Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 264
Ahli: 0
Jumlah: 264




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 9 jam, 21 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Sentuhan kasihmu


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Sentuhan kasihmu

Please Mendaftar To Post


Oleh Sentuhan kasihmu

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 10:43


Ruang rumah gelap lagi hari ini. Nampaknya terdapat masalah elektrik seperti dua minggu lepas. Aku meraba-raba telefon bimbit di atas meja untuk menyuluh jalan ke dapur mendapatkan lampu suluh yang di simpan Kak Ayu. Kegusaranku berkurang melihatkan cahaya yang memenuhi sedikit ruang rumah. Jam menunjukan tepat jam 10 malam. Kak Ayu belum sampai lagi ke rumah. Mungkin dia banyak kerja di pejabatnya.

Aku merebahkan diri di sofa. Mataku terkebil-kebil dalam kelam cahaya. Aku harap Kak Ayu akan pulang cepat.

“Fatihah..fatihah..” Sayup sahaja namaku di panggil.

Aku buka mataku. Cahaya lampu yang terang membuatkan rasa silau. Wajah Kak Ayu di depan mataku. Rupa-rupanya aku telah tertidur. Kak Ayu membangunkan aku dan mengajakku tidur di dalam bilik. Kak Ayu meminta maaf kerana membiarkan aku lama menunggu. Katanya akan membawaku ke pameran buku pada esok hari.

Suasana di tempat pameran buku nampaknya meriah dan sudah di penuhi orang ramai, namun tidaklah bersesak kerana aku dan Kak Ayu tiba awal. Aku berjalan seiring dengan Kak Ayu.

Telefon bimbitku tiba-tiba berbunyi. Satu nombor baru tertera di skrin telefon bimbit. Aku menekan butang menjawab walaupun sedikit teragak-agak.

“Assalamualaikum..” Ujarku memulakan perbualan.

“Waalaikumussalam..” Jawab seseorang yang tidak dapat aku pastikan siapa dirinya.

“Maaf, siapa ini?” soalku ambil tahu.

“Awak, kita ni duduk berdiri depan awak..tak nampak ye? Itupun kalau awak ingat lagi. Kawan lama awak ni” balas seseorang di corong telefon.

Aku memerhatikan jika ada seseorang yang aku kenali di depanku. Kelibat seseorang tersenyum lebar lebih kurang 1 meter di depanku. Aku cuba mengamati wajah itu jika aku mengecamnya.

Dalam ingat dan lupa. Aku pasti lelaki itulah lelaki yang sama aku jumpa di Seminar Membina Potensi Diri pada tahun lepas. Memang tidak menduga dia akan menghubungiku setelah setahun tidak mendengar sebarang khabar. Aku memperkenalkannya kepada Kak Ayu. Aku gembira untuk mendengar bahawa dia telah berjaya mencapai cita-citanya untuk menubuhkan firma arkitek sendiri. Ia seperti apa yang pernah dia katakan pada aku berkenaan hasratnya itu. Dia benar-benar mempunyai kesungguhan.

Dia menjelaskan bahawa dia mendapat nombor telefonku secara kebetulan semasa melawat sahabatnya membuka cawangan kedai buku di Ampang. Aku mengangguk faham. Aku tidak menafikan jika memang ada membuat tempahan buku di Kedai Buku di Ampang. Amir menjelaskan dia telah lama mahu menghubungi saya tetapi tidak berjaya. Dia menyatakan rasa gembiranya akan pertemuan kali ini dan harapannya agar kami bertemu lagi selepas ini.

“Maaf Amir, Saya dan kak Ayu minta diri dulu..” Balasku kemudian.

Amir terkejut kerana aku tergesa-gesa pergi. Namun. Aku tidak mahu jika perbualan ini akan pergi lebih jauh. Aku tersenyum hambar dan melambaikan tangan sebagai tanda aku harus pergi. Aku dan Kak Ayu berlalu meninggalkan Amir yang masih terkejut. Aku tidak tahu jika aku gembira dengan pertemuan ini, namun aku harap untuk tidak menemuinya lagi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Sejak akhir-akhir ini fikiranku benar-benar rasa terganggu. Aku menjadi begitu sensitif biarpun dengan hal yang kecil. Kak Ayu menginggatkan aku tentang jalan lalu yang telah kami tempuh bersama. Dia mahu aku benar-benar gagah hadapi hidup di masa depan. Kak Ayu dapat meneka sekiranya ada sesuatu yang mengangguku. Dia menanyakan berkali-kali sekiranya Harez ada menghubungiku lagi. Dan aku mengakuinya. Aku tidak berapa jelas apakah yang harus aku lakukan. Aku kira dalam tempoh dua tahun ini aku telah cukup memulakan langkah baru. Namun. Aku sedikit terganggu jua. Aku semakin tidak mengerti apakah ini ertinya kebahagiaan atau sebaliknya.

