Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-04-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Help Ever, Hurt Never
-- Tulisan di belakang lori

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 27 hari yang lalu
ronniefinancehome: 38 hari yang lalu
MTMKi: 48 hari yang lalu
usop79: 49 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: ..:: Kenali Gigi Dan Perangai ::..


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» ..:: Kenali Gigi Dan Perangai ::..

Please Mendaftar To Post


Oleh ..:: Kenali Gigi Dan Perangai ::..

puterisembilu
WARGA SETIA
Menyertai: 23.10.2007
Ahli No: 31480
Posting: 591
Dari: Kota Kinabalu,Sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 25-04-08 13:53


Bentuk gigi

Mungkin ada yang pandang remeh tentang kecantikan dan kebersihan gigi mereka tapi sebenarnya ia turut membantu memperelokkan penampilan seseorang.
Bayangkan, wajah sikit punyalah cun. Memang tangkap lelehlah. Tiba-tiba tengok gigi, hancus! Rupanya rongak! lah! Tak ke haru tu? Jadi, siapa cakap
tak penting menjaga gigi? Tapi tahukah kamu bahawa gigi juga mampu merungkap rahsia peribadi diri? Wah! Ini yang menarik! Apa kata kamu baca saja
artikel ni ye!


Jarang dan kecil
Mereka yang memiliki bentuk gigi sebegini dikatakan suka menilai diri
orang lain. Pasti ada saja yang kena pada pandangan mata mereka. Tapi yang tak
syoknya, dia sibuk menilai orang lain tapi tak suka orang lain menilai atau
mengkritik dirinya! Tak patut! Selain itu, dia juga sukar mengalah! Tapi
kadangkala mengalah itu perlu. Apatah lagi kalau memang kamu yang
bersalah.
Beralah sajalah!


Bersaiz sederhana dan rata
Cantiknya gigi dia . Teratur sekali dipandang, macam gigi palsu pulak.
Tapi gigi original tau. Agaknya apakah kriteria mewakili bentuk gigi seperti ini?
Orang yang memiliki bentuk gigi sebegini adalah seorang yang baik hati
dan suka menolong. Bak kata orang, ringan tulanglah. Kalau ada yang minta
bantuan, pasti tak dikecewakan. Sebenarnya mereka ini ingin sentiasa
membahagiakan orang lain. Boleh juga mereka tumpang gembira. Untungnya dapat kawan/kekasih macam mereka ni kan?


Besar dan jarang
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara
satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok
macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu
saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak
berdengki. Selain itu, sifat negatif kamu juga, seorang yang keras
kepala. Mulalah tarik muncung 44 inci kalau tak diikuti kemahuan. Tapi awas,
mereka ini sanggup melakukan apa saja demi memastikan apa yang dikehendaki itu
diperolehi. Bahayanya! Sebagai kekasih/teman mereka, kamu harus
berbanyaklah bersabar dengan sikap mereka itu apatah lagi dengan sikap manja yang dibuat buat tu. Erk! Gelemannya!


Jongang dan kecil
Mak oi! Jangan ingat semua orang yang gigi 'ke depan' tu tak cantik . Ada
juga yang masih kelihatan manis dan cantik. Apapun, apa pula maksud
pemilik bentuk gigi ini? Sekiranya giginya berbentuk agak jongang dan kecil,
bermakna dia masih lagi bertolak ansur dengan orang lain. Maknanya keras
kepalanya itu bertempat dan masih boleh dibawa berunding. Kata orang tu,
dalam keras ada lembutnya!


Jongang dan besar
Fuyoo! Benteng pertahanan kena kuat dan kukuh. Banyaklah bersabar kalau
ada teman/kekasih seperti mereka ini. Menduga iman sungguh! Kamu haruslah
kena banyak bersabar dan tahan saja dengan mulut celupar mereka tu. Mereka
juga mudah mengeluh dan tak pernah puas hati dengan apa yang telah dimiliki.
Sikap itu ada positifnya kerana mereka mudah menempa kejayaan dan akan
sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Selain itu, mereka ini
agresif orangnya dan ringan tulang!


Tidak tersusun
Kadangkala tengok orangnya memang cantik. Tapi bila dia tersenyum
menampakkan giginya yang tak begitu rata dan sekata, mengurangkan
kecantikan
yang dimilikinya itu. Namun kata orang, biarpun giginya tak cantik tapi
hati
budinya 'cantik'. Usah kerana tengok gigi tak cantik maka ingat perangai
pun
tak berapa cantik juga. Mereka ini merupakan teman bicara yang amat
memahami. Tidak rugi menjadikan mereka ini sebagai tempat meluahkan hati
kerana mereka sentiasa mendengar dan memberi nasihat. Mereka juga
berpengetahuan luas biarpun sikapnya kebudak-budakan kadangkala
merimaskan.
Selain itu, mereka juga pandai membahagiakan orang lain


Seolah masuk ke dalam
Bila diperhatikan, struktur giginya seolah 'ke dalam' sikit. Ia
menandakan
bahawa mereka seorang yang pemalu dan suka menyembunyikan sikap sebenar
diri
mereka tapi mereka agak pasif. Selalunya mereka ini bersikap pendiam dan
tidak begitu pandai bergaul dengan orang lain. Selain itu, mereka juga
cukup
pandai menyimpan rahsia kecuali kepada orang yang benar-benar telah
meraih
kepercayaan mereka.


