Oleh |
Kempen Piala Thomas |
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 15-05-08 12:00
dan salam ukhwahfillah. Bahang Piala Thomas menjelma lagi. Sejak 11 Mei 2008 yang lepas berlangsungnya Kempen Piala Thomas di Stadium Istora Senayan Indonesia. Negara2 kuasa badminton dunia berentap kembali merebut piala keagungan dunia badminton. Juara bertahan adalah China yang merupakan pilihan pertama. Pilihan kedua adalah Indonesia dan pilihan ketiga adalah Malaysia. Skuad Malaysia telah memulakan kempen kali ini dengan baik dan jayanya. Mengalahkan England 5-0, kemudian mengalahkan Korea Selatan dengan 4-1, dan mengalahkan Jepun di suku akhir dengan 3-0. Skuad Malaysia akan bertemu China di Separuh Akhir Jumaat ini. Adakah Malaysia akan mengalahkan juara bertahan China? -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 15-05-08 12:09
Sumber Gambar: ants Taklimat terakhir kepada Skuad Malaysia sebelum berlepas ke Jakarta. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 15-05-08 12:12
Sumber Gambar: George Chong Wei Bergambar sebelum berlepas membawa misi Malaysia. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 15-05-08 12:14
Sumber Gambar: George Chong Wei Wong Choon Han - Selaku Ketua Pasukan Malaysia -----------------
|
eyla05
WARGA SETIA Menyertai: 17.10.2005 Ahli No: 19884
Posting: 546
Dari: perak
|
Posting pada: 15-05-08 12:44
susah nak jangka sapa boleh menang....dua negara sama-sama kuat...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 15-05-08 13:41
Sumber Gambar: George Chong Wei Sesi Latihan Skuad Malaysia -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 15-05-08 14:01
Pada 15-05-08 12:44 , eyla05 posting:!!! QUOTE !!! susah nak jangka sapa boleh menang....dua negara sama-sama kuat...
ye, perlawanan yang sukar dijangka. Malaysia kalau acara berpasukan tampak seimbang dengan China. Semenjak 8 perlawanan berkumpulan, 4 dimenangi Malaysia dan 4 dimenangi China. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 15-05-08 14:12
Malaysia MaraMATLAMAT mara ke separuh akhir - seperti dijanjikan - berjaya dikotakan wira badminton negara yang tampil memanfaatkan elemen kejutan untuk memerangkap Jepun dalam laluan kejayaan 3-0 pada peringkat suku akhir saingan Piala Thomas di Istora Senayan, semalam. Keberanian mengubah formasi beregu - di sebalik hakikat betapa tiga pasangan yang dibawa ke Jakarta adalah gandingan terbukti berkemampuan - menjadi intipati kejayaan ketika Jepun terpinga-pinga mencari jawapan terhadap formula jelmaan negara. Ini kerana sejak awal lagi, diakui betapa saingan beregu jadi penentu kerana tiga pemain perseorangan negara - Lee Chong Wei, Lee Choong Hann dan Hafiz Hashim - ternyata berada setahap lebih tinggi daripada tiga lawan mampu dijelmakan negara matahari terbit itu. Ia terbukti apabila Chong Wei hanya perlukan 32 minit dalam laluan untuk menundukkan pemain utama Jepun, Shoji Sato 21-10, 21-16 ketika Choong Hann juga tidak bermasalah memberi mata kemenangan ketika menundukkan pemain muda lawan, Kenichi Tago, 21-13, 21-18. Tetapi apa yang jadi penentu sebenarnya ialah kejayaan gandingan ‘bidan terjun’, Koo Kien Keat-Choong Tan Fook yang sama sekali memerangkap kombinasi kental Shintaro Ikeda-Shuichi Sakamoto dengan corak persembahan serba mengelirukan dalam laluan menang 21-13, 21-11. “Inilah uniknya acara berpasukan. Kita mampu untuk mengubah perancangan mengikut keadaan, tetapi ia hanya boleh dilakukan jika kita ada ramai pemain berkemampuan. Ternyata perancangan ini menjadi dan tahniah kepada pemain yang menjamin kemenangan ini,” kata jurulatih beregu, Rexy Mainaky. Tan Fook sendiri mengakui awalnya terkejut apabila diberitahu akan berganding dengan Kien Keat, tetapi memuji rakannya itu yang dianggapnya sebagai ‘amat bagus, pantas dan begitu menggegar.’ “Kami semua berada di sini untuk menang. Memang saya terkejut pada awalnya, tetapi kami semua bersikap profesional dan sentiasa memfokuskan tumpuan kepada cabaran yang menanti. “Sebaik sahaja mengetahui kami bakal digandingkan, saya dan Kien Keat terus berbincang mengenai cara dan strategi terbaik demi menjamin kami mampu menyumbang mata untuk pasukan negara,” katanya. Seperkara pasti, Chong Wei dan Choong Hann juga memainkan peranan penting kerana langsung tidak membenarkan lawan sebarang ruang buat mencipta kejutan ketika negara begitu perlukan sumbangan mata daripada mereka. “Saya akui persembahan ketika ini belum yang terbaik tetapi lawan seterusnya ialah China dan ini yang paling penting. Saya akan berbincang dengan jurulatih cara mana yang terbaik untuk menentang Lin Dan nanti. Saya ada keyakinan dan yakin dengan persiapan yang sudah dihasilkan,” katanya. Skuad negara akan berehat, hari ini, sebelum turun dalam aksi paling dinantikan bertemu juara bertahan, China, esok. KEPUTUSAN Suku Akhir Piala Thomas MALAYSIA mana Jepun 3-0 Lee Chong Wei mana Shoji Sato 21-10, 21-16; Koo Kien Keat-Choong Tan Fook mana Shintaro Ikeda-Shuichi Sakamoto 21-13, 21-11; Wong Choong Hann mana Kenichi Tago 21-13, 21-18. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 15-05-08 14:21
Percaturan MenjadiRISIKO, andainya gagal, memang amat disedari. Mereka bakal jadi sasaran kecaman pelbagai pihak yang tidak akan faham mengapa perjudian sebegitu perlu dilakukan ketika Malaysia ada tiga kombinasi beregu boleh diharapkan. Malah, ketika senarai barisan pemain negara diedarkan di pusat media Istora Senayan, pagi semalam, wajah majoriti wartawan negara mudah dibaca, semuanya sukar percaya betapa tiada satu pun beregu diperakui - Choong Tan Fook-Lee Wan Wah, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong atau pun Fairuzizuan Tazari-Mohd Zakry Latif - akan diturunkan. Apa yang sebaliknya tertera ialah Tan Fook digandingkan bersama Kien Keat ketika Boon Heong-Zakry membentuk gandingan kedua untuk pertentangan menentang Jepun. Itu dilakukan ketika diperakui juga bahawa Jepun punya dua beregu mantap yang wajar dibimbangkan. Tetapi, bermula dengan cetusan idea Rexy Mainaky - disokong Yap kirim Hock sebelum seluruh barisan kejurulatihan dan pucuk pimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga memberi restu - percaturan itu terbukti jadi satu lagi ‘sentuhan ajaib’ yang memukau tumpuan. “Saya harus berani untuk mengambil tindakan dan saya hargai sokongan yang diberikan kirim Hock. Terbukti Tan Fook-Kien Keat mempamer persembahan hebat dan lawan tidak mampu berbuat apa-apa. Ini keputusan bersama sebagai satu pasukan, selepas semua memberikan pendapatnya. “Keberanian ini juga dibuat berdasarkan kepercayaan kepada kemampuan pemain. Ia satu perjudian. Kami tahu jika gagal, kami terpaksa berdepan kritikan anda semua nanti,” akui Rexy ketika ditemui selepas kemenangan itu. Lebih penting, ia sekali gus menukar tanggapan lawan terhadap Malaysia - yang sebelumnya dianggap barisan mudah dibaca kerana tiadanya variasi berbeza yang mampu dijelmakan. “Ya, ia menjadikan pasukan kita tidak lagi mudah dibaca. Ia menunjukkan kepada semua pihak bahawa kita ada keberanian dan keyakinan,” kata Rexy. kirim Hock sendiri akur, itulah perancangan dipersetujui bersama untuk memerangkap Jepun. “Jepun sudah tahu pasukan kita. Kerana itu saya sokong cadangan Rexy untuk menjelmakan elemen kejutan itu. Terbukti ia perjudian yang membuahkan hasil seperti diharapkan,” katanya. Ketua