Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Naikkan layar anda sekaki, anda akan mendapat angin sepuluh kaki
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
muslimiman: 10 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 11 hari yang lalu
nur_tinta: 17 hari yang lalu
kasih_kekasih: 33 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: BENDERA HIZBUT TAHRIR MACAM ARAB SAUDI???


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» BENDERA HIZBUT TAHRIR MACAM ARAB SAUDI???

Please Mendaftar To Post


Oleh BENDERA HIZBUT TAHRIR MACAM ARAB SAUDI???

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-06-08 09:33


ASSALAMUALAIKUM....
AKU MENJAWAB PERSOALAN YANG DILONTARKAN
OLEH MUDDATHIR...

Pada 05-06-08 23:22 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

Muddathsir787

itu jk yang mana syeikh????

yang mana kah PP???



Hmm, saya pun tatau pasal tak pernah lagi jumpa PP..
Minta PP tulun terangkan.. marilah PP.. alang-alang ukhwahrian dah tau..

Apakata expose/terangkan serba sedikit pasal khilafah dalam ukhwah..

Hmm, just nak tanya Kenapa bendera itu macam bendera Arab Saudi jaa..

secret2

Terima kasih kerana menjawab..    :welcome:




JAWAPAN:

secret2

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA...
BENDERA PUTIH TULISAN HITAM (AL-LIWA) DAN
BENDERA HITAM TULISAN PUTIH (AR-ROYYA)
ADALAH BENDERA DAN PANJI RASULULLAH S.A.W.

IA BUKAN BENDERA MILIK HIZBUT TAHRIR SAHAJA!!!!

IA ADALAH BENDERA DAN PANJI UMAT ISLAM....
SEPATUTNYA KITA UMMAT ISLAM DALAM PELBAGAI
PARTI POLITIK MENGIBARKAN BENDERA DAN PANJI RASULULLAH...

SEPATUTNYA AHLI-AHLI PAS, UMNO, KEADILAN YANG
BERAGAMA ISLAM SEPATUTNYA MENGIBARKAN AL-LIWA
DAN AR-ROYYA!!! BUKANNYA MENGIBARKAN BENDERA DACING,
BENDERA BULAN TERBELAH, BENDERA BULAN PENUH DLL!!!!

JANGAN BIARKAN HIZBUT TAHRIR SAHAJA MENGIBARKAN
BENDERA DAN PANJI RASULULLAH INI...
SEPATUTNYA KITA SEMUA MENGIBARKANNYA BERSAMA-SAMA!!!

ARTIKEL BENDERA RASULULLAH INI DI HURAIKAN OLEH
HIZBUT TAHRIR DALAM SAUTUN NAHDHAH...
LINK: http://www.mykhilafah.com/modules.php?name=Nahdah&pa=showpage&pid=66

!!! QUOTE !!!


BENDERA KITA
SN Keluaran 2006

Merdeka! Merdeka! Merdeka! - Tepat jam 12.00 malam 30 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor Bendera Union Jack diturunkan dan Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan dengan penuh kegemilangan, melambangkan kewujudan sebuah negara bangsa yang selama ini menjadi agenda perjuangan. Beribu-ribu rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa serta kakitangan British menyaksikan peristiwa tersebut dengan penuh kebanggaan. Masyarakat Tanah Melayu bangga kerana mendapat sebuah ’kemerdekaan’, British pula bangga kerana dapat secara rasminya, memecahkan sekelompok lagi dari umat Islam berdasarkan racun yang telah mereka tanam, assabiyyah dan wathaniyyah. Bermula dari tarikh 31 Ogos 1957 hinggalah ke hari ini, saban tahun masyarakat Malaysia berpesta menyaksikan upacara penaikan bendera, sempena mengingati tarikh keramat tersebut.

Sejarah Kewujudan Bendera Malaysia

Walaupun setiap warganegara dari anak kecil hinggalah ke warga emas umumnya mengenali bendera Malaysia, tetapi mungkin sebahagian besar sebenarnya tidak menghayati sejarah bagaimana bendera Malaysia boleh wujud. Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan pada tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Dari sini, satu pertandingan peringkat kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Sebanyak 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga rekabentuk bendera telah terpilih ke peringkat akhir. Rekabentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Rekabentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Rekabentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pada 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih rekabentuk ketiga. Rekabentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Mohamad bin Hamzah. Rekabentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:- Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quater with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet". (Pada pandangan majlis ini, bendera Persekutuan Tanah Melayu adalah seperti berikut:- Sebelas jalur berbelang putih dan merah. Jalur teratas adalah merah dengan sudut berwarna biru yang mengandungi bulan sabit serta bintang pecah sebelas berwarna kuning; saiz rasmi bendera adalah enam kaki kali tiga kaki). sama ada kita sedar atau tidak, satu fakta yang tidak tertulis (atau sengaja tidak ditulis) di dalam sejarah ialah perihal keadaan politik di Persekutuan Tanah Melayu pada waktu itu yang begitu ‘aman’ di bawah naungan British!! Dalam keadaan negara sedang dijajah, pertandingan mencipta bendera masih boleh dilakukan. Akhbar pula dengan aman boleh melakukan pungutan suara dan masyarakat juga secara aman boleh memberikan pandangan masing-masing. Keadaan politik nampaknya begitu stabil. Di manakah pejuang-pejuang kemerdekaan, di manakah pemberontakan, di manakah peperangan? Bukankah kita sepatutnya menyaksikan satu ’pertempuran’ sedang berlaku demi sebuah kemerdekaan? Di manakah semua itu? Nampaknya masyarakat sudah berada di dalam sebuah ’kenikmatan’ walaupun tanpa sebuah kemerdekaan.

Berbalik kepada sejarah bendera, tercatat secara resminya bahawa rekabentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu tersebut telah mendapat kelulusan King George Vl pada 19 Mei 1950. (King George VI atau nama penuhnya Albert Frederick Arthur George Windsor merupakan Raja yang memerintah United Kingdom of Great Britain pada waktu itu sehingga kematiannya pada tahun 1952). Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George Vl.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Sebelum itu, satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan bahawa rekabentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Malaysia pada 16 September, 1963. Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-40 di Dataran Merdeka, Dr. Mahathir Mohamad yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu telah memberi nama baru kepada Bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang.

