Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-02-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: atbar1981
Hari Ini: 1
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43128

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 1
Jumlah: 28


Ahli Sedang Online:
1: atbar1981


  Yang Masuk Ke Sini
atbar1981: 56 saat yang lalu
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 22 minit yang lalu
z_tornado: 1 hari, 19 jam, 29 minit yang lalu
sarashanee: 8 hari yang lalu
CikIzzah1992: 10 hari yang lalu
Qiamulail: 26 hari yang lalu


Lirik Nasyid
Topik: Bila Tuhan Tak Ditakuti (MAWADDAH)


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Lirik Nasyid
    »» Bila Tuhan Tak Ditakuti (MAWADDAH)

Please Mendaftar To Post


Oleh Bila Tuhan Tak Ditakuti (MAWADDAH)

rabiatuladawiyahabdlatif
Warga 3 Bintang
Menyertai: 19.12.2006
Ahli No: 27800
Posting: 77
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 03:24


lirik lagu yang best...

Bila Tuhan Tak Ditakuti


Bila Tuhan tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
Tiap orang tak ketahuan hala hidupnya sendiri
Maka rosaklah di sana sini

Ada manusia puja alam sebagai Tuhan
Mabuk dengan gelombang laut yang menggulung
Digambarkan dengan kata sastera mempesona
Mereka tenggelam dalam gelombang sasteranya
Ia leka sendiri dengan buah penanya
Bagai orang tenggelam dalam lautan menggulung
Tidak tahu tujuan ke mana mahu pergi

Ada juga yang sibuk bercakap dengan emosinya sekali
Mengelilingi seluruh negeri
Kadang-kadang berbohong sesuka hati
Berkata tidak mengota
Mengecam orang tak usah dikira
Sudah jadi makan minumnya

Ada golongan sibuk dengan kesalahan orang
Seolah-olah mereka wira agama
Konon hendak membersih agama dari noda
Yang sebenarnya berlakon di depan manusia
Bukan hidup realitinya

Mereka lupa diri sendiri
Mereka sendiri buat dosa
Membeli kereta dan rumah terlibat dengan riba
Anak-anak dan juga isteri terdedah aurat setiap hari
Perbualan setiap hari
Tentang kenaikan gaji dan juga pangkat
Hidup sendiri nafsi-nafsi
Kecuali ada urusan rasmi
Yang ada kaitan dengan gaji

Bakhilnya amat ketara sekali
Mereka lupa semua itu adalah
Kesesatan dalam beragama
Yang punya kuasa berbangga dengan kuasanya
Menggertak manusia setiap hari
Akta-akta dibuat untuk selamatkan diri mereka
Membantu orang bukan dari hatinya sendiri
Menceritakan jasa kepada manusia
Maka hilanglah pahalanya
Menipu diri tak disedari

Tak kurang juga ada di kalangan manusia
Setiap hari memikirkan hendak menghiburkan manusia
Berbagai cara dan gaya dipertunjukkan
Rupanya jiwa mereka sendiri tak terhibur
Jiwa mereka derita
Tak kurang juga yang bunuh diri

Bookmark and Share

    


  Member Information For rabiatuladawiyahabdlatifProfil   Hantar PM kepada rabiatuladawiyahabdlatif   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 20-09-08 17:54


lagu ni erdurasi 9 minit Kalau tak silap..panjang beno..tapi best dengar..
versi inggeris pun sedap juga..
tapi Kalau di perati lirik2nye..memang kena kat banyak batang hidung org kita sekarang..
hmm..bukan setakat dengar dan nyanyi..but juga hayati dan fahami juga..kan?

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

islamic_gil
WARGA SETIA
Menyertai: 24.02.2005
Ahli No: 14692
Posting: 427
Dari: SATU KAWASAN DI SATU MASA

Selangor  


posticon Posting pada: 05-11-08 15:24


tak pernah dengar lahu nii. tapi ni baru first time baca lirik kat ukhwah niii..betul betul sesiapa pun mesti terasa kat btg hidung sendiri

Bookmark and Share

    


  Member Information For islamic_gilProfil   Hantar PM kepada islamic_gil   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 16:52


yang ni pulak macam mana...

TUHAN terimalah taubatku yang tidak sempurna
ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya
tapi apakan daya ini yang ku mampu
mempersembahkannya kepadaMU
telah kucuba sepenuh hati
tapi masih tidak mampu sempurna
aku harap dengan rahmatMU
terimalah jua taubatku
aku tetap tidak jemu
kuteruskan walau tidak meningkat
aku tetap istiqomah

kasihanilah aku wahai TUHAN
hamba yang lemah ini pengampunanMU yang ku harapkan
siapa lagi yang akan membelaku
kalau ENGKAU tidak membelanya

aku kan hambaMU jua
aku kan ciptaanMU juga
kalau ENGKAU selamatkan
ENGKAU tidak akan rugi
kebesaranMU akan tetap sempurna
ampunilah wahai TUHAN segala dosaku

#boleh juga buat rintihan dalam solat taubat
#juga dalam solat-solat yang lain
#kalau dengar nasyidnya lagi bagus untuk dihayati
#versi bahasa arab pun ada, lagi sedih...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 05-11-08 16:58


saya suka lagu mawaddah ni....dulu selalu jugak dengar kat radio.....tapi dah lama tak dengar radio.....sejak tengok ruben ni ...ngeh3x

suara vokalis mawaddah tu memang harmoni cuma bila perempuan yang 'bernyanyi'....saya jadi konfius pulak...entah lah..

bagaimana nak dengar lagu ni ??....

