Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 205
Ahli: 0
Jumlah: 205




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 10 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: Putus Cinta


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» Putus Cinta

Please Mendaftar To Post


Oleh Putus Cinta

Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 30.09.2003
Ahli No: 3883
Posting: 349

Terengganu  


posticon Posting pada: 24-05-08 16:51


Putus Cinta

Warga kampus demam 'exam'. Saya pun salah seorang di antara ribuan siswa-siswi yang disapa wabak 'final exam'. Saya suka belajar di 'library'. Hari itu, usai solat Asar di masjid, saya bergegas mahu mengulangkaji di 'library'. 'Library' penuh. Ramai pelajar yang tekun belajar, menyiapkan nota, mengadakan perbincangan dan ada juga yang kelihatan kelam-kabut menyiapkan 'assignment'.

Seperti biasa, setiapkali masuk ke 'library', jika tiada 'study group' yang dirancang, saya akan mencari tempat kegemaran saya belajar iaitu di ruang tempat duduk individu di tingkat dua, paling hampir dengan dinding. Saya suka duduk di tempat yang sama sebabnya saya sudahpun berkenalan dengan tempat itu. Jika saya memilih tempat lain, sudah tentu saya perlu memperuntukkan sedikit masa untuk berkenalan dengan tempat tersebut terlebih dahulu. Melihat suasana sekitarnya, mejanya, kerusinya, hiasannya, buku-buku yang ditinggal di atasnya dan sebagainya. Agak membazir masa.

Alhamdulillah, tempat kegemaran saya masih kosong. Saya segera mendudukinya. Belum sempat meletakkan buku-buku di atas meja, pandangan mata saya sedia tertumpu pada tulisan yang tertulis di atas meja tersebut. Dengan pensil.

Aku baru saja putus cinta. Sedih gilerr…Adalah minah ni dia rampasnyeerr boyfwenz aku. Tension gila aku waktu 2…Pedih betul rasa di hati ini…minah tu pula macam lah tak ada org lain. Boyfwenz aku juga dia nak. Argghh! Tensionnyerr belajar. Boringnyerr belajar. Argghh! Help me. Slack in this university. Oh…no!

DBP jangan marah saya ye. Saya bukan nak rosakkan bahasa. Saya cuma menyalin bulat-bulat luahan hati seorang siswi. Mungkin satu pendedahan kepada masyarakat tentang bahasa remaja kita. Saya bukan nak bercakap soal bahasa. Saya simpati pada siswi yang mengalami ujian cinta ni. Di bawah tulisan dengan pensil tu, ada respon daripada seorang siswi lain, tulisannya lebih kemas, dengan pen. Isy, menjadi-jadi vandalisme sekarang ni!. Apapun, respon yang diberi mungkin sedikit-sebanyak dapat mengubat sekeping hati yang lara.

Cinta itu buta…
Redha saja lah…
Ada hikmahnya…
Mungkin ke dapat org yang lebih baik dari dia nanti...

Saya terfikir, apakah erti cinta yang telah menjajah minda remaja akhir zaman ini? Mana tidaknya, putus cinta membuatkan seorang insan merana. 'Study' jadi mangsa. Semua urusan tergendala. Hidup tak tentu hala. Harapan ibubapa, bangsa dan agama hampir binasa. Oh, bisa penangan cinta! Aduhai…

Saya teringat pula cerita seorang 'junior' yang datang mengadu masalahnya kepada saya. Ketika tu dah larut malam. Matanya merah, berair dan bengkak. Saya dapat menafsirkan dia dah pun berhari-hari berendam air mata. Dia menceritakan peritnya ditinggalkan pak we. Sudah seminggu hidupnya rasa terumbang-ambing. Hanya tangisan menjadi peneman.

Selama ini dia terlalu mendambakan cinta lelaki tu. Hinggakan dia sanggup lakukan apa saja asal dapat memenangi perhatiannya.Walaupun lelaki itu sering memperlekehkannya termasuklah menjadikan beg tangannya sebagai tempat membuang sampah, dia masih lagi mampu bersabar. Lelaki itu memanggilnya dengan panggilan 'bodoh' pun dia sabar saja. Baginya cinta itu memberi. Biarlah dia yang berkorban.

