Oleh |
Bagaimana ingin melenyapkan perasaan suka akan si dia? |
imanzafira
Warga Rasmi Menyertai: 02.08.2008 Ahli No: 34256
Posting: 3
|
Posting pada: 02-08-08 06:52
Saya merupakan student di sebuah U. Saya cuma harap anda semua dapat beri nasihat yang berguna kepada saya agar saya dapat melupakan seorang lelaki yang bukan milik saya. Saya tak mahu perasaan ini membuatkan saya alpa akan Yang Esa. Saya mengenalinya setelah 2 minggu saya mendaftar di U. Bukan mengenalinya dengan bertegur sapa. Cuma, telah beberapa kali kami terserempak lalu memandang antara 1 sama lain. He's my senior. Saya mula menyukainya walaupun saya tahu dia tidak mungkin meminati saya. Lelaki, tarikan utama adalah kecantikan namun saya hanya seorang yang sederhana. Saya risau kerana sentiasa teringat akannya. Caranya berjalan, bercakap, segalanya mempengaruhi saya. Gayanya sederhana namun memikat. Sebenarnya, kadang kala saya terperasan bahawa dia lebih tertarik memandang saya berbanding perempuan lain yang berada di sekeliling saya. Caranya melihat saya, saya rasa akan suatu kelainan. Namun, baru-baru ni saya terperasan dia bersama seorang wanita yang saya anggap cantik, ketawa bersama-sama. Tiba-tiba rasa jealous pulak... Saya ingatkan diri bahawa 'Siapa dia'? untuk saya kenangkan? Setiap kali solat, saya mohon petunjuk-Nya agar dapat melupakannya. Namun, dia sentiasa bermain di fikiran. Saya tak suka situasi begini. Saya buntu. Saya tak mahu kerana dia yang tak pernah saya tahu akan b/ground nya, saya alpa tugas saya sebagai pelajar dan hamba-Nya. Bantu saya... Sebelum ini, saya tidak pernah segundah ini, menggunakan bahasa yang berbunga-bunga. Inilah kali pertama saya menjadi sayu kerana seorang lelaki. Moga Allah mengampunkan dosa saya...
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 02-08-08 09:25
adeih.. susah juga kes macam ni sebab ia melibatkan hati dan perasaan. topik ni dah banyak. tapi takperlah.. layan kejap. hurm... suatu perkara yang perlu disedari awal-awal adalah segala perasaan suka yang datang itu semuanya Allah yang bagi.. rasa suka, cinta, sayang, dll yang sewaktu dengannya, Allah yang tanamkan dalam hati kita. jadi mula-mula kita kena betul-betul fahami dan redha... kalau bukan dengan izin Allah, ia takkan berlaku dan semuanya ni hadir untuk menguji hati kita... just accept it as a life lesson from Allah. so He wants us to learn how to handle it. nak buangkannya? ia memerlukan suatu tempoh juga... untuk mendidik hati dan sebagainya... nafsu kita boleh kawal, tapi perasaan, susah nak kawal. lebih-lebih lagi perasaan cinta. sebab rasa cinta tu memang tak sengaja ada. tiba-tiba jeq dia boleh datang. pada pendapat saya lah ye cik imanzafira, selagi cik iman tak hadirkan sesuatu yang lain yang lebih dapat menarik hati cik iman, lebih daripada tertariknya cik iman pada lelaki itu, selagi itu perasaan cik iman terhadap lelaki itu tidak dapat dibuang... contohnya cik iman menyibukkan diri dengan sesuatu hobi atau minat yang baru. boleh jadi ia adalah dengan bersama2 kawan-kawan, sibukkan diri dengan pelajaran, dengan aktiviti2, dengan ibadah, dengan bersukan, dan lain-lain yang menyeronokkan. amat bertuah lagi jika cik iman sentiasa cukup dengan kasih sayang ibu bapa, adik beradik dan keluarga cik iman... == selain tu, antara petua yang saya pernah cipta sendiri kalau bab-bab nak lupakan something ni (memandangkan kita sedar yang kita tak mampu memilikinya)... adalah dengan menyenaraikan perkara2 negatif tentang perkara itu. setiap perkara pun ada kebaikan dan keburukannya... bila kita terlalu minat sesuatu, kita akan terlalu