Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-02-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Tak semestinya melakukan apa yang anda sukai tetapi menyukai apa yang anda lakukan
-- Kang Razzi Armansur

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 97
Ahli: 0
Jumlah: 97




  Yang Masuk Ke Sini
al-biruni03: 11 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: kawin...hai lah kawin...


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» kawin...hai lah kawin...

Please Mendaftar To Post


Oleh kawin...hai lah kawin...

Musaafir
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.04.2008
Ahli No: 33228
Posting: 21
Dari: jauh di perantauan..isk isk..

malaysia  


posticon Posting pada: 20-04-08 03:31


terkedu aku tatkala menerima email dari seorang kawan...
berfikir panjang jadinya..

kawan-kawan...harap sudi lah bagi pendapat..


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannyajauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannyasingkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah swt mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka. Aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing-masing padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..

"kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`

Bookmark and Share

    


  Member Information For MusaafirProfil   Hantar PM kepada Musaafir   Quote dan BalasQuote

SaaDaH6320
Warga 2 Bintang
Menyertai: 21.02.2007
Ahli No: 28834
Posting: 70
Dari: mersing

Johor  


posticon Posting pada: 20-04-08 03:46


thank...
bermanfaat....
bersyukurla dengan apa yang kita ada kan...
ada jodoh tak kemana...
jodoh di tangan allah........

Bookmark and Share

    


  Member Information For SaaDaH6320Profil   Hantar PM kepada SaaDaH6320   Quote dan BalasQuote

kak-raihan
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.03.2008
Ahli No: 32902
Posting: 29

blank  


posticon Posting pada: 20-04-08 03:53


salam...


saya kurang jelas dengan masalah anda. jadi tak dapat nak bagi pendapat dengan tepat sebagaimana yang anda mahukan. cuma....mengikut pandangan saya yang kurang arif ni,bersetuju dengan kata-kata anda yang mana kalau belum cukup ilmu tentang alam rumah tangga tu,belajarlah dahulu. kerana tanggungjawab akan menjadi lebih berat bila masuk ke alam rumah tangga.sekian...

Bookmark and Share

    


  Member Information For kak-raihanProfil   Hantar PM kepada kak-raihan   Quote dan BalasQuote

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-04-08 05:44


Biasalah tu raihan bila belum kahwin janji-janji manis ditaburkan tetapi bila sudah berkahwin janji manis dan jadi tawar dan ada kala menjadi pahit pula. Itulah asam garam kehidupan yang tidak dibina di atas asas Al Quran dan As Sunnah. WA.

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Nuranys
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26619
Posting: 1710
Dari: Kota Serambi Mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 21-04-08 15:35


Pada 20-04-08 03:31 , Musaafir posting:

!!! QUOTE !!!


Seorang teman pernah berpesan..

"kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



aku minta pada Allah sekuntm mawar segar..
Ia beri aku kaktus berduri..
Aku minta kupu2..
diberi-Nya ulat...
aku menangis dan kecewa..
namun,kemudian..
kaktus berduri itu mengeluarkan bunga yang indah sekali...
dan ulat tupn berubah menjadi kupu2 yang cantik..
bgtulah Allah mengasihi kita..
selalu indah pada waktunya..

~Nuranys~ :bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
Photobucket





Bookmark and Share

    


  Member Information For NuranysProfil   Hantar PM kepada Nuranys   Pergi ke Nuranys's Website   Quote dan BalasQuote

sayatetapsaya
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 12.05.2004
Ahli No: 8934
Posting: 5682

italy  


posticon Posting pada: 21-04-08 16:12


Assalamualaikum
pendapat saya...hmm..
sokong kata² ummi...berkahwin..asas yang paling utama dan terpenting ialah..al-Quran dan Sunnah..okiess...tamo cakap pepanjang...diri sendiri pun tak lepas...



Bookmark and Share

    


  Member Information For sayatetapsayaProfil   Hantar PM kepada sayatetapsaya   Quote dan BalasQuote

alexander
WARGA SETIA
Menyertai: 24.12.2004
Ahli No: 13282
Posting: 747
Dari: Bumi ALLAH

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 13-05-08 21:06


:-) Assalamualaikum




Syukran...diri ini masih menanti jodoh yang ALLAH tentukan di Loh MAhfuz sekiranya ada di dunia ini.....si dia yang dipanggil suami..yang menyayangi dan menghargai diri ini seadanya...teman hidup hingga ke syurga...insyaALLAH.....


-----------------
Mengharap Cinta Sejati,Mendamba Kasih ILAHI......


Bookmark and Share

    


  Member Information For alexanderProfil   Hantar PM kepada alexander   Pergi ke alexander's Website   Quote dan BalasQuote

dmz
WARGA SETIA
Menyertai: 28.09.2006
Ahli No: 26613
Posting: 442
Dari: selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 13-05-08 21:15


Kawihlah dulu...barulah tahu hakikatnya, orang belum kahwin hanya melihat dari luar....untuk merasai hakikatnya yang sebenar ...berkahwinlah......
http://perhatipantau.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For dmzProfil   Hantar PM kepada dmz   Pergi ke dmz's Website   Quote dan BalasQuote

azzak
WARGA SETIA
Menyertai: 12.09.2007
Ahli No: 31036
Posting: 491
Dari: klang, selangor

malaysia  


posticon Posting pada: 13-05-08 21:22


Pada 13-05-08 21:15 , dmz posting:

!!! QUOTE !!!