Wahai kaum Muslimin! Itulah hakikat sejarah kewujudan dan perkembangan bendera Malaysia. Jika rakyat Malaysia ’dipaksa’ untuk berbangga dengan kemerdekaan yang dikecapi setiap kali menjelang kemerdekaan, lain halnya dengan bendera di mana rakyat dituntut untuk berbangga dengannya pada setiap masa. Saudaraku, pandanglah dengan pandangan Allah, berfikirlah dengan hati yang bersih, jauh dari segala kekotoran duniawi, adakah kalian berbangga dengan bendera Malaysia yang ’diluluskan’ pemakaiannya oleh British? Tidakkah kalian nampak bahawa negara British yang kafir itu tidak akan melepaskan kalian sedikit pun dari genggaman mereka? Mereka menentukan segala-galanya untuk kita dari cara berpakaian, bertingkah laku, bergaul, bermuamalat, penerapan undang-undang, sistem dan sebagainya. Sehingga persoalan bendera yang sebenarnya merupakan salah satu syi’ar Islam pun ditentukan oleh mereka. Di lihat dari aspek manapun, benarlah firman Allah tentang mereka,

”Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalah kamu mengikuti milah mereka” .


Bendera Dan Panji-Panji Negara Islam Sejak berkurun lamanya dan sehingga sekarang, setiap negara di dunia akan mempunyai bendera negara masing-masing, sebesar atau sekecil mana sekalipun negara tersebut. Tidakkah ini akan membuatkan kita terfikir atau tertanya-tanya – adakah Negara Islam pertama di dunia yang telah ditegakkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di Madinah mempunyai bendera? Jika ya, bagaimanakah spesifikasi bendera tersebut dan apakah hukum pengambilannya? Jika di zaman Khilafah dulu, anak-anak kaum Muslimin dibesarkan tanpa perlu diajar bahawa bendera umat Islam adalah bendera Rasulullah, kerana itulah apa yang mereka lihat. Namun di zaman ini, anak-anak kita dibesarkan dengan diajar dan dipaksa menerima bahawa bendera kita adalah bendera yang telah ditentukan oleh penjajah, si kafir British. Jadi, tidak hairanlah jika kita atau anak-anak kita tidak mengenali bagaimanakah bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Itulah di antara kejayaan si kafir penjajah. Mereka berjaya membuatkan umat Islam lalai dan terus lupa akan wujudnya bendera Islam yang sebenarnya.

Negara Islam sememangnya mempunyai bendera (al-liwa’) dan juga panji (ar-rayah). Inilah apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam semasa tegaknya Daulah Islamiyyah pertama di Madinah al-Munawwarah. Secara bahasanya, bendera dan panji di dalam bahasa Arab disebut 'alam. Mengikut Kamus al-Muheet, dari akar kata rawiya, ar-rayah adalah al-'alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai rayaat. Juga disebutkan dari akar kata lawiya bahawa al-liwa' adalah al-'alam, yang jama’nya (plural) disebut sebagai alwiyah. Secara syar’i, syara’ telah menjelaskan bahawa perkataan-perkataan di atas mempunyai maksud dan ciri-ciri yang tertentu iaitu:-

(1) Bendera (Liwa'): adalah berwarna putih dan tertera di atasnya kalimah ‘lah ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna hitam. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang mengatakan, "Bahawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam berwarna hitam, sedangkan panji beliau warnanya putih." Riwayat Ibnu Abbas yang lain menurut Abi Syeikh dengan lafadz, "Bahawa pada bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. tertulis kalimat ‘lah ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’.

Semasa perang (jihad), bendera ini akan dipegang oleh amir (panglima/ketua) perang. Ia akan dibawa dan menjadi tanda serta diletakkan di lokasi amir tadi. Dalil yang menunjukkan perkara ini adalah perbuatan (af’al) Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri, di mana baginda (sebagai amir), semasa pembukaan kota Makkah telah membawa dan mengibarkan bendera putih bersamanya. Dari Jabir, "Bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam memasuki Makkah dengan membawa bendera (liwa') berwarna putih." . An-Nasa'i juga meriwayatkan Hadis melalui Anas bahawa semasa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat Usama ibn Zaid sebagai amir (panglima) pasukan ke Rom, baginda menyerahkan bendera (liwa’) kepada Usama ibn Zaid dengan mengikatnya sendiri.

2) Panji (Rayah) adalah berwarna hitam, yang tertulis di atasnya kalimah ‘lah ilaha illallah, Muhammad Rasulullah’ dengan warna putih. Hadis riwayat Ibnu Abbas di atas menjelaskan hal ini kepada kita. Semasa jihad, ia dibawa oleh ketua setiap unit (sama ada Division, Batalion, Detachment ataupun lain-lain unit). Dalilnya adalah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, semasa menjadi panglima perang di Khaibar, bersabda, "Aku benar-benar akan memberikan panji (rayah) ini kepada orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya, serta dicintai oleh Allah dan Rasul-Nya, lalu Rasulullah memberikan panji itu kepada Ali." . Saidina Ali karramallahu wajhah pada masa itu boleh dikatakan bertindak sebagai ketua division ataupun regimen.

Diriwayatkan dari Harits Bin Hassan Al Bakri yang mengatakan, "Kami datang ke Madinah, saat itu dan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sedang berada di atas mimbar, sementara itu Bilal berdiri dekat dengan beliau dengan pedang di tangannya. Dan di hadapan Rasulullah terdapat banyak rayah (panji) hitam. Lalu aku bertanya: "Ini panji-panjii apa?" Mereka pun menjawab: "(panji-panji) Amru Bin Ash, yang baru tiba dari peperangan."

Dalam riwayat At-Tirmidzi, menggunakan lafadz, "Aku datang ke Madinah, lalu aku masuk ke masjid di mana masjid penuh sesak dengan orang ramai, dan di situ terdapat banyak panji hitam, sementara Bilal -ketika itu- tangannya sedang memegang pedang dekat Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu aku bertanya: "Ada apa dengan orang-orang itu?" Mereka menjawab: "Beliau Sallallahu ‘alaihi wa Sallam akan mengirim Amru Bin Ash ke suatu tempat."

