Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kecantikan tidak terletak pada wajah seseorang tapi pada mata yang memandang
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 217
Ahli: 0
Jumlah: 217




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 6 jam, 24 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Sukan dan Riadah
Topik: Bantah kehadiran pengurus, pemain Chelsea warga Israel


Carian Forum

Moderator: Administrator, mohamad
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Sukan dan Riadah
    »» Bantah kehadiran pengurus, pemain Chelsea warga Israel

Please Mendaftar To Post


Oleh Bantah kehadiran pengurus, pemain Chelsea warga Israel

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-04-08 15:39


PUTRAJAYA 25 April - Sebanyak 21 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini mengemukakan memorandum bantahan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung kunjungan kelab bola sepak Inggeris, Chelsea yang mana pengurus dan seorang pemainnya merupakan warga Israel.

Gabungan NGO Islam Mengenai Palestin itu membantah kedatangan Pengurus Chelsea, Avram Grant dan pemain pertahanannya, Tan Ben Haim yang merupakan warga Israel ke Malaysia Julai ini.

Jurucakap NGO tersebut, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, tindakan mengizinkan kedatangan mereka bertentangan dengan dasar kerajaan Malaysia yang tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel.

''Kita minta kerajaan bersikap tegas, sukan dan politik tidak boleh dicampurkan khususnya dalam hal Palestin kerana Israel sebuah kerajaan yang tiada sifat kemanusiaan dan tidak bersimpati dengan kesengsaraan rakyat Palestin di Tebing Gaza," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Memorandum bantahan itu diserahkan kepada dua pegawai kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Mohd. Irza Dahari dan Sufian Mohd. Kassim.

Wisma Putra sebelum ini menyatakan, kerajaan tidak melihat kedatangan dua warga Israel sebagai sesuatu yang salah walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik atau perdagangan dengan Israel.

Kali terakhir atlet Israel dibenarkan memasuki Malaysia adalah ketika Kejohanan Kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC) pada 1997, yang mendapat bantahan di Kuala Lumpur.

Kelab dari barat London itu dijangka menentang pasukan Liga Super China, Guangzhou Pharmaceutical pada 23 Julai dan pilihan Malaysia di Kuala Lumpur pada 29 Julai ini.

Pada hujung bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan perlu mengkaji dulu keadaan sebelum membenarkan mereka datang ke Malaysia.

Bagaimanapun, kata Najib, pada masa yang sama, agak malang jika bidang sukan dipengaruhi politik.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.082084 saat. Lajunya....