Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 15-08-2020  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika tiada kereta kuda, naiklah kuda; jika tiada kuda, lebih baik berjalan kaki

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: tonghuan
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 43136

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 60
Ahli: 0
Jumlah: 60




  Yang Masuk Ke Sini
tonghuan: 12 jam, 26 minit yang lalu
khairoo84: 1 hari, 1 jam, 38 minit yang lalu
wyd1014: 3 hari yang lalu
lidah-penghunus: 6 hari yang lalu
muslimiman: 21 hari yang lalu
IbnuKhaldun: 22 hari yang lalu
nur_tinta: 28 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: 3 Rahsia Lelaki yang Wanita Mesti Tau!


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» 3 Rahsia Lelaki yang Wanita Mesti Tau!

Please Mendaftar To Post


Oleh 3 Rahsia Lelaki yang Wanita Mesti Tau!

amylela
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5447
Posting: 54
Dari: malaysia

jordan  


posticon Posting pada: 01-05-08 18:06


1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi tak ada pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil. Aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring lah pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!

www.rahsiacute.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For amylelaProfil   Hantar PM kepada amylela   Pergi ke amylela's Website   Quote dan BalasQuote

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 01-05-08 22:04


Assalamualaikum

Ye ke? Adalah sikit-sikit yang betul....
Tapi kalau perempuan tu ada sifat keibuan yang tinggi... memang baiklah...sebab dia bakal menjadi ibu kepada bakal anak2 dan dengan sifat itu, dia boleh menjadi ibu yang baik...

Kerjaya memang penting bagi lelaki... ialah untuk si isteri juga... tanggungjawab tu lebih sikit sebab nak fikir cari nafkah untuk anak isteri...
itu tanda dia bertanggungjawab..

Apapun. yang sebaik-baiknya ialah kedua2 pihak bersikap sederhana dan tidak terlalu melampau dalam hal-hal yang diutarakan di atas... pihak lelaki dan perempuan pandai2lah kawal perasaan dan cuba memahami situasi antara satu sama lain... barulah bahagia keluarga....


8-)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

syeikh
Warga 3 Bintang
Menyertai: 25.07.2005
Ahli No: 17559
Posting: 115
Dari: terengganu darul iman

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 00:50


Waalaikummussalam..
Dalam kehidupan berumah tangga, persefahaman amat penting. Mereka yang bercerai kebanyakannya adalah disebabkan hilangnya persefahaman antara pasangan masing. kesimpulannya disini ialah perbincangan dan luahan hati amat diperlukan bagi mengelakkan ketidaksefahaman. Suami isteri perlu memahami antara satu sama lain memandangkan pernikahan adalah gabungan antara dua hati dan ianya bukan semudah yang difikirkan...Wallahu a'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For syeikhProfil   Hantar PM kepada syeikh   Quote dan BalasQuote

lubaina
WARGA SETIA
Menyertai: 15.02.2005
Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 09:17


ada lagi rahsia lain? :sopan:


-----------------
hidup ini indah
namun...keindahannya hilang
dek kerakusan kita.....


Bookmark and Share

    


  Member Information For lubainaProfil   Hantar PM kepada lubaina   Quote dan BalasQuote

sahlon
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.03.2005
Ahli No: 15287
Posting: 281
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 09:28


salam

rasanya perkataan 'lelaki' tu lebih elok kiranya ditukar kepada suami. rasanya tak sesuai untuk samakan semua lelaki mempunyai sifat yang sama sebab manusia diciptakan berbeza2. yangb paling berkesan, kena tanya suami sendiri perihal kesukaan dan kebenciannya. wallahua'lam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For sahlonProfil   Hantar PM kepada sahlon   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-05-08 09:51


huhu.. ni sedikit komen yang tak seberapa...

#1 - Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi tak ada pun?

Dalam mana-mana buku psikologi pun cakap macam tu..

kadang-kadang, ni lah yang saya nampak... orang perempuan selalu minta perhatian dari lelaki. dia akan rasa lelaki tu tak sayang padanya just because lelaki tu tak ingat nak call atau tak tanya khabar...

Solusi: kepada kaum wanita, jangan manja sangat nakkan perhatian... kena beri ruang pada suami yang sentiasa sibuk dengan kerja, studies atau sebagainya... dia tak contact bukan makna tak ingat.. sabar lah... tiba masanya, at the end of the day, they'll return to you.

p/s: ni saya cakap sebab selalu dengar orang lelaki merungut tentang pasangan memasing... dan dari pembacaan saya juga.

==

#2 - Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

logik juga ni...

kaum lelaki akan berasa tenang dan bahagia sekiranya pasangannya selalu percaya pada dirinya... lelaki suka jadi pelindung pada wanita.. bukannya dia mahu dilindungi wanita... apa yang dia mahu dari wanita adalah sokongan dan kepercayaan, bukannya leteran. jadi, kaum wanita toksah lah sibuk2 jaga semua benda... nanti rimas pula suami... terus dia bosan nanti kang susah...

p/s: dari pembacaan juga. hoho

==

#3 - Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

lelaki dan karier: memang penting. perempuan kena faham...

kalau lelaki gembira dengan kerjayanya, automatically dia akan rasa berjaya untuk memberi kebahagiaan pada pasangannya. sebaliknya jika dia rasa gagal dalam kerjayanya, dia akan rasa gagal dalam melindungi pasangannya....

kerana fitrah seorang lelaki, mereka ingin melindungi kaum wanita... dan dalam fikiran seorang lelaki, mereka ingin berjaya dalam karier, baru lah mereka akan rasa pasangannya akan gembira dengannya...

contohnya, jika seorang suami merasakan pasangannya tak gembira atau tak bahagia, mereka akan sangka mereka tak cukup berjaya untuk memberi yang terbaik buat pasangannya. jadi mereka akan kerja lebih keras...

(sedangkan sebenarnya, kaum perempuan pula kalau tak gembira dengan pasangannya, sebabnya dia rasa suaminya macam tak sayang dia lagi dah.. iaitu dengan tidak bertanya khabar, tidak memberi perhatian, tak luahkan rasa sayang etc... sebenarnya yang isteri mahu adalah perhatian dan kasih sayang dari suami, dan mahu suami berada di sisinya. bukannya untuk suami kerja bertambah keras lagi... si suami pulak fikir lain... dia ingat dia perlu kerja keras lagi untuk tengok isteri dia gembira..)

itu lah ironinya, perbezaan pemikiran di antara lelaki dan wanita....


p/s: semua dari buku psikologi.. bukan saya sendiri ek... huhu. kepada kaum lelaki, agak-agak anda setuju atau tidak dengan hasil kajian yang dibuat para ahli psikologi ni? saya tak tahu lah sangat, sebab baca jeq... kahwin pun belum lagi.. :sopan:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

amylela
Warga 2 Bintang
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 5447
Posting: 54
Dari: malaysia

jordan  


posticon Posting pada: 02-05-08 11:27


lelaki dan perempuan mempunyai pemikiran yang berbeza...
kesimpulannya kenalah saling memahami antara satu sama lain.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amylelaProfil   Hantar PM kepada amylela   Pergi ke amylela's Website   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-05-08 14:18


tu saja ke? sikit sangat... :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 15-05-08 14:42


Pada 01-05-08 18:06 , amylela posting:

!!! QUOTE !!!


2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.



ye ke lelaki tak suka dilayan macam anak? :berfikir:
yang ana jumpa tu,amboi..lelebih manjanya..makan,minum,pakai,semua kena jaga.. :jangan: tak elok ye lelaki2 macam ni..lainlah kalau awak tu dah bergelar suami..


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.12483 saat. Lajunya....