Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 21-04-2025 |
|
Bincang Agama
|
Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Ke Arah Menghayati Solat Tarawih |
---|---|
masri2 ![]() ![]() |
![]()
Ke Arah Menghayati Solat Tarawih
oleh Hafiz Firdaus Abdullah 1. Solat Tarawih hukumnya sunat 2. Solat Tarawih boleh dilaksanakan secara berjamaah atau bersendirian 3. Tidak ada ketetapan bagi jumlah rakaat solat Tarawih 4. Beberapa sifat solat yang diremehkan: Tidak membaca al-Qurâan dengan tartil. Meninggalkan bacaan Doa Iftitah dan bacaan al-Qurâan selepas al-Fatihah. Mengabaikan Thamaâninah. Bersolat dengan terburu-buru. Meringkaskan bacaan selawat di dalam solat. Tidak menjaga disiplin berjamaah 5. Berzikir di antara solat Tarawih Abu Hurairah radhiallahu 'anh menerangkan bahawa: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menganjurkan pada malam Ramadhan dengan anjuran yang bukan berupa perintah yang tegas. Baginda bersabda: Sesiapa beribadah pada malam Ramadhan kerana iman (yang teguh) dan mengharapkan ganjaran (daripada Allah), diampunkan dosa-dosanya yang telah lepas.(1) Berdasarkan hadis ini, umat Islam sejak zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sehinggalah ke hari ini tidak pernah melepaskan peluang untuk memanfaatkan malam-malam bulan Ramadhan dengan bersolat Tarawih, membaca al-Qurâan dan sebagainya. Terdapat beberapa perkara yang dirasakan perlu untuk dibawa kepada perhatian para pembaca sekalian agar kita semua benar-benar dapat menghayati solat Tarawih dengan cara yang sebaik-baiknya selari dengan tuntuan al-Qurâan dan al-Sunnah. Pertama: Solat Tarawih hukumnya sunat. Hadis daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anh di atas menunjukkan bahawa solat Tarawih hukumnya tidak wajib. Para ilmuan Islam mengkategorikannya sebagai sunat muaâkad, iaitu amalan sunat yang amat dituntut. Oleh itu bagi seseorang yang hendak mendirikan solat Tarawih, hendaklah dia perhatikan bahawa dia tidak mengabaikan amalan-amalan wajib atau amalan-amalan lain yang lebih besar manfaatnya. Dalam ertikata lain, hendaklah dia beramal berdasarkan Fiqh al-Awlawiyyat, iaitu memprioritikan sesuatu amalan yang bakal dilakukan. Perlu digariskan bahawa ciri-ciri Muslim yang berjaya ialah seseorang yang mampu menimbang dan membezakan amalan manakah yang paling utama untuk dia beri perhatian pada satu masa tertentu. Prioriti amal perlu dibezakan seperti berikut: 1. Amal yang wajib hendaklah diberi prioriti di atas amal yang sunat. 2. Amal yang manfaatnya untuk jangka masa panjang hendaklah diberi prioriti di atas amal yang manfaatnya untuk jangka masa pendek. 3. Amal yang manfaatnya untuk orang yang besar jumlahnya hendaklah diberi prioriti di atas amal yang manfaatnya untuk orang yang kecil jumlahnya. 4. Amal yang manfaatnya untuk orang lain hendaklah diberi prioriti di atas amal yang manfaatnya hanya untuk diri sendiri. Maka atas konsep Fiqh al-Awlawiyyat, jika seseorang itu terpaksa memilih antara menjaga ibubapa yang uzur dan bersolat Tarawih, hendaklah dia memilih untuk menjaga ibubapanya. Jika seseorang terpaksa memilih antara menuntut ilmu dan bersolat Tarawih, hendaklah dia memilih untuk menuntut ilmu. Walaubagaimanapun ini tidaklah bermakna seseorang itu tidak perlu melaksanakan solat Tarawih. Orang yang sedang menjaga ibubapanya yang uzur tetap boleh bersolat Tarawih dengan bersolat di sisi ibubapanya sambil memerhatikan mereka di antara solat. Seseorang yang sedang menuntut ilmu tetap boleh mendirikan solat Tarawihnya dalam rangka berehat sebentar di antara tempoh penuntutannya. Semua ini boleh dilakukan kerana solat Tarawih itu sendiri pada asalnya adalah satu amalan yang amat fleksibel. Hal ini akan dikupas dalam perbincangan seterusnya. TOP Kedua: Solat Tarawih boleh dilaksanakan secara berjamaah atau bersendirian. Apabila Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaksanakan solat Tarawih, baginda adakalanya melaksanakannya secara berjamaah dan adakalanya secara bersendirian di rumah. Abu Dzar al-Ghafiri radhiallahu 'anh menerangkan bahawa: Kami berpuasa bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam bulan Ramadhan. Baginda tidak bersolat (Tarawih) bersama kami sehingga baki tujuh malam terakhir. Lalu (pada malam tersebut) baginda bersolat (Tarawih) bersama kami sehingga sepertiga malam. Kemudian baginda tidak bersolat (Tarawih) bersama kami pada malam keenam (sebelum akhir Ramadhan). Baginda bersolat (Tarawih) bersama kami pada malam kelima (sebelum akhir Ramadhan) sehingga seperdua malam. Maka saya (Abu Dzar) berkata: âYa Rasulullah, alangkah baiknya jika kamu memberi keringanan kepada kami pada malam ini.