Oleh |
Seks: Ahli PKR dakwa diperangkap |
AUS_85
Warga 4 Bintang Menyertai: 30.06.2005 Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL
|
Posting pada: 24-09-08 14:28
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI IPOH 23 Sept. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China. Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah. Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks. Ahli PKR itu membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Kompleks Islam Perak di sini hari ini. Fairul Azrim merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini. Dalam surat aduannya, Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China. Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment. “Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment. “Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu. Rakannya, Zul Hassan yang merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah turut membuat laporan kepada JAIP tetapi tidak mengedarkan salinan surat aduannya kepada wartawan. Pada 25 Ogos lalu, Zul dan Ruslan yang merupakan Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) didakwa terlibat dalam skandal rasuah yang membabitkan seks manakala Fairul tidak didakwa. Kes itu turut melibatkan dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa meminta dan menerima rasuah wang. Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu turut meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya. “Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks. “Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujarnya. Sementara itu, Zul yang ditemui sebaik mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP di sini enggan memperincikan kandungan surat aduannya kepada JAIP itu. Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.'' Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar. “ Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya. Turut mengiringi mereka berdua ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang dan bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias hmmm, tak tau nak cakap apa
|
abadaa
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.11.2005 Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 24-09-08 14:33
astaghfirullah... sesungguhnye kebenaran tu akan muncul juga.. semoga Allah beri petunjuk kepada mereka...
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 24-09-08 14:36
perumpamaan wanita tu sebagai sedekah? sedekah apa kalau menyebabkan zina?
|
bintanghati2008
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan
|
Posting pada: 24-09-08 14:46
 maafkan saya kerana mencelah.. hanya ingin bertanya. mengapa hendak salahkan orang lain sedangkan kita tahu bahawa maksiat itu berdosa. semua itu kita boleh tolak jika iman kita kuat dan berpegang dengan ajaran islam. adakah benar BPR memasang perangkap. sedangkan kebanyakkan hotal di malaysia mempunyai cctv didalam bilik. sedekah boleh di terima jika sedekah itu di sisi Allah. bukankah zina itu haram di sisi Allah. mengapa harus di terima juga sedangkan islam
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 24-09-08 14:48
Pada 24-09-08 14:28 , AUS_85 posting:!!! QUOTE !!! “Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.
apa respon wanite2 dalam ukhwah ni ye...  boleh main sedekah2 pula ye orang perempuan ni, geleng kepala lah teman... ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
hid_uniten
Warga 4 Bintang Menyertai: 06.09.2005 Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::
|
Posting pada: 24-09-08 15:15
amboi..ada ke patut dsamakan wanita dan sedekah? kan jauh 2.. supposedly dia boleh tolak, siapa suruh dia accept offer 2?xpasal2 kan rakam dan dperangkap..xpasal2 glamor,huhu~
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 24-09-08 15:23
AADDOOII... Sedekah?? Memang tak bleeyy go... KKIHKKIHH!! Sengal betul.... ibnu_musa, mungkin bagi mereka waktu bulan Ramadhan inilah banyakkan SEDEKAH... KIHHKIHH!!! Macam-macam kari nenas.... p/s: Mamak, teh tarik setengah gelaaass satu. "TAK BOLEEHH!!!!" -Saja saja... Saya suka iklan U-Mobile niiee... HHEEE....
|
bintanghati2008
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.07.2008 Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan
|
Posting pada: 24-09-08 15:30
 rendah sungguh mertabat wanita jika di samakan dengan sedekah. wanita untuk dilindungi dan bukan untuk di sedekahkan. mana ada dalam islam wanita untuk di sedekahkan.. tak patut sungguh
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 24-09-08 15:57
hahahha rasa lawak saja ahli PKR tu.... kalau org tu sedekah naj** suruh makan , mesti dia makan punnya sebab dia tak guna otak menilai mana yang baik dan yang buruk. p/s; kalau dah buat salah ngaku saja jangan salah kan org lain pula.
