Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-06-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Apa yang dilihat, dimakan, didengar akan jadi sebahagian daripada diri kita
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 56
Ahli: 0
Jumlah: 56




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 29 hari yang lalu
izdham: 38 hari yang lalu
nadiahhazirah92: 48 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Hukum solat jumaat kepada wanita


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Hukum solat jumaat kepada wanita

Please Mendaftar To Post


Oleh Hukum solat jumaat kepada wanita

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-08-08 01:25


salam kawan-kawan

macam mana ek, kalau kita dalam perjalanan menuju ke tempat kerja yang jauh dan menemani suami kita menunaikan solat jumaat....pada ketika ini kita perlu menunaikan solat zohor atau solat jumaat...atau macam mana ek?

ada sesepe boleh tolong :berfikir:


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 30-08-08 01:35


ana biasa solat zohor saja kalau musafir jauh2. masa org laki p jumaat tungu lam kereta saja. lepas itu tempat lain baru solat zohor. tak nah pula solat jumaat. lagipun org laki penuh lah

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-08-08 01:47


Pada 30-08-08 01:35 , AmrinHakeem posting:

!!! QUOTE !!!

ana biasa solat zohor saja kalau musafir jauh2. masa org laki p jumaat tungu lam kereta saja. lepas itu tempat lain baru solat zohor. tak nah pula solat jumaat. lagipun org laki penuh lah


owh amrin ni muslimat rupanya.... :kelip:


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-08-08 09:43


kalau saya.... pergi cari surau2 yang berdekatan...

segan aih nak pii masjid. huhu.


p/s: amrin memang muslimat... tengok avatar lah :D. salam ukhwah amrin :bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-08-08 09:54


Pada 30-08-08 09:43 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!


p/s: amrin memang muslimat... tengok avatar lah
Saya pun muslimat juga. Tengok avatar lah.


-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-08-08 09:55


Pada 30-08-08 09:54 , sirat82 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 30-08-08 09:43 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!


p/s: amrin memang muslimat... tengok avatar lah
Saya pun muslimat juga. Tengok avatar lah.



yang ni tak boleh percaya... :jangan:

p/s: sejak bila bersaya-saya ni...?


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-08-08 11:08


Pada 30-08-08 09:55 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

p/s: sejak bila bersaya-saya ni...?
Sejak hari ini.


-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-09-08 13:41


Pada 30-08-08 11:08 , sirat82 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 30-08-08 09:55 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

p/s: sejak bila bersaya-saya ni...?
Sejak hari ini.


saya pun muslimat juga, tengok avatar lah, ngeh3


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-09-08 14:16


kepada ibnu_musa dan sirat...........
sila kembali pada topik asal... 8-)
menyimpang jauh sangat tu.....saya dah tau kalian berdua muslimin... :sopan:


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-09-08 23:52


Kedudukan Perempuan Bersembahyang Jum‘at



Berkata Imam as-Syafi‘e Rahimahullah dalam kitab al-Umm:

Maksudnya: “Tidak (wajib) ke atas orang yang belum baligh, orang perempuan dan hamba menunaikan sembahyang Jum‘at”. (al-Um: 1/218)



Menurut kitab al-Minhaj karangan Imam An-Nawawi Rahimahullah bahawa syara‘ telah menentukan wajib fardhu ‘ain sembahyang Jum‘at itu ke atas setiap orang Islam yang mukallaf, merdeka, lelaki, orang yang muqim, yang tidak sakit dan seumpamanya. (Minhaj at-Thalibin: 1/263) Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah ketika menjelaskan perkataan Imam an-Nawawi Rahimahullah bahawa tidak wajib Jum‘at ke atas orang yang tidak mukallaf, perempuan, khuntsa, orang musafir dan orang sakit sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Daripada Tariq bin Syihab, daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda bersabda: “Sembahyang Jum‘at itu hak yang wajib ke atas setiap orang Islam dengan cara berjemaah kecuali empat: Hamba yang dimiliki atau perempuan atau kanak-kanak atau orang sakit”.

(Hadis riwayat Abu Daud)

Hadis di atas diriwayatkan juga oleh ad-Darqutni dalam kitabnya as-Sunan, al-Baihaqi dalam kitabnya al-Kabir dan al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak. Imam an-Nawawi Rahimahullah menshahihkan hadis di atas dalam kitab al-Majmu‘ kerana bertepatan dengan syarat Imam al-Bukhari dan Muslim. Begitu juga al-Hafiz dalam kitab al-Talkhis mengatakan hadis di atas dishahihkan oleh ramai orang. (Minhaj at-Thalibin: 1/263 dalam nota kaki)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

Anak_Pejuang
WARGA SETIA
Menyertai: 01.09.2005
Ahli No: 18622
Posting: 1714
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-09-08 23:53


Sembahyang Jum‘at tidak wajib ke atas perempuan berdasarkan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Walau bagaimanapun perempuan tidak dilarang untuk menunaikan sembahyang tersebut. Menurut kebanyakan ulama, apabila seorang perempuan menunaikan sembahyang Jum‘at maka ia tidak wajib melakukan sembahyang zuhur pada hari tersebut. Persoalannya adakah afdhal dan dituntut seorang perempuan itu keluar ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jum‘at atau ia duduk di rumah mengerjakan sembahyang zuhur?

