Oleh |
SERVER UKHWAH.COM kini di Netmyne Cyberjaya |
Administrator


|
Posting pada: 30-05-08 12:12
Pindah lagi!... Dari Jaring di TPM berpindah ke Netmyne di Cyberjaya. Bermula dari Myonehost di Menara Merais, yang terletak di tepi bulatan Rothman, seksyen 14, Petaling Jaya pada tahun 2003, berpindah-randah dan menyusahkan shayuki (Pengarah IT). Dari zaman shayuki masih belajar dan bujang hinggalah kini shayuki sudah berumahtangga dan bekerja, tanpa jemu beliau sentiasa 'manage' server ukhwah.com. Belum lagi ditambah kemurahan hati beliau menaja 'server co-location' bernmilai RM350 setiap bulan. Pindah server:  Di rumah shayuki, di Bukit Al-Hambra, Pinggir Taman Tun Dr Ismail. Sedang setup beberapa server termasuk 'dedicated server' untuk zerotohundred.com, yang mana kini mencecah 800 ahli online dalam satu-satu masa.  Bangunan Netmyne di Cyberjaya. Ia di sebelah belakang. Myloca, satu lagi data center milik TM terletak di sebelah depan. TM mempunyai banyak data center termasuk di Brickfield, Kelana Jaya, Taman Tun dan khabarnya yang paling mahal ialah di Plaza VADS di Taman Tun Dr. Ismail. Khabarnya server co-location di VADS sampai mencecah RM100,000 sebulan. Pelanggannya bank, syarikat penerbangan dan seumpamanya. Sampai di Netmyne pukul 1 pagi.  Netmyne Data Center  Shayuki sedang mencucuk kabel network membolehkan Ukhwah.com, Hanan.com.my diakses dari seluruh dunia  Shayuki sedang melakukan ping IP baru dan testing. Selesailah kerja pemindahan server Ukhwah.com. Selesai lingkungan 2 pagi.
Quote
|
nuhan
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2004 Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi
|
Posting pada: 30-05-08 12:17
salam..fuhhh..terima kasih pada Pengarah IT kerana telah bersusah payah..hanya Allah saja yang dapat balas...thanks again
|
Laskar_Allah
WARGA SETIA Menyertai: 15.05.2008 Ahli No: 33470
Posting: 928
Dari: Medan Operasi Asia Pasifik
|
Posting pada: 30-05-08 14:29
Syukran Jazilan kepada semua pakar-pakar IT ukhwah.com pimpinan saudara Shayuki Pengorbanan & kehebatan ilmu yang yang dikurniakan Allah s.w.t kepada tuan hamba sekalian amat bernilai kepada umat. ISLAM BOLEH!  ----------------- WAMAKARU WAMAKARULLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIIN!
|
aye
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2006 Ahli No: 23921
Posting: 2914
Dari: semerak
|
Posting pada: 30-05-08 14:55
Hanya Allah jua dapat membalas jasa mu... cayuk-cayuk..... Arruhul jadid fi jasadil ummah ----------------- "Cerahkan Mata Anda" http://buku2008.wordpress.com
|
owl_UM
WARGA SETIA Menyertai: 23.04.2007 Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 30-05-08 17:53
Terima kasih saudara shayuki... Terima kasih banyak-banyak... Semoga Allah membalas kemurahan hati saudara... Manage, maintain dan hosting server ukhwah.com... Terima kasih... Teringin berjumpa orangnya...
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 30-05-08 20:05
 .. Terima kasih shayuki bersusah payah untuk Ukhwah.com. Moga Allah SWT membalas kemurahan hati Shayuki. Moga dimurahkan rezeki dan sukses sentiasa. Tak lupa juga terima kasih untuk insan yang mengambil gambar proses pemindahan ini.....  ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 30-05-08 20:06
Alhamdulillah.... Syukron jiddan buat akhi shayuki... Erm..teringin nak configure server by myself....  Ni asyik dok develop web application, system and local networki saja..huhu... -----------------  cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku
|
Along_Safa
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 15.05.2003 Ahli No: 180
Posting: 348
Dari: tilamhotel.com
|
Posting pada: 30-05-08 20:29
Tahniah dan syabas buat shayuki dan orang yang mengambil gambar. Jasa yang sangat besar dan ramai yang tidak mengetahui. Ramai ahli disini yang hanya tahu taip untuk mereply topik. Tetapi tidak tahupun perihal server, hosting dan yang lain-lain. Berdoalah agar 'orang kuat' ini sentiasa dipelihara Allah dan dikurnia kesihatan yang baik untuk terus bersama berkasih sayang di dalam ukhwah.com. Dalam pada masa yang sama, ahli ukhwah yang mempunyai kemahiran yang tinggi berkaitan dunia internet dan IT bolehlah belajar2 dan merisik pada sudut teknikal ukhwah.com. Sebagai persiapan untuk generasi pewaris ukhwah.com. Sekali lagi: Syabas! -----------------
|
dueramiela
WARGA SETIA Menyertai: 21.01.2007 Ahli No: 28283
Posting: 732
Dari: DaRuL eHsaN
|
Posting pada: 31-05-08 01:51
jika sebelum ni saya blur2 sotong bila bercakap pasal server, sekarang ni saya baru nampak proses perubahan nya... hanya Allah yang mampu membalasnya.... Allahuakbar!!!
