Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika anda melakukan apa yang selalu anda lakukan, anda akan mendapat apa yang selalu anda dapat
-- Seminat NLP

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 197
Ahli: 0
Jumlah: 197




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 1 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Awas!
Topik: Awasi dakyah ‘kelompok pinggiran’


Carian Forum

Moderator: Administrator, izdham
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Awas!
    »» Awasi dakyah ‘kelompok pinggiran’

Please Mendaftar To Post


Oleh Awasi dakyah ‘kelompok pinggiran’

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 30-06-08 18:23


DI dalam Islam, kemunculan ekstremis agama bermula apabila berlaku fitnah yang menyebabkan kematian khalifah ketiga, iaitu Sayidina Uthman Ibn Affan .a. Pendorong ke arah kegiatan tersebut adalah percampuran api fitnah politik dengan pelampau agama.

Sekalipun Khalifah Uthman cuba menyangkal kebanyakan fitnah itu serta kesilapan yang dilakukan dalam pemerintahannya, namun puak pelampau berusaha menyalakan api fitnah untuk menghukum khalifah dan menghasut supaya membunuhnya.

Ali bin Abi Talib yang menggantikan tempatnya menyebut peristiwa itu sebagai fitnah dan huru-hara besar, manakala orang ramai yang terlibat di dalam kancah rusuhan itu dikenali sebagai ‘al-ghaugha’ (kelompok pinggiran yang melakukan kerosakan atau menimbulkan kacau-bilau dalam masyarakat)’ yang berusaha mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat.

Kelompok pinggiran yang dimaksudkan itu adalah gerakan massa yang melampau dan tidak diketahui pemimpinnya. Mereka berkumpul kerana disatukan oleh rasa kemarahan yang sama. Biasanya sasaran kemarahan itu ialah ‘kuasa yang diwujudkan’. Namun, setelah ia berhasil melaksanakan apa yang diinginkan, ia kemudiannya perlahan- lahan menghilang dan kembali ke tempat masing-masing secara normal.

Mereka menampilkan keperibadian seorang insan yang normal. Kemungkinan juga di dalam kelompok pinggiran itu wujud pakatan jahat yang diterajui oleh kekuatan yang tidak diketahui dengan tujuan menghancurkan Islam. Mereka mungkin didalangi oleh golongan munafik moden.

Mengenai kelompok pinggiran ini, Sayidina Ali menjelaskan perwatakan golongan ini secara berkias: ‘‘Mereka adalah kelompok orang yang apabila berkumpul amat membahayakan, dan apabila berpisah mereka sangat menguntungkan.” Orang bertanya, ‘‘Kami mengerti akan bahaya kumpulan mereka, tetapi apa manfaat perpisahan mereka?” Ali menjelaskan, ‘‘Orang yang bekerja kembali kepada pekerjaan asalnya sehingga memberi manfaat kepada masyarakat, iaitu pembina bangunan ke tempat bangunan, tukang tenun ke tempat pertenunan dan pembuat roti kembali ke dapur membuat roti.”

Jadi, kelompok pinggiran adalah kumpulan manusia biasa, iaitu perkumpulan orang normal. Bagaimanapun, kekuatan ‘luar biasa’ yang telah mengumpulkan mereka dan menjadikan mereka ‘ganas’.

Sebelum menjadi kelompok pinggiran, mereka adalah anggota masyarakat yang memberikan sumbangan masing-masing kepada masyarakat. Setelah menjadi kelompok pinggiran, mereka kehilangan arah, tunduk kepada kemahuan massa dan seakan-akan mereka telah dirasuk. Sikap seumpama ini menjatuhkan martabat mereka sebagai manusia dan secara tidak langsung ‘menurunkan beberapa anak tangga peradaban’ yang telah terbina dan ampuh selama ini.

Mengenai kelompok pinggiran ini, Khalifah Al-Ma‘mun berkata, ‘‘Setiap kejahatan dan kezaliman di dunia ini berasal daripada ‘al-ghaugha’. Merekalah pembunuh para Nabi, bahkan sesiapa sahaja yang dianggap musuh. Mereka memecahbelahkan para ulama dan merosakkan orang-orang yang saling bercinta. Di kalangan mereka ada pencuri, perompak, dan orang sombong yang membawa fitnah kepada pemerintah.”

Keterlaluan

Khalifah Al-Mamun yang tersohor itu mungkin agak keterlaluan mendefinisikan kelompok pinggiran itu kerana situasi pemerintahannya yang agak keras, khususnya dalam menghadapi musuh-musuh politik.

Golongan di dalam kelompok pinggiran itu bertindak di atas tujuan dan niat yang sama, yang akhirnya menimbulkan suasana yang boleh memecahbelahkan sesiapa sahaja, pemerintah mahupun individu tertentu. Sesiapa sahaja mungkin akan bertindak sedemikian rupa sekiranya berhadapan dengan apa yang dihadapi kelompok pinggiran itu.

Mungkin sesuatu itu adalah perasaan tidak berdaya seseorang individu ketika berhadapan dengan sistem yang menindasnya. Kadang-

kadang, kelompok pinggiran ini termasuk juga golongan atasan yang mempunyai kepentingan politik, lantas menciptakan kelompok pinggiran untuk menangguk di air keruh.

Justeru, Sayidina Ali menjelaskan segala sebab dan akibat terjadinya rusuhan sosial adalah dicetuskan oleh kelompok pinggiran. Dan kelompok pinggiran itu itu disebutkannya sebagai fitnah dan dianjurkan agar kita berhati-hati dengannya.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah maha berat azab seksa-Nya.” (An-Anfal: 25)

Fitnah-fitnah yang dicetuskan kelompok pinggiran dicatatkan bahawa ketuanya ialah Abdullah bin sabar’ yang mencetuskan perang antara Aishah dengan Ali, Muawiyah dengan Ali (Perang Siffin), lahirnya gerakan Khawarij dan tumbangnya Bani Umaiyah oleh kekuatan Bani Abbasiyah.

Ingatlah firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan (ingatkah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” (A-Baqarah: 191)

Dalam apa jua tindakan, janganlah kita menjadi seperti kelompok pinggiran kerana akibat dan kemudaratannya berupaya menghancurkan sebuah peradaban.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

msaidins_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 27385
Posting: 218
Dari: http://www.msaidins.com/

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-06-08 19:31


awasi dakyah kelompok pinggiran.....
ianya pernah berlaku dalam organsisi yang ana sertai dan apa yang penting kita jangan mudah percayai dan menyiasat asal-usul sesuatu berita atau khabar yang di sampaikan

Bookmark and Share

    


  Member Information For msaidins_85Profil   Hantar PM kepada msaidins_85   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103702 saat. Lajunya....