â Rasulullah menjawab: âSesungguhnya sesiapa yang bersolat (Tarawih) bersama imam sehingga selesai maka Allah Menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanjang malam.â(2) Dalam hadis ini terdapat dua pengajaran penting: 1. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak melaksanakan solat Tarawih berjamaah secara tetap sepanjang bulan Ramadhan. Akan tetapi baginda melaksanakannya secara bersendirian kecuali pada beberapa malam terakhir. Tujuannya adalah supaya umat dapat mengetahui bahawa solat Tarawih tidak semestinya berjamaah, akan tetapi boleh dilakukan sama ada secara berjamaah atau bersendirian. 2. Jika seseorang itu memiliki pilihan sama ada untuk melaksanakan solat Tarawih secara berjamaah atau bersendirian, adalah lebih utama untuk dia melaksanakannya secara berjamaah berdasarkan sabda baginda yang bermaksud: âSesungguhnya sesiapa yang bersolat (Tarawih) bersama imam sehingga selesai maka Allah Menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanjang malam.â Walaubagaimanapun pemilihan untuk melaksanaan solat Tarawih secara berjamaah hendaklah tetap ditimbang berdasarkan Fiqh al-Awlawiyyat sebagaimana yang telah disebut di atas. TOP Ketiga: Tidak ada ketetapan bagi jumlah rakaat solat Tarawih. Jika dikaji semua riwayat berkenaan jumlah rakaat solat Tarawih yang dilaksanakan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan generasi al-Salaf al-Shalih (generasi awal umat Islam) radhiallahu 'anhum selepas kewafatan baginda, dapat dirumuskan bahawa sebenarnya tidak ada ketetapan tertentu bagi jumlah rakaat solat Tarawih. Solat Tarawih termasuk dalam kategori solat sunat pada malam hari. Muhammad bin Nashr al-Mawarzi rahimahullah (294H) di dalam kitabnya Qiyam al-Ramadhan menyebut: Aku bertanya kepada Ahmad bin Hanbal (rahimahullah 241H) tentang jumlah rakaat yang dia lakukan untuk solat Qiyam Ramadhan (Solat Tarawih). Saat itu dia menjawab: âDalam masalah ini ada kepelbagaian sehingga mencapai 40 macam. Ini kerana solat tersebut (Qiyam Ramadhan/Solat Tarawih) tidak lain hanyalah solat sunat biasa.(3) Solat-solat sunat malam boleh dilaksanakan daripada selesai solat Isyak sehinggalah terbit fajar tanpa memiliki apa-apa batas minimum atau maksimum bagi jumlah rakaatnya. âAbd Allah ibn âUmar radhiallahu 'anhuma menerangkan: Seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, ketika itu baginda sedang berkhutbah. Lelaki itu bertanya: âBagaimana cara solat malam?â Baginda menjawab: âDua rakaat dua rakaat, maka apabila kamu bimbang waktu Subuh akan masuk, maka tutupilah solat-solat kamu itu dengan satu rakaat solat Witir.(4) Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H) berkata: Sesungguhnya tentang solat Qiyam Ramadhan (Solat Tarawih), Nabi (shallallahu 'alaihi wasallam) tidak menentukan jumlah rakaatnya, hanya sahaja baginda sendiri melaksanakannya tidak lebih daripada 13 rakaat sama ada dalam bulan Ramadhan atau selainnya. Ini baginda laksanakan dengan memanjangkan rakaatnya. Apabila âUmar (radhiallahu 'anh) mengumpulkan orang-orang untuk berjamaah (mengerjakan Solat Tarawih) dengan diimami oleh Ubay bin Kaâab (radhiallahu 'anh), dia melaksanakannya bersama mereka sebanyak 20 rakaat kemudian diikuti solat Witir 3 rakaat. Ini beliau lakukan dengan meringankan bacaan al-Qurâan selari dengan kadar penambahan rakaat supaya ia meringankan berbanding solat satu rakaat dengan dipanjangkan bacaannya. Setelah itu sekumpulan daripada generasi salaf melaksanakan solat (Tarawih) secara 40 rakaat dan solat Witir 3 rakaat manakala selainnya dengan 36 rakaat dan 3 rakaat Witir. Semua ini telah berlaku dan dengan itu, sesiapa sahaja yang beribadah pada malam Ramadhan dengan apa sahaja jumlah rakaat, maka dia (dikira) telah berbuat kebaikan. Yang utama adalah perbezaan jumlah rakaat dikira berdasarkan kepada beragamnya keadaan orang-orang yang mengerjakan solat tersebut. Jika keadaan mereka memungkinkan dilaksanakan solat (Tarawih) dengan lama, maka adalah lebih afdal melaksanakan solat (Tarawih) dengan 10 rakaat dan 3 Witir sebagaimana yang dilaksanakan sendiri oleh Nabi (shallallahu 'alaihi wasallam) dan selainnya. Akan tetapi apabila tidak mungkin melaksanakan sedemikian, maka melaksanakan solat (Tarawih) dengan 20 rakaat adalah lebih afdal dan itulah yang dilakukan oleh majoriti umat Islam kerana yang demikian itu adalah dipertengahan antara 10 rakaat dan 40 rakaat. Dan jika dilaksanakan solat (Tarawih) dengan 40 rakaat atau selainnya maka itu diperbolehkan dan tidak dimakruhkan sama sekali. Hal ini ditegaskan oleh tidak seorang dari para imam seperti Imam Ahmad (bin Hanbal) dan selainnya. Dan sesiapa yang beranggapan bahawasanya solat Qiyam Ramadhan (Solat Tarawih) mempunyai ketentuan jumlah rakaatnya daripada Nabi (shallallahu 'alaihi wasallam) tanpa boleh ditambah atau dikurangi daripadanya, maka sungguh dia telah membuat suatu kesilapan.