Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 09-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: wyd1014
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43135

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 32
Ahli: 0
Jumlah: 32




  Yang Masuk Ke Sini
lidah-penghunus: 16 jam, 44 minit yang lalu
muslimiman: 15 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 16 hari yang lalu
nur_tinta: 22 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Teori Evolusi Tidak Bercanggah Dengan Akidah


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Teori Evolusi Tidak Bercanggah Dengan Akidah

Please Mendaftar To Post


Oleh Teori Evolusi Tidak Bercanggah Dengan Akidah

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-05-08 14:20


Saya kembali lagi setelah lama tak masuk portal ni (bukan tak masuk tapi tak tau Kenapa kat Jordan kadang-kadang tak boleh access. dah banyak kali dah begini).

Buat thread baru lah senang.

Saya ada membuat sedikit kajian tentang teori evolusi, adakah ia bertentangan dengan akidah islamiyah.

Walaupun kajian tersebut belum lengkap, tapi saya minta forumer2 sekalian memberikan komen sebagai peer review kata orang sainsnya. Mungkin dengan komen-komen bernas sahabat2 semua menjadi penambahbaikan kepada kajian tersebut inshaAllah.

Kesimpulan kajian itu, teori evolusi tidaklah bertentangan dengan akidah islam kerana di sana terdapat ruang untuk kita bertoleransi dengan teori evolusi.

Benarkah Islam Menolak Evolusi?

Evolusi - Hendak Percaya atau Tidak?

Mengharapkan komen yang membina dari sahabat2 sekalian.

Benarkah Islam Menolak Evolusi?

"Evolusi menafikan kewujudan Tuhan. Justeru Evolusi mesti ditolak!"

"Kita berasal dari Adam AS, bukan dari beruk!

Apabila membuka perbincangan tentang Evolusi, rata-rata respon yang diterima adalah negatif. Bahkan agresif. Tidak ramai yang bersetuju dan mahu bersetuju dengan hasil kajian Charles Darwin ini. Lebih mendukacitakan apabila perbincangan menjadi terlebih emosi dari rasional.

Bila ditanya mengapa menolak Evolusi, dengan cukup mudah menjawab 'bacalah buku Harun Yahya. Sudah ada panjang lebar penerangan tentang Evolusi'. Sekiranya begini juga jawapannya apabila ditanya non-Muslim, 'mengapa memilih Islam?', pastinya tiada siapa yang akan berminat untuk mengkaji Islam.

Benarkah Islam menentang Evolusi? Ataupun kita sendiri yang sebenarnya terlebih lajak menentang dengan nafsu dan emosi?

Allah itu Maha Pengevolusi

Allah SWT setakat yang disebutkan di dalam Al-Qur'an, memiliki 99 Nama. Al-Khaliq ( ) dan Al-Bari' adalah dua Nama antara 99 Nama Allah. Al-Khaliq bermaksud Maha Pencipta, Al-Bari' pula Maha Penjadi/Pengevolusi.

Kita tahu dan percaya dengan 'Kun fayakun' Allah, yang menjadikan alam ini dari tiada kepada ada. Tapi mengapa bila masuk ke dalam bab Evolusi yang pada pandangan Allah itu tersangat mudah dan tidak mustahil, kita menolaknya? Bukankah ini menolak sifat Maha Kuasa Allah?

Dalam Al-Quran sendiri jelas Allah SWT menerangkan tentang sifatnya yang Maha Pengevolusi apabila Dia:

    Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebagian dari haiwan itu ada yang berjalan di atas perutnya dan sebagian berjalan dengan dua kaki sedang sebagian (yang lain) berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (Q 24:45)


Allah SWT yang Maha Pencipta menciptakan air dari gabungan atom hidrogen dan oksigen membentuk molekul H20. Dan daripada air itu, Allah yang Maha Pengevolusi telah menjadikan hidupan yang melata di muka bumi ini bermula dari proses pasang surut Bumi dan kemudian menjadi organisma unisel. Seterusnya sedikit demi sedikit Allah mengubah susunan nucleotide base dalam DNA untuk mengevolusikan organisma satu sel tadi menjadi multisel dan seterusnya jadilah haiwan yang kita lihat pada hari ini.

Proses ini memakan masa sehingga ratusan juta tahun. Namun kesemua ini tidak mustahil bagi Allah kerana Allah juga Tuhan yang Maha Hidup.

Sangkaan sesetengah orang , Evolusi menafikan sifat kesempurnaan Allah kerana menjadikan sesuatu yang tidak lengkap. Jawapan saya tidak. Bahkan Evolusi menjadi bukti Allah itu Maha Sempurna lagi Maha Bijaksana.

Sebagai analogi mudah, anda seorang pembuat komputer pada tahun 80-an. Hari berganti hari, tahun berganti tahun, tibalah tahun 2008. Dengan bebanan kerja yang kian meningkat, apakah masih relevan lagi anda beroperasi menggunakan komputer tahun 80-an? Apa yang perlu anda buat ialah membuat modifikasi supaya komputer tahun 80-an itu sesuai dengan tahun 2008.

Begitu juga yang berlaku dalam Evolusi. Organisma perlu berubah kerana keadaan sekeliling berubah-ubah. Organisma yang tidak berubah mengikut suasana tidak akan survive. Maka di sini siapakah yang sempurna? Makhluk atau Khaliq?

Material Penciptaan Adam

Al-Qur'an menyebut bahawa Adam AS dan Hawa telah diciptakan di Syurga sebagaimana firman-Nya:
Dan Kami berfirman:

    "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim. Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari surga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan." (Q 2:35-36)


Berdasarkan ayat ini, kita tahu bahawa Bumi menjadi tempat tinggal Adam dan Hawa setelah diusir dari Syurga. Dengan kata lain, Adam dan Hawa diciptakan di syurga.