Memang 'pengorbanan'nya tinggi. Dia sanggup meluangkan banyak masa untuk mengajar lelaki itu mana-mana subjek yang sukar agar lelaki itu rasa terhutang-budi. Bukan itu sahaja, dia sanggup menyerahkan tubuhnya untuk dipegang-pegang ringan asalkan lelaki itu suka-hati. Lelaki itu suka mengambil kesempatan dan tak pandai menghargai malah sering pula mencaci dirinya. Akhirnya, lelaki itu jumpa perempuan lain dan dirinya ditinggalkan begitu sahaja. Remuk hatinya.

Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah. Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (hari Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.

Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan.

:: Nukilan Fatimah Syarha Mohd Noordin

dipetik dari http://www.haluan.org.my/v2/index.php?show=Cw0CEA5QXl1XDkNWQA9WBlYFAAQBBxYLXAgAA1Y6OTRhMTYxODM%3D


-----------------




Bookmark and Share

    


  Member Information For Ibnu_muazProfil   Hantar PM kepada Ibnu_muaz   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA SETIA
Menyertai: 17.12.2004
Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-05-08 18:21


bila kita kecewa..xkesah lah putus cinta atau pun hal lain...
kita biasanya akan pilih antara 2 jalan ini..inilah keputusan yang bakal menentukan hidup kita seterusnya...iaitu..kembali kepada Allah dengan hati 100% miliknya...atau pun kita memilih arah yang salah... Tidak dinafikan kita akan menangis meluahkan isi hati... Tapi..fikir sedalamnya...Allah memberikan sesuatu dan Dia juga akan mengambilnya jika kita membawa perkara itu kepada kemungkaran..WaAllahualam...


-----------------

cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku


Bookmark and Share

    


  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Pergi ke niza_ati's Website   Quote dan BalasQuote

nurafi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19332
Posting: 30

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-05-08 20:55


bagus post ni...memang kena lah dengan zaman sekarang ni..remaja lebih mengangungkan cinta manusia, iaitu lelaki yang bukan muhrim melebihi segalanya...cinta remaja merupakan perangkap daerah pink yang sangat indah..sukar untuk dtafsirkan...jangan tak tahu, sehari buah hati tak sms atau tak reply sms, kita oleh jadi angau dan angin satu badan tau. nak buat apa-apa pun macam tak bsemangat....tapi beli tiba-tiba saja dapat mesej dari si dia..berubah 360 darjah mmod kita..huhuhu..tu pngalamn sendiri tau..huhuhu..memang hbt penangan cinta...

sebelum couple dulu, selalu saja boimbang, bila lah nak da pkwe ni..tengok mmber yang ada pkwe macam best saja, ada org juga, org sayang..nak sangat rasa bagaimana org bagaimana org jeles kat kita.macam-macam lagi lah.....tapi boleh dah couple, lain pula ceritanya..rupa2nyer, rasa bimbang tu lebih hebat dr masa single..huhu..dah dapat pkwe yang dok jauh dr kita palk tu, mula lah fikir macam-macam.takut kena kebasla, apa-apa lah..macam-macam lah..lme2 saya akui lah.."single is simple, couple is trouble".huhuhu..pendek kata...tak payah couple lah...anda yang tak couple tu patut bersyukur, kerana anda masih terpelihara...juga lah cinta itu untuk yang selayaknya..=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurafiProfil   Hantar PM kepada nurafi   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 24-05-08 23:37


walaupun sekarang dah tak couple. ana rasa susah agaknya nak jumpa org yang memang tak pernah couple langsung? susah kan? siapalah yang sangat suci yang tak pernah suka kat sesiapa tu. jeles2. nurafi bagaimana? hee

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-05-08 23:46


Pada 24-05-08 23:37 , AmrinHakeem posting:

!!! QUOTE !!!

walaupun sekarang dah tak couple. ana rasa susah agaknya nak jumpa org yang memang tak pernah couple langsung? susah kan?
Ramai saja lagi yang tak pernah berkapel. Ramai lagi yang kategori segan tapi mahu.

!!! QUOTE !!!

siapalah yang sangat suci yang tak pernah suka kat sesiapa tu. jeles2.

aku masih 'suci' :-D. Bukan sebab tak mahu or tak dapat. cuma belom sampai masa.

ps:- pas kahwin nanti aku berkapel lah.


-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

AmrinHakeem
Warga 5 Bintang
Menyertai: 29.04.2008
Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth

Selangor  


posticon Posting pada: 24-05-08 23:54


ada juga. bersembunyi agaknya. :sopan:

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrinHakeemProfil   Hantar PM kepada AmrinHakeem   Quote dan BalasQuote

shahredzuan
Warga Rasmi
Menyertai: 24.05.2008
Ahli No: 33524
Posting: 8
Dari: Shah Alam

blank   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 00:37


Seronok juga dengar masalah manusia yang pelbagai ragamnye.. huhu..

