Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 149
Ahli: 0
Jumlah: 149




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 8 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Jejak Dapur
Topik: all about soup pula


Carian Forum

Moderator: Administrator, anis_zulaikha
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Jejak Dapur
    »» all about soup pula

Please Mendaftar To Post


Oleh all about soup pula

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-07-08 18:35


assalamualaikum...
dek kerana tengah lapar ni... so mari lah kita sama-sama lapar nengok2 resepi ni pula... selamat mencuba....


resepi pertama

bakso

/

Bahan-bahan ( 7-8 org )

    * Mee Hoon 1 bungkus (400 gm)
    * Taugeh
    * Kobis dihiris halus
    * *untuk BEBOLA
    * 400 gm daging cincang
    * 2 biji bawang merah diracik halus
    * 2 biji bawang putih diracik halus
    * 2 sb telur (1/2 biji)
    * 1 sekolah tepung ubi / tepung jagung
    * sedikit serbuk lada sulah dan garam
    * *untuk KUAH
    * 3 biji bawang merah dihiris
    * * 3 ulas bawang putih
    * *1/2 inci halia
    * *1sk lada sulah biji
    * 1 batang serai diketuk
    * 1 sb pati daging / pati ayam
    * sedikit serbuk lada sulah
    * garam dan perasa

Cara-cara

1. untuk KUAH; Tumbuk bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bawang meras hingga kekuningan. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi, tumis hingga garing dan naik bau. Masukkan sekali serai.

2. Masukkan air, masukkan juga pati daging, serbuk lada sulah, garam dan perasa.

3. untuk BEBOLA: Sementara menunggu kuah mendidih, gaul semua bahan untuk membuat bebola daging. Bentukkan bulat mengikut saiz yang kita suka. Siap membentukkan masukkan kedlm kuah tadi, biar mendidih. Kuah siap apabila bebola tadi timbul. Siap kuah dan bebola

4. Rendam bee hoon dan celur, kemudian tapis. Hidang bee hoon dengan taugeh dan kobis. Tuang kuah dengan bebola. Boleh juga guna mee lain.

5. Biasanya di indonesia.. bakso dihidang dengan cili padi yang ditumbuk berasingan dengan kicap... Kicap yang sering diguna kicap ABC.... Tak tahulah kat tempat lain ada tak... Tapi kalau kat batu pahat boleh jumpa....



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-07-08 18:38


resepi kedua

sup tulang

/

Bahan-bahan ( 4 orang )

    * 500g tulang lembu
    * 1 sup bunjut adabi
    * 2 kiub ayam - tak kisah mana-mana adabi ke maggie
    * 2 1/2 liter air.
    * 3-4 ulas bawang putih
    * 1 macam halia
    * minyak untuk menumis
    * daun sup/ daun bawang
    * bawang goreng
    * cili padi -kalau nak pedas :)
    * limau nipis- kalau suka masam2 sikit..
    * 2 ketul ubi kentang
    * 1/2 batang lobak merah

Cara-cara

1. Mula-mula cucilah tulang temulang.

2. Kupas bawang putih. lepas itu bersihkan.
3. Ketuk-ketuk bawang putih dengan pisau. lepas itu cincang-cincanglah biar jadi halus.

4. Hiris pula halia nipis-nipis. Tapi kalau siapa ada lesung tu boleh tumbuk halia sekali dengan bawang putih.

5. Panaskan minyak. Tumislah bawang putih dan halia ni sehingga bawang putih jadi kuning.. kalau hangus sikit tu tak mengapa..
6. Dah tu masuklah air dengan tulang-temulang. Rebuslah sehingga tulang empuk.

7. Bila dah empuk tu, masuklah pula ubi kentang dengan lobak merah.. kalau tak nak letak pun tak mengapa..

8. Masuk pula rempah sup bunjut dan juga kiub ayam. Biarkan sehingga ubi kentang empuk.

9. Masukkan pula sedikit gula. lepas itu bolehlah rasa. kalau tak rasa masin lagi bolehlah tambah garam. Tak cukup manis tambahlah gula.