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 05-11-08 17:01


Assalamualaikum
memang suka lagu ni..dedolu ada diputarkan di IKIM...tapi, lepas isu rufaqa', terus dibanned kan..(agaknya?? :berfikir: )

hm..memang lagu mawaddah best²..tapi, susah jugak nak kata bila perempuan yang menyanyi...hmm... :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-11-08 08:41


mereka cuma menjadi alat untuk menyampaikan dakwah...
ahli-ahli mawaddah pun bukannya tetap...
sentiasa ada budak-budak 'fresh' yang diberi tanggungjawab
dan assignment bagi meningkatkan cara untuk berdakwah...
kalau nak tau budak-budak ni ditapis oleh para ustaznya
bagi mengelakkan sifat-sifat mazmumah ada dalam diri...
tak pula mencari populariti seperti artis lain...
inilah akademi kebudayaan dan kesenian mawaddah
aktiviti mereka banyak di timur tengah dan di europe

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-11-08 09:04


Pada 05-11-08 17:01 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
memang suka lagu ni..dedolu ada diputarkan di IKIM...tapi, lepas isu rufaqa', terus dibanned kan..(agaknya?? :berfikir: )

hm..memang lagu mawaddah best²..tapi, susah jugak nak kata bila perempuan yang menyanyi...hmm... :berfikir:


Yup...sebab salah seorang tu anak kepada ketua rufaqa'. And ada lagi sebab2 lain...


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

imni_1612
Warga 4 Bintang
Menyertai: 10.09.2008
Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-11-08 09:31


suka lgu ni..popiler time imni form 2 kat sekolah dulu..:-)
erm tapi imni tak ada lah koleksi lagu ni..:-(
boleh bagitau imni mana boleh dapat lagu ni??:kelip:

Bookmark and Share

    


  Member Information For imni_1612Profil   Hantar PM kepada imni_1612   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-11-08 10:36


susah nak hidup di tanah air sendiri...
padahal di bumi ALLAH disuruh bertebaran mencari rezekiNYA
ada pula manusia nak banned sesama sendiri...
takutkah kita pada golongan sebegini...
tak kenal maka tak cinta...
tak pelah mereka pun tak bising saya pula yang mengeluh...
mereka redha walaupun terbuang di tempat sendiri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 06-11-08 16:31


Assalamualaikum
yuhada : penyokong kuat mawaddah ke?ke rufaqa'?? :berfikir:
niza_ati : hm, bukan satu tapi dua..khaulah dan fatim, deduanya anak abuya...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

lebai_y2k
Warga 4 Bintang
Menyertai: 27.09.2003
Ahli No: 3792
Posting: 176
Dari: Pokok Sena

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 06-11-08 18:38


lirik memang mantap,memang menusuk jiwa,tapi bila perempuan nyanyi, payah telinga ni nak boleh terima..Haram bagi lagu perempuan masuk dalam hard disk komputer ku...

Bookmark and Share

    


  Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 06-11-08 20:54


Pada 06-11-08 18:38 , lebai_y2k posting:

!!! QUOTE !!!

lirik memang mantap,memang menusuk jiwa,tapi bila perempuan nyanyi, payah telinga ni nak boleh terima..Haram bagi lagu perempuan masuk dalam hard disk komputer ku...


:berfikir: wah sampai macam itu sekali ye lebai_y2k...tak ada lagu perempuan lah ye dalam simpanan??



:kelip: ala sedihnya saya tak pernah pun dengar lagu ini...tapi liriknya memang cukup berkesan dan sarat dengan mesej...

Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 09:18


saya bukan ahli rufaqa' tapi mawaddah ye i like it very very much...
sebab sempat serumah dengan budak-budak mawaddah ni...
saya pun tak sanggup nak buat macam mana mereka jalani kehidupan
mereka seharian... sempat saya mengeluh lantaran hati ni tak boleh
nak terima...

saya tau mereka ni siapa!!! ada sejarahnya di zaman silam
tapi mereka pun tak ganggu orang lain...
melainkan hidup mencari TUHAN dan mengusahakan rezeki sambil
berbakti.... pada insan lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 07-11-08 09:45


Pada 07-11-08 09:18 , yuhada posting:

!!! QUOTE !!!


saya tau mereka ni siapa!!! ada sejarahnya di zaman silam
tapi mereka pun tak ganggu orang lain...
melainkan hidup mencari TUHAN dan mengusahakan rezeki sambil
berbakti.... pada insan lain


Assalamualaikum
ok..ok..apakata yuhada ceritakan kepada kami siapa mereka!!!
saya tak kisah hal berbakti tu..saya juga tahu tentang kesilapan mereka mengagungkan abuya..saya juga tahu sikap mereka..tapi, saya concern tentang perempuan yang bernasyid..sebab tu saya minta jawabkan soalan saya..

macam mana nak jawab soalan myhoney tu..
bagaimana "nak" dengar lagu ni ye?? :berfikir:



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-11-08 10:34


kalian boleh rujuk http://ikhwantoday.com/
bukan sebab nak agungkan abuya, tapi lebih kepada menuju ILAHI
kerana apabila mendapat TUHAN jemaah lebih dinaungi ALLAH
kebanyakan jemaah mereka dan keseluruhannnya adalah
keluarga abuya itu sendiri...