Muslim percaya bahawa material di Syurga berbeza dengan material di Bumi. Dalam surah Al-Baqarah ayat 25, Allah menyebutkan bahawa ketika orang-orang beriman memasuki Syurga (selepas Hari Pembalasan), mereka menyangkakan bahawa buah-buahan di situ adalah buah-buahan yang sama ketika mereka hidup di dunia. Allah memperbetul kefahaman mereka dengan mengatakan bahawa ia hanya nampak serupa. Dengan kata lain, material bagi buah-buahan berbeza dengan material di Bumi.

Secara logiknya, material untuk tubuh Adam dan Hawa mula-mula diciptakan di Syurga adalah berbeza dengan material di Bumi. Menurut aspek pandangan fizik, kita tahu bahawa masa berlalu dengan sangat lambat di Syurga/Neraka, 1 hari di sana bersamaan dengan 1000 tahun di Bumi, maka kita dapat tahu bahawa betapa kuatnya tarikan graviti di sana. Untuk keadaan yang sangat berbeza itu, material untuk mencipta tubuh Adam mestilah berbeza di Syurga dari Bumi. Ini bermakna, secara hakikatnya tubuh Adam di Bumi tidak mungkin sama dengan tubuh Adam di Syurga walaupun kelihatan seolah-olah sama.

Evolution in Five Minutes
Sumber: Youtube


Siapa Sebelum Adam

Al-Quran tidak pernah menyebut bahawa Adam dan Hawa adalah makhluk pertama di muka bumi. Al-Quran menyebut, ketika Adam dan Hawa sedang tinggal di Syurga, telah pun ada makhluk yang membuat kerosakan dan tidak menyembah Allah di muka bumi,

    Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."


Ayat seterusnya dalam surah yang sama menyatakan bahawa Malaikat mengaku bahawa mereka tidak tahu melainkan apa yang diajarkan oleh Allah (iaitu masa depan). Hal ini memberi maksud Malaikat pastinya merujuk kepada makhluk yang sedang membuat kerosakan di Bumi sedang Adam dan Hawa tinggal di Syurga. Maka Allah hendak menjadikan Adam dan Hawa sebagai Khalifah di muka bumi untuk menggantikan makhluk yang tidak menyembah Allah yang sedang berada di muka bumi.

Penurunan Adam Ke Bumi

Berdasarkan panduan hadis, kita mengetahui bahawa ketika Allah menciptakan Adam dan Hawa, mereka mempunyai tubuh yang berkali ganda saiznya berbanding manusia di Bumi ketika ini.

    Narrated Abu Huraira: The Prophet said, “Allah created Adam, making him 60 cubits tall... (Sahih Bukhari 4:543)


Persoalannya, bagaimana perubahan saiz, material dan lokasi berlaku? Sekiranya mereka dihantar secara terus dari Syurga ke Bumi, itu hanya perubahan lokasi. Bagaimana pula dengan perubahan saiz dan material berlaku?

Al-Quran mengatakan, Malaikat mencabut roh manusia dalam dua keadaan. Ketika sudah sampai ajal dan setiap kali tidur.

    Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan (memegang) jiwa (orang) yang belum mati di waktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda- tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir. (Q 39:42)


Dengan ini menurut Al-Quran, manusia boleh hidup, bernafas dan memiliki tubuh yang berfungsi penuh tanpa adanya roh. Homo sapiens memiliki tubuh dan DNA yang serupa dengan manusia, tapi bagaimana pula dengan roh? Adakah roh manusia pertama (Adam dan Hawa) telah ditiup masuk ke dalam tubuh Homo Sapiens ini?

Bagi Allah tiada yang mustahil. Justeru, kita boleh melihat penurunan Adam ke Bumi dari banyak aspek. Antara kemungkinannya, Allah mampu menciptakan Adam dan Hawa untuk kali kedua di Bumi. Ataupun, Dia menjadikan transformasi yang istimewa ke atas tubuh mereka. Walaubagaimanapun, material yang diperlukan tentulah berbeza.

Surah At-Takwir ayat 7 memberikan kalau kepada kita bahawa ketika Hari Kebangkitan nanti, roh-roh akan dipertemukan dengan tubuh dari material yang berbeza. Tubuh manusia di Bumi tidak dapat menahan kepanasan Neraka di Akhirat. Malah di Bumi pun tubuh manusia akan mencair apabila dicampak ke lava gunung berapi, apatah lagi apabila dicampak ke Neraka yang jauh lebih panas. Oleh itu, bagaimana seksaan hendak dilaksanakan di Neraka sekiranya baru campak saja sudah hancur?

Jawapannya tentulah dengan material yang berbeza. Pada Hari Kebangkitan nanti, Allah akan membangkitkan manusia dengan bentuk yang sama tapi dengan material dan saiz yang berbeza kerana keadaan di Akhirat yang gravitinya jauh lebih tinggi dengan graviti di Bumi.

Persoalannya kini, apakah mungkin roh Adam dan Hawa itu ditiup ke dalam Homo Sapiens di Bumi ketika mereka diturunkan dari Syurga?

Nenek Moyang Manusia

Al-Quran menyebutkan sesuatu yang khusus tentang nenek moyang kita: Jika Dia berkehendak, Dia mampu menjadikan keturunan kita bukan manusia seperti nenek moyang kita.