(5) Setelah menghimpun dan mensyarah semua hadis yang ada di dalam bab solat Tarawih, al-Syaukani rahimahullah (1252H) membuat rumusan: Kesimpulannya, hadis-hadis di dalam bab ini (Solat Tarawih) menunjukkan kepada pensyariâatan melaksanakan solat pada malam bulan Ramadhan. Solat ini boleh dilaksanakan secara berjamaah atau sendirian. (Adapun) membatasi solat ini dengan nama âSolat Tarawihâ dengan jumlah rakaat yang tertentu dan mengkhususkannya dengan bacaan-bacaan tertentu tidak pernah ditunjuki oleh sunnah.(6) Daripada nukilan-nukilan di atas, dapat dirumuskan beberapa poin penting: 1. Solat Tarawih sebenarnya adalah solat sunat malam. Ia hanya berbeza dari sudut istilah, tidak dari sudut hakikatnya. Oleh itu jumlah rakaat bagi solat Tarawih tidak ada batasnya sebagaimana kebiasaan solat sunat malam. 2. Membiasakan gelaran âSolat Tarawihâ menyebabkan sebahagian orang menganggapnya sebagai solat sunat yang khusus. Dengan itu mereka juga mengkhususkan rakaat yang tertentu dan bacaan surah-surah yang tertentu pada rakaat yang tertentu. Sebenarnya pengkhususan ini adalah tidak berasas. 3. Seseorang itu, berdasarkan Fiqh al-Awlawiyyat dirinya sendiri, boleh melaksanakan solat Tarawih dengan jumlah rakaat yang sesuai dengan keadaannya. Masing-masing individu boleh melaksanakan solat Tarawih dengan jumlah rakaat yang dicenderunginya tanpa ada pihak yang boleh mengatakan itu benar atau salah. Diketahui bahawa ada sebahagian pihak yang berpendapat bahawa solat Tarawih adalah 8 rakaat diikuti solat Witir 3 rakaat dan jumlah ini tidak boleh ditambah atau dikurangi. Pendapat ini adalah lemah sebagaimana yang dibuktikan oleh Ismail al-Anshari dalam bukunya yang berjudul Tashhih Hadits Solat al-Tarawih Isyrin Rakaah wa al-Radd âala al-Albani fi Tadhâaifhi. Ia telah diterjemahkan dengan judul Otentisitas Hadis Shalat Tarawih 20 Rakaat terbitan Pustaka Firdaus, Jakarta 2003. Selain itu diketahui juga bahawa ada pihak yang berpendapat solat Tarawih adalah 20 rakaat diikuti solat Witir 3 rakaat dan jumlah ini tidak boleh ditambah atau dikurangi. Pendapat ini juga adalah lemah sebagaimana yang telah penulis bahas dalam buku Solat Tarawih: Satu Perbahasan Ke Atas Fatwa yang Menetapkannya Kepada 20 Rakaat terbitan Jahabersa, Johor Bahru 2000. Nota kaki: ------------------------- (1) Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim di dalam Shahihnya - hadis no: 759 (Kitab Solat, Bab Anjuran beribadah pada malam RamadhanâŠ) (2) Sahih: Sebahagian daripada hadis yang dikeluarkan oleh al-Nasaâi dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Nasaâi â hadis no: 1604 (Kitab Solat malam, Bab Solat Malam pada bulan Ramadhan) (3) Dinukil daripada buku Ismail al-Anshari yang berjudul Tashhih Hadits Solat al-Tarawih Isyrin Rakaah wa al-Radd âala al-Albani fi Tadhâaifhi; edisi terjemahan oleh Mahfud Hidayat dengan judul Otentisitas Hadis Shalat Tarawih 20 Rakaat (Pustaka Firdaus, Jakarta 2003), masa. 83 (4) Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya - hadis no: 473 (Kitab Solat, Bab Duduk berlingkaran dalam masjid). Pihak yang menetapkan solat Tarawih kepada rakaat tertentu berhujah bahawa hadis di atas tidak merujuk kepada perbincangan rakaat tetapi merujuk kepada waktu menunaikan solat-solat sunat malam. Hujah ini adalah lemah dan tertolak dari dua sudut: 1. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam merujuk kepada persoalan tentang kaifiat (tatacara) solat-solat sunat malam. Perbincangan tentang jumlah rakaat termasuk dalam keumuman kaifiat solat. 2. Seandainya jumlah rakaat solat-solat sunat malam memiliki ketetapan, sudah tentu ia termasuk hal penting yang akan dijelaskan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika menjawab persoalan tersebut. Ini kerana hal yang penting tidak boleh ditangguh atau dilengah-lengahkan penjelasannya. Apabila Rasulullah tidak menjelaskannya, sama ada dalam hadis ini atau hadis-hadis yang lain, bererti ia sememangnya tidak memiliki ketetapan. (5) Majmuâ al-Fatawa (Dar al-Wafaâ, Kaherah 2001), jld. 22, masa. 272 (6) Nail al-Authar min Asrar Muntaqa al-Akhbar (Dar al-Turats al-âArabi, Beirut 2000), jld. 2, masa. 269 Sumber: âMenelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasaâ susunan Kapten Hafiz Firdaus bin Abdullah. Download di sini >> http://uploads.bizhat.com/file/317213 ----------------- http://www.islamqa.com/en http://lobaitampin.blogspot.com/ |
masri2 ![]() ![]() |
![]()
Keempat: Beberapa sifat solat yang diremehkan.