Maksud ungkapan “terdapat banyak rayah (panji) hitam” menunjukkan bahawa terdapat banyak panji-panji yang dibawa oleh para tentera, walaupun amir (panglima perang)nya hanyalah seorang, iaitu Amru Bin Ash. Dalam riwayat An Nasa'i, dari Anas, "Bahawa Ibnu Ummi Maktum membawa panji hitam, dalam beberapa pertempuran bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam." Hadis-hadis di atas dan banyak lagi hadis-hadis lain menunjukkan kepada kita bahawa itulah ciri-ciri bendera dan panji Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Nas-nas tersebut juga menunjukkan bahawa hanya terdapat satu bendera (liwa’) di dalam satu pasukan, tetapi boleh terdapat banyak panji (rayah) di dalam setiap unit dalam pasukan yang sama, yang dipegang oleh ketua unit masing-masing.

Wahai kaum Muslimin! Itulah bentuk, corak dan warna bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hadis-hadis yang diriwayatkan menggambarkan dengan jelas akan bendera dan panji Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan tidak ada spesifikasi lain selain ini. Yang tertera padanya hanyalah satu kalimah yang Rasulullah diutus kerananya. Kalimah yang telah dibawa dan diperjuangkan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabat. Kalimah yang para pendahulu kita telah syahid kerana mempertahankannya. Dan kalimah inilah yang akan kita ucapkan di kala Izrail datang menjemput. Inilah kalimah tauhid yang menyatukan kita semua tanpa mengira bangsa, warna kulit, sempadan geografi dan sebagainya. Inilah kalimah yang akan menyelamatkan kita dari azab Allah di akhirat nanti. Inilah kalimah yang ada pada bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam.....kalimah ”lah ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH”!.

Bendera sebagai syi’ar Islam

Dulu kaum Muslimin hanya hidup untuk Allah dan mati untuk Allah. Mereka benar-benar memahami ayat-ayat Allah bahawa mereka dicipta hanya untuk beribadah kepadaNya. Oleh itu, mereka tidak ragu-ragu untuk menyerahkan nyawa mereka di jalan Allah. Mereka menyertai peperangan demi peperangan untuk menyebarkan risalah Allah dan rahmatNya. Mereka membuka negeri demi negeri untuk menyatukannya ke dalam Daulah Islam. Dalam setiap peperangan dan pembukaan negeri-negeri, mereka tidak pernah lalai dari membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Itulah bendera yang mereka warisi dari Nabi mereka dan mereka sanggup mati dengan bendera di tangan. Sebagaimana lagu dan irama, peperangan dan bendera merupakan suatu yang tak dapat dipisahkan.

Di antara peperangan yang begitu mengguris hati kita umat Islam ialah Perang Mu’tah yang berlaku pada bulan Jamadil Awal tahun ke-8 H. Di dalam perang ini, Rasulullah menghantar 3000 pahlawan elit Islam untuk bertempur dengan pasukan Rom. Baginda mengangkat Zaid bin Haritsah sebagai panglima perang dan bersabda, ”Jika Zaid gugur, maka saja’far bin Abi Thalib akan menggantikan tempatnya, jika saja’far gugur, maka Abdullah bin Rawahah akan menggantikan tempatnya.” Pasukan pun berangkat dengan disertai Khalid bin Al-Walid yang baru memeluk Islam setelah Perjanjian Hudaibiyyah. Di dalam perjalanan, mereka telah mendapat maklumat bahawa Malik bin Zafilah telah mengumpulkan 100,000 tentera sementara Heraklius sendiri datang dengan 100,000 tentera. Berita ini menyebabkan pasukan Islam berbeza pendapat sama ada harus terus berperang atau mengirim utusan untuk meminta bantuan tambahan dari Rasulullah.

Namun Abdullah bin Rawahah terus maju ke hadapan kaum Muslimin dan berkata dengan lantang dan berani, ”Wahai sekelompok kaum! Demi Allah! Sesungguhnya apa yang kalian benci justeru itulah yang kalian cari, iaitu syahid! Kita keluar memerangi musuh bukan kerana jumlah atau kekuatan atau berdasarkan bilangan, tetapi kita memerangi mereka demi Deenul Islam, yang Allah telah memuliakan kita dengannya. Oleh itu berangkatlah! Sesungguhnya di tengah kita ada dua kebaikan; menang atau syahid.” Kata-kata ini telah membakar semangat mereka, lalu mereka pun berangkat dengan penuh keimanan untuk menggempur musuh semata-mata kerana Allah. Maka terjadilah peperangan di tempat yang bernama Mu’tah, di mana di tempat inilah Allah telah membeli beberapa jiwa kaum Muslimin untuk dibayar dengan syurgaNya.

Sejumlah 3,000 pasukan Islam berjuang habis-habisan melawan 200,000 tentera musuh. Satu nisbah yang tidak masuk aqal jika difikirkan secara logik. Tetapi itulah hakikat umat Islam, umat yang dimuliakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dan dibantu olehNya pada setiap peperangan. Umat yang hidup di dunia ini hanya untuk Allah. Zaid bin Haritsah yang merupakan panglima perang terus maju menggempur pasukan musuh dengan membawa bendera Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam di tangan. Akhirnya sebatang tombak menembusi tubuhnya dan beliau terus gugur. Bendera segera diambil oleh saja’far bin Abi Thalib, seorang pemuda yang baru berusia 33 tahun. Ketika musuh telah mengepung kudanya dan mencederakan tubuhnya, saja’far justeru turun dan terus menuju ke tengah-tengah musuh menghayunkan pedangnya. Tiba-tiba seorang tentera Rom datang dan berhasil memukulnya dari arah tepi. Pukulan itu menyebabkan tubuh saja’far terbelah dua dan beliau terus syahid menemui Tuhannya. Bendera lalu disambar oleh Abdullah bin Rawahah dan terus dibawa dengan menunggang kuda menuju ke tengah musuh. Beliau juga turut syahid menyusuri kedua-dua sahabatnya. Bendera lalu diambil oleh Tsabit bin Arqam seraya menjerit, ”Wahai kaum Muslimin! Berkumpullah disekeliling seseorang.” Lalu kaum Muslimin pun berkumpul mengelilingi Khalid bin Al-Walid dan bendera Nabi terus diserahkan kepada Khalid yang kemudian terus mengetuai pasukan.

