Oleh |
bagaimana menjawab seorang atheist? |
faithfuller
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20137
Posting: 270
Dari: perak
|
Posting pada: 24-05-08 11:20
assalamualaikum.. bagaimana jawapan yang sepatutnya diberikan kepada seorang atheist jika dia mengatakan bahawa manusia tercipta dengan sendirinya melalui kekuatan semulajadi..Harap ada yang membantu....
|
AmrinHakeem
Warga 5 Bintang Menyertai: 29.04.2008 Ahli No: 33363
Posting: 386
Dari: GreenyEarth
|
Posting pada: 24-05-08 11:40
ala, soalan ini membuatkan ana menyesal kerana berani melupakan isi pengajran ustaz ana. dia ada ambil phd d uk. ramai atheis kat sana. dia pun dicabar. jawapan dia sangat best dan berjaya menggugat kewibawaan atheis tersebut. tapi, malangnya ana lupa terus semua jawapan beliau. nanti kejap, ill try to contact him. wuu
|
faithfuller
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.10.2005 Ahli No: 20137
Posting: 270
Dari: perak
|
Posting pada: 24-05-08 11:54
baguslah...cepat sikit ye..ana betul-betul dah bingung sekarang ni..dah tak berdaya pulak rasanya..hehe
|
Ibnu_muaz
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3883
Posting: 349
|
Posting pada: 24-05-08 16:27
Cuba jawab persoalan dia dengan pertanyaan.. siapa yang menjadikan kekuatan semulajadi? Bagaimana kekuatan semulajadi boleh terjadi dengan sendiri? Adakah kekuatan semulajadi sahaja cukup untuk menciptakan akal fikian manusia yang sebegitu kompleks..? Kenapa kekuatan semulajadi hanya memilih manusia untuk diberi akal fikiran.. sedangkan hidupan lain tidak..? Ada seorang tokoh atheis apabila mengkaji struktur DNA manusia sahaja menjadi pening... dan menemui jalan buntu.. Kemudian masuk ISLAM, Ini membuktikan kewujudan ILAHI di alam semesta ini.. sebagai pencipta segalanya.. bahkan "masa" itu sendiri adalah satu makhluk ciptaan ILAHI.. Sukar untuk kita sebagai manusia fikirkan kan... bagaimana MASA itu sendiri adalah makhluk ciptaan ALLAH.. Hakikatnya.. analogi yang boleh dibuat disini ialah.. Manusia adalah ibarat CPU processor yang diciptakan oleh penciptanya.. dan had pemikiran sebuah CPU tidak boleh mencapai akal pencipta CPU tersebut.. CPU tidak boleh rasa sedih.. merajuk.. cemburu.. dan sebagainya.. Begitulah.. dengan manusia... had kebolehan akal manusia tidak boleh menjangkaui zat Allah SWT.. Kaedah jawab persoalan dengan persoalan adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan sesuatu permasalahan apabila berhadapan dengan Atheis.. Wallahua'lam.. -----------------
|
naruto-san
WARGA SETIA Menyertai: 25.12.2004 Ahli No: 13299
Posting: 2017
Dari: Mertajam Hill
|
Posting pada: 24-05-08 19:49
yup....nak jawab pertanyaan orang2 atheist ini...salah satu cara ialah dengan bertanya kembali kepada dia beberapa perkara asas. contohnya....lelaki A dibunuh oleh sekumpulan gangster...lelaki A meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak....adakah lelaki A mati dengan sia-sia tanpa ada pembelaan??...adakah kumpulan gangster terbabit berhak membunuh orang sesuka hati atas sifat semulajadinya sebagai gangster??? seorang perempuan H dirogol, dibunuh dengan kejam serta diletupkan dengan C4....pembunuh tersebut hanya mengikut arahan dan mendapat upah dari lelaki .....pembunuh itu dicari dan ditangkap serta dihukum bunuh....tapi lelaki hidup dengan gembira dan bersenang2 dengan kekayaan dunia....adakah perempuan H