Oleh |
Lailatuqadar |
Muddathsir787
WARGA SETIA Menyertai: 20.10.2007 Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor
|
Posting pada: 12-09-08 22:21
"Lepas basuh pinggan, ikut abah pergi masjid," kata abah separuh memerintah. Aku memandang kepada emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan. Nampaknya. Aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur. Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh. Aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Mata ku terpaku pada kubah masjid, kagum dan jari jemari ku sedikit mengigil kerana rasa kagum yang amat sangat. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku. "Kenapa?" tanya abah. "Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah... "Berapa lama engkau tak ke masjid!!?" Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini. "Dia orang tengah renovate masjid lah. Bumbung masjid bocor... Pasal tu kubah tu dia orang angkat letak kat tanah," sambung abah lagi. Kalau emak ada di sini tentu dia ketawakan aku. Terima sahajalah. Jangan melawan. Kadang-kadang abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Aku cuma pulang untuk cuti raya. Moral of the story: fikir sendiri lah  hehheehe.. ----------------- .: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"
|
east_salju
Warga 3 Bintang Menyertai: 30.12.2003 Ahli No: 6074
Posting: 106
Dari: d bawah lindungan bayu
|
Posting pada: 12-09-08 23:58
Salam... wakakakaka...a'ah...abah dia lupa lah dia bukan selalu ada kat kampung...
|
jumjumatonne
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.02.2008 Ahli No: 32561
Posting: 119
Dari: Johor Darul Takzim
|
Posting pada: 13-09-08 21:57
salam.... baru nak feel member dapa tengok lailatulqadar... hehehe lawak yang best...
|
eira
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.07.2003 Ahli No: 2341
Posting: 182
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 13-09-08 23:37
hahah. lawak2. jadi rajen2 lah kita ke masjid  . kasihan anak tu. huhu
|
nurul_syifa
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.09.2008 Ahli No: 34884
Posting: 66
Dari: bumi Ilahi
|
Posting pada: 14-09-08 08:06
Moral of the stori: untuk kontraktor2.. masa bulan puasa jangan bubuh kubah atas tanah...  ----------------- “Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik” (Al A’raf:56)
|
mizie_hafiz80
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2003 Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 14-09-08 10:59
Macam perli aku saja cerita mamat ini...  ----------------- Kerbau adalah kerbau... Lembu adalah lembu... Kambing adalah kambing... Dan..., Aku adalah aku...
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 14-09-08 12:11
memang lah lucu cerita ni...saya pun turut tersenyum, dalam masa yang sama kita kena ambil iktibar dari cerita berkenaan. Silap faham dalam masyarakat kita dalam hal berusaha mencari lailatulqadar ialah 'terlalu sibuk mencari tanda ganjil' dalam mlm lailatulqadar tersebut , sedangkan apa yang lebih penting sepanjang ramadhan ini lebih-lebih lagi sepuluh yang terakhir ramadhan, kita sepatutnya sibuk lipatgandakan amal ibadat dan banyakkan doa dikurniakan lailatulqadar ... selebihnya serah pada Allah. Apa yang utama ialah kalau kita tekun beramal sepanjang Ramadhan termasuk diwaktu malam...sudah tentu salah satu darinya, kita akan berada di dalam lailatulqadar....wallahuallam
|
umminajihah
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.09.2005 Ahli No: 18690
Posting: 70
|
Posting pada: 14-09-08 12:29
|
amira_aqilah
WARGA SETIA Menyertai: 28.11.2005 Ahli No: 20523
Posting: 900
Dari: planet bumi
|
Posting pada: 14-09-08 13:07
hahaha.... bumbung siap boleh angkat letak atas tanah itu untuk repair..hehe.. nak dijadikan cerita ye...
|
ctnurbebo
WARGA SETIA Menyertai: 12.03.2007 Ahli No: 29142
Posting: 880
Dari: seremban
|
Posting pada: 14-09-08 15:44
emm...ingat ke betul-betul jumpa lailatulqadar,rupa-rupanya akibat jarang balik kampung dengan jarang jenguk masjid..hik3...pedoman buat sesiapa yang jarang balik kg sekaligus jarang jejak kaki masjid...pulanglah perantauan,keluargamu merindui mu....hehehe..
|
vanadium_oksida
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2005 Ahli No: 13944
Posting: 279
Dari: manjung ,perak
|
Posting pada: 14-09-08 16:26
tulah siapa suruh tak pergi masjid tak mengapa kesempatan yang ada lagi ini mari lah kita memeriahkan masjid yang bdkatan...wassalam
|
halwa_halwa
Warga 1 Bintang Menyertai: 12.09.2008 Ahli No: 34942
Posting: 31
Dari: black water
|
Posting pada: 15-09-08 01:06
Pada 14-09-08 10:59 , mizie_hafiz80 posting:!!! QUOTE !!! Macam perli aku saja cerita mamat ini... 
terasa ke??? huhuhuhu siapa makan cili dia lah yang terasa pedas nya... ana gurau sahaja ye jangan marah.... tapi... cerita ni memang lawak lah....
|
syahirahsoid
WARGA SETIA Menyertai: 06.03.2007 Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 15-09-08 08:36
|