Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-04-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Saya tidak sanggup menghapuskan kegelapan tetapi saya sanggup meneranginya.
-- John Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 133
Ahli: 0
Jumlah: 133




  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 44 hari yang lalu
al-biruni03: 73 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Gempar: Filem Dunia Baru The Movie Juga Persendakan Islam !!


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Gempar: Filem Dunia Baru The Movie Juga Persendakan Islam !!

Please Mendaftar To Post


Oleh Gempar: Filem Dunia Baru The Movie Juga Persendakan Islam !!

mawarnanmerah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27678
Posting: 78
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 22-04-08 20:49


Seantero dunia baru saja dikejutkan dengan filem "Fitna" yang dikatakan menghina umat Islam. Maka hebohlah disana sini umat Islam mengadakan demonstrasi membantah tindakan pengeluar filem Belanda, Geert Wilder itu. Lantaran filem pendek itu juga mereka mahu Kerajaan Belanda berusaha membatalkan penayangan filem yang menghina Islam. Di negara kita, Wisma Putra turut membantah tayangan filem itu.

Kenyataan yang dikeluarkan menyatakan tindakan itu tidak menghormati sensitiviti masyarakat Islam. Apa yang lebih menarik, gara-gara filem itu umat Islam diseluruh dunia diseru memulau barangan keluaran Belanda.


Dalam sedar atau tidak, sebenarnya penghinaan terhadap agama Islam juga telah berlaku didalam negara kita sendiri. Mungkin kita terlepas pandang atau sengaja buat-buat tak nampak. Sebelum ini kita dikejutkan dengan kontroversi yang melibatkan pelakon drama Rosnah Mat Aris. Beliau dikatakan menghina isteri Nabi Muhammad SAW, kini telah menerima hukuman digam oleh pihak berkuasa atas keceluparan mulutnya itu. Bahkan apa yang lebih memeranjatkan siaran rancangan terbitan sebuah stesyen TV swasta itu juga telah dibatalkan gara-gara perbuatan Rosnah itu.

Kini, sebuah filem terbitan pengeluar filem tempatan Grand Brilliant iaitu "Dunia Baru The Movie" juga dikatakan telah terdapat unsur menghina Islam. Filem yang diapditasikan daripada drama "Dunia Baru" itu telah ditayangkan kepada umum bermula awal Februari 2008 lalu. Ia diarahkan oleh M. Hitler Zami iaitu anak kepada pelawak terkenal Zami Ismail. Mungkin dek kerana namanya Hitler, maka beliau langsung tidak faham akan sensitiviti umat Islam dan orang Melayu di negara ini. Mungkinkah Hitler merasakan bahawa membuat filem sekadar untuk suka-suka semata-mata lantaran itu tidak mahu langsung memikirkan impaknya terhadap penonton. Walhal filemnya itu ditonton oleh pelbagai golongan masyarakat dari yang muda hinggalah yang tua.

Filem yang membariskan pelakon terkenal seperti Elyana, Ann Ngasri, Pierre Andre, Mustapha Kamal, Anita Baharom dan ramai lagi itu telah dirakamkan di beberapa lokasi di Yan dan Pendang, Kedah Sarul Aman. Filem itu mengisahkan gelagat gila-gila pelajar disebuah kolej dalam menjalani aktiviti seharian mereka. Ia telah mendapat perhatian meluas dikalangan para penonton sejak mula ia ditayangkan di TV3. Pencipta dunia baru dan penulis skripnya untuk televisyen dan filem ialah Wan Hasliza Wan Zainuddin . Drama bersiri untuk filem ini di TV dulu dikatakan pernah mencapai rating yang tinggi iaitu 3 juta penonton. Populariti inilah yang menyebabkan pengarahnya M. Hitler Zami berusaha membawanya ke layar perak.

Kisah penghinaan ini berlaku dalam satu babak di sebuah majlis perkahwinan. Dalam adengan tersebut Opie yang dilakonkan oleh Elyana telah berbesar hati untuk menyumbangkan suaranya bagi menyerikan majlis berkenaan. Beliau berpasangan dengan pelakon muda Pierre Andre telah menyanyi sebuah lagu dalam majlis berkenaan. Maka oleh kerana rakannya Mardhiah lakonan Ann Ngasri kelihatan agak warak dan sememangnya menggemari irama nasyid, Elyana dan Pierre Andre telah memilih untuk menyumbangkan sebuah lagu nasyid yang telah popular sepanjang zaman iaitu berjudul 'Sepohon Kayu".