    Dan Tuhanmu Maha Kaya lagi mempunyai rahmat. Jika Dia menghendaki niscaya Dia memusnahkan kamu dan menggantimu dengan siapa yang dikehendaki-Nya setelah kamu (musnah), sebagaimana Dia telah menjadikan kamu dari keturunan orang-orang lain. (Q 6:133)


Al-Quran secara spesifik menggunakan perkataan 'ma' iaitu 'apa' dalam ayat tersebut. Walaupun 'ma' diterjemahkan sebagai 'siapa' seperti di atas, akan tetapi 'siapa'/'ma' itu tidak boleh dirujuk sebagai manusia. 'Ma' adalah perkataan yang hanya digunakan untuk bukan manusia. Perkataan Arab yang merujuk kepada manusia ialah 'man'.

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah jika Dia berkehendak, maka dia mampu mengembalikan keturunan kita dari manusia kepada bukan manusia, seperti mana Dia menciptakan kita dari nenek moyang kita. Hal ini bermakna, tubuh badan yang kita miliki sekarang ini adalah dari keturunan nenek moyang kita yang bukan manusia!

Ancaman ini telah Allah buktikan dalam Al-Quran bahawa Allah telah mengubah kaum Bani Israel yang ingkar dari beribadat pada hari Sabtu kepada rupa asal manusia iaitu kera. Sesungguhnya bagi Allah tiada yang mustahil sama ada menjadikan manusia daripada kera atau merubah manusia kepada kera.

    Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar diantaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina". (Q 2:65)


Dengan penjelasan di atas, kita tahu bahawa kita adalah keturunan Adam dan Hawa secara roh. Disebabkan Homo sapiens mempunyai tubuh yang serupa dengan kita, maka kita tahu bahawa Allah menurunkan Adam dan Hawa ke muka bumi dengan memindahkan roh mereka ke dalam Homo sapiens yang telahpun berevolusi. Ketika mereka berdua masih berada di Syurga, Homo sapiens ini sedang menumpahkan darah, melakukan kerosakan dan tidak menyembah Allah di muka bumi. Dengan sebab itu, Allah meniupkan roh Adam dan Hawa ke dalam diri Homo sapiens supaya mereka menjadi manusia. Bukankah Allah telah menyebut bahawa Allah mahu manusia menggantikan mereka yang membuat kerosakan dan ingkar terhadap-Nya di muka bumi. Bagaimana kita boleh menjadi pengganti sekiranya kita bukan dari keturunan mereka?

Evolusi Manusia Dari Air

Jelas di dalam Al-Quran, Allah telah menyebutkan tentang evolusi manusia dari setitis air (atau sperma) hingga menjadi manusia yang sempurna tubuh badan.

    "Maka terangkanlah kepadaku tentang nutfah yang kamu pancarkan. Kamukah yang menciptakannya, atau Kamikah yang menciptakannya? Kami telah menentukan kematian di antara kamu dan Kami sekali-sekali tidak akan dapat dikalahkan, untuk menggantikan kamu dengan orang-orang yang seperti kamu (dalam dunia) dan menciptakan kamu kelak (di akhirat) dalam keadaan yang tidak kamu ketahui. Dan Sesungguhnya kamu telah mengetahui penciptaan yang pertama, maka mengapakah kamu tidak mengambil pelajaran (untuk penciptaan yang kedua)?" (Q 56:62)


Perubahan rupa bentuk adalah evolusi. Perubahan dari sperma menjadi tubuh manusia juga adalah evolusi. 'Wa ma nahnu bimasbuuqeen' dalam ayat di atas bermaskud 'Kami sekali-kali tidak akan dikalahkan'. Di sini Allah menyebut bahawa Dialah yang mengevolusikan manusia dan tiada yang dapat mengalahkan-Nya dalam evolusi.

Kini, manusia berjaya melakukan evolusi terhadap haiwan dan tumbuhan dengan teknologi cross-breed (kahwin campur). Lembu dikahwinkan dengan seladang, melahirkan off-spring selembu, satu contoh evolusi. Bagaimanapun, Allah telah menyatakan bahawa tiada siapa yang dapat menandingi-Nya dalam evolusi kerana Allah-lah yang mengevolusikan manusia sebelum manusia berjaya mengevolusikan haiwan dan tumbuhan.

Kita adalah dari keturunan evolusi Homo sapiens. Bezanya kita memiliki roh.

Pandangan Islam

Ketepikan dahulu soal sains. Cuba kita menilai Evolusi dari aspek pandangan Islam, bahagian manakah di dalam Evolusi yang bertentangan dengan Aqidah Islam? Adakah Evolusi menolak kewujudan Tuhan? Untuk pengetahuan anda, di kalangan Evolutionist sendiri ada yang percaya bahawa adanya Tuhan. Professor Francis Collins adalah antara contoh Evolutionist yang tidak menolak kewujudan Tuhan.

Sheikh Nuh Ha Mim Keller berpendapat bahawa beliau tidak merasakan bahawa Evolusi itu membawa kepada kekufuran dan syirik. Adakah dengan mempercayai bahawa organisma berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain adalah kesyirikan? Malah menurut beliau, Aqidah Islam adalah dengan meyakini bahawa segala yang tidak mustahil bagi Allah sama ada mustahil itu mustahil di hati atau mustahil 'aradi (mustahil kerana Allah memberitahu kita bahawa sesuatu itu takkan berlaku walaupun pada hakikatnya Allah mampu melaksanakan)

Evolusi mungkin mustahil pada pandangan sesetengah kita, namun apakah ia mustahil bagi Allah? Kalaupun Evolutionist masih belum menemui missing link antara transitional form, apakah bermakna Evolusi itu tidak berlaku dan ia mustahil?