Wahai kaum Muslimin! Begitulah secebis kisah perjuangan golongan awal yang merupakan generasi terbaik umat Islam dengan membawa bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bendera yang menjadi rebutan para sahabat untuk memegangnya di setiap peperangan. Bendera yang menyaksikan berapa ramai sahabat telah syahid demi mempertahankannya. Bendera yang dipegang erat oleh para sahabat agar ia tidak jatuh mencecah bumi. Bendera yang benar-benar dipertahankan oleh para pemimpin dan pejuang dari kaum Muslimin yang mulia sebagai syi’ar Islam. Bendera yang bagi setiap orang yang mengucap syahadah, ia sanggup mati kerananya di dalam setiap perjuangan, semata-mata kerana Allah. Inilah bendera kalian wahai saudaraku. Inilah bendera kita, umat Muhammad yang dimuliakan!

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Marilah kita kembali mengibarkan bendera kita, bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam, bendera yang dicipta atas perintah Allah, bukannya ciptaan aqal manusia, apatah lagi dicipta hanya melalui satu pertandingan. Inilah bendera yang selayaknya bagi umat Islam. Kita adalah umat Rasulullah, maka tunjukkanlah rasa kasih dan sayang kita kepada Rasul kita dengan kembali mengibarkan bendera Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bayangkan wahai kaum Muslimin, jika Rasulullah ada bersama kita, sanggupkah kalian berada di belakang Rasulullah dan mengibarkan bendera selain dari bendera Rasulullah? Walhal dengan bendera inilah Rasulullah telah menyatukan seluruh umat manusia yang mengucap kalimah yang tertera padanya. Kibaran bendera inilah yang telah membawa risalah Allah ke seluruh pelusuk dunia. Dengan melihat bendera inilah jantung musuh-musuh Islam berdegup kencang menanti saat kehancuran mereka. Bendera ini telah dibawa dan dijulang oleh para pejuang Islam di kala mengembangkan agama Allah. Inilah satu-satunya bendera kita, bendera Rasulullah, bendera Islam, bendera Negara Islam, bendera Daulah Islam!! Kita telah melihat bendera ini dikibarkan oleh kaum Muslimin di seluruh dunia seiring dengan perjuangan untuk mengembalikan kehidupan Islam dengan jalan menegakkan semula Daulah Khilafah.

Kita juga melihat bendera ini berkibar di Malaysia oleh para pejuang Islam yang berusaha ke arah yang sama. Semoga kita akan dapat melihat bendera ini dikibarkan oleh para pemimpin kaum Muslimin di seluruh dunia termasuk Malaysia walaupun sebelum berdirinya Khilafah. InsyaAllah, setelah Khilafah berjaya ditegakkan, kita akan melihat bendera ini sekali lagi dikibarkan dengan penuh bangga dan kesyukuran. Air mata terharu dan kegembiraan akan menitis pada hari itu, hari di mana sistem Allah telah kembali ke muka bumi. Bendera ciptaan Allah ini akan kembali meliuk-meliuk ditiup angin di udara dan akan berkibar dengan megahnya. Inilah hari kemenangan Islam, hari yang Allah menurunkan pertolonganNya ke atas kaum Muslimin yang bersungguh-sunguh berjuang demi menegakkan agamaNya. Inilah hari yang kita berusaha siang dan malam untuk menggapainya dan kita benar-benar menanti akan kedatangannya. Inilah hari Daulah Khilafah ’ala minhaj nubuwah yang kedua kalinya, kembali muncul menerajui dunia untuk membawa rahmat Allah ke seluruh alam. Maha Suci Allah yang akan mengembalikan hari tersebut kepada kita semua. Amin ya Rabbal alamin.



SEMOGA BERMANFAAT....


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 06-06-08 13:04


alhamdulillah... post macam ni kan.. best..
tak payah maki hamun...
i learned something....



Bookmark and Share

    


  Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-06-08 13:20


salam..
terima kasih pemburupokok....untuk hal ini anda telah berjasa...sekurang-kurangnya kepada saya.....jadi betul lah tulisan saya kepada mudatsir ??Alhamdulillah

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida

Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....

egypt   avatar


posticon Posting pada: 06-06-08 18:55


salam ukhwah.. salam kunjungan..
erm.. ana ada semangat inkuiri untuk tahu..
ma makna HT.. apa motif.. teori..ideologi..etc..

suka nak maklumkan.. ana pun keep macam-macam
gambar..ada hitam.putih.hijau dan pelbagai lagi..
memang kuat jemaah ni.. di indonesia..
erm.. tapi.. tak ketahuan apekah misi disebaliknye..
only ALLAH knows better.. :berfikir:

ni sikit saja.. gambar lain.. dalam komp.di rumah..erm..






tapi.. ana nak sampaikan pesanan..
jom kita fikirkan.. apa yang boleh kita bantu pada
negara PAlestin..?
dari kita fikirkan perkara ghaib yang kita tak nampak..
dari memperkatakan pelbagai hal-hal lagi..
ayuh... kita sumbang dana.tenaga dan sebagainya untuk
bantu negara ISLAm ni...





wallahu'alam... ;-) :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
bAraKalLahu Lakum..


Bookmark and Share

    


  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-06-08 19:08


salam simple shida....

semangat inquiri itu tak salah...semangat inilah yang menjadikan eropah keluar dari zaman gelap menuju renaissance.....yang salah ialah yang buat tak reti dan buat tak kisah...jangan malu bertanya, sesat jalan...hamba juga seperti anda....banyak benor bertanya...

adapun Palestine...akan tetap dihati...perjuangan untuk saudara di sana adalah wajib bagi kita...... menurut kemampuan yang ada

sayangi simple shida....simple without pimple..hii..hii

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 06-06-08 19:59


Panji2 Hitam ini yang akan bergerak dari Timur dengan Kebangkitan Islam untuk meneruskan Syiar Islam yang dibawa oleh Rasul Salaallahualaihiwasalam....

WaAllahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

naruto-san
WARGA SETIA
Menyertai: 25.12.2004
Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill

PulauPinang  


posticon Posting pada: 07-06-08 03:16


sahabat2....jangan lupa boycott product2 yang menyokong israel laknatullah!!!

/

say NO to israel!!!

p/s: check diri masing-masing...adakah kita pakai handphone nokia???