memandang yang baik-baik sahaja (pada orang itu, pada perkara itu, dan sebagainya). jadi cuba fokus pada apa yang tidak baik tentangnya... dan insyaallah ia akan menyedarkan hati kita dan mendidiknya untuk berhenti daripada terlalu mengharap... menyerah dirilah pada Allah untuk mengurniakan pada kita apa saja, asalkan ia adalah terbaik untuk kita pada pandangan-Nya, bukan pada pandangan kita. jadi berlatihlah untuk berhenti daripada terlalu nakkan sesuatu... segalanya tu Allah yang punya. Dia nak bagi ke tak nak bagi, tu hak Dia. lagipun Dia yang lagi tahu apa yang baik ke tak baik ke untuk kita. sesuatu yang kita nampak baik itu, tidak semestinya yang terbaik buat kita.... dan sesuatu yang kita nampak tidak baik buat kita itu, tidak semestinya tidak baik untuk kita. semoga Allah berikan petunjuk buat cik iman..  p/s: dah lama tak jadi kaunsgineer tak bertauliah ukhwah..  -----------------
|
ismi_syaz
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.02.2005 Ahli No: 14542
Posting: 68
Dari: USMkkj
|
Posting pada: 02-08-08 15:18
salam... saya rasa awak kena sibukkan diri dengan apa jua aktiviti atau kawan-kawan...saya bercakap berdasarkan pengalaman....normal lah kalau kita suka pada seseorang tu...tapi pastikan perasaan dan nafsu tidak mengawal emosi dan pemikiran kita... dulu saya pun jadi macam ni...keliru,cemburu,tak tenang semua ada...lama-kelamaan saya sedar semua rasa ni sebenarnya hadir sebab saya selalu fikirkannya...so,saya sibukkan diri dengan study,kawan-kawan,aktiviti....kalau terfikir atau teringat tentang dia...cepat-cepat istigfar...cuba fikir tentang soal lain...jangan layan walau sesaat pun perasaan tu...walaupun ambil masa untuk lupakan dia...tapi akhirnya saya boleh lupakan dia dan hilangkan semua rasa yang menghantui saya selama ni... yang penting kena sabar dan banyak berdoa kepada Allah...semoga Allah kuatkan hati kita menghadapi ujianNya ini...
|
nie_nadia
Warga 3 Bintang Menyertai: 02.05.2004 Ahli No: 8745
Posting: 133
Dari: Penang
|
Posting pada: 02-08-08 21:48
salam.... saya rasa bukan awak seorang saja yang mengalami situasi yang macam tu, bak kata ismi normal lah tu. (da pengalaman juga => ) saya setuju dengan apa yang shahidatul & ismi cakap. betul semuanya. mungkin dia jodoh kita, mungkin juga tidak. hanya ALLAh yang tahu kan. insyaallah, ingat lah, perempuan yang baik, untuk lelaki yang baik. jadi, berserah sahaja pada ALLAH.
|
Aezza
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.09.2005 Ahli No: 18979
Posting: 264
Dari: Klang
|
Posting pada: 03-08-08 16:22
..Beri hatimu hanya untuk ALLAH, pasti ALLAH temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk ALLAH,pasti ALLAH aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya.. p/s: just want to share something from my best friend.. omputih lah pula~ (^_^)
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 16-09-08 15:06
it's just a crush, sebukkan diri, eventually it'll gone.
|
areyien
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34006
Posting: 168
Dari: Johor
|
Posting pada: 16-09-08 15:32
erm awak mungkin cuma admire kat dia saja kan.. saya setuju dengan rakan-rakan ukhwah yang lain...awak kena sibukkan diri supaya tiada masa untuk memikirkan tentang lelaki tersebut..lama-lama perasaan tu akan hilang dengan sendiri nya.. ----------------- Insan yang mulia ialah insan yang selalu mengakui kelemahannya.
|
Jaafar072286
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.09.2008 Ahli No: 34934
Posting: 84
Dari: Johor
|
Posting pada: 10-10-08 16:48
Mungkin ada jejaka lain yang suka kat awak... Cuma awak tak perasan saja?