anda bayangkan dengan 4 orang isteri dan 24 anak dan di antaranya
yang dah berkeluarga juga bercucu... mestilah nak diberi makan
perlukan tanggungjawab dan kasih sayang... mereka bina ekonomi
mereka sendiri dan semua itu melalui abuya... maka mestilah mereka
berterima kasih dengan abuya...

kalau saya pun mestilah saya berterima kasih dengan abah saya
semua benda dan sekecil2 masalah hendak dibela... cuma famili saya tak
sekaya mereka pun masih bergantung pada kerajaan..

mengenai kat mana nak dengar lagu tu... boleh beli album mawaddah
tapi rasanya kat pasaran dah tak ada lagi kena beli kat cawangan
mawaddah kat rawang... atau melalui saya pun boleh juga...

maaf sekali lagi kalau ada terkurang bahasa

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 07-11-08 17:31


Pada 07-11-08 10:34 , yuhada posting:

!!! QUOTE !!!

kalian boleh rujuk http://ikhwantoday.com/
bukan sebab nak agungkan abuya, tapi lebih kepada menuju ILAHI
kerana apabila mendapat TUHAN jemaah lebih dinaungi ALLAH
kebanyakan jemaah mereka dan keseluruhannnya adalah
keluarga abuya itu sendiri...


Assalamualaikum
itu memang laman web mereka kan?tulisan pihak sendiri, mestilah nampak seolah betul kan?
bagaimana dengan lagu Putera Bani Tamim tu ye??
saya tak tanya bagaimana cara nak dengar lagu tu, tapi "nak" dengar lagu tu..maksudnya bagi orang lelaki macam saya ni..yang bukan mahram..boleh terangkan dengan detail tak?
berterima kasih dengan abuya sampai siap ada poster abuya dalam fail?tampal kat dinding bilik?terpampang di skrin komputer dan laptop?macam mana tu ye?boleh beri penerangan....



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-11-08 08:51


terpulang apa yang anda nak perkatakan...
jiwa masing-masing yang tanggung.... yang salah terus akan terjerumus ke lembah maksiat yang benar akan di uji dengan pelbagai ujian untuk keteguhan iman dan taqwa...
tak salah lelaki nak dengar, ambil ilmu dari lagu tersebut sambil kita beribadah... lagu yang didendangkan tu harus kerana intipatinya menuju sambil merintih pada ILAHI...

bagaimana anda mendengar lagu nasyid wanita yang lain?
contoh waheeda... intipati ada sikit tapi lebih kepada glamour dan lagunya yang mangasyikkan... mestilah 'lagha'
itu jemaah mereka keluarga mereka, kalau salah sama-sama tanggung kalau benar masyarakat disekeliling dapat merasa kasih sayang mereka yang mereka perjuangkan...

isu lagu PBT tu, keyakinan mereka samalah keyakinan kita pada pemimpin-pemimpin kita dalam isu politik yang hebat hangat diperkatakan sekarang ni... dengan replikanyalah,isu bergaduhnyalah... mana contoh atau role model yang sepatutnya berlaku dalam indahnya Islam itu... belum ada lagi dalam keluarga mereka nak rebutkan takhta Ustaz Ashaari, insya ALLAH semua patuh

dah kita berhenti dalam menyalahkan akidah masing-masing... saya pun taknak terjerumus dalam benda yang tak habis hujung pangkal... nak jawapan minta jawapan dalam qiyamullail... kat situ ada kebenarannya...

maaf zahir batin

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-11-08 09:19


bagi muslimin, tak perlu lah dengar setiap lagu-lagu perempuan. BImbang terlalai dan terguris iman tu.

respect habis lah saya kat mana-mana lelaki yang menjaga imannya. Kagum lah kalau setiap kali dengar radio, time perempuan nyanyi-tutup radio tak pun tutup telinga.

Mesti kalau tengok cerita-cerita kat Tv macam ayat-ayat cinta (yang dah jadi kegilaan ramai), time Rossa nyanyi (perempuan kan) , tutup Tv tu..
Bagusnya.. sebab ramai penyanyi perempuan kan..ramai jugak yang muslimahnya.. MEsti kalian tak dengar kan..tak hafal, tak jadikan ringtones, tak masuk dalam list MP3.. bagusnya! Alhamdulillah!!

Sepanjang saya talaqi ilmu, saya menemui pendapat berikut:-

Sebenarnya aurat wanita kalau mengikut Ulama’ Muktabar termasuk Al Imam An Nawawi, ianya tidak aurat. Namun begitu, ada juga yang menyatakan aurat. Cuma ianya menjadi perbahasan apabila wanita menggunakan suara untuk menyanyi.

pandangan Dr. Yusuf Al Qardhawi dan Dr. Abdul Karim Zaidan di mana mereka berdua menyatakan harus wanita menyanyi di khalayak ramai asalkan mereka menjaga adab-adab iaitu menutup aurat dan tidak menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah.

Dan saya fikir dan perhatikan, MAWADDAH jauh lebih sopan daripada artis-artis perempuan yang ada. Pakaian entah ke mana, gelek-gelek..solek sana sini.