Bookmark and Share

    


  Member Information For shahredzuanProfil   Hantar PM kepada shahredzuan   Quote dan BalasQuote

PerMataHiJau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2007
Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA

Pahang  


posticon Posting pada: 25-05-08 13:47


Pada 24-05-08 23:37 , AmrinHakeem posting:

!!! QUOTE !!!

walaupun sekarang dah tak couple. ana rasa susah agaknya nak jumpa org yang memang tak pernah couple langsung? susah kan? siapalah yang sangat suci yang tak pernah suka kat sesiapa tu. jeles2. nurafi bagaimana? hee


Assalamualaikum ....ada saja orang yang tak pernah couple...even 'love monkey'....maaf mungkin bunyi kurang sopan sikit....ramai saja orang macam tu sekarang...cuma mungkin saudara tak pernah jumpa lagi agaknya..
Kalau kes orang tu suka kat dia ....lain cerita lah kan....takkan nak buat pengumuman..."Dilarang suka kat saya".... :-D 8-) ..apapun terpulang kepada individu.....tapi takut juga dengar penangan cinta ini..."YA ALLAH kami mohon lindungilah kami daripada segala macam bahaya...AMIN...".. 8-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For PerMataHiJauProfil   Hantar PM kepada PerMataHiJau   Quote dan BalasQuote

PerMataHiJau
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.10.2007
Ahli No: 31471
Posting: 295
Dari: MELAKA

Pahang  


posticon Posting pada: 25-05-08 13:51


Pada 24-05-08 20:55 , nurafi posting:

!!! QUOTE !!!

lme2 saya akui lah.."single is simple, couple is trouble".=)


Wah...bestlah...ayat...nak ambil tampal kat dinding boleh...betullah saya setuju... :-D 8-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For PerMataHiJauProfil   Hantar PM kepada PerMataHiJau   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 25-05-08 13:55


setuju juga dengan ayat ni

!!! QUOTE !!!

.."single is simple, couple is trouble".
:D

jiwang pun jiwang lah..tak hendak layan :bye:

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 21:24


single is simple. double is trouble. triple is illegal. :D

p/s: apsalla mlm ni banyak topik Jiwang karat yang up ni...


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

ABg_IMaM

Menyertai: 10.09.2003
Ahli No: 3444
Posting: 2187
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-05-08 21:34


payah tumbuh hilang berganti....:-)

insya-Allah akan ada pengganti....jangan frust tonggeng...:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ABg_IMaMProfil   Hantar PM kepada ABg_IMaM   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-05-08 21:38


Pada 25-05-08 21:24 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

p/s: apsalla mlm ni banyak topik Jiwang karat yang up ni...


ha'ah. Dah lah tak berapa ada pengalaman (tak ada langsong sebenarnya) bab jiwang-jiwang ini. Kang melalut pulak aku ini.

ps:- Kesimpulan nya "belajar lah ilmu jiwang karat"


-----------------
Wahai orang2 beriman, berselawatlah ke atas nabi muhammad....
Arahan hanya kepada orang yang beriman


Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

nurafi
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.09.2005
Ahli No: 19332
Posting: 30

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-06-08 18:11


memang lah still ada yang tak pernah couple sampai hari ini, saya akui yang tu..tapi sangat susah nak jumpa, ibarat permata di celahan kaca..mungkin ada yang tak mahu mngaku secara direct yang diri mereka sebenarnya sedang bercinta kononyer couple tu haram..so, beselindunglah mereka disebalik title 'rakan seusrah', rakan sejemaah dakwah', 'adik dan abang angkat'..emm..sedapkan title tu..walau apa pun title yang kita bagi pada hbgan kita dengan si dia..Allah maha mengetahui isi hati hamba2Nya..=)

syurlah jika masih ada teman-teman yang belum pernah bcinta dan masih mampu menjaga dii mereka dari terjun ke 'lembah pink' yang indahnya hanya sementara...dan jutaan tahniah saya ucapkan kepada teman-teman yang telah meninggalkan cinta si dia demi cinta Allah yang hakiki..sesungguhnya, bukan mudah untuk membuat dua perkara tersebut...

semoga Allah sentiasa memimpin kita ke jalan yang benar..masih belum terlambat untuk mperbaiki kesalahan..=)

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurafiProfil   Hantar PM kepada nurafi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.097534 saat. Lajunya....