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 10-10-08 17:20
Erm .. Buat selamba saja ..
|
ziyah
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat
|
Posting pada: 17-10-08 12:24
bahaya itu... betul-betul, buat tak tahu dah lah... entahlah, baik cari yang suka saja... solosai...
|
marul
WARGA SETIA Menyertai: 04.09.2007 Ahli No: 30924
Posting: 648
Dari: Seremban
|
Posting pada: 17-10-08 16:07
surf IT..buka ukhwah selalu...nanti lupo lah tu... kalau tak lupa juga...lari keliling U awak sampai penat... Ingat saja..lari..Ingat saja..lari...  sampai bila ek...huhu... -----------------  ...salam ukhwahfillah... www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/
|
awan_biru85
WARGA SETIA Menyertai: 03.12.2006 Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam
|
Posting pada: 17-10-08 18:02
Pada 10-10-08 17:20 , Wawa_83 posting:!!! QUOTE !!! Erm .. Buat selamba saja ..  betul-betul buat selamba wa wa.....  -----------------  MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia
|
nurzatul
WARGA SETIA Menyertai: 03.09.2006 Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...
|
Posting pada: 17-10-08 23:48
salamun alaik.. macam semua org kata..sibuk kan diri anti..cnfirm memang tak ada masa untuk ingat dia..lagi satu banyakkan solat istikharah mohon Allah berikan petunjuk..andai dia termaktub jodoh anti,nescaya akan dipermudahkan..andai bukan jodoh mohonlah agar Allah jauhkan dia dari hati anti..insyaAllah berkesan..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-10-08 23:49
ceraikan dia dengan talak tiga! jadikan diri hati kering yang kejam kat dia... mesti lupa... Ni cara ekstrim. p/s nak berjiwang secara ekstrim!
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 18-10-08 00:17
Pada 17-10-08 23:49 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! ceraikan dia dengan talak tiga! jadikan diri hati kering yang kejam kat dia... mesti lupa... Ni cara ekstrim.
p/s
nak berjiwang secara ekstrim! dah mula join posting jiwang dah ye...haha..bagus2... ----------------- Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 18-10-08 11:37
Pada 17-10-08 18:02 , awan_biru85 posting:!!! QUOTE !!! Pada 10-10-08 17:20 , Wawa_83 posting:!!! QUOTE !!! Erm .. Buat selamba saja .. 
betul-betul buat selamba wa wa..... 
Awan_biru85, Dah ada experience 'menyelambakan' dirinya .. HeHehe ...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 18-10-08 11:56
bagaimana melenyapkan perasaan suka akan si dia????? nak kata senang, tipulah...nak kata susah, tak jugak... let it be...gone with the wind... berdasarkan pengalaman, (alamak..malulah pulak  )...memang ada ketikanya tu kita rasa terjatuh hati, macam terjatuh dalam perigi yang dalam, tak boleh nak bebangun dah..bila tiba masa tu, hadui..  bak kata kumpulan salam..."Tuhan saja yang tahu, perasaanku..berperang dengan suasana..."  dunia dirasakan bagai langsung tidak berpihak kepada kita..kita mengharapkan agar ada jalan� yang sangat mudah untuk kita berjaya mendekatinya, langsung sahaja memilikinya...apatah lagi jika kita merasakan hanya pada waktu itu ada peluang untuk kita dapat menjalinkan suatu hubungan..(waduhhhh..)...kita merasakan, alahai..apakah ini saja peluang yang ada...hm, akan adakah orang yang lebih baik darinya jika ku melepaskannya sekarang...alangkah ruginya...dan sebagainya yang sezaman dengannya...lalu, ketika itulah kita mula mengingati Allah, memohon pelbagai doa agar diberi peutnjuk, kekuatan, atau yang terlebih baik..jalan untuk menemukannya...huahua.. masuk bab sengsara dan ngeri..... tanpa kita sedari, kita telahpun melakukan kemungkaran yang besar...  