Apapun itu terpulang pandangan masing-masing. Tak perlu sampai nak pening dengan selera masing-masing. Berhibur kan tidak salah. Yang salah memilih corak hiburan.

dari TT

!!! QUOTE !!!

itu memang laman web mereka kan?tulisan pihak sendiri, mestilah nampak seolah betul kan?
bagaimana dengan lagu Putera Bani Tamim tu ye??
saya tak tanya bagaimana cara nak dengar lagu tu, tapi "nak" dengar lagu tu..maksudnya bagi orang lelaki macam saya ni..yang bukan mahram..boleh terangkan dengan detail tak?
berterima kasih dengan abuya sampai siap ada poster abuya dalam fail?tampal kat dinding bilik?terpampang di skrin komputer dan laptop?macam mana tu ye?boleh beri penerangan....



saya bukan nak membela. Tapi, saya rasa tidak adil! Cuba letakkan abuya itu sebagai pemimpin PAS atau UMNO contohnya. MEsti kita menerima seadilnya jika kamu ahlinya. Kamu menerima segala kata-kata pemimpin kamu. Malahan kamu boleh lihat masing-masing pengikutnya menjadikan gambar pemimpin mereka sebagai poster, wallpaper dan sebagainya. BEtul atau tak?

Sebenarnya, apabila kita dah membenci sesuatu, kita akan hanya melihat kelemahan dan keburukan benda itu semata-mata. Itu zalimnya(meletakkan sesuatu bukan pada hak)

Soal "nak" dengar atau tak..tanya hati masing-masing. Nak jaga hati, baik dengar lagu yang membuatkan kita tak pening dan serabut dengan halal-haramnya..

Sebagai perempuan..saya lebih selesa dengan lagu daripada perempuan jugak..:)

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-11-08 09:44


terima kasih kak rumaishaa....
terima kasih kerana masih ada yang nak berkasih sayang...

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 10-11-08 17:36


Assalamualaikum

Pada 10-11-08 09:19 , RuMaishaaa posting:

!!! QUOTE !!!

saya bukan nak membela. Tapi, saya rasa tidak adil! Cuba letakkan abuya itu sebagai pemimpin PAS atau UMNO contohnya. MEsti kita menerima seadilnya jika kamu ahlinya. Kamu menerima segala kata-kata pemimpin kamu. Malahan kamu boleh lihat masing-masing pengikutnya menjadikan gambar pemimpin mereka sebagai poster, wallpaper dan sebagainya. BEtul atau tak?


oh, maafkan saya..saya tidak begitu..saya tidak kata saya ini baik, tapi saya tak sampai meletakkan poster, wallpaper dsbnya..even jika saya ikut UMNO atau PAS ke atau apa jua, manusia tetap manusia..bagi saya tetap ada hadnya..sebab tu saya bertanya..

Pada 10-11-08 09:19 , RuMaishaaa posting:

!!! QUOTE !!!

Sebenarnya, apabila kita dah membenci sesuatu, kita akan hanya melihat kelemahan dan keburukan benda itu semata-mata. Itu zalimnya(meletakkan sesuatu bukan pada hak)


adakah akak menganggap saya membenci Mawaddah?atau Abuya?bolehkah akak tunjukkan dimana saya mengatakan saya membenci mereka?adakah akak melihat saya hanya menyerang kelemahan mereka?jika begitu, akak telah silap...

Pada 10-11-08 09:19 , RuMaishaaa posting:

!!! QUOTE !!!


Sepanjang saya talaqi ilmu, saya menemui pendapat berikut:-

Sebenarnya aurat wanita kalau mengikut Ulama’ Muktabar termasuk Al Imam An Nawawi, ianya tidak aurat. Namun begitu, ada juga yang menyatakan aurat. Cuma ianya menjadi perbahasan apabila wanita menggunakan suara untuk menyanyi.

pandangan Dr. Yusuf Al Qardhawi dan Dr. Abdul Karim Zaidan di mana mereka berdua menyatakan harus wanita menyanyi di khalayak ramai asalkan mereka menjaga adab-adab iaitu menutup aurat dan tidak menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah.


ini jawapan yang saya nak..saya mahukan ilmu, bukannya sekadar menyalahkan orang semata..sebab tu setiap posting saya, saya terangkan "boleh tak berikan penerangan?" "saya concern tentang perempuan yang bernasyid" "boleh terangkan dengan detail tak?"...Kenapa??sebab saya nak dapatkan keyakinan..yang mana lebih utama untuk saya ikuti..bukan hanya sekadar menerima bulat² atau menolak terus bulat²..dan apa yang saya terangkan adalah berdasarkan apa yang saya fahami dan pelajari selama ini..

P/S : apapun, terima kasih kak Mar kerana at least memberikan satu jawapan yang baik..sekurangnya saya tahu bagaimana saya harus bertoleransi dengan perkara ini..dan ingatlah, teguran mahupun pertanyaan bukanlah bermakna saya ini jenis yang menjatuhkan orang lain, ataupun saya ni jenis yang cepat membenci, tidak mahu berkasih sayang dan perkara yang negatif..sesungguhnya saya menyayangi seluruh umat Islam..

P/S lagi : sekali lagi nasihat daripada saya, jika ingin menjadi yang lebih baik, sentiasalah membandingkan diri kita dengan yang lebih baik, bukan dengan yang lebih buruk, jika tak..kita akan terus berpuas hati dengan apa yang telah kita buat..



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 00:07


Pada 10-11-08 09:19 , RuMaishaaa posting:

!!! QUOTE !!!

bagi muslimin, tak perlu lah dengar setiap lagu-lagu perempuan. BImbang terlalai dan terguris iman tu.

respect habis lah saya kat mana-mana lelaki yang menjaga imannya. Kagum lah kalau setiap kali dengar radio, time perempuan nyanyi-tutup radio tak pun tutup telinga.

