Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 21-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-- al-Baqarah: 286

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 19
Ahli: 0
Jumlah: 19




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 42 hari yang lalu
al-biruni03: 71 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Kerajaan Pertama Akan Disita?????


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Kerajaan Pertama Akan Disita?????

Please Mendaftar To Post


Oleh Kerajaan Pertama Akan Disita?????

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-07-08 13:47


Gagal kes mahkamah, kerajaan Pahang akan 'disita'?
Basiron Abdul Wahab
itu | Jul 22, 08 | 6:53:51 am MYT
TEMERLOH, 22 Julai (Hrkh) - Naib Ketua Pemuda PAS Pahang, Mohd Fadly Ramli berkata, kerajaan Umno Pahang serta Terengganu dan Perlis adalah antara kerajaan negeri yang bergegar selepas pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

Menurutnya, kerajaan Umno di Perlis, Terengganu bergegar apabila berlaku krisis pertukaran menteri besar manakala kerajaan Pahang bergegar dengan krisis dalaman Umno yang membawa kepada peletakan setiausaha Badan Perhubungan Umno Pahang, Dato' Ahmad Tajudin Sulaiman.

Selain itu, kata Fadly kerajaan Pahang juga digegarkan dengan isu perbicaraan kes saman membabit kerajaan Negeri dengan sebuah Syarikat Pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn. Bhd.

Menurut Fadly, Mahkamah Tinggi Kuantan telah mengeluarkan perakuan perintah untuk amaun penghakiman terhadap kerajaan Pahang pada 7 Mac 2008 yang lalu berdasarkan peghakiman di Mahkamah sama bertarikh 25 Mei 2007 telah dihakimkan kepada defendan (kerajaan negeri dan pengarah perhutanan Pahang) supaya membayar kepada Plantif (Seruan Gemilang Makmur Sdn BHd) sebanyak RM37,127,471.60 dengan faedah 8 peratus setahun mulai 31 Dicember 2000.

Jelas Fadly, Plantif telah berjaya di dalam samannya di Mahkamah Tinggi Kuantan dan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya terhadap defendan dan kini sedang menunggu keputusan muktamad daripada Mahkamah Persekutuan iaitu Mahkamah tertinggi di negara ini.

Fadly yang juga merupakan seorang peguam bagi Plantif berkata, pihak plantif dijangka akan memfailkan saman untuk menyita kerajaan negeri Pahang jika gagal membayar amaun yang telah diputuskan itu.

Katanya jika kerajaan negeri Pahang disita ia adalah kes yang pertama di dunia apabila kerajaan disita atas perintah mahkamah.

"Saya telah berbincang dengan beberapa peguam mengenai kes berkenaan (untuk menyita kerajaan Pahang), dan ada peguam berpendapat ia boleh dilakukan manakala ada juga peguam berpendapat tidak boleh.

"ini adalah kes pertama di dunia yang membabit kerajaan disita atas perintah mahkamah," katanya ketika berceramah pada 'Program Bersamamu' anjuran Dewan Pemuda PAS Temerloh dekar sini baru-baru ini.

Dalam ucapan sama Fadly berkata, Umno sudah berada di penghujung kuasa apabila melakukan pelbagai perkara yang mendukacitakan sama ada dari segi politik mahu perundangan.

Dari segi perundangan umpamanya, kuasa yang ada telah disalahguna untuk melindungi pemimpin parti itu dimana jika membabit pemimpin Umno tidak meneruskan pendakwaan seperti di dalam kes membabitkan Ahli Parlimen Rompin yang mencabul seorang wanita beberapa bulan lalu.

Katanya, kes berkenaan tidak diteruskan atas alasan wanita berkenaan telah menarik balik balik laporannya sedangkan di dalam perundangan tiada istilah kes ditarik balik.

Menurutnya di dalam undang-undang ada seksyen tertentu di mana perempuan berkenaan boleh didakwa kerana membuat laporan palsu terhadap ahli parlimen Rompin.

"Kenapa mereka tidak mendakwa perempuan berkenaan di bawah seksyen berkenaan,"soalnya


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

east_salju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.12.2003
Ahli No: 6074
Posting: 106
Dari: d bawah lindungan bayu

demrepcongo   avatar


posticon Posting pada: 22-07-08 15:42


Sesuatu yang baru, sesuatu yang agak mengejutkan...

Bookmark and Share

    


  Member Information For east_saljuProfil   Hantar PM kepada east_salju   Pergi ke east_salju's Website   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-07-08 17:11


Kalau kerajaan negeri disita, apa yang akan berlaku?pelik juga kes ni.hehe..Malaysia Boleh Land!! :-D


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  


posticon Posting pada: 23-07-08 00:12


maybe lepas ni rakyat pahang akan jadi rakyat kepad seorang individu ataupun sebuah syarikat... so mana pergi peranan raja pahang kalau kerajaan negeri disita...hehehe... ni kes paling lawak kat dunia pada masa ini....

Bookmark and Share

    


  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar


posticon Posting pada: 24-07-08 20:47


first time aku dengar kerajaan bakal disita..

Bookmark and Share

    


  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

zam_rizal
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 31
Posting: 1535
Dari: Terengganu+Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-07-08 22:33


Betul ke akan disita? Rasanya takkan terjadi perkara begitu, sebab memang akan ada pemimpin BN dari negeri lain yang akan tolong geng mereka kat Pahang tu...Paling kurang pun guna duit royalti dari Petronas untuk cover balik masalah mereka macam yang dah banyak kali dibuat sebelum ni...Tak ke begitu, Pak Lah? :P

Daripada disita, lebih baik 'lelong' saja kat kerajaan Pakatan Rakyat..senang cerita...hehehe :P

Bookmark and Share

    


  Member Information For zam_rizalProfil   Hantar PM kepada zam_rizal   Quote dan BalasQuote

mazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2008
Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-07-08 12:49


Pada 26-07-08 22:33 , zam_rizal posting:

!!! QUOTE !!!

Betul ke akan disita? Rasanya takkan terjadi perkara begitu, sebab memang akan ada pemimpin BN dari negeri lain yang akan tolong geng mereka kat Pahang tu...Paling kurang pun guna duit royalti dari Petronas untuk cover balik masalah mereka macam yang dah banyak kali dibuat sebelum ni...Tak ke begitu, Pak Lah? :P

Daripada disita, lebih baik 'lelong' saja kat kerajaan Pakatan Rakyat..senang cerita...hehehe :P


Betul tu. Tak pun, serahkan kepada PAS untuk menerajui kepimpinan Pahang. 8-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For mazriProfil   Hantar PM kepada mazri   Pergi ke mazri's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108445 saat. Lajunya....