Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki
-- Seminar "Creating Wealth"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 197
Ahli: 0
Jumlah: 197

  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Hmm, Kenapa gadis Melayu ramai dapat kat bangsa asing??

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Hmm, Kenapa gadis Melayu ramai dapat kat bangsa asing??

Please Mendaftar To Post

Oleh Hmm, Kenapa gadis Melayu ramai dapat kat bangsa asing??

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 06-07-08 17:03

Assalamualaikum wbk,

Sekadar pertanyaan.. Sila baca artikel di bawah sampai habis..

Imej

!!! QUOTE !!!

Ayat 'power' Mat Afrika

Oleh AHMAD NAZRI MOHAMAD dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
[email protected]

KUALA LUMPUR: Biar dipandang serong dan adakalanya diumpat masyarakat, namun di kaca mata segelintir gadis Melayu, lelaki warga Afrika yang semakin ramai menetap di negara ini dikatakan ada tarikan tersendiri yang didakwa tidak dimiliki pemuda tempatan.

Antara tarikan itu ialah kepetahan berbicara atau ‘ayat power’ Mat Afrika terbabit, selain disifatkan lebih ‘gentleman’ (budiman), berfikiran terbuka serta penyabar.

“Bukan semua lelaki warga Afrika jahat. Ada juga yang baik dan baik mereka lebih baik daripada lelaki Melayu,” kata eksekutif, Jaja Karim, 28, yang kini bertunang dengan lelaki warga Afrika.

Menurut Jaja, mereka bukan sekadar bercinta, tetapi kini di ambang perkahwinan selepas hubungan mereka direstui keluarga dan lelaki Afrika itu memeluk Islam.

“Paling penting, tolong jangan guna perkataan negro. Saya tidak suka panggilan itu kerana pasangan saya beritahu ia membawa maksud anjing.

“Saya pernah bercinta dengan lelaki Melayu, tetapi jodoh tidak kesampaian. Selepas berkenalan dengan warga Afrika, saya dapati lelaki kulit hitam jauh lebih bagus daripada lelaki Melayu.

“Tunang saya misalnya sangat baik orangnya. Dia tidak memilih paras rupa. Berbanding lelaki Melayu, walaupun diri tidak ‘handsome’ (kacak), tetapi mahu mencari yang lawa saja,” katanya yang bertemu tunangnya dalam lawatan lelaki itu ke universiti tempatnya belajar.

Jaja berkata, teman lelakinya juga setia dan menjaganya bagai menatang minyak yang penuh.

“Mereka juga matang dan ‘gentleman’ (budiman). Mereka berfikiran terbuka dan profesional disebabkan banyak berkunjung dari satu negara ke negara lain.”

Menurut Jaja, dia sedar masyarakat memandang negatif warga Afrika, tetapi demi cinta dia tidak kisah.

“Pada peringkat awal keluar bersama, memang ada perasaan gusar bila orang memandang kita dengan pandangan macam kita teruk sangat.

“Malah, kadangkala bila keluar dari kelab (pusat hiburan), saya dianggap pelacur yang menemani ‘black guy’ (lelaki berkulit hitam) untuk berhibur. Bagaimanapun lama-kelamaan saya tak kisah. Orang nak kata apa, katalah,” katanya.

Ditanya tidakkah dia bimbang tertipu dengan warga Afrika yang sinonim dengan sikap gemar bersandiwara dan bijak bermain kata-kata, Jaja yakin tunangnya warga Afrika yang baik.

“Saya tidak bimbang dengan persepsi dangkal seperti itu. Saya selidik latar belakangnya dan bertemu keluarganya.

“Dulu kami sama-sama pelajar universiti, tetapi sekarang saya bekerja manakala dia berniaga serta banyak menghabiskan masa di luar negara. Tiada apa perlu dibimbangkan kerana keluarga saya juga mengenalinya,” katanya.

Seorang lagi gadis Melayu yang hanya mahu dikenali sebagai Suzi berkata, dia pernah menjalin hubungan cinta dengan lelaki Afrika selama lapan tahun sebelum berpisah tahun lalu.

Gadis berusia pertengahan 30-an itu berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang juga pelajar tahun dua jurusan perniagaan di sebuah universiti antarabangsa di negara ini ketika mereka sama-sama mengunjungi sebuah pusat hiburan di ibu kota.

“Dia bersama beberapa rakannya, saya dan kawan saya. Tidak sampai seminggu berkenalan, kami keluar bersama, seterusnya semakin rapat dan menjadi kekasih,” kata wanita berkulit putih melepak yang tidak mahu mendedahkan nama bekas teman lelakinya.