“Fatihah keliru kak. Dia tidak jadi bernikah setahun lalu. Dia juga berusaha cari Fatihah dalam setahun ini. Dia minta fatihah berinya peluang untuk menyambung hubungan kami yang lalu..”

Kak Ayu memelukku erat. Dia memahami jika aku benar-benar dalam kekeliruan. Aku selama ini mengelak sahaja dari menjawab panggilan Harez. Aku tidak bersedia menemuinya walau dia mahu menemuiku.

”Fatihah, satu perkara yang boleh akak katakan bahawa sudah masanya untuk beristikharah dalam keputusan ini. Jangan berasa ragu lagi dalam hal ini. Akak hanya mahu melihatmu bahagia..lapangkan fikiranmu dan fikirkan hal yang lebih jauh demi kebahagiaanmu..” luah Kak Ayu tenang.

Kata-katanya sangat bermakna. Aku tahu jika sudah masanya aku beristikharah dalam hal ini sekali lagi. Aku harap aku benar-benar jelas kali ini dan membuat keputusan yang terbaik demi hidupku yang masih jauh.

”Fatihah, abang akui dulu telah membuat kesilapan dengan tidak tegas dengan keputusan hidup abang. Abang mengabaikan perasaan Fatihah yang ikhlas. Abang tidak pernah melupakan fatihah...” Luah Harez dengan tenang.

Aku menjadi tidak pasti dengan pendiriannya. Aku mempunyai ketakutan dengan pendiriannya. Tidak mungkin aku lupa jika pada masa itu dia memuji tunangnya di depanku. Dia mengatakan tunangnya dari keluarga yang berjaya dan tahu menghargainya.

Aku tidak dapat melupai kesakitan itu. Memang aku telah lama memaafkannya tetapi aku tidak percaya lagi kepada lelaki ini. Aku tahu dia meraguiku sedangkan dia yang dulu mengatakan bahawa aku adalah yang terbaik dalam hidupnya. Entah mengapa lelaki hanya mahu melihat seorang wanita yang sempurna tanpa melihat kelemahan wanita sebagai sebahagian dari hidup..mengapa dia tidak bersabar dan memahami, sebaliknya menolakku dari hidupnya semata-mata kecewa dengan kelemahan diriku.

Aku tidak dapat mengatakan apa-apa kerana air mataku mula degil membasahi pipi. Aku menyapunya berkali-kali tetapi ia tetap degil mengalir. Harez tunduk sayu. Berderai jua air matanya biarpun sedikit di hujung mata dan itulah kali pertama aku melihat air mata seorang lelaki yang pernah aku sayangi dengan ikhlas pada waktu dulu. Dulu aku berpura-pura tabah sahaja di depannya. Aku minta dia meneruskan perjalanan hidupnya yang ada dan melupakan diriku. Dan langkah itu pergi tanpa aku berpaling lagi.

”Assalamualaikum..” sapa seseorang dari sisiku secara tiba-tiba.

Aku mendongak ke arah suara itu. Kehadiran Amir benar-benar mengejutkanku.

”Maafkan sekiranya menganggu perbualan kamu berdua. Saya sekadar mahu menyapa..” ujarnya kemudian dengan rasa bersalah.

Aku menarik nafas panjang dan tersenyum kepada Amir. Aku cepat-cepat menyeka air mata yang basah di pipi.

”Waalaikumussalam. Amir, tidak mengapa. Sekarang saya ada perbincangan penting. Jadi, harap kita berbual lain kali” balasku kemudian.

Amir mengangguk senang. Aku tahu ada persoalan dari riak kaca matanya. Amir memperkenalkan dirinya kepada Harez dan meminta diri kemudian. Aku mengekori langkah Amir dengan pandangan sahaja. Sungguh tidak menduga kebetulan pertemuan kali kedua kami di sini. Aku tidak menyangka dia akan melihat wajahku yang basah dengan air mata. Aku benar-benar tidak mahu menemuinya lagi selepas ini.

Aku mengalihkan pandangan kepada Harez. Riak wajahnya berubah sejak kehadiran Amir tadi.

”Dia sahabat Fatihah. Kami sama-sama jadi peserta seminar yang sama-sama kami hadiri setahun yang lalu..” aku menjelaskan dengan tenang.

Aku tidak pasti Harez akan mempercayainya atau tidak, namun itulah kebenaran.

”Abang faham sekiranya dia adalah seseorang yang penting untuk Fatihah kini..dan ia akan menjadi sebab Fatihah tidak dapat menerima abang lagi..” balas Harez tiba-tiba.