Sebahagian orang apabila melaksanakan solat Tarawih atau mana-mana solat sunat yang lain, mereka meremehkan beberapa sifat solat atas alasan ini hanya solat sunat, bukan solat wajib. Sifat-sifat solat yang diremehkan ini ada yang merosakkan kesempurnaan solat dan ada yang membatalkan terus solat tersebut. Di antara sifat solat yang diremehkan adalah: a) Tidak membaca al-Qurâan dengan tartil. Firman Allah Subhanahu wa Taâala: Dan bacalah al-Qurâan dengan tartil (al-Muzammil 73:04) Membaca al-Qurâan dengan tartil bererti membaca dengan jelas kalimah-kalimahnya sambil memerhatikan disiplin hukum-hukum tajwidnya. b) Meninggalkan bacaan Doa Iftitah dan bacaan al-Qurâan selepas al-Fatihah. Dengan anggapan ia hanyalah solat sunat, sebahagian orang ada yang tidak membaca Doa Iftitah sebelum membaca surah al-Fatihah. Sebahagian lain turut meninggalkan bacaan ayat-ayat al-Qurâan selepas membaca surah al-Fatihah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika mendirikan solat fardhu atau solat sunat tidak pernah meninggalkan kedua-dua bacaan ini. Oleh itu janganlah kita meremehkannya kerana ini termasuk sunnah-sunnah yang penting di dalam solat. c) Mengabaikan Thamaâninah. Mengabaikan thamaâninah, yakni kekal di dalam sesuatu pergerakan solat sehingga merasa tenang di dalamnya, bukan sahaja mengurangi kualiti solat tetapi boleh mengakibatkan terbatalnya. Abu Hurairah radhiallahu 'anh meriwayatkan bahawa pada satu ketika pernah seorang lelaki bersolat di dalam masjid sambil diperhatikan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Apabila lelaki itu selesai bersolat, baginda menyuruh dia bersolat semula dengan bersabda: âKembalilah bersolat kerana sesungguhnya kamu masih belum bersolat.â Hal ini berulang sebanyak 3 kali sehingga akhirnya lelaki itu mengakui bahawa dia tidak tahu bagaimana lagi untuk membetulkan solatnya. Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajar dia dengan bersabda: Apabila kamu berdiri untuk solat, bertakbirlah, kemudian baca daripada al-Qurâan apa yang memudahkan bagi kamu. Kemudian rukuklah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thamaâninah), kemudian berdirilah semula sehingga kamu tegak di dalamnya, kemudian bersujudlah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thamaâninah), kemudian duduklah sehingga kamu kekal tenang di dalamnya (thamaâninah) dan lakukanlah sedemikian bagi keseluruhan solat kamu.(7) Penekanan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk kekal di dalam setiap pergerakan solat sehingga merasa tenang (thamaâninah) menunjukkan bahawa itulah kesilapan yang dilakukan oleh lelaki tersebut sehingga menyebabkan solatnya tidak dikira sah oleh Rasulullah. Thamaâninah juga disyaratkan kita iktidal sebagaimana yang dijelaskan oleh Abu Humaid radhiallahu 'anh: Apabila baginda mengangkat kepalanya (daripada rukuk), baginda berdiri sehingga setiap daripada kepingan tulang belakangnya berada di posisi yang asal.(8) Ada yang berpendapat lamanya tempoh thamaâninah adalah sekadar seseorang membaca âAlhamdulillahâ atau âSubhanallahâ, akan tetapi pendapat ini tidak diperoleh dalilnya. Yang dicenderungi sebagai sesuatu yang mendekati kebenaran adalah bahawa thamaâninah itu wajib mengekalkan seseorang itu dalam satu posisi secara tenang sehingga dia dapat melengkapkan seluruh bacaan tasbih atau doanya. Ini kerana seseorang itu tidak dapat dikatakan telah rukuk atau iktidal atau sujud dengan dia dapat menyempurnakan bacaannya dalam posisi tersebut. Ibn Taimiyah berkata: Tempoh thamaâninah dalam rukuk dan sujud adalah lebih kurang selama 3 kali bacaan tasbih. Sebab menurut sunnah, pada waktu rukuk dan sujud bacaan tasbih adalah 3 kali dan itu adalah yang paling minima, maka lamanya tempoh thamaâninah adalah sekurang-kurangnya (dilengkapkan ) 3 kali bacaan tasbih.(9) d) Bersolat dengan terburu-buru. Antara perbuatan yang tidak disukai dalam solat, sama ada solat wajib mahupun solat sunat, ialah terburu-buru dalam melaksanakannya. Allah Subhanahu wa Taâala telah berfirman: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. (al-Muâminun 23:1-2) Khusyuk di dalam solat bukan sekadar prihatin kepada bacaan-bacaannya tetapi juga kepada pergerakan-pergerakan solat sehingga dapat memelihara kesempurnaannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah mengingatkan: Sempurnakanlah rukuk dan sujud kerana sesungguhnya perumpamaan orang yang tidak menyempurnakan rukuknya dan sujudnya adalah seperti orang yang lapar, tidaklah dia makan kecuali satu atau dua biji kurma yang tidak mencukupkannya sama sekali (maksudnya â tidak mendapat apa-apa manfaat daripada solatnya).