jurulatih Jepun, Park Joo-bong sendiri akur betapa dia sudah 'diperangkap' mainan strategi barisan jurulatih dan pemain-pemain negara. “Saya akui terkejut dengan formasi beregu Malaysia. Ia mengurangkan beban kepada pemain mereka yang dapat menghasilkan prestasi lebih baik dan bermain dengan lebih tenang. Saya terkejut dan harus mengakui Malaysia lebih bagus hari ini,” katanya. Presiden BAM, Datuk Nadzmi Salleh pula berkata: “Kita tahu yang Jepun sudah menganalisis kemampuan pemain kita secara mendalam. Kerana itu, kita tidak ikut perancangan biasa. Ia memerangkap mereka dan ketika itu, mereka tidak punya idea untuk memberikan reaksi balas yang sebaiknya,” katanya. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-08 07:40
'Lin Dan Tertekan, bukan saya'RIAK cerianya pagi semalam bijak menyembunyikan galasan tugas berat di bahu Lee Chong Wei yang kini diramal jadi penentu sama ada Malaysia bakal kembali merasai kenikmatan beraksi pada pertembungan kemuncak Piala Thomas di Istora Senayan, Ahad nanti. “Saya tidak rasa apa-apa tekanan. Saya akan turun dan beri segala yang terbaik. Dia (Lin Dan) adalah pemain nombor satu dunia. Dia yang sepatutnya berasa tertekan,” tegas Chong Wei. Namun, bukan rahsia betapa Malaysia mengharapkan Chong Wei untuk mencipta kejutan apabila bertentang mata dengan juara dunia itu ketika skuad negara dan China sibuk mencongak strategi terbaik buat aksi separuh akhir, hari ini. Hakikat itu dibayangkan ketua jurulatih, Yap kirim Hock, yang menganggap betapa sekurang-kurangnya satu mata perlu diperoleh daripada tiga aksi awal untuk menghidupkan peluang layak ke final pertama sejak 2002. “Sekurang-kurangnya di atas kertas, kita punya kelebihan ketara untuk beregu kedua. Jika kedudukan terikat 2-2, saya yakin Hafiz punya lebih pengalaman untuk menanganinya berbanding dengan Chen Jin. Jadi, satu mata daripada tiga perlawanan pertama amat penting untuk kita,” katanya. Menurut perkiraan skuad negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong akan punya peluang baik jika diturunkan pada posisi beregu kedua bertemu Xie Zhongbo-Guo Zhendong selain Hafiz yang boleh diharapkan untuk memungut mata. Lantas, satu mata penting diperlukan - sama ada daripada Chong Wei, gandingan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah atau pun Wong Choong Hann - untuk membolehkan dua lagi pertentangan itu dilangsungkan. Kerana itu juga, petanda kelihatan ialah Malaysia mungkin tidak lagi membuat perjudian seperti ketika menentang Jepun sebelumnya apabila memecahkan gandingan sedia ada untuk mencipta kejutan terhadap lawan yang dibiarkan terpinga-pinga. Tetapi apa sekalipun congakannya, kirim Hock mengakui betapa mereka akan menanti sehingga saat akhir - pagi esok - sebelum menamakan tujuh pemain bakal memikul cabaran negara dalam saingan dijadualkan pada tengahari waktu tempatan, hari ini. Seperkara pasti, kemantapan aksi dan kepaduan semangat berpasukan ditunjukkan setakat ini berjaya menjelmakan rasa gusar dan gelisah dalam sanubari ketua jurulatih lawan, Li Yongbo. “Malaysia adalah lawan yang rumit. Setiap kali bertemu pada acara berpasukan, mereka jelas lawan yang sukar untuk ditangani. Kami mungkin punya kekuatan dalam perseorangan dan beregu berdasarkan prestasi terkini, tetapi situasinya berbeza apabila tiba acara berpasukan. “Kerana itu, saya lebih melihat kedua-dua pasukan punya peluang yang seimbang,” katanya. Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dalam saingan Piala Thomas ialah di Guangzhou apabila Malaysia menang 3-1 di separuh akhir. Tan Fook, Wan Wah, Choong Hann dan Hafiz adalah anggota skuad lalu itu yang masih bersama pasukan negara di Jakarta kali ini. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-08 07:42