Menurut Suzi, dia senang berkawan dengan lelaki Afrika itu kerana penampilannya yang bergaya bagaikan sempurna dengan bentuk tubuhnya yang tinggi sasa dan dada bidang.

“Saya suka caranya yang budiman, menghormati dan melayani saya sebagai wanita. Paling penting, dia menerima saya sebagai diri saya, bukan keturunan atau apa-apa saja berkenaan hal saya.

“Tutur katanya sopan dan lembut, sungguh menyenangkan, peramah dan paling penting, penyabar. Bukan hanya pada saya. Begitu juga caranya ketika melayan orang di sekelilingnya dan dia hormat ibu bapa saya,” katanya.

Suzi berkata, daripada segi pemikirannya, bekas teman lelakinya mendapat pendedahan pelbagai perkara dan sering berbicara mengenai isu semasa, berfikiran terbuka dan pendapatnya mudah diterima.

Dia yang sebelum itu pernah bercinta dengan rakyat Malaysia berketurunan Cina, Melayu, India selain warga Filipina berkata, sikap lelaki Afrika berbeza dengan orang Asia.

Katanya, lelaki tempatan suka berlebih-lebih, manakala teman lelaki warga Filipina yang menjalin hubungan kira-kira dua tahun pula kaki perempuan.

“Dia (lelaki Afrika) lebih terbuka dan tidak terlalu berlebih-lebih sebagai teman lelaki. Bukanlah bagus, tetapi tidak juga terlalu buruk, sifat lelaki Afrika lebih seimbang,” katanya.

Suzi mengakui hubungan intim dengan lelaki Afrika sering dipandang serong dan diumpat masyarakat yang memandang, apa lagi perbezaan warna kulit yang terlalu jelas di antara mereka bagaikan ‘tahi cicak’, di mana Suzi putih melepak manakala bekas teman lelakinya hitam legam.

Malah, awal hubungan mereka, ibu Suzi juga tidak dapat menerima Pak Itam itu sebagai teman lelakinya, namun lama kelamaan ia direstui orang tuanya.

Bagaimanapun, katanya, cinta dengan lelaki Afrika itu berakhir dengan perpisahan pada 2007 lantaran hubungan mereka terlalu lama hingga tawar dan mendatar.

“Setiap kali berjumpa, kami tidak lagi sefahaman, pendapat kami sering bercanggah dan berakhir dengan perselisihan faham.

“Saya tidak salahkan dia. Mungkin salah saya juga, saya mudah marah, tidak sabar dan keras kepala,” katanya yang tidak menyalahkan lelaki itu.

Suzi mengaku sepanjang lapan tahun itu, lelaki Afrika terbabit tidak pernah melamar atau membicarakan soal perkahwinan dengannya.

“Dia ada beritahu dia mahu tumpukan pada kerjayanya dulu,” katanya yang menjelaskan lelaki itu kini berkhidmat di syarikat korporat besar di ibu kota.

Ditanya mengenai seloroh “sekiranya pernah tidur dengan lelaki Afrika, anda pasti tidak akan mahukan lelaki lain lagi?’, Suzi menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu, namun dia tidak mahu mengulas hubungan ‘fizikalnya’ dengan lelaki Afrika terbabit.

Sumber:

http://www.hmetro.com.my/Sunday/BeritaUtama/20080706105604/Article

-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"

Bookmark and Share

  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 06-07-08 17:05

Ni mungkin salah satu jawapan..

http://www.ukhwah.com/viewtopic.php?topic=38099&forum=2&#f546153

Pendapat anda bagaimana pula..?
Pendapat aku ini maybe betul maybe tak..

-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"

Bookmark and Share

  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  

posticon Posting pada: 06-07-08 17:28

nak seribu cara..
susah ke nak tackle?
aku tengok ramai saja kawan-kawan cair dengan kata-kata manis lelaki
nasib lah. huu

Bookmark and Share

  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  

posticon Posting pada: 06-07-08 20:21

ada yang kata sebab mat afrika power.... tak tahu lah apa yang powernyer...

Bookmark and Share

  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

Wuddah
WARGA SETIA
Menyertai: 04.03.2007
Ahli No: 29021
Posting: 508
Dari: Chenderong Balai

Perak  

posticon Posting pada: 07-07-08 12:39

Assalamualaikum..terpulang pada pandangan masing-masing...lelaki kadang-kadang ana tengok nak sangat dapat isteri yang baik tapi bila dalam proses perkenalan dah mula nak menipu...bila memang jumpa yang baik kadang-kadang perempuan takut nak terima takut di tipu lagi menyebabkan sesetengah lelaki menyalahkan perempuan kerana tidak menerima dirinya...kalau memang berserah pada jodoh taklah berlaku pertelingkahan...setiap org ada jodohnya masing-masing...