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 24-09-08 16:14
Arab Jahiliah menyuruh isteri mereka untuk ditiduri oleh lelaki2 lain kerana berpandangan ia mampu menghasilkan anak2 yang hebat. Melayu jahiliah .... ???
|
Fattul_Bari
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR
|
Posting pada: 24-09-08 18:37
betul ka? jadi jangan lakukan perkara itu di kandang kuda kerana malu pada kuda yang tak pakai baju dan tak tau menegur. sayangilah diri ada dari perkara mungkar! jangan ikut itik pulang petang,baliklah seorang-seorang kerana anda tahu rumah sendiri huhuhuhu
|
ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 14.12.2003 Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 24-09-08 20:12
astagfirullah... bagaimana tergamak dia.. bukannya orang yang tiada ilmu.. bukan juga orang yang dungu... tapi berperlakuan seperti itu... :geleng kepala sambil menahan marah: murahnya harga setitis iman... rendahnya nilai seorang wanita... jadi, bagaimana dia mampu menjadi pemimpin, andai itu pun tak mampu dipimpin... tak malu pula tu mengaku terang-terangan...  sedihnya... p/s: Allah tu ada di mana-mana..
|
nurul_syifa
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.09.2008 Ahli No: 34884
Posting: 66
Dari: bumi Ilahi
|
Posting pada: 24-09-08 20:32
Itu lah... bila manusia dikuasai nafsu, mereka sanggup mengatakan apa sahaja... sanggup berbuat apa sahaja...  ----------------- “Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik” (Al A’raf:56)
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 24-09-08 22:44
adakah dia mengaku berzina??? kalau ikut hukum Islam, dia ini dah wajar dikenakan hukuman....dah kahwin ke belum mamat ini?? p/s: adakah anwar ibrahim akan melaksanakan hukum Allah SWT di bumi malaysia ini jika dia naik jadi PM?? ----------------- http://al-ahkam.net/home/index.phphttp://www.alwahy.com/
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 25-09-08 01:44
!!! QUOTE !!! p/s: adakah anwar ibrahim akan melaksanakan hukum Allah SWT di bumi malaysia ini jika dia naik jadi PM?? Salam, Ini kena tanya pada bro Rashidin sebab dia adalah jurucakap DSAI kat sini. Ikut pirasat saya ghaser-ghasernya...tunggu kucing bertanduk!  Sebab DSAI tidak akan tergamak nak langkah mayat siKarpal!  Lagi satu gila apa...nanti putus sahabat pulak dengan US!  Wasalam.
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 25-09-08 02:32
Pada 25-09-08 01:44 , fikrul_mustanir posting:wah....dasyat juga firasat awak ye....boleh tahan....  -----------------
|
mizie_hafiz80
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 25-09-08 09:40
Kalau betul, memang tak guna haiwan ni... ----------------- Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 25-09-08 09:47
Cuba lihat kembali... !!! CODE !!! "Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?"
p/s: Mengapa Mohamad Imran hantar sedekah tuuee.... KKIHKKIHH!!! Macam-macam sedekah zaman niiee eekk... Zaman apa niie? Millenium? Modernization? Technology? Capitalist? Senang cakap, Akhir Zaman. HAHAHHH!!!
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 25-09-08 09:48
tak pasal pasal imejnye jatuh.. dapat pulak glamour HARAM. itu lah kalau nafsu menguasai akal.. biarlah wanita cina sekali pun..ianya tetap wanita. dan apabila lelaki & perempuan bukan muhrim melakukan hubungan seks itu adalah zina.. tak kira lah dia mencari atau tidak mencari.. pokok pangkalnya dia sudah berzina...berfikir dahulu sebelum bertindak bukan bertindak dahulu baru nak berfikir..
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 25-09-08 09:58
macam-macam manusia ada... PKR kena buat usrah untuk ahli2 dia. Biar mantap sikit fahaman agama uh. Tak pasal2 perempuan jadi bahan sedekah.. Dah habis ke beras kat kedai nak sedekah..
|
Abdullah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 25-09-08 10:03
 , “Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya. Serupa??????????????? Kenyataan tu bagi Abdullah satu penghinaan pada konsep sedekah dalam Islam. Hmmm malu bila fikirkan apa reaksi bukan Islam bila membaca isu ni di akhbar Seolah-olah habuan seks satu bentuk sedekah yang diluluskan syarak. Harap golongan ulama segera keluarkan statement menyelar kenyataan terpesong ni. Wassalam
|
biru-putih
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.07.2006 Ahli No: 25137
Posting: 135
|
Posting pada: 25-09-08 11:51
Pada 24-09-08 14:28 , AUS_85 posting !!! QUOTE !!! Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.
