Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 12-12-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Mencari lilin lebih baik dari merungut bila kegelapan

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 70
Ahli: 0
Jumlah: 70




  Yang Masuk Ke Sini
kasih_kekasih: 24 hari yang lalu
nur_takwa88: 30 hari yang lalu
kismis: 30 hari yang lalu
qaulah_atrah: 42 hari yang lalu
muaz9768: 45 hari yang lalu
Rashdin: 51 hari yang lalu


Cerpen
Topik: Suamiku, Engkaulah Awal Dan Akhir Untukku...


Carian Forum

Moderator: Administrator, NaZa_FirmaN
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Cerpen
    »» Suamiku, Engkaulah Awal Dan Akhir Untukku...

Please Mendaftar To Post


Oleh Suamiku, Engkaulah Awal Dan Akhir Untukku...

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 22:13


Salam...Diharapkan dapatlah baca ia dengan teliti.
Sebarang komen yang baik, dialu-alukan.
Terima kasih.
Selamat Membaca!


Suamiku, Engkau Awal Dan Akhir Untukku...


Suamiku,
Walau dirimu telah tiada di sisi,
Namun kasihmu tetap dirasai,
Yang senantiasa menebal di dalam diri,
Lantas mengusir rindu dan lara ini,
Mengundang kasih Ilahi,
Dek cinta yang sejati.

Suamiku,
Walau dunia kita telah berbeza,
Tapi kasih-Nya menyatukan dua hati menjadi satu,
Tatkala nyawa memisahkan kita,
Di situlah segala hikmah diberi,
Menjadi manusia pencinta sejati,
Semoga syurga menjadi tempat kita bersatu kembali.

Suamiku,
Kan ku menjaga amanahmu,
Dengan didikan dan kasih sayang,
Menjadi insan yang soleh dan solehah,
Penerus amanah Rasulullah,
Pemangkin generasi Rabbani.
Berbakti kepada Tuhan Yang Satu.

Suamiku,
Walau kau telah tiada di sisi,
Tidakkan ku mencari insan pengganti,
Sebagai teman di kala sepi,
Hanya Al-Quran dan zikrullah di sisi,
Kau insan yang tiada pengganti,
Kerana kau lah suamiku awal dan akhir...

Suamiku,
Semoga doaku mengiringi,
Menemanimu melayari bahtera abadi,
Berkat ketekunan dan kesabaranmu mendidik kami,
Terimalah kasih sayang daripada isterimu,
Serta zuriat-zuriatmu,
Agar dirimu bahagia bersama Ilahi.

Suamiku,
Kucoretkan kisah kita di lembaran ini,
Sebagai tatapan buat insan yang ingin mencari,
Mencari kekasih sepertimu dan redha Ilahi,
Dan pendidik yang sejati,
Sebagai peneman diri,
Di kala mencari kasih Ilahi.






Isterimu,
Aisya Humaira’ binti Abdullah

Dan zuriatmu,
Layyinul Harir binti Umar al-Islam
Salahuddin al-Ayubi bin Umar al-Islam
Hassan al-Banna bin Umar al-Islam






Sering terimbau sewaktu bersama,
Senda gurau manis bicara,
Usahlah ditangisi insan yang telah pergi,
Kaulah pengganti suami,

Engkau ratu di sanubari,
Menjalar di tiap urat nadi,
Nasib begini tak kau kesalkan,
Tuhanlah sandaran harapan,
Pasrah ketentuan,

Matanya berkaca-kaca dan deraian air mata terus jatuh ke riba Aisya tanpa disedari tatkala mendengar bait-bait lagu Ratu Hatiku. Lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Alarm Me suatu ketika dahulu dan dikeudarakan oleh radio IKIM.FM dalam perjalanannya ke Pantai Tok Bali membawa anak perempuannya Layyinul Harir yang berusia 10 tahun serta sepasang kembarnya iaitu Hassan al-Banna dan Salahuddin al-Ayubi yang berusia lapan tahun. Dadanya terus sebak apabila terkenangkan arwah suami tercinta. Suaminyalah tempat Aisya bermanja dan berkongsi tentang suka dan duka yang dilalui bersama. Mengurus keperluan keluarga serta mendidik anak-anak bersama. Aisya tetap bersyukur dalam kepiluan dan kesedihan walaupun suaminya telah pergi buat selama-lamanya, tetapi masih mempunyai zuriat yang diamanahkan oleh arwah suaminya sebagai tempat melepaskan kerinduan kepada suaminya, Umar al-Islam. Siapa yang tidak sedih dengan kehilangan seorang suami yang begitu memahami diri dan amat bertanggungjawab dengan kebajikan keluarga dan agama.
Namun dengan pantas sekali Aisya menyeka air mata di pipinya tatkala anak sulungnya, Layyinul Harir bertanya.
“Ummi, Kenapa ummi menangis? Tanya anaknya yang separuh mengerti yang lebih mesra dengan panggilan Ayyin.
“Tak ada apalah Ayyin...mata ummi masuk habuk.” Katanya sambil menyeka air mata dan tersenyum ke arahnya.
Ayyin turut tersenyum apabila melihat ibunya tersenyum dan terus tertidur di sebelah tempat duduk Aisya.
Kereta Aisya terus meluncur dengan laju menuju ke destinasinya. Di samping itu, Aisya juga berharap agar dengan tibanya di sana, dapatlah dia merehatkan fikirannya daripada kesibukan bandar. Maklumlah, Aisya tinggal di pinggir bandar Kota Bharu yang tidak kurang sibuknya.
Sesampainya di kawasan Pantai Tok Bali, Aisya terus mengejutkan ketiga-tiga anaknya yang lama tertidur. Mereka begitu gembira kerana melihat ramai pengunjung dan kanak-kanak seusianya bermain layang-layang dan berkelah bersama ibu dan ayah. Setelah lama mencari, Aisya menjumpai suatu tempat yang sesuai untuk parking kereta.
Walaupun hidup tanpa kehadiran suami di sisi, Aisya tetap tabah mengharungi badai kehidupan dengan semangat yang teguh. Hidupnya tidaklah terlalu sukar seperti sesetengah masyarakat yang jatuh setelah ketiadaan suami. Aisya masih ingat mengenai suatu kisah yang pernah terjadi dalam sejarah hidup keluarga ibunya yang ketika itu usia Aisya sedang meningkat remaja. Hidup bagaikan puteri semasa keberadaan suami, rumah besar, kereta besar, sofa besar, meja besar dan pelbagai perabot yang diperbuat daripada kayu jati. Segala kehendak dapat dipenuhi oleh suami. Akan tetapi, setelah ketiadaan suami, pelbagai masalah mendatang. Hutang-piutang keliling pinggang. Bukan harta yang ditinggalkan suami, malah hutang di sana sini. Anak-anak dan isteri menjadi mangsa kemiskinan dan perebutan harta oleh orang yang tidak bertanggungjawab sehinggakan sanggup merampas harta anak-anak yatim yang masih kecil.
Inilah suatu wabak yang telah menjalar masuk ke dalam lubuk hati manusia di negara kita yang dahulunya terkenal dengan budi pekerti yang luhur. Ke manakah perginya sifat lemah-lembut yang dahulunya pernah menjadi tradisi kita. Inilah suatu persoalan yang masih menghantui buat insan yang mencintai kebajikan anak-anak yatim.
Manusia yang bergelar umat Islam haruslah sentiasa mengingati kesusahan di kala berada dalam kesenangan kerana kesusahan dan kesenangan merupakan ujian daripada Allah. Bukan sengaja Allah menguji kita sedemikian, tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menguji sejauh mana tahap keimanan dan ketaqwaan kita kepada-Nya.
“ Ayyin, tolong ummi bawakan tikar ni. Nanti ummi nak hampar kat bawah pokok tu.” Kata Aisya sambil sibuk mengeluarkan raga yang berisi mihun goreng dan air teh serta pinggan dan cawan dari dalam bonet kereta.
Tiba-tiba kelihatan kelibat Banna yang datang mengambil tikar.
“Ummi, Banna nak tolong umi bawakan tikar tu...Kak Ayyin tengah tengok tempat untuk kita duduk.” Kata anak yang paling bongsu dengan mulut yang petah bercakap. Tapi sungguh comel dan manis sekali.
Setelah semua bekalan telah dikeluarkan, datang pula Ayubi untuk membantunya membawa raga.
“Ummi, Ayubi nak bawa raga tu.” Kata anaknya sambil terjengkek-jengkek menjenguk ke dalam bonet memerhatikan kalau-kalau masih ada barang yang tertinggal.
“Raga ni berat lah sayang. Kalau Ayubi nak tolong, tolong bawakan plastik sampah tu.” Kata Aisya sambil tersenyum lebar.
“Baik ummi.” Kata Ayubi.
Setelah tikar dihamparkan dan makanan dihidangkan, Aisya memanggil anak-anaknya yang leka mencari kulit-kulit kerang agar datang menjamah makanan yang telah dihidangkan. Setelah selesai menjamu selera, tibalah masanya Ayyin, Banna dan Ayubi bermain sambil diperhatikan oleh Aisya dan fikirannya jauh melayang mengingati saat-saat manis sewaktu mengenali suaminya.