Bookmark and Share

  Member Information For WuddahProfil   Hantar PM kepada Wuddah   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar

posticon Posting pada: 07-07-08 12:48

jodoh ditangan Yang Maha Esa............semua tu kerja Allah.....jadi tak perlu risau....inilah yang dinamakan dugaan Yang Maha Mengetahui....
mungkin juga salah laki-laki tempatan yang terlalu 'tempatan' dalam pemikiran dan tingkahlaku mereka menyebabkan harga laki-laki tempatan jatuh di pasaran bursa saham tempatan........
tapi harus diingat juga........saham laki-laki tempatan agak tinggi di pasaran indonesia!!!!!!!!!!

Bookmark and Share

  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

pukau
WARGA SETIA
Menyertai: 09.06.2004
Ahli No: 9369
Posting: 643
Dari: KL

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 07-07-08 13:51

Sebab lelaki melayu ramai tengah further studies. tak habis lagi lah, dari sijil, degree, masters, phd bagai, mana sempat nak tekel gf.

Bookmark and Share

  Member Information For pukauProfil   Hantar PM kepada pukau   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 07-07-08 15:31

ana pun kekadang hairan juga,orang melayu kita ni,orang islam...berbeza juga tu......jika bangsa asing masuk 'line' cepat saja terima, tapi kalau sesama kita masuk 'line', payah nak terima..kenapa ye....

Bookmark and Share

  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 07-07-08 15:32

apa-apa pun..jika ada iman,itu lah paling penting kerna hanya dengan iman saja kita boleh menilai segalanya dengan tepat selagi kita bersandarkan pada ALLAH...

Bookmark and Share

  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

hajime_kindaichi
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2003
Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 07-07-08 17:29

ai syafa.. xkeje ke asyik duduk main internet saja..

Bookmark and Share

  Member Information For hajime_kindaichiProfil   Hantar PM kepada hajime_kindaichi   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 07-07-08 17:33

Pada 07-07-08 15:31 , mujahid007 posting:

!!! QUOTE !!!

ana pun kekadang hairan juga,orang melayu kita ni,orang islam...berbeza juga tu......jika bangsa asing masuk 'line' cepat saja terima, tapi kalau sesama kita masuk 'line', payah nak terima..Kenapa ye....

anta tak pandai ngayat......ayat terabur.....kaasi susun2 cantik2 ayat 2,,baru wanita cair,,,,pergi belajar kat mamat negro....baru senang line nak masuk..wakakakaka.

Bookmark and Share

  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

nasrun_qalbi
Warga 3 Bintang
Menyertai: 11.12.2007
Ahli No: 31989
Posting: 104
Dari: baiti jannati

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 07-07-08 20:24

Pada 07-07-08 12:39 , Wuddah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum..terpulang pada pandangan masing-masing...lelaki kadang-kadang ana tengok nak sangat dapat isteri yang baik tapi bila dalam proses perkenalan dah mula nak menipu...bila memang jumpa yang baik kadang-kadang perempuan takut nak terima takut di tipu lagi menyebabkan sesetengah lelaki menyalahkan perempuan kerana tidak menerima dirinya...kalau memang berserah pada jodoh taklah berlaku pertelingkahan...setiap org ada jodohnya masing-masing...

ana setuju...lelaki kena jujur dalam perhubungan dari a-z...dari mula nak berkenalan sampai ke peringkat yang tuhan tentukan... janganlah nak tackle pun buat-buat tak sengaja..contohnya macam...emh..entah..ada siapa boleh tolong bagi contoh? :berfikir: :sopan: :sopan:

Bookmark and Share

  Member Information For nasrun_qalbiProfil   Hantar PM kepada nasrun_qalbi   Quote dan BalasQuote

tasbih_30
WARGA SETIA
Menyertai: 27.02.2006
Ahli No: 23040
Posting: 1952
Dari: PERAK

congo  

posticon Posting pada: 07-07-08 23:03

Pada 07-07-08 17:33 , umar_khalil posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 07-07-08 15:31 , mujahid007 posting:

!!! QUOTE !!!

ana pun kekadang hairan juga,orang melayu kita ni,orang islam...berbeza juga tu......jika bangsa asing masuk 'line' cepat saja terima, tapi kalau sesama kita masuk 'line', payah nak terima..Kenapa ye....