mati dengan sia-sia??...adakah lelaki secara sifat semulajadinya yang kaya raya dan berkuasa boleh rogol dan bunuh orang sesuka hati??? -- adanya hari pembalasan. segala siang malam, hujan kering kontang, 4 musim bersilih ganti di negara2 eropah, US dan australisia.....memanglah semuanya itu semula jadi...tapi seiapa yang menjadikannya semula jadi??...siapa yang mencipta dan menetapkan hukum2 physics kepada semua benda-benda tersebut???...adakah semula jadi itu adalah semula jadi selama-lamanya?? itulah saja lah yang mampu naruto-san perahkan otak ini berkongsi sedikit cara-cara menjawab....mungkin ada sahabat2 lain yang ada jawapan yang lagi baik, better than me. wallahua'lam ----------------- http://al-ahkam.net/home/index.phphttp://www.alwahy.com/
|
trouver_99
WARGA SETIA Menyertai: 01.02.2004 Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang
|
Posting pada: 31-05-08 01:07
salam dulu tengok tajuk ni,tak dapat jawab lagi pasal tengah kalut dengan benda lain.sekarang insyaAllah boleh tolong jawab... soalan yang ditanya tu sama dengan sebuah kisah berkisar tentang orang yang tak percaya Tuhan iaitu atheist.pada suatu ketika dulu,ada sekumpulan manusia yang tidak mempercayai Tuhan.bagi mereka setiap apa yang terjadi dibumi ini adalah terjadi dengan sendirinya.perkara ini sampai ke pengetahuan seorang yang beriman kepada Allah. lalu sesi dialog hendak diadakan diantara kedua-duanya.sekumpulan manusia ini tinggal di kampung yang agak jauh dari tempat orang yang beriman tadi.mereka menunggu lama dari pagi sehingga ke petang dan akhirnya muncul lah orang yang beriman tadi. kemudian ditanyakan,mengapa kamu lewat wahai pemuda? maka jawab pemuda itu,sebenarnya saya memang sudah datang awal hendak pergi ke tempat kamu.tetapi saya tidak dapat meneruskan perjalanan kerana dibatasi dengan sungai yang agak luas.lalu saya pun menunggu untuk melihat kalau-kalau ada perahu yang lalu tetapi tiada satu pun. setelah lama menunggu,tiba-tiba sepohon pokok yang berada berhampiran telah ditebang dengan sendirinya.dan pokok itu pula dibelah-belah menjadi kepingan papan dan akhirnya siaplah sampan.dengan sampan itulah saya mendayung dan akhirnya dapat meneruskan perjalanan ke sini. mendengar cerita alasan tidak logik pemuda itu,sekumpulan manusia atheist itu tertawa sambil mengatakan mana mungkin sampan itu boleh terjadi dengan sendirinya. pemuda tadi hanya diam dan tersenyum.lantas beliau berkata,mengapa kamu mentertawakan saya?sebenarnya kamu mentertawakan diri kamu sendiri kerana percaya bahawa bumi ini terjadi dengan sendirinya.masakan bumi ini juga terjadi dengan sendirinya.begitu juga lah sampan takkan terjadi dengan sendirinya.tiada apa yang perlu dibahaskan. dan kemudian pemuda itu terus pulang meninggalkan sekumpulan atheis tersebut..... cerita ni tak ingat baca kat mana tapi ada dalam kisah-kisah teladan rasanya.watak dan tempat tak ingat,mungkin pemuda atau orang yang alim tetapi jalan cerita masih sama.lama sangat dah baca tak ingat dalam buku apa.apa yang baik dan rasa berguna ambil lah sebagai hujah menentang golongan atheist dan buat iktibar kita... wallahu'alam ----------------- = think Islam , think Globally , think Reality =
|
sitishairah
WARGA SETIA Menyertai: 16.05.2007 Ahli No: 29948
Posting: 513
Dari: Gombak
|
Posting pada: 31-05-08 01:39
Pada 31-05-08 01:07 , trouver_99 posting:!!! QUOTE !!!
