Oleh |
Pengasas kumpulan Naza meninggal dunia di Los Angeles |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 02-05-08 14:54
sama Nasimuddin sama Amin WASHINGTON 2 Mei - Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Naza, Tan Sri S.M Nasimuddin S.M Amin meninggal dunia akibat kanser paru-paru pada Khamis pagi di Los Angeles, California. Nasimuddin, 53 yang juga Ketua Pegawai Eksekutif konglomerat itu, menerima rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di Long Beach sejak Januari tahun ini, kata Konsul Malaysia Ahmad Asmawi memberitahu Bernama melalui perbualan telefon dari Los Angeles. Ahmad berkata isteri Nasimuddin, Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anak mereka berada di sisi Allahyarham ketika beliau menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira pukul 9 pagi waktu tempatan Khamis pagi. Persatuan Islam Malaysia Amerika Utara akan menguruskan penghantaran jenazah beliau ke Malaysia dan mengadakan solat jenazah di Pusat Islam. Jenazah Allahyarham akan diterbangkan ke Malaysia dengan pesawat Penerbangan Malaysia MH 94 pada pukul 1.40 pagi Sabtu pagi, kata Ahmad. - Bernama Al-Fatihah...  -----------------
|
nurlynn
WARGA SETIA Menyertai: 01.09.2005 Ahli No: 18638
Posting: 460
Dari: Rumahku
|
Posting pada: 02-05-08 16:09
innalillahiwainnailaihirajiun... Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita kembali... Al-Fatihah..
|
aierah_me
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.08.2004 Ahli No: 10685
Posting: 252
Dari: Johor
|
Posting pada: 02-05-08 19:02
AL-FATIHAH.... takziah kepada Puan Sri Zaleha Ismail dan anak-anaknya... semoga Allah menempatkannya bersama orang-orang yang bertaqwa.. aminn...
|