Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Jangan lupakan sahabat anda..Cerita sedih di hari raya..


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Jangan lupakan sahabat anda..Cerita sedih di hari raya..

Please Mendaftar To Post


Oleh Jangan lupakan sahabat anda..Cerita sedih di hari raya..

PerMataHiJau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2007
Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA

Pahang  


posticon Posting pada: 17-09-08 23:56


Assalamualaikum ..saya dapat emel ni daripada kawan saya...sedih jugak cerita nya..mengingatkan kita pada insan yang bernama kawan,sahabat dan teman... 8-) ....................

Pejam celik, pejam celik saja dah nak raya. Dah lama aku tak balik
kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat juga aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gila kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik main
sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek
jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti
semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung
menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu
kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di
luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga
mesti terlopong
melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti
di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir
sepuluh minit.. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk
mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz
menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak
kemuncut. 'Wey! Siut. Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa
kau buat
tepi jalan malam-malam begini?' Razi bersuara sambil memeluk Naim yang
terkekeh-kekeh ketawa. 'Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik
Malaysia jadi begini kau ye.. handsome nampak?' Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.
Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. 'Biasa lah! zaman bersedar, manusia
pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?' Naim tidak menjawab soalan
Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke
bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh
dan kakinya sedikit tempang. 'Apa kena dengan kau ni? kenapa kaki kau tu?
Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah saja...' tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.

'Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik
rumah ke?' Naim mengubah topik.
'Cadangnya gitulah!'
' Ala ! singgahlah rumah aku dulu. Aku dah lama tak borak dengan kau.
Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!' pujuk Naim lalu
menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
'Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik lah!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!' kata Raiz dalam hati.
'Eh? Kau duduk seorang saja ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
'Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab
nak jaga mereka.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul. Aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung lah!' Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
'Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, tak ada sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam saja!' Naim
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz
tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang .
'Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya. Aku tunggu tepi
jalan, manalah tau agaknya-agaknya kau ada balik! Pasal aku tau kau seorang saja
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang
pulak tuduh aku nak mengenen mereka. Hishh. Aku cuma tunggu kau balik!
Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. mereka apa tau?Tak peduli aku
makan ke, minum ke! sakit ke! matipun mereka mesti tak ambil peduli!'
Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan 'Aku minta maaf Naim. Aku
betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!' Raiz
menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. 'Tu lah kau, pergi
belajar jauh-jauh tu Kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok
balik dah jadi begini bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku tak ada apa
boleh dimakan. Ni saja lah!'. Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan
sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim!
'Aku minta maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!' Suara Raiz sayu
dan pilu. Naim senyum tawar. 'Buat apa kau minta maaf. Aku jadi macam ni
pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat bagaimana. Kau dah balik
ni, selalu-selalu lah jenguk. Aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku minta
ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah
makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!'
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul
berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan
tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..
'Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!'
Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz
bangun.'Eh? Mak!' terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah
dan
ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. 'Yang kau tidur
kat sini pagi-pagi raya ni Kenapa? Dah tak ada rumah nak balik?' jerkah
ayahnya.
'Eh? Kenapa pulak mereka marah ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling.. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
'Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
'Kenapa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!' Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! Raiz terpelangah.
'Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia tak ada, sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?'
'Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak ada..'terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.
Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang
raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui
semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi
pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

'Kau dah balik ni, selalu-selalu lah jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak
raya. Aku minta ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung
kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah
rumah aku ye!' Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim
lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada
arwah.'Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di
sana !

moralnya: jangan lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar
8-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For PerMataHiJauProfil   Hantar PM kepada PerMataHiJau   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.083609 saat. Lajunya....