Oleh |
Megat Ainuddin Grand Master Silat Penjurit Kepetangan |
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 16-04-08 12:03
assalamualaikum melihat akan kemahiran beliau dalam seni mempertahan diri Silat Penjurit Kepetangan...saya berasa Syukur masih ada Insan yang bijak dalam Silat... apa pandangan akhi Deang Jati dalam youtube tulis Silat Penjurit Kepetangan...InsyaAllah akan ada demo silat dari Megat Ainuddin Saya pernah lihat buku senaman yang ditulis oleh beliau
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-04-08 12:09
 wbt... Ajar2 Megat Ainuddin adalah salah seorang pewaris Bendahara Pertama Perak, Megat Terawis. Megat Terawis adalah Hulubalang yang mengiring Sultan Muzaffar Syah Ibni Sultan Mahmud Syah ketika berlayar ke Perak. Megat Terawis kiranya bodyguard utame Al-Sultan. Kemahiran Megat Terawis adalah bermain Lembing. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-04-08 12:11
Ajar2 Megat Ainuddin adalah waris Megat Terawis. Mereka ini asalnya Pagar Ruyung. Sekrangnye berade di Bandar Diraja Perak, Kuala Kangsar.
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 16-04-08 12:16
Tombak adalah senjata ampuh jika mahir ...Saya sejak usia 19 tahun sudah melihat gambar Megat Ainuddin dalam majalah... Saya lihat memang beliau mahir, kuat Anugerah Allah untuk Insan yang baik
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-04-08 12:52
terlanjur bercerita tentang Bendara Perak, teman ingin ceritekan juga Laksamana Perak. Laksamana Pertama Perak namanya Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam Daeng Hasanah Ibni Daeng Abdul Rahman Ibni Daeng Ahmad. Nakhoda Hitam pada dulunya adalah Lanun yang diangkat jadi Laksamana oleh Sultan Muzaffar Syah. Mufti pertama Perak ialah Daeng Sedeli yang digelar Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Kerana dapat anugerah dari sultan untuk melaksanakan sendiri hukuman terhadap pesalah. Daeng Sedeli juga Temenggung Perak. Daeng Sedeli dan Nakhoda Hitam adalah adik beradik yang ayahnya Orang Kaya Laksamana Maharaja Melayu Aceh Daeng Abdul Rahman Ibni Daeng Ahmad yang berkahwin dengan Ratu Sedinding iaitu Puteri Raja Bugis Sultan Muhammad Wali Muhzaruddin (Opu Panjung Luwuk). Opu Panjung Luwuk beradik beradik dengan Opu Daeng Biasa dan Opu Daeng Tanderi Buring Rilaga. Laksamana Pertama Perak Nakhoda Hitam ini bersaudara dengan Daeng2 bersaudara yang terkenal satu tika dulu iaitu Daeng Chelak, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak, Daeng Parani dan Daeng Kemasi. Dari keturunan Daeng2 ini lah lahirnya para Hulubalang melayu yang kental melawan orang kafir seperti Raja Haji Syahid Fisabililah Marhum Teluk Ketapang yang mana waris dari Daeng Chelak. Dari keturunan Laksamana Nakhoda Hitam juga lahirnya hulubalang2 melayu yang kental seperti Laksamana Raja Mahkota Muhammad Amin yang bersepakat untuk membunuh JWW Birch bersama Datuk Maharaja Lela Pandak Lam. Datuk Maharaja Lela Pandak Lam adalah waris Datuk Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Kelibat2 yang terlibat dengan pembunuhan JWW Birch hampir kesemuanye saudara mara. Datuk Maharaja Lela Pandak Lam, Datuk Laksamana Muhammad Amin, Ngah Ibrahim dan Sultan Abdullah semuanya bersaudara. Sepuntum juga terlibat sama. Selepas daripada itu, orang kafir mula paham hati orang melayu khususnye orang Perak. Jadi mereka mengambil langkah yang lebih halus untuk menerobos insitusi pentadbiran Perak. mereka menggunakan Institusi Istana sebagai kunci kerene mereka tau orang melayu taat kepada sultan dan ulama'. p/s maap lah off topic. Sudah terlanjur bercerita pasai Bendahara teringin nak menceritakan halnya Laksamana dan negeri Perak.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-04-08 13:25
oh ya, sebut pasai Megat Terawis yang hebat bermain lembing ni, Megat Terawis tidak boleh dipisahkan dengan senjata kesayangannya itu, malah ketika duduk bersila, senjatanye itu diselitkan antara pelipat kakinya.
|
BDK_SEMPOI85
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.11.2007 Ahli No: 31867
Posting: 115
Dari: johor
|
Posting pada: 16-04-08 14:11
hmm...macam name saya lah pula....  ...tapi tak tau lah erk saya ini memang ketrunan megat terawis atau tak....sebab tak pernah ambil tau...tapi slasilah saya memang dr keturunan megat...
|
syahirahsoid
WARGA SETIA Menyertai: 06.03.2007 Ahli No: 29040
Posting: 496
Dari: mana hendak ke mana
|
Posting pada: 16-04-08 14:20
silat jenis baru ke.. da lama ini.. tak tahu pun..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-04-08 06:31
Pada 16-04-08 14:11 , BDK_SEMPOI85 posting:Megat ni ada bersaudara, Megat Terawis, Megat Panji Alam dan Megat Alang Di Laut.... Waallahua'lam -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-04-08 06:33
Pada 16-04-08 14:20 , syahirahsoid posting:!!! QUOTE !!! silat jenis baru ke.. da lama ini.. tak tahu pun.. Dah lama silat ni, silat warisan Orang Kaya Bendahara Paduka Raja Megat Terawis Ibni Daulat Pagar Ruyung. -----------------
|
BDK_SEMPOI85
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.11.2007 Ahli No: 31867
Posting: 115
Dari: johor
|
Posting pada: 18-04-08 13:43
Pada 17-04-08 06:31 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Pada 16-04-08 14:11 , BDK_SEMPOI85 posting:
Megat ni ada bersaudara, Megat Terawis, Megat Panji Alam dan Megat Alang Di Laut....