(10) e) Meringkaskan bacaan selawat di dalam solat. Ramai yang berpendapat selawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di dalam bacaan tasyahud hanya wajib sekadar âAllahumma sholli âala Muhammadâ manakala bacaan selebihnya sehingga âFil âAlamina innaka hamidun majidâ hanyalah sunat. Atas pendapat ini ada yang melaksanakan solat Tarawih dengan diringkaskan bacaan selawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Sebenarnya tidak ada dalil yang menyatakan bahawa bacaan selawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di dalam solat boleh dibezakan antara yang wajib dan sunat, antara duduk tasyahud awal dan duduk tasyahud akhir. al-Shanâani rahimahullah (1186H) menegaskan: Selawat bagi Nabi shallallahu 'alaihi wasallam (di dalam solat) adalah tidak sempurna tanpa disertai selawat terhadap keluarga baginda. Orang yang bersolat hanya dianggap telah berselawat kepada Nabi apabila dia mengucapkan lafaz selawat secara lengkap sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di mana di dalamnya termasuk selawat kepada keluarga baginda. Hal ini berdasarkan (hadis di mana) sahabat bertanya: âBagaimana kami mengucapkan selawat kepada kamu?â Lalu baginda menjawab dengan menjelaskan bahawa cara selawat adalah selawat ke atas dirinya dan ahli keluarganya. Sesiapa yang tidak mengucapkan selawat bagi keluarga baginda (di dalam solat) maka bererti dia belum mengucapkan selawat yang sesuai dengan cara selawat yang diajarkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, bererti dia belum melaksanakan perintah dengan sebenarnya. Oleh itu dia belum termasuk orang yang berselawat kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Begitu juga dengan lanjutan hadis mulai dari âKama sholaitaâŠâŠâ dan seterusnya, ia wajib dibaca kerana termasuk yang diperintahkan daripada bacaan selawat tersebut. Sesiapa yang membezakan antara bacaan-bacaan selawat dengan mengatakan wajib sebahagian sahaja dan sunat sebahagian yang lain, maka itu adalah pendapat yang tidak memiliki dalil.(11) f) Tidak menjaga disiplin berjamaah Termasuk beberapa sifat solat yang diremehkan ialah tidak menjaga disiplin berjamaah apabila melaksanakan solat Tarawih secara berjamaah. Antara disiplin yang lazim diremehkan ialah melurus dan merapatkan saf. Melurus dan merapatkan saf merupakan ciri kesempurnaan solat berjamaah manakala merenggangkan saf bererti membuka ruang bagi syaitan masuk di antaranya. Disiplin solat berjamaah yang lain yang perlu diperhatikan ialah mengikuti imam tanpa mendahuluinya atau ketinggalan daripadanya. Ketahuilah bahawa solat berjamaah adalah lambang kesatuan umat Islam. Apabila ahli-ahli jamaah tidak berdisiplin dalam menjaganya, ia memberi gambaran akan betapa lemahnya kesatuan umat. Demikian beberapa sifat solat yang lazimnya diremehkan, di antaranya ada yang merosakkan kesempurnaan solat dan ada yang membatalkannya terus. Yang penting, hendaklah setiap individu Muslim yang melaksanakan solat peka bahawa dia sedang bermunajat kepada tuhannya, Allah 'Azza wa Jalla. Maka hendaklah dia memerhatikan adabnya apabila sedang bermunajat. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah menegur seorang lelaki tentang solatnya: Wahai fulan, apakah kamu tidak takutkan Allah? Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana kamu solat? Sesungguhnya apabila seseorang kamu melaksanakan solat sesungguhnya dia tidak lain berdiri bermunajat kepada tuhannya. Maka hendaklah dia memerhatikan bagaimana dia bermunajat (kepada-Nya).