Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 194
Ahli: 0
Jumlah: 194




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat - Itu sahajakah pilihan yang ada?


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat - Itu sahajakah pilihan yang ada?

Please Mendaftar To Post


Oleh Ketuanan Melayu atau Ketuanan Rakyat - Itu sahajakah pilihan yang ada?

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-08-08 06:03


Dipetik daripada http://muhammadghazi.wordpress.com

Sebelah pihak menyeru supaya orang-orang Melayu bersatu dalam mempertahankan ketuanan Melayu daripada dicabar mana-mana pihak. Di pihak yang lain pula menyerukan ketuanan rakyat dan memperjuangkan bangsa Malaysia. Kini rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu tersepit antara kedua-dua seruan tersebut. Yang mana satu harus didokong?

Persoalannya sekarang, adakah itu sahaja pilihan yang terhidang di hadapan kita?

“Al-Islamu ya’alu wa lah yu’lah ‘alaih (Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya).†al-Hadis (maaf sebab tak dapat kemukakan sumber hadis tersebut secara detail.

Adakah ketuanan Melayu yang dicari-cari sehingga mengetepikan Islam selaku deen yang diturunkan Allah sebagai rahmat ke seluruh alam (tanpa mengira bangsa)? Ataupun kita selaku umat Islam tergamak mengagung-agungkan ketuanan rakyat yang akhirnya akan mengorbankan kedudukan Islam di tempat yang tertinggi seperti mafhum hadis di atas?

Tidak mustahil akan ada yang akan membantah hakikat ini. Pihak yang memerjuangkan ketuanan Melayu pasti akan menghujahkan bahawa mereka turut memperjuangkan Islam, kerana majoriti orang-orang Melayu menganut agama Islam (Lina Joy si murtad tidak termasuk dalam keumuman (generalisation) ini). Itu di satu sudut, namun bagaimana pula dengan nasib saudara Islam kita yang bukan berbangsa Melayu? Adakah mereka itu akan dipinggirkan dan hak mereka dinafikan? Dan ingatkah kita kepada hadis baginda saw ini?

†Bukan dari golongan aku sesiapa yang menyeru kepada assabiyah dan bukan daripada golongan aku sesiapa yang mati atas jalan assabiyah.â€

Di pihak yang menyeru kepada ketuanan rakyat pula, tidak mustahil mereka akan menyatakan bahawa “kita hidup dalam masyarakat majmuk, perlulah saling menghormati dan berkompromi demi kesejahteraan bersamaâ€.

Ya, kita harus saling menghormati, namun untuk berkompromi dalam hal-hal yang tidak sepatutnya dikompromikan itu merupakan suatu yang ditegah oleh Islam. Sedarlah bahawa masyarakat Madinah ketika di zaman Nubuwwah terdiri daripada masyarakat majmuk. Namun, tidak pula baginda saw berkompromi dan menerapkan sistem yang neutral seperti sistem sekular. Daulah Madinah berhukum dengan hukum Allah dan dalam masa yang sama hak-hak non-Muslim (ahlu zimmah) tidak pula dinafikan. Mereka tidak dilayan seperti warganegara kelas kedua. Mereka menikmati hak secara adil. Bahkan Nabi saw sendiri menjamin keselamatan dan kesejahteraan mereka. Sabda baginda saw;

“Barangsiapa yang menyakiti ahli zimmah, sesungguhnya dia menyakitiku dan barangsiapa yang menyakitiku, dia menyakiti Allahâ€

Justeru, mengapa harus diperjuangkan ketuanan Melayu mahupun ketuanan rakyat? Sedangkan apa yang sewajarnya (baca: wajib) diperjuangkan dan didokong oleh umat Islam di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya ialah KETUANAN ISLAM.

Sedarlah umat, hanya dengan Islam sahaja kemuliaan akan dikembalikan. Ayuh, tinggalkanlah perjuangan yang sia-sia dan lari daripada petunjuk yang telah digariskan oleh Allah swt dan Rasul-Nya.

Wallahu’alam…


-----------------
Buah Cempedak di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan,
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau SalahTolong Tunjukkan.


Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

LinCikedot
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 13-08-08 12:53


assalamualaikum..boleh tak saudara ghazi terangkan secara ringkas tentang konsep ketuanan melayu tu sebab hamba agak kabur dengan konsep ketuanan melayu dalam erti kata yang sebenar.

Bookmark and Share

    


  Member Information For LinCikedotProfil   Hantar PM kepada LinCikedot   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 09:17


waalaikumussalam, saya rasakan ada baiknya jika persoalan LinCikedot ini dijawab oleh pendokong-pendokong idealisme tersebut sendiri. Mungkin biru-putih atau yang lainnya boleh tolong jawabkan. Bukannya mengelak dan tak mahu menjawab, tapi ada baiknya kita baca sendiri penjelasan daripada pihak yang memperjuangkannya.