Kesimpulan

Islam mengajar umatnya untuk sentiasa mengambil jalan yang sederhana atau moderat. lah tafridh wa lah ifradh. Jangan berlebih-lebihan dan jangan pula bermudah-mudah, meskipun dalam Evolusi.

Terlalu menentang evolusi, maka tiada bezanya kita dengan Kristian yang taksub agama dan buta sains. Terlalu akur dengan Evolusi, samalah kita dengan golongan atheist dan Marxist yang menolak kewujudan Tuhan. Islam mengajar kita supaya mengambil jalan tengah.

Terdapat ruang dalam Evolusi yang boleh diterima Islam. Evolusi adalah fundamental kepada cabang-cabang ilmu biologi. Menolak evolusi bererti menolak biologi secara keseluruhan. Justeru, buang yang keruh ambillah yang jernih.

Allah knows best.

http://msaidhawwa.blogspot.com


-----------------
logo msh


Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 16-05-08 14:26


Assalamualaikum
bagus buat topik macam ni...tapi Kenapa tak teruskan jeq dalam topik evolusi tu...hmm.... :jangan:
P/S : apapun, tahniah kerana membuat satu penyelidikan yang bermakna...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

sirat82
WARGA SETIA
Menyertai: 17.04.2006
Ahli No: 24251
Posting: 869
Dari: Puncak Jalil

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-05-08 15:35


Topik copy paste yang agak heavy. Aku kena belajar lagi dengan lebih lanjut.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sirat82Profil   Hantar PM kepada sirat82   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-05-08 16:43


Assalamualaikum

syukran untuk info ni..dapat ilmu baru lagi petang ni..semalam belajar tentang perubahan dr zaman jahiliyah,sehingga zaman kegemilangan Islam iaitu Abasiah dan Turki Uthmaniah...sehinggalah sekarang..

maknanya evolusi ni tidak bercanggah lah ya dengan aqidah..sesetengah tu menolak mentah2..hem..apapun,timakasih.. :-)


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 16-05-08 18:39


Teman percaya dengan teori evolusi. Setiap benda hidup di dunia ini berevolusi kerene untuk mencapai keseimbangan sejagat. Sekiranye tidak berevolusi ianye akan pupus ataupun tidak mencapai keseimbangan yang sempurne. apa ye orang kata erm.... Natural Selection.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 16-05-08 18:40


dari pandangan teman yang membuat kajian mengenai semut, semut sentiasa berevolusi dan dengan evolusi lahirnye ilmu 'Taxonomology' - 'Taxology'


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 16-05-08 18:41


Salam..

Sekadar nak beri pendapat sendiri saja.. saya rasa Islam menafikan teori Darwin bukan menafikan kewujudan proses evolusi, tapi menafikan kekolotan teori yang menyatakan bahawa manusia berasal dari beruk.. kerana Allah swt melalui kalamNya yang suci terang-terangan dah nyatakan bahawa manusia berasal dari Adam.. kalaulah kita menyatakan bahawa manusia ini asal kejadiannya beruk, apakah Adam itu beruk? Sedang Allah swt menyatakan bahawa Dia menciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadiannya..

Di dalam al-Quran, Allah tidak pernah menyebut bahawa manusia berevolusi daripada Adam, tetapi lahir sebagai zuriat anak cucu Adam.. bermakna fizikal kejadian Adam dan anak cucu Adam adalah sama, cuma yang berevolusi itu adalah sekadar kesesuaian masa dan tempat sahaja.. seperti manusia zaman batu tak pandai berpakaian, dan manusia moden memakai baju dan sebagainya..

Berkenaan hal kejadian dari air itu saya rasa kita tak boleh melihat ayat al-Quran itu berdasarkan makna lafzi sahaja.. kerana setahu saya ayat itu bukan menyatakan kejadian alam ini dari air, tetapi asas penciptaan kejadian alam ini dari air.. bermakna dalam penciptaan manusia, haiwan, bulan bintang dan lain-lain terdapat unsur air di dalamnya..

Wallahua'lam..


-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

swordofdeen
WARGA SETIA
Menyertai: 11.06.2003
Ahli No: 1307
Posting: 632
Dari: Somewhere on this earth

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-05-08 21:07


kepada penulis postig, anda memahami evolusi dari takrifan apa? Gabungan atom menjadi molekul bukanlah evolusi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For swordofdeenProfil   Hantar PM kepada swordofdeen   Pergi ke swordofdeen's Website   Quote dan BalasQuote

Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 17.02.2004
Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi

brunei   avatar


posticon Posting pada: 16-05-08 21:50


tapi.... bagi 'Manusia' pula tak tercapai dek akal teman ni. Nak tanya, tafsiran Ayat Al-Quran tu bersumberkan tafsiran siapa?

p/s

maap bertanye sebab teman cetek ilmu tentang tafsir Al-Quran.


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share

    


  Member Information For Daeng_JatiProfil   Hantar PM kepada Daeng_Jati   Quote dan BalasQuote

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 16-05-08 21:56


Changing in formis Evolution.

Tafsiran dibuat dengan memerhati alam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

trouver_99
WARGA SETIA
Menyertai: 01.02.2004
Ahli No: 6933
Posting: 1603
Dari: Penang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 17-05-08 07:43


yang mamat Darwin cakap tu evolusi manusia berasal dari beruk.sampai dulu pernah pelajar high school di US demonstrasi buat memorandum kerana bagi mereka teori evolusi tak logik.lepas tu guru-guru di sana pakat gelabah sambil cakap depan tv,"they do not understand" seolah-olah mereka bebetul memahami.

pernah orang tanya,sejak dari zaman dulu sampai sekarang,boleh tak bagi bukti yang memang ada beruk berevolusi jadi manusia.
terdiam tak berjawab sampai sekarang.lepas tu saja nak buat kajian menipu dengan pergi negara benua Afrika,ambil tengkorak monyet dan kemudian bandingkan yang konon ianya tengah berevolusi dengan perlahan.