|
sitishairah
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak
|
Posting pada: 31-05-08 02:00
 wr wbt Terima kasih banyak-banyak kepada en shayuki dan mereka-mereka yang terlibat.. Semoga dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah sentiasa... Wassalam
|
RuMaishaaa
 Menyertai: 22.05.2003 Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL
|
Posting pada: 31-05-08 07:39
Alhamdulillah.. terima kasih khusus kepada sdr.SHAYUKi dan mana-mana yang terlibat bersamanya.. Dengan izin ALLAH jua, warga ukhwah bergantung banyak kepada kelebihan shayuki.. Semoga nilai ganjarannya setimpal dengan jasanya,,
|
Hanan
 Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 31-05-08 11:35
Pada 30-05-08 20:29 , Along_Safa posting:!!! QUOTE !!! Tahniah dan syabas buat shayuki dan orang yang mengambil gambar. Jasa yang sangat besar dan ramai yang tidak mengetahui.
Ramai ahli disini yang hanya tahu taip untuk mereply topik. Tetapi tidak tahupun perihal server, hosting dan yang lain-lain.
Berdoalah agar 'orang kuat' ini sentiasa dipelihara Allah dan dikurnia kesihatan yang baik untuk terus bersama berkasih sayang di dalam ukhwah.com.
Dalam pada masa yang sama, ahli ukhwah yang mempunyai kemahiran yang tinggi berkaitan dunia internet dan IT bolehlah belajar2 dan merisik pada sudut teknikal ukhwah.com. Sebagai persiapan untuk generasi pewaris ukhwah.com.
Sekali lagi: Syabas!
Begitu sukar untuk mencari pelapis yang sanggup berbakti dan berjasa di balik tabir begini..  ----------------- 
Hargai semasa ada....
|
kapten06
WARGA SETIA Menyertai: 04.01.2007 Ahli No: 28008
Posting: 1266
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 31-05-08 12:41
Pada 30-05-08 20:29 , Along_Safa posting:!!! QUOTE !!!
Ramai ahli disini yang hanya tahu taip untuk mereply topik. Tetapi tidak tahupun perihal server, hosting dan yang lain-lain.
saya lah org itu..huhuhu.. semoga kita memanafaatkan ukhwah.com dengan sebaiknya...dan memcapai matlamat penubuhan ukhwah.com. Terima kasih kepada semua terutamanya team IT dan seangkatan dengannya... p/s: baru perasan along_safa dah ada gambar... nak tabik spring kat along_safa....nanti boleh lah share dengan tips2 nak jadi penyiasat yang berjaya....  -----------------
|
mujahid007
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30830
Posting: 837
Dari: perak
|
Posting pada: 31-05-08 12:44
Pada 30-05-08 20:29 , Along_Safa posting:!!! QUOTE !!! Tahniah dan syabas buat shayuki dan orang yang mengambil gambar. Jasa yang sangat besar dan ramai yang tidak mengetahui.
Ramai ahli disini yang hanya tahu taip untuk mereply topik. Tetapi tidak tahupun perihal server, hosting dan yang lain-lain.
Berdoalah agar 'orang kuat' ini sentiasa dipelihara Allah dan dikurnia kesihatan yang baik untuk terus bersama berkasih sayang di dalam ukhwah.com.
Dalam pada masa yang sama, ahli ukhwah yang mempunyai kemahiran yang tinggi berkaitan dunia internet dan IT bolehlah belajar2 dan merisik pada sudut teknikal ukhwah.com. Sebagai persiapan untuk generasi pewaris ukhwah.com.
Sekali lagi: Syabas!