Sungguh aku tak terduga itu kata-kata yang terpacul dari bibirnya. Dia memang tidak layak mengatakan ini kepadaku jika dia juga melihat dirinya sendiri.

”Abang, rasanya kita tidak perlu panjangkan perbincangan. Tujuan Fatihah jumpa ini untuk mengatakan keputusan Fatihah. Setelah dua minggu lebih memikirkan dan beristikharah.., Fatihah buat keputusan untuk tidak memilih abang. Maaf, Fatihah pergi dulu..” balasku kemudian.

Aku bangun dari kerusi dan mencapai beg galas ke bahu. Aku yakin tidak penting lagi kami memanjangkan perbincangan kerana ternyata aku tidak akan memilihnya. Inilah keputusanku yang jelas. Deringan telefon bimbitku kedengaran tanpa henti. Panggilan dari harez tidak aku pedulikan.

Aku melangkah laju menuju ke kereta. Aku menangis di dalam kereta. Aku betul-betul belum dapat memandu sekarang. Aku tekad untuk melupakan Harez. Kelibat Amir tiba-tiba di luar tingkap kereta. Dia sungguh mengejutkan aku dengan ketukan berkali-kali di cermin kereta. Aku menjatuhkan cermin kereta.

”Kenapa Amir?” soalku kepadanya.

Dia diam seketika. Aku menyeka air mata yang masih basah di pipi.

”Awak baikkah? Saya risaukan awak..” ujarnya lagi.

Aku mengeluh seketika. Aku benar-benar rasa terganggu sekarang. Aku menghidupkan enjin kereta. Aku begitu bosan dengan lelaki yang hadir dalam hidupku.

”Fatihah...please..” ujarnya merayu agar aku tidak berlalu.

Aku bertambah geram dengan Amir. Setiap kata-katanya hanya menambahkan kemarahan yang berada dalam hati.

”Awak ni Kenapa Amir. Boleh tidak kalau awak tidak masuk dalam hidup saya? Saya tidak perlukan awak..!” jeritku kepadanya.

Aku benar-benar rasa marah dengannya. Wajahnya berubah seketika. Aku tahu aku tidak patut berkata demikian, namun ia terpacul jua dari bibirku. Aku tidak dapat menahan geram dengan sikapnya yang tidak memahami diriku waktu ini. Aku tidak mahu menemuinya lagi dan biarlah ini kali terakhir aku menemuinya.

”Tetapi saya perlukan awak Fatihah. Saya dah lama cari awak...! Saya tidak mahu awak ambil masa lagi dan jauhkan diri lagi. Saya bimbang saya tidak jumpa awak lagi..!” balasnya dengan menjerit.

Dia benar-benar mengejutkan aku. Aku tidak menduga dia harus mengatakan ini dalam keadaan sekarang. Dia merenung wajah saya yang kebuntuan. Aku cuma masih diam seribu bahasa.

”Saya tidak perlukan lelaki. Maafkan saya Amir” balasku ringkas.

Aku mula mengundurkan kereta dengan perlahan.

”Saya ikhlas pada awak, Fatihah. Saya mahu awak jadi satu-satunya suri hidup saya. Pertama kali jumpa awak dulu, Saya benar-benar hanya mahu bahagiakan awak. Allah SWT jadi saksi akan pengakuan saya ini...” ujar Amir dengan sungguh-sungguh.

Ada harapan di wajahnya yang tidak dapat aku menafikan. Aku memberhentikan kereta. Aku memandang wajahnya itu sekali lagi. Aku beristigfar beberapa kali. Aku mencari kedamaian dalam diriku yang jauh dari emosiku yang menggila.

”Amir, sekiranya takdir mempertemukan kita lagi. Saya mungkin mempertimbangkan awak..” aku bersuara kemudian kepadanya.

Dia hanya terkelu. Aku meninggalkannya yang terpingga-pingga. Aku tidak tahu apakah ada pertemuan lagi selepas ini. Apa yang pasti. Aku ikhlas akan mempertimbangkan kehadirannya dalam hidupku.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Aku duduk di bangku di depan rumah sambil menunggu Kak Ayu menyiapkan kerjanya. Setiba Kak Ayu di bangku. Aku menghulurkan sepucuk surat kepadanya. Wajah Kak Ayu berubah selepas membacanya. Air mataku tumpah lagi, namun ianya adalah air mata yang membahagiakan.

”Terima kasih kak. Kalau tidak kerana sentuhan kasihmu, tentu Fatihah tidak berada di sini sekarang.” luahku kemudian selepas dia membacanya.