Bukan tidak mahu menikah di kala usia awal 20-an, tetapi terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai penuntut ilmu dan kerjaya sebagai seorang jururawat yang memegang ijazah sarjana muda sebelum ditawarkan sebagai seorang pensyarah di Fakulti Sains Keihatan Sekutu di Universiti Sains Malaysia ( USM ) dan kerja-kerja amal yang dilakukan untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi ini. Di sana sini mesyuarat yang perlu dihadiri sehingga memaksanya ke luar negeri di hari yang sepatutnya berehat memandangkan Aisya merupakan seorang ketua di dalam Persatuan Muslimat Islam         ( PMI ) di negeri tempat kelahirannya. Aisya juga ditawar melanjutkan pengajiannya di peringkat sarjana di dalam bidang sains kejururawatan di universiti yang sama. Aisya tidak pernah melepaskan peluang yang baik begitu sahaja. Tawaran itu diterimanya dengan hati yang terbuka dan gembira. Tidak pernah Aisya lupa untuk memohon restu daripada kedua orang tuanya dan dipermudahkan segala urusannya oleh Allah. Inilah suatu semangat yang harus diambil oleh setiap insan yang bergelar umat Islam dalam menimba ilmu. Umat Islam haruslah merebut sebanyak mana peluang yang ada dalam menambah ilmu di dada dan secara tidak langsung ia akan memartabatkan Islam di muka bumi ini.
Di kala para tetamu hadir dan memenuhi ruang tamu di hari pernikahan, Aisya terkenang dengan segala suka dan duka yang pernah dilaluinya di suatu ketika dahulu. Bukan tiada insan yang cuba melamar, namun hatinya belum terbuka untuk menerima. Bukan memilih, tetapi mengikuti syariat. Bukan harta yang dicari, namun nilai agama di dalam diri yang dinilai. Bukan rupa paras yang direnungi, tapi sinar keimanan di wajahnya yang ingin dimiliki.
Aisya tetap mengenepikan apa yang diperkatakan rakan-rakan tentangnya. Biarlah ia menjadi suatu perangsang untuk lebih berdoa dan berharap pada-Nya agar dikurniakan insan pendamping yang terbaik buatnya. Biarlah lambat, tapi semoga ia dapat membimbingnya menuju syurga Allah kelak. Dapat bersama-sama berusaha untuk menegakkan syiar Islam di bumi Tuhan Yang Esa. Dapat bersama-sama mendidik diri dan zuriat berteraskan syariat Islam. Semoga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah agar dapat pula menjadi insan bertaqwa.
“Aisya, bila lagi Aisya nak menikah ni...? Umur dah 29 takkan tak ada yang berkenan di hati agaknya...dah ramai yang melamar Aisya, tapi satu pun Aisya tak terima...Kenapa? Pulak tu, mereka tu bukan calang-calang orang...berharta, ada rupa, dan berpangkat lagi, doktor jangan cakap lah...mojoritinya doktor...” Sapa Imtisal, teman rapatnya yang merupakan seorang guru agama di sekolah agama swasta di kala Imtisal bertandang ke rumahnya.
“Entahlah Kak Im, hati Aisya tetap tak terbuka untuk mereka. Dah banyak kali Aisya buat solat istikharah, tapi tak ada satu pun petunjuk yang memaksa Aisya terima lamaran tu...”
“Ye ke...entah lah Aisya, nak buat macam mana...sekarang pun bukan mudah nak cari calon suami yang benar-benar patuh dengan ajaran agama. Mungkin Allah nak beri yang lebih baik lah tu untuk Aisya...sabar lah Aisya, insyaallah ada lah tu jodoh untuk Aisya.”Jawab Imtisal.
“Erm...Aisya harap pun macam tu lah. Usaha dan doa dah buat...hanya bertawakkal saja lah...Aisya malu nak mencari, biar mereka saja lah yang mencari Aisya...”. Jawab Aisya dengan wajahnya yang sedikit kemerahan menahan malu untuk membicarakan mengenai lelaki.
Ternyata walaupun usianya telah menjangkau angka 29, namun sifat pemalu masih menebal dalam dirinya. Itulah sifat wanita yang didambakan oleh seorang suami yang soleh.
Imtisal sahajalah sahabat Aisya yang amat mengerti perasaan dan paling memahami dirinya. Dia juga merupakan salah satu teman Aisya yang paling akrab walaupun Imtisal tiga tahun lebih tua daripada Aisya. Sama-sama ke kuliah pagi jumaat di masjid jika Aisya tidak bekerja di hari tersebut dan sewaktu Imtisal masih bujang. Tapi kini, Imtisal telah 3 tahun mendirikan rumahtangga dengan Abdullah Siddiq yang merupakan pengerusi Angkatan Pemuda Islam ( API ) di tempatnya dan bekerja sebagai usahawan jaya. Sungguh beruntung diri Imtisal kerana memiliki insan yang sangat menitik beratkan cara hidup Islam dalam keluarga mereka. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan dengan sepasang cahaya mata kembar. Anak sulung bernama Abu Huzaifah dan yang bongsu Safiyyah. Sungguh comel dan lucu melihat gelagak mereka.. Aisya telah lama mengidamkan baitul muslim seperti sahabatnya, Imtisal. Bukan Aisya sengaja menolak semua lamaran itu, tetapi kerana masih ingin menumpukan dengan urusannya untuk menamatkan ijazah sarjananya di Universiti Sains Malaysia ( USM ) serta kerjaya sebagai salah seorang kakitangan pensyarah di USM Kubang Kerian, Kelantan. Setiap hari, dirinya sibuk dengan pelbagai research yang harus disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Hari demi hari berlalu dengan kesibukannya sebagai pensyarah, pelajar dan ketua kepada PMI. Sebelum detik-detik pertemuannya dengan Umar al-Islam, Aisya telah dihubungi oleh seorang muslimin yang merupakan ketua Angkatan Pemuda Islam yang baru dan membincangkan tentang mesyuarat yang bakal diadakan pada keesokan harinya. Sebelum ini, Aisya tidak mengenali sama sekali Umar, akan tetapi oleh kerana ketua API yang sebelumnya terpaksa ke Jordan di atas urusannya untuk menyambung pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang usuluddin. Di atas sebab tesebutlah, ahli-ahli jawatankuasa API terpaksa mencari seorang pengganti yang mempunyai karisma dan ilmu agama yang tinggi dalam memimpin bagi mengganti tempat saudara Mohd Sarkhawi bin Sayuti yang merupakan mantan API. Kebetulan pula, Umar baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Islam Madinah di dalam bidang Al-Quran dan Sunnah peringkat sarjana dan kini telah melangkah ke usia 30. Insyaallah jika diizinkan umur dan masa, beliau akan melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah di dalam bidang yang sama. Cukuplah hanya sekadar di dalam negara seperti di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ( UIAM ). Kini, selain bertanggungjawab kepada API, beliau juga merupakan tenaga pengajar di Akademi Islam di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta ( IPTS ) di Kelantan.
Pada keesokan harinya, Aisya bangkit tersangat awal pada paginya kerana ingin menghadiri suatu majlis ilmu di masjid yang berada agak jauh dari rumahnya. Setiap minggu Aisya akan menghadirinya tanpa alasan yang menghalang. Petangnya pula, Aisya akan menghadiri satu mesyuarat yang bakal diadakan di dewan muslimat Islam bagi membincangkan beberapa masalah dan cadangan untuk menjayakan beberapa program yang bakal melibatkan muslimat. Ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi jati diri seseorang wanita Islam dan mengembalikan semula nilai-nilai akhlak Islam yang pernah ditunjukkan oleh Saiyidatina Khatijah dan Saiyidatina Siti Aisyah kepada kita. Bukan contoh akhlak golongan-golongan daripada barat yang cuba merosakkan orang-orang Islam dengan nilai-nilai akhlak yang mengikut jejak langkah syaitan laknatullah. Tapi bukan mudah jika tidak bermula daripada kemahuan diri sendiri. Semuanya bergantung pada diri sendiri sama ada mahu mengikut yang baik ataupun buruk. Namun Aisya tetap berusaha untuk menarik minat kaum-kaum wanita yang telah rosak akhlaknya untuk dibimbing menuju ke jalan yang benar walaupun usaha itu agak sukar.
Setelah kesemua tugasnya selesai, tibalah masanya untuk Aisya yang ditemani oleh Imtisal menyerahkan beberapa intisari mesyuarat yang telah diadakan bersama-sama muslimat yang lain kepada ketua API baru iaitu Umar al-Islam. Pertama kalinya Aisya bertentang mata dengan Umar sambil menyerahkan kertas intisari perbincangan, jantungnya terus berdegup kencang bagai kuda yang berlari sewaktu dalam peperangan. Dengan cepat, Aisya terus menundukkan pandangannya daripada terlalu lama melihat wajah Umar. Mata Umar pula terus difokuskan kepada kertas intisari perbincangan yang diberikan Aisya. Wajahnya kemerahan tersipu malu. Setelah itu, Aisya terus meminta untuk berundur diri dan Umar mengangguk perlahan sambil mengizinkan Aisya berlalu.
“Bukankah dia wanita yang sentiasa menjelma di dalam mimpiku setelah selesainya aku bersolat tahajjud semenjak aku berada di Madinah lagi? Tapi Kenapa ye wajahnya muncul di dalam mimpi aku sedangkan aku sama sekali tidak mengenali dirinya?” Bisik hati Umar yang penuh persoalan di fikirannya.
Tidak semena-mena, jantung Umar berdegup bagai kuda yang berlari kencang tatkala kagum melihat akhlak Islam yang ditunjukkan oleh Aisya. Tiada sifat tergedik-gedik yang ditunjuki oleh Aisya walaupun berhadapan dengan jejaka yang tidak kurang tampannya. Mempunyai kulit yang cerah dan disinari cahaya keimanan pada Yang Esa, tinggi lampai dan mempunyai budi pekerti yang mulia. Terlalu menjaga tutur katanya agar tidak terkeluar daripada batasan agama dan tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak yang mendengar tutur katanya. Itulah sifat suami yang didambakan oleh Aisya. Sifat wara’ yang ada pada diri Umar menyerlahkan lagi penampilannya.
Umar telah jatuh hati kepadanya tanpa Aisya sedari dan begitu juga sebaliknya. Masing-masing hanya menyimpan perasaan tanpa diluahkan. Walaupun baru pertama kali bertemu, hati mereka bagaikan terikat dengan suatu ikatan yang telah ditentukan oleh-Nya. Namun begitu, Aisya beristighfar panjang agar dirinya tidak terdorong oleh hawa nafsu dan godaan syaitan semata.
Aisya pulang dengan berdiam diri sepanjang perjalanan menuju ke rumah sambil ditemani oleh Imtisal. Ketika itu, Imtisal diminta suaminya agar pulang terlebih dahulu kerana mempunyai mesyuarat bersama ahli-ahli jawatankuasa API yang lain. Dalam perjalanan pulang tersebut, Imtisal pelik melihat gelagak Aisya yang agak berbeza daripada sebelumnya. Biasanya Aisya mempunyai banyak topik untuk diperkatakan. Tapi hari ini, berlainan sekali.
“Aisya, Kenapa diam saja dari tadi? Biasanya Aisya ni banyak cakap dengan akak.” Tanya Imtisal sambil menunjukkan reaksi yang tertanya-tanya.
“ Tak ada apalah Kak Im...saja...Aisya tak ada topik nak bercakap. Tak nak pulak bercakap yang mengarut-ngarut, nanti banyak pulak dosa.” Kata Aisya sambil menunjukkan reaksi muka yang kononnya tidak mengerti.
“Ye ke ni....atau...”. Tak sempat Imtisal menghabiskan ayatnya, Aisya terus mencubit manja di peha Imtisal.
“ Akak ingat apa hah?” Kata Aisya yang kemerahan pipinya.
‘Aisya jatuh hati ke kat Umar tadi...? Dari tadi akak tengok Aisya pelik saja...Diam semacam.” Kata Imtisal mengusik.
Dengan tiba-tiba, jantung Aisya mengepam darah dengan begitu laju sekali apabila mendengar nama Umar disebut.
“ Entah lah Kak Im, Aisya pun tak tahu lah. Mungkin ni hanya godaan saja agaknya.” Kata Aisya sambil menyangkal tanggapan Imtisal.
“Owh...akak faham perasaan ni Aisya. Akak pun pernah laluinya dulu sampai sekarang walau dah menikah dengan Abang Siddiq, akak tetap merasai perasaan yang sama seperti Aisya...” Kata Imtisal dengan penuh yakin.
“Maksud akak perasaan malu dan berdebar...? Kata Aisya yang bagaikan tidak percaya.
“Iye Aisya. Bila akak tengok saja muka Abang Siddiq, tiba-tiba jantung berdebar semacam saja. Entah kenapalah. Malu tak payah cakap lah...”
“Bagus lah akak ni...sifat pemalu dengan suami tu lah yang mengukuhkan lagi ikatan suami dan isteri. Suami yang soleh memang suka melihat isterinya masih mempunya sifat yang pemalu dengannya...tak begitu Kak Im...?” Kata Aisya mengusik.
“Hehehe...Aisya ni ada-ada lah...Insyaallah.” Kata Imtisal yang tersipu malu.

