tapi anak2 tak bantu pun ibu tu cari duit..kasihan..semoga allah bagi kekuatan kepada ibu itu untuk mnjalani hidup dia..insyaallah..:kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 16:05


masa saya sekolah asrama dulu,ada kawan yang susah.. semua belanja sekolah guna pakai biasiswa.. mujurla kawan ni cerdik.. takdee lah rugi belanjakan untuk dia.. perjalanan hidup dia sedih.. ayah meninggal masa dia nak pmr.. mak meninggal masa dia nak spm.. selalu sakit2,jenis antibodi tak kuat..memang ujian hebat untuk dia.. baju2 sekolah,baju kurung buat study,makanan/jajan ramai kawan-kawan yang bagi.. alhamdulillah dia berjaya dan sekarang masih di unimas..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 25-09-08 16:43


Assalamualaikum
uhuk...sekali lagi ardani...awak tersalah ruangan ni..tertanya saya..dimanakah teka tekuknya...seperti kat CI...kena pilih dulu ruangannya..dah ambil ruangan baru buka topik baru....sekali lagi ye ardani...sebelum tu, cek jika tajuk tu dah ada...sebab cerita ni pun saya dah baca dalam ukhwah ni..maybe kena selongkar sikit..hoho...apapun, niat anda baik..teruskan, dan jangan berputus asa hanya kerana kesilapan seperti ini... :welcome:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 17:03


ok..thank you ingatkan..
semua ni kesilapan yang tak disengajakan..
harap maaf............

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104556 saat. Lajunya....