Kenapa lah teori orang barat kafir sesat juga yang mahu diangkat untuk dikaji sedangkan sudah ternyata ilmuwan Islam lagi hebat kerana bersandarkan Al-Quran dan Sunnah....cuba baca tengok sejarah kehidupan Darwin dahulu.........


-----------------

= think Islam , think Globally , think Reality =


Bookmark and Share

    


  Member Information For trouver_99Profil   Hantar PM kepada trouver_99   Quote dan BalasQuote

msaidins_85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 27385
Posting: 218
Dari: http://www.msaidins.com/

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 17-05-08 13:36


saya ada ambil satu sbjek ALGORITMA GENETIK.....
apa yang penting sebenarnya kita perlu mantapkan akidah kita sebelum terjun ke dunia sains moden agar tak tersalatafsir dan iktikad (peringatan ntk diri sendir juga )

Bookmark and Share

    


  Member Information For msaidins_85Profil   Hantar PM kepada msaidins_85   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 17-05-08 14:16


salam...

kepada penulis?
1) apa asas teori evolusi?
2) apa pandangan saudara tentang dialetika materialisme?

saya baca penjelasan saudara, banyak kekeliruan.
u sepatutnya membahaskan
1)apa asas terjadinya teori revolusi
2) kebenaran dialetika materialisme

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-08 14:58


Ya, sebab itu saya minta komen artikel . Tegur part mana yang salah. Bukannya terus label teori barat sesat tapi tak cakap part mana yang silap.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 17-05-08 15:24


Assalamualaikum
erk..Howling ni marah saya ke... :-( tak mengapalah..actually memang bagus artikel ni...memang tak ada salahnya pun teori evolusi tu...dan jangan disalahfahamkan dengan teori evolusi Darwin terhadap perubahan manusia, yang asalnya daripada monyet dan berubah secara perlahan menjadi manusia..itu yang salah...manusia tidak dijadikan daripada monyet..tapi, memang berasal daripada Adam yang dijadikan daripada tanah..tujuan Darwin ini tidak lain tidak bukan bagi memesongkan pandangan kita terhadap kebenaran ajaran islam yang menyatakan bahawa kita dijadikan daripada adam..
namun kita harus meyakini bahawa evolusi memang berlaku..even manusia juga melalui evolusi dalam bentuk fizikal seperti saiz badan, kekuatan mental dsbnya..ini semua berlaku seperti kata P.D...akibat penyesuaian dengan alam sekitar yang sentiasa berubah seiring dengan perubahan iklim sedunia...dan pelbagai lagi faktor...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

Howling_wolf
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.12.2003
Ahli No: 5759
Posting: 294
Dari: Irbid, Jordan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 17-05-08 15:43


Ni kes salah tone baca lah ni. Tak marah lah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For Howling_wolfProfil   Hantar PM kepada Howling_wolf   Pergi ke Howling_wolf's Website   Quote dan BalasQuote

kumencari
Warga Rasmi
Menyertai: 04.06.2008
Ahli No: 33640
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 20:39


saya rasa, elok kalau terlebih dahulu saudara howling_wolf terangkan dengan jelas maksud perkataan evolusi dan teori evolusi yang dikemukakan oleh darwin. dalam post pertama saudara, saudara terus membincangkan tentang evolusi tanpa terlebih dahulu menyampaikan maksud perkataan evolusi atau apa yang dinyatakan oleh teori evolusi. jadi, bila mengemukakan pendapat, mungkin kita mengemukakan pendapat tentang beberapa perkara yang berbeza sebenarnya, sebab saya yakin tak semua orang faham apa maksud evolusi dan teori evolusi.

wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For kumencariProfil   Hantar PM kepada kumencari   Quote dan BalasQuote

ibnu_musa

Menyertai: 11.05.2005
Ahli No: 16451
Posting: 5335
Dari: Putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-06-08 21:08


Pada 16-05-08 18:41 , Meow posting:

!!! QUOTE !!!

Salam..

Sekadar nak beri pendapat sendiri saja.. saya rasa Islam menafikan teori Darwin bukan menafikan kewujudan proses evolusi, tapi menafikan kekolotan teori yang menyatakan bahawa manusia berasal dari beruk..

setuju dengan Dr. Meow, bukan menolak 100% evolusi tapi yang ditolak adalah teori Darwin tu atau yang seangkatan dengannya.

Kenapa nak tolak evolusi 100% sedangkan kita tau manusia semua dari keturunan Nabi Adam as. tapi telah berkembang biak di serata pelusuk alam sehingga membentuk pelbagai bangsa dan berbeza dari segi fizikal, warna kulit, bahasa, cara hidup dan sebagainya.. itu juga adalah salah satu contoh evolusi.

saya nak tanya lah saudara pemula topik, artikel2 di atas itu siapa yang karang? saya tengok banyak hujah2 yang menggunakan akal dan ada yang berasaskan andaian semata-mata, sedangkan di antara yang dibahaskan menyentuh kekuasaan Allah s.w.t.

wassalam.


-----------------
|============================|
| ()"*"()
| ( 'o', )
|(,,)=(,,)=======================|


Bookmark and Share

    


  Member Information For ibnu_musaProfil   Hantar PM kepada ibnu_musa   Quote dan BalasQuote

chekguyeop
Warga Rasmi
Menyertai: 03.06.2008
Ahli No: 33622
Posting: 4

blank  


posticon Posting pada: 05-06-08 00:42


Salam...Saya salah seorang menyokong teori evolusi..tapi bukan teori versi Darwin...