Gempur ChinaJAKARTA - Tiada lagi elemen kejutan, Malaysia sebaliknya akan menurunkan pasukan terkuat untuk menentang China pada separuh akhir Piala Thomas hari ini dan yakin melangkah ke perlawanan akhir bukan misi mustahil. Secara individu, China memiliki pemain yang lengkap untuk melakar kejuaraan hatrik Piala Thomas, namun sebagai sebuah pasukan, Malaysia mampu memberikan cabaran yang kuat untuk memenangi pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Istora, Senayan. Pemain nombor dua dunia, Lee Chong Wei, Wong Choong Hann dan Muhammad Hafiz Hashim bakal mengetuai cabaran perseorangan negara, bersiap sedia untuk berdepan Lin Dan, Bao Chunlai dan Chen Jin. Bagi acara beregu, kombinasi Choong Tan Fook-Koo Kien Keat diakui berjaya mempamer permainan meyakinkan ketika membantu Malaysia menumbangkan Jepun di suku akhir, namun pasukan negara mungkin kembali kepada kombinasi asal, Tan Fook-Lee Wan Wah dan Kien Keat-Tan Boon Heong. China pula dijangka menampilkan juara dunia 2006, Fu Haifeng-Cai Yun, selain pasangan nombor sembilan dunia, Guo Zhendong-Xie Zhongbo, kecuali negara itu mahu membuat rombakan dalam gandingan mereka untuk menghadapi pasangan negara yang diakui mempunyai kelebihan. Selaku juara dua kali dan memiliki barisan pemain yang kesemuanya berada dalam ranking 10 terbaik dunia, China merupakan pilihan untuk memenangi pertemuan hari ini, namun Malaysia, memiliki rekod yang cemerlang ke atas gergasi badminton dunia itu dalam empat pertemuan terakhir mereka sejak 1992. Kemenangan paling sejarah yang mampu membangkitkan motivasi pemain Malaysia tentunya ketika kita menumpaskan China 3-1 di depan penyokong mereka sendiri pada Piala Thomas 2002 di Guangzhou. "Perseorangan terbaik kita ketika ini adalah Lee Chong Wei, Wong Choong Hann dan Muhammad Hafiz Hashim, jadi kita akan menurunkan ketiga-tiga pemain terbaik ini untuk menghadapi China. "Percaturan kita dalam acara beregu belum ditentukan, mungkin kita akan melakukan rombakan sama seperti yang dibuat ketika menentang Jepun atau mungkin juga tidak, namun berdepan China, saya tidak fikir perubahan kombinasi beregu akan memberikan perbezaan besar," kata ketua jurulatih negara, Yap kirim Hock. Walaupun mengakui beregu menjadi sandaran utama negara untuk mengutip dua mata penting kerana China memiliki kekuatan dalam acara perseorangan, namun kirim Hock menegaskan, Malaysia juga sebenarnya mampu mencuri mata daripada acara perseorangan. Berlangsung sengitKatanya, pertemuan Lin Dan-Chong Wei selama ini sentiasa berlangsung sengit, justeru peluang masih 50-50 dan mampu berpihak kepada pemain nombor satu negara itu jika prestasinya hari ini lebih baik berbanding pemain nombor satu dunia itu. Chunlai pula mungkin memenangi enam daripada sembilan pertemuannya dengan Choong Hann, termasuk dalam dua pertemuan terakhir mereka di Terbuka Korea dan Terbuka Malaysia - kedua-duanya Januari tahun ini, namun Choong Hann pemain yang lebih stabil apabila tiba acara berpasukan. Sekiranya perlawanan terikat 2-2 dan memaksa saingan diheret ke perseorangan ketiga, kebanyakan jurulatih bersetuju bahawa Hafiz adalah pemain yang lebih baik berbanding Chen Jin, meskipun tidak pernah memenangi kesemua empat pertemuannya dengan juara Seluruh England itu. "Dia mungkin tidak menyerlah dalam kejohanan individu dan sering diperkecilkan tetapi Hafiz mampu membawa impak besar kepada pasukan apabila beraksi dalam situasi genting. Lagipun, prestasinya sepanjang minggu ini cukup memberangsangkan. "Saya masih melihat Hafiz sebagai perseorangan ketiga yang paling berbahaya. Jika