8-)


-----------------
http://al-ahkam.net/home/index.php

http://www.alwahy.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For naruto-sanProfil   Hantar PM kepada naruto-san   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-06-08 04:24


Salam, perjuangan kita bukanlah untuk menegakkan negara Palestin yang merdeka. Juga bukan sekadar untuk mendapatkan wilayah 1967. Perjuangan kita adalah untuk mengembalikan hak-hak kaum Muslimin bukan saja di Palestin bahkan di mana-mana saja sudut di dunia ini.

Tindakan boikot, menghantar memorandum, mengadakan demonstrasi, dan sebagainya tidak salah, bahkan amatlah digalakkan. Bukan sekadar sedikit-sebanyak membantu, bahkan perbuatan tersebut menunjukkan solidariti kita dengan umat Islam yang tertindas di sana.

Sungguhpun demikian perbuatan-perbuatan tersebut tidak akan menamatkan kemelut yang melanda umat Islam di Palestin selagimana rejim Israel masih lagi wujud mencengkam bumi Syam iaitu bumi para Anbiya'. Di sinilah letaknya peranan yang harus dimainkan oleh seluruh kaum Muslimin, khususnya mereka yang memegang kekuasaan.

Rejim apartheid Zionis wajar dilenyapkan daripada muka bumi ini!

Hari ini kita semua, khususnya umat Islam di Palestin telah dikhianati oleh pemimpin-pemimpin kita, terutamanya pemimpin-pemimpin Arab yang bersikap bermuka-muka apabila berhadapan dengan isu ini. Di hadapan rakyat mereka, mereka bersungguh-sungguh menyatakan sokongan dan dokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin. Namun, dalam masa yang sama, mereka 'berjabat mesra' dengan pemimpin Zionis dan juga back-up mereka iaitu Amerika.

Sudah tiba masanya untuk kita kembali bersatu di bawah satu pemerintahan, iaitu khilafah. Dengan wujudnya khilafah yang dipimpin oleh pemimpin yang benar-benar ikhlas, kita akan mengenakan tekanan demi tekanan terhadap Israel. Sekiranya Israel masih berdegil, maka khilafah akan menggerakkan seluruh upaya tentera Muslimin bagi membebaskan Palestin daripada cengkaman penjajah Zionis ini.

Justeru, apakah peranan yang wajar kita mainkan selaku individu Muslim?

1. Melengkapkan diri kita dengan tsaqafah Islam dan juga berusaha membentuk syakhsiyah Islam dalam diri kita.

2. Bergerak secara tersusun dalam menjalankan aktiviti-aktiviti politik ke arah penyatuan negara-negara kaum Muslimin dan penegakan semula khilafah yang memayungi seluruh dunia Islam. Antara aktiviti-aktiviti politik yang boleh dilaksanakan ialah:

a. Membina masyarakat dengan Islam (Aqidah dan Syariah).
b. Pergolakan pemikiran : Kritik dan penentangan terhadap idea-idea kufur.
c. Membongkar rencana jahat negara kafir penjajah.
d. Mengkritik dan mengoreksi penguasa yang tidak menerapkan Islam.
e. Menjadi 'pressure group' ke arah pelaksanaan syariat serta penyatuan umat yang hakiki.

3. Tidak berkompromi dalam hal-hal yang tidak sepatutnya dikompromikan. Apatah lagi sekiranya kompromi tersebut akan meletakkan Islam di tempat yang hina dan kaum Muslimin di pihak yang gagal dan tunduk kepada waqi'.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-06-08 04:31


!!! QUOTE !!!

Panji2 Hitam ini yang akan bergerak dari Timur dengan Kebangkitan Islam untuk meneruskan Syiar Islam yang dibawa oleh Rasul Salaallahualaihiwasalam....


Kita bukan sekadar melihat kenyataan ini sebagai prophecy semata-mata. Bahkan kita harus berusaha untuk menjadi sebahagian daripada umat yang merealisasikannya. Perkara sebegini tidak akan datang bergolek.

Khilafah bukanlah sesuatu yang optional untuk diterapkan, bahkan ia merupakan tuntutan syarak yang wajib dipenuhi. Rasanya tak perlu saya nak hadirkan satu persatu di sini, kerana telah dibincangkan sebelum ini. Dan saya percaya kita semua sedia maklum akan kewajipan tersebut.

Namun dalam mencapainya, maka kita perlulah menurut method yang ditunjukkan oleh baginda saw dan para sahabat. Tindakan merusuh dan pembunuhan adalah dilarang, sepertimana Rasulullah melarang para sahabat daripada menggunakan kekerasan untuk menegakkan darul Islam semasa fasa Makkah.

Demikian juga dengan jalan kompromi.

Wallahu'alam...

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-06-08 05:04


!!! QUOTE !!!

salam ukhwah.. salam kunjungan..
erm.. ana ada semangat inkuiri untuk tahu..
ma makna HT.. apa motif.. teori..ideologi..etc..


Salam ukhwah... Alhamdulillah, semoga semangat ingin tahu ini terus mekar dalam diri setiap umat Islam. Sewajarnya kita mempunyai sikap sebegini dan bukannya menerima bulat-bulat apa yang telah dipaksakan ke atas kita selama ini.

Insya Allah saya akan cuba menyampaikan penjelasan mengikut kemampuan diri.

Ma makna HT? HT ialah Hizbut Tahrir atau nama penuhnya Hizbut Tahrir Islamiy. Dalam bahasa Melayu-nya Parti Pembebasan Islam. Membebaskan manusia daripada belenggu kekufuran dan juga perhambaan sesama manusia.

Motif..? Untuk mengembangkan dakwah Islam. Dakwah Islam dalam keadaan tiada khilafah hendaklah mencakupi dua bahagian;

1. Dakwah mengajak memeluk Islam,
2. Dakwah untuk melanjutkan kehidupan Islam dengan berusaha mendirikan negara Islam yang menerapkan Islam dan seterusnya mengembangkan Islam ke seluruh dunia.

Dakwah mengajak memeluk Islam ini melibatkan Muslimin dan juga non-Muslim. Bagi Muslimin, seruan ini ditujukan untuk memperbaik aqidah, menguatkan hubungan dengan Allah, dan menjelaskan kepada masyarakat penyelesaian Islam bagi setiap permasalahan kehidupan mereka.

