Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal; air juga yang menenggelamkan kapal
-- Peribahasa Lama

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 263
Ahli: 0
Jumlah: 263




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Jejak Dapur
Topik: Resipi Mak Dr Shiha


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Dapur
    »» Resipi Mak Dr Shiha

Please Mendaftar To Post


Oleh Resipi Mak Dr Shiha

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-08 00:24


Bismillahhirrahmaanirrahim

Assalamualaikum warah matullah kepada semua

Di sini saya nak berkongsi 2 resepi yang baru saja dipelajari dari
Makcik Teh (mak saya lah tu hehe)

Serunding Daging

1.5 kg daging lembu
5 biji kelapa parut
45 biji cili kering (rendam sehingga lembut, buang biji)
10 biji cili padi
1.5 inci halia
1.5 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1 kg bawang merah – mayang nipis
4-5 helai daun salam
2 helai daun kunyit
4-5 helai daun limau purut

1. Potong daging lembu itu menjadi 3-4 ketul (mengikut saiz periuk).
Masukkan air sehingga hapus daging. Rebus sehingga empuk. Biarkan
sejuk. Koyak – koyakkan isi daging tadi sehingga halus mengikut
uratnya. Simpan air rebusan daging.

2. Perah santan dari kelapa tadi, dan ulang sehingga 2 kali lagi.
Jumlah perahan = 3 kali.

3. Kisar halus cili kering, cili padi, halia, lengkuas, kunyit
hidup, bawang putih, serai.

4. Gaulkan daging tadi dengan bawang merah.

5. Masukkan kesemua bahan ke dalam kuali yang besar. Masukkan juga 3
jenis daun tadi. Masukkan air rebusan daging. Garam secukup rasa.
Masak dengan api sederhana.

6. Kacau selalu supaya bahagian bawah masakan tidak hangit. Masak
sehingga menjadi kering, tapi jangan terlalu garing.



Laksa Utara Makcik Teh

1 kg ikan kembung/tamban/selangat
5 ekor udang sederhana besar

Kisar halus:
Cili kering
Cili padi
Bawang putih
Bawang merah
Belacan

Ketuk:
Serai
Batang dan bunga kantan

Daun kesum
Asam keping

Bahan hiasan:
Timun
Nenas
Bawang besar
Cili padi / cili besar
Ulam – daun pudina, pucuk gajus, daun selom
Otak udang

1. Rebus ikan, udang bersama asam keping dan garam secukup rasa.
Setelah masak, biarkan sejuk. Asingkan isi ikan dan udang dari
tulang/kulit. Kisar isi ikan dan udang tadi. Letak di tepi. Kisarkan
pula tulang ikan dan kulit udang. Ambil air tulang ikan/kulit udang.
Perah tulang ikan itu 2,3 kali sehingga air akhir itu kelihatan
cair. Tapis dan ambil kesemua air perahan itu tadi. Pastikan tiada
sisa tulang ikan di dalam air perahan.

2. Masukkan kesemua bahan di dalam satu periuk, tambah air biasa
jika perlu. Jangan lupa masukkan kembali asam keping dari rebusan
ikan tadi ke dalam periuk. Garam secukup rasa. Rebus sehingga keluar
baunya yang sedap itu..

Selamat mencuba!

Wasalam.


http://al-ahkam.net/home/index.php?
name=MDForum&file=viewtopic&p=138803&sid=157aa823527a947f86b3171810fb
1446#138803


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ayu_humaira
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.01.2009
Ahli No: 36948
Posting: 39
Dari: bumi ciptaan Allah

Perak  


posticon Posting pada: 09-02-09 12:33


nyum2..
macam cdp jew rsepi ni..
nanti boleh ayu bagi kat mama ayu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayu_humairaProfil   Hantar PM kepada ayu_humaira   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108966 saat. Lajunya....