pertemuan Malaysia-China diheret ke permainan kelima, saya akan memilih Malaysia sebagai pemenangnya," kata legenda badminton Indonesia yang juga bekas jurulatih Malaysia, Indra Gunawan. Walaupun Tan Fook-Wan Wah menghadiahkan mata kemenangan Malaysia ketika menumbangkan China 3-1 di Guangzhou, enam tahun lalu, namun Hafiz adalah kunci utama kemenangan itu. Hafiz, 26, yang membuat penampilan sulung Piala Thomas dan tidak memiliki ranking dunia yang baik berjaya mengejutkan Chunlai, antara lima pemain terbaik dunia ketika itu dalam perlawanan perseorangan kedua. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-08 07:42
Kekuatan mental jadi sandaranJAKARTA – Ketua pasukan negara, Wong Choong Hann percaya, kekuatan mental dan keberanian pemain akan menjadi penentu nasib Malaysia apabila berdepan China dalam saingan separuh akhir Piala Thomas, hari ini. Menurut Choong Hann, realiti di atas kertas membuktikan China pasukan yang lebih kuat daripada segala aspek, malah mereka bukan saja menjadi pilihan utama untuk memenangi pertemuan ke atas Malaysia tetapi juga menjulang kejuaraan hatrik. Namun, Malaysia mampu melakar kejutan jika setiap pemainnya memasuki gelanggang dengan keberanian yang tinggi, selain yakin dengan kemampuan diri sendiri. “Kita tidak boleh menafikan realiti bahawa China adalah pasukan yang lebih kuat dalam semua aspek, mereka bukan saja pilihan utama untuk memenangi perlawanan ini tetapi kejuaraan Piala Thomas, namun sebagai sebuah pasukan, saya percaya Malaysia mampu memberikan cabaran yang kuat. “Rekod individu mungkin milik China tetapi rekod berpasukan sejak akhir-akhir ini kerap menjadi milik kita. Jadi, saya percaya pemain negara mampu mencabar mata pada setiap perlawanan, termasuk dalam acara perseorangan. Daripada perseorangan pertama hingga kepada perseorangan terakhir, saya fikir peluang adalah 50-50,” katanya. Menurut Choong Hann, pada peringkat separuh akhir, skil antara pemain China dan Malaysia tidak akan membawa perbezaan besar kerana kedua-dua pasukan mempunyai kemampuan yang hampir sama, namun apa yang akan membezakan keputusan perlawanan itu adalah mentaliti pemain. Tegasnya, pemain seperti Lee Chong Wei dan Muhammad Hafiz Hashim harus sentiasa mempunyai keyakinan bahawa mereka mampu menumbangkan pemain China, malah dia sendiri harus menanam keyakinan bahawa Bao Chunlai mampu dijinakkan apabila turun dalam perseorangan kedua. “Ini bukan lagi soal beradu kekuatan dan fizikal semata-mata tetapi lebih kepada pertarungan mental dan psikologi. Siapa yang lebih kuat dan berani mentalitinya, dia akan keluar sebagai pemenang. “Saya harap pemain akan menjadikan kemenangan di Guangzhou enam tahun lalu sebagai motivasi mereka kerana situasi ketika itu dan ketika ini tidak jauh beza. China kuat dalam perseorangan, kita pula lebih baik dalam beregu, tetapi pada akhirnya, kita bukan saja menang dalam acara beregu malah mencuri mata daripada perseorangan,” katanya. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-08 07:43
China 'cakap besar'JAKARTA - Ketua jurulatih China, Li Yongbo menghormati kemampuan Malaysia, namun menegaskan, pasukannya sudah disiapkan untuk membawa pulang kejuaraan Piala Thomas dan menumbangkan pasukan negara pada separuh akhir, hari ini adalah antara misi mereka. Tegas Yongbo, Malaysia mempunyai pemain yang bagus diketuai Lee Chong Wei serta dua beregu utama, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, namun mereka memiliki pemain yang mampu mencatat kemenangan pada setiap perlawanan. Katanya, situasi enam tahun lalu yang mana Malaysia menumpaskan China 3-1 pada separuh akhir di Guangzhou sudah jauh berubah. Pemain-pemain