Menurut Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah (Tuhfah al-Muhtaj: 1/275) bahawa perempuan lebih afdhal berjemaah di rumah sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya: “Daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhu katanya: Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: “Janganlah kamu tegah perempuan-perempuan kamu pergi ke masjid sedangkan di rumah mereka adalah lebih baik bagi mereka”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Dalam perkara perempuan keluar ke masjid menunaikan sembahyang Jum‘at menurut kitab al-Majmu‘, perempuan-perempuan sama ada muda atau tua yang boleh merangsang nafsu adalah makruh pergi ke masjid kecuali sebaliknya. (al-Majmu‘: 4/415)

Dengan perkataan yang lain menurut Ibnu Hajar al-Haitami Rahimahullah adalah makruh bagi perempuan berjema‘ah ke masjid jika perempuan itu boleh merangsang nafsu sekalipun dengan hanya mamakai pakaian harian (pakaian yang tidak cantik) atau perempuan itu tidak merangsang nafsu tetapi dia berhias-hias atau berharum-harum. Lebih-lebih lagi haram hukumnya jika ditakuti akan berlaku fitnah ke atasnya. (Tuhfah al-Muhtaj: 1/275)

Manakala menurut al-Bandaniji pula adalah dituntut (mustahab) bagi perempuan tua pergi ke masjid menunaikan sembahyang Jum‘at sebagaimana katanya:

Maksudnya: “Adalah disunatkan (mustahab) bagi perempaun tua hadir menunaikan sembahyang Jum‘at (ke masjid) dan makruh bagi perempuan muda hadir pada semua sembahyang yang berhimpun (bercampur) dengan lelaki kecuali pada sembahyang hari raya” (Al-Majmu‘: 4/405)

Penutup

Perempuan adalah termasuk di dalam orang-orang yang diberikan takhfif (keringanan) untuk tidak menunaikan sembahyang Jum‘at berdasarkan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan penjelasan para ulama mengenainya. Walau bagaimanapun, perempuan tidak dihalang untuk menunaikannya dan bagi perempuan yang menunaikan sembahyang Jum‘at maka tidaklah wajib atasnya menunaikan sembahyang fardhu zuhur pada hari tersebut dan memadailah sembahyang Jum‘at itu sebagai ganti sembahyang zuhur.

Sumber : http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2004/ic28_2004.htm

Bookmark and Share

    


  Member Information For Anak_PejuangProfil   Hantar PM kepada Anak_Pejuang   Pergi ke Anak_Pejuang's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 03-09-08 01:05


Pada 30-08-08 09:43 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!


p/s: amrin memang muslimat... tengok avatar lah :D. salam ukhwah amrin :bunga:


salam ukhwah :bunga:



Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

PUTERI_FUZA
Warga 4 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1975
Posting: 201
Dari: Perth, Australia

australia  


posticon Posting pada: 03-09-08 10:29


tak pernah solat jumaat pun...
tapi teringin sangat-sangat nak buat solat jumaat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-09-08 12:56


syukran    anak Anak_Pejuang :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 05-09-08 15:27


terima kasih atas info anak pejuang.

Sekadar berkongsi pengalaman. baru-baru ini saya berpeluang ke Jakarta, Indonesia. Kebetulan saya berada di sana pada hari jumaat, maka kami pun mencari masjid bagi menunaikan solat zohor. Kami tiba di Masjid Suharto (amat besar sekali) sewaktu sembahyang jumaat hampir tamat. Apa yang menariknya disana, kaum wanita juga turut sama bersembahyang jumaat. Kelihatan begitu ramai kaum wanita yang menunaikan sembahyang jumaat disana. Suasana kelihatan seperti satu hariraya kita disini dimana akan kelihatan kaum wanita dan anak2 juga di masjid. Sungguh menarik sekali.

Sesudah selesai solat jumaat masjid itu masih meriah dengan bacaan ayat2 Al-Quran....disatu sudut pula terdapat saudara baru sedang mengucap syahadah menandakan telah beriman kepada Allah dan Rasulullah. Apa yang paling saya tertarik adalah...pasangan pengantin menunggu untuk di nikahkan selepas solat jumaat...berbaju jawa (pakaian rasmi mereka seperti juga baju melayu kita bagi lelaki ) dan bertelekung (bagi wanita). Sesuatu yang amat jarang kelihatan di masjid2 kita. Mungkin ada..tetapi saya belum bertemu dengan keadaan yang sama seperti itu. Masyarakat disana menggunakan masjid dengan sepenuhnya bukan sekadar tempat untuk bersolat sahaja. Masjid mereka juga tidak berkunci seperti sesetengah masjid di sini.

Kebanyakan masjid disana ..biasa sahaja hiasannya..tidaklah gah seperti masjid2 kita. Terdapat juga sebuah masjid disana dimana sama seperti masjid Shah Alam....(yang biru tu).

Maaf..out of topic sikit .....sekadar berkongsi pengalaman. :-D :kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

qais_amirii
Warga 4 Bintang
Menyertai: 06.02.2004
Ahli No: 7048
Posting: 165
Dari: Republic of Nilai

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-09-08 15:33


Pada 03-09-08 10:29 , PUTERI_FUZA posting:

!!! QUOTE !!!

tak pernah solat jumaat pun...
tapi teringin sangat-sangat nak buat solat jumaat...


kat masjid uia gombak, student muslimat luar negara solah jumaat.


-----------------
Jana Gaji Anda Sendiri
http://www.GajiBulanan.Com/?id=etijarah
http://



    


  Member Information For qais_amiriiProfil   Hantar PM kepada qais_amirii   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113096 saat. Lajunya....