Perodua Myvi Aisya terus meluncur dengan laju menuju ke kawasan perumahan Imtisal. Setibanya di hadapan rumah teres 2 tingkat, pintu kereta sebelah Imtisal terus dikuak perlahan. Setelah Imtisal keluar daripada dalam badan kereta, Imtisal bersuara perlahan.
“ Aisya, kalau Aisya berkenan kat Ustaz Umar tu, nanti akak boleh khabarkan kat Abang Siddiq agaknya-agaknya lah Abang Siddiq boleh adjust Umar kat Aisya ....” Kata Imtisal bersungguh.
“Eh Kak Im, akak ni nak bagi Aisya mati cepat ke ni...Malu lah...jangan lah...jangan lah...Aisya merayu kat akak, jangan bagitau Abang Siddiq...” Kata Aisya yang kebimbangan.
“Tak kira, akak nak cakap jugak...”
“Ala Kak Im...jangan...Aisya malu. Kalau dia nak, biar dia lah yang bersuara...Aisya takut malu nanti kalau dia menolak...” Tegas Aisya yang sedikit ketakutan.
“Ok lah Aisya. Akak hormati kehendak Aisya. Tapi kalau Aisya nak minta tolong daripada akak dan Abang Siddiq, bagitau saja kami... Kami sedia membantu.”
“Terima kasih Kak Im...Insyaallah...” Kata Aisya yang sedikit lega tergambar di raut wajahnya.
“Ok lah Aisya, jumpa lagi. Assalamualaikum”.
“Waalaikummussalam, insyaallah”.