mendengar cerita alasan tidak logik pemuda itu,sekumpulan manusia atheist itu tertawa sambil mengatakan mana mungkin sampan itu boleh terjadi dengan sendirinya.
pemuda tadi hanya diam dan tersenyum.lantas beliau berkata,mengapa kamu mentertawakan saya?sebenarnya kamu mentertawakan diri kamu sendiri kerana percaya bahawa bumi ini terjadi dengan sendirinya.masakan bumi ini juga terjadi dengan sendirinya.begitu juga lah sampan takkan terjadi dengan sendirinya.tiada apa yang perlu dibahaskan.
wr wbt Cerita yang simple..tapi boleh dijadikan panduan... -----------------
|
walllessmeem
Warga 1 Bintang Menyertai: 16.05.2004 Ahli No: 9000
Posting: 35
|
Posting pada: 31-05-08 02:50
sangat menarik persoalan yang saudara utarakan.saya tak ada jawapan untuk pemasalahan anda... tapi saya ada sumber yang saya fikir sangat baik untuk diketengahkan bagi menjelaskan kat geng2 atheis ni pasal kuasa yang menjadikan alam ni.... untuk memberi keterangan kat geng2 ateis ni,agak berbeza dengan mereka yang beragama. untuk golongan ateis,anda mesti meggunakan logik akal,atau melalui pembuktian alam mengikut apa yang mereka pegang seperti sains,biologi,astronomi,astrofizik dll.saudara faithfuller boleh beli buku "quran saintifik tulisan dr danial zainal abidin".bagi saya,sewajibnya setiap muslim baca buku tersebut bagi mengembangkan minda,menambah kefahaman dan meneguhkan iman kita.dalam buku tu banyak menerangkan proses kejadian alam mengikut kaca mata sains barat,yang berbetulan dengan apa diterangkan oleh Al-Quran,yang akhirnya secara paksa @ rela,menerima kebenaran Al-Quran yang mereka dakwa ciptaan Muhammad saw. sejujurnya,tiada istilah "KEBETULAN"@"SEMULAJADI" dalam sains.semua benda yang terjadi mesti ada bukti dan sebab untuk berlaku.sekiranya ateis menolak kewujudan kuasa (tuhan) yang menjadikan alam ini,mereka bukan saja menidakkan fitrah manusia dalam beragama,malah mengenepikan prinsip keilmuan yang dipegang manusia tidak kira mana-mana agama sekalipun.jadi tidak salah jika mahu melabelkan puak ateis ini sebagai "BODOH" kerana mereka memperkatakan sesuatu tanpa pembuktian saintifik.dalam ilmu,tidak ada tuduhan semberono yang mengikut akal kosong tanpa berlandaskan kaedah ilmu.sesuatu yang tidak dapat dibuktikan,akan ditolak,walaupun dicanang keseluruh alam. saudara juga boleh melawat http://www.danialzainalabidin.com/. pada fikiran saya, seeloknya saudara terangkan sedikit sahaja kat geng2 ateis ni.biasanya ateis tak akan menerima fikiran kita yang beragama,lebih-lebih lagi kalau kita ni tak ada ilmu yang boleh meyakinkan mereka seperti sains,astronomi,astrofizik etc. biar dia belajar dr orang-orang yang mempunyai ilmu yang jelas tentang bidang ini.saya syorkan dia lawati laman web http://www.science4islam.com/. setelah dia meyakini adanya kuasa tuhan, bagi pula dia tengok http://www.islam-guide.com/. bagi saya, cara ini lebih berkesan kerana dapat meningkatkan keyakinan sumber maklumat yang akan dia terima.saudara juga boleh ziarah http://www.darulkautsar.com/. dah macam iklan website pula..hahaha...tak apa lah.harap ini dapat membantu saudara,dan mereka yang membaca.yang silap pada penjelasan saya tu disebabkan ALLAH nak tunjuk lemahnya ilmu saya,bukannya lemahnya Islam itu wallahua'lam ----------------- http://photos.friendster.com/photos/42/51/7251524/12056481853304m.jpg
|