Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-02-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: ShannonTodd
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43149

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 77
Ahli: 0
Jumlah: 77




  Yang Masuk Ke Sini
razani: 12 hari yang lalu
abid_19: 13 hari yang lalu
JonathanBaker: 15 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Seks: Ahli PKR dakwa diperangkap


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Seks: Ahli PKR dakwa diperangkap

Please Mendaftar To Post


Oleh Seks: Ahli PKR dakwa diperangkap

AUS_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 30.06.2005
Ahli No: 16977
Posting: 172
Dari: KL

Perak  


posticon Posting pada: 24-09-08 14:28


Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI

IPOH 23 Sept. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.

Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Ahli PKR itu membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Kompleks Islam Perak di sini hari ini.

Fairul Azrim merupakan salah seorang yang ditahan BPR Ogos lalu berhubung skandal rasuah dan seks membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini.

Dalam surat aduannya, Fairul Azrim mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.

“Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

“Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu.

Rakannya, Zul Hassan yang merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah turut membuat laporan kepada JAIP tetapi tidak mengedarkan salinan surat aduannya kepada wartawan.

Pada 25 Ogos lalu, Zul dan Ruslan yang merupakan Juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) didakwa terlibat dalam skandal rasuah yang membabitkan seks manakala Fairul tidak didakwa.

Kes itu turut melibatkan dua anggota Exco Kerajaan Negeri Perak dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa meminta dan menerima rasuah wang.

Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu turut meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.

“Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujarnya.

Sementara itu, Zul yang ditemui sebaik mengadakan pertemuan dengan pegawai JAIP di sini enggan memperincikan kandungan surat aduannya kepada JAIP itu.

Ditanya sama ada dia turut melakukan hubungan seks, Zul berkata: “Tidak mengaku tidak boleh, dia (BPR) ada gambar.''

Katanya, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Turut mengiringi mereka berdua ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang juga Ahli Parlimen Ampang dan bekas ADUN Bota, Kapten (B) Usaili Alias


hmmm, tak tau nak cakap apa

Bookmark and Share

    


  Member Information For AUS_85Profil   Hantar PM kepada AUS_85   Quote dan BalasQuote

abadaa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 15.11.2005
Ahli No: 20370
Posting: 126
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 14:33


astaghfirullah...

sesungguhnye kebenaran tu akan muncul juga..

semoga Allah beri petunjuk kepada mereka...

Bookmark and Share

    


  Member Information For abadaaProfil   Hantar PM kepada abadaa   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 14:36


perumpamaan wanita tu sebagai sedekah? sedekah apa kalau menyebabkan zina?

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 14:46


assalammualaikum

maafkan saya kerana mencelah.. hanya ingin bertanya. mengapa hendak salahkan orang lain sedangkan kita tahu bahawa maksiat itu berdosa. semua itu kita boleh tolak jika iman kita kuat dan berpegang dengan ajaran islam. adakah benar BPR memasang perangkap. sedangkan kebanyakkan hotal di malaysia mempunyai cctv didalam bilik. sedekah boleh di terima jika sedekah itu di sisi Allah. bukankah zina itu haram di sisi Allah. mengapa harus di terima juga sedangkan islam

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 14:48


Pada 24-09-08 14:28 , AUS_85 posting:

!!! QUOTE !!!

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

apa respon wanite2 dalam ukhwah ni ye... :sopan:

boleh main sedekah2 pula ye orang perempuan ni, geleng kepala lah teman...


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

hid_uniten
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.09.2005
Ahli No: 18744
Posting: 252
Dari: :: bumi Allalh ::

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 15:15


amboi..ada ke patut dsamakan wanita dan sedekah? kan jauh 2..

supposedly dia boleh tolak, siapa suruh dia accept offer 2?xpasal2 kan rakam dan dperangkap..xpasal2 glamor,huhu~

Bookmark and Share

    


  Member Information For hid_unitenProfil   Hantar PM kepada hid_uniten   Pergi ke hid_uniten's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 15:23


AADDOOII... Sedekah?? Memang tak bleeyy go... KKIHKKIHH!! Sengal
betul.... ibnu_musa, mungkin bagi mereka waktu bulan Ramadhan inilah
banyakkan SEDEKAH... KIHHKIHH!!! Macam-macam kari nenas....

p/s: Mamak, teh tarik setengah gelaaass satu.
"TAK BOLEEHH!!!!" -Saja saja... Saya suka iklan U-Mobile niiee...
HHEEE....