Kereta Aisya terus meluncur perlahan menuju ke rumahnya yang berada tidak jauh daripada rumah Imtisal. Sesampainya di rumah, pintu rumahnya dikuak perlahan kerana keletihan dengan segala tugas yang telah mampu diselesaikannya dengan begitu baik sekali. Aisya terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri. Sejurus selepas itu, Aisya menyiapkan makan malam yang cukup sederhana. Begitulah hidup Aisya sewaktu masih bujang.
Sejurus setelah makan malam pada jam 6.45 petang, Aisya terus melangkah untuk mengambil wudhuk memandangkan azan maghrib sudah hampir berkumandang. Lalu, solat maghribnya didirikan dengan penuh khusyuk dan tawadhuk. Tanpa disedari, air matanya menitis perlahan ketika Aisya sujud kepada Sang Pencipta. Terlalu lama setiap satu sujudnya. Bersyukur kerana telah bertemu dengan suatu yang dicarinya.

Selesai daripada menunaikan solat maghrib, Aisya terus membuka lembaran kalam-Nya untuk dibaca dan dihayatinya. Begitulah rutin hidupnya sejak daripada mempelajari membaca Al-Quran semenjak berusia empat tahun. Ayahandanyalah yang mengajar segala ilmu tajwid, qiraat dan tarrannum buatnya sehinggalah dia dapat membaca Al-Quran dengan lancar sekali tanpa ada satupun kesilapan. Apabila melangkah sahaja ke usia 6 tahun, ayahanda dan bondanya menghantarnya ke Pusat Asuhan Taman Islam yang berada tidak jauh dari rumahnya ketika itu. Setelah itu, dihantar pula ke Sekolah Rendah Islam yang merupakan sekolah swasta dan berada agak jauh daripada rumahnya. Lebih kurang 30 minit perjalanan dari rumahnya. Ayahandanyalah yang mengambil dan menghantarnya menaiki motor ke sekolah memandangkan di sekolah tersebut tidak disediakan asrama. Tambahan pula, Aisya merupakan anak tunggal di dalam keluarganya. Walaupun anak tunggal, Aisya bukanlah seorang anak yang manja sehinggakan membebankan kedua ibu bapanya. Dia seorang kanak-kanak yang pandai berdikari, pandai menjahit pakaian yang koyak, mencuci pakaian dan menyapu sampah di halaman rumah di usia hanya lapan tahun. Manakala di usia sembilan tahun, Aisya sudah pandai memasak nasi goreng.

Apabila meningkat remaja pula, ayahandanya menghantarnya ke Sekolah Menengah Agama yang terletak di Terengganu sehingga memaksanya tinggal berjauhan dengan kedua orang tuanya. Tetapi, Aisya tidaklah menangis bila berjauhan dengan kedua orang tuanya tetapi hanyalah merindui mereka daripada jauh. Setiap hari Aisya pasti akan menelefon ayananda dan bonda bagi mengubat kerinduannya.

Apabila menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ), Aisya terus menyambung pelajarannya di peringkat diploma di dalam bidang sains kejururawatan di Universiti Teknologi Mara ( UiTM ). Ramai sahabatnya yang pelik kerana Aisya menyambung pelajarannya di dalam bidang tersebut sedangkan beliau mengambil pendidikan aliran agama di sekolah sejak daripada kecil. Aisya menyangkal pendapat mereka bahawa orang yang belajar di aliran agama tidak boleh menceburi pendidikan di dalam aliran sains. Bagi mereka, orang yang berasal daripada aliran agama mestilah menceburi bidang keagamaan. Aisya mahu menangkis tanggapan mereka dengan dia sendiri yang menceburi bidang tersebut. Ia terdorong apabila Aisya melihat umat Islam di luar sana yang menjadi mangsa kekejaman tentera Israel yang menindas umat Islam di bumi suci Palestin. Masjidil Aqsa menjadi perebutan bagi tiga golongan penganut agama iaitu penganut agama Islam, Yahudi dan Kristian. Umat Islam dibunuh dengan kejam sehinggakan anak-anak kecil kehilangan ibunya. Isteri-isteri yang kehilangan suaminya. Suami-suami yang kehilangan isteri dan anak-anak mereka. Sungguh memilukan lagi apabila mayat-mayat orang yang disayangi bergelimpangan di jalanan yang tidak lengkap anggotanya. Kerana itulah, hatinya terdorong untuk mendalami ilmu-ilmu sains kejururawatan bagi membantu insan-insan yang amat memerlukan pertolongan.

Solat isyak didirikan dengan sempurna. Dengan penuh kekhusyukan dan perasaan rendah diri kepada pencipta-Nya. Selesai menunaikan solat isyak, Aisya terus melangkah ke ruang tidurnya. Aisya harus tidur awal malam ini agar dia boleh bangkit dengan segar pada sepertiga malam ini bagi menunaikan solat tahajjud seperti biasa. Dahulunya sewaktu Aisya bekerja sebagai seorang jururawat, dia tidak dapat selalu menunaikan solat tahajjud di malam hari kerana ada ketikanya dia terpaksa menjalankan tugas pada waktu malam. Tapi kini, semenjak Aisya bergelar pensyarah, dia tidak lagi mengalami masalah untuk menunaikan solat itu pada setiap malam.
Tepat jam 2.30 pagi, alarm telefon bimbitnya berbunyi menandakan tibanya waktu yang harus Aisya bangkit bagi menunaikan janji pada kekasih hakikinya. Aisya bangkit dan bergegas menuju ke bilik air. Paip air dibuka perlahan dan keluarlah suatu cecair yang mampu menyegarkan tubuh yang lemah. Dengan kedinginan air itu, lantas Aisya terus berwudhuk menyucikan diri.