Melihat liriknya sahaja, kita sudah tahu yang lagu ini adalah sebuah lagu ketuhanan yang memerlukan penyampainya memiliki ciri-ciri Islamik. Lagu ini adalag sebuah lagu dakwah yang telah popular sejak sekian lama. Bahkan lagu serta liriknya sahaja sudah boleh meremangkan bulu roma penyanyi dan pendengarnya. Boleh dikatakan hampir seluruh umat Islam di negara ini boleh menghafal dan mengingati senikata lagu ini. Maka itu, apabila ianya ingin dijadikan sebagai sebuah lagu dalam filem, pendekatannya haruslah selaras dengan lagu berkenaan. Lagu itu adalah lagu dakwah dan bukan lagu pop komersial atau pun lagu rock yang membolehkan penyanyinya terkinja-kinja, berjoget lambak serta bersuka .a macam orang tak sedar diri.

Dalam filem "Dunia Baru The Movie", pengarahnya Hitler sengaja membutakan mata apabila mengarahkan Elyana dan Pierre Andre menyampaikan lagu berkenaan dengan diringi oleh band rock, berpakaian mendedahkan aurat, terkinja-kinja seolah-olah tidak memahami langsung akan lirik serta tujuan lagu berkenaan dinyanyikan. Lebih menyedihkan lagi, pengantin yang diraikan ketika itu adalah ayah kepada pengarah itu sendiri iaitu Zami Ismail. Sebagai seorang tua, beliau langsung tidak mempunyai kesedaran dan memikirkan perkara ini, walhal beliau boleh menyunting adengan berkenaan jika mahu.

Justeru itu kita amatlah berharap agar pihak berkuasa dapat memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap pengeluar filem terbabit atas penghinaan ini. Biarpun ianya tidak secara "jelas" menghina agama Islam, namun langkah mempersendakan lagu-lagu nasyid berbentuk dakwah dengan elemen yang boleh merosakkan jelas sekali bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan dan agama Islam itu sendiri. Tambahan pula si penyanyinya juga tidak menutup "Aurat" dan langsung tidak menonjolkan imej islamik ketika mendendangkannya. Sudahlah tu, dengan muzik Metal yang dimainkan serta mereka berjoget-joget keseronokan seolah-olah tidak memahami langsung maksud yang tersirat disebalik lirik lagu nasyid tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, kita merasa sungguh kecewa dengan kejadian ini. Maka kita berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan tegas kepada artis dan penerbit filem berkenaan demi menjaga maruah Islam itu sendiri. Sudahlah rancangan tersebut jelas sekali memaparkan betapa sosialnya para pelajar kolej di negara kita. Pergaulan bebas serta berbagai aktiviti yang sungguh memualkan seringkali didedahkan kepada kita. Justeru itu kita haruslah juga mendesak serta mengambil tindakan sama apa yang berlaku kepada pengeluar filem Belanda baru-baru ini. Kabarnya DVD dilem berkenaan sedang dijual dipasaran. Maka apa akan jadi kepada generasi muda yang melihat perbuatan ini. Adalah lebih elok mereka memilih lagu pengantin baru untuk menghiburkan pengantin dalan adengan berkenaan. Semoga selepas ini, pihak-pihak berkenaan akan lebih berhati-hati dalam menerbitkan sesebuah drama atau pun filem.



Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarnanmerahProfil   Hantar PM kepada mawarnanmerah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 02:31


tulisan mawarnanmerah sendiri atau copy paste dari mana-mana?

p/s: kalau artikel copy paste, mohon lah letak sumber... kalau original tulisan sendiri takperlah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

mawarnanmerah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27678
Posting: 78
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 11:13


erm minta maaf ye. ada kawan hantar e-mail. saya sekadar copy dan paste untuk berkongsi sama kawan-kawan yang lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarnanmerahProfil   Hantar PM kepada mawarnanmerah   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 23-04-08 11:39


Pada 23-04-08 02:31 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

tulisan mawarnanmerah sendiri atau copy paste dari mana-mana?

p/s: kalau artikel copy paste, mohon lah letak sumber... kalau original tulisan sendiri takperlah...

syahidatul marah mawarnanmerah sampai menangis... :cry:

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

Amrizal
WARGA SETIA
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 11:41


Betul tu.. kalau dah tengok TV & Movie macam mender kita tau. Sama ada sedar atau tak semua tu memang banyak berlaku.

Sama ada pengarah sengaja atau pengarah membuat filem ini atas tiket hiburan. tapi cerita dunia baru memang banyak burukkan ISLAM. Lagi mak si pieare itu. Konon2nya Islamic sangat, asyik berzikir saja. Berzikir macam nak rak... aduss.. lepas itu menunjuk2 pula kealimmannya..