Ni fatwa mana ni nak samakan dengan sedekah? Sedekah benda baik Berzina benda buruk Adakah sama benda baik dengan benda buruk...? Minta penjelasan ustaz2 penyokong atau pendukung PR ... Kalau inilah konsep yang dibawa oleh PR setelah memerintah nanti, alamat hancuslah intitusi agama Islam nanti....
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 25-09-08 11:57
PKR dan UMNO... sama-sama sekular. Apa yang peliknya
|
Nil
WARGA SETIA Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 25-09-08 12:20
Sama-samalah kita perbaiki dan nasihat menasihati antara satu sama lain...jangan pulak nak jadikan berita ini untuk mencemuh saudara kita sesama Islam (yang tiada kaitan dalam berita dalam posting ini). Yang salah tu tetap salah. Dah nama pun penyokong, dalam satu-satu kumpulan, tak termampu seorang pemimpin nak melihat kesemua ahlinya dan beri nasihat pada ahlinya. Yang pasti, orang itu yang bersalah. Jangan pulak disalahkan pemimpinnya, lain lah kalau pemimpinnya mempertahankan anak buahnya itu walaupun sudah terbukti bersalah.
|
darkside
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.09.2008 Ahli No: 35022
Posting: 106
|
Posting pada: 25-09-08 12:30
sangat setuju dengan Nil... yang salahnya seorang,takkan semua nak kena hukum.... lainla kalau dah pemimpinnya membela kesalahan org tu... harap sangat ada ulama yang keluarkan statement.... biar tak timbul salah faham pada non-muslim dan tak memihak pada 'muslim jahiliyyah' zaman sekarang
|
AziziYa-Habib
Warga 1 Bintang Menyertai: 12.11.2007 Ahli No: 31669
Posting: 37
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 25-09-08 12:36
apa yang pasti kena lah bertindak dengan betul bukan nya berlandaskan nafsu sahaja..tak kesah lah rasuah wang atau seks..hakikat nya ianya satu sogokan,tak tepikir ke sesuatu pemberian yang pelik..lagi-lagi katanye di hentian rehat dan rawat..ish2 pelik-pelik..kat situ pun berlaku perdagangan wanita juga yerr..org luar pula tu,ish..malunya seorang muslim berzina dengan kaum kafir yang sesungguhnya memang di laknat..dasyat2..inikah bakal pemimpin yang akan dilahirkan dalam pakatan rakyat...sungguh memilukan malah akan memporak-perandakan negara..biar lah umno di caci dan di hina moga mereka sedar kesilapan mereka,tapi jangan lah tukar pemerintahan ikut pintu belakang yang mana kewibawaannya belum pasti kesahihannya..malah tidak akan meyakinkan,yang paling takut anasir luar dan sekutu-sekutu amerika ini memerhatikan malaysia yang kerdil ini...sama-sama kita bermuhasabah..