Sejurus selepas itu, Aisya menghamparkan sejadahnya dan telekung sembahyang disarungkan. Dan solat sunat tahajjud dua rakaatnya dijalankan dengan hati yang penuh khusyuk serta tawadhuk kepada sang pencipta. Setiap ayat-ayat suci-Nya dihayati satu persatu dan gugurlah titisan-titisan jernih yang terbit daripada kelopak matanya. Titisan-titisan air jernih itu terus melaju gugurnya apabila tiba saat dahinya sujud mencecah sejadah. Betapa kerdil dirinya berbanding dengan si Dia. Hanyalah pada-Nya tempat disembah dan dimohon petunjuk dan hidayah serta pertolongan. Dialah raja segala raja di alam semesta ini. Di akhir solatnya, Aisya berdoa:

“Ya Allah, sepertiga malam ini. Aku sujud menyembah-Mu walau diriku berada dalam keadaan susah ataupun senang. Janganlah sesekali Engkau membiarkan aku lalai daripada mengingati-Mu ya Allah. Hanya pada-Mu tempatku berserah dan tempat aku mengadu suka dan duka. Ampunilah segala dosa-dosaku walau ia kecil mahupun besar. Dan hari ini Kau telah mempertemukan aku dengan suatu yang telah lama aku cari. Insan yang selama ini wujud di dalam setiap solat istikharahku...di dalam setiap mimpiku...di dalam segenap diriku...Aku panjatkan segala kesyukuran dan puji-pujian buat-Mu yang telah mempertemukan aku dengan insan yang aku harap selama ini...Terima kasih Tuhanku”.

Dan Aisya teringat dengan doa yang ada di dalam lap topnya lalu terus berdoa kerana Aisya memang menghafal doa tersebut.
“Ya Muhaimin, jika hamba-Mu jatuh hati, izinkanlah ku menyentuh hati seorang insan yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh diriku ke dalam jurang cinta nafsu...Ya Rabbana, jika hamba-Mu merindu, rindukanlah diri ini pada seseorang yang merindui Syahid di jalan-Mu...Ya Allah, jika hamba-Mu menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu...Ya Allah, jika hamba-Mu ini jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan diriku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu...amin...” Tanpa disedari, berderailah air mata Aisya yang sangat bergantung harap kepada Allah, Tuhan Yang Maha Satu dan tiada duanya. Aisya yakin bahawa setiap jodoh dan pertemuan itu berada di dalam kekuasaan-Nya.

Aisya terus membelek helaian naskhah Al-Quran mencari surah An-Nisa dan terus dibaca serta dihayatinya maksud setiap baris ayat-Nya sehingga akhir kalam-Nya. Selesai membaca Al-Quran, naskhah itu diciumnya dan didakap seerat-eratnya kemudian diletakkan di salah satu petak rak kecilnya yang terletak tepat di sebelah kepala katilnya. Aisya bangkit dan melipat dengan kemas telekungnya. Diletak dengan teliti di suatu sudut di biliknya. Aisya terus melangkah ke katil dan terus terlelap dalam zikrullah. Begitulah rutin Aisya setiap hari sejak daripada dahulu sehinggalah umurnya telah mencecah 29 tahun. Tidak pernah Aisya meninggalkan solat sunat tahajjudnya setiap sepertiga malam melainkan jika terpaksa menjalankan tugas. Di malam itu, Aisya bermimpi didatangi seorang lelaki dan tersenyum ke arahnya. Raut wajahnya saling tidak tumpah dengan Ustaz Umar al-Islam. Begitu terkesima sekali apabila Umar memandangnya dengan senyuman manis ke arahnya. Raut wajahnya bercahaya bagaikan disinari cahaya rembulan. Itulah kesannya apabila wudhuk sentiasa membasahi tubuh.
Pada keesokan harinya, Aisya menghadiri suatu majlis usrah yang diadakan di masjid. Di situ, Aisya dapat bertemu dengan sahabat-sahabat yang dirinduinya. Kasih sayang yang lahirnya daripada kejernihan hati-hati yang mengamalkan berkasih sayang kerana Allah. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Setelah majlis usrah diakhiri, semua ahli usrah bersalaman dengan genggaman yang erat dan sambil berpelukan di antara satu sama lain. Pipi dikucup dengan perasaan cinta dan kasih kepada sahabat-sahabatnya. Kemudian, Aisya melangkah keluar daripada masjid dan disitulah wujudnya pertemuan kedua Aisya dan Umar. Mereka saling berpandangan dan cepat-cepat Aisya menundukkan pandangannya dan tindakan itu juga dilakukan Umar. Umar malu dengan sifat pemalu dan rendah diri yang ada pada Aisya dan begitu juga perasaan yang Aisya alami. Setelah itu, pantas sekali Aisya menguak pintu Myvi putihnya dan terus masuk dan enjin kereta dihidupkan.
Keretanya dipandu perlahan menuju ke simpang kecil meninggalkan masjid. Hati Umar berkata :
“Itu Aisya, ketua Persatuan Muslimat Islam yang aku temui tempoh hari. Perlukah aku temui dia untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat. Aku rasa tak patut aku lakukan sedemikian. Baik aku temui Abang Siddiq sebab zaujahnya Imtisal adalah teman rapat Aisya. Mungkin mereka dapat membantu aku...”. Fikir Umar.
Akhirnya Umar terus menuju ke kereta Proton Wajanya. Pintunya dikuat dengan tergesa-gesa. Umar bercadang untuk berkunjung ke rumah Abang Siddiq. Akan tetapi, sebelum itu Umar menghubungi telefon bimbit Abang Siddiq.
“Helo assalamualaikum. Boleh bercakap dengan Abang Siddiq?. Tanya Umar.
“ Waalaikummussalam. Ye, Siddiq bercakap”.
“Abang Siddiq, Umar ni.”
“Owh ye Umar, Kenapa? Tergesa-gesa saja suara abang dengar.”
“Abang free tak sekarang?”
“Alhamdulillah, free. Kenapa?”
“Umar berhajat mahu berkunjung ke rumah abang sekarang. Boleh ke?”
“Boleh, tak ada masalah. Dialu-alukan sangat lah...”
“Ok. Kalau macam tu, Umar on the way lah sekarang ye...Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam warahmatullah.” Sambil talian telefonnya diputuskan.