Saya mengambil maksud dari evolusi itu sendiri...Pada pandangan saya, evolusi ialah proses perubahan sesuatu hidupan secara perlahan-lahan dan berterusan.

Contohnya kejadian manusia, ia bermula dari gabungan sperma dan ovum akhirnya berkembang membentuk individu manusia..proses berkembang itulah pada pandangan saya berkenaan evolusi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For chekguyeopProfil   Hantar PM kepada chekguyeop   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-06-08 01:09


Pada 16-05-08 14:20 , Howling_wolf posting:

!!! QUOTE !!!


Sheikh Nuh Ha Mim Keller berpendapat bahawa beliau tidak merasakan bahawa Evolusi itu membawa kepada kekufuran dan syirik. Adakah dengan mempercayai bahawa organisma berubah dari satu bentuk ke bentuk yang lain adalah kesyirikan? Malah menurut beliau, Aqidah Islam adalah dengan meyakini bahawa segala yang tidak mustahil bagi Allah sama ada mustahil itu mustahil di hati atau mustahil 'aradi (mustahil kerana Allah memberitahu kita bahawa sesuatu itu takkan berlaku walaupun pada hakikatnya Allah mampu melaksanakan)
http://msaidhawwa.blogspot.com



BUDAKKKKK HOWLING WING NI LAAAA YANG KATA MALAIKAT
MACAM HOLOGRAM BLA...BLA...BLA... DALAM PORUM TERDAHULU...
GUNA KEPALA HOTAK UNTUK MENAFSIR PERKARA-PERKARA
GHAIB DALAM RUKUN IMAN!!!

BUUUUDAKKKK HOWWLING WINGGG...
AKU TANYA HANGGG NIIII....
SIAPA SHEIKH NUH HA MIM KILLER???
MENGAPA HANGGG SANGGUP AMBIL PENDAPAT NUH HAM MIM
KILLER SEBAGAI SUMBER HUKUM?????


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 05-06-08 02:03


ada di ikim membicarakan hal lebih kurang begini.. pasal org zaman batu, dia mengatakan wujudnya mereka, tapi mereka bukan dari keturunan adam...

ada saya baca juga kat tafsir azhar karangan prof. dr. hamka, mengenai ada makhluk sebelum adam dicipta....

lebih kurang begitu...

WALLAHU'ALAM.

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

pemburupokok
WARGA SETIA
Menyertai: 07.08.2007
Ahli No: 30607
Posting: 1512
Dari: Dikawasan yang ada pokok

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-06-08 02:08


Pada 05-06-08 02:03 , azzak posting:

!!! QUOTE !!!

ada di ikim membicarakan hal lebih kurang begini.. pasal org zaman batu, dia mengatakan wujudnya mereka, tapi mereka bukan dari keturunan adam...

ada saya baca juga kat tafsir azhar karangan prof. dr. hamka, mengenai ada makhluk sebelum adam dicipta....

lebih kurang begitu...

WALLAHU'ALAM.


MEMANG ADA MAKHLUK SEBELUM ADAM DICIPTA...
TETAPI ADAKAH IANYA MENGALAMI EVOLUSI???


-----------------
((((SETIAP KENYATAAN AKU ADALAH INDIVIDU... TIADA KENA MENGENA DENGAN KERAJAAN/PERTUBUHAN / ORGANISASI / PARTI POLITIK))))

Mari berforum dengan Pemburu Pokok


Bookmark and Share

    


  Member Information For pemburupokokProfil   Hantar PM kepada pemburupokok   Quote dan BalasQuote

ibn_wan87
Warga Rasmi
Menyertai: 09.12.2007
Ahli No: 31967
Posting: 8
Dari: Jordan

jordan  


posticon Posting pada: 05-06-08 14:44


baca..faham dan buat rujukan..jangan cepat terima apa di tulis..kadang-kadang atas pendapat masing-masing..mungkin bincang secara ilmiah..insyaAllah terbuka apa yang tersirat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibn_wan87Profil   Hantar PM kepada ibn_wan87   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 05-06-08 20:06


Makhluk sebelum Adam Hal-hal dasar akidah :

Malaikat dicipta Allah SWT sebelum Nabi Adam Alahissalam, Malaikat dicipta Allah dari cahaya, bersifat patuh tunduk taat adalah ketetapan.

Jin/setan dicipta Allah SWT dari api, dahulunya berbakti namun angkuh/sombong adalah sifat jin dan bukan suatu ketetapan, banyak jin (muslim) yang tetap beriman pada Allah, para Nabi dan Rasulullah SAW.

Darwin dicipta Allah SWT dari pancaran air yang keluar dari tulang sulbi, karena ayah dan ibunya, tempat duduknya dan pengalamannya yang tidak sesuai tuntunan para Nabi apalagi Rasulullah sehingga Darwin sesat dan menyesatkan.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

kumencari
Warga Rasmi
Menyertai: 04.06.2008
Ahli No: 33640
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-06-08 21:52


Saudara howling_wolf, saya nak dapatkan penjelasan saudara berkenaan dengan maksud perkataan al-Bari’ yang saudara tafsirkan sebagai Maha Penjadi / Pengevolusi. Adakah sumber yang saudara gunakan untuk mentafsirkan perkataan tersebut sebagai Maha Pengevolusi adalah sumber yang sahih? (Saya tak ada rujukan yang meyakinkan, jadi cuma nak dapatkan pengesahan saudara)

“Kita tahu dan percaya dengan 'Kun fayakun' Allah, yang menjadikan alam ini dari tiada kepada ada. Tapi mengapa bila masuk ke dalam bab Evolusi yang pada pandangan Allah itu tersangat mudah dan tidak mustahil, kita menolaknya? Bukankah ini menolak sifat Maha Kuasa Allah?”
- Saudara mencampur adukkan dua perkara yang berbeza. Menolak evolusi berlaku terhadap manusia bukanlah bererti menolak kekuasaan Allah untuk melakukan proses evolusi. Saya yakin semua yang menyertai forum ni yakin Allah mampu melakukan proses evolusi jika dikehendakiNya. Tapi hujah saudara tak cukup untuk membuktikan yang manusia terhasil melalui proses evolusi.