Mesti kalau tengok cerita-cerita kat Tv macam ayat-ayat cinta (yang dah jadi kegilaan ramai), time Rossa nyanyi (perempuan kan) , tutup Tv tu..
Bagusnya.. sebab ramai penyanyi perempuan kan..ramai jugak yang muslimahnya.. MEsti kalian tak dengar kan..tak hafal, tak jadikan ringtones, tak masuk dalam list MP3.. bagusnya! Alhamdulillah!!



Rumaishaa....perli-perli sebegini saya kira tiada perkaitan dengan isu 'bolehkah wanita memperdengarkan nyanyiannya kepada lelaki ajnabi'... soal iman sesorang yang tidak dizahirkan tak perlu kita 'selongkar'kan...sudah ada pencatat di kiri dan kanan....maka itu urusan mereka.... tapi selaku wanita saya lebih suka penjelasan tentang hak kita sebagai muslimah dan penjelasan itu biarlah selari dengan kehendak agama....

saya bagi contoh....kalau saya berpakaian mendedah aurat tiba-tiba ada lelaki menegur saya maka saya kata " hamboii macam lah awak tu tak tengok artis-artis kat TV....pelakon mat salleh yang jauh lebih seksi....kalau amoi pakai seluar pendek lalu depan mata adakah awak akan tutup mata ??...depa jauh lebih seksi dari saya...saya just tak pakai tudung saja..."....boleh ke saya jawab macam gini ??....boleh lah jawab tapi natijahnya macamana....saya tetap akan menanggung dosa kerana perlanggaran hukum agama yang saya lakukan.....jadi Kenapa korbankan diri sendiri atas alasan " ala kalau depa tak tengok aurat kita...aurat orang lain pun depa dok tengok juga"....alangkah sedihnya hal ini....

!!! QUOTE !!!


Sepanjang saya talaqi ilmu, saya menemui pendapat berikut:-

Sebenarnya aurat wanita kalau mengikut Ulama’ Muktabar termasuk Al Imam An Nawawi, ianya tidak aurat. Namun begitu, ada juga yang menyatakan aurat. Cuma ianya menjadi perbahasan apabila wanita menggunakan suara untuk menyanyi.

pandangan Dr. Yusuf Al Qardhawi dan Dr. Abdul Karim Zaidan di mana mereka berdua menyatakan harus wanita menyanyi di khalayak ramai asalkan mereka menjaga adab-adab iaitu menutup aurat dan tidak menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah.


saya mungkin tak bertalaqi ilmu seperti Rumaishaa...tapi saya mencari-cari tulisan Qaradhawi tentang perkara yang diperbincangkan...malangnya tak saya jumpa. Saya cuma jumpa pandangan Qaradhawi tentang hukum nyanyian secara umum.....tak pula dinyatakan harus wanita mengalun suara di khalayak ramai....kalau Rumaishaa dapat link kan kat sini pandangan Qaradhawi itu saya sangat-sangat menghargai...

!!! QUOTE !!!


Dan saya fikir dan perhatikan, MAWADDAH jauh lebih sopan daripada artis-artis perempuan yang ada. Pakaian entah ke mana, gelek-gelek..solek sana sini.

Apapun itu terpulang pandangan masing-masing. Tak perlu sampai nak pening dengan selera masing-masing. Berhibur kan tidak salah. Yang salah memilih corak hiburan.


Kita tidak berniat melulu menghentam MAWADDAH.....bila kita memberi pandangan kita letak agama kita dihadapan supaya pandangan kita ada kekuatan....pandangan boleh terpulang pada masing-masing....pun begitu pandangan tersebut biarlah ada sandaran. Berikut saya kemukakan pandangan dari Persatuan Pelajar Malaysia Syria tentang dakwah Siti Nurhaliza tapi saya rasa masih ada perkaitan....mudah-mudahan dapat dimanfaatkan..

Pertama ialah hukum suara wanita dan keduanya mendengar nyanyian wanita.

Menyentuh tentang hukum suara wanita, sebilangan besar ulama telah bersepakat bahawa suara wanita bukanlah aurat, malahan percakapan mereka bersama lelaki dibenarkan untuk pelbagai urusan yang menuntut mereka berbicara. ( Al Mufassol Fi Ahkamil Mar ah walbaitil muslim Oleh Dr. Abd. Karim Zidan . j3 masa 277)
Disamping itu, mereka juga bersepakat bahawa wanita tidak dibenarkan untuk mengumandangkan azan. Nah, jika azan yang lebih jelas kepentingannya untuk mengajak manusia melaksanakan rukun Islam yang kedua tersebut ditegah, apatah lagi untuk berdakwah kepada masyarakat menjana perubahan sosial. (Al Mufassol Fi Ahkamil Mar ah wal baitil muslim Oleh Dr. Abd. Karim Zidan. j3 masa 278)

Turut menguatkan hujjah ini ialah kenyataan Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin yang berbunyi "suara wanita selain NYANYIAN adalah bukan aurat"

Larangan ini tidak bererti Islam menyekat kebebasan wanita untuk bertindak sesuka hati, tetapi kerana hikmah pendidikan psikologi
dan moral yang cukup luas. Firman Allah Taala yang bermaksud: ((.janganlah kamu melunakkan suaramu sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucaplah perkataan yang baik)) al-Ahzab:32

Islam adalah agama yang berpegang di atas paksi mencegah sebelum berubat, untuk menjaga keselamatan dan mencegah masalah gangguan terhadap wanita, Islam telah menggariskan beberapa langkah keselamatan, salah satu caranya iaitu wanita dilarang daripada melakukan perkara yang boleh mendorong perhatian kaum Adam terhadap mereka.