Siddiq terus memaklumkan kepada isterinya Imtisal yang ketika itu sedang leka melayang kerenah anak-anaknya.
“Sayang, tadi Umar call abang. Katanya dia nak berkunjung ke rumah kita. Siapkanlah apa yang perlu.” Kata Siddiq sambil tersenyum dan mengambil alih tugas untuk melayan anak-anak mereka.
“Baiklah abang. Abang tolong tengok-tengokkan Huzaifah dan Safiyyah ye. Im nak siapkan apa yang perlu kat dapur tu.” Katanya bersungguh.
“A ah...ye lah...”Kata Siddiq sambil mengambil alih untuk mengawasi Huzaifah dan Safiyyah bermain.
Setelah itu, Imtisal bangkit daripada duduk dan terus ke dapur untuk menyiapkan apa yang perlu. 20 minit kemudian Umar sampai di luar pagar rumah Siddiq dan Imtisal. Menyedari kedatangan Umar, Siddiq terus menuju ke pintu pagar dan membukanya. Disambutnya Umar dengan salam dan genggaman tangan yang erat. Senyuman manis terukir di bibir kedua-dua sahabat baik tersebut. Siddiq terus menjemput Umar masuk ke rumahnya dan masing-masing melabuhkan punggung di suatu sofa di ruang tamu. Setelah mereka berbual-bual bertanya khabar, Imtisal muncul daripada sebalik tabir membawakan dulang yang berisi teko air dan cawan serta sepiring kuih karipap. Dulang itu terus disambut Siddiq dan air dituang ke dalam cawan. Siddiq menjemput agar Umar menjamah hidangan yang disediakan.
Sambil mereka menjamah hidangan ringan, Siddiq bersuara.
“Apa tujuan kedatanganmu wahai Umar? Abang tengok macam ada sesuatu saja”. Tanya Siddiq yang sedikit kehairanan.
“Tujuan kedatangan saya sebab nak bertanyakan sesuatu sebab saya rasa Abang Siddiq dan Kak Imtisal mengetahui halnya.” Kata Umar yang memberi clue.
Apabila terdengar sahaja apa yang diperkatakan Umar, hati Imtisal terdetik dengan suatu perkara. Terus fikirannya melayang mengingati Aisya.
“Eh, macam pelik saja dengar ni...” Kata Siddiq sambil menunjukkan reaksi wajah yang kehairanan.
“Ok lah abang, biar saya berterus terang sahaja. Sebenarnya saya datang nak cuba merisik sahabat Kak Imtisal yang bernama Aisya Humaira kalau tak silap. Kalau-kalau dia tu masih tak berpunya.” Bicara Umar yang teragak-agak untuk menyebut nama Aisya bimbang tersilap sebutannya.
“Owh...si Aisya. Ni hah, Kak Im kamu yang mengenalinya dengan lebih dekat tentang Aisya. Maklumlah, mereka ni dulu teman serumah tika menyewa rumah bersama. Time tu Kak Im kamu ni bujang lagi...” Dijawabnya dengan yakin sekali sambil tersenyum lebar.
“Akak rapat ye dengan Aisya?”
“Boleh dikatakan begitu lah..Umar nak tanya apa tentang Aisya? Insyaallah, akak akan ceritakan sejujur-jujurnya tentang Aisya.” Kata Imtisal dengan ikhlas dan memang dah mengagak tujuan kedatangan Umar sejak daripada awal lagi.
“Aisya tu dah berpunya ke belum akak?” Tanya Umar bersungguh.
“Alhamdulillah, masih bujang lagi...available...”Katanya yang bersungguh untuk menjodohkan Umar dengan Aisya.
“Boleh akak ceritakan sedikit sebanyak tentang akhlaknya? Sifatnya...”Bicara Umar yang agak pemalu orangnya tetapi gemar berterus terang.
“Boleh...Aisya memang seorang wanita yang baik...solehah...solat tahajjud tidak pernah ditinggalkannya. Kalau dia berbicara, tidak pernah bicaranya itu mengguris hati orang di sekelilingnya. Tutur katanya disusun dengan teliti agar tidak sesekali mengundang kemarahan Tuhan. Kalau mengumpat, jauh sekali. Kenapa, Umar berkenan ke nak jadikan Aisya sebagai teman?” Tanya Imtisal mengusik.
“Errmmm...boleh dikatakan begitulah...” Jawab Umar menahan malu.
“Owh...jadi betullah apa yang akak agak dari tadi...sejak daripada Abang Siddiq cakap kat akak yang kamu nak datang sini lagi...”Bicara Imtisal dengan bersungguh.
“Eh, macam mana akak boleh tahu ni...?”
“Eh, ada lah tu...sebenarnya Aisya pun berkenan jugak kat kamu...tapi dia tu pemalu sangat. Kalau dia tahu yang akak bagitau yang dia juga suka kat Umar, marah agaknya dia ni...Tapi, kalau Umar menikah dengan Aisya, akak jamin kamu tak akan menyesal Umar. Aisya tu baik orangnya, jujur, amanah, berkerjaya, ada sifat keibuan dan ada rupa pulak tu.” Kata Imtisal sambil tergelak kecil.
“Ye ke kak...? Patut lah saya tengok dia malu semacam saja dengan saya...rupanya ada sebab...Tapi saya tak kisah yang lainnya, janji dia seorang wanita yang solehah, sangat menyintai Allah dan rasul-Nya. Itu yang paling utama.” Kata Umar sambil membayangkan pertemuan pertama mereka.
“Baguslah kalau Umar berfikiran macam tu. Kalau kamu dah berkenan kat Aisya dan dia juga ada taruh hati kat Umar, tunggu apa lagi...cepat-cepat lah masuk meminangnya...”
“Tu lah saya nak minta tolong daripada akak. Saya pun dah bagitau perasaan saya kat abi dan ummi dan mereka menyokong pilihan hati saya. Alhamdulillah, mereka merestui saya. Dan kalau tidak menyusahkan, saya nak minta tolong Abang Siddiq dan Kak Imtisal supaya meminangnya bagi pihak saya.” Kata Umar dengan perasaan yang penuh kesyukuran.
“Insyaallah, tiada masalah kalau dalam hal tu... Abang dan kak Im akan buat yang terbaik. Lagipun abang tengok kamu ni amat sesuai sekali dengan Aisya. Sama-sama cantik, sama-sama padan.. Alim pulak apa kurangnya.” Sampuk Siddiq.
“Eh abang ni...tak ada lah alim...tapi ikut apa yang Allah perintahkan dan tinggal apa yang dilarang-Nya. Tu saja...Tapi, terima kasih banyak-banyak ye Abang Siddiq dan Kak Imtisal sebab sudi bantu Umar. Kalau abang dan kakak tak ada, nak minta tolong dengan siapalah ni...” Jawab Umar dengan perasaan rendah diri.
“Kalau malam ni akak pergi rumah ibu bapa Aisya boleh tak? Lagi cepat lagi bagus. Lagipun Aisya bagitahu akak semalam yang malam ni dia nak balik rumah mak dan ayah dia. Katanya dah lama dia tak balik kampung. Kampung Aisya tak lah jauh sangat hanya lebih kurang 45 minit saja dari sini. kat Pasir Mas tu saja...Lagipun akak dan abang free saja malam ni...Kalau nak tunggu lain kali, kami takut tak ada masa lagi...” Kata Imtisal bersungguh.
“...ikut lah bila abang dan kakak free...Betul jugak, lagi cepat lagi bagus. Ok lah, kalau abang dan kakak dah setuju, Umar nak perlahan-lahan beredar ni. Lagipun tak sabar nak ceritakan hal ni kat abi dan ummi” Bicara Umar yang jelas rasa gembira di raut wajahnya sambil perlahan-lahan mengangkat punggungnya untuk beredar.
“Hal tu Umar jangan bimbang ye...Serahkan hal tu kat abang dan kakak. Insyaallah, kami usahakan. Kalau ada masa jemput lah datang lagi ke rumah kami...” Kata Siddiq sambil bersalaman dengan erat sekali.
“Terima kasih abang, kakak. Kalau macam tu, saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikummussalam warahmatullah.” Jawab kedua-dua pasangan suami isteri yang ideal itu sambil tersenyum.
Pintu kereta terus dikuak dan enjin dihidupkan. Hon kereta dibunyikan tanda selamat tinggal kepada pasangan suami isteri itu. Kereta Umar terus melaju menuju ke rumahnya untuk mengkhabarkan berita gembira ini kepada ibu dan ayah.