Dalil yang saudara petik daripada Surah An-Nur, ayat 46 juga tidak dapat menyokong hujah saudara tentang evolusi, dan tidak sesuai dijadikan sebagai hujah saudara. Malah dalam tafsiran yang saudara berikan, saudara gunakan perkataan “menciptakan”, bukan “mengevolusikan”.

“Dengan penjelasan di atas, kita tahu bahawa kita adalah keturunan Adam dan Hawa secara roh. Disebabkan Homo sapiens mempunyai tubuh yang serupa dengan kita, maka kita tahu bahawa Allah menurunkan Adam dan Hawa ke muka bumi dengan memindahkan roh mereka ke dalam Homo sapiens yang telahpun berevolusi. Ketika mereka berdua masih berada di Syurga, Homo sapiens ini sedang menumpahkan darah, melakukan kerosakan dan tidak menyembah Allah di muka bumi. Dengan sebab itu, Allah meniupkan roh Adam dan Hawa ke dalam diri Homo sapiens supaya mereka menjadi manusia. Bukankah Allah telah menyebut bahawa Allah mahu manusia menggantikan mereka yang membuat kerosakan dan ingkar terhadap-Nya di muka bumi. Bagaimana kita boleh menjadi pengganti sekiranya kita bukan dari keturunan mereka?”
- Andaikan kenyataan saudara bahawa roh Adam dan Hawa dipindahkan ke dalam tubuh homo sapiens. Satu persoalan utama masih belum terjawab – dari mana asal usul homo sapiens yang telah berevolusi tu? Pada hujung rantai evolusi (makhluk yang pertama), kita masih akan kembali kepada proses penciptaan.

“Perubahan rupa bentuk adalah evolusi. Perubahan dari sperma menjadi tubuh manusia juga adalah evolusi.”
- Saya tidak bersetuju dengan kenyataan saudara dalam petikan di atas. Bagi saya, saudara menggunakan takrif yang salah untuk proses perubahan rupa bentuk dan perkembangan sperma kepada manusia @ makhluk lain sebagai evolusi. Dalam perubahan sperma kepada manusia, tak ada perubahan secara genetik kepada sperma tu, sebaliknya cuma proses perkembangan.

Salah satu teori hasil daipada tori Darwin ialah manusia dan makhluk2 lain di muka bumi berasal daripada “common ancestor”. Kemudian timbul persoalan dari mana “common ancestor” tu datang? Masih belum ada satu jawapan terhadap soalan ni. Ada teori yang mengatakan “common ancestor” dari angkasa lepas. Namun dari mana asal usul “common ancestor” yang berasal dari angkasa lepas tu? Evolusi? Penciptaan?

Akhir sekali, evolutionary biologist sering mengemukakan perubahan2 yang berlaku kepada kehidupan, sama ada genotypic atau phenotypic . Malah ada yang menyenaraikan puluhan jenis proses, contoh: single point mutation, inversion and translocation, deletion and insertion, gene duplication inter @ intra chromosomes, etc…. Tapi, proses2 ni satu pun tak menyokong teori yang menyokong teori bahawa satu spesis bertukar kepada spesis lain.

Wallahua’lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For kumencariProfil   Hantar PM kepada kumencari   Quote dan BalasQuote

pulu
WARGA SETIA
Menyertai: 27.01.2005
Ahli No: 13934
Posting: 697
Dari: Gorontalo

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 25-06-08 13:19


Crazy Idea + Evolusi - iman - ilmu = Proyek -> Wang -> Melancong -> Invasi # WAR!

Solusi, lebih baik baca buku humor sufi :D dari pada buku evolusi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For puluProfil   Hantar PM kepada pulu   Pergi ke pulu's Website   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-06-08 14:44


HMMM.. Bagus, satu topik yang ilmiah. Mr Owl membayangkan
otak menatang Darwin tuuuee fikir giniiiee. Life, kehidupan bermula
dengan community of cells of various kinds. Bermacam-macam bentuk
sebelum evolve / mutation ke arah yang lebih complex. Masing-masing
mempunyai genetic information dan chemical tricks / catalytic processes
invented by someone or something, akan memjana atau mempercepatkan
pecutan evolusi.

Mungkin baginya, seekor atau sebijjiik primitive bacterium, demi
kemandirian spesis dan efficiency dalam meneruskan kehidupan
dalam environment yang makin berubah perlu turut mengubah
ciri-ciri atau features yang ada pada diri, ataupun separated itself
from the community yang asalnya tadi untuk became the first species
of bacteria. HEEHHEE... Owl guna contoh bacterium, malas pakai
human... HHEEEHHEE... Ampunn...

Masalahnya, mangkuk Darwin niiee memang menolak Tuhan,
berpendapat everything start from the nature dan semulajadi melalui
proses... APA?? APA dia?? Evolusi? Sebelum evolusi mesti ada
sesuatu yang kita namakan EXISTENCE dan "existence" ini mana
mungkin... BBUURRBB!!! PPOOOUUVV!!! Tiba-tiba jeeerr wujud atau
terjadi?? Its bulls****ttt!!! Palaotaaak dia. Every single thing
cabang ilmu merujuk kepada apa? Asalnya siapa dan sekiranya seorang
genius mana pun, khilaf or hijab terbuka macam mana pun, cubaa
chheeecckk balik cabang applied of chemistry and
biotechnology - Semuaaa cabangnya menjurus kepada, The Creator ,
The Catalyst, The God, The One. Mana mungkin tiba-tiba evolve yang
tiada "The Starter."