10. Bila nak makan tu bolehlah letak bawang goreng, daun sup, daun bawang, cili padi. kalau suka masam perahlah sedikit limau nipis.



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-07-08 18:43


resepi ke3

sup pasta

/

Bahan-bahan ( 4 orang )

    * 300 pergi pasta kerang, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak.
    * 1 keping dada ayam, didadu*
    * 1/2 camca teh serbuk lada hitam*
    * 1/2 camca teh garam*(*disatukan dan perap 15 minit)
    * 10 kuntum cendawan butang, belah 4 setiap satu
    * 1 biji ubi kentang, didadu sederhana besar
    * 2 liter air
    * 2 kiub ayam "MAGGI"
    * 1 camca teh serbuk lada hitam
    * Garam secukup rasa
    * BAHAN TUMIS:-
    * 1 inci kayu manis
    * 1 kuntum bunga lawang
    * 4 kuntum bunga cengkih
    * 2 biji pelaga
    * 1 batang leek, dihiris halus
    * 4 ulas bawang merah, dihiris halus
    * 3 ulas bawang putih, diketuk
    * 1 inci halia, diketuk
    * BAHAN HIAS:-
    * Bawang goreng
    * Hirisan daun sup/bawang
    * Hirisan cili padi (jika suka)

Cara-cara

1. Dalam periuk, panaskan 2 camca besar minyak dan masukkan kesemua bahan2 tumis dan tumis hingga wangi. Masukkan kentang dan cendawan, kacau goreng untuk 1 minit. Tuang air dan masukkan kiub ayam. Biar masak atas api sederhana hingga kentang 3/4 empuk.

2. Kemudian masukkan ayam, serbuk lada sulah dan perasakan dengan garam secukupnya. Biar mendidih hingga daging ayam masak dan kentang empuk.

3. PENYEDIAN PASTA:- Dalam mangkuk, isikan pasta secukupnya, tuang kuah dengan isi2nya sekali dan hias dengan bahan hias sebelum dihidangkan. Jika tak tahan pedas tak payah bubuh hirisan cili padi tadi..



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 21-07-08 18:44


aduhh kak anis...kejamnya buat perut menderita macam ni lapar :terliur:

juga teringat sup yang mak ummu akan sediakan bila mak buat mee goreng
sup tauhu + mee goreng..yumm..yummm..ala2 org cina sikit

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-07-08 18:46


Pada 21-07-08 18:44 , ummusafiah posting:

!!! QUOTE !!!

aduhh kak anis...kejamnya buat perut menderita macam ni lapar :terliur:

juga teringat sup yang mak ummu akan sediakan bila mak buat mee goreng
sup tauhu + mee goreng..yumm..yummm..ala2 org cina sikit


ummu share lah kat sini... macam sedap saja itu... :lol:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-07-08 18:51


resepi ke4

sup ayam spesel

/

Bahan-bahan ( 8org )

    * 1 ekor ayam potong 16
    * 1 labu bwg merah
    * 2 ulas bwg putih
    * 1 inci halia
    * sebatang kulit kayu manis
    * 4 kuntum bunga cengkih
    * 2 kuntum bunga lawang
    * 3 iji buah pelaga
    * 2 baju kentang
    * 1 btg lobak
    * 1 mangkuk air panas baru masak
    * lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
    * daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.

2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jangan sampai lumat. Lobak dipotong bulat2 anggaran 1.5cm & kentang dipotong 6

3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.

4. Masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yang ditumis. Biarkan selama 10minit

5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.