utama negara itu kini sudah jauh lebih matang dan berpengalaman beraksi pada pusingan akhir Piala Thomas. "Kita kalah pada 2004 kerana pemain kita gugup ketika itu. Tiada pengalaman beraksi dan Bao Chunhai hanya membuat penampilan pertama, tetapi saya yakin situasi kali ini sudah jauh berbeza. "Pemain seperti Lin Dan dan Bao Chunlai merupakan tonggak yang telah memberikan Piala Thomas kepada kami selama dua kali berturut-turut, pasangan Fu Haifeng-Cai Yun juga sudah lebih berpengalaman. "Keseluruhannya, kami telah membentuk sebuah pasukan yang lebih baik berbanding dulu, malah kehadiran pemain muda seperti Chen Jin dan Chen Yu juga memberikan kelebihan kepada China untuk mencatur strategi," kata Yongbo. Bagaimanapun, kata Yongbo, Malaysia tetap pasukan yang mampu menghadirkan kesukaran kepada pasukannya, terutama dalam acara beregu kerana memiliki dua pasangan mantap - Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong. Malah, pemain nombor dua dunia, Lee Chong Wei juga pernah mengalahkan Lin Dan dan kedudukan mampu menjadi runcing sekiranya mereka melepaskan mata pertama kepada lawan. Sementara itu, Yongbo juga menegaskan, bencana yang melanda wilayah Shichuan di negara itu tidak akan menjejaskan tumpuan pemainnya untuk menghadapi separuh akhir, walaupun terdapat anggota pasukan yang berasal dari wilayah berkenaan. Pada 12 Mei lalu, gempa bumi terburuk melanda wilayah Shichuan dan mengorbankan ribuan penduduk, beregu nombor dua China, Xie Zhongbo merupakan antara pemain yang mempunyai keluarga di sana. "Bencana itu amat menyedihkan pasukan kami dan semua pemain turut bersimpati dengan keluarga mangsa yang terkorban. Namun, ia tidaklah sehingga menjejaskan tumpuan mereka untuk menghadapi Piala Thomas dan Uber. "Sebagai tanda simpati, kami mengambil inisiatif mengumpul derma kepada keluarga mangsa. Kami mengikuti semua perkembangan di Shichuan tetapi keadaan di sana tidak mempengaruhi pemain-pemain kami," kata Yongbo yang berharap untuk berdepan Indonesia pada perlawanan akhir Piala Thomas. - Utusan -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-08 07:44
Petang ini bermulanya Misi utama skuad Piala Thomas kita. Ayuh kita bagi sokongan....
|
puterisembilu
WARGA SETIA Menyertai: 23.10.2007 Ahli No: 31480
Posting: 591
Dari: Kota Kinabalu,Sabah
|
Posting pada: 16-05-08 08:16
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-08 08:20
Ye Putri, mari kita sama-sama memberi sokongan. Teman hari ini ambil cuti separuh hari semata-mata untuk memberi sokongan kat Malaysia.
|
syahidatul
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 07.11.2004 Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya
|
Posting pada: 16-05-08 08:22
hari ni tak kerja sebab minta MC sebab sakit so boleh lah nonton... ihikss Daeng, channel berapa kali ni? pukui berapa? -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-08 08:25
hari ini, Separuh Akhir insyaAllah akan disiarkan di TV1 dengan jurucakap sukan yang berwibawa Hasbullah Awang (Rasanya...) Bermula pukul 1400Hrs waktu Malaysia dan 1300Hrs waktu Indonesia
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-08 08:46
Sumber Gambar: daniel2323 Taufik Hidayat dengan Keluargenya. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-08 08:49
Sumber Gambar: cth14 Chen Jin - China -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-08 08:52
Sumber Gambar: cth14 Lee Chong Wei - Malaysia -----------------
|
ummusafiah
WARGA SETIA Menyertai: 12.11.2004 Ahli No: 12428
Posting: 2520
|
Posting pada: 16-05-08 09:03
hari ni plan nak tengok online..sambil dengar lecture sambil tengok badminton..hikss lecturer ummu tak marah dia cakap ok jew..
