Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Fungsi jangkaan bukanlah meramalkan masa depan, sebaliknya jangkaan mencipta masa depan itu sendiri
-- W W Wagar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 137
Ahli: 0
Jumlah: 137




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Ganjaran menderma darah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Ganjaran menderma darah

Please Mendaftar To Post


Oleh Ganjaran menderma darah

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-06-08 18:26


Jawapan: Terima kasih atas keperihatinan anda. Kebetulan saya baru sahaja membaca artikel mengenai perkara ini. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, ulama tersohor masa kini dalam laman Islam on line net., menyatakan, menderma darah adalah satu sedekah yang paling tinggi nilainya. Seseorang yang sedang sakit, memerlukan darah dan jika anda menderma kepadanya, ia merupakan satu amalan menyelamatkan kehidupan seseorang itu. Ganjarannya cukup besar di sisi Allah SWT.

Islam memandang manusia itu sejenis makhluk yang mulia. Jadi, jika memberi minum kepada haiwan atau menolong menyelamatkan haiwan pun besar pahalanya, apatah lagi menyelamatkan nyawa seorang insan yang dimuliakan Allah itu.

Maka jika yang menderma itu terdiri daripada kaum kerabatnya sendiri, sudah tentu ganjaran Allah berganda kerana ada hadis yang mahukan dipererat hubungan keluarga dan menghubungkan silaturahim itu. Demikian juga jiran, rakan dan sebagainya. Malah menderma darah kepada orang yang berseteru pun baik supaya menjadi rapat kembali selepas berseteru.

Akademi Fekah Islam, Mekah juga memfatwakan bahawa, menderma darah atau organ anggota kepada orang yang memerlukan darah atau anggota lain, satu amalan baik. Malah al-Qaradhawi pernah menyeru umat Islam di Amerika supaya menderma darah kepada orang ramai yang bukan Islam yang terlibat dengan serangan 11 September 2001 dahulu. Justeru ini termasuk amalan yang baik kepada sesama manusia.

dalam hal ini tidak ada beza antara sedekah kepada orang Islam dan bukan Islam.

Perkara ini bolehlah dibandingkan dengan menyelamatkan orang yang sedang lemas, wajib mereka diselamatkan. Ketika itu kita tidak perlu memilih adakah si lemas itu seorang muslim atau tidak. Jika binatang pun kita perlu selamatkan, inikan pula manusia. Ia termasuk dalam perintah Tuhan “Bekerjasamalah kamu dalam urusan kebaikan dan takwa dan jangan bekerjasama dalam perkara perseteruan”.

darurat

Mungkin ada mereka yang bertanya, apa hukumnya pula orang yang liat untuk menderma darah? Jawabnya, oleh kerana perkara menderma darah ini hukumnya “harus” maka yang menderma akan dapat pahala besar, sementara yang tidak ingin menderma darah mereka, terhalanglah daripada mendapat ganjaran yang besar itu.

Dalam keadaan luar biasa, umpamanya darurat, menderma darah merupakan fardhu kifayah. Namun jika kerana menderma darah itu boleh membawa bahaya kepada seseorang penderma, tidaklah perlu mereka menderma darah.

Usaha tahunan seperti hari menderma darah patutlah diteruskan. Orang ramai perlu memberi respons positif dalam hal seperti ini. Kita tidak perlu ragu-ragu untuk melakukan perkara baik. Apatah lagi ia mungkin membawa kebaikan daripada segi kesihatan kepada individu tertentu. Dari segi hukum ia bertepatan dengan “maqasid/ tujuan syariat” untuk memelihara jiwa yang ada dalam hukum Islam.

Jika kita perlu membantu orang lain dengan sesuap makanan atau seteguk air pada hari kebuluran, orang yang sedang sakit memerlukan titik-titik darah untuk menyambung hayat mereka.

Apa yang lebih penting lagi, tanpa mengira muslim dan bukan muslim pendermaan darah ini boleh mempereratkan hubungan di antara satu sama lain. Justeru itu darah tidak boleh dijual. Jika dijual maka yang mengambil bayaran dikira berdosa.

Berdasarkan keperluan pesakit pada darah, jika semua orang tidak mahu menderma darah, maka pihak berwajib boleh mengadakan peraturan mewajibkan pendermaan dengan syarat tertentu, bagi mereka yang ada keupayaan. Ini sudah diputuskan oleh Majlis Fatwa Mesir dengan syarat ada kelulusan pakar yang adil dalam perkara tersebut.

Justeru itu, sesiapa yang tidak ingin menderma darah bererti menghalang dirinya daripada mendapat ganjaran besar di sisi agama. Islam juga tidak mengira kebajikan seumpama ini untuk orang Islam mahu pun bukan Islam. Malah jika tidak ada mereka yang ingin menderma darah terutama pada waktu darurat pihak berkuasa boleh memaksa, walau pun dalam keadaan biasa ia merupakan urusan yang diharuskan sahaja. Marilah bersama-sama kita menderma darah. Setitik darah yang anda dermakan, bererti menghidupkan nyawa seorang manusia. Hidup untuk berbakti. Wallahualam.

bagi mereka yang ingin membaca artikel lepas, sila layari, mindamuslim.com. KAMIL MAJID.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

hasdim
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2007
Ahli No: 31696
Posting: 53

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-06-08 18:42


em... alhamdulillah dan tahniah pada yang pernah menderma... besar ganjarannye... :-( tapi saya setiap kali nak derma darah masa zaman belajar dulu selalu tak layak... hemoglobin kurang... sedihnya,


-----------------
" BiLa TeRasa RinDu seButLah Nama ALLAH "


Bookmark and Share

    


  Member Information For hasdimProfil   Hantar PM kepada hasdim   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 17-07-08 11:26


Derma darah dengan ikhlas, namun darah kita dijual-jual vampire hospital.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 17-07-08 11:42


Pada 17-07-08 11:26 , pulu posting:

!!! QUOTE !!!

Derma darah dengan ikhlas, namun darah kita dijual-jual vampire hospital.


hahha!. buka hospital derma darah sniri lah nampak gaya nya. kita yang manage pengeluaran darah tu ke mana~

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 01-08-08 01:34


Iya kalau ada yang butuh darah sesuai golongan darah, tapi kalau ada orang miskin ke hospital dan butuh darah, kadang perawatannya lambat dan darah harus beli/bayar mahal, dari mana orang miskin itu dapat wang sekalipun hanya biaya perawatan.

:D Antum paham, juga yaa bahasa saya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

nasyrah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 23.07.2005
Ahli No: 17520
Posting: 109
Dari: SELANGOR, JOHOR DAN PERAK

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-08-08 10:03


Teringat waktu zaman study dulu..2x berkobar-kobar nak derma darah, tapi tak layak...sekali berat tak cukup daaa....:) siapa yang ada peluang tu, jangan ar lepaskan paluang yang ada... :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nasyrahProfil   Hantar PM kepada nasyrah   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-08-08 13:17


saya tak pernah derma darah sebab, saya selalu ambik ubat... dulu saya selalu sakit2 sebab tu kena ambik ubat... sekarang ni tak berani pula.. hehe...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.123758 saat. Lajunya....