Jika percakapan harian mereka ditegah daripada melunakkan suara, apatah lagi untuk menyampaikan nyanyian atau nasyid dengan tujuan dakwah. Ini kerana terdapat lapangan lain yang boleh diceburi oleh wanita untuk sama melaksanakan tanggung jawab dakwah. Manakala dakwah yang disampaikan melalui hiburan boleh dipelopori oleh kaum lelaki. Ini telah terbukti dengan penampilan Raihan sebagai kumpulan nasyid dan kenyataan ini disokong oleh ulasan seorang pendakwah bebas di Malaysia, Ustaz Haji Daud Che Ngah "Nasyid sebagaimana yang telah kita lihat, meninggalkan kesan yang cukup mendalam, bukan sahaja kepada orang dewasa bahkan juga anak-anak kecil. Saya lihat ini turut ada pada lagu-lagu yang dibawa oleh kumpulan Raihan.." seterusnya beliau menyebut "Insya Allah ia boleh dianggap dakwah jika arwah (Zairey) dan rakan-rakannya meletakkan niat yang betul dalam usaha itu" (www isvape.com/about raihan.htm)

Apabila telah jelas hukum suara wanita kepada kita, jelaslah larangan syariat untuk membiarkan golongan lelaki mendengar nyanyian penyanyi wanita. Sepertimana yang kita sedia maklum, peminat kumpulan nasyid wanita sudah tentu terdiri daripada lelaki dan perempuan. Larangan tersebut bukanlah larangan yang membabi buta tetapi mengandungi hikmah pendidikan yang cukup besar dalam usaha menjana perubahan sosial masyarakat.


Konklusi daripada perbincangan di atas, kita bukan menolak kerjasama ini kerana keperibadian kumpulan nasyid wanita tetapi kerana hukum hakam yang telah digariskan oleh Pencipta Yang Maha Mengetahui urusan makhluk.

Islam meletakkan tanggung jawab dakwah kepada setiap individu, tetapi metode perlaksanaannya adalah berbeza mengikut individu dan keadaan pendakwah atau sasaran dakwah. Di sini kita bolehlah cuba memperkenalkan Raihan dan kumpulan nasyid yang lain sebagai alternatif dakwah kerana merekalah golongan yang berani mencuba walaupun terdapat pelbagai kritikan terhadap keikhlasan dakwah mereka. Ini kerana mereka mempunyai usaha yang boleh diiktiraf sebagai pendakwah melalui hiburan. Akhir sekali, kebaikan itu boleh diambil daripada pelbagai sudut, tetapi cara perlaksanaannya mestilah tepat kerana matlamat tidak menghalalkan cara.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 07:55


Alamak! Terkejutnya pada respon yang ada! :-o
Saya mohon maaf terlebih dahulu jika tulisan sebelum ini mengguris hati!

by TT

!!! QUOTE !!!


oh, maafkan saya..saya tidak begitu..saya tidak kata saya ini baik, tapi saya tak sampai meletakkan poster, wallpaper dsbnya..even jika saya ikut UMNO atau PAS ke atau apa jua, manusia tetap manusia..bagi saya tetap ada hadnya..sebab tu saya bertanya..

.....

adakah akak menganggap saya membenci Mawaddah?atau Abuya?bolehkah akak tunjukkan dimana saya mengatakan saya membenci mereka?adakah akak melihat saya hanya menyerang kelemahan mereka?jika begitu, akak telah silap...


saya mohon maaf kepada adik TT. Saya tak berniat nak mecari kesilapan awak. Mungkin saya terlalu obses pada penyataan Rufaqa-Arqam-Abuya –Mawaddah agaknya. Sebelum ini, terlalu banyak hentaman-hentaman negatif semata-mata terhadap mereka. Sehingga timbul kata-kata ini:

apabila kita dah membenci sesuatu, kita akan hanya melihat kelemahan dan keburukan benda itu semata-mata. Itu zalimnya(meletakkan sesuatu bukan pada hak)

Hakikatnya, ianya bukan ditujukan kepada awak secara khususnya. Tapi, mungkin awak terasa sebab komenan itu berlaku selepas komenan awak. Walhal, kak mar tak berniat begitu. Sorry ye dik!

Soal “mengagumi pemimpin” berlaku pada ramai orang.Tak kira daripada mana jemaah yang dinaungi.Cuma, kalau awak tak buat, tak mengapalah.

by myhoney

!!! QUOTE !!!

Rumaishaa....perli-perli sebegini saya kira tiada perkaitan dengan isu 'bolehkah wanita memperdengarkan nyanyiannya kepada lelaki ajnabi'... soal iman sesorang yang tidak dizahirkan tak perlu kita 'selongkar'kan...sudah ada pencatat di kiri dan kanan....maka itu urusan mereka.... tapi selaku wanita saya lebih suka penjelasan tentang hak kita sebagai muslimah dan penjelasan itu biarlah selari dengan kehendak agama....

saya bagi contoh....kalau saya berpakaian mendedah aurat tiba-tiba ada lelaki menegur saya maka saya kata " hamboii macam lah awak tu tak tengok artis-artis kat TV....pelakon mat salleh yang jauh lebih seksi....kalau amoi pakai seluar pendek lalu depan mata adakah awak akan tutup mata ??...depa jauh lebih seksi dari saya...saya just tak pakai tudung saja..."....boleh ke saya jawab macam gini ??....boleh lah jawab tapi natijahnya macamana....saya tetap akan menanggung dosa kerana perlanggaran hukum agama yang saya lakukan.....jadi Kenapa korbankan diri sendiri atas alasan " ala kalau depa tak tengok aurat kita...aurat orang lain pun depa dok tengok juga"....alangkah sedihnya hal ini....