----------------- Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingi
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 01-06-08 01:05
Arigato! Thank you! Shukran! Terima Kasih! tor cher (asal bunyi betul...  )
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 01-06-08 16:14
Jazakumullahu khairon katsiro. Dan bagi anak-anak yang ada kemampuan bantulah Pengarah IT ni yang keluarkan wang sakunya sebanyak RM350 tu ya. Dan bagi warga ukhwah.com dan hanan.com.my pula berhati-hatilah dalam berforum agar tidak sia-sia pengorbanan setiap yang bekerja keras sehingga portal ini terus berada di alam maya. Wallahuta'ala a'lam bissawab
|
mohamad
 Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor
|
Posting pada: 02-06-08 00:35
 warahmatullah... owh...begitu rupanya proses.. hmm... syukran banyak-banyak pada yang memberikan bantuan tenaga , fikiran dan juga wang ringgit... mendapat sebaik-baik ganjaran setimpal untuk perkara yang dilakukan...
|
Administrator


|
Posting pada: 02-06-08 01:03
Pada 30-05-08 17:53 , owl_UM posting:!!! QUOTE !!! Terima kasih saudara shayuki... Terima kasih banyak-banyak... Semoga Allah membalas kemurahan hati saudara... Manage, maintain dan hosting server ukhwah.com... Terima kasih... Teringin berjumpa orangnya... Shayuki (atau nama betulnya: Fadhlulah Abd Rahman) datang ke JK Ulang tahun ke 5 di Putrajaya baru-baru ini, tetapi tidak kelihatan pun warga Ukhwah.com di perkarangan masjid. Jadi, terus balik ke Taman Tun. Hampa juga, katanya, tak dapat bertemu warga Ukhwah.com. Beliau singgah bersama isterinya, sekembalinya dari membeli server baru di Singapura sekaligus mengambil server dari pelanggan Singapura untuk co-location di Jaring.
Quote
|
nuhan
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.01.2004 Ahli No: 6399
Posting: 214
Dari: bangi
|
Posting pada: 02-06-08 12:12
huhuh..teringin sebenarnya nak belajar pasal network2 ni..setakat remote desktop saja tau..huuuu...anyway...terima kasih sekali lagi kepada mr shayuki..
|
sirat82
WARGA SETIA Menyertai: 17.04.2006 Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil
|
Posting pada: 08-06-08 01:57
Hmm... terasa bandwith ukhwah.com kat tempat baru ni macam kurang laju berbanding dulu
|
simpLe_sHida
 Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 10-06-08 18:16
salam alaik.. syukran jiddan.. yang tak terhingga..pada MT IT ni.. tak terbalas jasanya pada kita semua.. nadi Ukhwah.com kejap berdenyut.. kejap terhenti.. kalau denyutan nadi Ukhwah.com terhenti buat selamanya..?? huhuhu.. moga Ukhwah.com terus bernADi di alam cyber.. aminn... jom sama-sama kita ringankan bebanan... keep no akaun ni dalam hp.. dalam purse.. bila ke bank.. bolehlaa bank in rm lima minimumnya.. kalaulah... rm 5.. disedekahkan tiap ahli Ukhwah.com ringan beban pihak yang bertungkus-lumus selama ni.. insyaallah.. kita azam dan mulakan langkah... jika ingin nadi denyutan ukhwah.cOm terus bernyawa.. mohon sumbangan ikhlas antum...
maybank: hanan network 512316308046
cimb hanan alam faizi 03100005587522
bsn hanan alam faizi 1420029000168159 !!! QUOTE !!! Shayuki (atau nama betulnya: Fadhlulah Abd Rahman) datang ke JK Ulang tahun ke 5 di Putrajaya baru-baru ini, tetapi tidak kelihatan pun warga Ukhwah.com di perkarangan masjid. Jadi, terus balik ke Taman Tun. Hampa juga, katanya, tak dapat bertemu warga Ukhwah.com. lepas ni.. ambil no contact pelaksana yaa.. kami buat halaqoh di bawah.. bukan di dataran depan masjid tu.. hehe.. kalaulah team Ukhwah.com berada di dataran depan masjid tu.. .... maaf atas segala kesulitan.. insyaallah.. jumpa di next JK..  -----------------  ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum..
|
ibnu_musa
 Menyertai: 11.05.2005 Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya
|
Posting pada: 10-06-08 19:48
Pada 08-06-08 01:57 , sirat82 posting:!!! QUOTE !!! Hmm... terasa bandwith ukhwah.com kat tempat baru ni macam kurang laju berbanding dulu betul ke?  ----------------- |============================| | ()"*"() | ( 'o', ) |(,,)=(,,)=======================|
|
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 10-06-08 19:59
Pada 10-06-08 18:16 , simpLe_sHida posting:!!! QUOTE !!!
jom sama-sama kita ringankan bebanan... keep no akaun ni dalam hp.. dalam purse.. bila ke bank.. bolehlaa bank in rm lima minimumnya..
kalaulah... rm 5.. disedekahkan tiap ahli Ukhwah.com ringan beban pihak yang bertungkus-lumus selama ni..
insyaallah.. kita azam dan mulakan langkah...
jika ingin nadi denyutan ukhwah.cOm terus bernyawa.. mohon sumbangan ikhlas antum...
maybank: hanan network 512316308046
cimb hanan alam faizi 03100005587522
bsn hanan alam faizi 1420029000168159
InsyaALLAH kami akan membantu selagi termampu...
|