anta tak pandai ngayat......ayat terabur.....kaasi susun2 cantik2 ayat 2,,baru wanita cair,,,,pergi belajar kat mamat negro....baru senang line nak masuk..wakakakaka.

kikikiki.. tak payah mamat negro ..dengan ana pun boleh.. :lucu:

Bookmark and Share

  Member Information For tasbih_30Profil   Hantar PM kepada tasbih_30   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  

posticon Posting pada: 08-07-08 09:10

Pada 07-07-08 15:31 , mujahid007 posting:

!!! QUOTE !!!

ana pun kekadang hairan juga,orang melayu kita ni,orang islam...berbeza juga tu......jika bangsa asing masuk 'line' cepat saja terima, tapi kalau sesama kita masuk 'line', payah nak terima..Kenapa ye....
pada pendapat aku lah kita terlalu m'agungkan org asing... mak bapak bangga bila anak mereka bkawin dengan warga asaing termasuklah bangla dan indon... pasal tu sekarang ni banyak saja berita gadis melayu menyesal kawin dengan warga asing. kat negara kita semuanya baik belaka, mereka tak tunjuk belang mereka sendiri. tapi tak semua macam tu. ada yang mmeluk islam semata untuk berkahwin saja....

Bookmark and Share

  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 11:33

Pada 08-07-08 09:10 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

ada yang mmeluk islam semata untuk berkahwin saja....
Salah ke dapat hidayah melalui perkahwinan...?

ps:- ingat senang ke nak tukor-tukor agama? ingat macam tukor baju ke nak tukor tuhan ni...?

-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman

Bookmark and Share

  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 13:24

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia

Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 13:49

ehehhe.. Daeng. patutnya letak lirik lagu yang bercakap tentang "Siapa bilang lelaki melayu tak menawan"... :sopan: :P

p/s: so far tak biasa pun lagi saya menjumpai gadis2 melayu yang terpikat kat warga asing.

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  

posticon Posting pada: 08-07-08 14:23

Pada 08-07-08 11:33 , sirat82 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-07-08 09:10 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

ada yang mmeluk islam semata untuk berkahwin saja....
Salah ke dapat hidayah melalui perkahwinan...?

ps:- ingat senang ke nak tukor-tukor agama? ingat macam tukor baju ke nak tukor tuhan ni...?

baguslah kalau betul dapat hidayah.. tapi kalau just nak kawin saja lepas itu islam pun entah ke mana. jangan jadi macam kes yang kecoh pasal mualaf murtad tu...

Bookmark and Share

  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 14:33

Pada 08-07-08 13:24 , Daeng_Jati posting:

!!! QUOTE !!!

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Aduhai... lemah lembut gayanya
Serta manis senyumnya
Hitam pekat rambutnya
Ayuh ambil si dia

Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Di antara gadis gadis seluruh dunia
Tiada yang sehalus mulus oh setulus dia
Budi bahasanya, pandangan matanya
Sentuhan jiwanya membuatku terlena

Siapa bilang gadis melayu tak menawan
Tak menarik hati, tiada memikat
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh

ni lah perange si daeng
ku gelak :lol:
sambil geleng (eh tak ada lah ikon untuk geleng)
dan ketuk kepala ku :hammer:

memikirkan :berfikir: sahabatku yang seorang ni.........

pening2

-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"

Bookmark and Share

  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 14:45

Pada 08-07-08 13:49 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

ehehhe.. Daeng. patutnya letak lirik lagu yang bercakap tentang "Siapa bilang lelaki melayu tak menawan"... :sopan: :P

p/s: so far tak biasa pun lagi saya menjumpai gadis2 melayu yang terpikat kat warga asing.

teman ada terasa satu sindrom yang melanda para wanite sekarang yang bergelar Doktor Perubatan...
yang mana ada antare doktor yang mudah terpikat dengan pujuk rayu seorang lelaki. kadang-kadang tak masuk akal apabile yang diterime lelaki itu adalah lelaki yang tak sesuai langsung contohnya lelaki yang tak tentu hala....
Mungkin kerene terlampau sibuk konsentret belajar hingge tiade masa untuk menimbe pengalaman bergaul dengan orang lain seperti kegiatan anda-kurikulum kat Universiti....

-----------------
Photobucket

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 14:45

ye lah al-walid, itulah perangei teman....
teman ni nakai yang amat....