Maaflah myhoney. Jika “perlian” itu kasar dan pedih bunyinya. Saya fikir, saya hanya nak memberi jawapan kepada mereka yang “marah” kepada penasyid-penyanyi wanita. Bila timbul bab nyanyi dari wanita-adalah kutukan-kutukannya. Sdgkan dalam masa yang sama, tetap mendengar dan menerima seperti tiada apa-apa hukumnya. Dan seolah-olah terlepas pandang pada artis-artis wanita yang lain. Kalau tak, masakan lagu yang simple seperti Hari Raya dendangan artis seperti Saloma, Sanisah Huri dan lain-lain dinyanyikan dengan riang gembira? sebab itu timbul kata-kata itu.
Tapi tak ada lah pulak terfikir nak kaitkan isu pemakaian yang tak tutup aurat. Lagipun ianya tak berkaitan dengan isu 'bolehkah wanita memperdengarkan nyanyiannya kepada lelaki ajnabi'.

!!! QUOTE !!!


saya mungkin tak bertalaqi ilmu seperti Rumaishaa...tapi saya mencari-cari tulisan Qaradhawi tentang perkara yang diperbincangkan...malangnya tak saya jumpa. Saya cuma jumpa pandangan Qaradhawi tentang hukum nyanyian secara umum.....tak pula dinyatakan harus wanita mengalun suara di khalayak ramai....kalau Rumaishaa dapat link kan kat sini pandangan Qaradhawi itu saya sangat-sangat menghargai...


Terasa tak enak pada ayat itu. Adakah aku terlalu terasa?huhu. Saya bukan terlalu ‘alimah dalam soal ini. Tapi saya suka nak berkongsi selepas pernah berdiskusi isu ini.
Saya sedar dan faham dengan tulisan yang myhoney pastekan dari sini :

UZAR
PPMS


Qaradhawi ada menyatakan konsep “sistem masyarakat Islam” yang ada batasannya. kat sini ada sikit-banyaknya:ukhwah

Selain itu, dalam ingatan saya(sebab buku itu tiada dalam simpanan sekarang-tak boleh nak cek)- dalam bukuFatwa Masa Kini, hard cover warna purple, terbitan Pustaka Salam-Qaradhawi meletakkan harus perempuan menyanyi.

Selain itu, dalam fatawa Mu’asirah-hal.688, 689-beliau menyatakan asal nyanyian tidak haram berdasarkan kaedah” Asal pada sesuatu itu harus, selama tidak ada di sana nas yang sahih mengharamkannya” Nas yang menunjukkan pengharaman nyanyian sama ada nas itu jelas tetapi tidak sahih atau nas itu sahih tetapi tidak jelas.

Sebab itu ianya menjadi pertikaian! Ada yang dapat terima..ada yang tidak.

nasyid wanita
abu-zubair


Di sini turut membincangkan soal yang sama.

Tetapi penjelasan lain boleh di baca di sini:
soal khilafiah

Saya bagi sajalah cadangan buku yang boleh dibaca. Nak quote satu-persatu, lecehlah. ambil masa nak menulis.. Tapi akan dicuba jika berkesempatan!

Seni dalam Islam ditulis oleh Hj.Abd Ghani Samsudin,Ishak hj.Sulaiman dan Dr.Engku Ibrahim Ismail terbitan Intel Multimedia and Publication (2001).

Pembentukan Fitrah Hidup Islam terbitan IKIM. Dalam bahagian 2-Hiburan dan Rekreasi. Bab 10 dan 11. Soal seni lakon dan suara(bunyi-bunyian, muzik, nyanyian) dari perspektif Islam-Manifestasi Dendangan Syaitan.

Kit Kombat Islam Untuk Remaja ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin- ada keraguan-keraguan yang boleh diselesaikan.

Mengemudi bahtera perubahan minda-dr MAZA-Bab 20-22

Saya menge’paste’ bukan untuk menyelamatkan diri. Tapi, saya mengambil kira ada perkara yang menjadi keharusan dalam soal dakwah masa kini. Perkara ini telah acapkali dibincangkan.Bukan bermakna saya meyokong artis wanita sewenang-wenangnya. Lagipun, ada baiknya difahami nukilan di bawah meskipun ianya mungkin bercanggah pada ilmu sendiri!

Qaradhawi tentang seni
BAROKAH
Sr TMJ


Cuma nasihat bersama: Janganlah terlalu banyak menghabiskan masa dengan hiburan, kerana menimbulkan kekosongan jiwa dan fikiran daripada tujuan hidup sebenar di dunia ini.Masyarakat Islam lebih merupakan masyarakat ilmu daripada masyarakat seni hiburan.Tetapi di Malaysia, hiburan dan budaya hedonisme berleluasa yang amat.

Wallahua’alam. Sebarang teguran dan kelemahan yang ada, saya kekal menerima. :welcome:


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 09:53


!!! QUOTE !!!