(12) TOP Kelima: Berzikir di antara solat Tarawih Ini adalah antara amalan yang dipandang baik oleh orang ramai padahal Allah dan Rasul-Nya tidak pernah memandang baik untuk berzikir dengan bacaan atau cara tertentu apabila sedang berehat di antara solat Tarawih. Seandainya berzikir apabila sedang berehat di antara solat Tarawih adalah sesuatu yang baik, maka pasti Allah dan Rasul-Nya akan menganjurkannya sehingga dilaksanakan sepenuhnya oleh generasi awal umat Islam. Namun anjuran ini tidak pernah wujud dan perlaksanaannya juga tidak pernah diketahui, justeru siapakah kita untuk menentukan apa yang baik atau buruk di sisi Allah? Waktu berehat di antara solat tarawih boleh dimanfaatkan untuk apa jua amalan yang baik. Akan tetapi tidak boleh mengkhususkan amalan tersebut seolah-olah ia adalah sebahagian daripada kaifiat solat Tarawih yang disyariâatkan. Sememangnya diketahui alasan yang diberikan adalah, berzikir adalah lebih baik daripada tidak berbuat apa-apa langsung. Ia dianjurkan dalam suasana umat Islam masa kini yang dilanda kemalasan untuk berzikir. Sebenarnya ini adalah alasan yang biadap terhadap Allah dan Rasul-Nya, seolah-olah Allah dan Rasul-Nya leka daripada mensyariâatkan apa yang baik kepada manusia. Yang benar agama Islam telah lengkap, yang tidak lengkap adalah ilmu dan pelaksanaannya oleh umat. Akibat jahil daripada apa yang sebenarnya disyariâatkan, umat Islam mula mencipta apa yang baik di sisi teori mereka, seolah-olah agama ini adalah milik mereka untuk diubah suai dan ditokok tambah. Nasihat penulis kepada para pembaca sekalian, tinggalkanlah sunnah kebiasaan masyarakat dan kembalilah kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Peganglah ia dengan teguh dan beramallah dengannya kerana ia dijamin oleh Allah sebagai sesuatu yang benar-benar baik. Berpegang kepada sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ialah beramal dengan apa yang diamalkan oleh Rasulullah dan tidak beramal dengan apa yang tidak diamalkan oleh Rasulullah. Sumber: âMenelan Air Liur Tidak Membatalkan Puasaâ susunan Kapten Hafiz Firdaus bin Abdullah. Download di sini >> http://uploads.bizhat.com/file/317213 --------------------------------------------- Nota Kaki: (7) Shahih al-Bukhari â hadis no: 757 (Kitab Azan) (8) Shahih Bukhari â hadis no: 0828 (Kitab Azan) (9) Dinukil daripada buku Fatawa Muâashirah (edisi terjemahan oleh al-Hamid al-Husaini dengan judul Fatwa-Fatwa Mutakhir; Pustaka Hidayah, Bandung 1996), masa. 415 (10) Sanad Jayyid (baik): Dikeluarkan oleh Abu Yaâlah di dalam Musnadnya â hadis no: 7184 dengan sanad yang dinilai jayyid oleh Husain Salim Asad (11) Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram (Dar al-Arqam, Beirut), jld. 1, masa. 219. Untuk hadis-hadis yang mengajar cara berselawat yang lengkap, rujuk buku penulis Marilah Berselawat Kepada Rasulullah terbitan Jahabersa, Johor Bahru 2002. Dalam kitabnya Fiqh al-Sunnah (al-Fath li Iâlam al-Arabi, Kaherah 1999), jld. 1, masa. 203 (Bab: Disunatkan meringkaskan tasyahud awal), al-Sayid Sabiq menulis: Dan disunatkan untuk meringkaskannya padanya (bacaan & duduk tasyahud awal) kerana diterima daripada Ibn Masâud (radhiallahu 'anh) dia berkata: âRasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, apabila duduk pada dua rakaat yang awal, ia seolah-olah seperti duduk di atas bara yang panasâ Riwayat Ahmad dan para ahli sunan dan berkata al-Tirmizi, hadis hasan kecuali bahawasanya âUbaidah tidak mendengar daripada ayahnya. Berkata al-Tirmizi: âDan telah menjadi amalan atas hal ini di sisi ahli ilmu, mereka memilih untuk tidak duduk lama pada rakaat yang kedua dan tidak ditambah atas bacan tasyahud apa-apa.â Dan berkata Ibn al-Qayyim: âTidak dinaqal bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berselawat ke atas dirinya mahupun ke atas ahli keluarganya dalam tasyahud awal, dan tidak baginda meminta perlindungan padanya daripada azab kubur, azab neraka, fitnah kehidupan, fitnah kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal. Dan sesiapa yang menyunatkan (untuk membaca yang) sedemikian, maka sesungguhnya ia hanyalah daripada keumuman dan kemutlakan, sungguh yang jelas adalah tempatnya hanyalah pada tasyahud akhir.â Sekian al-Sayid Sabiq. Daripada kata-kata di atas, seolah-olah dibolehkan meringkaskan bacaan selawat dalam solat ketika duduk tasyahud pertama. Yang benar tidaklah demikian. Berikut adalah penelitian lanjut ke atas kata-kata al-Sayid Sabiq: Pertama: Hadis Ibn Masâud. Hadis yang berbunyi: âRasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, apabila duduk pada dua rakaat yang awal, ia seolah-olah duduk di atas bara yang panasâ adalah dhaif kerana sanadnya terputus. Hal ini sebagaimana yang disebut oleh al-Tirmizi dan dinukil sendiri oleh al-Sayid Sabiq. Telah berkata al-Tirmizi: âHadis hasan kecuali bahawasanya âUbaidah tidak mendengar daripada ayahnya.