Kepada non-Muslim, seruan ini bertujuan untuk mengajak mereka menerima dan memeluk Islam. Pendekatan yang digunapakai ialah melalui pendekatan rasional ke arah mencapai akidah Islam. Antaranya dengan pembuktian kewujudan Pencipta, kebenaran al-Quran sebagai wahyu Allah, serta membuktikan kerasulan Nabi Muhammad saw. Setelah dibuktikan kesemua perkara tersebut, maka keimanan terhadap perkara-perkara ghaib diterapkan melalui dalil-dalil naqliy yang telah dibuktikan kebenarannya secara rasional.

Dakwah untuk melanjutkan kehidupan Islam pula dijalankan secara intelektual dan juga bersifat politik. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti yang telah saya nyatakan dalam posting sebelum ini. Uslub dan wasilahnya pula terpulang kepada kreativiti masing-masing selagi tidak bercanggahan dengan syarak. Antaranya melalui pertemuan perseorangan (fardiyah), penganjuran program-program umum (mass), penggunaan media seperti internet, edaran bercetak, dan juga melalui rapat umum serta demonstrasi aman (masirah).

Usaha-usaha sebegini berperanan bagi membentuk public opinion yang Islami, di mana masyarakat akhirnya akan menjadikan Islam sebagai qiyadah fikriyah. Daripada qiyadah fikriyah inilah dibangunkan seluruh bentuk pemikiran. Dan dari pemikiran-pemikiran inilah mengalir seluruh bentuk persepsi yang mempengaruhi pandangan hidup manusia.

Seterusnya, masyarakat yang telah disatukan pemikiran dan perasaan mereka terhadap Islam inilah yang akan mendokong ke arah pelaksanaan syariat Islam. Umatlah yang akan bangkit mendokong penegakan khilafah, dan bukannya dipaksakan oleh mana-mana pihak. Kalau umat belum bersedia, mana mungkin khilafah yang tertegak itu akan berfungsi dengan lancar. Bahkan tidak mustahil mereka akan bangkit menentang disebabkan kejahilan mereka.

Apa yang saya nampak, di sinilah kita boleh bekerjasama dalam memainkan peranan untuk menyiapkan umat Islam agar mereka dengan rela hatinya mendokong khilafah yang akan tertegak kelak, insya Allah.

Wallahu'alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-06-08 06:04


Mungkin ada yang pernah bangkitkan isu hubungan erat antara HT Indonesia dan Partai Keadilan Sejahtera lalu membuat andaian bahawa prinsip HT di sana berbeza dengan HT Malaysia. Menurut mereka, hati bersikap lebih terbuka kepada parti yang terlibat dalam demokrasi sedangkan HTM pula bersikap keras dan memusuhi PAS.

Saya ingin memperbetulkan tanggapan sedemikian dari dua sudut. Pertamanya, kerjasama erat hati-PKS membuktikan bahawa HT bukanlah memusuhi gerakan yang bergerak melalui demokrasi, sebaliknya hanya menentang idea demokrasi yang bercanggah dengan syariat Islam. Buktinya, walaupun menjalin hubungan sedemikian, hati tetap lantang dan tegas menolak demokrasi.

Keduanya, HT di Malaysia tidak pernah memusuhi PAS dan juga gerakan lain. Bahkan telah banyak usaha yang dilaksanakan antara dua pihak dalam menjalin kesepakatan dan kerjasama (Kita ahli biasa dan penyokong ni mungkin tak menyedarinya, namun usaha ke arah kerjasama dan persefahaman telah dan sedang berjalan. Percayalah...). Namun dalam masa yang sama, HT Malaysia tidak pula berkompromi terhadap demokrasi dan juga pemikiran-pemikiran kufur lain.

Jelas di sini bahawa di mana-mana sekalipun, prinsip dan tariqah HT tidak berubah. Yang berbeza hanyalah pendekatan sahaja; baik dari segi uslub mahupun wasilah. Di negara-negara yang menekan dan memenjarakan HT serta mereka yang terlibat dengannya, maka tiadalah dianjurkan seminar-seminar mahupun rapat umum. Namun di negara yang terbuka seperti di Indonesia misalnya, pendekatan sebegini dilaksanakan. Namun secara dasarnya perjuangan HT tetap sama di mana-mana pun.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-06-08 07:00


Ada pula sesetengah yang berpandangan bahawa HT ini hanya mementingkan politik, lalu mengetepikan aspek Islam yang lainnya. Tidak kurang pula yang menyatakan bahawa HT hanya memfokuskan agenda perubahan melalui pemikiran, sedangkan aspek akhlak dikesampingkan.

Mengapa pemikiran diberikan penekanan? Kerana pemikiranlah yang membentuk mafahim (persepsi) seseorang terhadap segala sesuatu. Dan daripada mafahim inilah manusia mengatur tingkah lakunya. Misalnya, mafahim seseorang terhadap orang yang dicintainya akan membentuk perilaku terhadap orang tersebut. Sebaliknya pula yang terjadi terhadap orang yang dibencinya, kerana seseorang itu memiliki mafahim kebencian terhadap orang tersebut. Perilaku kita juga akan berbeza terhadap orang yang tidak kita kenali, kerana kita langsung tidak memiliki mafhum terhadap orang tersebut.

Dengan demikian, apabila kita hendak mengubah tingkah laku manusia menjadi luhur, maka kita harus mengubah mafhumnya terlebih dahulu. Dalam mengubah persepsi seseorang, kita mestilah mengubah pemikirannya. Hal ini selari dengan firman Allah swt;

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka" Ar-ra'd ayat 11

Justeru, dalam mengubah persepsi manusia terhadap kehidupan dunia (sekaligus mengarahkan tingkah laku mereka supaya selari dengan tuntutan syarak) ialah dengan memberikan pemikiran menyeluruh, sempurna, dan cemerlang (fikrul mustanir) terhadap:

1. alam semesta, manusia, dan kehidupan;
2. Zat yang ada sebelum kehidupan dunia;
3. apa yang ada sesudah kehidupan dunia ini;
4. Keterkaitan kehidupan dunia dengan Zat yang ada sebelumnya;
5. Keterkaitan kehidupan dunia dengan apa yang ada sesudahnya.