|
gooku
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.12.2006 Ahli No: 27562
Posting: 269
|
Posting pada: 25-09-08 23:58
Pada 25-09-08 09:58 , Hanan posting:!!! QUOTE !!! macam-macam manusia ada... PKR kena buat usrah untuk ahli2 dia. Biar mantap sikit fahaman agama uh. Tak pasal2 perempuan jadi bahan sedekah.. Dah habis ke beras kat kedai nak sedekah.. kasihan golongan wanita jadi mangsa..mangsa keadaan. ini lah zaman jahiliyyah..berteknologi moden. wanita boleh disedekahkan. ----------------- http://gooku1.fotopages.com
|
solskjaer
WARGA SETIA Menyertai: 25.08.2004 Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united
|
Posting pada: 26-09-08 00:55
Pada 25-09-08 09:58 , Hanan posting:!!! QUOTE !!! macam-macam manusia ada... PKR kena buat usrah untuk ahli2 dia. Biar mantap sikit fahaman agama uh. Tak pasal2 perempuan jadi bahan sedekah.. Dah habis ke beras kat kedai nak sedekah.. aik?bukan saudari ni penyokong kuat anwar berahim ke?bagila cadangan kat anwar berahim tu..kalau dah ketua peliwat,anak buah apatah lagi.. ----------------- Manchester United Truly Fans
|
Penama
Deleted User
|
Posting pada: 26-09-08 09:05
huyooo.... gila yakin .. ketua peliwat.. mangsa kejadian ke or saksi kejadian ni? erm... bulan2 puasa.. namo lah begitu... kalau dia tak liwat dosa wooo main tuduh2 huhuhu... walaubagaimana pun.... bagi yang mengungapkan perempuan tu sama macam sedekah memang mangkuk lah tu... mana punya akal yang dia pakai tu entah....wuhuhuh
Quote
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 26-09-08 11:33
baik mana-mana ahli parti politik pun tidak terlepas daripada hukum Allah...jadi, kena muhasabah wahai insan...inilah yang terjadi apabila politik diletakkan lebih tinggi dari agama...once sesuatu yang lain diletakkan lebih tinggi daripada agama, maka tunggulah saat kehancurannya.. apapun, dalam melihat skop ini...saya tak setuju dengan beberapa kata-kata ahli ukhwah... Pada 26-09-08 00:55 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! aik?bukan saudari ni penyokong kuat anwar berahim ke?bagila cadangan kat anwar berahim tu..kalau dah ketua peliwat,anak buah apatah lagi..
jangan sebarangan membuat tuduhan selagi ia belum terbukti..bukan sifat seorang Islam..lebih² lagi apabila ia belum dapat dibuktikan bahawa Anwar tu bersalah..anyway, I'm not Anwar's kipas-susah-mati pun.. dan jangan menyamakan orang lain dengan orang lain hanya kerana mereka berada dalam satu parti politik...parti politik hanyalah alat...sedang mereka yang berada dalamnya mungkin mengandungi pelbagai bentuk ragam dan pemikiran serta sifat...jangan buat generalisasi..kalau tak, jangan salah orang kafir kerana menganggap orang Islam sebagai pandangan-pandangan yang negatif, sebab antara kita sendiri sudah menunjukkan sikap-sikap yang negatif... Pada 25-09-08 12:36 , AziziYa-Habib posting:!!! QUOTE !!! inikah bakal pemimpin yang akan dilahirkan dalam pakatan rakyat...sungguh memilukan malah akan memporak-perandakan negara..biar lah umno di caci dan di hina moga mereka sedar kesilapan mereka,tapi jangan lah tukar pemerintahan ikut pintu belakang yang mana kewibawaannya belum pasti kesahihannya.. tidak semua malahan mungkin hanya segelintir sahaja pemimpin dalam pakatan rakyat yang begitu..jangan samakan mereka semuanya..jika begitu, sepatutnya UMNO juga boleh dipukul sama-rata pemimpin²nya...berapa banyak kes rasuah, tipu harta kerajaan, kronisme...adakah semua ahlinya begitu??kalau buat generalisasi, kiranya semua ahli UMNO macam tu lah kan... lagi satu, ooo...kalau UMNO, biarlah dicaci dan dihina, moga mereka sedar kesilapan mereka...tapi jika PR?buat salah sekali, terus kena kondem ye...manusia mana ada yang perfect bang.... Pada 25-09-08 11:51 , biru-putih posting:!!! QUOTE !!! Kalau inilah konsep yang dibawa oleh PR setelah memerintah nanti, alamat hancuslah intitusi agama Islam nanti....
ni seorang lagi...konsep yang dibawa PR bukannya begitu...hanya kerana seorang sahaja..yang mungkin kefahamannya hanya setakat politik sahaja...jangan disamakan semua... P/S : cadangan Hanan tu lebih baik...kena buat pengIslahan kepada semua..
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 26-09-08 13:29
gelak besar saya...hebat muslim sekarang.....wanita cina pun boleh jadi bahan sedekah......kalau iman tak ada dalam dada ...otak pun boleh duduk kat kepala lutut saja.... teruknya.....tarak rasa malu ke ???