Kecil dan tersusun
Selalunya berwajah keanakan dan tampak semakin menarik dengan gigi yang
kecil dan tersusun indah itu. Mereka yang memiliki gigi sebegini
dikatakan
suka menolong orang dan boleh dipercayai percakapan mereka. Aduhai!
Beruntungnya mereka yang memiliki kekasih seperti ini kerana mereka
seorang
kekasih yang hebat!



Bookmark and Share

    


  Member Information For puterisembiluProfil   Hantar PM kepada puterisembilu   Pergi ke puterisembilu's Website   Quote dan BalasQuote

ismi_atikah
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 14.12.2003
Ahli No: 5678
Posting: 4147
Dari: bumi ALLAH

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-04-08 14:10


hmmm... kalau gigi palsu.... :berfikir:

gigi ismi bagaimana ek...?? :berfikir:
iskk.. hari ini semuanya tentang personaliti...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ismi_atikahProfil   Hantar PM kepada ismi_atikah   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-04-08 14:34


ha'a..tu lah..banyak pula pasal personality.. 8-)

gigi...em..ada apa pada gigi ek... :-D

kalau budak kecik,tak boleh nak nilai lagi kan personaliti depa..sebab nanti gigi depa akan tukar..dr gigi susu ke gigi kekal..emm :berfikir:


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 21-06-08 00:46


gigi saya tak ada dalam kategori2 tu lah.. - tak kecik..tak besar.. tak rapat sangat dan tak jarang langsung..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

aymannur
Warga 4 Bintang
Menyertai: 04.06.2003
Ahli No: 1022
Posting: 212
Dari: irbed

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 21-06-08 03:04


ow, personality bertukar tak lepas pakai braces? heh

Bookmark and Share

    


  Member Information For aymannurProfil   Hantar PM kepada aymannur   Quote dan BalasQuote

RuMaishaaa

Menyertai: 22.05.2003
Ahli No: 749
Posting: 1276
Dari: Kg.Batu Muda, KL

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-06-08 08:57


macam-macam.. :)
kajian personaliti diri kadang-kadang melucukan..
rajin ye org yang mengkaji ini..

kalau lah org tu dah rongak giginya..sebab accident ke.. pakai gigi emas ke.. mesti lain pulak tamsilannya..hehehe

moral of story! jaga kebersihan gigi..dan jaga bau mulut..
kalau gigi cantik bersusun, tapi kebersihan tak terjaga, rosak jugak personaliti tu.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For RuMaishaaaProfil   Hantar PM kepada RuMaishaaa   Quote dan BalasQuote

Al-Mashoori
WARGA SETIA
Menyertai: 12.07.2006
Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 21-06-08 12:21


Heheh! Gigi pun boleh pengaruhi personaliti seseorang... :-D

Yang penting sekarang ni gigi tu kenalah rajin 'polish'. Jangan jadi macam iklan Tak Nak! sudahlah.
Ataupun jangan jadi macam mamat seorang ni:
http://www.metacafe.com/watch/862942/use_glue_on_your_gums/


-----------------
zwani.com myspace graphic comments


Bookmark and Share

    


  Member Information For Al-MashooriProfil   Hantar PM kepada Al-Mashoori   Quote dan BalasQuote

idie04
WARGA SETIA
Menyertai: 05.12.2005
Ahli No: 20831
Posting: 413
Dari: Seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 21-06-08 15:07


betul ke ni?
hehhe...
saya punya gigi tiap-tiap tahun berubah...
macam mana pula tu??

Bookmark and Share

    


  Member Information For idie04Profil   Hantar PM kepada idie04   Pergi ke idie04's Website   Quote dan BalasQuote

akmalnajwa
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2008
Ahli No: 32188
Posting: 99

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-06-08 17:24


Pada 25-04-08 13:53 , puterisembilu posting:

!!! QUOTE !!!



Besar dan jarang
Aduh! Rupanya orang yang bergigi besar dan agak jarang jaraknya antara
satu sama lain ini bersifat iri hati dengan kejayaan orang lain. Tak elok
macam tu. Itu kan dah rezeki mereka. Buat apa nak dengki. Menyakitkan hati kamu
saja. Lebih baik kamu belajar untuk terima kenyataan dan jangan asyik nak
berdengki.



ha...yang ini ada logiknya juga..disebabkan giginya besar dan jarang ( tak berapa elok ) jadi dia pun jealous dengan gigi orang lain.. :lol: :lol:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For akmalnajwaProfil   Hantar PM kepada akmalnajwa   Pergi ke akmalnajwa's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-06-08 18:58


adussshh...cerita gigi ke ???....myhoney gigi bagaimana ye....

Nujum pak belalang macam ni saya kurang mempercayainya...kalau pun ada yang sama mungkin itu kebetulan saja .....ada pun kebersihan gigi...haaa, yang ni kena bagi priority....kena rajin bersugi, itu juga amalan nabi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

qudwah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2005
Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-06-08 22:17


erm....macam kena dengan diri sendiri saja :) :) :)
moga-moga apa yang tercatat tu akan kekal...amin....

Bookmark and Share

    


  Member Information For qudwahProfil   Hantar PM kepada qudwah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.094025 saat. Lajunya....