Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kejayaan sebenar adalah terletak pada tidak pernah jatuhnya seseorang....tetapi manusia mana yang tidak pernah melakukan kesalahan. Oleh itu kejayaan yang sebenar-benarnya adalah kesanggupan tegak kembali pada setiap kali jatuh...
-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 189
Ahli: 0
Jumlah: 189




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 22 jam, 12 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Tiada Jom Heboh Di Perak. Mufti perlis Menentang di Perlis


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Tiada Jom Heboh Di Perak. Mufti perlis Menentang di Perlis

Please Mendaftar To Post


Oleh Tiada Jom Heboh Di Perak. Mufti perlis Menentang di Perlis

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 01-05-08 22:11


KENYATAAN MEDIA JABATAN MUFTI PERLIS MENGENAI JOM HEBOH

Pada dasarnya, Jabatan Mufti Perlis tidak mengharamkan Program Jom Heboh anjuran Stesyen TV3, akan tetapi pihak Jabatan Mufti dukacita dengan nilai-nilai negatif yang terselit bersama dengan program Jom Heboh tersebut.


2. Pihak Jabatan Mufti mencadangkan garis panduan berikut sebagai panduan pelaksanaan program Jom Heboh di Negeri Perlis:


i. Program Jom Heboh tanpa konsert adalah satu keutamaan sekiranya hendak dilaksanakan di Negeri Perlis


ii. Jika disertai dengan program konsert, ia hendaklah terkawal dan berdisiplin

iii. Artis-artis yang menimbulkan contoh-contoh yang buruk seperti Faizal Tahir atau aliran artis lain dari aliran rock, dangdut dan seumpamanya yang mempromosikan gelagat-gelagat liar dan ala kebudak-budakan yang menghapuskan nilai-nilai kematangan hidup tidak boleh dibenarkan

iv. Maka artis-artis yang hendak dibawa masuk hendaklah artis yang telah dirujuk persetujuan dari Jabatan Mufti, secara umumnya dicadangkan artis-artis puisi seperti Kopratasa, Ramli Sarip dan Suhaimi Mior Hassan ataupun kumpulan-kumpulan nasyid di tanahair.

v. Sebarang aktiviti-aktiviti yang memperlihatkan nilai-nilai kebodohan yang seakan-akan memperlekehkan akal dan pemikiran rakyat adalah tidak boleh dibenarkan

vi. Unsur-unsur khurafat seperti penampilan kepercayaan-kepercayaan misteri dan karut tidak dibenarkan. Demikian juga jualan barang-barangan khurafat dan tahyul seperti kayu koka tidak dibenarkan

vii. Penganjur Jom Heboh hendaklah menghormati sensitiviti orang-orang Islam seperti tidak menguatkan bunyian-bunyian pada waktu solat sehingga kelihatan seperti tidak menghormati agama.


Sekian , terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”


Saya yang menjalankan tugas,

( DR. MOHD. ASRI BIN ZAINUL ABIDIN )

Mufti,
Kerajaan Negeri Perlis.

http://drmaza.com


-----------------
http://www.islamqa.com/en

http://lobaitampin.blogspot.com/





Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 01-05-08 22:12


Bilakah Negeri Ku Melaka akan menentang "Jom Heboh" Dengan Maksiat


    Jom Heboh di Perlis, Mufti hantar surat bantahan

    KUALA LUMPUR, 30 April (Hrkh) - Mufti Perlis, Dato' Dr Asri Zainul Abidin telah menghantar surat bantahan kepada kerajaan negeri supaya mengambil perhatian serius berhubung penganjuran Karnival Jom Heboh yang bakal diadakan pada 3 dan 4 Mei akan datang di Perlis.

    Kata Dr Asri, surat tersebut telah dihantar seminggu yang lalu menyarankan supaya kerajaan negeri melarang sebarang unsur-unsur atau program negatif yang bercanggah dengan agama yang diadakan dalam karnival tersebut.

