Oleh |
Cerita Ulama dan Pramugari |
hafeezzul
 Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 25-05-08 15:35
Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya. Peramugari: (dengan suara dikeraskan.. ) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki.. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki. Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari? Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari. Ulamak: (dengan sifat bersahaja... .) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari..... ----------------- Yang Mencari Keredhaan ALLAH
|
Nuranys
WARGA SETIA Menyertai: 28.09.2006 Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah
|
Posting pada: 27-05-08 13:11
em2...jadi kesimpulannya....???  -----------------
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3086
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 27-05-08 13:21
salam...boleh buat modal ini...ada kebenaran...dan banyak nasihat dapat dilihat dalam cerita ni....
|
sayyidah_nafisah
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.06.2004 Ahli No: 9433
Posting: 90
|
Posting pada: 28-05-08 12:05
hehe... sangat berhikmah jwpan ulama 2 tepat pada sasarannya...
|
emirmizan
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.01.2006 Ahli No: 22006
Posting: 91
Dari: seremban
|
Posting pada: 28-05-08 12:07
huhu.. betul tu.... banyak hikmahnya... jawapan ringkas, tapi padat.. penuh terjahan pada hati.. huhu
|
mas_ayu
WARGA SETIA Menyertai: 30.01.2007 Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:
|
Posting pada: 28-05-08 12:43
jawapan ringkas tapi sangat bermakna....tepat pada sasaran...
|
ummimq
 Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 28-05-08 12:51
ulama bermakna orang yang berilmu. Sebab itulah kita semua kena rajin cari ilmu terutama ilmu yang menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat. 4 bintang untuk kisah di atas.
|
azzak
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2007 Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor
|
Posting pada: 28-05-08 18:57
Pada 27-05-08 13:11 , Nuranys posting:!!! QUOTE !!! em2...jadi kesimpulannya....??? 
kesimpulannya, utamakanlah kebersihan di mana-mana.
|
haqirfaqir
Warga Rasmi Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27194
Posting: 18
Dari: fi ardhilLah
|
Posting pada: 29-05-08 01:24
Assalamu 'alaikum, Emm... kasihan pramugari tu... Airways mana agaknya yang ulamak tu naik.. sampai kecik macam tu sekali tandasnya... saya dah banyak kali ambil wudhuk dalam k/terbang, tak pernah pula sampai tak boleh tutup tandas tu... ambik wuduk dalam k/trebang atau tempat yang darurat macam tu.. tentu bukan macam ambik wudhuk kat masjid.. bahkan.. sebenarnya, wudhuk ni dapat diambil dengan air yang kurang daripada 500ml (air mineral botol kecil). Saiyidina ibnu abbas .a. pernah ditanyakan, sebanyak mana air yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk wudhuk, jawab beliau, "satu cupak!". ramai juga yang keliru antara 'meratakan' air dengan 'menyiramkan' air pada anggota wudhuk... agama ni mudah dan indah... jika kena caranya... dan.. rasanya jika 'basuh' kaki tu kat bowl tandas tu lebih proper daripada guna sinki tu... wallahua'lam.
|
syahbi
Warga 4 Bintang Menyertai: 08.03.2005 Ahli No: 14983
Posting: 250
Dari: Skudai
|
Posting pada: 29-05-08 03:43
haha...ini rekaan saja agaknya...ulama yang betul dia tak tegur org begitu.....dia lagi halus dan behikmah...setakat cerita ala ulama ini...no comment lah
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 29-05-08 11:25
contoh cerita yang sangat baik..padat dan tepat..namun mempunyai unsur nasihat yang sangat mendalam...
|