|
aleyamaisara
Warga 4 Bintang Menyertai: 24.05.2007 Ahli No: 30035
Posting: 186
Dari: skudai,johor
|
Posting pada: 16-05-08 10:25
best nya...lama da tak tengok...marilah beramai2 sokong skuad malaysia..
|
brapelamedaa
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.07.2006 Ahli No: 25516
Posting: 29
Dari: kulim
|
Posting pada: 16-05-08 11:27
wah tak sangka daeng pun minAT main badminton ye....demi badminton walau ada kerja apa sekalipun saya sanggup ketepikan...
|
brapelamedaa
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.07.2006 Ahli No: 25516
Posting: 29
Dari: kulim
|
Posting pada: 16-05-08 11:32
saya akan berangkat ke indonesia untuk mengikuti final disana....
|
brapelamedaa
Warga 1 Bintang Menyertai: 30.07.2006 Ahli No: 25516
Posting: 29
Dari: kulim
|
Posting pada: 16-05-08 11:33
bukan sokong Malaysia saja,kita kena sokong indonesia supaya kalahkan korea yang turunkan barisan 'kurang ajar' sewaktu berjumpa kita tempohari...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-08 12:07
Pada 16-05-08 11:32 , brapelamedaa posting:!!! QUOTE !!! saya akan berangkat ke indonesia untuk mengikuti final disana.... Sudirman, meke pergi sana tak mo ajak teman! kalau tak kita pergi sekali. Kitekan rakan sepermainan.... -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-08 12:09
Pada 16-05-08 11:33 , brapelamedaa posting:!!! QUOTE !!! bukan sokong Malaysia saja,kita kena sokong indonesia supaya kalahkan korea yang turunkan barisan 'kurang ajar' sewaktu berjumpa kita tempohari... ye, memang teman sokong Indonesia punya. Korea tu saja bermain2 dan mempermain2kan kita ni.... -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-08 12:10
Pada 16-05-08 11:27 , brapelamedaa posting:!!! QUOTE !!! wah tak sangka daeng pun minAT main badminton ye....demi badminton walau ada kerja apa sekalipun saya sanggup ketepikan... Sudirman, meke perli teman ye? teman tau lah teman siapa.... -----------------
|
puterisembilu
WARGA SETIA Menyertai: 23.10.2007 Ahli No: 31480
Posting: 591
Dari: Kota Kinabalu,Sabah
|
Posting pada: 16-05-08 12:41
Pada 16-05-08 08:20 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Ye Putri, mari kita sama-sama memberi sokongan. Teman hari ini ambil cuti separuh hari semata-mata untuk memberi sokongan kat Malaysia. nak ambil cuti...tapi bos tak bagi...huhuhuhuu...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 16-05-08 14:34
huhu...beminten ni....memang best...minat ..minat...setiap hari Selasa saya bermain beminten...tengok yang main di istu pun dah hebat2...apatah lagi yang no 1 dunia...huh...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-05-08 18:43
Malaysia akhirnya tewas kepada China dengan kedudukan 3 berbalas 2. nampaknya terpaksa teman menanti selama 18tahun lagi. Tape sabor2
|
diella
Warga 4 Bintang Menyertai: 25.12.2006 Ahli No: 27880
Posting: 219
Dari: alor star
|
Posting pada: 16-05-08 20:27
best tengok chong wei mng tadi.. tapi yang lain ada juga yang klah..huhuu
|
faridah
Warga 1 Bintang Menyertai: 11.09.2004 Ahli No: 11059
Posting: 25
Dari: bumi allah
|
Posting pada: 17-05-08 01:10
assalamualaikum, tak apalah.tapi saya kagum dengan beregu melayu kita,kalau tak silap nama nya zakry dan farizizuan.hope mereka dapat kekalkan kecemerlangan...jangan tenggelam timbul...
|
sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 12.05.2004 Ahli No: 8934
Posting: 5682
|
Posting pada: 17-05-08 15:30
hmm...kalah lagi...masih tak ada rezeki nampaknya.... kena cuba dua tahun lagi lah nampaknya....
|