    "Saya tidak mengganggap Karnival Jom Heboh itu haram kerana terdapat juga program dan aktivitinya yang baik seperti pameran penerangan, pendidikan dan urusan perniagaan," katanya yang berbeza pendapat dengan Mufti Perak yang mengeluarkan fatwa haram umat Islam menghadiri karnival tersebut.

    "Tetapi jika ada program yang mengandungi unsur-unsur negatif dan bertentangan dengan agama, saya sarankan tidak perlulah penduduk negeri Perlis menghadirinya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily semalam.

    Dalam pada itu beliau menjelaskan bantahan tersebut bermakna Islam melarang sama sekali program berunsur hiburan seperti konsert yang ada antaranya mengajak masyarakat berhibur secara matang dan bukannya menjerumuskan diri kepada gejala yang tidak sihat.

    "Kita suka hiburan yang matang dan bukan bermakna kita 'banned' semua hiburan atau hanya tertumpu kepada nasyid semata-mata.

    "Anda boleh jemput kumpulan Kopratasa, penyanyi Shuhaimi Mior Hassan atau Ramli Sarip yang boleh mengajak generasi muda berhibur secara matang," katanya yang turut membantah kehadiran Faizal Tahir dalam konsert Jom Heboh akan datang.

    Kata Dr Asri penyanyi berkenaan telah dibuktikan mempunyai rekod dan identiti yang kurang baik yang tidak wajar dicontohi oleh masyarakat umum khususnya para remaja.

    Ditanya sama ada surat tersebut memberi kesan dan akan diberi perhatian oleh kerajaan Perlis, beliau berharap agar kerajaan baru ini dapat menghormati suara rakyat dan kelompok agama yang mahu memastikan umat Islam terhindar dari gejala negatif yang jelas bertentangan dengan agama.

    "Kerajaan baru ini belum teruji lagi dengan isu-isu seperti ini dan beri peluang untuk mereka menanganinya," katanya.

    Sebelum ini Dr Asri turut menghantar surat bantahan yang sama kepada kerajaan negeri bagi melarang umat Islam terlibat dalam Pesta Songkran atau Pesta Air yang menjadi salah satu perayaan masyarakat Thai yang disambut pada 13 April setiap tahun.

    Pesta Songkran yang diamalkan sejak berkurun lamanya dikatakan bermula dengan majlis memandikan patung Buddha bagi mendapatkan berkat di samping memandikan golongan warga tua dengan air bunga pada sebelah pagi.

    Penggunaan air dan wangi-wangian sebagai lambang kemaafan menyebabkan pesta Songkran sering dianggap sebagai 'Pesta Air' lebih-lebih lagi anak muda akan menggunakan peluang pada hari tersebut untuk menyimbah air kepada rakan-rakan untuk berseronok. - mks.

    harakahdaily

    No TV3 "Jom Heboh" Carnival In Perak This Year

    IPOH, April 27 (Bernama) -- The annual TV3 "Jom Heboh" carnival, an exposition and entertainment programme, will not be held in Perak this year.

    Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said Sunday the top management of TV3, the private television station, conveyed the decision at a meeting with him on Wednesday.

    He said the state government had never issued any directive to call off the event.

    "We did not issue any directive. TV3 itself wanted to withdraw. They respect our principles," he said at the opening of the 14th annual general meeting of the Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), here.

    On July 30 2004, the Malaysian Council of Muftis declared through Perak Mufti Datuk Seri Harussani Zakaria that the carnival, then named TV3 "Sure Heboh", was "haram" (forbidden) as it encouraged immoral activities among the young.

    The name of the carnival was changed to TV3 "Jom Heboh" in 2006, three years after it was first launched, and it was organised every month in different states of the country.

    The first "Jom Heboh" carnival in Perak was held at the Indera Mulia Stadium on May 5 and 6 last year. Harussani commented several days before the carnival that it was still forbidden despite the change in name.

    Meanwhile, Mohammad Nizar also said Sunday that the "Datuk Seri" title conferred on him was an honour not just for himself but for all the 2.3 million people of Perak who had boldly voted for change in the general election last month.