â Rujuk Sunan al-Tirmizi â hadis no: 364 di mana gelaran sebenar bagi âUbaidah ialah Abi âUbaidah. Hadis ini juga dikeluarkan oleh Ahmad (1/428 & 460), Abu Daud (995) dan al-Nasai (1170), semuanya melalui jalan periwayatan yang berpangkal kepada Abi Ubaidah. Abi âUbaidah, beliau ialah âUbaidah bin âAbd Allah bin Masâud, anak kepada âAbd Allah ibn Masâud. Al-Mubarakfuri menukil daripada al-Hafiz al-Munziri bahawa âAmr bin Marh pernah bertanya kepada âUbaidah: âPernahkah anda menyebut apa-apa daripada âAbd Allah (ayahnya)?â âUbaidah menjawab: âAku tidak pernah menyebut (meriwayatkan daripada ayahku) apa-apa.â (Tuhfah al-Ahwazi Syarh Sunan al-Tirmizi (Dar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut), jld. 2, masa. 301) Namun hadis Ibn Masâud ini memiliki penguat daripada apa yang diriwayatkan oleh Tamim bin Salamah, yang dikeluarkan oleh Ibn Abi Syaibah bahawa Abu Bakar radhiallahu 'anh: âApabila duduk pada dua rakaat yang awal, ia seolah-olah seperti duduk di atas bara yang panasâ Berkata al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam Talkhish al-Habir fi Takhrij Ahadits al-Rafiâie al-Kabir: âIsnadnya sahih.â Ini dinukil oleh al-Mubarakfuri di dalam Tuhfah al-Ahwazi, jld. 2, masa. 302. Oleh itu penilaian hasan oleh al-Tirmizi tidak sahaja dengan merujuk kepada hadis Ibn Masâud tetapi juga perbuatan seorang sahabat yang lain, iaitu Abu Bakar radhiallahu 'anh. Setelah sabit darjat hadis, kita beralih kepada matannya pula. Kata-kata âseperti duduk di atas bara yang panasâ adalah kiasan bagi menunjukkan duduk yang tidak lama. Yang perlu dikaji sekarang ini adalah lama dari ukuran siapa? Ini kerana lama atau tidak adalah sesuatu yang relatif. Memandangkan hadis di atas merujuk kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, maka kita menggunakan solat baginda sebagai skala ukuran. Sesiapa yang lazim membaca hadis-hadis tentang tatacara baginda bersolat, nyata bahawa qiyamnya, rukuknya, sujudnya dan sebagainya adalah amat lama. Termasuk sifat solat baginda ialah duduk lama apabila membaca tasyahud akhir. Ini kerana baginda berdoa di akhir tasyahud sebelum beri salam. Perlu digariskan bahawa sunnah Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam berdoa bukanlah setelah selesai solat sepertimana yang lazim kita lakukan, tetapi berdoa selepas bacaan tasyahud dan sebelum beri salam. Oleh itu duduk membaca tasyahud akhir bagi baginda memang amat lama. Jika hal ini jelas kepada kita, fahamlah bahawa perbandingan yang dilakukan oleh Ibn Masâud ialah antara duduk tasyahud awal dan akhir. Jelas bahawa daripada pengamatan beliau, duduk pada tasyahud awal bagi Rasulullah adalah lebih pendek tempoh berbanding tasyahud akhir. Namun adakah lebih pendek bererti baginda meringkaskan bacaan selawatnya? Tidak boleh dirumuskan demikian kerana hadis di atas tidak bersifat membezakan antara bacaan selawat yang dibaca. Yang dibezakan hanya tempoh duduk. Berdasarkan analisa kepada sifat solat baginda secara keseluruhannya, dapat diketahui bahawa yang menyebabkan perbezaan tempoh adalah sama ada baginda membaca doa di akhir selawat atau tidak. Bagi duduk tasyahud akhir, baginda sememangnya diketahui membaca doa sebelum memberi salam. Manakala bagi duduk tasyahud awal baginda tidak membaca doa, maka kerana itulah duduk baginda lebih pendek tempohnya. Oleh itu hadis Ibn Masâud di atas bukan dalil bagi membezakan antara selawat ringkas dan selawat penuh antara tasyahud awal dan tasyahud akhir. Kedua: Kata-kata al-Tirmizi. Berkata al-Tirmizi setelah mengeluarkan hadis di atas: âDan telah menjadi amalan atas hal ini di sisi ahli ilmu, mereka memilih untuk tidak duduk lama pada rakaat yang kedua dan tidak ditambah atas bacan tasyahud apa-apa.â Tumpuan kita adalah kepada kata-kata: ââŠâŠ..dan tidak ditambah atas bacaan tasyahud apa-apaâ. âą ââŠ..Tidak ditambahâŠ..