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

bintanghati2008
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.07.2008
Ahli No: 34147
Posting: 217
Dari: kuantan

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 15:30


assalammualaikum

rendah sungguh mertabat wanita jika di samakan dengan sedekah. wanita untuk dilindungi dan bukan untuk di sedekahkan. mana ada dalam islam wanita untuk di sedekahkan.. tak patut sungguh

Bookmark and Share

    


  Member Information For bintanghati2008Profil   Hantar PM kepada bintanghati2008   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 24-09-08 15:57


hahahha rasa lawak saja ahli PKR tu.... kalau org tu sedekah naj** suruh makan , mesti dia makan punnya sebab dia tak guna otak menilai mana yang baik dan yang buruk.


p/s; kalau dah buat salah ngaku saja jangan salah kan org lain pula.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 24-09-08 16:14


Arab Jahiliah menyuruh isteri mereka untuk ditiduri oleh lelaki2 lain kerana berpandangan ia mampu menghasilkan anak2 yang hebat.

Melayu jahiliah .... ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Fattul_Bari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR

turkey   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 18:37


betul ka? jadi jangan lakukan perkara itu di kandang kuda kerana malu pada kuda yang tak pakai baju dan tak tau menegur.

sayangilah diri ada dari perkara mungkar!

jangan ikut itik pulang petang,baliklah seorang-seorang kerana anda tahu rumah sendiri huhuhuhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For Fattul_BariProfil   Hantar PM kepada Fattul_Bari   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-09-08 20:12


astagfirullah...
bagaimana tergamak dia.. bukannya orang yang tiada ilmu..
bukan juga orang yang dungu... tapi berperlakuan seperti itu...
:geleng kepala sambil menahan marah:
murahnya harga setitis iman...
rendahnya nilai seorang wanita...
jadi, bagaimana dia mampu menjadi pemimpin, andai itu pun tak mampu dipimpin...
tak malu pula tu mengaku terang-terangan... :-( sedihnya...

p/s: Allah tu ada di mana-mana..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

nurul_syifa
Warga 2 Bintang
Menyertai: 09.09.2008
Ahli No: 34884
Posting: 66
Dari: bumi Ilahi

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-09-08 20:32


Itu lah... bila manusia dikuasai nafsu, mereka sanggup mengatakan apa sahaja... sanggup berbuat apa sahaja... :jangan:


-----------------
“Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik” (Al A’raf:56)


Bookmark and Share

    


  Member Information For nurul_syifaProfil   Hantar PM kepada nurul_syifa   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 24-09-08 22:44


adakah dia mengaku berzina???

kalau ikut hukum Islam, dia ini dah wajar dikenakan hukuman....dah kahwin ke belum mamat ini??

p/s: adakah anwar ibrahim akan melaksanakan hukum Allah SWT di bumi malaysia ini jika dia naik jadi PM??


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

fikrul_mustanir
WARGA SETIA
Menyertai: 03.11.2006
Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 01:44


!!! QUOTE !!!

p/s: adakah anwar ibrahim akan melaksanakan hukum Allah SWT di bumi malaysia ini jika dia naik jadi PM??


Salam,

Ini kena tanya pada bro Rashidin sebab dia adalah jurucakap DSAI kat sini. :lol:

Ikut pirasat saya ghaser-ghasernya...tunggu kucing bertanduk! :lol:

Sebab DSAI tidak akan tergamak nak langkah mayat siKarpal! :lol:

Lagi satu gila apa...nanti putus sahabat pulak dengan US! :lol:

Wasalam. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For fikrul_mustanirProfil   Hantar PM kepada fikrul_mustanir   Quote dan BalasQuote

kapten06
WARGA SETIA
Menyertai: 04.01.2007
Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 02:32


Pada 25-09-08 01:44 , fikrul_mustanir posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

p/s: adakah anwar ibrahim akan melaksanakan hukum Allah SWT di bumi malaysia ini jika dia naik jadi PM??