kita mengatakan kita tidak suka mengingatinya, tetapi itulah hakikat yang berlaku..terangaukannya lebih daripada Sang Pencipta sendiri..tanpa kita sedari, bahawa ketika itulah baru kita rapat dengan Allah, sehingga berjuraian airmata dalam solat memohon agar dipermudahkan oleh Allah...tanpa kita sedari, kita hanya mengingati Allah apabila kita menginginkan sesuatu..sesuatu daripadaNya. jika tidak, masakan terlalu kurang kita mengingati Allah..tanpa kita sedari, kita telah meletakkan makhluk lebih tinggi daripada segalanya,hatta Allah sekalipun. percaya atau tidak, mengakui atau tidak..itu sahaja..pada waktu itulah, hati kita serba gundah...gundah terhadap manusia, yang tidak punya kuasa apa�...sedang begitu jarang kita gundah terhadap dosa� yang telah kita lakukan.. cadangan saya... BANGUN!!! DAN SEDAR DARI LEKAMU!!! kerana apa? percayalah, itu hanya perasaan sementara, sekejap, fana...ia akan hilang dan sirna bersama masa yang pergi..jika tidak, ia akan hilang jua kerana sifat makhluk, ia tidak abadi... percayalah... percayalah... percayalah... monolog diri sendiri...atas pengalaman yang dijalani dalam kehidupan... benarlah kata Muddathsir..kepahitan adalah universiti kehidupan aku
|
viozaax
Warga Rasmi Menyertai: 18.10.2008 Ahli No: 35460
Posting: 10
Dari: nomaden
|
Posting pada: 20-10-08 10:50
Sibukkanlah diri dengan ibadah kepada Allah, belajar ilmu dengan sungguh-sungguh;, giat berdakwah dan ikut kegiatan2 positif lainnya. Jika anda niat menikah maka barulah berfikir untuk memilih calon istri yang sesuai dengan yang diajarkan Rasulullah, InsyaAllah anda akan mendapatkan istri yang terbaik sesuai dengan ketetapan Allah. Amin
|
imni_1612
Warga 4 Bintang Menyertai: 10.09.2008 Ahli No: 34904
Posting: 336
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 20-10-08 13:42
sekadar memberi pendapat.. sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti.. bila dah sibuk baru awak dapat melupakan sesuatu perkara..  saya rasa mungkin ada orang yang admirer awak..tapi awak tak tahu..tak mengapa.. insyaAllah..jodoh pertemuan tu kan di tangan tuhan.. tiba masanya akan dipertemukan juga..AMIN..
|
missja89
Warga Rasmi Menyertai: 24.10.2008 Ahli No: 35554
Posting: 2
Dari: kuching
|
Posting pada: 28-10-08 11:14
salam... ana rasa kita perlu ingat, 'wala takro buzzina', 'jangan menghampiri zina' niat penting dalam membuat sesuatu... tapi perlu diingat, niat tak menghalalkan cara... fikir2 lah...
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 31-10-08 18:18
just accept it as a life lesson from Allah. so He wants us to learn how to handle it. mungkin ada hikmah disebaliknya yang kita tidak ketahui...
|
budakbhaik
Warga Rasmi Menyertai: 20.04.2010 Ahli No: 39698
Posting: 16
Dari: ulu timur tanah air
|
Posting pada: 05-04-11 03:27
huhuhu..nak tya juga lah.. macam mana pula..kalau kita da cuba untuk lupakan dye.. but tiap kali tnamkan dalam hati..dye bukan sesiapa dan try to forget him.. tiap kali tu jugak lah dye muncul depan mata..huhuhu.. mnyibukkan diri tu mungkin boleh.. tapi masalahnya..setiap satu aktiviti yang disibukkan tu.. dye pom join sekali..dan terus saja rasa macam nak blah saja dr aktiviti tu..huhuhu... ~masalah lebih anda dengan di atas..bezanya sama part dan kos~
|
Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2010 Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah
|
Posting pada: 05-04-11 08:13
semua orang suruh lupakan dia.... macam mana pula dengan pendapat saya ni...awak berkawan saja lah...tapi jangan lah melampaui batas-batas pergaulan.... kalau dah komfom dia bukan milik siapa2.....bertunang dan berkahwin....selesai masalah..hehehe.... itu pun kalau awak yakin dia juga ada link chemistry dengan awak.. cinta tu tak salah....cuma kita saja yang salah dalam memilih cinta... Sorry...bagi pendapat yang lain dari yang lain...yang agak menyokong perasaan saudari... situasi saudari ni sama seperti lirik yang saya cipta -Ikatan Dalam Sirna- kalau sudi..klik lah kat ruangan kaki jiwang karat...hehehhe...