Bookmark and Share

  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 14:52

sebelum ni seingat saya isunya lebih kepada orang dari bangladesh dan pakistan... yang pasal lelaki dari afrika ni baru tau.

p/s: maksudnya saham saya tak setanding saham orang2 dari afrika lah ye :berfikir: :cry:

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 16:21

Assalamualaikum wr wbt

Black man cakap mereka layan perempuan macam puteri...lelaki melayu layan perempuan macam puteri ke??:sopan:

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 16:33

Pada 07-07-08 17:33 , umar_khalil posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 07-07-08 15:31 , mujahid007 posting:

!!! QUOTE !!!

ana pun kekadang hairan juga,orang melayu kita ni,orang islam...berbeza juga tu......jika bangsa asing masuk 'line' cepat saja terima, tapi kalau sesama kita masuk 'line', payah nak terima..Kenapa ye....

anta tak pandai ngayat......ayat terabur.....kaasi susun2 cantik2 ayat 2,,baru wanita cair,,,,pergi belajar kat mamat negro....baru senang line nak masuk..wakakakaka.

ya umar, nak hidup bersama dengan 'ayat' ke atau nak hidup dengan keredhaan ALLAH???

nak ayat2 power lepas ijab qabul lah....

-----------------
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingi

Bookmark and Share

  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

comel
Warga 5 Bintang
Menyertai: 12.06.2003
Ahli No: 1334
Posting: 399
Dari: Mont'Kiara

NegeriSembilan  

posticon Posting pada: 08-07-08 16:35

Salam....

Jodoh pertemuan di tentukan Allah...
Pun begitu ada di berikan panduan untuk memilih jodoh...

Selagi kita dilandasan yang benar...siapa pun dan bangsa apa pun dia tidaklah menjadi persoalan kerana semuanya diciptakan-Nya.

Bookmark and Share

  Member Information For comelProfil   Hantar PM kepada comel   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 16:35

Pada 08-07-08 16:21 , sitishairah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum wr wbt

Black man cakap mereka layan perempuan macam puteri...lelaki melayu layan perempuan macam puteri ke??:sopan:

itu lah, seperti yang dikatakan dalam lagu rabbani "iman paling penting".....

jika yang tu ada, insya'ALLAH semua teratur.....

-----------------
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingi

Bookmark and Share

  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

sitishairah
WARGA SETIA
Menyertai: 16.05.2007
Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 16:41

Pada 08-07-08 16:35 , mujahid007 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-07-08 16:21 , sitishairah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum wr wbt

Black man cakap mereka layan perempuan macam puteri...lelaki melayu layan perempuan macam puteri ke??:sopan:

itu lah, seperti yang dikatakan dalam lagu rabbani "iman paling penting".....

jika yang tu ada, insya'ALLAH semua teratur.....

:-) :-) :-) betul sangat-sangat...

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For sitishairahProfil   Hantar PM kepada sitishairah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 16:47

hurm.. ni nak share pengetahuan sikit. saya teringat lepas baca posting sitishairah di atas.. :)

siapa pernah dengar Dr. Fadzillah Kamsah cerita? katanya, pernah dilakukan kajian ke atas tahap romantik lelaki2 melayu dan kemudian dibandingkan dengan lelaki2 lain dari negara lain... lelaki melayu berada di antara tahap yang terendah... dalam erti kata yang lain, lelaki melayu tak begitu pandai nak romantik atau tak setanding romantiknya dengan lelaki2 dari negara lain. ni statistik secara umum ye. bukan saya kata lelaki2 ukhwah ni tak romantik tau.. jangan terasa pula. :P

sebenarnya ni dalam rancangan Bersama Dr. Fadzillah Kamsah dalam channel Astro.. yang setiap hari Isnin malam tu... pukul 9 malam. tajuknya malam tu "Bagaimana nak jadi romantik" ke something like that lah... huhu...

so.... berdasarkan kata-kata wanita dalam artikel yang dicopypaste saudara Muddathsir, tu lah agaknya buktinya.. huhuhu.

saya sekadar share saja...

p/s: buka mata dan lihat sekeliling.... kemudian ambil mana yang baik... jika terjumpa mana-mana yang dirasakan baik dan bermanfaat pada diri kita, maka apa salahnya kita ubah diri kita kepada yang lebih baik.. pelajari dan cuba.. :)

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 16:57

Pada 08-07-08 16:47 , syahidatul posting:

ok, that's good article's....

but the way, ana nak tanya pada CS dan sahabat2 ukhwah...
bagaimana cara nak romantik sebelum ijab dan qabul??

erm,faham tak??

-----------------
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingi

Bookmark and Share

  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 16:58

ye lah, kita dok kata ,lelaki melayu tak romantik,iye memang tidak dinafikan..akan tetapi bagi yang menjaga ihtilad, bagaimana pula nak tunjukkan keromantikkannya????