Pemikiran sebegini merupakan landasan berfikir (qaidah fikriyah) yang melahirkan seluruh pemikiran cabang tentang kehidupan dunia, sekaligus membentuk mafahim yang benar terhadap kehidupan lalu melahirkan perilaku yang benar dan selari dengan tuntutan aqidah.

Proses pemikiran dan pemecahan perkara pokok (uqdatul qubra) inilah yang melahirkan aqidah Islam. Seterusnya pegangan terhadap akidah inilah yang akan memandu manusia dalam mematuhi segala perintah dan larangan Allah swt. Aqidah dan keimanan lah yang menjaid faktor pendorong manusia dalam setiap tindak tanduk mereka; agar mematuhi segala yang diredhai-Nya serta menjauhi segala yang boleh mendatangkan kemurkaan-Nya.

Adapun akhlak pula merupakan sesuatu yang terhasil dari perlaksanaan perintah-perintah Allah, yang dapat dibentuk dengan cara menyeru mayarakat kepada aqidah yang benar, dan juga melalui penerapan Islam secara sempurna. Misalnya, sifat jujur (yang merupakan sebahagian daripada sifat akhlak) boleh saja diamalkan dalam perkara ma'ruf, dan juga perbuatan mungkar. Ada orang yang jujur dalam berurus niaga yang sah, ada juga yang jujur dalam mengira percentage riba' di bank. Ada orang yang amanah dalam memimpin, ada juga yang amanah dalam menyimpan wang hasil rompakan. Ada orang yang bersopan-santun terhadap ibu bapanya, tidak kurang juga orang yang 'bersopan-santun' dengan musuh Allah yang tangannya dibasahi darah kaum Muslimin.

Justeru, menyeru kepada sifat-sifat akhlak semata-mata tanpa mengarahkannya supaya selari menurut tuntutan syarak adalah tidak tepat. Bahkan ia akan menyebabkan misleading.

Sebab itulah bila kami menyeru supaya syariat Islam ditegakkan, kami seringkali mengaitkannya dengan aspek keimanan dan aqidah. Kami menjelaskan bahawa dorongan seseorang itu dalam mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya itu lahir daripada hakikat ketaqwaannya kepada Allah swt. Inilah yang sewajarnya dilakukan oleh setiap daie.

Sekiranya syariat Islam dipaksakan ke atas umat tanpa adanya dasar sebegini (i.e. dengan mengaitkannya dengan taqwallah), tak mustahil mereka akan mempersoalkan serta bangkit menentangnya - atas kejahilan mereka sendiri.

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 07-06-08 07:14


:) perbincangan dan penerangan sebegini yang lebih baik daripada sibuk bertelagah..
at least, tarikan untuk membaca dan memahami akan lebih teratur..
terima atau tidak terima, itu jadi bab lain..kena tanya diri-sendiri..

Hal ehwal HT, telah menjadi bahan kajian sejak di alam universiti..
waktu tu, memang perbahasan dan pertelingkahan dah berlaku..
oleh sebab perbuatan taksub oleh pro-HT menyebabkan saya "melarikan" diri untuk mencampuri secara langsung berkenaan HT.. anyway, itu adalah isu lama..

kita bergeraklah atas kapasiti yang kita rasa terbaik buat kita.. Yang pasti sebelum kiamat menjelang, daulah islam akan kembali tertegak!

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

ghazi
WARGA SETIA
Menyertai: 25.08.2007
Ahli No: 30809
Posting: 1549
Dari: Klang

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-06-08 07:37


Memang tidak saya nafikan terdapat sesetengah pihak yang taksub dalam menyampaikan pendirian masing-masing. (Sekadar menyatakan secara umum tanpa menujukan kepada sesiapa secara spesifik). Inilah kelemahan yang wajar diperbaiki. Mudah-mudahan sebarang muzakarah (bukan mujadalah ye...) dilaksanakan dalam keadaan yang lebih harmoni serta tersusun...

Tegurlah apa yang patut ditegur...

Wallahu'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ghaziProfil   Hantar PM kepada ghazi   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-06-08 08:38


salam

tahniah bagi yang sentiasa berusaha menyuburkan persaudaraan,dan menghormati keperbezaan....

Kucari Al-Ghazali...
Bukannya pak lah maupun khairi..

Ku cari persaudaraan Islam yang hakiki
Bukannya pas ataupun HT..

Kucari budi bahasa dan akhlak Islam yang tinggi..
Bukannya maki hamun dan cacian yang beremosi..

kucari segalanya yang mententeramkan hati....

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 19:06


!!! QUOTE !!!

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA...
BENDERA PUTIH TULISAN HITAM (AL-LIWA) DAN
BENDERA HITAM TULISAN PUTIH (AR-ROYYA)
ADALAH BENDERA DAN PANJI RASULULLAH S.A.W.





Alhamdulillah, terima kasih di atas penjelasan tersebut.
Hmm. Aku sedar aku tak pandai.. :-( Jahil... muhuhuhuhuhuh.. :cry:

Sebenarnya aku keliru dengan HT.. macam mirip wahabi.
Sebab di kampung aku sendiri dah menular fahaman ni.. cuma tak dikibarkan bendera sahaja.

Sunnah wal jamaah jua yang diredhaiNYA..
Kepimpinan berteras ulama bertunjang Al-Quran dan Al-Hadis.



Reply topik ini ditujukan khusus untuk PemburuPokok..
Provokasi users selain Pemburu tidak akan dilayan.


Jazakallah.



HambaNYA yang jahil,
-- Muddathsir


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 19:20


Pada 10-06-08 19:06 , Muddathsir787 posting:

!!! QUOTE !!!

!!! QUOTE !!!

UNTUK PENGETAHUAN SEMUA...
BENDERA PUTIH TULISAN HITAM (AL-LIWA) DAN
BENDERA HITAM TULISAN PUTIH (AR-ROYYA)
ADALAH BENDERA DAN PANJI RASULULLAH S.A.W.





Alhamdulillah, terima kasih di atas penjelasan tersebut.
Hmm. Aku sedar aku tak pandai.. :-( Jahil... muhuhuhuhuhuh.. :cry:


Sunnah wal jamaah jua yang diredhaiNYA..
Kepimpinan berteras ulama bertunjang Al-Quran dan Al-Hadis.