Tulla bahana menonton drama/filem.. kan lagi indah kalau kita tak tengok pun.. tapi itulah... balik rumah dah biasa tengok TV. Quran kat rumah tu pun kadang-kadang saja baca.. Nak faham itu.. lagi lah.... bahana TV... TV, TV! semua kerja tak jadi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For AmrizalProfil   Hantar PM kepada Amrizal   Pergi ke Amrizal's Website   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 11:47


huhuhu... cikgu mizie.. cikgu mizie...

ada-ada saja gurau sendanya (atau...??) di sekitar ukhwah ini.. teringat saya dekat saudara kakisamun.. mana entah dia... hoho.

cik mawar dah cakap dah tu dari email yang dicopypaste so ok lah..

erm.. berbalik ke pangkal topik, saya no komen lah pasal movie ini.. saya tak pernah tengok... tapi kesedaran penulis tu bagus juga.. biar dapat memberi kesedaran kepada para penggiat filem.. sebab filem2 ini menjadi tontonan rakyat umum.. so kalau dah menyampaikan imej buruk mengenai seseorang atau sesuatu yang lain di dalam layar perak, maka ia akan menjatuhkan nama dan imej perkara tu... macam nasyid (konon) dalam movie ini..

by the way, saya suka juga tengok Dunia Baru (the drama)... i like the plot... the creativity of the director.. and the acting...

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 23-04-08 12:17


Assalamualaikum
hmm..inilah contoh yang saya katakan...kita duduk sibuk² memboikot barangan orang lain, sibuk² buat press conference, sibuk² kutuk kesalahan orang kafir...walhal....
kita sendiri telah menghina agama yang suci lagi murni ni...kecewa saya rasa...cakap serupa tin kosong....
inilah MARAH KERANA BENCI SEMATA, BUKAN MARAH KERANA CINTA...
P/S : teringat tulisan Fathi Yakan...salah satu daripada musuh kita..orang Islam yang dengki terhadap kita...mungkinkah ini salah satu contoh yang terdapat dalam masyarakat Islam pada hari ni..kita telah memfitnah agama kita sendiri!!!
P/S lagi: maaf, saya memang tak suka tengok cerita ni...tak suka tengok cerita² sekarang...terlalu banyak perkara negatif instead of positif sampai tak larat nak tahan rasa sebak di dada...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

mawarnanmerah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27678
Posting: 78
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 14:28


saya ada keratan video masa menyanyi tu. tapi tak tau macam mana nak letak kat sini. kalau tak boleh share. ada url dia. tapi panjang betul. saya cuba mskkn kat sini jadi besar pula page ni.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarnanmerahProfil   Hantar PM kepada mawarnanmerah   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA SETIA
Menyertai: 06.03.2007
Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana

malaysia  


posticon Posting pada: 23-04-08 15:28


tak tengok ar cerita ini..
tak ada kesempatan waktu lagi..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 15:44


Pada 23-04-08 02:31 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

tulisan mawarnanmerah sendiri atau copy paste dari mana-mana?

p/s: kalau artikel copy paste, mohon lah letak sumber... kalau original tulisan sendiri takperlah...



Artikel ni Kalau tak silap dr laman web tranungkite..dah pernah baca tapi tak igtla kat mana.hehe..

Bukan sahaj filem, drama dia pun ada unsur2 mempersendakan agama dan ucapan puji-pujian kepada Allah SWT..ini sekadar pandangan saya sahaja, mungkin sahabat lain tak perasan..cuba kita ingat balik drama ni episod awal-awal dulu..masa si mak nya (khatijah tan) hantar anaknya (pierre andre andre, entah apo nama) daftar kat u..mak dia seorang yang baik itu selalu menyebut kalimah2 pujian (Alhamdulillah..) dengan gaya dan nada yang 'tak kena..masa awal-awal memang tengok cerita ni sebab tajuk dia yang menarik tu..lepas tu dah tak minat..ada sahabat-sahabat perasan?

kita ketandusan pembikin seni berjiwa rabbani, yang boleh menterjemah nilai Islami ke dalam layar filem..bukan sahaja filem, malah teater, sastera, seni suara (mujur ada nasyid), dan pelbagai lagi bidang memerlukan watak yang berkemampuan menonjolkan Islam sebenar..


-----------------
"Hujung FIKIR pangkal AGAMA"-Pak Hamka


Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

mawarnanmerah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27678
Posting: 78
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 16:15


ok. saya dah dapat macam mana nak paste url. cuba kawan-kawan tengok. mesti rasa nak marah.