Kawihlah dulu...barulah tahu hakikatnya, orang belum kahwin hanya melihat dari luar....untuk merasai hakikatnya yang sebenar ...berkahwinlah......
http://perhatipantau.blogspot.com/


ini saya berikan sokongan padu!!!!!

kadang-kadang tension pula org pertahankan nak berkapel (cinta terlarang),
so apa slhnya kita pertahankan yang mana Nabi xngaku umat org yang tak mahu kahwin...so kahwin lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azzakProfil   Hantar PM kepada azzak   Pergi ke azzak's Website   Quote dan BalasQuote

najah85
Warga 4 Bintang
Menyertai: 01.10.2006
Ahli No: 26692
Posting: 338
Dari: kuantan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-05-08 22:49


BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)

PASAL KAWIN ..NO KOMEN

Bookmark and Share

    


  Member Information For najah85Profil   Hantar PM kepada najah85   Quote dan BalasQuote

saha11
Warga 1 Bintang
Menyertai: 12.05.2008
Ahli No: 33440
Posting: 37
Dari: CHERAS

Perak  


posticon Posting pada: 14-05-08 21:23


Pada 13-05-08 21:15 , dmz posting:

!!! QUOTE !!!

Kawihlah dulu...barulah tahu hakikatnya, orang belum kahwin hanya melihat dari luar....untuk merasai hakikatnya yang sebenar ...berkahwinlah......
http://perhatipantau.blogspot.com/



Betul tu... kawin dulu baru tahu.... lumrah alam pasti ada susah dan senang yang penting kita ada pegangan yang kukuh untuk bimbing

Bookmark and Share

    


  Member Information For saha11Profil   Hantar PM kepada saha11   Quote dan BalasQuote

faizatul
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.02.2007
Ahli No: 28760
Posting: 122
Dari: KL

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-05-08 22:23


Seorang teman pernah berpesan..

"kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...`


terasa tenang bila baca coretan ni...... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For faizatulProfil   Hantar PM kepada faizatul   Quote dan BalasQuote

nur_anis
Warga 5 Bintang
Menyertai: 18.06.2003
Ahli No: 1496
Posting: 395
Dari: kelantan

Kelantan  


posticon Posting pada: 15-05-08 07:55


insyaallah,Kalau dah sapai jodoh kawinlah dia..tapi hanya Allah yang mengetahui bila waktunya akan datang..banyakkn berdoa semoga dipertemukan dengan insan yang dapat membimbing kita ke jalan yang benar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_anisProfil   Hantar PM kepada nur_anis   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-05-08 10:38


Pada 20-04-08 05:44 , ummimq posting:

!!! QUOTE !!!

Biasalah tu raihan bila belum kahwin janji-janji manis ditaburkan tetapi bila sudah berkahwin janji manis dan jadi tawar dan ada kala menjadi pahit pula. Itulah asam garam kehidupan yang tidak dibina di atas asas Al Quran dan As Sunnah. WA.


setuju dengan ummimq.....


-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

mas_ayu
WARGA SETIA
Menyertai: 30.01.2007
Ahli No: 28444
Posting: 1063
Dari: :pAhaNG DaRuL MaKMuR:

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 15-05-08 10:52


Pada 21-04-08 15:35 , Nuranys posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 20-04-08 03:31 , Musaafir posting:

!!! QUOTE !!!


Seorang teman pernah berpesan..

"kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "



aku minta pada Allah sekuntm mawar segar..
Ia beri aku kaktus berduri..
Aku minta kupu2..
diberi-Nya ulat...
aku menangis dan kecewa..
namun,kemudian..
kaktus berduri itu mengeluarkan bunga yang indah sekali...
dan ulat tupn berubah menjadi kupu2 yang cantik..
bgtulah Allah mengasihi kita..
selalu indah pada waktunya..

~Nuranys~ :bunga: :bunga: :bunga:



wah kak anis... sedap ayat tu... menarik.. pnjam ek.. :-D


-----------------
http://aisyahumaira-masayu.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mas_ayuProfil   Hantar PM kepada mas_ayu   Pergi ke mas_ayu's Website   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  


posticon Posting pada: 22-06-08 22:08


salam
seronoknya dengar kata-kata di atas,sesungguhnya ia memberi kesedaran pada diri saya.saya setuju sangat sebabnya kawan saya yang berkawin banyak yang mengalami masalah...kdgkala saya takut untuk berkawin.

Bookmark and Share

    


  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

marsyalaila
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.10.2004
Ahli No: 12102
Posting: 278
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-06-08 00:26


keinginan berumahtangga itu fitrah.. :)

Bookmark and Share

    


  Member Information For marsyalailaProfil   Hantar PM kepada marsyalaila   Quote dan BalasQuote

nor_2118
Warga 2 Bintang
Menyertai: 25.01.2006
Ahli No: 22238
Posting: 66
Dari: seberang perai

Pahang  


posticon Posting pada: 23-06-08 09:40


Seorang teman pernah berpesan..

"kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
rupa-rupanya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas
kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang
lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada...


indah dan tenang.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nor_2118Profil   Hantar PM kepada nor_2118   Quote dan BalasQuote

sailormoon
WARGA SETIA
Menyertai: 20.07.2005
Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^

iraq   avatar


posticon Posting pada: 23-06-08 12:10


!!! QUOTE !!!



Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dengan kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.


Jika tak ada duit untuk bayar hantaran beribu-ribu ringgit macam mana pulak?Kena tunggu juga ke?Adakah perbuatan menangguhkan perkahwinan sebab tak ada duit nak bayar hantaran satu perbuatan yang terpuji?Haram ke berkahwin tanpa hantaran?


-----------------
DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...


Bookmark and Share

    


  Member Information For sailormoonProfil   Hantar PM kepada sailormoon   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.113583 saat. Lajunya....