    Mohammad Nizar, who is the state assemblyman for Pasir Panjang, was conferred the Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) award, which carries the "Datuk Seri" title, in conjunction with the 80th birthday celebration of the Sultan of Perak, Sultan Azlan Shah, on April 19.

    -- BERNAMA



    Ini pula laporan daripada sahabat saya Abu Syuaib yang juga ketua penyelidik di Jabatan Mufti Perlis
    Asslamualaikum...

    ramai yang telah bertanya berkenaan program Jom Heboh yang akan diadakan di perlis sabtu dan ahad ini...

    sebenarnya berkenaan dengan program ini jabatan mufti khususnya mufti tidak dimaklumkan oleh pej MB tentang penganjuran program ini, menyebabkan mufti sedikit kecewa dengan pej MB..

    sudah lebih seminggu surat dihantar kepada MB tentang perkara ini oleh jab. mufti tetapi sehingga semalam masih tidak terjawab menyebabkan mufti terus berjumpa face to face dengan MB semalam tetapi sekali lagi kecewa kerana MB nak melepas tangan tentang perkara ini dan disuruhnya merujuk kepada salah seorang exco. tetapi exco ini menyatakan kepada mufti yang memberi arahan ialah MB.

    paham2lah mufti perlis ni macam mana, dia jumpa MB balik dia kata dia akan lawan..dan sepaptutnya MB merujuk dahulu mufti sebelum membuat program ini.

    pada asanya Mufti tidaklah menghukumkan ke tahap haram jom heboh ni kerana hanya menjadi masalah jom heboh ini ialah konsertnya..adapun jualan yang dijual mana boleh dihukumkan haram sekiranya tidak ada perkara yang menyebabkan ianya haram

    dengan itu mufti mencadangkan garis panduan yang perlu diikuti untuk menganjurkan jom heboh..

    maka Pada pagi hari ini insya Allah mufti akan membuat kenyataan media di pejabatnya. dan insya Allah khutbah seluruh perlis jumaat ini ialah mengkritik JOM HEBOH..

    wallahu a'lam

    harap Maklum

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-05-08 22:24


Assalamualaikum

Emmm... semakin kecil lah ruang lingkup TV3 nak anjur Jom Heboh di Malaysia ni terutama selepas PRU 12....

Aktiviti waktu siang tu ok sebab ada ruang pendidikan, pameran2 ilmu, kedai jualan yang menawarkan harga murah dll...
cuma konsert pada waktu malam tu yang menimbulkan masalah...
Ini yang cuba diutrakan oleh pihak mufti...
kadang-kadang sedih tengok pentas yang sama buat program Al KULIYYAH, di pentas yang sama juga adanya konsert Jom Heboh...
Harap pihak TV3 lebih prihati dan akan mengambil tindakan sewajarnya untuk memperbaiki apa yang perlu dibaiki....

tengok program Perkampungan Hadhari, time konsert tu lebih terkawal dan sopan...jadi tentu pihak TV3 boleh juga melaksanakan di konsert Jom Heboh...

:bye:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

usop79
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.07.2004
Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 00:18


assalamualaikum...

alhamdulillah itu lah yang sebaiknya

yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan

my blog
http://www.duitaffiliate.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For usop79Profil   Hantar PM kepada usop79   Pergi ke usop79's Website   Quote dan BalasQuote

syeikh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.07.2005
Ahli No: 17559
Posting: 115
Dari: terengganu darul iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 00:19


Assalamualaikum..
Nampaknya ada perkembangan positif yang berlaku selepas PRU12. Ramai dah berani untuk menyuarakan pendapat walaupun bertentangan dengan prinsip kerajaan. Salah satunya adalah berkaitan dengan JomHeboh ni. Syabas kepada mereka yang meletakkan ketakutan kepada Allah melebihi ketakutan kepada makhluknya...wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syeikhProfil   Hantar PM kepada syeikh   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 06:48


Dr Mohd Isa Sabu Positif Terhadap Pandangan SS Mufti Perlis

Oleh zain-ys

Image Menteri Besar Perlis Datuk Dr Mohd Isa Sabu memandang positif terhadap pandangan Mufti Perlis SS Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkenaan Joom Heboh TV3. Demikian Bernama melaporkan semalam .