Bookmark and Share

  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

umar_khalil
WARGA SETIA
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 32313
Posting: 1204

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 08-07-08 17:01

Pada 08-07-08 16:57 , mujahid007 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-07-08 16:47 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

hurm.. ni nak share pengetahuan sikit. saya teringat lepas baca posting sitishairah di atas.. :)

siapa pernah dengar Dr. Fadzillah Kamsah cerita? katanya, pernah dilakukan kajian ke atas tahap romantik lelaki2 melayu dan kemudian dibandingkan dengan lelaki2 lain dari negara lain... lelaki melayu berada di antara tahap yang terendah... dalam erti kata yang lain, lelaki melayu tak begitu pandai nak romantik atau tak setanding romantiknya dengan lelaki2 dari negara lain. ni statistik secara umum ye. bukan saya kata lelaki2 ukhwah ni tak romantik tau.. jangan terasa pula. :P

sebenarnya ni dalam rancangan Bersama Dr. Fadzillah Kamsah dalam channel Astro.. yang setiap hari Isnin malam tu... pukul 9 malam. tajuknya malam tu "Bagaimana nak jadi romantik" ke something like that lah... huhu...

so.... berdasarkan kata-kata wanita dalam artikel yang dicopypaste saudara Muddathsir, tu lah agaknya buktinya.. huhuhu.

saya sekadar share saja...

p/s: buka mata dan lihat sekeliling.... kemudian ambil mana yang baik... jika terjumpa mana-mana yang dirasakan baik dan bermanfaat pada diri kita, maka apa salahnya kita ubah diri kita kepada yang lebih baik.. pelajari dan cuba.. :)

ok, that's good article's....

but the way, ana nak tanya pada CS dan sahabat2 ukhwah...
bagaimana cara nak romantik sebelum ijab dan qabul??

erm,faham tak??

soalan berat ni syeikh...........

bila rindu pada sidia,,,,doakan lah keselamatnya,,
bila rasa nyampah,,,kenangkanlah kebaikan yang ada pada dia,,
2 pendapt ana lah,,,,,,sebab ana tak pernah ambil tau soalan yang anta bagi tu,,waaaaaaa......

nanti try cari makna perkataan ROMANTIK dalam kamus,,,sebab kat kan faham makna perkataan tu dulu,,,,

Bookmark and Share

  Member Information For umar_khalilProfil   Hantar PM kepada umar_khalil   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar

posticon Posting pada: 11-07-08 12:35

Pada 08-07-08 16:58 , mujahid007 posting:

!!! QUOTE !!!

ye lah, kita dok kata ,lelaki melayu tak romantik,iye memang tidak dinafikan..akan tetapi bagi yang menjaga ihtilad, bagaimana pula nak tunjukkan keromantikkannya????

romantik ke tak romantik belakang kira..
yang paling penting ada iman,jujur dan ikhlas dalam hubungan..
nak romantik lepas kahwin..

-----------------
-biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -

Bookmark and Share

  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 11-07-08 15:00

Pada 11-07-08 12:35 , aieyda posting:

!!! QUOTE !!!

romantik ke tak romantik belakang kira..
yang paling penting ada iman,jujur dan ikhlas dalam hubungan..
nak romantik lepas kahwin..

ada apa romantik sebelum kahwin :sopan:

hari tu masa saya rehearsal nak jadi MC satu seminar, bos2 saya kat bawah tu komen dan kritik kata suara saya romantik... kena kasarkan sikit, huhuhu (macam AF pula rasanya)

romantik ni sebenarnya lebih kepada sikap... kalau sikap kita kasar memang tak romantik lah, so kena lah berlembut2 sikit kalau nak bersaing dengan mamat2 dari luar negara tu ye.

p/s: saham kita rendah di negara sendiri, apa nak jadi niii... :cry:

-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|

Bookmark and Share

  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar

posticon Posting pada: 11-07-08 16:05

Pada 08-07-08 16:57 , mujahid007 posting:

!!! QUOTE !!!

but the way, ana nak tanya pada CS dan sahabat2 ukhwah...
bagaimana cara nak romantik sebelum ijab dan qabul??

erm,faham tak??

oh, ada soalan yang diajukan kepada saya.

bagaimana cara nak romantik sbelum ijab dan qabul ye...