Dia tersenyum kepadaku. Aku tahu apa yang tersimpan di sebalik senyuman ini. Petang itu aku dan Kak Ayu bertolak ke Alamanda Putrajaya bagi meraikan berita baik akan kelulusan penyewaan lot bangunan untuk syarikat yang telah aku daftarkan. ExceEducation & MotivForward Sdn. Bhd kini satu jawapan pada cita-citaku. Aku sedar ia masih satu permulaan, dan semoga esok jua akan lebih baik.

Aku menuju ke sebuah kedai barangan kemas yang berada di tingkat atas. Aku mahu mendapatkan satu hadiah yang sudah ku tempah untuk Kak Ayu. Aku minta Kak Ayu menungguku di Mc.Donald. Aku benar-benar bersyukur kerana hari ini sungguh membahagiakan. Tiba-tiba pandanganku tepat pada seseorang yang cukup aku kenali. Sekalipun ia cuma dari jauh, namun aku tidak buta melihatnya. Harez dan tunangnya berjalan seiring. Aku bersyukur kerana Allah SWT memberikan hikmah ini kepadaku. Aku berjalan lebih laju kerana tidak mahu Harez terpandang akan aku.

Tiba-tiba aku telah terlanggar seorang wanita tua. Aku membawanya ke bangku berdekatan. Berkali-kali aku mohon maaf kepadanya. Entah Kenapa air mataku jadi tumpah sendiri. Aku tidak tahu apa yang sebenarnya yang terjadi.

”Maaf, apa yang sedang berlaku?” soal seseorang di belakangku.

Aku berpaling kepadanya. Aku terkejut kerana orang itu adalah Amir. Dia juga terkejut setelah melihat wajahku.

”Mak tidak apa-apa?” soalnya kepada wanita itu.

Dia mendekati wanita itu. Aku benar-benar bersalah pada Amir. Entah apalah pandangannya kepada diriku. Dia membawa wanita itu dan berlalu. Dia benar-benar menambahkan lagi rasa bersalahku. Aku mengejar langkah mereka yang agak jauh berlalu.

”Amir..tunggu..” aku sapanya dari belakang.

Dia dan ibunya berpaling kepadaku. Nampaknya ibunya terkejut denganku. Mungkin dia tidak sangka aku mengenali anaknya.

”Amir, saya tidakkan minta awak memaafkan saya. Makcik, sekali lagi saya mohon maaf..benar-benar..” sambungku lagi.

Aku menghulurkan kad perniagaan kepada Wanita itu. Dia menerimanya dengan serba salah.

”Kalau ada bil perubatan yang perlu, nanti hubungi saya untuk saya bayarkan.., sekali lagi saya minta maaf..” ucapku lagi.

Wanita itu sekali lagi mendekatiku. Aku tidak tahu apakah yang dia fikirkan.

”Berapa banyak kamu minta maaf, anak. Mak cik tidak apa-apa. Mak cik sudah maafkan..” tuturnya kemudian.

Aku berasa lega mendengarkan ini. Aku minta diri untuk berlalu dan melangkah laju meninggalkan mereka. Aku lebih berhati-hati mengatur langkah. Sekali lagi air mataku tumpah di pipi. Aku berasa hiba sekali dengan apa yang berlaku.

Satu panggilan telefon kedengaran. Satu nombor yang asing bagiku. Aku menekan butang menjawab.

”Fatihah, bolehkah jika awak tidak pergi lagi? Jangan pergi lagi...” kedengaran suara Amir yang sungguh-sungguh.

Aku berpaling ke belakang dan melihat dia dan ibunya. Aku senyum kepadanya. Aku benar-benar tidakkan pergi lagi.


-----------------
Assalalualaikum..
Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 11:55


best juga cerita ni... terima kasih ye... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 12:46


tapii.... saya nak pergi jugak... pergi beli makanan.. petang nanti... uhuk...

hmm.. menarik juga jalan cerita nurArisha ni...
tapi, kuat nangis ek fatiha tu... :jangan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

randz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.08.2008
Ahli No: 34360
Posting: 23
Dari: bumi barakah

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-09-08 12:55


saya pun nak pergi jugak boleh....? he2...hari ni saya balik kg....yaho....!!!


a a...best juga jalan cerita ada....mabruk NurArisya.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For randzProfil   Hantar PM kepada randz   Quote dan BalasQuote

NurArisha
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.03.2005
Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 14:46


thanks sebab komen..

iyalah, watak fatiha ni kuat menangis..sensitif sikit orangnya..

sayapun nak pergi jugak..balik kampung..:)

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurArishaProfil   Hantar PM kepada NurArisha   Pergi ke NurArisha's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 15:11


hehe nak ikut jugak.. nak balik kampung.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089883 saat. Lajunya....