LINK --> http://www.youtube.com/watch?v=DMeTrmDPNGE&feature=related



Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarnanmerahProfil   Hantar PM kepada mawarnanmerah   Quote dan BalasQuote

syahidatul
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 07.11.2004
Ahli No: 12341
Posting: 3781
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 16:29


mengenai khatijah tan mak pierr andre (Adif) tu, entah saya pun hairan awat lah nak dicipta watak yang alim dan macam warak macam over-over tu... ia nampak seperti menghina... macam tak betul jeq.

thanks mawar,.. dah tengok dah sampai habis. tapi saya hanya dapat tengok jeq.. tak dapat dengar.. huhu.. office ini tidak ada speaker.. ades..

Bookmark and Share

    


  Member Information For syahidatulProfil   Hantar PM kepada syahidatul   Pergi ke syahidatul's Website   Quote dan BalasQuote

mizie_hafiz80
WARGA SETIA
Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3144
Posting: 928
Dari: Malaysia

saudiarabia  


posticon Posting pada: 23-04-08 16:48


Pada 23-04-08 11:47 , syahidatul posting:

!!! QUOTE !!!

huhuhu... cikgu mizie.. cikgu mizie...

ada-ada saja gurau sendanya (atau...??) di sekitar ukhwah ini.. teringat saya dekat saudara kakisamun.. mana entah dia... hoho.

cik mawar dah cakap dah tu dari email yang dicopypaste so ok lah..

erm.. berbalik ke pangkal topik, saya no komen lah pasal movie ini.. saya tak pernah tengok... tapi kesedaran penulis tu bagus juga.. biar dapat memberi kesedaran kepada para penggiat filem.. sebab filem2 ini menjadi tontonan rakyat umum.. so kalau dah menyampaikan imej buruk mengenai seseorang atau sesuatu yang lain di dalam layar perak, maka ia akan menjatuhkan nama dan imej perkara tu... macam nasyid (konon) dalam movie ini..

by the way, saya suka juga tengok Dunia Baru (the drama)... i like the plot... the creativity of the director.. and the acting...

Yerlah... Ke mana hilangnya kakisamun...?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mizie_hafiz80Profil   Hantar PM kepada mizie_hafiz80   Quote dan BalasQuote

owl_UM
WARGA SETIA
Menyertai: 23.04.2007
Ahli No: 29697
Posting: 1654
Dari: Kuala Lumpur

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 17:09


Salam alaik... Evening!!!
Miss mawarnanmerah, thanks for the youtube link. DAAH tengok...
ADDDUIIHH... Baru saya nak komen kat link youtube tuue... Peerrgghh!!!
Pasttuu dia tuliss...
- Adding comments has been disabled for this video. -
AAARRGGHH!! Saya pulakk yang tertekan... Cisss!! Cisss!!
HHHIIIEEEE...HHIIEE...

p/s: Baru balik dari Ipoh niieehh... Jumpa ibu dengan papa kejaap before final
exam... Besssnnyyeee... Comel... HUUHHUUEE!!! Now at Pantai Hillpark, Im
bacckk!!!

2nd p/s: EEEHH!! Ada nenek masuk Akademi Fantasia juggaaakk??

3rd p/s: Mr sayatetapsaya!!! I loss your number... Ampun... Miscall me back
please....

Bookmark and Share

    


  Member Information For owl_UMProfil   Hantar PM kepada owl_UM   Quote dan BalasQuote

mohamad

Menyertai: 04.09.2006
Ahli No: 26180
Posting: 3282
Dari: Pasir Gudang Johor

yemen   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 17:56


Assalamualaikum....

hhhmmm.. tu lah pasai...

kuman yang kat seberang laut tu, kita nampak.

ni ha.... Gajah depan mata ini...

kalau nak ikutkan....filem2 sekrang ini pun dah banyak yang tah apa-apa tah....

huh...

Bookmark and Share

    


  Member Information For mohamadProfil   Hantar PM kepada mohamad   Pergi ke mohamad's Website   Quote dan BalasQuote

mawarnanmerah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.12.2006
Ahli No: 27678
Posting: 78
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-04-08 19:25


Pada 23-04-08 17:09 , owl_UM posting:

!!! QUOTE !!!

Salam alaik... Evening!!!
Miss mawarnanmerah, thanks for the youtube link. DAAH tengok...
ADDDUIIHH... Baru saya nak komen kat link youtube tuue... Peerrgghh!!!
Pasttuu dia tuliss...
- Adding comments has been disabled for this video. -
AAARRGGHH!! Saya pulakk yang tertekan... Cisss!! Cisss!!
HHHIIIEEEE...HHIIEE...



u're welcome...



Bookmark and Share

    


  Member Information For mawarnanmerahProfil   Hantar PM kepada mawarnanmerah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.117526 saat. Lajunya....