ok sebenarnya, di sini diwarning awal-awal, sebelum ijab qabul tak boleh melakukan perkara2 yang semua orang pun tahu apa. tapi, dengan tujuan untuk memikat hati wanita yang anda ingin peristerikan (agar dia bersetuju untuk menerima anda), cukuplah sekadar menunjukkan (dengan seikhlas mungkin) akan budi bahasa yang bersopan dan beradab. (ni hanya dalam konteks peribadi dan personaliti yang ingin ditonjolkan. benda-benda yang lebih utama seperti melihat agama, sekufu dan lain-lain tu, tu sememangnya amat penting tapi tu bab lain dan tak diceritakan di sini).

jika dibandingkan antara lelaki melayu dan lelaki foreigner, takkanlah lelaki melayu (yang memiliki adab2 ketimuran) tu tak reti nak bersopan dan beradab.... jadi, dalam hal ni saya rasa kedua-duanya sama level. malah, saya rasa lelaki melayu lebih beradab berbanding lelaki foreigner. sebab, orang2 melayu ada adab2.

yang menjadi persoalan dan rintihan para wanita melayu mengenai lelaki2 melayu (berdasarkan statistik dan survey yang saya pernah sebutkan dalam posting sebelum ni), adalah sikap lelaki2 melayu yang kurang mengambil berat mengenai hal-hal yang remeh temeh yang sebenarnya menjadi kesukaan wanita.

kadang-kadang benda tu benda yang paling remeh... teramat remeh sangat-sangat. tapi benda remeh tu lah yang jika lelaki tu ada usaha untuk ambil kisah, akan dianggap sangat romantik oleh para wanita (isteri). (saya yakin ramai wanita yang akan bersetuju dengan kenyataan ini)

maaf jika saya katakan, kadang-kadang para suami dan isteri yang penggerak jemaah sekalipun, ada yang bercerai berai.... bila ditanya Kenapa dah tak suka dengan pasangan, jawapan yang diberi adalah dah rasa bosan. ni bukan tipu2, tapi ni kisah benar. pasangan yang beragama pun boleh cerai2 juga sebabnya tiada lagi rasa cinta. kemudian beralih pula minat kat ahli gerakan yang lain. apa kes..?

Kenapa dah tak rasa cinta (atau dah bosan)? sebabnya, perkara2 yang romantik dah tak dilakukan lagi. ataupun tak diambil kisah untuk dilakukan lagi. maklumlah masing-masing sibuk dengan kerjaya, dengan anak2, dengan mak bapak, dengan gerak kerja dan sebagainya. emosi dan perasaan isteri, tak disemai dengan semarak cinta. maka bosanlah jadinya. anda bosan, isteri anda pun bosan. in the end, retak menanti belah...

nak contoh2 perkara yang romantik ke? huhu.. sebenarnya ada macam-macam cara. saya rasa, benda ni tak boleh nak diajar... ia hanya memerlukan keikhlasan anda... dan mengikut kesesuaian jiwa anda dan pasangan anda.

hurm.. so berbalik pada fakta (hehe agak kejam :D ), perkara2 romantik ni, orang-orang melayu memang kurang sikit lah... (survey membuktikan). kalau lelaki2 melayu nak belajar bagaimana nak romantik, banyak-banyakkanlah membaca....

huhu. membaca jambatan ilmu. :P

di antara contoh dan role model yang paling baik untuk dirujuk adalah Rasulullah s.a.w.... Rasulullah s.a.w. sememangnya seorang yang romantik terhadap isteri-isterinya.

sekian, jawapan.. :D.

p/s: tak perlu terima 100% apa yang saya cakap sebab saya ni pun belum berpengalaman berkahwin. maaf ye (esp pada warga2 ukhwah yang dah berkahwin) kalau rasa macam saya ni melebih2 padahal belum kahwin.

Bookmark and Share

  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  

posticon Posting pada: 11-07-08 19:29

Alahai...macam manalah perempuan Melayu nak kepada LELAKI MELAYU..Lelaki Melayu banyak yang kaki dadah, kaki betina, kaki pondan dan pelbagai kaki lagi....
Bila mula berkenal dah nak ambil kesempatan seperti garfu selalu jalan, nak ringan2, cepat nak merogol, memperkosa dan sebagainya...
Lagi...lelaki Melayu cepat baran, cepat marah dan cepat ambil kesempatan kemudian cepat meninggalkan gadis2 melayu...akhirnya gadis Melayu tersadai di Rumah2 kebajikan...
Nak saya telanjangkan lagi perangai dan sikap LELAKI MELAYU NI...hmmmm...tak payahlah...Ops! satu lagi LELAKI MELAYU MANA ADA SAYANG DENGAN perempuan MELAYU.....MEREKA SERING JADI MANGSA LELAKI MELAYU....