    

p/s: Mr Howling_wolf!!! Nice research dudeee!!! Thanks. Besss niiiee...
Saya antara peminat topic Malaikat Dan Cahaya yang saudara open
sebelum ini... HUUEEHHUEEE... Keep it up.

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

pemburu_harimau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2008
Ahli No: 33850
Posting: 559
Dari: Di kawasan yang ada Harimau

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-07-08 16:55


Pada 05-06-08 21:52 , kumencari posting:

!!! QUOTE !!!

Saudara howling_wolf, saya nak dapatkan penjelasan saudara berkenaan dengan maksud perkataan al-Bari’ yang saudara tafsirkan sebagai Maha Penjadi / Pengevolusi. Adakah sumber yang saudara gunakan untuk mentafsirkan perkataan tersebut sebagai Maha Pengevolusi adalah sumber yang sahih? (Saya tak ada rujukan yang meyakinkan, jadi cuma nak dapatkan pengesahan saudara)

“Kita tahu dan percaya dengan 'Kun fayakun' Allah, yang menjadikan alam ini dari tiada kepada ada. Tapi mengapa bila masuk ke dalam bab Evolusi yang pada pandangan Allah itu tersangat mudah dan tidak mustahil, kita menolaknya? Bukankah ini menolak sifat Maha Kuasa Allah?”
- Saudara mencampur adukkan dua perkara yang berbeza. Menolak evolusi berlaku terhadap manusia bukanlah bererti menolak kekuasaan Allah untuk melakukan proses evolusi. Saya yakin semua yang menyertai forum ni yakin Allah mampu melakukan proses evolusi jika dikehendakiNya. Tapi hujah saudara tak cukup untuk membuktikan yang manusia terhasil melalui proses evolusi.

Dalil yang saudara petik daripada Surah An-Nur, ayat 46 juga tidak dapat menyokong hujah saudara tentang evolusi, dan tidak sesuai dijadikan sebagai hujah saudara. Malah dalam tafsiran yang saudara berikan, saudara gunakan perkataan “menciptakan”, bukan “mengevolusikan”.

“Dengan penjelasan di atas, kita tahu bahawa kita adalah keturunan Adam dan Hawa secara roh. Disebabkan Homo sapiens mempunyai tubuh yang serupa dengan kita, maka kita tahu bahawa Allah menurunkan Adam dan Hawa ke muka bumi dengan memindahkan roh mereka ke dalam Homo sapiens yang telahpun berevolusi. Ketika mereka berdua masih berada di Syurga, Homo sapiens ini sedang menumpahkan darah, melakukan kerosakan dan tidak menyembah Allah di muka bumi. Dengan sebab itu, Allah meniupkan roh Adam dan Hawa ke dalam diri Homo sapiens supaya mereka menjadi manusia. Bukankah Allah telah menyebut bahawa Allah mahu manusia menggantikan mereka yang membuat kerosakan dan ingkar terhadap-Nya di muka bumi. Bagaimana kita boleh menjadi pengganti sekiranya kita bukan dari keturunan mereka?”
- Andaikan kenyataan saudara bahawa roh Adam dan Hawa dipindahkan ke dalam tubuh homo sapiens. Satu persoalan utama masih belum terjawab – dari mana asal usul homo sapiens yang telah berevolusi tu? Pada hujung rantai evolusi (makhluk yang pertama), kita masih akan kembali kepada proses penciptaan.

“Perubahan rupa bentuk adalah evolusi. Perubahan dari sperma menjadi tubuh manusia juga adalah evolusi.”
- Saya tidak bersetuju dengan kenyataan saudara dalam petikan di atas. Bagi saya, saudara menggunakan takrif yang salah untuk proses perubahan rupa bentuk dan perkembangan sperma kepada manusia @ makhluk lain sebagai evolusi. Dalam perubahan sperma kepada manusia, tak ada perubahan secara genetik kepada sperma tu, sebaliknya cuma proses perkembangan.

Salah satu teori hasil daipada tori Darwin ialah manusia dan makhluk2 lain di muka bumi berasal daripada “common ancestor”. Kemudian timbul persoalan dari mana “common ancestor” tu datang? Masih belum ada satu jawapan terhadap soalan ni. Ada teori yang mengatakan “common ancestor” dari angkasa lepas. Namun dari mana asal usul “common ancestor” yang berasal dari angkasa lepas tu? Evolusi? Penciptaan?

Akhir sekali, evolutionary biologist sering mengemukakan perubahan2 yang berlaku kepada kehidupan, sama ada genotypic atau phenotypic . Malah ada yang menyenaraikan puluhan jenis proses, contoh: single point mutation, inversion and translocation, deletion and insertion, gene duplication inter @ intra chromosomes, etc…. Tapi, proses2 ni satu pun tak menyokong teori yang menyokong teori bahawa satu spesis bertukar kepada spesis lain.

Wallahua’lam.


salam...
Howling_wolf... sila jawab soalan yang dilontarkan oleh
Kumencari kepada anda ni.....


-----------------
Harimau adalah makhluk Tuhan,
Kenapa mahu memburu harimau yang comel ini?



    


  Member Information For pemburu_harimauProfil   Hantar PM kepada pemburu_harimau   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.140841 saat. Lajunya....