Maaflah myhoney. Jika “perlian” itu kasar dan pedih bunyinya. Saya fikir, saya hanya nak memberi jawapan kepada mereka yang “marah” kepada penasyid-penyanyi wanita. Bila timbul bab nyanyi dari wanita-adalah kutukan-kutukannya. Sdgkan dalam masa yang sama, tetap mendengar dan menerima seperti tiada apa-apa hukumnya. Dan seolah-olah terlepas pandang pada artis-artis wanita yang lain. Kalau tak, masakan lagu yang simple seperti Hari Raya dendangan artis seperti Saloma, Sanisah Huri dan lain-lain dinyanyikan dengan riang gembira? sebab itu timbul kata-kata itu.
Tapi tak ada lah pulak terfikir nak kaitkan isu pemakaian yang tak tutup aurat. Lagipun ianya tak berkaitan dengan isu 'bolehkah wanita memperdengarkan nyanyiannya kepada lelaki ajnabi'.


hmmm....isu suara wanita yang lunak dan isu pemakaian wanita pada saya ada perkaitan....kerana apa yang saya pegang ' kedua-duanya tidak boleh didedahkan'...

Terima Kasih atas tajuk-tajuk bahan bacaan yang dibekalkan...sebahagiannya memang ada dalam simpanan saya....saya juga membaca pautan yang di sediakan di sini....

tanpa ingin melanjutkan perbincangan saya pulangkan pada anda semua untuk mengambil pegangan. Cuma yang ingin saya tekankan.....apa yang ukhtie rumaisaa letakkan di sini (link) tidak ada pula yang memberi kelebihan pada ' harus perempuan bernasyid dan melunakkan suara"....saya kira majoriti ulama lebih dekat pada wanita tidak wajar mengalun suara untuk berdakwah....maka ini menguatkan lagi kefahaman/pegangan saya untuk menolak wanita menyedapkan suaradlm berdakwah....walau sebaik mana pun liriknya

saya cuma berfikir......sudah tiada jalan lain lagikah wanita boleh berdakwah selain nasyid ?

untuk Rumaisaa dan sesiapa saja yang selesa memegang pandangan bahawa wanita boleh melagukan suara untuk tujuan dakwah.....semoga anda berjaya dan kita semua beroleh pimpinan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-11-08 09:59


saya tegaskan sekali lagi bahawa Mawaddah bukan hendakkan populariti.. jauh sekali glamour yang dikecapi baik artis nasyid lelaki atau wanita di malaysia yang sering di jadikan bahan untuk melariskan 'cerita'..
mesej yang dibawa peringatan untuk mereka sendiri dan ummat manusia
bukan hendak mengaut keuntungan tetapi keuntungan bersifat rohani...
bukan jua sekadar memeriahkan hiburan nasyid tetapi hiburan berbentuk mendidik manusia menuju ILAHI...
syukran sahabat-sahabat dalam memperbandingkan ilmu dan pendapat
moga nilai ini ada disisi ALLAH..

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 12-11-08 22:01


Assalamualaikum
tiada apa pun statement dalam thread ni yang menganggap bahawa Mawaddah mencari populariti, keglameran, keuntungan duniawi...saya sendiri jauh dari memikirkan itu semua..rasanya telah jelas diperbincang dalam ini bahawa apa yang kita mahukan adalah kemaslahatan umat..saya yakin myhoney mahupun kak Mar ataupun sesiapa jua dalam portal ini hanya mahukan satu perkara, iaitu keredhaan Allah terhadap semua umat Islam...kita mahukan masyarakat Islam yang benar² menghayati Islam dengan sebenar..dan dalam kita berdiskusi mengenai Mawaddah, apa yang saya inginkan (dan juga saya yakin myhoney juga begitu..) hanyalah agar Mawaddah benar² mampu menjadi role model mengikut acuan Islam..

sekali lagi, saya menasihatkan agar jangan membandingkan sesuatu yang haq dengan yang bathil..ia perbandingan yang sangat tak tepat dan menunjukkan kelemahan kita sebagai umat Islam..biarlah mempertahankan sesuatu dengan hujah yang baik..dan pada akhirnya apa yang kita dapat ialah taklid yang baik..bukan membuta tuli..jika kita benar, kita akan dapat dua pahala, dan jika tidak, kita akan mendapat satu pahala..

saya tutup posting saya di thread ni..moga beroleh pimpinan yang baik..



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 12-11-08 22:51


lirik lagu yang best...

Bila Tuhan Tak Ditakuti


Bila Tuhan tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
SEMUA ORANG MAHU MENYANYI
BUKAN SETAKAT UNTUK LAKI BINI TETAPI UNTUK BUKAN AJNABI

Bila Tuhan tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
SEMUA KATA ADA macam-macam BENARKAN MENYANYI
TAPI LUPA PULA TENTANG SOLEK MENYOLEK SANA SINI

Bila Tuhan tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
ADA LELAKI YANG MENGGILAI,
PENYANYI NASYID COMEL YAMEMIKAT HATI

Bila Tuhan tak ditakuti
Macam-macam boleh terjadi
BOLEH JAMIN KE tak ada SEORANGPUN YANG MENDENGARI,
TAK TERBANGKIT NAFSU DAN SYAHWAT MENINGGI?



tak ada KENA MENGENA DENGAN SESIAPA YANG TAK PATUT TERKENA. Kalau TERASA..fikir BALIK..BETUL KE APA YANG 'TERASA' TU? Kalau TAK MAKAN CILI TAK PERLULAH rasa PEDASNYA ERK...


ALLAHU'ALAM
:-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102154 saat. Lajunya....