Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 24-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 45 hari yang lalu
al-biruni03: 74 hari yang lalu


Suara Hatiku
Topik: Kenapa kita masih berdiam diri???


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Kenapa kita masih berdiam diri???

Please Mendaftar To Post


Oleh Kenapa kita masih berdiam diri???

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 08:31


Kenapa kita masih berdiam diri..tak melakukan apa-apa ketika mana rakan-rakan kita telah 'dipancing' oleh kemaksiatan??

Kenapa kita masih berdiam diri tatkala rakan-rakan kita berada dalam 'kesesatan'???

Kenapa kita masih duduk2 rehat,bersenang2 ketika mana kawan-kawan kita terkapai2 di tengah lautan 'kehinaan'??

dimanakah keberanian kita...dimanakah kekuatan fizikal kita...
dimanakah kekuatan ilmu kita...dimanakah kekuatan daya fikir/intelek kita..kemana kita gunakan nikmat masa lapang???

aduusss...banyak dosa kita rupanya2nya...menyangkakan diri bagai malaikat pabila diri sudah berbuat solat 5 waktu..

menyangkakan diri bagai malaikat pabila sudah berpuasa sunat isnin-khamis....

menyangkakan diri hebat beribadat apabila keluar bekerja cari rezeki sebab katanya kerja itu juga ibadat...

menyangka diri bagai hamba allah paling rapat apabila sentiasa ke surau mendengar ceramah ustaz2....

itu sajakah kewajipan yang perlu dipenuhi??itu sajakah kriteria seorang muslim sejati??

kita memang hanya penting diri sendiri..hanya tahu jaga hal2diri kita sahaja...tahu nak jadi baik untuk diri kita sahaja....lepas tangan terhadap org lain..lepas tangan apa yang terjadi pada insan2 lain...kedekut nak infakkan DIRI SENDIRI untuk org lain!!!!!

kedekut nak bagi harta sendiri kepada org lain!kedekut nak bagi masa sendiri kepada org lain!kedekut nak bagi buah fikiran sendiri kepada org lain!kedekut kesemuanya

yang penting..yang paling difikir..diri sendiri...diri sendiri...diri sendiri

umat islam lain mati...tak mengapa asal aku & keluarga tak mati......
umat islam lain lalai& bermaksiat....tak mengapa asal aku & keluarga tak bermaksiat....

umat islam hancur dalam bidang ekonomi...tak mengapa asal ekonomi aku & keluarga lepas....

umat islam ketinggalan dalam pelbagai teknologi...tak mengapa.. nanti ada lah org islam yang belajar teknologi tu....yang penting sekarang aku dah ada kerja..gaji masuk bulan2...kewangan aku & keluaraga terjamin setiap bulan..!!!!!

tahu nak lepas tangan...tahu nak lepas tanggungjawab semata-mata!!!!

org islam lain lemah dalam pelajar..ramai yang masuk pusat serenti..ramai masuk pusat2 akhlak..tak mengapa yang penting anak aku dapat masuk universiti..dapat tuisyen..dapat biasiswa..
yang penting anak aku..keluarga aku & aku..!!!!

umat islam lain tak penting ke???!!!!!

Kenapa kita masih lagi berdiam diri???pengecut??takut untuk infakkan diri,tenaga,buah fikiran untuk umat??? takut untuk KELUAR dari zon selesa??

pernahkan dalam sirah rasulullah s.a.w ada sifat2 begini...
rasulullah tak pengecut macam kita!!!!
katanya ikut sunnah rasulullah...
hanya kata di mulut!!!!!!
berdepan realiti amali..jauh sekali!!!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 09:05


kita menginginkan kemenangan tapi kita sendiri tak memenuhi syarat-2 untuk menang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

ainunhub
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2007
Ahli No: 30954
Posting: 495
Dari: Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 02-07-08 10:18


... kita melakukan mengikut kemampuan/kesungguhan yang ada, Kenapa perlu berlebihan2an? paling 'cikai' sekalipun usaha kita terhadap perkara yang 'hang' sebautkan kat atas.. adalah DOA! sebabnya kita tidak mampu untuk menghalangnya dengan tangan dan kata-kata.. dan doa adalah senjata org mukmin.