6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila ayam dah empuk masukkan stok ayam, garam, aji & lada sulah. Adjust mengikut selera anda

7. Dah siap tutup api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 21-07-08 18:53


aduhh makk..mohon bantuan..talian hayat..
ndak ingat resepi tu..
ummu ingat lupa-lupa lah pulak..huhu..

bahan-bahannya..tauhu, bawang putih, bawang merah, tepung kanji sedikit(supaya pekat),garam,serbuk lada putih (ramica dalam bahasa mamakku :D ),
daun sup dan bawang goreng

cara memasak..adesss lupa2 ingat lah..:lol:

bila da masak makan bersama2 dengan mee goreng...perghh juga..hingga menjilat jari..abang ummu siap berebut..dia nak lebih...adesss..bab-bab makan tak ingat adik da...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 21-07-08 19:00


kak anis, jangan lah tunjuk sup banyak-banyak...
teman ni kaki sup, memang pantang tengok sup. kat U dulu setiap malam makan sup hinggekan orang kafe dah tau dah. tengok saja muka teman, muka sup...

p/s

kak anis, carikan calon isteri untuk teman yang pandai masak sup hehehehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-07-08 17:39


Pada 21-07-08 19:00 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

kak anis, jangan lah tunjuk sup banyak-banyak...
teman ni kaki sup, memang pantang tengok sup. kat U dulu setiap malam makan sup hinggekan orang kafe dah tau dah. tengok saja muka teman, muka sup...

p/s

kak anis, carikan calon isteri untuk teman yang pandai masak sup hehehehhe


daeng, apa kata biar kakak ajar daeng yang hebat masak sup.... nantikan boleh surprise kan isteri :kelip: :kelip: :kelip:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 22-07-08 18:09


resepi sup belut ada tak?nak juga try buat sup belut ini,kepingin pulak rasa nak makan sup belut

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 22-07-08 18:25


Pada 22-07-08 18:09 , pejuang_terakhir posting:

!!! QUOTE !!!

resepi sup belut ada tak?nak juga try buat sup belut ini,kepingin pulak rasa nak makan sup belut


baru kelmarin kakak anis buat sup belut...emm ayah teringin sangat nak makan...



1 ekor belut di bersihkan
600 ml air

bahan di kisar halus
10 ulas bawang merah
5 macam halia
3 ulas bawang putih

2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
2 sudu makan minyak
1 bungkus sup bunjut
garam dan lada sulah secukup rasa
Cara Memasak
1.Panaskan periuk masukkan minyak dan tumis bahan dikisar sehingga kering
2.Masukkan air bersama dengan sup bunjut dan belut. biar kan mendidih menggunakan api sederhana.
3.Masukkan garam,lada sulah,daun sup dan daun bawang biarkan seketika.........
hidang kan



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-07-08 17:01


WAAHHH.....
sedapnya.. sedap... sedap...:terliur::terliur:
laponye terasa... nak balik lah.. makan sup...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

east_salju
Warga 3 Bintang
Menyertai: 30.12.2003
Ahli No: 6074
Posting: 106
Dari: d bawah lindungan bayu

demrepcongo   avatar


posticon Posting pada: 25-07-08 20:40


memang membuka selera...ana ni hantu sup...nak cubelaa...

Bookmark and Share

    


  Member Information For east_saljuProfil   Hantar PM kepada east_salju   Pergi ke east_salju's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 26-07-08 00:14


Assalamualaikum
kak anis ni memang lah...boleh jadi chef ukhwah...patutnya kita kena bagi tugas lepas ni...buat makanan untuk JK² Ukhwah... :-P



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

anis_zulaikha

Menyertai: 13.07.2004
Ahli No: 10004
Posting: 1736
Dari: malaya

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-07-08 11:37


Pada 26-07-08 00:14 , sayatetapsaya posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum
kak anis ni memang lah...boleh jadi chef ukhwah...patutnya kita kena bagi tugas lepas ni...buat makanan untuk JK² Ukhwah... :-P



emm boleh saja :kelip: :kelip:



Bookmark and Share

    


  Member Information For anis_zulaikhaProfil   Hantar PM kepada anis_zulaikha   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099648 saat. Lajunya....