Salam,

Ini kena tanya pada bro Rashidin sebab dia adalah jurucakap DSAI kat sini. :lol:

Ikut pirasat saya ghaser-ghasernya...tunggu kucing bertanduk! :lol:

Sebab DSAI tidak akan tergamak nak langkah mayat siKarpal! :lol:

Lagi satu gila apa...nanti putus sahabat pulak dengan US! :lol:

Wasalam. :-)



wah....dasyat juga firasat awak ye....boleh tahan.... :-)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For kapten06Profil   Hantar PM kepada kapten06   Pergi ke kapten06's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 25-09-08 09:40


Kalau betul, memang tak guna haiwan ni...


-----------------
Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...


Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 09:47


Cuba lihat kembali...

!!! CODE !!!


"Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau
orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?"

    
p/s: Mengapa Mohamad Imran hantar sedekah tuuee.... KKIHKKIHH!!!
Macam-macam sedekah zaman niiee eekk... Zaman apa niie? Millenium?
Modernization? Technology? Capitalist? Senang cakap, Akhir Zaman.
HAHAHHH!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 09:48


tak pasal pasal imejnye jatuh.. dapat pulak glamour HARAM. itu lah kalau nafsu menguasai akal.. biarlah wanita cina sekali pun..ianya tetap wanita. dan apabila lelaki & perempuan bukan muhrim melakukan hubungan seks itu adalah zina.. tak kira lah dia mencari atau tidak mencari.. pokok pangkalnya dia sudah berzina...berfikir dahulu sebelum bertindak bukan bertindak dahulu baru nak berfikir..

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor  


posticon Posting pada: 25-09-08 09:58


macam-macam manusia ada... PKR kena buat usrah untuk ahli2 dia. Biar mantap sikit fahaman agama uh. Tak pasal2 perempuan jadi bahan sedekah.. Dah habis ke beras kat kedai nak sedekah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Abdullah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 261
Posting: 248
Dari: Malaysia

blank  


posticon Posting pada: 25-09-08 10:03


Assalamualaikum,

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.

Serupa???????????????

Kenyataan tu bagi Abdullah satu penghinaan pada konsep sedekah dalam Islam.

Hmmm malu bila fikirkan apa reaksi bukan Islam bila membaca isu ni di akhbar Seolah-olah habuan seks satu bentuk sedekah yang diluluskan syarak. Harap golongan ulama segera keluarkan statement menyelar kenyataan terpesong ni.

Wassalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For AbdullahProfil   Hantar PM kepada Abdullah   Quote dan BalasQuote

biru-putih
Warga 3 Bintang
Menyertai: 10.07.2006
Ahli No: 25137
Posting: 135

blank  


posticon Posting pada: 25-09-08 11:51


Pada 24-09-08 14:28 , AUS_85 posting

!!! QUOTE !!!


Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya.


Ni fatwa mana ni nak samakan dengan sedekah?

Sedekah benda baik

Berzina benda buruk

Adakah sama benda baik dengan benda buruk...?

Minta penjelasan ustaz2 penyokong atau pendukung PR ... :kelip: :-o :berfikir:

Kalau inilah konsep yang dibawa oleh PR setelah memerintah nanti, alamat hancuslah intitusi agama Islam nanti....

Bookmark and Share

    


  Member Information For biru-putihProfil   Hantar PM kepada biru-putih   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 25-09-08 11:57


PKR dan UMNO... sama-sama sekular.

Apa yang peliknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Nil
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20136
Posting: 435
Dari: Temerloh

Pahang  


posticon Posting pada: 25-09-08 12:20


Sama-samalah kita perbaiki dan nasihat menasihati antara satu sama lain...jangan pulak nak jadikan berita ini untuk mencemuh saudara kita sesama Islam (yang tiada kaitan dalam berita dalam posting ini). Yang salah tu tetap salah.

Dah nama pun penyokong, dalam satu-satu kumpulan, tak termampu seorang pemimpin nak melihat kesemua ahlinya dan beri nasihat pada ahlinya.

Yang pasti, orang itu yang bersalah. Jangan pulak disalahkan pemimpinnya, lain lah kalau pemimpinnya mempertahankan anak buahnya itu walaupun sudah terbukti bersalah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For NilProfil   Hantar PM kepada Nil   Quote dan BalasQuote

darkside
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2008
Ahli No: 35022
Posting: 106

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-09-08 12:30


sangat setuju dengan Nil... yang salahnya seorang,takkan semua nak kena hukum.... lainla kalau dah pemimpinnya membela kesalahan org tu...

harap sangat ada ulama yang keluarkan statement.... biar tak timbul salah faham pada non-muslim dan tak memihak pada 'muslim jahiliyyah' zaman sekarang

Bookmark and Share

    


  Member Information For darksideProfil   Hantar PM kepada darkside   Quote dan BalasQuote

AziziYa-Habib
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.11.2007
Ahli No: 31669
Posting: 37
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 25-09-08 12:36


apa yang pasti kena lah bertindak dengan betul bukan nya berlandaskan nafsu sahaja..tak kesah lah rasuah wang atau seks..hakikat nya ianya satu sogokan,tak tepikir ke sesuatu pemberian yang pelik..lagi-lagi katanye di hentian rehat dan rawat..ish2 pelik-pelik..kat situ pun berlaku perdagangan wanita juga yerr..org luar pula tu,ish..malunya seorang muslim berzina dengan kaum kafir yang sesungguhnya memang di laknat..dasyat2..inikah bakal pemimpin yang akan dilahirkan dalam pakatan rakyat...sungguh memilukan malah akan memporak-perandakan negara..biar lah umno di caci dan di hina moga mereka sedar kesilapan mereka,tapi jangan lah tukar pemerintahan ikut pintu belakang yang mana kewibawaannya belum pasti kesahihannya..malah tidak akan meyakinkan,yang paling takut anasir luar dan sekutu-sekutu amerika ini memerhatikan malaysia yang kerdil ini...sama-sama kita bermuhasabah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AziziYa-HabibProfil   Hantar PM kepada AziziYa-Habib   Quote dan BalasQuote

gooku
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.12.2006
Ahli No: 27562
Posting: 269

blank  


posticon Posting pada: 25-09-08 23:58


Pada 25-09-08 09:58 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

macam-macam manusia ada... PKR kena buat usrah untuk ahli2 dia. Biar mantap sikit fahaman agama uh. Tak pasal2 perempuan jadi bahan sedekah.. Dah habis ke beras kat kedai nak sedekah..


kasihan golongan wanita jadi mangsa..mangsa keadaan.

ini lah zaman jahiliyyah..berteknologi moden. wanita boleh disedekahkan.


-----------------
http://gooku1.fotopages.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

solskjaer
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2004
Ahli No: 10725
Posting: 2644
Dari: manchester united

saudiarabia  


posticon Posting pada: 26-09-08 00:55


Pada 25-09-08 09:58 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

macam-macam manusia ada... PKR kena buat usrah untuk ahli2 dia. Biar mantap sikit fahaman agama uh. Tak pasal2 perempuan jadi bahan sedekah.. Dah habis ke beras kat kedai nak sedekah..


aik?bukan saudari ni penyokong kuat anwar berahim ke?bagila cadangan kat anwar berahim tu..kalau dah ketua peliwat,anak buah apatah lagi..


-----------------
Manchester United Truly Fans


Bookmark and Share

    


  Member Information For solskjaerProfil   Hantar PM kepada solskjaer   Pergi ke solskjaer's Website   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 26-09-08 09:05


huyooo.... gila yakin .. ketua peliwat.. mangsa kejadian ke or saksi kejadian ni?

erm... bulan2 puasa.. namo lah begitu... kalau dia tak liwat dosa wooo main tuduh2 huhuhu...


walaubagaimana pun.... bagi yang mengungapkan perempuan tu sama macam sedekah memang mangkuk lah tu... mana punya akal yang dia pakai tu entah....wuhuhuh

Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 26-09-08 11:33


Assalamualaikum
baik mana-mana ahli parti politik pun tidak terlepas daripada hukum Allah...jadi, kena muhasabah wahai insan...inilah yang terjadi apabila politik diletakkan lebih tinggi dari agama...once sesuatu yang lain diletakkan lebih tinggi daripada agama, maka tunggulah saat kehancurannya..

apapun, dalam melihat skop ini...saya tak setuju dengan beberapa kata-kata ahli ukhwah...

Pada 26-09-08 00:55 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!


aik?bukan saudari ni penyokong kuat anwar berahim ke?bagila cadangan kat anwar berahim tu..kalau dah ketua peliwat,anak buah apatah lagi..


jangan sebarangan membuat tuduhan selagi ia belum terbukti..bukan sifat seorang Islam..lebih² lagi apabila ia belum dapat dibuktikan bahawa Anwar tu bersalah..anyway, I'm not Anwar's kipas-susah-mati pun..

dan jangan menyamakan orang lain dengan orang lain hanya kerana mereka berada dalam satu parti politik...parti politik hanyalah alat...sedang mereka yang berada dalamnya mungkin mengandungi pelbagai bentuk ragam dan pemikiran serta sifat...jangan buat generalisasi..kalau tak, jangan salah orang kafir kerana menganggap orang Islam sebagai pandangan-pandangan yang negatif, sebab antara kita sendiri sudah menunjukkan sikap-sikap yang negatif... :jangan:

Pada 25-09-08 12:36 , AziziYa-Habib posting:

!!! QUOTE !!!

inikah bakal pemimpin yang akan dilahirkan dalam pakatan rakyat...sungguh memilukan malah akan memporak-perandakan negara..biar lah umno di caci dan di hina moga mereka sedar kesilapan mereka,tapi jangan lah tukar pemerintahan ikut pintu belakang yang mana kewibawaannya belum pasti kesahihannya..


tidak semua malahan mungkin hanya segelintir sahaja pemimpin dalam pakatan rakyat yang begitu..jangan samakan mereka semuanya..jika begitu, sepatutnya UMNO juga boleh dipukul sama-rata pemimpin²nya...berapa banyak kes rasuah, tipu harta kerajaan, kronisme...adakah semua ahlinya begitu??kalau buat generalisasi, kiranya semua ahli UMNO macam tu lah kan... :kelip:

lagi satu, ooo...kalau UMNO, biarlah dicaci dan dihina, moga mereka sedar kesilapan mereka...tapi jika PR?buat salah sekali, terus kena kondem ye...manusia mana ada yang perfect bang.... :jangan:

Pada 25-09-08 11:51 , biru-putih posting:

!!! QUOTE !!!


Kalau inilah konsep yang dibawa oleh PR setelah memerintah nanti, alamat hancuslah intitusi agama Islam nanti....


ni seorang lagi...konsep yang dibawa PR bukannya begitu...hanya kerana seorang sahaja..yang mungkin kefahamannya hanya setakat politik sahaja...jangan disamakan semua...

P/S : cadangan Hanan tu lebih baik...kena buat pengIslahan kepada semua.. :welcome:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 13:29


gelak besar saya...hebat muslim sekarang.....wanita cina pun boleh jadi bahan sedekah......kalau iman tak ada dalam dada ...otak pun boleh duduk kat kepala lutut saja.... teruknya.....tarak rasa malu ke ???

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 16:42


Pada 26-09-08 00:55 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-09-08 09:58 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

macam-macam manusia ada... PKR kena buat usrah untuk ahli2 dia. Biar mantap sikit fahaman agama uh. Tak pasal2 perempuan jadi bahan sedekah.. Dah habis ke beras kat kedai nak sedekah..


aik?bukan saudari ni penyokong kuat anwar berahim ke?bagila cadangan kat anwar berahim tu..kalau dah ketua peliwat,anak buah apatah lagi..


kes saiful tu, dia tuduh dia diliwat, atau dianiaya... tapi kes solksjaer ni, anda direct tuduh DSAI telah melakukan liwat?

berani betul ye... ada saksi tak? :berfikir:

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 26-09-08 18:37


Pada 26-09-08 00:55 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!


aik?bukan saudari ni penyokong kuat anwar berahim ke?bagila cadangan kat anwar berahim tu..kalau dah ketua peliwat,anak buah apatah lagi..



huuu....beratnya tuduhan ini....mendakwa saudara seIslam melakukan liwat.

solskjaer....sila kemukakan 4 orang saksi....kalau tidak, anda wajar dikenakan hukuman qazaf.

p/s: kalau terlepas hukuman qazaf di dunia....bagaimana nanti nasib kat akhirat kelak ye??? :berfikir:


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 26-09-08 18:47


Pada 26-09-08 00:55 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-09-08 09:58 , Hanan posting:

Hebat betul solskjaer....ilmu dia di tahap "wali"...dah tahu anwar ibrahim bersalah....


Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

Fattul_Bari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR

turkey   avatar


posticon Posting pada: 29-09-08 14:32


Pada 25-09-08 11:57 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

PKR dan UMNO... sama-sama sekular.

Apa yang peliknya
betul ka? saya dah agak dah.cuma lain pendapat saja kan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Fattul_BariProfil   Hantar PM kepada Fattul_Bari   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-09-08 15:14


Pada 25-09-08 09:58 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

macam-macam manusia ada... PKR kena buat usrah untuk ahli2 dia. Biar mantap sikit fahaman agama uh.


betul betul betul!


p/s: memang ada kenalan saya yang buat pengislahan dalam PKR.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

pak_ali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18734
Posting: 256
Dari: Hollywood Records, 500 S. Buena Vista Saints Burbank, Los Angeles, California 91521.....

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-09-08 16:35


sedekah..????
bak kata p ramlee.....
"rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari".....ngeh2
tapi ni rezeki yang menempah tiket ke nuraka, baik tolak saja.....

Bookmark and Share

    


  Member Information For pak_aliProfil   Hantar PM kepada pak_ali   Quote dan BalasQuote

ToK_iMaM
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.06.2003
Ahli No: 1071
Posting: 183
Dari: ...NeGeRi $eRaMbI [email protected] ®..::iSLaM iS Da WaY oF LiFe ::..©..:: IIUM ::..

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-09-08 21:50


itulah fitrah org politik..banyak fitnah dan huru-hara..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ToK_iMaMProfil   Hantar PM kepada ToK_iMaM   Pergi ke ToK_iMaM's Website   Quote dan BalasQuote

hanafirazali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26499
Posting: 327
Dari: negeri sembilan dan perak

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-08 20:37


pkr kena jelaskan matlamat perjuangan mereka selain menentang kezaliman... kewajipan melaksanakan islam secara keseluruhan jangan diketepikan... setuju dengan pendapat Hanan... yang berada dalam politik ini pun manusia juga... tak terlepas daripada ujian dan cubaan... apa pun islah itu penting dalam mana-mana jemaah... perjuangkan islam... anda pasti selamat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For hanafirazaliProfil   Hantar PM kepada hanafirazali   Quote dan BalasQuote

Fattul_Bari
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR

turkey   avatar


posticon Posting pada: 07-10-08 14:01


pkr dengan dasar librel,mana pulak nak tegakan ISLAM menyeluruh,tapi tak tau lah mereka banyak tok guru dari malaysia sampai amerika,bumi ni kan luas.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Fattul_BariProfil   Hantar PM kepada Fattul_Bari   Quote dan BalasQuote

pak_ali
Warga 4 Bintang
Menyertai: 05.09.2005
Ahli No: 18734
Posting: 256
Dari: Hollywood Records, 500 S. Buena Vista Saints Burbank, Los Angeles, California 91521.....

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-10-08 15:19


perjuangan PKR kabur....
gua dulu memang respect sama anuar...
sekarang..????...errmmmmm
nampak sangat perjuangan PKR sangat liberal/org bukan melayu bakal jadi tmbalan PM/hindraf jadi sekutu...bla...bla...bla
gua ni kiranya pgundi atas pagar...huhu
pak lah dengan kerajaan 3 branaknya/anwar dengan PKR & perjuangan/pembalasan dendam peribadinya....
mana pun gua tak sokong...(gua cuma sokong/kagum dengan tok guru nik aziz saja).....

Bookmark and Share

    


  Member Information For pak_aliProfil   Hantar PM kepada pak_ali   Quote dan BalasQuote

fantasi87
Warga 3 Bintang
Menyertai: 08.10.2008
Ahli No: 35300
Posting: 77
Dari: bangi

Selangor  


posticon Posting pada: 09-10-08 14:00


inilah dia umat akhir zaman.........
tak tahun dan tak dapat melawan hawa nafsu......
dah berzina..lepas tu nak tuduh yang bukan2......ish2

Bookmark and Share

    


  Member Information For fantasi87Profil   Hantar PM kepada fantasi87   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 20-10-08 08:23


kes ni bersambung dengan kes rasuah ADUN dan exco kerajaan Perak tu..panjang ceritanya..tapi senang cerita,perempuan tu sebenarnya nak bagi kat exco dan adun tu,tapi budak² ni yang sapu..tu yang buat plan lain untuk adun dan exco tu..sapayang buat plan,tak berani lah sebut,takut memfitnah org pula sebab tak budak bukti walaupun yakin sebenarnya mamat tu yang buat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

JKK
Warga 1 Bintang
Menyertai: 18.10.2008
Ahli No: 35465
Posting: 39
Dari: Shah Alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 20-10-08 09:56


hmm....Pakatan Rakyat 2x5 semuanya...kalau dah kena,macam-macam lah alasannya.berbuih-buih mulut ceramah menentang rasuah sana-sini.alih2 tak sampai stahun berkuasa,tak sabar-sabar mentekedarah rasuah.
PAS pun lebih kurang jugak.ada pemimpin kawin 2,bini muda kena tinggal pula.siap masuk TV lagi.nak buat bagaimana...

Bookmark and Share

    


  Member Information For JKKProfil   Hantar PM kepada JKK   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 21-10-08 14:08


memang tak dinafikan ada ahli dan pemimpin PAS yang ada sifat negatif,tapi tak ada lah nak makan rasuah,makan reta anak yatim,hina ulama,hina sunnah nabi,dan buat perkara² yang boleh membawa kepada maqam fasiq,munafiq apatah lagi kafir...
Parti lain?tak berani nak kata.tapi yang ana tau,exco dan adun perak tu memang difitnah.sumber cerita ana,dr org yang ada bersama adun tu ketika mereka ditahan..bukan baca kat internet atau media alternatif,apatah lagi dapat dari media pemutar belit...


-----------------
Sesungguhnya solatku,amalku,hidup dan matiku adalah kerana ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-10-08 14:20


Pada 26-09-08 00:55 , solskjaer posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 25-09-08 09:58 , Hanan posting:

!!! QUOTE !!!

macam-macam manusia ada... PKR kena buat usrah untuk ahli2 dia. Biar mantap sikit fahaman agama uh. Tak pasal2 perempuan jadi bahan sedekah.. Dah habis ke beras kat kedai nak sedekah..


aik?bukan saudari ni penyokong kuat anwar berahim ke?bagila cadangan kat anwar berahim tu..kalau dah ketua peliwat,anak buah apatah lagi..





saya bukan nak sokong sangat..betul ke anwar peliwat...sebelum dibuktikan jangan buat dosa kering...


bab ahli PKR ni ..dari segi agama dan moralnya memang mereka bersalah kerana berzina...setelah di offer....disini mereka gagal dalam ujian iman apabila diuji dengan perempuan.Disini saya berdoa kepada Allah agar diri saya dan muslimin di ukhwah dijauhkan dari ujian sebegini..sebab sejak dulu lagi...perempuan dijadikan perangakap untuk memusnahkan kaum muslimin berbanding wang ringgit.. sebab yang membuat perangkap tahu sukar kaum adam menolak "offer" sebegini hatta ustaz pun akan bergetar imannya inikan pula 'layman" macam kita kalau di "offer "didepan mata.

bab BPR merakam perbuatan dan dilihat sengaja mencari salah...ini dipanggil perbuatan keji..sengaja memasang perangkap dan mencari salah. serta melorong orang itu untuk berzina semata-mata untuk memerangkap mereka...ini juga adalah satu perbuatan keji ala mossad israel...sangat keji perbuatan ini jika benar-benar berlaku.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7868
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 29-10-08 14:30


cuba tengok pula siapa dalam gambar ni?


.


apa cerita pula ni?


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.139371 saat. Lajunya....