Kenapa perlu berputus asa/kecewa jika usaha yang kita lakukan tidak membuahkan hasil...
Kenapa perlu rasa tertekan jika anda melihat org lain membiarkan ianya berleluasa.. sedangkan anda tidak tahu mungkin org yang melihat kemaksiatan itu hanya mampu menDOAkan sahaja.. dan itu sahaja usaha yang MAMPU dia lakukan!

sesungguhnya hanya Allah swt yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. dan kita berusaha dengan kemampuan yang kita ada.. bukannya berlebihan sehingga menimbulkan perasaan benci org yang ditegur... lebih berat lagi timbul pula perasaan bangga diri.. rasa diri sudah cukup sempurna..

ya. Aku juga bersedih hati dengan situasi masyarakat sekarang.. mana yang mampu aku lakukan.. aku akan lakukan, selebihnya hanya doa dipanjatkan kepada Penguasa Alam Semesta.. memohon keampunan untuk muslimin & muslimat setiap selesai solat.

bukan mencari salah sesiapa.. tanya dahulu diri kita, apakah usaha kita!!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainunhubProfil   Hantar PM kepada ainunhub   Quote dan BalasQuote

ainul_yaqin
Warga Rasmi
Menyertai: 29.06.2008
Ahli No: 33840
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 11:23


salam.....

"sekiranya kamu melihat kemungkaran maka cegahlah dengan tanganmu, jika tidak mampu dngan lidahmu dan jika tidak mampu jugak dengan hati dan sedemikian itulah selemah-lemah iman..."

berdasarkan maksud hadis diatas....sebagai org Islam kita seharusnya mencegah kemungkaran berdasarkan kemampuan kita...

melihatkan keadaan sekarang ni,saya rasa umat Islam semakin hilang rasa sayang sesama saudara Islam yang lain. sayang disini bukan bermaksud kita perlu membelai saudara kita tetapi sayang disini beerti kita perlu menegur segala kemungkaran yang dilakukan agar kita sama-sama dapat menikmati nikmat disana.....jika kita selalu menegur org (tapi biarlah scara berhikmah) InsyaAllah kita akan sentiasa dalam lindungan ALLAH....
yang penting sama-sama lah kita mementapkan IMAN kita...agar kita dapat mencegah diri kita & org lain dr kemungkaran...

Wa'Allahua'lam....

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainul_yaqinProfil   Hantar PM kepada ainul_yaqin   Quote dan BalasQuote

syanadh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 02.04.2005
Ahli No: 15549
Posting: 97
Dari: Tangkak

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 12:34


sesungguhnya hamba lemah...hanya mampu mnolak dengan hati itulah selemah2 iman..ingin m'perbaiki diri sendiri dulu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syanadhProfil   Hantar PM kepada syanadh   Pergi ke syanadh's Website   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 14:05


mungkin kita banyak memberi alasan!!!!!!
ya....dengan memberi banyak alasan jugala.... yang menyebabkan banyak benda yang sepatutnya menjadi tanggunjawab kita..kita abaikan...
iya lah....HAYA MAHU LEPAS TANGAN!!!

walhal potensi kita lebih besar daripada apa yang kita sedari....
mungkin kita boleh membaca buku karya muhammad ahmad ar-rasyid yang berjudul..al-munthalaq(titik tolak)....boleh dapatkan di kedai buku Fajar Ilmu Baru (kat wisma yakin)

SIKAP MEMBERI ALASAN PERLU DIUBAH!!!
kita tidak mahu hanya menjadi org kedua,ketiga terbaik..kita nak jadi org terbaik...
memberi alasan & kemudiannya lepas tangan itu bukan sifat terbaik...

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

ainunhub
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2007
Ahli No: 30954
Posting: 495
Dari: Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 02-07-08 16:55


BAIKLAHH!!! jika begitu wahai cik/pokcik jumaat... adakah anda telah menjalankan sepertimana anda cakapkan? dan bagaimana keadaannya?

saya bangga dengan apa yang anda lakukan.. kerana, saya mungkin tidak mampu melakukannya sepertimana anda..

CUMA nak tanya, adakah anda istiqhamah melakukannya?

jika YA .. beruntunglah anda, cuma jangan hanya bertindak secara 'bermusimm'!! dan janganlah sampai melampaui batas.. menemplek kemampuan org lain.

buat masa sekarang saya hanya mampu berdoa.. dan anda mampu mengubahnya dengan tangan.. (seperti mana saya dahulu!)

namun, apabila saya muhasabah diri.. terlalu banyak yang perlu di-lihat dalam diri sendiri TAPI, itu bukanlah satu sebab untuk saya tidak melaksanakan tanggungjawab amar makruf nahimunkar..

saya lakukan juga MANA yang TERMAMPU! dan bukan hanya mahu lepas tangan... yerr sedaraaa jumaat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainunhubProfil   Hantar PM kepada ainunhub   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 02-07-08 21:45


salam
susah ingin membawa manusia ke jalan kebenaran.bila kita tegur ada sahaja jawapannya.akhirnya hanya mampu mendoakan sahaja

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 22:59


terpulangla kalau kita hanya memilih hendak menjadi org kedua,ketiga terbaik....