Menurut laporan berkenaan; Dr Mohd Isa akan membangkitkan pandangan mufti semasa perbincangan dengan pihak TV3 nanti.

Dr Mohd Isa mengatakan bahawa pandangan mufti itu akan dijadikan garis panduan, bukan sekadar untuk Jom Heboh TV3 tetapi untuk acara-acara hiburan pada masa akan datang di negeri Perlis.

Petikan Bernama :

Pandangan Mufti Mengenai Program Jom Heboh Perlu Diberi Perhatian

KANGAR, 1 Mei (Bernama) -- Pandangan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai program Jom Heboh perlu dilihat secara positif, kata Menteri Besar Perlis Datuk Dr Md Isa Sabu.

Beliau berkata mufti berkenaan telah bertemu beliau semalam untuk memberi pandangannya mengenai program tersebut yang diwar-war akan diadakan di Perlis selama dua hari pada hujung minggu ini di Stadium Utama.

"Pandangan mufti akan dibangkitkan pada mesyuarat bersama TV3 selaku penganjur program itu di sini esok," katanya.

Antara pandangan Dr Mohd Asri ialah program itu perlu dihentikan seketika ketika masuk waktu untuk bersembahyang serta tidak menampilkan artis yang tidak boleh menjadi contoh kepada orang ramai.

Semalam mufti tersebut turut memberi contoh nama penyanyi yang disifatkan sebagai tidak berdisiplin dan tidak patut mengambil bahagian dalam program hiburan berkenaan.

Dr Md Isa berkata pandangan Mufti Perlis itu akan menjadi garis panduan kepada program hiburan yang bakal diadakan di Perlis di masa depan.

"Pandangan mufti perlu diambil kira kerana program Jom Heboh itu juga terletak tidak jauh dari Masjid Putra dan Masjid Behor Empiang," katanya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 09:07


so..apa perkembangan lanjutnye ye..nak tau juga..MB perlis tu tol2 kurang asam..baling batu sorok tangan!!

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

masri2
WARGA SETIA
Menyertai: 21.02.2005
Ahli No: 14588
Posting: 921
Dari: Tampin

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 09:26


salam

tah baca paper hari ni macam dia sokong mufti, tapi berita dr budak-budak yang kerja di jabatan mufti lain ceritanya, bahkan jom heboh ni ada exco tak setuju tapi MB yang suruh, tapi dalam paper lain pula citernye.

KHUTBAH KHAS NEGERI PERLIS: Mengenai Konsert Jom Heboh

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Bertakwalah kamu semua kepada Allah Jalla Jalaluh, Tuhan yang telah menciptakan kamu daripada air mani yang hina lalu Dia memuliakan kamu dengan hidayah-Nya.

Mimbar Jumaat pada hari ini ingin memberi pandangan mengenai konsert Jom heboh.

Hadirin Jumaat yang dimuliakan Allah,

Sebagaimana yang diketahui umum Negeri Perlis ini telah sekian lama menjadikan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah, Manhaj Salaful Soleh sebagai pegangan rasminya dan termaktub dalam Undang-undang tubuh Negeri. Oleh itu, hendaklah rakyat dan pemimpin negeri ini menghormati perkara ini dan berpegang teguh dengannya.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Allah S.W.T berfirman dalam surah al-Hajj ayat ke-41:

Maksudnya: (yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.

Bertitik tolak daripada ayat yang dibacakan tadi dalam mentaati perintah Allah, minbar pada hari ini merasakan bertanggungjawab untuk memberi ulasan mengenai kedatangan program Jom Heboh ke negeri ini.

Sidang Jumaat sekalian,

Islam bukanlah agama yang anti hiburan atau menghalang manusia untuk bersuka-.a, tetapi program Jom Heboh tersebut telah menimbulkan pelbagai kontroversi di pelbagai negeri dan dihalang oleh kerajaan-kerajaan negeri itu, maka mengapakah program ini dialu-alukan di negeri ini?.Lebih teruk dari itu, artis-artis yang hendak ditonjolkan pada program itu adalah mereka yang mempunyai rekod yang buruk .