Waallahua'lam
ayah saya asal dr parit,perak...agak-agak waris megat mana erk....nak tau juga susur jalur keturunan saya...
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 18-04-08 14:47
rasanya meke ni dari waris Megat Terawis Ibni Daulat Pagar Ruyung. Teman berpendapat moleklah meke pergi selusuri asal usul meke. Dari ayah, atok, pakcik, makcik... p/s ada adik perempuan/kakak tak? Name mereka ada pangkal Puteri tak? -----------------
|
Saifuddin
WARGA SETIA Menyertai: 30.09.2003 Ahli No: 3878
Posting: 1421
|
Posting pada: 18-04-08 15:30
banyak info sejarah negara yang diketahui oleh adik Daeng...ceritalah...best
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 18-04-08 17:09
Pada 18-04-08 15:30 , Saifuddin posting:!!! QUOTE !!! banyak info sejarah negara yang diketahui oleh adik Daeng...ceritalah...best maaplah abang Saiffudin, ilmu teman terlampau lah sikit. Ibarat sebutir buih ditengah2 laut luas. Tak dapat dibandingkan dengan cerdik pandai lain khususnye para Ulama', malah dengan kawan-kawan di dalam ukhwah yang amat mendalam ilmu dengan dengan Ilmu Islam. Teman masih jahil dengan ilmu2 sirah rasullullah salaallahualaiwasalam. Dan selagi boleh ingin mendalami hingge ke akhir hayat. Dan mencube mendalami Islam sepenuhnye -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 08-10-08 16:46
yang uniknye Silat Penjurit Kepetangan ni ada ilmu ninja tu....
|
jumjumatonne
Warga 3 Bintang Menyertai: 08.02.2008 Ahli No: 32561
Posting: 119
Dari: Johor Darul Takzim
|
Posting pada: 08-10-08 21:38
salam..... Silat Penjurit Kepetangan? baru first time dengar ni harap dapat info lebih tentangnya....
|
khaz64
Warga Rasmi Menyertai: 15.11.2008 Ahli No: 35894
Posting: 1
|
Posting pada: 15-11-08 08:21
Pada 16-04-08 12:52 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! terlanjur bercerita tentang Bendara Perak, teman ingin ceritekan juga Laksamana Perak.
Laksamana Pertama Perak namanya Laksamana Raja Mahkota Nakhoda Hitam Daeng Hasanah Ibni Daeng Abdul Rahman Ibni Daeng Ahmad. Nakhoda Hitam pada dulunya adalah Lanun yang diangkat jadi Laksamana oleh Sultan Muzaffar Syah.
Mufti pertama Perak ialah Daeng Sedeli yang digelar Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Kerana dapat anugerah dari sultan untuk melaksanakan sendiri hukuman terhadap pesalah. Daeng Sedeli juga Temenggung Perak. Daeng Sedeli dan Nakhoda Hitam adalah adik beradik yang ayahnya Orang Kaya Laksamana Maharaja Melayu Aceh Daeng Abdul Rahman Ibni Daeng Ahmad yang berkahwin dengan Ratu Sedinding iaitu Puteri Raja Bugis Sultan Muhammad Wali Muhzaruddin (Opu Panjung Luwuk). Opu Panjung Luwuk beradik beradik dengan Opu Daeng Biasa dan Opu Daeng Tanderi Buring Rilaga. . Izinkan saya buat sedikit pembetulan ( walaupun sebenarnya sudah diperbetulkan sendiri tanpa disedari oleh DJ. Laksamanana Raja Mahkota Nakhoda Hitam bukanlah "Lanun yang diangkat menjadi Laksamana..." Almarhum adalah sebenarnya Putera Mahkota Aceh yang menentang penjajahan Belanda. Ibunya seperti kata DJ adalah Ratu Sedinding, anak kepada Payung Luwu ( kalau dalam bahasa kita, Raja Luwu ( Sulawesi ). Jadinya, almahrum adalah seorang anak raja yang sanggup berlawan menentang penjajah (Belanda). Kapal Sultan Perak sewaktu itu, bertempur dengan kapal Nakhoda Hitam dan dalam pertempuran itu, Daeng Sedili - Mufti Kerajaan Perak yang pertama ( yang berada dalam kapal yang sama ) mengenali senjata yang dipakai kekandanya Daeng Hanasah ( yang pada waktu itu dikenali dengan nama Nakhoda Hitam ). Selepas ini lah Almarhum Sultan Perak mengangkat Daeng Hanasah ini ( Nakhoda Hitam ) menjadi Laksamana Pertama Perak dengan gelaran Laksamana Raja Mahkota ( Daeng Hanasah adalah Raja Mahkota Aceh ) Nakhoda Hitam. Kerabat sultan Perak sekarang ini, juga beberapa Pahlawan terkenal Perak yang menentang penjajah, saling berhubung kait dengan salasilah Laksama Raja Mahkota Nakhoda Hitam ini. Wallahualam
|