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 26-09-08 16:42
Pada 26-09-08 00:55 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! Pada 25-09-08 09:58 , Hanan posting:!!! QUOTE !!! macam-macam manusia ada... PKR kena buat usrah untuk ahli2 dia. Biar mantap sikit fahaman agama uh. Tak pasal2 perempuan jadi bahan sedekah.. Dah habis ke beras kat kedai nak sedekah..
aik?bukan saudari ni penyokong kuat anwar berahim ke?bagila cadangan kat anwar berahim tu..kalau dah ketua peliwat,anak buah apatah lagi..
kes saiful tu, dia tuduh dia diliwat, atau dianiaya... tapi kes solksjaer ni, anda direct tuduh DSAI telah melakukan liwat? berani betul ye... ada saksi tak?  wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 26-09-08 18:37
Pada 26-09-08 00:55 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! aik?bukan saudari ni penyokong kuat anwar berahim ke?bagila cadangan kat anwar berahim tu..kalau dah ketua peliwat,anak buah apatah lagi..
huuu....beratnya tuduhan ini....mendakwa saudara seIslam melakukan liwat. solskjaer....sila kemukakan 4 orang saksi....kalau tidak, anda wajar dikenakan hukuman qazaf. p/s: kalau terlepas hukuman qazaf di dunia....bagaimana nanti nasib kat akhirat kelak ye???  ----------------- http://al-ahkam.net/home/index.phphttp://www.alwahy.com/
|
jubah_hijau
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI
|
Posting pada: 26-09-08 18:47
Pada 26-09-08 00:55 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! Pada 25-09-08 09:58 , Hanan posting:
Hebat betul solskjaer....ilmu dia di tahap "wali"...dah tahu anwar ibrahim bersalah....
|
Fattul_Bari
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR
|
Posting pada: 29-09-08 14:32
Pada 25-09-08 11:57 , wuzaraa posting:!!! QUOTE !!! PKR dan UMNO... sama-sama sekular.
Apa yang peliknya betul ka? saya dah agak dah.cuma lain pendapat saja kan.
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 29-09-08 15:14
Pada 25-09-08 09:58 , Hanan posting:!!! QUOTE !!! macam-macam manusia ada... PKR kena buat usrah untuk ahli2 dia. Biar mantap sikit fahaman agama uh. betul betul betul! p/s: memang ada kenalan saya yang buat pengislahan dalam PKR. -----------------
|
pak_ali
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.09.2005 Ahli No: 18734
Posting: 256
Dari: Hollywood Records, 500 S. Buena Vista Saints Burbank, Los Angeles, California 91521.....
|
Posting pada: 29-09-08 16:35
sedekah..???? bak kata p ramlee..... "rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari".....ngeh2 tapi ni rezeki yang menempah tiket ke nuraka, baik tolak saja.....
|
ToK_iMaM
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.06.2003 Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI MeK@H... ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..
|
Posting pada: 29-09-08 21:50
itulah fitrah org politik..banyak fitnah dan huru-hara..
|
hanafirazali
Warga 4 Bintang Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak
|
Posting pada: 06-10-08 20:37
pkr kena jelaskan matlamat perjuangan mereka selain menentang kezaliman... kewajipan melaksanakan islam secara keseluruhan jangan diketepikan... setuju dengan pendapat Hanan... yang berada dalam politik ini pun manusia juga... tak terlepas daripada ujian dan cubaan... apa pun islah itu penting dalam mana-mana jemaah... perjuangkan islam... anda pasti selamat...
|
Fattul_Bari
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR
|
Posting pada: 07-10-08 14:01
pkr dengan dasar librel,mana pulak nak tegakan ISLAM menyeluruh,tapi tak tau lah mereka banyak tok guru dari malaysia sampai amerika,bumi ni kan luas.
|
pak_ali
Warga 4 Bintang Menyertai: 05.09.2005 Ahli No: 18734
Posting: 256
Dari: Hollywood Records, 500 S. Buena Vista Saints Burbank, Los Angeles, California 91521.....
|
Posting pada: 07-10-08 15:19
perjuangan PKR kabur.... gua dulu memang respect sama anuar... sekarang..????...errmmmmm nampak sangat perjuangan PKR sangat liberal/org bukan melayu bakal jadi tmbalan PM/hindraf jadi sekutu...bla...bla...bla gua ni kiranya pgundi atas pagar...huhu pak lah dengan kerajaan 3 branaknya/anwar dengan PKR & perjuangan/pembalasan dendam peribadinya.... mana pun gua tak sokong...(gua cuma sokong/kagum dengan tok guru nik aziz saja).....