Maka mimbar menyeru kerajaan negeri jika hendak meneruskan juga program ini hendaklah mematuhi garis panduan berikut:

1- Program Jom Heboh tanpa Konsert adalah satu keutamaan untuk diadakan

2- Jika disertai konsert hendaklah terkawal dan berdisiplin. Konsert yang tidak sopan seperti muzik rock dan dangdut hendaklah dijauhi.

3- Artis-artis yang menunjukkan contoh buruk seperti Faizal Tahir hendaklah dilarang. Begitu juga yang menonjolkan aksi-aksi yang tidak sesuai dengan norma manusia bertamadun tidak boleh dibenarkan.

4- Artis-artis yang hendak dibawa masuk hendaklah mendapat persetujuan pihak berkuasa agama di negeri ini dahulu.

5- Sebarang aktiviti yang memperlekehkan aqal dan aksi-aksi kebudak-budakan yang menghina pemikiran rakyat perlu dihalang.

6- Unsur-usnur khurafat mesti dijauhi demikian juga jualan barangan khurafat perlu dihalang.

7- Menghormati senstiviti masyarakat Islam dengan menghormati azan dan waktu solat serta hukum hakam agama seperti terlarangnya pergaulan bebas.

Sidang Jumaat yang berbahagia

Minbar menyeru kepada pemimpin negeri ini supaya tunduk dan patuh kepada Allah Taala, ikutlah sunnah nabi-Nya Muhammad S.A.W dan jejak langkah para as-Salaf as-Soleh.

Sebagai rakyat yang patuh kepada perintah Allah, minbar menyeru supaya anda semua memulaukan konsert Jom Heboh ini, pastikanlah anak-anak kita, isteri-isteri kita dan kaum kerabat kita menjauhi tempat-tempat yang tidak diredhai Allah S.W.T. Janganlah sampai kita melibatkan diri kita dan keluarga kita dalam laknat Allah. Ingatlah pesan Allah Tuhan kamu yang menjadikan kamu dan yang akan mematikan kamu dalam surah at-Tahrim, ayat ke-6:

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Bertakwalah kamu sekalian pada Allah, saya sekali lagi menyeru diri saya dan tuan-tuan sekalian supaya tunduk dan patuh kepada Allah Azza wa Jalla, dan takutlah kepada azabnya.

Adakah tidak cukupkah lagi segala fitnah yang melanda kita pada hari ini sebagai peringatan daripada –Nya? Subhanallah! Hanya mereka yang dijauhi daripada hidayah Allah sahaja yang akan membutakan diri mereka daripada mengambil iktibar daripada bencana yang menimpa kita.

Akhir, kata saya memohon kepada Allah Azza wa Jalla supaya menyelamatkan kita daripada azabnya dan menjadikan kita sebagai orang-orang yang bertakwa.
http://yapis.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For masri2Profil   Hantar PM kepada masri2   Pergi ke masri2's Website   Quote dan BalasQuote

AqluSalim
Warga 3 Bintang
Menyertai: 21.04.2008
Ahli No: 33294
Posting: 114

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-05-08 12:27


walaupun FT tak ada...masih ada The Lima...artis lain still buat konsert di jom heboh Perlis... zaman sekarang ni orang dah tak dengar nasihat Mufti termasuk nasihat Dr Asri... artis dah berani lawan Mufti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For AqluSalimProfil   Hantar PM kepada AqluSalim   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-05-08 13:42


Saya menunggu pendirian kerajaan baru negeri selangor berhubung Jom Heboh..jangan dah dekat sangat baru sibuk bincang..baik nyatakan pendirian awal-awal..saya memuji tindakan mufti Perlis dalam soal ini. Alangkah bagusnya mufti2 negeri lain termasuk Selangor turut mengeluarkan pendiriannya..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.552796 saat. Lajunya....