Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 83
Ahli: 0
Jumlah: 83




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Cerpen
Topik: bertuahnya isteri dia


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» bertuahnya isteri dia

Please Mendaftar To Post


Oleh bertuahnya isteri dia

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 13:03


Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota
Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual
dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung agaknya?" Dia kata tak ada. Oleh
kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawa dia jumpa doktor dan
ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak
dah.Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.
Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah
dia terlelap.
Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada
ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya.
Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya. Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja
terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(subconsciu s mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang
tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah alfatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya.
Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah.
"Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan".

Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya
bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta,
tentang Tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini
lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama' nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah
tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya.


"Iman Itu Lebih Cantik Dari Sekalian Yang Cantik,

Nikmat Iman Itu Lebih Manis Dari Madu....

dan Memelihara Iman Itu Lebih Sukar Dari

Meniti Sehelai Rambut..."

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

randz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.08.2008
Ahli No: 34360
Posting: 23
Dari: bumi barakah

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-09-08 13:11


bagusnya dapat suami cmg2 kan...? insya ALLAH wanita yang baik adalah u lelaki yang baik....m ga kita semua d antara yang terpilih.....


Apa pun syukran ardani.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For randzProfil   Hantar PM kepada randz   Quote dan BalasQuote

RijaludDeen
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.10.2006
Ahli No: 27105
Posting: 305
Dari: Perak..

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 13:33


Pada 25-09-08 13:03 , ardani posting:

!!! QUOTE !!!

Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah
dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam..



Assalamualaikum...
Indahnya yang part kat atas ni..

Shukran, atas tips yang dikongsikan bersama..

:kelip: :kelip:


-----------------
"Put Our Trust In ALLAH"




Bookmark and Share

    


  Member Information For RijaludDeenProfil   Hantar PM kepada RijaludDeen   Pergi ke RijaludDeen's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 14:46


seronoknya baca cerpen ni.. bertuahnye badan daapt suami penyayang macam tu.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

akhie_muzam
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.11.2004
Ahli No: 12458
Posting: 210
Dari: ukm, kelate

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-09-08 14:54


Syukran atas kisah tersebut...semoga semangatnya dapat meresapi dalam diri ini..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akhie_muzamProfil   Hantar PM kepada akhie_muzam   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 15:12


rasanya dah ada kisah ni di ukhwah...
minta cari dulu eh sebelom posting yang baru...
kasihan kat server...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 15:38


syukran jazilan ardani..
seronoknya kalao saya dapat suami yang macam ni..:bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

ardani
WARGA SETIA
Menyertai: 24.06.2008
Ahli No: 33778
Posting: 451
Dari: queensland lake

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 15:47


sama-sama lah kita doakan..
mana-mana isteri yang dapat suami macam itu, tahniah..
juga baik-baik....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ardaniProfil   Hantar PM kepada ardani   Quote dan BalasQuote

areyien
Warga 4 Bintang
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34006
Posting: 168
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 17:48


Pada 25-09-08 15:12 , ismi_atikah posting:

!!! QUOTE !!!

rasanya dah ada kisah ni di ukhwah...
minta cari dulu eh sebelom posting yang baru...
kasihan kat server...


erm kak ismi, areyien pun da pernah baca jugak cerita ini...


-----------------
Insan yang mulia ialah insan yang selalu mengakui kelemahannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For areyienProfil   Hantar PM kepada areyien   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094193 saat. Lajunya....