â merujuk kepada apa-apa doa selepas itu, yakni ia tidak dibaca dalam tasyahud awal. âą ââŠ..atas bacaan tasyahud apa-apaâ merujuk kepada bacaan tasyahud yang diajar oleh Rasulullah. Di sini, semua hadis baginda yang menerangkan bacaan tasyahud dan selawat adalah secara penuh tanpa ada selawat yang ringkas. Oleh itu, kata-kata al-Tirmizi juga bukan hujah untuk membezakan antara selawat ringkas dan selawat penuh antara tasyahud awal dan tasyahud akhir. Ketiga: Kata-kata Ibn al-Qayyim. Kata-kata Ibn al-Qayim yang dinukil oleh al-Sayid Sabiq diambil daripada kitab Zaad al-Maâad (Muassasah al-Risalah, Beirut 1999), jld. 1, masa. 198: Tidak dinaqal bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berselawat ke atas dirinya mahupun ke atas ahli keluarganya dalam tasyahud awal, dan tidak baginda meminta perlindungan padanya daripada azab kubur, azab neraka, fitnah kehidupan, fitnah kematian dan fitnah al-Masih al-Dajjal. Dan sesiapa yang menyunatkan (untuk membaca yang) sedemikian, maka sesungguhnya ia hanyalah daripada keumuman dan kemutlakan, sungguh yang jelas adalah tempatnya hanyalah pada tasyahud akhir. Perhatian ditujukan kepada kata-kata beliau: âTidak dinaqal (dinukil) bahawasanya NabiâŠâŠâ. Kaedah usul fiqh menyatakan, apabila bertembung antara penafian dan penetapan, hendaklah diunggulkan penetapan. Ini kerana penafian adakalanya berlaku kerana ketidaktahuan atau sememangnya penetapan tersebut tidak memerlukan sebarang penafian. Merujuk kepada kata-kata Ibn al-Qayyim di atas, beliau menafikan wujudnya apa-apa riwayat daripada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di mana baginda berselawat atas dirinya dan ahli keluarganya dalam tasyahud awal. Bererti - mengikut ijtihad Ibn al-Qayyim â baginda langsung tidak membaca selawat pada tasyahud awal. Namun penafian Ibn al-Qayyim tetap perlu dianalisa berdasarkan kaedah usul fiqh di atas. Dalam bab ini kita ada hadis yang menetapkan bacaan tasyahud dan selawat secara penuh. Hadis-hadis ini tidak ada yang menerangkan bahawa dalam tasyahud awal bacaan selawat boleh dipisahkan. Maka apa yang ditetapkan oleh hadis-hadis yang sahih diunggulkan di atas penafian Ibn al-Qayyim. Ini kerana penafian beliau mungkin berakibat daripada ketidaktahuannya terhadap kewujudan riwayat tersebut. Wujud kemungkinan kedua di mana dalam bab ini sememangnya tidak ada riwayat. Ini kerana Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sememangnya tidak membezakan bacaan selawat antara tasyahud awal dan tasyahud akhir. Apabila tidak wujud perbezaan, maka tidak perlu untuk para sahabat meriwayatkan sesuatu yang menerangkan perbezaannya. Di sini kaedah usul fiqh menyatakan, apabila terhadap sesuatu perkara tidak wujud riwayat yang menerangkan tentangnya, maka perkara tersebut dikembalikan kepada dalil yang paling dekat kepadanya. Dalam bab ini, dalil yang terdekat ialah hadis-hadis yang menerangkan bacaan tasyahud dan selawat secara lengkap tanpa membezakan antara tasyahud awal dan akhir. Oleh itu sekali lagi, kata-kata Ibn al-Qayyim tidak dapat dijadikan hujah bahawa selawat pada duduk tasyahud awal hanya sekadar âAllahumma sholli âala Muhammadâ atau tidak perlu dibaca langsung. Rumusan: Demikian sedikit penelitian ke atas kata-kata al-Sayid Sabiq daripada kitabnya yang masyhur, Fiqh al-Sunnah. Apabila al-Sayid Sabiq berkata: âDan disunatkan untuk meringkaskannya padanya (bacaan & duduk tasyahud awal)âŠ..â secara zahir beliau tidak bermaksud meringkaskan bacaan selawat kecuali apabila berhadapan dengan kata-kata Ibn al-Qayyim. Al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah (757H) adalah seorang tokoh yang memang amat luas ilmunya, anak murid kepada Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (728H). Beliau telah berijtihad dalam bab membezakan bacaan selawat antara tasyahud awal dan tasyahud akhir. Akan tetapi ini tidaklah bermakna kita tidak boleh menganalisa dan mengkaji apa yang beliau ijtihadkan. Kita menghormati dan menyayangi beliau, tetapi Allah dan Rasul-Nya lebih kita hormati dan sayangi. (12) Sanad Hasan: Dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya â hadis no: 474 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Muhammad Mustafa al-âAzami |
east_salju ![]() ![]() |
![]() |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |