Oleh |
Bermaafan di hari raya??? |
darkside
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.09.2008 Ahli No: 35022
Posting: 106
|
Posting pada: 23-09-08 12:05
saya nak tanya... Kenapa bila hari raya org kena bermaaf-maafan? dalam Quran ada suruh minta maaf dengan org masa hari raya ke? saya rimas lah tengok family2 parents beratur nak salam, minta maaf...sampai nangis sedu2... Kenapa mesti tunggu hari raya saja baru nak minta maaf?
|
imni_1612
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 23-09-08 12:18
darkside.. saya sekadar memberi pendapat.. bagi saya memgla dalam al quran tak ada suruh bermaafan tapi .. mungkin bagi sesetengah orang hari raya ni lah time nak berjumpa..  macam famili saya pun, keluarga pak long dengan klrga angah tingal kat k.l..tapi nak buat bagaimana yang bila saya balik kg..dyorang da balik k.l, saya pun sibuk kerja juga..memang tak ada masa nak jumpa jadi bila balik rayani lah masa nak jumpa..lalu minta maaf lah agaknya ada terbuat salah silap..lagi pun..lebih syahdu bila minta maaf time hari raya.. tu pendapat saya..wallahua'lam..
|
darkside
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.09.2008 Ahli No: 35022
Posting: 106
|
Posting pada: 23-09-08 12:23
tapi kalau semua org balik kampung ada kenduri ke, semua balik time budak-budak cuti sekolah ke, tak ada pun nak mintak2 maaf.. Kenapa mesti hari raya... lagipun hari raya kan hari kemenangan... tapi org kita nak nangis sedu2 pulak..
|
altaf
Warga 2 Bintang Menyertai: 25.09.2006 Ahli No: 26556
Posting: 51
Dari: terengganu
|
Posting pada: 23-09-08 12:29
menangis tanda kita berjaya melawan dugaan dalam puasa...
|
nazliahnazeer
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.09.2008 Ahli No: 34872
Posting: 56
Dari: Perak
|
Posting pada: 23-09-08 12:32
mungkin dah jadi macam ada kott..dah mama suruh..haha..siap ikut turutan lagi..1st salam opah dulu, salam abah mama, adik beradik abang kakak adik, salam pakcik makcik.. mesti lah nangesss kalau dah salam dengan mak, minta ampun kat beliau.. sebab kann orang dia kumpul setahun punya kesalahan lepas itu minta m'f, sebab tu nanges..
|
darkside
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.09.2008 Ahli No: 35022
Posting: 106
|
Posting pada: 23-09-08 12:50
saya minta maaf pun sebab kena suruh.. so tak nangis pun.. sebab kena suruh,bukan kita betul-betul nak minta maaf.... hmm,semua benda nak ikut adat.... certain things, lebih adat dari agama...
|
Fattul_Bari
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR
|
Posting pada: 23-09-08 12:53
Pada 23-09-08 12:50 , darkside posting:!!! QUOTE !!! saya minta maaf pun sebab kena suruh.. so tak nangis pun.. sebab kena suruh,bukan kita betul-betul nak minta maaf.... hmm,semua benda nak ikut adat.... certain things, lebih adat dari agama... dah tu lepas salam tunggu lama huhuhuhu! (nak duit raya lah tu)... besar gajah dah lah bagi orang lain pulak.
|
Fattul_Bari
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR
|
Posting pada: 23-09-08 12:57
Pada 23-09-08 12:32 , nazliahnazeer posting:!!! QUOTE !!! mungkin dah jadi macam ada kott..dah mama suruh..haha..siap ikut turutan lagi..1st salam opah dulu, salam abah mama, adik beradik abang kakak adik, salam pakcik makcik..
mesti lah nangesss kalau dah salam dengan mak, minta ampun kat beliau..
sebab kann orang dia kumpul setahun punya kesalahan lepas itu minta m'f, sebab tu nanges.. ka nangis sebab mak suruh bagi duit raya kat budak-budak huhuhuhuhu! saya pun pernah keluar air mata juga bila salam dengan mak kita kan tapi bukan sedih pun.air mata yang keluar sebab mak buat sambal bihun sup kena kat mata saya huhuhuhhuhu!
|
altaf
Warga 2 Bintang Menyertai: 25.09.2006 Ahli No: 26556
Posting: 51
Dari: terengganu
|
Posting pada: 23-09-08 12:58
bermaafan dengan hati yang ikhlas baru rasa tenang.....semua kira 0-0. tapi kan kalau adat tu lebih kepada kebaikan...elok diterapkan.
|
nazliahnazeer
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.09.2008 Ahli No: 34872
Posting: 56
Dari: Perak
|
Posting pada: 23-09-08 13:04
saya tak payah kasi duit raya lagi...hmmm kalau mak tak suruh memang tak salam kan..bukan salah pun salam minta maaf kat orang..benda ni pun jadi isu..kalau baik sangat tiap-tiap hari jumpa orang tu salam minta maaf zahir batin baguih benor lah ye..
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 23-09-08 13:06
Pada 23-09-08 12:05 , darkside posting:!!! QUOTE !!! saya nak tanya... Kenapa bila hari raya org kena bermaaf-maafan? dalam Quran ada suruh minta maaf dengan org masa hari raya ke?
saya rimas lah tengok family2 parents beratur nak salam, minta maaf...sampai nangis sedu2...
Kenapa mesti tunggu hari raya saja baru nak minta maaf? Urm.... Dalam Al-Quran memang tak ada pula tulis kita disuruh bermaaf-maafan di Hari Raya... Tapi, Allah ada perintahkan kita supaya menjadi pemaaf. Saya petik beberapa potong ayat daripada Surah Ali Imran.. == 130 - Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan atau mengambil riba dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah supaya kamu berjaya. 131 - Dan peliharalah diri kamu dari api neraka, yang disediakan bagi orang-orang kafir. 132 - Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat. 133 - Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; 134 - Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik; 135 - Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). 136 - Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.Surah Ali Imran: 130-136 === Pada hari raya, amalan yang dianjurkan adalah ziarah-menziarahi. Dalam ziarah-menziarahi tu, memberi maaf lah kita seperti yang ditulis dalam ayat 134.. Sebabnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam.. kalau kita salah ke tak ada salah ke, kita minta maaf kat orang tu, orang tu pun minta maaf kat kita dan kita maafkan... baru lah aman harmoni kan?  Yang saya fahami, setelah kita memohon dan mengharapkan keampunan daripada Allah sepanjang bulan Ramadhan, lengkapkan lagi diri kita kemudiannya dengan memohon maaf dari kalangan manusia pula, iaitu dengan semua ahli keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan kita pada Hari Raya... baru lah kita jadi lebih bersih, sesuai dengan maksud Aidil Fitri... yang bermaksud hari raya fitrah; hari kembalinya kesucian kepada kita. Jadi kita kena lah tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia... So, bermaaf-maafanlah kita di Hari Raya ye!  -----------------
|
Fattul_Bari
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR
|
Posting pada: 23-09-08 13:07
Betul tu altaf saya sokong.besedekah2 lah di bulan mulia dan bemaaf2 di hari raya.....bulan puasa bayak lah buat juadah buka puasa maka boleh tukar2 juadah kan,JANGAN lupa PINGGAN KASI BALIK,MAHAL TU! huhuhuhhuhu! SELAMAT BERFORUM
|
Fattul_Bari
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR
|
Posting pada: 23-09-08 13:12
Pada 23-09-08 13:04 , nazliahnazeer posting:!!! QUOTE !!! saya tak payah kasi duit raya lagi...hmmm
kalau mak tak suruh memang tak salam kan..bukan salah pun salam minta maaf kat orang..benda ni pun jadi isu..kalau baik sangat tiap-tiap hari jumpa orang tu salam minta maaf zahir batin baguih benor lah ye.. Alah manja nya! pergi raya kat rumah boleh? bermaafan memanglah selalu,kita manusia tidak lari dari dosa,bermohon ampun dan maaf supaya tidak di ulang kesalahan atau kesahan lain yang tidak di sedari.
|
darkside
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.09.2008 Ahli No: 35022
Posting: 106
|
Posting pada: 23-09-08 13:19
hmm,jawapannya tetap sama lah kan... bukan dimestikan minta maaf pada hari raya... memang kita digalakkan untuk menjadi pemaaf, tapi bukan berasaskan adat yang selalu minta maaf pada hari raya....
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 23-09-08 14:10
rasa malu pula nangeh masa tengah salam...
|
Fattul_Bari
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR
|
Posting pada: 23-09-08 14:14
Pada 23-09-08 14:10 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! rasa malu pula nangeh masa tengah salam... anda tak tahu perasaan yang menusuk tu buat kita terharu.tetiba saja air mata me leleh2.
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 23-09-08 14:24
memang dah jadi budaya kita time raya saja minta maaf.. Kenapa ye? maybe tu waktu yang paling berkesan agaknya sebab masa tu kita sedara mara semua berkumpul.. so ambil kesempatan itu untuk memohon maaf.. kalau time kenduri kahwin ke apa,susah sikit sebab kita banyak kerja nak kena buat so masa nak minta maaf tu tak ada lah dramatis sangat..kalau minta maaf pun just kata layanan tetamu tak berapa bagus ke,ada makanan2 yang tak dapat ke,so apa-apa lah.. kalau budak-budak,minta maaf sebab nak duit raya bukan nak maaf betul-betul.. pagi minta maaf,petang buat salah lagi.. ish,nak kena rotan ini..
|
nazliahnazeer
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.09.2008 Ahli No: 34872
Posting: 56
Dari: Perak
|
Posting pada: 23-09-08 14:26
Pada 23-09-08 13:12 , Fattul_Bari posting:!!! QUOTE !!! Pada 23-09-08 13:04 , nazliahnazeer posting:!!! QUOTE !!! saya tak payah kasi duit raya lagi...hmmm
kalau mak tak suruh memang tak salam kan..bukan salah pun salam minta maaf kat orang..benda ni pun jadi isu..kalau baik sangat tiap-tiap hari jumpa orang tu salam minta maaf zahir batin baguih benor lah ye.. Alah manja nya! pergi raya kat rumah boleh? bermaafan memanglah selalu,kita manusia tidak lari dari dosa,bermohon ampun dan maaf supaya tidak di ulang kesalahan atau kesahan lain yang tidak di sedari. eii..siapa lah dia ni..saya tak raya kat rumah, kat UK.. haha..datang lah kalau tak segan..
|
Fattul_Bari
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR
|
Posting pada: 23-09-08 14:27
budak-budak memang macam tu! orang yang tua jangan lari masuk bilik tak nak keluar...YE YE BONUS BOLEH DAH.
|
Fattul_Bari
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35124
Posting: 100
Dari: NEGERI PASIR DUA BUTIR
|
Posting pada: 23-09-08 14:29
Pada 23-09-08 14:26 , nazliahnazeer posting:!!! QUOTE !!! Pada 23-09-08 13:12 , Fattul_Bari posting:!!! QUOTE !!! Pada 23-09-08 13:04 , nazliahnazeer posting:!!! QUOTE !!! saya tak payah kasi duit raya lagi...hmmm
kalau mak tak suruh memang tak salam kan..bukan salah pun salam minta maaf kat orang..benda ni pun jadi isu..kalau baik sangat tiap-tiap hari jumpa orang tu salam minta maaf zahir batin baguih benor lah ye.. Alah manja nya! pergi raya kat rumah boleh? bermaafan memanglah selalu,kita manusia tidak lari dari dosa,bermohon ampun dan maaf supaya tidak di ulang kesalahan atau kesahan lain yang tidak di sedari.
eii..siapa lah dia ni..saya tak raya kat rumah, kat UK.. haha..datang lah kalau tak segan.. ULU KELANG KA? eh! selalu kat situ hehehehehe! ye lah saya ni malu sikit
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 23-09-08 14:33
Pada 23-09-08 13:19 , darkside posting:!!! QUOTE !!! hmm,jawapannya tetap sama lah kan... bukan dimestikan minta maaf pada hari raya...
memang kita digalakkan untuk menjadi pemaaf, tapi bukan berasaskan adat yang selalu minta maaf pada hari raya.... memohon maaf di hari raya juga tidak salah, malah umat Islam digalakkan bermaaf-maafan sesama mereka. kalau mampu minta maaf setiap hari, silakan... kalau mampu setiap minggu, silakan... kalau mampu setiap bulan, silakan... kalau mampu setiap tahun, silakan... sinonim kita memohon maaf di hari raya ni, sebab masa tu lah kita berkumpul dan berjumpa dengan keluarga, saudara mara, sahabat handai, lagi-lagi yang kerja jauh dari kg, betul tak? tapi jangan hanya mohon maaf di hari raya saja, hari2 lain pun kalau kita buat salah kena mohon maaf juga wassalam. ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 23-09-08 14:38
Pada 23-09-08 14:14 , Fattul_Bari posting:!!! QUOTE !!! Pada 23-09-08 14:10 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! rasa malu pula nangeh masa tengah salam... anda tak tahu perasaan yang menusuk tu buat kita terharu.tiba-tiba saja air mata me leleh2. segan lah.... teman ni tahap ego tinggi ni. Jatuh mertabat seorang lelaki perkasa...hihihihihi kalau nangeh sengsorang dalam bilik tak apa lah -----------------
|
LinCikedot
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia
|
Posting pada: 23-09-08 15:48
Bermaafan selagi ada peluang..kalau ibubapa kita dah tak ada atau kita sendiri dah tak ada..dah tak dapat bermaafan lagi kan..kan...pada hamba 50-50 lah, benda elok apa salahnya kalau kita nak buat. Tak semestinya dalam Quran ada suruh minta maaf dengan org masa hari raya baru kita berebut-rebut nak buat sedangkan konsep meminta maaf tu sentiasa ada...anytime saja boleh bermaafan.. everytime buat salah..
|
comel
Warga 5 Bintang Menyertai: 12.06.2003 Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara
|
Posting pada: 23-09-08 15:58
Hari raya tak lengkap kalau tak minta maaf dengan ahli keluarga. Time ni lah semua ahli keluarga berkumpul....... Kita tidak setiap hari memohon maaf dari semua ahli keluarga...apatah lagi rakan dan taulan. Bila minta maaf di Hari Raya....tak lah rasa berat dan payah sangat..berbanding dengan hari2 biasa...kerana memang telah sedia maklum hari itu hari gembira jadi semua orang ceria dan gembira. Nak minta maaf ringan saja dan orang yang memaafkan pun lapang saja dada menerimanya. Yang baik tu eloklah di teruskan.......... Manalah tahu esok lusa dah tak jumpa lagi........ Selamat Hari Raya...Maaf salah silap......
|