Reply topik ini ditujukan khusus untuk PemburuPokok..
Provokasi users selain Pemburu tidak akan dilayan.


Jazakallah.

HambaNYA yang jahil,
-- Muddathsir



salam ...
kesiannya selalu diprovok ke ?
kekadang itu yang membuat hidup kita terasa pahit dan menderita...
tak pa...senyumlah...bukankah itu universiti yang mendidik anda...pasti anda akan dewasa dengannya.

ini bukan provokasi dari saya ye....
bagus dapat mengaku kesilapan, saya juga akan mengambil langkah yang sama kerana itulah yang akan meningkatkan jiwa dan menjadikan hati kita bahagia..InsyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-06-08 19:44


Pada 06-06-08 09:33 , pemburupokok posting:

!!! QUOTE !!!



SEMOGA BERMANFAAT....



wah, terharunya bila pemburupokok berbahasa sopan dan lembut, terharunya :cry: :cry: :cry:


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-07-08 00:31


Pada 06-06-08 18:55 , simpLe_sHida posting:

!!! QUOTE !!!

salam ukhwah.. salam kunjungan..
erm.. ana ada semangat inkuiri untuk tahu..
ma makna HT.. apa motif.. teori..ideologi..etc..


Nampaknya semua dah jelas pasal isu bendera Rasulullah ini ya...
bendera Rasulullah ini milik semua umat islam...


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-07-08 08:22


liwa dan rayah ini menjadi panji2 bagi mujahidin sedunia...dari pergunungan caucasia sampai lah ke kepulauan mindanao.kerana setiap jemaah berharap menjadi seperti apa yang telah dimaphumkan nabi bahawasanya akan keluar panji2 hitam dari arah timur.maka setiap jemaah berharap merekalah menjadi pengibar panji2 hitam itu sepertimana berebutnya sahabat2 dan umat islam untuk membuka konstantinople kerana berharap menjadi 'tentera yang terbaik dmuka bumi seperti mana yang telah disabdakan nabi bahawasanya konstantinople akan dibuka oleh sebaik-baik tentera yang dipimpin oleh sebaik-baik panglima...sebabtuh sampai sahabat nabi berebut2 untuk ke sana dan ada kubur sahabat di dalam kota konstantine

Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-07-08 09:05


ini sebahagian gambor2 mujahidin dari seluruh dunia..liwa dan rayah yang menjadi panji2 mereka...

uucp://imgs1.kavkazcenter.com/photo/trophy_ingush/pic2.jpg

uucp://imgs1.kavkazcenter.com/photo/medjlis/pic8.jpg

insignia bahu dan topi tertera panji2 hitamuucp://imgs1.kavkazcenter.com/photo/amir_khattab/pic34.jpg
as-syahid ibnu khattab (panglima perang islam)


-----------------
abu muadz


Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

pejuang_terakhir
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2007
Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 01-07-08 09:34


uucp://rds.yahoo.com/_ylt=A0S0205ihGlIB3EARvOjzbkF/SIG=12tv5mq18/EXP=1214961122/**http%
bendera pejuang taliban
uucp://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/8/8b/Flag_of_al-Qaeda.svg/780px-Flag_of_al-
bendera al-qaeda iraq


-----------------
abu muadz


Bookmark and Share

    


  Member Information For pejuang_terakhirProfil   Hantar PM kepada pejuang_terakhir   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 01-07-08 13:28


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, semakin ramai memahami syiar Islam ini, arrayah dan alliwa'.
Sebenarnya, ramai ulama' dan ilmuwan yang memahami hal ini, tetapi ramai juga yang merasakan ia tidak sesuai untuk dikibarkan. Saya juga dulu, begitu juga Hizbut Tahrir pernah dikaitkan dengan aktiviti ketenteraan semata-mata kerana bendera yang sama dengan bendera gerakan2 jihad.

Sepatutnya bendera kitasemua sama. Inilah panji dan bendera Negara Islam dari af'al Rasul tercinta. Bukan bendera yang dicipta dengan akal dan imaginasi manusia seperti Jalur Gemilang (mirip bendera US pula tu).

Jom semua kita tak kira dari apa jemaah Islam kibarkan bendera Rasulullah ini. Jadi tak ada lagi orang kata bendera HT, taliban atau alqaeda... HAKIKATNYA IA ADALAH BENDERA KITA, BENDERA UMAT ISLAM.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-07-08 15:24


apa lagi.... kalau dah tahu faktanya...

sudah tiba masanya untuk kita umat islam mengibarkan
Al-Liwa' (Bendera) dan Ar-Roya (Panji) Rasulullah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-07-08 18:21


Al-liwa' dan Ar-Roya milik semua umat Islam...

IA BENDERA KITA...BENDERA UMAT ISLAM....

lepas ni saya tak ragu-ragu lagi nak promote kat sesiapa...

Sebelum ni saya pun ingat Hizbut Tahrir yang punya....nasib baik kawan saya tu cerita....

Ada pemburu harimau pulak ke ??...hissh semua nak jadi pemburu eehh...macam-macam lah U all ni..

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-07-08 16:39


jangan biarkan anggota Al-Qaeda, Hizbullah, Taliban, Mujahiddin,
Hizbut-Tahrir sahaja yang mengibarkan Al-Liwa dan Ar-Roya...

KITA UMAT ISLAM PATUT MENGIBARKANNYA JUGA....
dengan mengibarkan Al-Liwa dan Ar-Roya...
musuh-musuh ALLAH menjadi takut...
pemimpin sekular dan kapitalis menjadi kecut perut
menunggu saat kehancuran mereka....

melihat penyatuan umat islam dibawah satu kalimah...
"LAAILAHAILLALLAH... MUHAMMADURRASULULLAH"

fd

fd

fd

Pemuda-pemuda yang mengibarkan Ar-Roya sedang
berjuang memuhasabah kerajaan supaya kembali kepada
kehidupan islam...


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-07-08 11:34


Lagi gambar muslimin dan muslimat yang mengibarkan
Al-Liwa (Bendera Putih) dan Ar-Roya (Panji Hitam)...

LAMBANG PENYATUAN UMAT ISLAM DIBAWAH SATU KALIMAH...

fd

fd

fd

fd


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.131753 saat. Lajunya....