Waktu yang ditunggu-tunggu tiba juga akhirnya. Imtisal menelefon Aisya dan mengkhabarkan hajatnya untuk bertandang ke rumahnya di Pasir Mas dan Aisya amat mengalu-alukan kedatangan mereka suami isteri dan anak-anak.
Tepat jam sembilan malam, tibalah kedatangan Siddiq sekeluarga. Siddiq dan Imtisal menyatakan tujuan sebenar kedatangan mereka sekeluarga dan hal itu disambut baik oleh kedua ibu bapa Aisya. Mereka sangat berharap sekali agar lamaran kali ini tidak ditolak oleh Aisya. Akhirnya, harapan dan doa kedua ibu bapa Aisya tidak ditolak oleh Allah. Allah telah memakbulkan doa kedua ibu bapa Aisya. Aisya akhirnya mengambil keputusan untuk menerima lamaran Umar al-Islam dengan hati yang terbuka.        
Dua bulan kemudian, tibalah suatu hari yang dinantikan selama ini.

Kasih,
Dengarlah hatiku berbicara,
Kasih,
Izi

Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 22:51


amboi panjang nya , bagi lah jarak-jarak sikit.....berpinau mata den nak baca..hehe jangan marah.....sekadar pendapat

Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-09-08 22:58


heheh...nak buat cerpen saja...panjang da nak sampai ke tahap novel da....
hehe...maaf lah di atas kesulitan yang di alami penulis...hehehe

time taip da jarak kat microsoft tapi bila masuk sini da hilang semua jarak...da malas da nak ubah balik...

mata penulis pun da berpinau...da juling bijik mata...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-09-08 20:24


Sambungan....



Hati Aisya bernyanyi merdu menyanyikan bait-bait lagu Impian Kasih di hari diijab kabulkan yang pernah didendangkan oleh kumpulan nasyid terkenal di suatu ketika dahulu. Siapa tidak kenal dengan kumpulan In Team. Aisya akan dinikahkan dengan seorang rijal yang telah lama diimpikannya. Alhamdulillah, itulah ungkapan kesyukuran pertama yang terbit daripada bibirnya di kala si dia memijakkan kaki ke halaman surau di kampungnya. Hatinya berbunga-bunga setelah sekian lama menantikan saat-saat bahagia seperti ini dan kini akhirnya akan terpatri juga ikatan suci yang telah lama dinantikan. Tidak putus-putus Aisya dan Umar mengucapkan kesyukuran ke hadrat-Nya di atas kurniaan yang tidak ternilai harganya setelah sekian lama memohon pada Ilahi. Kini, permohonan Aisya telah dikabulkan-Nya. Itulah berkat doa dan kesabaran kedua ibu bapanya yang telah lama berharap agar Aisya segera melangsungkan pernikahan memandangkan usianya telah mendekati angka 29.
Selepas pernikahan, hidup mereka dihiasi dengan bibit-bibit percintaan. Aisya dan Umar percaya bahawa percintaan selepas lafaz pernikahan itu lebih lama bertahan berbanding percintaan sebelum pernikahan yang diamalkan oleh pasangan kini. Semasa bercinta, ke sana ke mari membawa pasangan masing-masing. Dihadiahkan dengan bear, bunga,coklat dan sebagainya di hari ‘valentine’. Tapi, selepas pernikahan, isterinya jauh ditinggalkan di belakang yang sarat membawa kandungan kedua dan suami pula jauh di hadapan membawa anak sulung mereka. Senyuman langsung tidak terukir di bibir-bibir mereka ketika berhadapan dengan pasangan sedangkan senyuman itu adalah sedekah untuk suami malah memberi pahala kepada sang isteri. Bunga jauh sekali untuk diberi kepada pasangan masing-masing sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pasangan mereka. Kenapa budaya memberi sudah tidak lagi diamalkan setelah pernikahan? Adakah sudah jemu dengan pasangan masing-masing? Inilah yang menjadi prinsip kepada hidup berumahtangga yang diamalkan oleh Umar dan Aisya. Mereka saling bertukar-tukar pemberian sebagai tanda penghargaan serta kasih sayang mereka berdua.
Hasil perkahwinan selama enam tahun itu, mereka dikurniakan dengan tiga orang zuriat, seorang anak perempuan dan dua orang anak lelaki. Anak yang pertama dinamakan dengan nama Layyinul Harir yang berusia lima tahun dan sepasang kembar yang bernama Hassan al-Banna dan yang paling bongsu bernama Salahuddin al-Ayubi yang masing-masing berusia tiga setengah tahun. Zuriat-zuriat yang diamanahkan dididik dengan ilmu agama oleh kedua-dua ibu bapa tersebut. Setiap hari selepas solat maghrib, mereka berdua suami isteri sentiasa mengajar anak-anak mereka membaca Al-Quran. Umar mengajar Layyinul Harir yang sudah lancar membaca muqaddam dan Aisya pula mengajar Banna dan Ayubi membaca iqra’. Anak-anak mereka dididik membaca iqra’ semenjak mula-mula pandai bertutur lagi supaya mereka dapat membiasakan diri dengan Al-Quran agar bila dewasa kelak mereka tidak kekok untuk membacanya. Setiap hari, mereka akan menunaikan solat secara berjemaah. Anak-anak juga dididik untuk turut mendirikan solat berjemaah agar terbiasa setelah dewasa. Keluarga yang mereka bina terdidik dengan cara hidup Islam yang sebenar. Solat sunat tahajjud tidak pernah ditinggalkan walaupun mereka telah bergelar suami dan isteri serta ibu dan ayah. Mereka melakukan solat sunat tahajjud berjemaah bersama-sama setiap hari. Mereka berdua mengucap panjang kesyukuran kerana ditakdirkan untuk hidup bersama. Umar senantiasa mengingatkan Aisya agar jangan sesekali melupakan Allah walau di mana jua berada kerana dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang dan sentiasa bergantung harap pada rahmat Allah. Aisya sentiasa mengingati pesanan suaminya.
Namun, kebahagiaan yang mereka kecapi tidak bertahan lama apabila Umar terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika sedang melintas jalan untuk ke kedai. Betapa luruh dan hancurnya hati Aisya apabila menerima panggilan telefon yang mengkhabarkan berita yang amat memilukan itu. Tiada lain yang Aisya ingati, hanyalah Allah diingati selalu. Hati Aisya tidak putus berdoa agar suaminya berkeadaan baik. Setelah tibanya Aisya di Jabatan Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia, Aisya dikejutkan berita bahawa suaminya mungkin akan berada di dalam keadaan koma. Tubuh Aisya lemah dan terus jatuh ke lantai tetapi sempat di sambut oleh jururawat yang dahulunya rakan sekerja Aisya. Aisya ditenangkan oleh sahabat-sahabatnya yang ketika itu bertugas. Air mata Aisya melaju tanpa dapat ditahan lagi namun Aisya tidak putus-putus berdoa pada Yang Maha Kuasa.
Selama tempoh suaminya koma, Aisya lah yang telah menguruskan keperluan suami dan keluarga. Mujurlah Aisya bekas jururawat, dapatlah dia menguruskan suaminya dengan baik. Mengelap badan suaminya, menukar lampin, menukar cadar, memberi feeding, menukar baringan, memberi ubat dan segala-galanya. Apa yang pernah diajar oleh pensyarahnya ketika menuntut di UiTM dahulu dipraktikkan kembali setelah lama meninggalkan kerjaya sebagai jururawat. Demi kasih sayang dan cintanya pada suami, Aisya sanggup berkorban apa saja. Wang ringgitnya dihabiskan semata-mata untuk menguruskan suaminya. Akan tetapi, Umar terlebih dahulu pergi untuk bertemu dengan kekasih hakikinya setelah dua bulan terlantar di rumah tidak berdaya. Ternyata, Allah lebih menyayangi diri Umar dan dijemput ke alam baqa’. Di akhir hayat Umar, Aisya tidak dapat mendengar suara suaminya yang penuh kelembutan dan kasih sayang. Aisya tidak dapat menahan sebak apabila ajal menjemput Umar. Namun, Aisya merelakan pemergian Umar agar tenang rohnya di sana. Dahi dan pipi Umar dikucupnya lama buat kali terakhir sebagai tanda kasih akan suaminya sambil berkata pada jasad suaminya.
“Abang, maafkan Aisya jika selama ini Aisya pernah menyinggung perasaan abang dan segala kekurangan yang ada pada diri Aisya. Aisya merelakan pemergian abang dan tunggulah Aisya di sana. Aisya akan menyusuri perjalanan abang. Semoga abang bahagia berada di bawah Aras’yh Allah di sana. Aisya akan senantiasa mendoakan kebahagiaan abang di sana. Semoga Allah mempertemukan kita di sana kelak.” Bisik Aisya.
Itulah sifat seorang isteri yang solehah dan taat pada suaminya. Sentiasa mendoakan kesejahteraan suami, menjaga harta suami, zuriat suami serta keaiban suami daripada pengetahuan orang lain. Seseorang isteri yang solehah akan sedaya upaya memberikan layanan yang terbaik terhadap suaminya, tidak pernah menolak ajakan suaminya, tidak pernah bersikap kasar ke atas suaminya, memuliakan keluarga suaminya dan sebagainya.
    Waktu berlalu begitu pantas sekali. Kini pemergian suaminya telah menjangkau lima tahun. Aisya tidak pernah menikah setelah kematian suaminya. Kini, hidupnya menjanda yang beranak tiga. Usia anak sulungnya, Ayyin menjangkau 10 tahun manakala Banna dan Ayubi genap lapan tahun dan kini Aisya berusia 40 tahun. Dalam tempoh tersebut, Aisya pernah beberapa kali dilamar dan salah satunya lamaran daripada Hafiz. Hafiz merupakan teman sekerjanya yang pernah menaruh hati pada Aisya. Setelah Aisya menolak lamarannya dan menerima lamaran Umar, Hafiz tidak pernah mendirikan rumahtangga kerana cintanya yang mendalam terhadap Aisya. Tapi setelah kematian Umar, Hafiz mencuba nasib sekali lagi untuk melamar Aisya. Namun lamaran itu ditolak baik olehnya dengan alasan ingin membesarkan anak-anaknya sendiri. Sedangkan alasan sebenarnya Aisya tidak mahu lagi mencari pengganti Umar kerana baginya, Umarlah cinta awal dan akhir. Mana mungkin Aisya akan memiliki suami yang sebaik Umar. Aisya percaya bahawa isteri yang solehah akan disatukan kembali dengan suaminya yang terakhir ketika di dunia. Yang penting, mereka haruslah pasangan suami isteri yang soleh dan solehah. Biarlah dirinya hidup tidak berteman kerana Aisya sentiasa mengingati pesanan Umar agar menjadikan Al-Quran dan Allah sebagai teman pendamping yang setia.
Tiba-tiba terdengar jeritan Ayyin yang meminta pertolongan dan fikiran Aisya kembali ke alam nyata.
    “Ummi...ummi...tolooonggg...Banna kena sepit kat ketam...” Jerit Ayyin dari jauh.    
“Apa..? Kenapa main dengan ketam tu...” Kata Aisya sambil bergegas menuju ke arah anak-anaknya.
“Mana tangan ummi nak tengok? Kata Aisya sambil mendapatkan tangan Banna yang disepit ketam lalu ditanggalkan sepit tersebut.
Aisya terus mengemaskan barang-barang sambil dibantu oleh anak-anaknya dan perodua Myvi terus melaju menuju ke rumahnya dengan perasaan rindu yang masih menebal di hatinya.