-----------------
http://studiouniversiti.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar

posticon Posting pada: 11-07-08 19:52

nak buat pergi mana....

belum kawin dah letak sejuta syarat untuk perempuan tu ikut trilion peratus tanpa bangkangan.

dah kawin tambah lagi on on syarat macam perempuan tu perlu on on juga sempurna keadaan.

maka larila perempuan itu kepada yang sudi menerima seadanya.. walau mungkin ramai yang bakal tau risiko yang akhirnya tertanggung di masa depannye ;)

Bookmark and Share

  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

asrul_safwan
Warga 4 Bintang
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 213
Posting: 154
Dari: Shah Alam....

Terengganu  

posticon Posting pada: 11-07-08 20:14

Mmm.....manusia di nilai di sisi Allah kerana taqwanya....
Bagi wanita Melayu.....carilah yang sepadan dan sebaik mungkin....
Bagi lelaki Melayu, tunjukkan anda adalah calon yang berbaloi untuk dimiliki.....
Tapi kalau dah jodoh tak ke mana.....

Bookmark and Share

  Member Information For asrul_safwanProfil   Hantar PM kepada asrul_safwan   Quote dan BalasQuote

aieyda
WARGA SETIA
Menyertai: 02.04.2004
Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang

australia   avatar

posticon Posting pada: 11-07-08 20:37

semoga kita dapat jodoh yang baik..
tak semua lelaki melayu macam tu,cuma segelintir saja..

Bookmark and Share

  Member Information For aieydaProfil   Hantar PM kepada aieyda   Pergi ke aieyda's Website   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  

posticon Posting pada: 12-07-08 01:09

orang perempuan selalu dengan slogan mereka...."kahwin sekali saja"...tapi Kenapa bila dah kahwin kata suami bosan...banding2 suami dengan suami orang lain...and last sekali...minta cerai kat suami sebab nak bersama lelaki lain??....sedangkan mereka selalu melaung-laungkan moto kegemaran mereka iaitu "kahwin hanya sekali sahaja" ---- macam bohong saja ayat kegemaran orang perempuan ini.

adakah kita terlalu mengejar keduniaan???

-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/

Bookmark and Share

  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 12-07-08 03:10

ya,ana setuju dengan jawapan yang diberikan oleh sahabat2 di atas...ada apa romantik sebelum kahwin..hhehe..lagipun, paling penting iman dan nak tahu romantik tu bagaimana,boleh rujuk sirah rasulullah...

Bookmark and Share

  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

mujahid007
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 12-07-08 03:12

tetapi mengikut kajian juga,lelaki sebnarnya kurang berminat untuk mengambil berat akan hal remeh temeh ni.....

Bookmark and Share

  Member Information For mujahid007Profil   Hantar PM kepada mujahid007   Pergi ke mujahid007's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar

posticon Posting pada: 12-07-08 12:09

Pada 08-07-08 16:21 , sitishairah posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum wr wbt

Black man cakap mereka layan perempuan macam puteri...lelaki melayu layan perempuan macam puteri ke??:sopan:

layan macam puteri????
ni ada pengalaman ke ni?????/
huhuhuhu

-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"

Bookmark and Share

  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 12-07-08 12:49

salam,

tak payah nak jeles lah... buang jauh2 assobiyah tu. JIJIK!!!
sempadan negara dan politik kufur inilah yang telah memecahbelahkan kesatuan ummat Islam walhal kita menyembah tuhan yang sama. hingga ada yang memandang sinis warga kulit hitam dan bangla.

tinggalkan perjuangan Islam dalam bentuk assobiyah. kembalikan kesatuan ummat dengan daulah khilafah islamiah. insyaAllah tak ada masalah kahwin campur, malah lahir zuriat yang comel, cerdik dan bertakwa insyaAllah.

wuzara: siapalah diri ini berbanding saidina bilal?
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

putramizal
Warga Rasmi
Menyertai: 29.06.2008
Ahli No: 33841
Posting: 12
Dari: aloq staq...

Kedah  

posticon Posting pada: 12-07-08 17:14

dah tak budak laki melayu ke nak kawin??? hebat sangat ka bangsa lain???

bukan masalah jeles tapi soal maruah kita...maruah bangsa dan agama kita...

berapa ramai bangla yang islam??berapa ramai nepal islam???berapa ramai negro islam???

kalau depa islam...ok boleh terima tapi kalau depa bukan islam...

bawa anak dara melayu kesana ke sini... bawa ke hotel.. apa kejadahnya???

Bookmark and Share

  Member Information For putramizalProfil   Hantar PM kepada putramizal   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.146712 saat. Lajunya....