tapi...ketika kemampuan untuk menjadi terbaik tidak digunakan& hanya mahu menjadi terbaik...maka berila jawapan tersebut kepada allah s.w.t yang maha mengetahui...

bahkan kalau dalam bab pelajaran..kita nak dapat 1st class degree....dalam memperjuangkan islam tentu kita juga mahu menjadi 1st class...

doktrin MANA yang TERMAMPU...tu..itu taktik2 biasa yang dimainkan oleh syaitan untuk berbisik2 dengan kita supaya jangan KAU berikan yang terbaik untuk islam..biasa lah syaitan memang pakar dalam bab-bab gini...

kalau itu menjadi pilihan..Tak apalah...allah s.buat tak rugipun dengan pilihan hamba2Nya...bahkan jika semua manusia tak mahu memperjuang agama allah sekalipun...allah tetap maha hebat,maha kuasa...tidak sedikit pun menjejaskan Dia.....

kalau dalam bab memperjuangkan islam masih nak berkira & memberi alasan...
malas.tak mahu beinfak..takut...tetripu dengan dogma "buat ikut kemampuan"..
maka memang patutlah apa yang umati salam terima hari ini...KEHINAAN!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

jumaat
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.03.2006
Ahli No: 23806
Posting: 371

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 23:01


tapi...ketika kemampuan untuk menjadi terbaik tidak digunakan& hanya mahu menjadi terbaik

PEMBETULAN: tapi...ketika kemampuan untuk menjadi terbaik tidak digunakan& hanya mahu menjadi

Bookmark and Share

    


  Member Information For jumaatProfil   Hantar PM kepada jumaat   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-07-08 08:43


saya tak nampak lagi apa motif topik ni dibuka... apa yang saudara jumaat nak ye...? boleh beri contoh tak apa yang saudara dah lakukan?


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 03-07-08 08:48


Kenapa saudara jumaat ni.. nak marah kan siapa ni? atau ada tak berpuas hati dengan org lain? :-?

usah nak tengok sangat kesilapan orang lain..
tengok diri-sendiri dulu apa usaha yang dibuat.. :oops:


-----------------

::KASIH SAYANG KUNCI KEAMANAN SEJAGAT::


Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

alam_barzakh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.05.2007
Ahli No: 30091
Posting: 137
Dari: Mantin-Nilai-Sepang-Salak Tinggi-KLIA-Kuching-Kota Samarahan-Serian

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 03-07-08 12:00


"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa ka mu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan!. (itu) sangat dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan"

(Surah Ash-Shaff ayat 2 dan 3)


-----------------
"Permata Idaman, Mutiara Syurga........"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alam_barzakhProfil   Hantar PM kepada alam_barzakh   Pergi ke alam_barzakh's Website   Quote dan BalasQuote

ainunhub
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2007
Ahli No: 30954
Posting: 495
Dari: Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 03-07-08 14:41


doktrin apa pulak?
betullah apa yang saya usahakan.. melakukan mengikut kadar kemampuan yang ada..

lihat! apa yang kamu telah buat sekarang.. post2 kamu sudah cukup mengambarkan 'ketidakmampuan' dalam menerima respon dari orang lain.. kamu seolah-olah 'kecewa' dan geram kerana respon tidak seperti yang anda harapkan..
ditambah dengan ayat2 anda yang seperti menemplek usaha org lain.. tidakkah itu melampaui batas?

bukankah usaha kearah itu perlu dilakukan dengan jalan yang lebih berhemah.. lemah lembut..

"Lu cakap pun tahhapahapa.. begini ke nak menegur org lain"

sebab itu banyakkan muhasabah diri.. janganlah rasa diri kita sahaja yang dah cukup baik.. orang lain tidakk.. dan itu juga taktik syaitan untuk membuatkan anda rasa riak!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainunhubProfil   Hantar PM kepada ainunhub   Quote dan BalasQuote

ainunhub
WARGA SETIA
Menyertai: 06.09.2007
Ahli No: 30954
Posting: 495
Dari: Melaka

Melaka  


posticon Posting pada: 03-07-08 14:44


Pada 02-07-08 21:45 , amilyn posting:

!!! QUOTE !!!

salam
susah ingin membawa manusia ke jalan kebenaran.bila kita tegur ada sahaja jawapannya.akhirnya hanya mampu mendoakan sahaja


post diatas ini adalah satu contohnya... ..'hanya mampu mendoakan sahaja.' bukankah ianya satu tahap kemampuan diri? dan dia tetap berusaha untuk menjalankan tanggungjawabnya BUKAN LEPAS TANGAN!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For ainunhubProfil   Hantar PM kepada ainunhub   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.102671 saat. Lajunya....