                        .:::Asiah Yusra al-Banna:::.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-09-08 22:21


wahai cik zubaidah, sejak bila berjinak-jinak dengan penulisan ni? ni cerpen yang ke berapa? :-o

dulu jumpa senyap saja orang nya....tak sangka dah tukar bidang ye.....huhuhu :-P


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-09-08 19:54


entah lah...saja nak meluahkan apa yang terpendam...hehehe
bukan apa, dulu pemalu sikit saya ni...lebih-lebih lagi dengan org yang baru kenal.
bila lama-lama, gila-gila lah sikit otak ni...hehehe
cerpen pertama saja baru...kedua, dalam proses.


-----------------
TUHAN, terimalah aku...semoga Allah selamatkan kita daripada segala kejahatan yang berada di langit dan di bumi...


Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-09-08 13:03


hmm.. dah ending ke ni zubaidah...?
endingnya banna kena gigit ketam...?? :berfikir:

hmm.. terasa macam jauh ssangat... :-(

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

randz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.08.2008
Ahli No: 34360
Posting: 23
Dari: bumi barakah

Kelantan  


posticon Posting pada: 22-09-08 13:28


salam zubaidah...aduh...syahdu nya kisah ni...ai...tbe2 ase terkena kat diri sendiri...bagus a cter2 gni kan...ni boleh ganti k.ha ni (fatimah syarha) Apa pun salam ukheah minni...=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For randzProfil   Hantar PM kepada randz   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-09-08 19:49


Salam kembali buat ismi_atikah dan Randz di atas komen yang diberikan. terima kasih dengan komen-komen yang memberi peransang agar saya menciptakan cerpen yang lebih terbaik lagi insyaallah.

A ah, endingnya Banna kena gigt ketam. sebelum tu kan Aisya mengelamun bila teringat time kenal dengan suaminya...Ending lah tu...hehehe...akhirnya Aisya tetap menjanda hingga hujung usia kerana dalamnya cinta Aisya pada Umar.
Dia nak bertemu dengan suaminya di sana insyaallah...

Buat Randz pulak, alhamdulillah, kalau cerpen ni buat Randz rasa syahdu baguslah sebab saya nak sangat pembaca tu merasai sesuatu setelah habis dibaca. mula-mula nak buat novel, tapi ilmu tak cukup tinggi lagi macam Kak Ha tu...Beliau banyak pengalaman...saya ni baru mula nak berjinak-jinak sikit. Dengan cerpen ni buat pembaca jadi syahdu pun, saya rasa ia suatu kejayaan yang paling tinggi buat saya.

Macam mana pulak sampai boleh rasa terkena kat diri sendiri ni...Tu lah, kalau dah ada isteri tu, hargailah ia ketika ia ada...tengok, betapa setianya cinta isteri buat suaminya sehingga sanggup tak kahwin lagi...bukan tak ada yang nak...

Eh, jauh sangat kalau nak ganti kak Ha tu...hehehe...tak layak bagi saya nak lawan beliau. Novel Kak Ha bagus...banyak teladan boleh diambil.

Wassalam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

randz
Warga 1 Bintang
Menyertai: 08.08.2008
Ahli No: 34360
Posting: 23
Dari: bumi barakah

Kelantan  


posticon Posting pada: 25-09-08 12:45


salam zubaidah... is3? isk2...ana pun muslimah macam enti juga...hehehe=) watever syukran u nasihat 2.....




ya ALLAH......tabahkanlah hatiku....

Bookmark and Share

    


  Member Information For randzProfil   Hantar PM kepada randz   Quote dan BalasQuote

zubaidah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.10.2003
Ahli No: 4059
Posting: 280
Dari: TerenGGanu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 26-10-08 11:23


ye....sama-sama lah kita ke arah kebaikan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For zubaidahProfil   Hantar PM kepada zubaidah   Pergi ke zubaidah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.096106 saat. Lajunya....