Kalau mengikut kefahaman saya (betulkan kalau tersilap); konsep ketuanan Melayu ini memperjuangkan hak-hak istimewa orang-orang Melayu-Islam selaku bumiputera i.e. penduduk asal Tanah Melayu seperti yang termaktub dalam kontrak sosial. Point yang utama ialah kontrak sosial yang dimeterai sewaktu penubuhan Malaysia dahulu. Dalam masa yang sama, ketuanan Melayu juga mempertahankan institusi beraja dan juga keistimewaan Islam sebagai agama rasmi negara.

Ringkasnya, konsep ini memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Walaupun terdapat kebaikan daripada konsep ini (seperti memelihara kemuliaan Islam), namun di satu sudut yang lain terdapat kebatilan iaitu memperjuangkan assabiyah/nasionalisme Melayu.

Atas sebab itulah saya kurang bersetuju dengan ketuanan Melayu, dan sewajarnya digantikan dengan ketuanan Islam sebagaimana yang termaktub dalam hadis 'Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya'.

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 09:19


Eh, bila fikir balik, rasanya secara tak langsung saya dah pun menjawab persoalan Cik LinCikedot kita ni... Apapun, kita nantikan pandangan biru-putih dan rakan-rakan pula, andainya mereka sudi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

LinCikedot
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26163
Posting: 811
Dari: Atap Rumbia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 12:24


Terima kasih saudara ghazi di atas penjelasan itu.

Dalam konsep nasionalisme, isme itu sendiri adalah ideologi iaitu kefahaman terhadap sesuatu konsep yang diperjuangkan. Jika konsep perjuangan itu sendiri belum dapat difahami dengan jelas dan baik oleh masyarakat kita, bagaimana pula kita hendak memperjuangkan konsep tersebut. Satu lagi, jika kefahaman itu berbeza bagaimana kita nak membentuk sebuah negara bangsa yang maju.

oleh itu saya sokong pendapat saudara dengan meletakkan Islam sebagai teras perpaduan dan kemajuan kaum melayu-islam kerana perjuangan konsepnya adalah berlandaskan Islam yang sememangnya benar.

(Sila betulkan kalau tersilap)


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For LinCikedotProfil   Hantar PM kepada LinCikedot   Quote dan BalasQuote

adam_muslimin
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2006
Ahli No: 27068
Posting: 714
Dari: tawau@iium

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 15-08-08 19:07


assalamualaikum...daripada pengetahuan ana yang cetek ini...
banyak yang memperjuangkan melayu atas dasar bangsa sahaja...
kalau tengok balik sejarah lama kita dapat lihat dahulunya apabila
dikatakan tentang melayu secara automatiknya dimasukkan islam itu sekali..
sebab dalam pemikiran...islam=melayu , melayu=islam....
jadi apabila memperjuangkan melayu maka islam itu diangkat juga...
tapi dilihat segelintir golongan sekarang...tinggal nama saja lah melayu....
hilang sinar2 islamnya...

p/s: kurang suka apabila dengar perjuangan atas dasar bngsa semata-mata...

Bookmark and Share

    


  Member Information For adam_musliminProfil   Hantar PM kepada adam_muslimin   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-08-08 01:23


Salam, saya melihat antara punca yang menyebabkan wujud salah faham "Islam=Melayu, Melayu=Islam" adalah kerana perlembagaan negara ini sendiri yang menetapkan identiti Melayu,iaitu beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu. (betulkan kalau tersilap).

Rasanya Malaysia saja satu-satunya negara yang menetapkan identiti sesebuah kaum berdasarkan perlembagaannya.

Bagi saya, tak salah kalau nak cintakan sesama bangsa. Cuma jangan sampai berjuang demi bangsa sehingga mengetepikan syarak... Saya sayang kat anak-anak bangsa saya sendiri, tapi saya tak berjuang sehingga menafikan hak-hak bangsa lain, apatah lagi yang seakidah dengna saya...

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

Muslimah85
Warga 1 Bintang
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 547
Posting: 25
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-09-08 16:33


pendapat saya
kita kena bersatu padu dengan semua kaum untuk menjadi negara maju, tak guna berbalah sesama rakyat
saya menyokong ketuanan rakyat bukan ketuanan melayu dan islam perlu diletakkan di hadapn sebagai asas dalam mentadbir negara
pemimpin perlu dari kalangan islam, dan sistem perlembagaan sedia ada (sistem sultan) perlu diteruskan supaya majorti org islam yang memimpin negara
setiap bangsa dalam negara septutnya diberi keadilan
keistimewaan dan pertolongan tidak harus diberikn pada melayu sahaja tanpa mengira yang dah sedia kaya atau miskin
ini berkait dengan DEB, di mana seharusnya pertolongan diberikn kepada yang memerlukan-mereka yang miskin tak kira kaum- tapi of course melayu paling rmi miskin so perlu lebih bantuan, dan cina dan india miskin juga perlu perhatian
Islam pun mengajar keadilan
Kesimpulannya, Islam mesti diletakkan sebagai dasar, bukan kaum

Bookmark and Share

    


  Member Information For Muslimah85Profil   Hantar PM kepada Muslimah85   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.122863 saat. Lajunya....