|
fantasi87
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.10.2008 Ahli No: 35300
Posting: 77
Dari: bangi
|
Posting pada: 09-10-08 14:00
inilah dia umat akhir zaman......... tak tahun dan tak dapat melawan hawa nafsu...... dah berzina..lepas tu nak tuduh yang bukan2......ish2
|
lebai_y2k
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.09.2003 Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena
|
Posting pada: 20-10-08 08:23
kes ni bersambung dengan kes rasuah ADUN dan exco kerajaan Perak tu..panjang ceritanya..tapi senang cerita,perempuan tu sebenarnya nak bagi kat exco dan adun tu,tapi budak² ni yang sapu..tu yang buat plan lain untuk adun dan exco tu..sapayang buat plan,tak berani lah sebut,takut memfitnah org pula sebab tak budak bukti walaupun yakin sebenarnya mamat tu yang buat...
|
JKK
Warga 1 Bintang Menyertai: 18.10.2008 Ahli No: 35465
Posting: 39
Dari: Shah Alam
|
Posting pada: 20-10-08 09:56
hmm....Pakatan Rakyat 2x5 semuanya...kalau dah kena,macam-macam lah alasannya.berbuih-buih mulut ceramah menentang rasuah sana-sini.alih2 tak sampai stahun berkuasa,tak sabar-sabar mentekedarah rasuah. PAS pun lebih kurang jugak.ada pemimpin kawin 2,bini muda kena tinggal pula.siap masuk TV lagi.nak buat bagaimana...
|
lebai_y2k
Warga 4 Bintang Menyertai: 27.09.2003 Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena
|
Posting pada: 21-10-08 14:08
memang tak dinafikan ada ahli dan pemimpin PAS yang ada sifat negatif,tapi tak ada lah nak makan rasuah,makan reta anak yatim,hina ulama,hina sunnah nabi,dan buat perkara² yang boleh membawa kepada maqam fasiq,munafiq apatah lagi kafir... Parti lain?tak berani nak kata.tapi yang ana tau,exco dan adun perak tu memang difitnah.sumber cerita ana,dr org yang ada bersama adun tu ketika mereka ditahan..bukan baca kat internet atau media alternatif,apatah lagi dapat dari media pemutar belit... ----------------- Sesungguhnya solatku,amalku,hidup dan matiku adalah kerana ALLAH
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 21-10-08 14:20
Pada 26-09-08 00:55 , solskjaer posting:!!! QUOTE !!! Pada 25-09-08 09:58 , Hanan posting:!!! QUOTE !!! macam-macam manusia ada... PKR kena buat usrah untuk ahli2 dia. Biar mantap sikit fahaman agama uh. Tak pasal2 perempuan jadi bahan sedekah.. Dah habis ke beras kat kedai nak sedekah..
aik?bukan saudari ni penyokong kuat anwar berahim ke?bagila cadangan kat anwar berahim tu..kalau dah ketua peliwat,anak buah apatah lagi..
saya bukan nak sokong sangat..betul ke anwar peliwat...sebelum dibuktikan jangan buat dosa kering... bab ahli PKR ni ..dari segi agama dan moralnya memang mereka bersalah kerana berzina...setelah di offer....disini mereka gagal dalam ujian iman apabila diuji dengan perempuan.Disini saya berdoa kepada Allah agar diri saya dan muslimin di ukhwah dijauhkan dari ujian sebegini..sebab sejak dulu lagi...perempuan dijadikan perangakap untuk memusnahkan kaum muslimin berbanding wang ringgit.. sebab yang membuat perangkap tahu sukar kaum adam menolak "offer" sebegini hatta ustaz pun akan bergetar imannya inikan pula 'layman" macam kita kalau di "offer "didepan mata. bab BPR merakam perbuatan dan dilihat sengaja mencari salah...ini dipanggil perbuatan keji..sengaja memasang perangkap dan mencari salah. serta melorong orang itu untuk berzina semata-mata untuk memerangkap mereka...ini juga adalah satu perbuatan keji ala mossad israel...sangat keji perbuatan ini jika benar-benar berlaku. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 29-10-08 14:30
cuba tengok pula siapa dalam gambar ni?  apa cerita pula ni? ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|