|
hanisahani
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2006 Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai
|
Posting pada: 20-06-11 21:22
Pada 18-10-08 11:56 , sayatetapsaya posting:!!! QUOTE !!! bagaimana melenyapkan perasaan suka akan si dia?????
nak kata senang, tipulah...nak kata susah, tak jugak... let it be...gone with the wind... berdasarkan pengalaman, (alamak..malulah pulak )...memang ada ketikanya tu kita rasa terjatuh hati, macam terjatuh dalam perigi yang dalam, tak boleh nak bebangun dah..bila tiba masa tu, hadui.. bak kata kumpulan salam..."Tuhan saja yang tahu, perasaanku..berperang dengan suasana..." dunia dirasakan bagai langsung tidak berpihak kepada kita..kita mengharapkan agar ada jalan� yang sangat mudah untuk kita berjaya mendekatinya, langsung sahaja memilikinya...apatah lagi jika kita merasakan hanya pada waktu itu ada peluang untuk kita dapat menjalinkan suatu hubungan..(waduhhhh..)...kita merasakan, alahai..apakah ini saja peluang yang ada...hm, akan adakah orang yang lebih baik darinya jika ku melepaskannya sekarang...alangkah ruginya...dan sebagainya yang sezaman dengannya...lalu, ketika itulah kita mula mengingati Allah, memohon pelbagai doa agar diberi peutnjuk, kekuatan, atau yang terlebih baik..jalan untuk menemukannya...huahua..
masuk bab sengsara dan ngeri.....
tanpa kita sedari, kita telahpun melakukan kemungkaran yang besar... kita mengatakan kita tidak suka mengingatinya, tetapi itulah hakikat yang berlaku..terangaukannya lebih daripada Sang Pencipta sendiri..tanpa kita sedari, bahawa ketika itulah baru kita rapat dengan Allah, sehingga berjuraian airmata dalam solat memohon agar dipermudahkan oleh Allah...tanpa kita sedari, kita hanya mengingati Allah apabila kita menginginkan sesuatu..sesuatu daripadaNya. jika tidak, masakan terlalu kurang kita mengingati Allah..tanpa kita sedari, kita telah meletakkan makhluk lebih tinggi daripada segalanya,hatta Allah sekalipun. percaya atau tidak, mengakui atau tidak..itu sahaja..pada waktu itulah, hati kita serba gundah...gundah terhadap manusia, yang tidak punya kuasa apa�...sedang begitu jarang kita gundah terhadap dosa� yang telah kita lakukan..
cadangan saya...
BANGUN!!! DAN SEDAR DARI LEKAMU!!!
kerana apa?
percayalah, itu hanya perasaan sementara, sekejap, fana...ia akan hilang dan sirna bersama masa yang pergi..jika tidak, ia akan hilang jua kerana sifat makhluk, ia tidak abadi... percayalah... percayalah... percayalah...
monolog diri sendiri...atas pengalaman yang dijalani dalam kehidupan...
benarlah kata Muddathsir..kepahitan adalah universiti kehidupan aku 
setuju benar...selain mencari petunjuk dr Allah boleh juga cuba cari hobi baru..& anggap lah ini ujian,,ingat tggungjwab ..ingat pengorbanan ibu ayah..ingat harapan kita kepada diri & harapan keluarga..fight dengan dia..raihkan kejayaan yang mantop..jadikan dia sebagai saingan walaupun tak rapat pun dengan lelaki tu..huhu all the best..jangan difikir sangat..insya Allah
|
alifmimyanun
WARGA SETIA Menyertai: 19.06.2003 Ahli No: 1540
Posting: 2292
Dari: langit kujunjung bumi kupijak
|
Posting pada: 01-05-13 19:10
lama-lama nanti hilanglah. ----------------- pengalaman itu ibarat guru yang mengajar di sekolah hidupmu
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 21-05-13 14:47
amboi..lama beno da citer ni.... so apa jadi seterusnya? hehe... mgkin ada cerite terbaru kan :D ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|